SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK

SELURUH bilik dikuasai bau rambut dan seludang kelapa yang terbakar. Hangit dan melemaskan lubang hidung.


Mata kami (saya, Nonong dan Harun) berair dan terasa pedih, terbatuk-batuk. Datuk tidak mengalami sebarang gangguan. Tetap tenang, tidak memperlihatkan sebarang reaksi.


Api terus membakar rambut yang melilit batu gunung, begitu juga dengan seludang kelapa. Perasaan saya benar-benar terganggu. Walaupun begitu, ekor mata saya sempat menjeling ke arah Nonong dan Harun. Mereka juga nampak resah semacam.


“Ahh!!!...,” kata saya terkejut.


Bagaimana saya tidak terkejut bila melihat batu gunung menjadi bara merah menyala. Seludang kelapa terus menjadi abu. Berterbangan dalam bilik, macam ada sesuatu yang menghembusnya.


"Pelik," suara saya meninggi.


Datuk segera memberi isyarat jari menyuruh diam. Saya patuh dengan arahan itu tetapi, kalbu tetap berperang dengan perasaan cemas dan takut. Betapa tidak, kepulan abu seludang yang berterbangan terus berpusu-pusu ke satu sudut befkumpul di situ dalam bentuk memanjang berukuran satu kaki. Dalam sekelip mata pula bertukar menjadi seperti puntung kayu yang rentung. Hitam legam.


Puntung kayu yang rentung berpusing ligat di situ, macam gasing serta mengeluarkan bunyi yang berdengung. Setelah berpusing lebih kurang lima, putung kayu itu bergerak ke arah pintu lalu melanggar jenang pintu. Pecah bertaburan menjadi seperti percikan bunga api yang halus lalu hilang.


Apa yang berlaku kami ikuti dengan penuh debar. Saya yakin, kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap kami bertiga, datuk tidak akan lepas tangan.


"Semuanya pelik dan menakutkan," ujar Harun kepada kakaknya dalam nada suara yang agak perlahan, tetapi dapat di dengar oleh datuk. Seperti yang dilakukan kepada saya, datuk memberi isyarat kepada Harun dan Nonong supaya jangan bercakap.


Harun menarik nafas panjang. Agaknya, kecewa dengan arahan datuk.


Dengan perlahan-lahan Harun mengisut ke arah Nonong. Mereka duduk berdekatan, berpegangan tangan. Barangkali kalau terjadi suatu yang buruk mereka tidak mahu berpisah, mahu mati bersama. Rela rentung, jadi abu bersama rumah peninggalan orang tua andainya dimamah api.


Tetapi, bagaimana dengan diri ini, apakah harus mati bersama?


Saya cuma menemani datuk bagi mengatasi masalah yang ditanggung oleh Nonong. Tentulah tidak wajar saya menanggung akibatnya, mati katak kerana orang Iain. Kerana itu, saya mesti bersedia untuk menyelamatkan diri bila keadaan terdesak.


Diri datuk tidak perlu digusarkan. Dia banyak pengalaman, kaya ilmu dunia akhirat. Tidak ada masalah baginya untuk menghadapi apa juga kesulitan dalam situasi sekalipun.


Semuanya itu berkocak dalam kotak batin. Saya mula menjeling ke arah pintu bilik. Kalau perlu saya harus merempuh apa saja untuk keluar dari suasana yang tidak menyenangkan itu.


"Harun," gegendang telinga saya didatangi suara Nonong.


"Kenapa Kak? ," Balas Harun

"Apakah kita akan jadi korban penunggu bilik?"


"Tidak kak."


"Paaaaaaaaapppppppppppp...”


Telapak tangan kiri datuk menampar lantai dengan sekuat hati. Punggung saya terangkat kerana terkejut. Wajah Nonong dan Harun pucat lesi, macam mayat. Semua biji mata tertumbuk ke arah datuk. Dia memberi isyarat supaya jangan berkata-kata. Dan kami pun menundukkan kepala, tanda bersedia mematuhi larangannya.


NEGATIF


DI TENGAH-TENGAH situasi yang tidak rnenentu itu, bermacam-macam yang timbul dalam kepala. Semuanya negatif.


"Ah," saya bersuara dalam hati.


"Tik tik tik " datuk menjentik lantai.


Saya faham, apa yang terdetik dalam hati sampai ke akal fikiran datuk. Lagi sekali saya menundukkan kepala. Berjanji tidak akan memikirkan sesuatu yang buruk.


Saya yakin datuk menerima ikrar saya, buktinya dia tidak membukakan sepasang kelopak matanya.


Rasa tidak selesa kian menjadi-jadi. Badan mula berpeluh dan ruang bilik terasa panas membahang seperti mahu terbakar, panas dan pedih.


Setiap liang roma mengeluarkan peluh. Seluruh sendi terasa bergetah dan peluh pun mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Saya menoleh ke arah Nonong dan Harun. Mereka juga resah gelisah. Pakaian mereka basah kuyup, macam orang terjatuh dalam sungai. Datuk macam tadi, tak bergerak dan bertindak.


Duduk bersila cara pahlawan dengan kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.


"Sekarang dah jauh malam, apa lagi yang kamu nantikan. Keluarlah secara baik, sebelum kamu aku binasakan," suara datuk menggeletar, macam menahan marah. Tidak tahu kepada siapa kata-kata itu datuk tujukan.


Saya segera membuat andaian sendiri, kata-kata itu dihalakan kepada makhluk halus penghuni bilik. Tidak ada tindak balas atau reaksi dari makhluk halus sama ada secara nyata atau ghaib.


Malam kian larut. Sekali-sekala terdengar suara burung hantu dan jampuk. Begitu juga dengan salakan anjing di hujung kota mendayu- dayu bercampur aduk dengan bunyi deru kereta yang sesekali lalu di jalan besar.


Kalau sudah sampai dinihari, di mana-mana pasti terasa dingin tetapi, keadaan menjadi sebaliknya di bilik yang kami huni ini. Panasnya menjadi-jadi.


Bara batu gunung terus marak, bertambah besar sambil memercikkan bunga-bunga api yang halus menyala ke arah datuk.


Anehnya, bebunga api itu berpatah balik ke arah bara api sebaik sahaja mendekati datuk dalam jarak satu hasta. Saya lihat datuk tidak lakukan apa-apa supaya bebunga api itu berpatah balik ke tempat asaInya.


Datuk tetap seperti tadi, duduk bersila memeluk tubuh. Perbezaan yang ketara dapat dikesan pada bahagian mata. Tadi, kelopak matanya rapat, kini terbuka sedikit. Memandang kuyu ke arah kami bertiga.


Dan suara lolongan anjing makin galak dan diikuti dengan suara burung hantu bagaikan berpesta di atas bumbung sambil sayapnya memukul atap rumah. Semuanya mi menambahkan rasa takut dan cemas di hati.


Dalam ketakutan itu muncul persoalan dalam hati, dari mana burung-burung hantu itu datang? Ternyata soalan itu sukar dicari jawapannya.


"Ah, ,"datuk mengeluh.


Cepat-cepat sara arahkan sepasang mata kepadanya. Kedudukannya sudah berubah. Dari duduk bersila kepada bertinggung. Kaki kirinya melepaskan beberapa tendangan kencang arah dinding. Setelah melepaskan lebih daripada enam tendangan kencang ke arah dinding, datuk kembali kepada posisi asal.


Sekali lagi kami mengalami kejutan. Bara batu gunung yang marak dan merah menyala terus padam. Seluruh bilik gelap gelita. Dari arah kanan (arah pintu masuk) muncul cahaya pelita minyak tanah. Bergerak di awang-awangan, berlegar-legar di atas kepala kami bertiga. Badan yang panas serta merta terasa sejuk. Pelita bergerak pula mengelilingi tubuh datuk. Badan kami kembali panas.


SAMAR


DALAM cahaya yang samar-samar itu, saya melibat tangan kanan datuk bergerak dengan pantas untuk menangkap lampu minyak tanah yang terbuai-buai mengelilinginya. Usaha datuk gagal.


Lampu minyak tanah bergerak arah kiri dan naik ke arah siling bilik, tergantung di situ untuk beberapa saat sebelum berada di permukaan lantai.


Semasa lampu minyak tanah berada di lantai, datuk segera melompat dan menerkam ke arah lampu tersebut. Pergelutan pun berlaku antara datuk dengan makhluk (tidak kelihatan) yang menguasai pelita minyak tanah. Datuk mahu merebutnya untuk dimusnahkan sedangkan makhluk yang tidak dapat dilihat, mahu mempertahankannya.


Pergelutan berlaku dalam cahaya pelita minyak tanah yang samar-samar itu, tidak dapat diikuti dengan jelas. Tetapi, setiap kali datuk melepaskan buah silat yang jitu dan tepat mengenai sasarannya terdengar suara orang mengeluh -menahan rasa sakit.


Berdasarkan pada suara tersebut, sara kira usia makhluk yang mempertahankan lampu minyak tanah itu, tidak jauh berbeza dengan usia datuk. Dua kali datuk tercampak ke dinding akibat kena penendang dari makhluk yang tidak dapat dilihat.


Perlawanan bertambah sengit dan gamat. Datuk sering sahaja jatuh dan bangun.

Melompat ke kiri, melompat ke kanan. Ada ketikanya lompatan tadi hampir mencecah siling rumah.


Tanpa tidak disangka-sangka dua kali saya kena libasan kain cindai makhluk ghaib di bahagian muka. Perit dan pedihnya rasa tak tertanggung. Pipi yang kena terasa terus membengkak.


"Melayang," itu yang keluar dari kelopak bibir.


Bagaimana tidak bersuara, saya terkejut melihat kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi di hadapan mata.


"Dummmmmmmmmmmm..”


Pelita minyak tanah meletup betul-betul di atas bara batu gunung yang padam. Bilik terasa bergegar. Dua keping papan dinding berlubang. Kami bertiga terangkat dari permukaan lantai lalu tercampak ke arah tiang. Bertindih-tindih di situ. Harun menghempap tubuh saya. Tubuhnya pula dihempap oleh Nonong.


Kami bertiga bagaikan berada di sebuah dunia asing yang sunyi sepi. Otak kami terasa kosong. Kami melihat api menjilat dinding dan lantai rumah. Mulut bagaikan terkunci untuk menjerit atau memekik.


Datuk yang tadi nampak gagah dan hebat melepaskan tendangan dan tumbukan ke arah musuh mula lemah. Secara perlahan-lahan dia rebah di lantai, terbujur di situ menggeletik macam ikan keli kena ketuk. Dan selanjutnya, secara bertahap-tahap badan datuk mengerekot seakan-akan angka lima.


Api di lantai segera menjalar ke arahnya lalu mengelilingi sekujur tubuh datuk dalam jarak satu kaki. Saya tidak terdaya menolongnya. Sepasang kaki serta tangan tidak boleh digerakkan melekat pada tiang. Mujurlah, biji mata boleh digerakkan untuk. melihat ke seluruh bilik. Nonong dan Harun juga macam saya.


"Syukur," kata hati.


Perlahan-lahan datuk meluruskan tubuhnya yang mengerekot, tidak ubah macam ular sawa membuka lingkaran. Sepasang kaki dan tangan mula diluruskan. Kepalanya juga boleh digerakkan untuk merenung keadaan sekitar.


Dan api yang mengelilingi datuk beransur kurang, tidak semarak tadi. Sebahagian darinya sudah pun padam, terutama di bahagian yang berdekatan dengan hujung kaki. Apa yang kelihatan di situ ialah kepulan nipis.


Dari lubang dinding yang terpelehong saya melihat keluar. Semuanya nampak gelap gelita. Suara jampuk dan kelawar masih kedengaran. Salakan anjing boleh dikatakan hilang terus. Tetapi, suara katak dan cengkerik masih bergemam bagaikan nada dan irama.


Ada ketikanya, seperti suara orang menangis, kadangkala terdengar suara orang menggilai dan bunyi orang makan daging. Semuanya ini membuat saya bertambah cemas.


MAYA


NONONG dan Harun sudah tidak bermaya. Lembik semacam, mata mereka nampak kuyu dengan sepasang bibir terjuih ke bawah. Keadaan mereka macam orang kena pukau angin.


Berdasarkan apa yang mereka alami, saya yakin kedua-duanya tidak sedar atau dapat melihat apa yang berlaku dalam bilik. Kerana kepala masih boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan lalu saya manfaatkan dengan sebaik mungkin.


Perkara yang saya utamakan ialah menumpukan perhatian ke arah datuk.


"Syukur pada Allah."


Itulah yang terdetik dalam kalbu saya, bila melihat datuk boleh bangun. Duduk bersila, bertindih paha seperti keadaan sebelum kejadian. Api yang marak terus padam. Seluruh bilik dikuasai asap nipis. Lubang hidung mula disumbat dengan bau kemenyan.


Peliknya, asap yang banyak itu tidak pula memedihkan mata saya. Mungkin juga mata Nonong dan Harun Fadillah. Dalam gerak asap nipis yang lembut itu ada kelibat lembaga yang tinggi lunjung hampir memecah siling bilik.


Bau kemenyan yang kurang menyenangkan itu bertukar menjadi bau yang amat wangi. Imbasan yang tinggi melunjung, sedikit demi sedikit menjadi rendah dan berhenti dalam ukuran tinggi seperti manusia normal (ukuran tinggi orang Malaysia). Kalau tadi dapat dilihat dalam bentuk imbasan, kini beransur jelas bentuk dan rupanya.


Sepasang anak mata diarahkan kepada sesusuk tubuh yang berdiri di hadapan, merenung tajam ke muka datuk yang masih berusaha mengumpulkan tenaga.


Secara automatik saya teringatkan sesuatu. Rasa-rasanya pernah bertemu dan melihat wajah dan tubuh manusia tersebut. Semasa berhempas pulas memutarkan jarum ingatan pada waktu yang berlalu. Orang yang dijadikan fokus hilang dengan serta-merta, kemudian timbul semula dan hilang kembali.


Begitulah silih berganti, hilang timbul, hilang timbul. Membuat kepala terasa pening, pandangan jadi berpinar. Tekak terasa loya, pertukaran gerakan lembaga tersebut terlalu cepat serta mengeluarkan cahaya dalam bermacam-macam warna.


Secara tidak sengaja air liur meleleh dan berbuih di pinggir mulut. Ada sesuatu yang menekan halkum saya.


Apakah perkara yang saya alami ini, turut dirasai oleh Nonong dan Harun?


Menjelma pertanyaan dalam hati. Datuk masih lagi meneruskan usahanya memulihkan tenaga yang banyak terbuang akibat pertarungan tidak diingini. Datuk menggeliat dan melakukan senaman harimau bangkit dari tidur.


"Uuuuhh huk."


Nonong terbatuk dan saya cuba menoleh ke arahnya. Tetapi, tidak berhasil, leher tidak boleh digegarkan. Dalam masa yang sama terdengar suara Harun merintih, menahan rasa sakit. Sara tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah, semoga tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini pada mereka berdua.


Kerana tidak boleh menoleh ke kiri dan ke kanan, perhatian kembali kepada datuk dan lembaga aneh.  Rasa silau dan pedih di mata terpaksa ditanggung, kepala semakin pening, denyutnya mula terasa.


"Weeeeekkkkkkkkkkk "


Isi perut bagaikan mahu keluar. Tidak terdaya menahan rasa muntah terpaksa diluahkan. Malangnya muntah yang diluahkan tidak keluar kecuali angin dan bau yang tidak menyenangkan.


Lebih dari lima kali saya mengalami perkara yang sungguh membosankan, sungguh menyeksakan membuat seluruh tubuh tidak berdaya.


MUNTAH


BILA keadaan sudah aman, perut tidak bergelora, rasa mahu muntah sudah hilang begitu juga dengan rasa loya di tekak. Barulah waktu yang berlalu dapat di sorot.


Masih tergambar dan penuh yakin saya memang pernah bertemu dengan lembaga manusia yang berdiri memandang datuk itu. Cuma yang berbeza dari segi berpakaian.


Dulu memakai baju Melayu teluk belanga yang koyak di bahagian bawah, bersongkok putih, berkain pelikat. Di bahu kanannya tersangkut kain hitam serta berwajah garang. Keadaannya, sudah banyak berubah.


Wajah yang garang bertukar lembut, tidak bermaya. Putih macam kapas. Misai tebal yang hitam bertukar kemerah-merahan. Sebahagian dari wajahnya di balut dengan kain hijau (macam serban). Rambutnya yang kemerah-merahan, panjang separas leher jelas kelihatan.


"Sudah sah, orang inilah yang saya temui bersama datuk, sewaktu pulang solat jemaah subuh dari Masjid Raya," jerit saya sekuat hati tanda kegembiraan.


Malangnya, jeritan tidak di dengari oleh sesiapapun. Tidak keluar dari tekak. Saya amat kecewa sekali. Perlahan-lahan, lelaki tua berwajah seputih kapas alihkan perhatian kepada saya sambil melemparkan senyum sinis. Seolah-olah tahu apa yang saya lakukan.


Datuk yang sudah berjaya mengumpulkan tenaga terus bangun dan berdiri, bertentang wajah dengan orang tua berwajah seputih kapas.


Perlahan-lahan datuk menjarakkan kedudukan kaki kiri dengan kaki kanan supaya ada ruang yang lebarnya kira-kira satu kaki lebih di celah kangkangnya. Kemudian memperkemaskan kekuda kiranya dengan membengkok sedikit bahagian lutut.


Semuanya dilakukan dengan tujuan untuk berjaga-jaga. Mana tahu, kalu secara tiba-tiba orang di hadapannya melakukan serangan kilat.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box