SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG

Dalam pertemuan di ruang tamu itu, datuk menyatakan hasratnya untuk pulang ke tanah semenanjung pada Pak Habib.  Buat seketika, Pak Habib atau Syed Hamid Al-Hadad, tidak memberikan sebarang komentar.  Dia tenang dan kelihatan bersahaja.

“Tak boleh tunggu, dua tiga hari lagi?”

Satu pertanyaan dari Pak Habib yang saya kira cukup berat untuk dijawab oleh datuk.

Angin yang masuk menerusi jendela memberikan kesegaran pada saya.  Mungkin juga untuk datuk dan Pak Habib.  Terdengar kokok ayam dan kicau murai dihujung ranting.

“Rasanya tak perlu,” jawab datuk.

“Maksud sahabat?”

Anak mata Pak Habib menyorot wajah datuk.  Saya lihat datuk terpampan.  Ekor mata kanannya mengecil, mencari alasan untuk membalas pertanyaan Pak Habib.  Hampir sepuluh saat suasana di ruang tamu terasa sepi.

“Saya rasa semuanya sudah selesai.  Hajat sahabat sudah saya tunaikan.  Orang bertiga sudah balik, sudah bekerja dengan sahabat, malahan tekun belajar agama.  Jadi apa perlunya saya di sini,” tutur datuk tenang.

“Kalau, saya katakan, saya memerlukan khidmat sahabat bagaimana?” Pak Habib senyum.

“Ini yang sulitnya,” datuk mengeluh.

“Tak sulit, asalkan sahabat mahu ikut cakap saya,”

“Itu paksaan secara terhormat namanya,” sanggah datuk.

Dua sahabat itu ketawa terkikih.  Masing-masing bertindak bijak untuk ‘memerangkap’ antara satu sama lain secara diplomasi.  Saya tersenyum.  Angin terus masuk ke ruang tamu.  Sayup-sayup terdengar bunyi lesung orang menumbuk padi.

“Begini saja, saya mahu berterus terang dengan sahabat.  Ikut saya ke Jawa,”

“Haaa.......,” mulut datuk melopong.

“Tak susahkan diri sahabat, mungkin menguntungkan,’ nada suara Pak Habib lembut.  Mulut datuk yang terlopong kembali bertaut.  Tetapi, sepasang keningnya yang berbulu lebat, kelihatan seakan-akan terangkat seketika.  Macam ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya.

DOA

Hati kecil saya terus berbunga dengan doa.  Semuga datuk akan memenuhi permintaan Pak Habib.  Kembara di bumi rumpun Melayu atau lebih tepatnya seluruh Nusantara memang menjadi minat saya.  Bukankah rumpun Melayu itu besar dan luas, budaya adatnya tidak jauh berbeza.  Saya membina angan-angan dalam kepala.

“Jawa tu luas sahabat, tempat sebenarnya di mana?” datuk angkat kepala.  Tentang biji mata Pak Habib.

“Tanah Abang,” suara Pak Habib yakin.

“Tanah Abang,” ulang datuk sedikit sangsi.

“Iya, Tanah Abang, Jakarta.”

“Hummmm?” keluh datuk.

“Bagaimana? Jadi.” Pak Habib minta kepastian.

Tiada jawapan pasti dari datuk, saya mula resah sendirian.  Harapan untuk melihat tempat pendekar si Pitung menjadi samar.

“Bagaimana kalau lain kali saja sahabat?”

“Lain kali tu, boleh jadi tak pergi langsung.  Bila sahabat balik ke tanah semenanjung.  Entah bila pula kemari.  Barangkali boleh jadi tak datang langsung,” Pak Habib menggaru hujung kening.

“Susah, saya benar-benar susah,” datuk mengeluh.

“Apa yang sahabat susahkan.”

“Saya dah berjanji dengan kapten kapal dagang yang mahu ke Pulau Pinang tengahari esok.  Orang yang menguruskan hal ini, Tajuddin anak saudara sahabat.  Berat rasa hati nak membatalkannya,” wajah datuk nampak sugul.

“Jangan bersusah hati, biar saya uruskan hal ini.”

“Tapi........,”

“Saya faham, sahabat segan dengan Tajuddin.  Kapal yang mahu sahabat tumpang tu, kapal saya.  Kenapa sahabat berahsia dari saya,” amat bersahaja Pak Habib mengungkap kata-kata.

“Bukan berahsia, tetapi tidak mahu menyusahkan Habib,” Pak Habib pun menghadiahkan senyum sinis untuk datuk yang tersipu malu.

“Tunggu sebentar,” tiba-tiba saja Pak Habib berkata demikian pada saya dan datuk.  Pasti saya merasa ganjil dengan perbuatannya.  Kemudian Pak Habib tergesa-gesa masuk ke bahagian ruang tengah rumah.  Terdengar Pak Habib bercakap dengan seseorang.  Kurang jelas apa yang diperkatakannya dengan orang tersebut.

GABUNG

Pak Habib kembali ke ruang tamu bergabung dengan kami.  Topik perbincangan tidak lagi berkisar pada persoalan pergi ke tanah Jawa.  Walaupun datuk belum memberikan kata putus sama ada pergi atau sebaliknya.  Perkara itu terus tergantung begitu saja.

Mendengar datuk dan Pak Habib membahasakan hal-hal yang ada sangkut paut dengan agama, memang tidak menarik minat saya.

Kerancakan perbahasan datuk dengan Pak Habib terganggu oleh suara orang memberi salam di luar.  Setelah menjawab dengan lantang.  Pak Habib mempersilakan si pemberi salam naik ke rumah.  Orangnya memang saya kenali, Tajuddin anak saudara Pak Habib.

“Panggil saya?” itulah yang diajukan oleh Tajuddin sebaik saja merenung muka Pak Habib.  Saya jeling datuk yang sedang merenung ke arah Tajuddin.  Langsir tingkap bergerak lemah disentuh bayu.  Kerana jawapan dari pertanyaan yang diajukan oleh Tajuddin lambat dijawab oleh Pak Habib menyebabkan Tajuddin resah, merasakan dirinya berdiri dalam keadaan yang serba tidak kena.

“Memang aku panggil kamu.”

Tajuddin menarik nafas panjang.  Lega hatinya mendengar jawapan itu.  Wajahnya nampak riang.

“Beritahu kapten Nasir orang ini tak jadi balik ke Pulau Pinang, pastikan barang dagang yang dibawanya ikut peraturan, jangan bawa benda salah,” tambah Pak Habib.

“Saya faham.  Maafkan saya kerana membenarkan Nasir membawa orang ini ke Pulau Pinang,” Tajuddin renung muka saya dan datuk.  Pak Habib mendengar dengan teliti sekali.

“Kesilapan saya kerana tak memberitahu Pak ayah,” samung Tajuddin wajahnya nampak sedikit cemas.

“Sudahlah, tu.  Lain kali jangan main pandai sendiri.”

“Maaf, saya pergi.”

“Silakan.”

Tajuddin bersalaman dengan Pak Habib.  Kemudian bersalam dengan datuk dan saya.  Ketika bersalaman itulah Tajuddin sempat menepuk bahu saya seraya berkata: “Kamu kena duduk lama di sini”.

Saya balas dengan senyuman yang panjang.  Penuh tanda tanya dan seribu makna.  Ruang tamu yang luas kembali dikuasai oleh kami bertiga.  Angin semakin rancak masuk ke ruang tamu lalu menyapa wajah tiga manusia.

“Bagaimana sekarang?” Tiba-tiba Pak Habib bersuara.

“Maksudnya,” soal datuk kembali.

“Maksudnya amat mudah, keputusan ditangan sahabat.  Tugas saya sudah selesai.  Kapten kapal dah tahu sahabat tak jadi menumpang ke Pulau Pinang,” dalam senyum dan tenang Pak Habib melafazkan kata.

SENYUM

Datuk renung ke arah saya bersama segaris senyum.

“Jawapannya,” datuk ketawa kecil, “sahabat sudah tahu.  Bak kata orang sudah terang, bersuluh lagi.  Menyeberang dengan perahu, bila perahu tak ada duduklah ditebing.  Itulah ibarat diri ini.”

“Jadi sahabat setuju ke Tanah Abang,” riang sekali suara Pak Habib.  Dia ketawa puas.  Wajahnya ceria sekali.

“Apa lagi mahu dikata, sebagai tetamu ikut saja cakap sahabat,” datuk mengalah sambil memperkemaskan silanya.

“Niat saya baik, mahu memperkenalkan sahabat dengan keturunan pendekar Tanah Abang.  Barangkali ada ilmu yang baik untuk diambil.  Ilmu yang buruk ditinggalkan,” Pak Habib berhenti bercakap seketika.

“Ilmu yang baik itu boleh diambil dan dikembangkan di tempat sendiri,” sambung Pak Habib.  Datuk terlalu lambat memberikan tindak balas.  Entah mengapa saya pula yang berdebar cemas.

“Dengan keturunan siapa sahabat mahu memperkenalkan saya?” Satu pertanyaan yang cukup positif dari datuk.

“Dengan keturunan Si Pitung, Si Jampang Macan Kamayuran, mereka ini dinaggap jagoan Tanah Abang yang menentang Belanda.  Mereka membela rakyat yang tertindas.  Mesti ada petua langkah.  Ilmu-ilmi lama yang ditinggalkan pada keturunannya.  Apa salahnya kita memetik yang baik dari ilmu itu,” pendapat dan jawapan dari Pak Habib yang positif dan berkeyakinan.

TUA

Saya kira, sebagai orang tua yang tidak pernah putus-putus mencari dan menuntut ilmu dunia atau akhirat, datuk pasti tidak menolak tawaran yang dikemukakan oleh Pak Habib.  Malah saya kira dautk tetap berminat dan tidak menolak peluang tersebut.

“Bila nak pergi, kalau lambat sangat, saya kurang seronok,” bersahaja datuk bertanya.  Pak Habib sandarkan badan ke dinding.  Sepasang matanya merenung awan gemawan yang bergerak lemah menerusi jendela yang terdedah.  Kerut keningnya menandakan Pak Habib sedang memikirkan sesuatu.

Kemudian lelaki berdah Arab-Melayu menarik nafas panjang.  Air mukanya kelihatan cerah sekali.

“Hari ni, hari Isnin, besok Selasa, kemudian Rabu.  Saya cadangkan pagi Khamis kita berangkat ke sana.  Jadi pada malam Jumaat kita berjemaah di Masjid Al-Makmur, tidak berapa jauh dari pasar Tanah Abang, salah satu masjid tertua di Jakarta.  Berjemaah malam Jumaat di masjid lama, kata orang dapat berkat,” suara Pak Habib lemah membayangkan kebimbangan kalau-kalau datuk menolak cadangannya.

Tiada komentar dari datuk.  Kepalanya diangkat sedikit merenung lelangit ruang tamu.  Bagaikan mencongak sesuatu dan perlahan-lahan anggukkan kepala.  Wajah bimbang Pak Habib kembali cerah.

“Boleh,” jawab datuk penuh yakin.

“Bagus,” Pak Habib tegakkan badannya kembali.

“Jadi sementara menanti hari Khamis, saya terpaksa bergaul dengan ketiga-tiga manusia itu, mengajar mereka petua-petua bagaimana nak kusyuk sembahyang, selain dari menanamkan semangat tauhid dalam dada mereka,” datuk mengeliat.

“Memang itulah yang diharapkan dari sahabat, ketiga-tiga manusia yang menawan kita dulu, amat serasi dan menghormati sahabat.  Kesempatan itu mesti digunakan dengan sebaik mungkin, lagi pun orang-orang di sini terlalu menghormati orang luar yang berilmu (agama) dari orang tempatan,” satu pengakuan yang ikhlas dari Pak Habib.

“Barangkali perkara ini berlaku secara kebetulan,” datuk cuba membunuh rasa kecewa di hati Pak Habib.

“Saya tahu, ini satu fenomena biasa, berlaku di mana-mana dalam apa jenis masyarakat pun, lebih mementingkan dan memandang mulia orang luar dari orang dalam,” Pak Habib meluahkan pendapatnya.  Ternyata datuk setuju dengan pendapat tersebut.

BERGERAK

Menjelang keberangkatan ke Tanah Abang (hari Khamis) datuk cukup sibuk sekali.  Dia bagaikan tidak ada masa, (mungkin terlupa) terucap.  Biasanya nama nenek disebut oleh datuk setelah melakukan solat Tahajud atau ketika selesai mengerjakan solat Asar.

Harapan Pak Habib memang dilaksanakan oleh datuk dengan sebaik mungkin.  Setiap masa (selepas waktu kerja) datuk mendampingi ketiga-tiga manusia laknat yang sudah insaf.  Mereka sentiasa diingatkan bila melakukan sesuatu harus ikhlas dan mencari sumber rezeki dari sumber yang halal.

Bila bekerja dengan orang (makan gaji) mesti ikhlas menjalankan tugas, ikut peraturan Islam.  Jangan sekali-kali curi tulang tanpa sebab-sebab yang kukuh.  Bila kerja tidak ikhlas, gaji yang diperolehi tidak berkat.  Sentiasa tidak cukup, sentiasa terhimpit.

Datuk juga memberitahu mereka, setiap gerak dan nafas kita adalah milik Allah.  Jadi Allah harus lekat dikalbu.  Setiap kali bergerak atau melakukan sesuatu sama ada berjaya atau gagal, mesti diucapkan doa kesyukuran pada Allah.  Setiap doa yang dihembus adalah doa kesyukuran pada Allah.

Datuk meyakinkan mereka menanamkan semangat cinta agama dengan dalil dan petunjuk yang mudah.  Sesuai dengan latar belakang kehidupan dari mana mereka datang.  Begitu juga dengan pendidikan yang mereka perolehi.

Mereka tidak disuruh menjadi Islam yang fanatik.  Secara perlahan-lahan dan teratur, datuk menyuruh mereka menjadi seorang Islam yang progresif sesuai dengan perkembangan arus kemajuan ketika itu.  Mereka disuruh melihat dunia luar secara terbuka dan luas.

Mereka disuruh banyak membaca buku-buku pengetahuan yang ada hubungkaitnya dengan ilmu bintang, sains dan kedoktoran, tak kira buku ditulis dalam bahasa apa, pokoknya mereka boleh membaca, asalkan tidak lari dari asas Islam.  Bila perkara yang sama diasak setiap hari oleh datuk, maka cara berfikir mereka mula terbuka.  Mereka benar-benar melupakan dunia hitam yang pernah mereka lalui.

GEMPAR

Pada hari Rabu, kira-kira jam sepuluh pagi, berlaku kegemparan tidak jauh dari kawasan surau.  Seorang lelaki yang sejak dua hari lalu (Isnin dan Selasa) menumpang di surau atas keizinan keluarga Pak Habib melakukan sesuatu yang diluar dugaan.

Keizinan menginap di surau keluarga Pak Habib dibenarkan oleh Pak Habib, kerana lelaki yang berambut panjang, mendakwa dirinya dari Binjai menyatakan dia mahu melakukan amal ibadah di surau tersebut dalam waktu beberapa hari.

Dia juga memberitahu yang dirinya dalam perjalanan ke Padang Panjang untuk menuntut ilmu agama.  Atas alasan itu, permintaannya diperkenankn oleh Pak Habib.

Memang ternyata lelaki berambut panjang itu mengkotakan apa yang dikatanya.  Hasil intipan para tetangga membuktikan yang kebanyakkan masa lelaki berambut panjang itu dihabiskan dengan membaca kitab-kitab yang dibawanya.  Tidak seorang ahli qariah yang tahu jenis kitab yang dibacanya kerana perkara itu amat dirahsiakannya.

“Lelaki itu gila, kita dah silap membenarkan dia tinggal di surau,” kata Tajuddin pada Pak Habib yang datang ke surah setelah diberitahu apa yang terjadi.  Pak Habib datang bersama datuk.

“Apa yang dibuatnya?” Tanya Pak Habib.

“Dia mahu membakar surau dan mahu membunuh siapa saja yang menghalang.  Dia bawa parang panjang,” jelas Tajuddin pada pamannya.

“Sekarang dia berada di mana?” Soal Pak Habib lagi.

“Ada dalam surau.”

“Habis macamana, kamu kata dia mengamuk,” datuk pula menyoal.

“Tadi, semasa Kamarul mahu sembahyang Dhoha di surau dilarangnya.  Dia beritahu Kamarul tak ada sembahyang selepas sembahyang subuh.  Kamarul cuba terangkan kedudukan sebenar.  Dia tak mahu terima.  Kamarul dihalau, dikejarnya dengan parang panjang,” terang Tajuddin.

BERSAMBUNG...

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box