SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH

Semasa meluruskan badan dan menarik nafas sedalam-dalamnya, pangkal belikat terasa sakit. Buat beberapa saat, saya mendiamkan diri. Dan datuk dapat mengesan apa yang saya alami.

“Sini,” katanya.

Saya segera mendekatinya dan terdengar datuk membaca sepotong ayat dari Surah Al- Nur (seingat saya). Selesai potongan surah itu dibaca, satu tumbukan hinggap di belikat kiri. Rasa sakit segera berakhir.

Semua peristiwa itu diikuti dengan tenang oleh Pak Habib dan Tajuddin. Mereka memberikan senyum tahniah untuk datuk. Senyum simpati pada saya. Pasangan suami isteri masih membelai dan memangku Shafie. Kerana datuk dan Pak Habib tidak melakukan sesuatu pada pasangan suami isteri, mengundang seribu keraguan dalam diri saya.

 “Bawa air itu kemari," sambungnya dalam tekanan nada suara yang agak keras.

"Baldinva di mana tuk?'

"Cari sendiri, gunakan akal."

Agak kasar bahasa yang datuk gunakan. Saya jadi serba salah. Tidak tahu, apa yang patut dilakukan.

"Tamar, baldinya di belakang pintu, bilik air orang perempuan."

Tajuddin membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

"Terima Kasih, Din."

"Pergi cepat nanti datuk kamu naik angin."

Dengan pantas saya bcrgerak ke tempat yang disebutkan oleh Tajuddin. Kemudian berlari ke arah datuk semula. Belum pun sempat melepaskan penat, datuk menyuruh saya membawa air satu baldi ke tempat dua lelaki yang muntah darah. Tajuddin ketawakan saya.

Saya panas hati. Datuk sengaja mahu mendera saya. Kenapa tidak disuruh dari kolah terus membawa air satu baldi itu kearah dua lelaki yang muntah darah itu.

Kenapa mesti dibawa kepadanya dulu, kemudian berpatah balik. Sedangkan jarak antara orang yang muntah darah dengan kolah tidaklah sejauh dari kolah ke ternpat datuk.

"Ini penyeksaan," bentak batin saya

"Sekarang mari kita pergi ke tempat orang muntah darah tu," tutur datuk. Saya memprotes tindakan datuk itu dengan memperlahankan langkah. Saya biarkan dia mendahului saya.

"Cepatkan langkah kamu Tamar, aku nak selesaikan kerja ni cepat. Bawa air satu baldi terhegeh-hegeh, macam orang tak makan berbulan-bulan." Terkejut dengan sergahan itu, secara otomatik saja langkah saya menjadi panjang, Malah terus berlari anak, saya sampai lebih dahulu dari datuk di tempat dua manusia vang sedang muntah darah.

"Letakkan air di sini."

Air satu baldi segera saya letakkan di depan datuk vang berdiri tegak berpeluk tubuh. Perlahan-lahan dia merendahkan tubuhnya dan terus duduk bersila di depan baldi berisi air. Tangannya masih memeluk tubuh. Sepasang kelopak bibirnya bergerak-gerak. Pasti ada sesuatu yang dibacanya.

"Bismillah...... " katanya tenang.

Setelah itu dengan cara bersahaja datuk terus menepuk air di- permukaan baldi, se- banyak dga kali berturut-turut.

Sebahagian air yang ditepuk mercik ke wajahnya. Manakala sebahagian yang lain mercik ke permukaan tanah dan melilih di sekeliling badan baldi yang dibuat dari zing.

"Sekarang Tamar."

Saya tatap wajah datuk yang nampak serius.

"Ada tugas untuk saya tuk?"

"Ada," datuk tidak meneruskan percakapan.

Dua lelaki terus muntah darah. Saya resah memikirkan apatah tugas yang bakal diserahkan itu ringan dan mudah atau sebaliknya.

"Kamu curahkan air satu baldi ini atas kepala mereka. Aku nak uruskan perkara lain," itulah tugas yang datuk serahkan kepada saya.

SEMPAT

BELUMPUN sempat saya bertanya, bagaimanakah arahan itu harus laksanakan. Datuk tergesa-sesa meninggalkan saya menuju ke arah Pak Habib yang menanti kedatangan datuk di bawah pokok rambutan.

Saya tcrkapai-kapai sendirian. Tidak tahu kepala lelaki mana yang harus dijirus dulu. Sebelah kiri atau sebelah kanan dulu. Surah apa yang harus dibaca. Surah Fatihah atau ada surah-surah yang lain.

Bila kepala mereka dijirus air, apakah mereka akan diam atau memberikan tindak balas yang melampau? Boleh mengancam nyawa saya sendiri?. Seribu persoalan menggoncang dada sedangkan jawapannva tetap kosong.

Saya pun mengambil inisiatif sendiri. Sebelum kepala kedua-dua lelaki yang muntah darah itu saya jirus dengan air, saya renung ke arah datuk dan Pak Habib. Cara kebetulan pula. datuk juga merenung kepada saya, lantas pandangan kami berlaga.

Dengan pantas datuk memberikan isyarat tangan, supaya saya segera melaksanakan arahannya. Tetapi, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya. 

 "Segerakan Tamar, kalau kamu lambat-lambatkan. Kamu susah nanti," gegendang telinga menangkap suara teriakan dari Pak Habib.

"Segerakan tamar, sebelum kamu dapat susah." itu suara datuk dalam nada marah.

Dua teriakan dari dua lelaki tua yang saya hormati, mcndorong saya mengangkat baldi setinggi yang termampu. Air dalam baldi membasahi kepala kedua-dua lelaki yang mencangkung sambil batuk darah. Mereka tersedak dengan kuat dan tidak batuk darah lagi.

Beberapa saat kemudian. kedua- duanya rebah tergolek di bumi. mengigil kesejukan buat seketika. Akhirnva terdiam kaku macam mayat. Daiam keadaan yang tidak tentu arah itu, hati saya berdebar menanti arahan selanjutnya dari datuk. Lima saat masa berlalu, tiada arahan yang saya terima dari datuk atau dari Pak Habib.

Disebabkan bosan menanti arahan yang tidak datang, datuk dan Pak Habib saya renung lagi. Mereka bagaikan tahu masalah yang saya hadapi.

"Kamu tunggu sampai mereka bangun," Iantang suara datuk.

Terbukti datuk lidak berbohong. Sebaik saja ungkapannya berakhir tubuh kedua-dua lelaki itu kelihatan bergerak perlahan.

Baldi kosong di sisi, segera saya campakkan jauh-jauh. Dua langkah undur ke belakang untuk keselamatan diri, jika nyawa terancam saya perlu bertinadak pantas, kerana itu persediaan rapi mesti disusun.

TANGAN

SAYA lihat sepasang kaki dan tangan kedua-dua lelaki itu tersentap-sentap. Kemudian mereka menggeliat dan mula duduk dengan melunjurkan sepasang kaki. Mereka menggeliat lagi macam kucing baru bangun tidur. Sungguh mengejutkan bila mereka terus duduk bersila sambil menghadapkan wajah kepada saya.

Meskipun mereka memperlihatkan wajah bodoh, saya tetap panik. Lagi sekali saya memalingkan muka ke arah Pak Habib dan datuk untuk minta bantuan, Kalau dalam renungan pertama dan kedua tidak nampak wajah Tajuddin, tetapi kali ini, saya nampak Tajuddin tersenyum sinis.

Saya gunakan bahasa isyarat dengan menggerakkan tangan yang bermaksud:

"Macamana dengan dua orang ni."

Datuk juga menjawap dengan gerakan tangan yang bermaksud:

"Biarkan mereka di situ, kamu datang ke sini."

Memang itu yang saya nantikan. Bagai kan orang mengantuk disurung bantal. Saya melompat kegirangan dan terus berlari ke arah Tajuddin, Pak Habib dan datuk di bawah pokok rambutan. Mereka menyambut ketibaan saya dengan senyum lebar. Pasangan suami isteri masih berada di sisi anaknya.

"Kamu memang hebat Tamar."

"Aku tak makan puji," saya menjawab sambil menjuihkan bibir pada Tajuddin. Dia senyum lagi.

Datuk dan Pak Habib bergerak ke arah pasangan suami isteri. Kehadiran mereka bagaikan tidak dipedulikan oleh pasangan suami isteri terbabit.

"Sara mahu menunaikan janji saya pada awak berdua." tenang sekali datuk bersuara.

Pasangan suami isteri segera angkat muka. Renung wajah datuk dan Pak Habib silih berganti. Ada keraguan di wajah mereka.

“Jangan bimbang kami berdua berpegang pada janji, percayalah.' Pak Habib cuba menanamkan keyakinan pada mereka.

"Apa yang patut kami buat?" Sepasang mata isteri tertumbuk ke wajah Pak Habib.

"Beritahu apa yang patut kami buat," si suami menyampuk.

Buat beberapa ketika Pak Habib dan datuk kerutkan kening. Tajuddin kenyit mata ke arah saya. Pasangan suami isteri masih sabar menanti apa yang bakal diucapkan oleh datuk dan Pak Habib.

"Awak berdua minta ke tepi dulu, ubah tempat ke sana."

Pak Habib mengarahkan pasangan sugrni isteri berdiri dekat Tajuddin, membelakangi saya. Tiada sebarang bantahan dari pasangan terbabit. Setelah pasangan itu beredar. datuk segera duduk melutut di hujung sepasang kaki Shafie. Pak Habib duduk bersila dekat bahu sebelah kanan Shafie.

Sebelum daun kering yang menutup pusat Shafie diambil, datuk terlebih dahulu menyentap sepasang kaki Shafie dengan kuat. Seluruh badan yang kaku bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan, selepas itu kembali kaku dari mulutnya keluar buih macam buih sabun melilih di kiri kanan pipi.

"Pergi ambil air kolah satu baldi dan bawa ke mari."

Arahan datuk segera saya patuhi. Tajuddin pula diarah oleh Pak Habib mencari gelas kosong. Macam saya juga arahan itu segera dipatuhi, walaupun dia nampak kurang selesa melakukannya.

DEPAN

SEKARANG, air satu baldi berada di depan datuk. Gelas kosong dalam genggaman Pak Habib. Saya dan Tajuddin menanti arahan selanjutnya dari Pak Habib dan datuk. Kami berdua bersedia melakukan apa saja. jika disuruh.

Pasangan suami isteri dibawah pokok rambutan tetap resah, melihat anak mereka (Shafie) terlentang kaku dipanah matahari. Tetapi, mereka tidak berani bertanya atau protes. Angin yang bertiup menggugurkan dedaun kering ke atas permukaan tanah.

Setelah bercakap sesuatu dengan datuk. Pak Habib segera mengambil segelas air dari dalam baldi. Air itu segera 'ditawar' oleh Pak Habib. Kemudian terus direnjiskan ke wajah Shafie. Satu kejutan terjadi membuat saya dan Tajuddin tersentak. Bersedia untuk berlari ke pangkal pokok rambutan.

Secara tiba-tiba Shafie melompat tinggi, melepasi kepala Pak Habib dan datuk. Renjisan air tersebut bagaikan memberi semangat dan kekuatan rang tidak terduga pada Shafie.

Sebelum telapak kakinya memijak bumi, kaki kirinya dihalakan ke dada datuk dan kaki kanan ke dada Pak Habib. Mungkin sudah diduga yang serangan akan dihalakan kepada mereka, Pak Habib dan datuk membuat persiapan terlebih awal. Sasaran sepasang kaki Shafie tidak mcngenai dada datuk dan Pak Habib.

Tendangan Shafie tersasar pada sebatang pokok kecil. Jatuh tergolek dan dengan serta merta dia terus bangun. Tubuh yang tadi lemah, kini penuh bertenaga, matanya merah. Rentak dan langkahnya kejap dan utuh. Anak matanya liar sekali.

Bersambung ke siri 259 TANAM GELAS DENGAN TUMIT


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box