SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR

“Nanti, jangan lepaskan mereka dulu.” Pak Habib tersentak dan segera menoleh kearah datuk. Lama juga datuk direnungnya. Langkah ketiga-tiga lelaki terus terhenti. Perlahan-lahan Pak Habib menyorot keadaan sekitar, kalau-kalau ada sesuatu yang aneh terjadi.

Tidak memadai dengan semuanya itu, wajah ketiga-tuga lelaki dalam keadaan tidak tentu arah itu direnung oleh Pak Habib seorang demi seorang.

Tidak ada sesuatu yang ganji. Semuanya nampak normal. Secara tidak langsung suasana demikian mengundang rasa hairan dalam hati Pak Habib.

"Kenapa kawan?"

"Ada sesuatu yang belum selesai lagi Habib. Ilmu Iblis ini banyak helahnya. Banyak pula cabangnya. Kalau kita tidak hati-hati, habis semua kita masuk lubuknya. Dalam jahat-nya terserlah kebaikan dan dalam kebaikannya tersimpan keburukan."

"Maksudnya?" Tanya Pak Habib, "mereka bertiga mesti didera mesti dihukum?"

"Tidak, ada niat nak membalas dendam. kerja membalas dan menghukum  orang jahat, itu tugas Allah  tak usahlah kita ambil tngas itu. Semuanya kita serahkan kepadaNya

Pak Habib nampak sukar sekali untuk menangkap atau memahami maksud dari kata-kata yang datuk luahkan.

"Susah nak menangkap maksud kata," Pak Habib berterus terang.

"Usah bimbang, niat kita baik.Sebenarnya permainan mereka bertlga belum habis."

' Saya serahkan pada sahabat untuk rnenyelesaikannya."

"Saya cuba” itu pengakuan datuk.

Bulan di langit terus menggambang indah. Saya dan si pemandu yang bergerak setapak demi setapak, tanpa disedari sudah berada dalam jarak beberapa kaki dari datuk dan Pak Habib

KOMEN

Menyedari kedatangan kami datuk terus mengingatkan kami supaya melihat apa yang  terjadi tanpa memberi sebarang komen atau bertanya sesuatu. Sudah tentu arahan itu kami patuhi.

Dengan langkah yang tenang datuk mendekati ketlga-ketiga lelaki itu.

Sambil rnerenung batang hidung ketiga-tiga lelaki jahanam tu seorang demi seorang. Datuk bergerak dari kiri dan ke kanan. Perbuatan yang serupa dilakukannya sebanyak tiga kali berturut-turut,

Datuk beralih posisi, berdiri di belakang ketiga- tiga lelaki tersebut. Macam tadi juga, datuk bergerak dan kiri dan kekanan sebanyak tiga kali. Akhirnya berhenti bersententangan dengan lelaki berwajah separuh bulat. Lelaki itu cuba menoleh ke belakang. Tetapi, datuk mengarahnya supaya merenung ke depan. Dia patuh dengan arahan datuk.

"Dengar sini, jawab semua pertanyaan aku dengan jujur dan ikhlas," kata datuk lemah.

Ketiga-tiga lelaki jahanam yang membelakanginya mengangguk. Tetapi, lelaki berdarah dahi cuba menjeling ke arah datuk dengan ekor matanya.

Dengan pantas datuk dapat mengesan perbuatannya.

"Usah main-main jeling. Itu perbuatan orang tak ikhlas."

Menyedari dirinya disindir, cepat-cepat lelaki berdarah dahi membetulkan kedudukan anak matanya pada posisi yang sebenar. Beberapa detik masa berlalu dengan tenang.

"Kamu bertiga memang sudah bertaubat?".

Datuk minta kepastian.

Ketiga-tiga lelaki jahanam itu anggukkan kepala serentak. Pengakuan ini menimbulkan kesangsian dalam hati datuk Dia pun berdehem kecil, seolah-olah memberi isyarat tertentu pada Pak Habib yang bertindak selaku penonton saja. Saya dan si pemandu berpandang wajah.

"Bila sudah bertaubat, ertinya kamu bertiga tidak akan mengulangi perbuatan buruk kamu."

"Iya, kami berjanji," balas ketiga-tiga lelaki tersebut.

"Semua ilmu hitam dan tangkal di badan sudah kamu tawarkan bisanya?".

Tiada jawapan yang diberikan oleh mereka bertiga terhadap pertanyaan yang datuk ajukan. Mereka kelihatan macam serba tidak kena. Ada yang raba cuping teliga. Ada yang garu kepala dan gosok pangkal hidung.

"Semua ilmu hitam sudah dibuang?".

Tiba-tiba saja datuk menjerit sambil rnenghentakkan sepasang tumit kaki kanannya ke tanah hingga berlubang. Ketiga -tiga lelaki yang terkejut itu terus mengucapkan serentak perkataan: KAMI SUDAH BUANG.

JAHANAM

DATuK  yang tadi berada di belakang mereka dengan sekelip mata berubah tempat. Berdiri di depan ketiga-tiga lelaki jahanam. Cukup cepat datuk melakukannya, membuat Pak Habib terpinga-pinga.

Bila menyedari perbuatan yang datuk lakukan itu mempunyai motif tertentu, Pak Habib mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Sekarang, letakkan tapak tangan kamu bertiga atas lengan kiri aku."

Datuk pun menghulurkan lengan kirinya yang berselirat dengan urat-urat hijau. Lama juga datuk menanti tidak ada seorang pun diantara  mereka bertiga yang berani meletakkan telapak tangan atas lengan kiri datuk.

“Mulakan sekarang, siapa saja boleh memulakannya.”

Dari riak wajah, ternyata lelaki tersebut amat keberatan sekali untuk memenuhi permintaan datuk.

“Kenapa tak buat apa yang aku suruh,” sergah datuk.

Ketiga-tiga lelaki tersebut tidak memperlihatkan tindak balas yang positi. Perbuatan mereka yang menyinggung perasaan datuk hingga mendorong dia (datuk) mengambil inisiatif yang agak keras.

“Kamu mulakan dulu.”

Jari datuk menuding batang hidung lelaki berwajah separuh bulat. Si lelaki itu tidak bergerak dari tempat asalnya. Kemarahan datuk terus membara.

“Kamuuuuuuu...........” jerit datuk.

“Biar dia buat dulu.”

Lelaki wajah separuh bulat mengelak, menyuruh kawannya yang berkulit agak gelap melakkannya. Dan lelaki berkulit agak gelap juga mengelak, dia menyuruh lelaki berdarah dahi melakukannya.

Sikap acuh tak acuh ketiga-tiga lelaki itu membuat datuk hilang sabar. Dia merasakan dirinya di perbudak-budakkan, Dengan pantas datuk menyambar pergelangan tangan lelaki berwajah separuh bulat lalu dikilasnya kebelakang dengan sekuat hati.

Wajah lelaki separuh bulat nampak bersahaja tidak cemas atau takut apa lagi merasa sakit.  Tidak pula senyum. Situasi begini secara tidak langsung mengerakkan hati datuk supaya berwaspada. Ada tanda-tanda tentangan secara batiniah dari lelaki tersebut. Datuk segera menukar taktik. Pergelangan tangan lelaki berwajah separuh bulat dilepaskan. Kemudian, berubah tempat dengan berdiri betul-betul di belakang lelaki berwajah separuh bulat. Dengan pantas datuk memasukkan lengan kirinya ke celah kangkang lelaki ber wajah separuh bulat.

Jari-jemari datuk terus mencengkam dan memulas kulit perut bahagian atas pusat lelaki tersebut. Dengan kekuatan luar biasa, perlahan-lahan datuk angkat lengan kin separas bahu. Tubuh lelaki berwajah separuh bulat turut terangkat, sepasang tangannya terkapai-kapai dan sepasang kakinya terbuai-buai.

Lelaki wajah separuh bulat terus mengimbangi kedudukan tubuhnya yang berada atas lengan datuk.Ada ketika tubuhnya terdorong ke depan. Dalam waktu yang lain, bagaikan mahu terlentang ke belakang. Ada masa-nya terlayah ke kiri dan ke kanan. Kedua-dua belah kaki dan tangan dimanfaatkan, agar tubuhnya tidak jatuh ke tanah.

Lelaki berwajah separuh bulat rnula menjerlt dan menangis. Dia merayu hiba supaya tubuhnya diletakkan kembali ke permukaan bumi . Datuk mempersetankan rintihan dan rayuan lelaki tersebut.

Datuk terus membuai-buaikan pergelangan tangannya ke kiri, ke kanan dan ada saatnyu ditinggikan melepasi paras bahu. Bila direndahkan. kaki lelaki berwajah separuh bulat tidak |uga menyentuh permukaan bumi.

Wa|ah lelaki separuh bulal pucat. Baju bahagian belakang nya kelihatan basah kerana diresapi peluh. Setiap kali datuk gerakkan tangan kirinya sama ada arah ke kanan atau ke kiri. Dua tiga azimat atau tangkal yang dibuat dari teras kayu, tulang temulang dan batu batu lucut dari tubuh lelaki tersebut lalu jatuh ketanah

YAKIN

Bila datuk yakin tiada lagi tangkal atau azimat yang melekap di tubuh lelaki berkenaan, perlahan-lahan datuk merendahkan lengan kirinya   perlahan-lahan  yang keras,  suara lelaki berwajah separuh bulat terus berenti.

Sebaik sahaja sepasang telapak kakinya menyentuh permukaan tanah, Tubuh leleki itu nampak lembik (macam agar-agar) dan terus rebah ke bumi dalam keadaan tertiarap.

Setelah mengeluarkan lengan kirinya dari celah kangkang lelaki berwajah separuh bulat, datuk mengeliat panjang. Dua tiga kali lengan kirinya diurut dengan telapak tangan kanan secara songsang, dari bawah keatas. Senafas hembusan datuk halakan pada lengan tersebut, seolah-olah menghembus sesuatu yang melekat di situ.

Sungguh mengejutkan sekali, baju yang dipakai oleh lelaki wajah separuh bulat (di bahagian belakang) terbelah dua mengikut kedudukan tulang belakangnya.

Bermula dari bahagia bawah tengkuk hingga ke bahagian tulang punggung, macam ada kuasa tertentu yang mengoyakkan bajunya

Jelas kelihatan ada tanda melintang  dibahagian atas punggung. Manakala dikiri kanan bahunya ada ukiran (tatoo) bentuk kala jengking sedang bertarung. Lebih dari sepuluh minit lelaki wajah separuh bulat tertiarap mencium bumi.

“Huuuuu.........” saya mendengus.

TERTIARAP

Lelaki berwajah separuh bulat yang tertiarap mula bergerak. Menelentangkan tubuhnya mengadap langit malam. 

“ Aduh sakitnya,” keluh lelaki itu sambil duduk. 

Datuk yang berada di sisi hanya melihat sahaja apa yang bakal dilakukan oleh lelaki terbabit.

Dua orang kawannya bagaikan terpukau, anak mata mereka sahaja yang bergerak menyorot apa yang dilakukan oleh temannya, sedangkan mulut, bagaikan terkunci untuk melontarkan sebarang kata.

Dari duduk lelaki berwajah separuh bulat berusaha untuk berdiri. Usaha pertam menemui kegagalan, cuba kali kedua masih gagal juga. Cuba kali yang  ketiga, tetap tidak berhasil. Dia terpaksa duduk semula dengan muka menghala ke wajah datuk.

“Mengapa saya dibuat begini?” Tanyanya pada datuk.

“Tanyalah diri kamu sendiri.”

“Haaaa...............” si wajah separuh bulat cuba protes.

Datuk senyum lalu merenung ke arah dua orang sahabat lelaki tersebut yang macam orang dungu.

“Apa kamu berdua mahu jadi macam dia?” 

Itulah pertanyan yang datuk ajukan kepada kedua-dua lelaki yang berdri kaku, mata terkebil-kebil macam mata katak kena sembur air.

“Kalau tak mahu jadi macam dia, patuh dan dengar ckap aku!” 

Kedua-dua lelaki itu tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Tetapi ereka mengangguk tanda setuju.

“Sekarang, hulurkan tangan kamu.”

Kedua-dua lelaki tersebut berebut-rebut menghulurkan tangan hingga datuk jadi kebingungan. Sukar buat keputusan huluran tangan siapa yang harus disambut dulu.

“Tarik tangan kamu semula.”

Kedua-dua lelaki tersebut patuh dengan arahan.

Tindak tanduk kedua-dua penjenayah itu sungguh melucukan buat saya. Dan secara tidak segaja saya ketawa. Dengan pantas terasa, hujung siku si pemandu menghentak rusuk sebelah kiri saya. Ketawa yang baru berbunga mati terus.

DULU


“ Kamu dulu hulurkan tangan kanan pada aku.”

Telunjuk datuk menuding kearah lelaki berkulit agak gelap. Tanpa berlengah-lengah lagi dia hulurkan tangan kanannya yang kurus kecil itu kepada datuk.

“Genggam empat jari kamu dan tegakkan ibu jari kanan dan tayhan nafas kamu macam ini........” Datuk segera menunjukan cara-cara yang harus dilakukan oleh lelaki, berkulit separuh gelap.

“Sekarang kamu sudah faham?” sambung datuk.

“Faham, “ jawapnya.

“Kalau dah faham, lakukan sekarag juga. Jangan buat silap nanti kamu terima akibat buruknya.’”

Dan lelaki berkulit  agak gelap. Segera melaksanakan apa yang haus dilaksanakan seperti apa yang diarahkan oleh datuk.

“Tahan nafas kamu sekarang.”

Lelaki berkulit separuh gelap dengan pantas mengangguk. Mukanya nampak serius. Urat-urat di leher dan dahi kelihatan menonjol akibat dari menahan nafas.

“Sekarang aku tolak ibu jari kanan kamu. Tahan jangan sampai ibu jari tangan kanan kamu bergerak,” datuk mengingatkan lelaki berkulit agak gelap.

Dari kerdipan mata yang dilakukan oleh lelaki itu menghantar pesanan kepada datuk bahawa dia sudah bersedia. Apa saja yang akan datang akan dihadapinya. Datuk senyum senang. Hati saya berdebar, menanti penuh cemas apa yang akan berlaku.

Setelah dapat tempat berdiri yang baik dan selesa, ibu jari kiri datuk yang bulat berisi, bersama ruas yang agak panjang mula bercntum dengan ibu jari kanan lelaki berkulit agak gelap.

Dengan penuh bergaya dan bersistematik datuk menolak dan menekan ibu jari kanan lelaki tersebut. Dengan penuh daya dan tenagan lelaki berkulit agak gelap mempertahankannya. Dia mempastikan telapak kakinya tidak bergerak walau satu inci pun. Dari jauh kelihatan dua ibu jari seperti bercantum menjadi satu.

Satu pertarungan yang sungguh hebat, penuh debar dan cemas. Masing-masing tidak mahu kalah.

Ternyata tekanan berpihak kepada lelaki berkulit agak gelap.Datuk tetap berada dipihak yang selesa. Kalau tewas tidak membawa apa-apa kesn pada dirinya. Andainya, lelaki berkulit agak gelap gagal, ibu jari kanannya patau atau mungkin tercabut dari sendi. 

TERANGKAT

Bila datuk meluruskan (mengangkat) tangan melepasi kepalanya, tubuh lelaki agak gelap, turut terangkat.

Dengan ibu jari kiri datuk menjulang tubuh lelaki tersebut. Tubuh lelaki itu terus dipusingkan berkali-berkali di atas kepalanya, macam kipas helikopter. Lelaki seperti berada di awang-awangan. 

Semasa tubuh dipusing berkali-kali, baju yang dipakainya terkoak teruk. Bermacam-macam tangkal yang lekat di tubuh lerlaki berkulit agak gelap bertaburan di bumi. Kebanyakan tangkal itu dibuat dari tulang-tulang inatang buas, disamping beberapa jenis batu tertentudalam berbagai bentuk dan rupa.

Lelaki berkulit separuh gelap terus memekik minta diletakkan atas anah semula. Dan permintaannya segera datuk tunaikan.

Sebaik berada di tanah, lelaki itu tidak boleh berdiri, terus jatuh terduduk. Dia berkata-kata sesuatu tetapi suaranya tidak terkeluar, Mulutnya berbuih dituruti dengan muntah yang banyak. Lelaki itu kelihatan tidak bermaya sekali. Dia amat keletihan dan terus terbaring di bumi. 

Pak Habib hanya menyaksikan saja apa yang datuk lakukan terhadap kedua-dua lelaki itu. Dia tdak memberi sebarang komentar. Sedangkan apa yang datuk perlihatkan itu membuatkan si pemandu makin kagum pada datuk.

“Datuk kamu memang luar biasa orangnya Tamar,” bisiknya pada saya. Dan saya tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kekagumannya itu.

DINGIN

Kerana saya bersikap dingin, si pemandu segera bergerak ke depan saya. Dia menegakkan ibu jari kanannya pada saya sambil mulutnya tajam menghala kearah datuk. Saya buat tak nampak dengan apa yang dlakukannya di depan saya.

“Berdiri tegak, jangan buat macam itu pada saya. Sembah mansia bukan perbuatan yang baik. Hanya Allah yang wajib disembah,” ujar Pak Habib.

Dengan pantas sekali, lelaki berdarah dahi berdiri tegak macam kayu. Sepasang anak matanya menyorot lembut ke muka Pak Habib minta dikasihani. 

Bila dirasanya, Pak Habib tidak memberi reaksi postif,anak matanya beralih pula kepada datuk. 

“Kamu berurusan dengan dia, bukan dengan saya. Kamu selesaokan dengannya,” tenang dan bersahaja Pak Habib bersuara. Datuk anggukkan kepala, setuju dengan apa yang dkatakan oleh Pak Habib.

“Kamu berusan dengan aku, bukan dengan Pak Habib,” tegas datuk.

Lelaki berdarah dahi segera bergerak ke arah datuk dan berdiri kaku di depannya.  Bersedia menerima arahan atau hukuman dari datuk. Dua orang kawan lelaki berdarah dahi tetap macam tadi. Lebih banyak merehatkan badan.

“Kamu sudah dengar apa yang Pak Habib kata.”

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala. 

“Kamu mesti patuh arahan aku,” lembut suara datuk.

Macam tadi juga, lelaki berdarah dahi tetap mengangguk. Saya dan pemandu kembali resah, bimbang dengan apa yang bakal berlaku. Pak Habib macam biasa, tetap tenang. Bibirnya bergerak lemh, saya yakin dia sedang berzikir. 

“Sekarang buka semua tangkal dan azimat di badan kamu.”

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala. Beberapa detik berikut dia terus membuka baju. Malah dia bersedia melucutkan seluar hitam yang dipakainya.

:Jangan,” tahan datuk.

“Kenapa pula? Saya rela,” lelaki berdarah dahi bersuara.

“Kamu tidak ikhlas, masih mahu berdalih. Kamu tak pakai selar dalam, jagah berhelah, ckup setakat ini.”

Lelaki berdarah dahi gigit bibir. Memang dia tidak menduga sama sekali ng datu tahu dirinya tidak memakai seluar dalam. Peluangnya untuk mempermainkan datuk secara sepontan berkecai.

“Orang yang mengamalkan ilmu salah, biasanya tak pakai seluar dalam. Kalau pakai pun mesti warna hitam atau merah. Sebabnya bila sesak atau terdesak terus telanjang. Perbuatan itu boleh melambatkan atau melemahkan kekuatan musuh buat seketika, kamu jangan mempermain-mainkan aku,” datuk memberi amaran keras.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box