SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT

Datuk terkejut dengan kejadian yang  tidak di duga itu, duduk tersandar didinding. Pak Habib masih berdiri disisi tubuh lelaki berambut panjang yang tergolek di tanah.


Bila datuk merasakan denyut jantung kembali normal, dia segera bangun seraya menghulurkan tangan pada Pak Habib. Dan Pak Habib menyambutnya dengan penuh kehangatan.


“Nampaknya, bial terdesak baru dimanfaatkan kebolehan yang ada. Kalau tidak, lmu yang ada disembunyikan dari kita,” datk bersuara.


“Semuanya yang saya buat ini untuk sahabat.”


“Saya tahu, terma kasih,” bibir datuk menguntum senyum.


“Hummmmmm’........”


Lelaki berambut panjang masih terkapar di tanah, dipanah sinar matahari yang menyengat. Saya dan Tajuddn segera keluar dari tempat persembunyian. Kehadiran kami di sisi datuk dan Pak Habib disambut dengan senyum sinis.


“Ambil parang dekat tangannya,” 


Pak Habib menuding, jari ke arah Tajuddin menyuruh mengambil parang panjang yang berada dalam jarak sekaki dari tubuh lelaki berambut panjang. Sudah tentu arahan itu satu penyiksaan buat Tajuddin dan amat berat untuk dilaksanakan. 


Siapa tahu lelaki berambut panjang itu berpura-pura pengsan atau mati. Bila ada orang mendekatinya, dia terus bertindak ganas. Siapa boleh menduga yang tindakannya itu tidak mencederakan atau membawa maut pada sesaorang.


“Pergi ambil parang tu, tak mengapa aku ada di sini.”


Satu jaminan yag kukuh dari datuk untuk Tajuddin. Tetapi, Tajuddin masih belum bergerak. Dadanya terus digayut seribu persoalan.


“Jangan buang masa, nanti kita yang rugi.”


Lembut sekali datuk mendesak. Tajuddin masih tidak bergerak di sisi saya.


“Apa yang dia cakap tu memang betul Tajuddin.”


Pak Habib menyokong datuk. Dan Tajuddin kalah, atau tidak mampu berdalih atau memberikan sebarang alasan,


SEKELIP MATA


Antara keberanian bersalutkan ketakutan, Tajudin pun bergerak dengan pantas ke arah yang dimaksudkan . Dalam sekelip mata saja parang panjang sudah berada dalam genggamannya, Sebuah senyuman kepuasan dihadiahkan oleh Tajuddin untuk Pak Habib dan datuk, sudah tentu saya tidak dikecualikan. 


Dalam saat yang sama juga, sekujur tubuh lelaki berambut panjang ang tadi kejang kaku mula bergerak lemah. Sepasang ibu kakinya seperti tersentak-sentak, macam ayam yang disembelih hampir habis nyawa. Kelopak matanya mula pejam celek. Semuanya itu tidak disedari oleh Tajuddin.


“Tajuddin berjaga-jaga,” kata datuk.


Tajuddin masih dengan senyumnya. Manakala lelaki beramut panjang yang terbaring dekaty kakinya makin aktif menggerakkan anggota tubuh.


“Hati- hati Tajuddin,” ulang datuk.


“Kenapa? “ Dengan pantas Tajuddn bertanya semula kepada datuk. Pak Habib gelengkan kepala melihat kelemahan Tajuddin yang tidak mahu mengawasi keadaan sekitarnya.


“Orang dekat kaki kamu,” jerit saya.

 

Tajuddin segera merenung lelaki berambut panjang yang semakin rancak mengerakkan anggota kaki dan tangannya. Air muka Tajuddin segera berubah menjadi cemas semacam.


“Jangan kelam kabut, bertenang,” Pak Habib mengingatkan Tajuddin. 


“Serahkan parang pada aku,” pinta datuk.


Tajuddin segera mencampakkan parang panjang ke arah datuk dan Pak Habib. Bagaikan pahlawan KUNG FU datuk melompat lalu menyambar ulu parang panjang. Bila lelaki berambut panjang mula duduk, Tajuddin angkat kaki memulakan langkah seribu menuju ke arah datuk dan Pak Habib. Saya ketawa kecil melihat karakternya.


TERUS


Lelaki berambut panjang terus berdiri lalu membuka langkah yang pada hemat saya bukannya kangkah silat, tetapi gerakan memanaskan badan dan menggerakkan urat. Bila gerakan itu berhenti, lelaki berambut panjang menghalakan pandangan ke arah kami berempat.


Muka kami berempat ditatapnya stau persatu. Macam harimau lapar merenung mangsanya. Saya jadi resah, tidak mampu melihat biji mata lelaki itu yang saya rasakan seperti memancar satu sinar yang sungguh tajam. Apa yang di tunjukkannya seperti menyatakan perasaan marahnya yang amat sangat terhadap kami.


“Bagaimana? Perlukah kita menangkapnya,” Tajuddin ajukan pertanyaaan pada datuk.


“Tanya ayah saudara kamu,” balas datuk.


“Kita nasihati dan tanya, macammana dia boleh jadi begini,” Pak Habib menunjukkan jalan penyelesaian.


“Saya pun fikir begitu,” sokong datuk.

 

Dalam buat mencari keputusan sebulat suara lelaki berambut panjang melakukan sesuatu yang diluar dugaan kami. Dia melaungkan perkataan Allahu Akbar dengan lantang dan kuat. Susah tentu kami tercengang cengang dan mencari punca kenapa dia berbuat demikian. Tanpa disedari dia sydan berada di belakang Pak Habib.


Cukup pantas dia bergerak. Belum pun sempat datuk memberitahu Pak Habib supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan lelaki berambut panjang lebih dahulu bertindak dengan melompat tinggi untuk melepaskan ‘flying kick’ ke arah Pak Habib.


Tetapi yang peliknya Pak Habib tidak mempertahankan diri atau mengelak. Dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Ironisnya lelaki berambut panjang itu yang tercampak jauh hampir-hapir jatuh atas permukaan longkang surau. Datuk semakin kagum dengan kebolehan Pak Habib yang dibuka sedikit demi sedikit.


Suasana di halaman surau menjadi kelam kabut. Beberapa orang lelki dan wanita muncul dari arah belakang surau.


“Siapa mereka?” Tanya datuk pada Tajuddin.


“Tak tahu.”


“Kaum keluarga sahabat atau orang dalam kampung ini?” Datuk minta kepastian.


“Bukan, mereka datang dari tempat lain, jangan ganggu tengok saja apa yang mereka nak buat,” Kata Pak Habib. Kami pun segera akur dengan permintaan  itu.


Kumpulan sekitar tujuh orang (empat lelaki dan tiga wanita) terus menyerbu kearah lelaki berambut panjang yang mereka panggil sebagai PAK GURU. Ramai ramai meereka mengusung lelaki yang kelihatan menanggung sakit akibat terjatuh. Beberapa orang daripada mereka mengosok gosok badan lelaki berambut panjang. 


Salah seorang daripada mereka dengan sepotong kayu datng ke arah kami.


“Kamu semua durhaka, aniaya Pak Guru.”.


Kami beempat tidak menjawab. Orang yang naik darah lalu memanggil seorang kawannya yang berbadan besar dan tegap (juga membawa sepotong kayu keras).


Sikawan yang dipanggil nampak garang sekali. Tidak mahu bertolak ansur. Kalau tidak disabarkan oleh kawannya yang memanggil, sudah pasti kepala Tajuddin terbelah dua kena hentak sepotong kayu keras.


“Kamu semua tak berhati perut menyiksa orang yangmenyeru ke jalan Tuhan. Perbuatann kamu akan menerima hukuman didunia pembalasan” tambah orang tadi. Kami berempat terus membisu , tidak memberikan sebarang reaksi. Terbukti, perbuatan kami melukakan hati orang yang  

Berbadan tegap. Dia hilang sabar lalu menhayunkan kayu di tangan ke leher datuk. Di saat kayu mahu dihayun terdengar suara jeritan wanita dan lelaki. Seluruh perhatian tertumpu ke arah sura tersebut.


PANJANG


Seorang wanita dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 64 tahun, berlari ke arah kumpulan orang yang merawat lelaki berambut panjang. Kedua-dua orang tersebut terus memaki hamun kumpulan yang sedang menhurungi si rambut panjang yang dipanggil PAK GURU. 


Dua lelaki yang berdiri di hadapan kami segera beredar. Mereka bergabung dengan kawan kawan mereka yang sedang merawat ‘PAK GURU’. Setiap perkembangan yag terjadi, kami ikuti dengan penuh minat, penuh teliti. Secara mendadak sahaj kumpulan yang memanggil lelaki berambut panjang sebagai Pak Guru berpecah dua. Manakala  


Pihak yang llagi satu berada di pihak lelaki dan wanita yang berusia 64 tahun. Sementara Pak Guru terbaring di tanah. Kedua-dua pihak tersebut saling tuduh menuduh antara satu sama lain. 


“Eh dari mana mereka datang?” Saya bersuara cemas, berbelas orang lelaki dan perempuan termasuk beberapa orang kanak-kanak muncul dari arah belakang surau. Kumpulan yang baru muncul itu bergabung dengan puak yang diketuai lelaki berbadan besar dan tegap.


Puak yang diterajui oleh lelaki dan wanita berusia 64 tahun mempunyai jumlah yang amat kecil, tidak lebih dari sepuluh orang. Mereka terus bertengkar dan bertengkar.


“Mereka dtang dari mana Pak Habib”


Saya memberanikan diri bertanya.


“Tak tahu,” balas Pak Habib.

“Tak ada seorang pun yang Pak Habib kenal?


Pak Habib anggukkan kepala. Datuk segera menegur saya, kerana terlalu banyak mengajukan pertanyaan. Pada hemat datuk, perbuatan itu boleh mengganggu tumpuan perhatian Pak Habib dan datuk dalam mengawasi kumpulan yang bertelagah.


Dua kumpulan tersebut terus bertengkar hingga samai keperingkat yang teruk. Mereka mla mengeluarkan kata-kata kesat. Masing-masing mahu menghalalkan apa yang mereka lakukan adalah betul dan benar. Puncak dari maki hamun dan pertengkaran, mereka sudah bersedia untuk beradu kekuatan. Pak Guru yang terkapar tidak dipedulikan.


Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, Pak Habib mengajak kami  mendekati dua kumpulan yang sedang bertelagah. Memang mencemaskan bila Pak Habib berdiri ditengah-tengah dua kumpulan yang bergaduh. Kehadiran Pak Habib membuat dua kumpulan itu terkejut dan terdiam seketika.


Pada saat-saat berikutnya adalah saat yang penuh debar dan mencemaskan. Kedua-dua belah puak mahu memukul Pak Habib yang berada di tengah-tengah mereka. Meski pun keselamatannya terancam, Pak Habib masih bertenang. Secara tidak langsung menggambarkan kewibaan orang yang berhemah tinggi.


Sebelum meninggalkan kami, Pak Habib mengarahkan saya dan Tajuddin berada agak jauh dari kumpulan yang bertelagah. Datuk pula diarahkan supaya berada atau berdiri selari dengan Pak Habib diluar kumpulan terbabit. Tujuannya bila tercetus perkara yang tidak diingini mudah bagi saya dan Tajuddin mengawal dua kumpulan itu.


Datuk yang diarahkan sentiasa berada selari dimana Pak Habib berdiri , matlamatnya supaya mudah memecahkan benteng dua kumpulan untuk masuk ke tengah bagi menyelamatkan Pak Habib. Semuanya sudah diatur dan disusun dengan rapi.


“Hai dengar disini.”


Lantang suara Pak Habib. Hujung serbannya diraba dan dipulas berkali-kali dalam sinar matahari yang kian keras. Tindakan Pak Habib membuat dua kumpulan yang mahu menghukum dan mencederakannya tersentak dan terkejut. Tanpa arahan, dua kumpulan yang bertelagah undur dua tapak ke belakang.  


“Siapa yang terbaring ni?” Tanya Pak Habib.


“Dia anak kami,” jawab lelaki usia 64 tahun.


“Iya tuan, dia anak kami,” sahut wanita disebelah lelaki usia 64.


DIALOG

  

Lelaki berbadan besar dn tegap bersama kumpulannya yang mendengar dialog antara Pak Habib dengan pasangan suami isteri segera geleng-gelengkan kepala. Terdengar suara memperlekehkan kehadiran Pak Habib.


Salah seorang dari anggota puak tersebut menerpa ke arah Pak Habib dan bersedia menghayun sebatang kayu ke sebelah kanan kepala Pak Habib.


“Jangan begitu, saya cuma bertanya,” lembut suara Pak Habib.


Secara mengejut kayu ditanan orang itu terlucut dan dia terus jatuh, bagaikan sendi lututnya lemah sekali. Tidak mampu menahan tubuhnya.


Orang itu merangkak perlahan-lahan menuju kearah Pak Guru yang terbaring. Semua anggota puak lelaki berbadan besar dan tegap tidak melakukan sesuatu. Meraka bagaikan terpukau dan tenggelam punca melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Dalam saat mereka terpinga itu, Pak Habib menggunakan kesempatan itu dengan sebaik mungkin.


“Apa hubungan kamu dengan Pak Guru?”


Itu yang Pak Habib ajukan kepada lelaki berbadan besar dan tega. Buat beberapa saat lelaki itu terdiam tunduk. Setelah beberapa saat berlalu baru dia angkat muka merenung kawan-kawannya mna banuan. 


Denan menggunakan isyarat mata, kawan-kawannya memberi laluan untuk menjawab pertanyaan tersebu.


“Dia guru kami, dia banyak mengjar hukum agama pada kami, dia pandai mengubat semua jenis penyakit. Orangnya kebal tak lut senjata apa jenis pun. Boleh menentukan nasib kami, bolehberhubung dengan sahabat-sahabat nabi dan bertanya bila tarkh kami mati. Dia guru kami,” kata lelaki berbadan tegap.


“Hebatnya dia,” keluh Pak Habib.



“Pak Guru kami memang hebat, dia boleh mencari harta karun dan emas dalam tanah,” sambung lelaki berbadan besar dengan rasa bangga. 


“Dia menajr kamu rkun Islam dan Iman?” Tanya Pak habib lagi.


“Iya,”


“Apa yang diajarnya ?”


“Macam biasa, rukun Islam lima perkara.”


“Apa dia?” 


“Pak Guru terima wahyu dari langit, mengucap dua kalimah syahadat ak perlu, memadai dengan selawat. Sembahyang hanya seminggu sekali, pada setiap hari Isnin,’ lelaki berbadan tegap erhenti sebentar.


Kerana dia kelihatan seperti keberatan mahu meneruskan percakapan Pak Habib terus mendesak.


“Lagi apa kayanya ?” 


“Puasa hanya sehari di bilan Ramadan, bukan sebulan. Puasa seblan penuh tak betul. Anak muridnya boleh memilih mana-mana hari ntuk berpuasa sehari dalam bulan Ramadan.


“Macam mana dengan zakat?” Tanya Pak Habib.


“Zakat tak perlu, ke Makkahjuga tak perlu, anak muridnya boleh menambil haji dengan keluar dri kampung sendiri, pergi ke mana-mana dalam jarak 100 batu selama sebulan, bila nbalik orang itu  sudah haji dan boleh pakai serban. Jadi kenapa kamu aniaya guru kami yang menunjukkan jalan yang betul.” 


Pak Habib menarik nafas panjang. Kemudian meminta pada orang yang berbadan besr dan tegap menyuruh pengikutnya duduk atas tanah. Permintaan Pak Habib di penuhi. Pak Habib juga memberitahu mereka angdia mahu menyoal pasangan suami isteri 64 tahun. Kumpulan atau puak lelaki berbadan besar mengizinkan, asalkan Pak Habib tidak membenarkan pasangan tersebut mengambil Pak Guru yang mengerang kesakitan. Pak Habib berjanji memenuhi permintaan mereka.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box