SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA

Secara lembut ( sebenarnya memaksa) datuk menyuruh lelaki berdarah dahi duduj di tengah-tengah, antara datuk dan Pak Habib. Kemudian secara penuh diplomasi disuruh menjerit dengan sekuat hati, mendesak agar edua-dua kawan-nya berhenli dari bertarung.

Ternyata kali ini, agak sukar mengubah pendiriannya. Dia masih seperti tadi, mahu kedua-dua kawannya itu bertarung hingga salah seorang daripada mereka menemui maut. Sudah tentu cara itu tidak  diperkenankan oleh datuk dan Pak Habib.

Hasrat lelaki berdarah dahi itu harus dihalang. Ertinya. Datuk dan Pak Habib mesti bertindak. Kalau tidak melakukan   sesuatu yang berkesan, datuk dan Pak Habib tetap  meniadi mangsa permainan lelaki berdarah dahi itu. Walau apa pun kerenah yang dipersembahkanoleh lelaki berdarah dahi itu, datuk dan Pak Habib tetap sabar melayani nya

Saya yang berada jauh adakalanya naik darah dengan tingkah laku berdarah dahi. Tetapi, apakan daya,saya tidak boleh masuk campur. Mesti sabar menanti hingga satu keputusan muktamad yang bijak akan dilakukan oleh Pak Habin dan datuk.

Angin malam yang bertiup agak keras membuat saya terasa dingin. Api yang memamah motorsikal terus menyala dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut tiupan angin.

"Biarkan mereka berlawan sampai mati."

LETUPAN

DATUK dan Pak Habib saling berpandangan. Suara lelaki berdarah dahi kali ini, sungguh luar biasa lantangnya. Saya dan pemandu yang berada jauh dari mereka. turut merasa bimbang. Terdengar letupan kecil dari tempat motor terbakar. Segumpal bunga api terbang ke uaara.

"Biarkan mereka mati," ulang leiaki berdarah dahi.

Dia ketawa sekuat hati macam orang mabuk dan mula bertindak agak agresif sedikit. Dua lelaki yang bertarung pada pusingan kedua ini, tidak serancak tadi. Masing-masing memperlihatkan tanda-tanda keletihan. Dan ini membuat lelaki berdarah dahi itu bertambah garang dan bersemangat.

"Biarkan-biarkan mereka jatuh mati."

Dla mula bertepuk tangan dan menari-nari, seolah-olah dalam beberapa saat lagl dia akan merayakan sebuah kemenangan besar. Dan situasi yang tidak menggembirakan ini membuat datuk resah semacam.

"Biarkan mereka tersungkur, dua-duanya pengkhianat pada kawan sendiri. Mungkir janji," lelaki berdarah dahi julang sepasang langannya keatas. Pak Habib menarik nafas dalam-dalam. Dia juga berada dalam suasuna yang meresahkan

Mungkin datuk sudah hilang sabar dengan karenah lelaki berdarah dahi yang agak keterlaluan. Inilah yang memaksa datuk bertindak agresif di luar dari kebiasaannya.

KETAWA

DI saat lelaki berdarah dahi ketawa gamat. datuk terus menekup mulut lelaki itu dengan telapak tangannya yang kasar dan lebar. Buat beberapa ketika lelaki berdarah dahi tergamam. Beberapa saat berikutnya dia mula bertindak dan menggigit telapak tangan datuk. Berkerut muka datuk menahan kesakllan.

Sebelum gigitan menjadi lebih  parah, datuk segera memulas leher lelaki berdarah dahi dan terus diapit kecelah ketiak. Seluruh badan lelaki berdarah dahi bergoyang dan bergerak macam ikan keli menyondol selut.

Kian kuat lelaki berdarah dahi menggerakkan badan untuk melepaskan diri, makin kuat kepalanya diapit dan ditekan ke celah ketiak. Datuk pun mengheret lelaki ilu ke pangkal pokok merbau.

"Duduk disini."

Kepala lelaki itu dikeluarkan dari celah ketiak dan terus ditekan supaya duduk.

"Jangan ke mana-mana, selagi tak dapat perintah dari aku,” keras dan garang suara datuk.

Entah  apa ayat yang   dihembuskan oleh datuk kepada leJaki berdarah dahi hingga dia tidak melawan, tidak berani tentang biji mata datuk. Menurut kata, macam  kerbau dicucuk hidung.

"Duduk.kau faham tak cakap aku?"

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala

Datuk menggeliat dua tiga kali sambi melihal kesan gigitan dilengannya. Bila jejari nya digenggam terasa sakit. Sehelai daun pokok 'salang' segera dipetik dan dibalut pada jejari yang terasa sakit dan bengkak.

Tidak mengambil masa yang panjang.  Sepuluh minit kemudian balutan daun salang itu dibuka. Rasa sakit terus hilang.  Bengkak pun susut. Jari jemari  boleh  dibuka dan digenggam.   Sebelum melangkah kearah Pak Habib, datuk renung lelaki berdarah dahi untuk mempastikan, apakah dia akur dengan  arahan  yang diberi.

Datuk menarik nafas lega, lelaki itu memang akur.

Dengan senyum datuk melangkah ke arah Pak Habib. Belum pun sampai ke tempat yang dituju, lelaki berdarah dahi terus melompat mengambil sepotong kayu di sisinya. Datuk tidak menyedari apa yang berlaku di belakangnya. Begitu juga dengan Pak Habib yang asyik merenung ke kawasan lapang, tempat dua insan bertarung.

Dengan kayu ditangan, lelaki berdarah buka langkah silat. Tindakan selanjutnya, dia meluru kearah datuk

"Dari  belakang tuk," jerit saya.

Datuk segera berpaling, menanti kedatangan lelaki berdarah dahi dengan dada dan tangan terbuka.

"Ahhhhh "

KAKU

LELAKI berdarah dahi berhenti melangkah. Kayu ditangan dihumban jauhjauh. Dia berdiri kaku di depan datuk. Perlahan-lahan datuk merapatinya lalu melepaskan sebuah hembusan ke muka. Lelaki berdarah dahi nampak lemah, jatuh perlahan-lahan di kaki datuk dan terus tidur berdengkur di situ.

"Datuk kamu hebat Tamar."

Itu   komentar   si pemandu setelah melihat apa yang dilakukan oleh datuk pada lelaki berdarah dahi, di depan matanya.

"Tamar!  apa kamu tidak mengambil llmu daripadanya?" Perta-nyaan si pemandu saya jawab dengan gelengan kepala yang lemah.

"Aku mahu belajar dari datuk kamu, Tamar."

"Silakan," balas saya selamba.

"Aku bukan main-main, aku serius ni."

"Siapa kata kamu main-main. Aku merestuinya."

"Hummmmmm..... " si pemandu mendengus.

Saya tidak  tahu, apakah dengusan yang   diluahkan itu membawa maksud kecewa atau sebaliknya. Tetapi, apa yang pasti, dia amat mengkagumi dengan kebolehan yang secara tidak sengaja diperlihatkan oleh datuk di depan matanya.

CAHAYA

CAHAYA api dari tempat motorsikal terbakar mula beransur kurang. Kepulan asap hitam yang tebal bertukar menjadi nipis dan berwarna kelabu.

Percikan bunga api yang halus hampir tidak kelihatan sama sekali. Tiupan angin malam masih tidak berubah, tetap keras. Dan dengkur lelaki berdarah dahi makin menjadi-jadi.

Bila melihat datuk masih belum meninggalkan lelaki berdarah dahi yang masih tidur berdengkur,  muncul kesangsian dalam diri kenapa datuk berbuat demikian?

"Aku harap, kamu tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak menguntungkan diri kamu," ujar datuk pada lelaki yang masih berdengkur itu.

Beberapa saat berikutnya, datuk pun bergerak mendekati Pak Habib yang matanya tidak berkedip menonton pertarungan hidup dan mati dua manusia    di    tanah lapang.

" O r a n g yang bawa masalah sudah saya kunci," beritahu datuk pada Pak Habib yang disambut dengan senyum hambar.

"Langkah seterusnya apa kita nak buat?"

Pertanyaan Pak Habib mahukan jawapan pasti yang boleh menyelesaikan masalah tidak diundang. Tanpa kehadiran tiga manusia pengacau, sudah lama dia sampai ke Medan.

Sambil mengerutkan dahi dan kening, Pak Habib alihkan pandangan dari tanah lapang ke arah saya dan si pemandu. Menyedari majikannya merenung ke arahnya, si pemandu segera angkat tangan. Dan lambaiannya segera dibalas. Pak Habib ubahkan pandangan lagi, kali ini anak matanya ditumpukan kepada datuk yang berdiri di sebelahnya.

"Biar aku cuba selesaikan."

“Jangan," tahan datuk.

“Tak mengapa, aku mencuba."

Pak Habib melangkah ke tanah lapang hingga sampai ke kawasan dua manusia yang bertarung, macam lembu. Tidak merasa penat, tidak merasa sakit, walau-pun sudah hampir lebih dari dua jam bergasak. Seluar baju habis koyak, badan bermandi peluh bercampur darah.

"Hai insan Islam, berhenti bergaduh sesama sendiri. Bila kamu bergaduh un-tungnya lblis dan memang tujuan iblis mahu menyesatkan anak Adam," lantang sekali suara PakHabib.

Dan dua insan yang bertarung berhenti seketika. Mereka renung muka Pak Habib sebentar, kemudian bertarung kembali.

"Berhentilah," rayu Pak Habib.

"Berhentilah." rayu datuk.

Semuanya tidak diendahkan, mereka terus beradu kekuatan tanpa mempedulikan kehadiran datuk dan Pak Habib di sisi.

BERHENTI

SUNGGUH mengejutkan. pertarungan yang rancak terhenti dengan tiba-tiba. Dua manusia yang keletihan itu merenung ke arah datuk dan Pak Habib, mereka melahirkan senyum persahabatan dan bersedia untuk memberhentikan pertarungan.

Suasana di luar dugaan ltu menyebabkan datuk dan Pak Habib menarik nafas lega.

Ternyata rasa lega itu, tidak dapat bertahan lama di hati datuk dan Pak Habib, bila mereka terpandang ada sesuatu yang melintasi di atas kepala dua manusia di kawasan tanah lapang.

Bentuk dan benda yang melintasi di atas kepala kedua-dua manusia tersebut menyerupai sehelai tikar putih. Bila lintasan tikar putih itu hilang, mereka segera mendongak ke langit untuk beberapa detik.Kemudian kedua-duanya serentak merenung ke kiri.

Semasa merenung ke kiri, sepasang cuping telinga nampak seakan -akan bergerak- gerak. Begitu juga dengan sepasang anak mata, bergerak liar ke kiri dan ke kanan, Tindak-tanduk mereka membayanglan yang mereka menerima sesuatu arahan dari makhluk yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar

"Ada yang mendampmgi mereka," ujar datuk pada Habib.

Pak Habib tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang datuk luahkan. Pak Habib tetap setia berdiri di tepi kawasan tanah tapang. Masih yakin yang kedua-dua manusia tersebut akan mendengar cakapnya.

Kedua-dua lelaki di tanah lapang merenung kearah datuk dan Pak Habib untuk kali kedua dalam keadaan yang berbeza sekejap tenang dan sekejap bergelora. Renungan kali ini, bukan renungan persahabatan. sebaliknya sebuah renungan seteru yang penuh dengan dendam kesumat.

Pak Habib menyedari keadaan tersebut. Tetapi, dia masih bersikap lembut. Baginya,  orang yang marah harus dihadapi dengan lemah lembut.

"Berhentilah bergaduh," PokHabib merayu jawapan dari rayuan tersebut, sungguh diluar dugaan. Berlaku satu letupan kecil, betul-betul di depan tem-pat Pak Habib dan datuk berdiri.Kayudan Tanah berterbangan.

DEBAR

KETUL-KETUL tanah yang halus bertebaran, berjatuhan atas bahu Pak Habib dan datuk. Semuanya itu, tidak mematahkan semangat Pak Habib dan datuk.

Mereka tetap berpegang pada konsep, berlembut, bertolak ansur dan timbang rasa adalah pintu kedamaian yang baik. Penyelesaian masalah tidak akan masuk ikut pintu kekerasan. Berlandaskan pada konsep tersebut, mereka (datuk dan Pak Habib} terus memujuk dan merayu.

"Kenapa memusuhi kami yang mahu membawa kamu pada jalan kebaikan." kali ini nada suara Pak Habib agak keras sedikit.

Dua lelaki di tanah lapang renung ke arah langit seketika seolah-olah mencari sesuatu. Dan angin malam kian terasa dingin, sayup-sayup terdengar bunyi deruan kenderaan bersama lolonan anjing yangmemanjang.

"Kamu berdua, sesama Islam. kenapa berkelahi berhentilah."

Datuk tunjukkan kata-kata itu pada salah seorang lelaki di tanah lapang yang kelihatan amat letih sekali.

Sungguh mendebarkan. kata-kata datuk dijawab oleh lelaki Itu dengan jelingan biji mata yang merah menyala. Dengan rasa geram, sepasang tumit kakinya dihentakkan dipermukaan bumi. Dengan serta merta muncul api lalu membakar apa saja yang ada di sekitar datuk dan Pak Habib.

Satu pemandangan yang mencemaskan buat saya dan sipemandu. Rasa cemas itu. tidak pula dialami oleh datuk dan Pak Habib. Mereka tenang sekali, walau-pun api yang kecil sudah mula membesar dan boleh mendatangkan kecelakaan pada mereka.

Suara lolongan anjing (saya kira bukan anjing tetapi serigala) terus rancak bersama bunyi suara burung hantu.

“Bagaimana? Perlukah kita menolong?" bisik si pemandu.

"Jangan musuh menggunakan bantuan luar, orang macam kita bukan lawan nya," balas saya sambil merenung ke langit. Tidak banyak bintang yang bertaburan. Suara lolongan serigala yang panjang dan mendayu-dayu mengundang rasa seram yang bukan kepalang.

KERESAHAN

SI PEMANDU yang berdiri di sebelah saya, mula keresahan tidak menentu. Lelaki berdarah dahi yang tidur terus berdengkur macam bunyi suara kerbau balau menguak panjang.

"Tak usah tunjuk kehebatan kamu, Apa yang kami mahu. kamu berdua berhenti bergaduh." Pak Habib menarik nafas panjang. Bahang panas mula terasa. 

"Kemudian beritahu kami, kenapa kami didera begini," sambung Pak Habib bersahaja. 

Api yang dihantar secara sihir oleh salah seorang dari dua lelaki tersebut, terus memamah apa sahaja yang ada di sekeliling datuk dan Pak Habib. Walaupun ke-adaan agak terdesak. Datuk tetap mempastikan api yang merayap tidak akan menyambar pakaian dibadan Pak Habib dan dirinya. 

"Berhentilah bergaduh.”

Salah seorang dari lelaki di kawasan tanah lapang memben jawapan pada rayuan datuk dengan membongkok lalu melepaskan penumbuk kencang ke permukaan bumi. Serentak dengan itu terdengar bunyi ledakan yang amat kuat. Rasanya semua tumbuhan dibumi pada saat itu (pada malam itu) semuanya habis tercabut.

Bukit dan gunung habis runtuh Bila gema dan ledakan itu berakhir. Api yang mengelilingi tempat datuk dan Pak Habib berdiri terus lenyap.

TERNGANGA

DATUK dan Pak Habib tergesa-gesa  bangun,  tidak dapat dipastikan ketika mana, mereka berdua jatuh.

"Habib."

Suara datuk keras. Seekor ular besar berdiri. tidak jauh dan Pak Habib dengan mulut ternganga. Ular besar itu bersedia untuk menelan Pak Habib.

"Semuanya kerja iblis. kerja sihir," datuk bersuara lantang. Pak Habib tidak menjawab tetapi, memberkan syarat dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya macam orang mahu melakukan takbir. Datuk anggukkan kepala.

Perlahan-lahan Pak Habib bergerak ke kanan dua langkah. Lepas itu bergerak ke belakang dua langkah. Kerana langkahnya amat perlahan per-gerakan tidak dapat dikesan oleh ular besar yang berada di depannya.

“Azan,” terluah kata dari datuk.

Pak Habib anggukkan kepala. Datuk memberikan laluan agar laungan azan dilaungkan oleh Pak Habib. Dua lelaki dikawasan tanah lapang, melihat saja apa yang berlaku. Saya dan pemandu secara tidak sengaja terpandangkan sesuatu yang pelik datang bergolek ke arah kami. Bita diamat-amati benda yang bergolek itu ialah bungkusan mayat. Kami jadi panik. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. 

"Tamar, jangan kelam-kabut. tenang. Gunakan apa yang sudah aku ajarkan kepada kamu, baca ayat-ayat pilihan dari al-Ouran.”tanpa menoleh ke arah saya,datuk terus mengeluarkan kata kata tersebut.

:Datuk kamu meIihat kamu dengan indera yang ke enam Tamar?” lsi pemandu menyoal.

“Tak tahu,  perkara semacam itu kerap aku lalui.”

“Kamu cucu yang bertuah, nanti banyak ilmu yang bakal diturunkan kepada kamu"

“Usah banyak cakap kita dalam bahaya."

Syukur, ungkapan yang saya luahkan itu berjaya menutup mulut pemandu.

Walaupun demi kian, dia tetap resah. Benda putlh yang bergolek itu kian menghampiri  kami. Surah yang saya baca jadi tidak tentu.Saya memberitahu pemandu, sekiranya benda bulat Itu menghampin saya dalam jarak yang amat dekat akan saya tendang.

BANTAH

SIPEMANDU membantah rancangan saya. Dalam masa berbincang-bincang itu, benda putih yang bergolek lerus hilang. Laungan azan mula bergema dalam hutan kecil dimalam yang kian dingin. Suara azan itu menenggelamkan bunyi lolongan serigala dan bunyi burung hantu. Malah, angin yang bertiup terhenti sama sekali.

Sebaik saja laungan azan berhenti, dua lelaki di tanah lapang rebah di bumi. Bergolek-golek macam menahan rasa sakit yang amat kuat. Lebih dari lima belas mimt mereka berkeadaan demikian. Kemudian mereka terbujur kaku. Tidak bergerak.

Dan hujung ibu jari kaki kiri kedua-dua lelaki tersebut, asap nipis keluar, seluruh kawasan dikuasai bau kemenyan naik meninggi, bertukar menjadi hitam tebal lalu membentuk lembaga tinggi besar menyerupai raksasa. Beba-yang itu, makin lama. makin menipis dan akhirnya hilang.

Serentak dengan kehilangan kedua dua bebayang itu. Dua lelaki yang terbaring terus bangun terkapai.

Datuk segera mendekatinya lalu membacakan beberapa potong ayat pilihan untuk menghalau iblis. Selesai sa]a ayat-ayat itu dibacakan, kedua-dua lelaki ilu termanggu-manggu macam baru tersedar dari mimpi yang mengerikan.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box