SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT

“Ada semangat jahat dalam badannya,” kata Pak Habib.

“Iya.” Angguk datuk.

“Bagaimana nak mengeluarkannya?” Pak Habib bertanya lagi.

“Saya usahakan, dengan  izin Allah berjaya.

Pak Habib renung muka datuk lama-lama, seolah-olah memberikan semangat dan keyakinan. Senyum restu pun dilepaskan Pak Habib untuk datuk. Dengan pantas datuk mendekati baldi lalu duduk berdiri lutut.

Dengan serius datuk menepuk air dalam baldi, tiga kali berturut-turut. Setelah menoleh ke kanan tiga kali, ke kiri tiga kali. Baldi terus diangkat separas pusat dan air dicurahkan ke badan Shafie. 

Bagaikan terkena besi panas, badan Shafie mengeletek dan bergolek-golek di bumi buat beberapa ketika. Akhirnya terbujur kaku. Pasangan suami isteri terus menjerit dan bersedia untuk menerpa ke arah Shafie. Bersedia untuk melindungi anak kesayangan. Menyedari, apa yang bakal dilakukan oleh pasangan suami isteri itu, datuk segerqa menoleh ke arah mereka. 

“Jangan dekati dia,” Pak Habib mengeluarkan amaran.

“Sebab?” Sanggah si suami dengan suara lantang.

“Kami sedang berusaha membetulkannya, syaitan besar dah meresap dalam dirinya. Kalau tak dibetulkan, boleh jadi dia menghisap darap manusia dan binatang. Apa kamu berdua mahu Shafie jadi macam itu,” terang datuk. Si suami diam tidak berkata, begitu juga dengan si  isteri.

Buat beberapa ketika datuk dan Pak Habib tidak melakukan sesuatu. Mereka menanti reaksi selanjutnya dari ibu bapa Shafie. Saya tahu Tajuddin memang disuruh mengawasi pasangan suami isteri tersebut. Tugas saya membantu Tajuddin. Rasanya pasangan suami isteri itu tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan masaalah besar pada datuk dan Pak Habib.

Saya menjeling ke arah si isteri. Wajahnya nampak sedih sekali. Hati dan perasaanibu mana yang tidak tersentuh melihat anak yang dilahirkan tergolek di tanah. Sepasang kelopak matanya digenangi air jernih.

“Saya tak sampai hati melihat anak saya begini, kesian dia. Kalau boleh, tolong selesdaikan cepat,” dalam sedu si isteri menyampaikan rayuan kepada datuk dan Pak Habib. Si suami dapat mengawal emosi. Cuma sesekali dia menarik dan melepaskan nafas. Perasaan saya juga turut tersentuh.

“Awak berdua diminta bertenang, memang agak kasar perbuatannya. Apa boleh buat, kami terpaksa melakukannya. Percayalah dengan izin Allah semuanya akan menjadi baik,” memang kata-kata itu datuk tujukan pada sepasangsuami isteri yang dibalut kedukaan.

DUGAAN

Reaksi yang mereka berikan sungguh di luar dugaan. Perlahan-lahan mereka anggukkan kepala. Akur dengan permintaan datuk. Shafie masih lagi tergolek di bumi.

Angin yang bertiup lerus juga menjatuhkan dedaun kering. Awan gemawan terus berarak di dada langit

"Ahhh...."

Suara saya meninggi sambil mengerutkan dahi. Saya tidak terfikir yang duk sanggup memukul badan Shafie dengan baldi. Bukan satu atau dua kali, tetapi tujuh kali berturut-turut. Anehnya, Shafie lidak mengeluh atau menjerit. Tidak juga melawan. Pasangan suami isteri memalingkan muka ke arah lain. Tidak sampai hati melihat anak mcreka diperlakukan demikian.

Shafie lerkapar di tanah. Tidak bermaya. Pak Habib menyuruh Tajuddin mencari gelas baru. Kerana gelas yang digunakan sebentar tadi, sudah ditanamkan dalam tanah dengan kedudukan terbalik.

Cara menanam gelas dalam perut bumi memang agak unik sekali. Dengan senafas Pak Habib benamkan gelas melalui tumit kaki kiri. Selesai kerja itu dilakukan, dahi Pak Habib berpeluh, nafasnva sesak kepenatan.


Saya diberitahu, ini merupakan petua orang terdahulu. Membelenggu syaitan secara simbolik agar jangan mengulangi perbuatan yang sama pada mangsanya. Saya kira perbuatan ini tidak bertentangan dengan akidah agama. Bila saya minta penjelasan dari Pak Habib (seminggu setelah peristiwa itu) apakah perbuatan iiu salah dari sisi agama. Dia tidak memberikan sebarang komentar.


Tetapi, sebaliknya bertanya pada saya. Apakah saya merasakan perbuaian itu sesualu yang syirik.

"Ini gelasnya."

Saya menoleh ke arah suara tersebut Dan sepasang anak mata menikam ke arah tangan kanan Tajuddin yang sedang menghulurkan gelas kosong kepada Pak Habib, kemudian saya alihkan renungan ke arah dua lelaki yang muntah darah tadi. Mereka berjalan terhoyong-hayang mengelilingi surau. Tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian.

Perbuatan dua lelaki mengelilingi surau, tidak menarik minat Pak Habib dan datuk langsung. Saya ditegur kerana asyik melihat mereka. Saya disuruh tumpukan perhatian pada keadaan sekitar diri Shafie  dan kedua orang tuanya. Saya patuh dengan kemahuan datuk dan Pak Habib.

Dalam keadaan suasana yang tegang dan membosankan itu, saya mula memikirkan dari mana Tajuddin memperolehi gelas kosong? Barangkali dia mengambilnya dalam setor surau.

“Kenapa gelasnya kosong, mana airnya?”

Sergahan Pak Habib pada Tajuddin, membuat apa yang bermain dalam tempurung kepala terus hilang. Tajuddin termangu-mangu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kejadian depan mata mengingatkan saya pada kerenah datuk. Ada persamaan dengan apa yang dilakukan pada Tajuddin. Mereka memberi arahan tidak sekali, suka berperingkat-peringkat.

Barangkali memang begitu cara Pak Habib dan datuk menyelesaikan kerja. Macam ada unsur-unsur mendera pada orang yang diperintah.

“Kenapa tak cakap tadi, mahu airnya sekali,” Tajuddin protes.

“Kenapa kamu tak mahu bertanya?” Balas Pak Habib.

“Boleh.”

Tajuddin terus berlari ke kolah mengambil segelas air. Dalam keadaan tercungap-cungap berpatah balik lalu menyerahkan segelas air pada Pak Habib.

TAWAR

Seperti tadi juga, air putih segelas ditawar oleh Pak Habib. Setrusnya air putih itu dijiruskan ke tubuh Shafie yang terkapar. Dimulai dari kepala hingga kehujung kaki sehingga air tersebut tidak tersisa sedikit pun.

Tiba-tiba Shafie tersedak panjang. Ayah dan ibunya segera bangun dan menoleh ke arahShafie. Datuk segera memberi isyarat kepada mereka supaya jangan bergerak. Tunggu disitu dan lihat apa yang bakal berlaku. Cuma sekali saja Shafie tersedak, lepas itu keadaannya tetap seperti biasa. Perhatian saya tumpukan seluruhnya pada Pak Habib. Memang saya mahu melihat teknil yang digunakannya oleh Pak Habib untuk membenamkan gelas dalam bumi dengan kaki. Sambil memeganag gelas kosongPak Habib mendekati datuk, Mereka berbisik sesuatu.

Harapan saya untuk melihat Pak Habib membenamkan gelas dalam tanah dengan tumit kaki kiri, tidak menjadi kenyataan. Kali ini dengan menggunakan ibu jari kanan, gelas kosong

dilambung linggi, berikutnya terdengar ledakkan kecil di udara. Kulit muka terasa seperti dilekati dedebu halus.

Saya yakin dedebu itu berpunca dari sepihan kaca gelas yang meletup di udara. Datuk dan Pak Habib tidak terkecuali dari menjadi mangsa dedebu halus tersebut. Dalam situasi yang serba tidak kena itu, ter- dengar suara batuk Shafie panjang. Batuk yang agak aneh kedengarannya itu berulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

Kerana keganjilannya. saya cuba mengamat-amati bunyi dan nada batuk itu. Saya pasti, bunyinya tidak ubah macam suara lolongan anjing liar waktu malam. Cuma kurang nyaring. Tajuddin nampak resah sekali dan cuba menyapu dedebu halus di wajah dengan telapak tangan. Begitu juga dengan orang tua Shatie.

"Hebat cabarannya."

Itu komentar datuk, bila mendapati dedebu halus berhenti dari berterbangan. Lesap entah ke mana. Sebagai jawapan dari komentar itu, Pak Habib hanya senyum pendek sambil anggukkan kepala.

"Semoga Allah memperkenankan kerja kita," rendah nada suara datuk. Pak Habib tetap macam tadi, tidak memberikan sebarang komen. Dia hanya senyum penuh misteri.


“Uuhhhuuuuu. ' Shafie mengeluh, serentak dengan itu badannya bergerak-gerak melintuk-liuk, macam ular. Bila pergerakan badannya berhenti, terdengar siulan panjang keluar dari mulut Shafie. Secara mendadak dua lelaki yang mengelilingi surau menjerit panjang. Tubuh mereka terangkat tinggi melepasi bumbung surau, terawang-awangan di di situ seketika.

"Bummmmmm."

Tubuh kedua-dua lelaki itu jatuh di sisi  Shafie, macam ada tenaga ghaib yang mencampakkan mereka ke situ. Kedua- duanya kejang dan kaku. Shafie bagaikan mendapat tenaga baru. Dengan serta mera dia teras duduk.

'Halang dia.' pekik Pak Habib.

Dengan pantas datuk menerpa lalu menekan dada Shafie hingga jatuh terlentang. Shalie bertindak balas. Dengan

menggunakan kaki kanan, dada datuk ditendang hingga terdorong ke belakang. Secepat tendangan yang dilepaskan Shafie datuk menerkam kembali ke arahnya lalu menekan dada Shafie hingga jatuh ke tanah semula. Keadaan itu berlanjutan agak lama juga.

PUTUS

SHAFIE tidak putus asa. Dia terus mencuba dan mencuba. Satu kelika Shafie berhasil berdiri setelah berjaya melepaskan penumbuk kencang kepangkal leher datuk. Dalam keadaan pening-pening lalat datuk tersembam mencium bumi.

Kesempatan yang terhidang terus dimanfaatkan oleh Shafie. Dia mahu meluru ke arah surau. Dalam keadaan yang tidak seimbang itu, secara kebetulan sepasang tangan datuk terkena kaki kanan Shafie. Dengan pantas datuk menariknva. Shafie jatuh melintangi atas tubuh kedua-dua pengikutnya yang kejang kaku.

Sebelum sempat Shafie bangun, datuk segera mendekati dan memeluknya dengan sekuat mungkin. Dalam keadaan yang sukar itu, datuk mendekatkan mulutnya ke telinga kanan Shalie lalu membisikkan sesuatu. Bila gerak bibir datuk berhenti, Shafie mengeluarkan suara seperti salakkan anjing liar.

Salakan yang pada mulanya keras dan mendayu-dayu beransur-ansur perlahan dan akhirnya hilang terus. Shafie kelihatan amat letih. Tidak bermaya. Saat dia menarik dan meIepaskan nafas. gerak dadanya amal perlahan sekali. Bila diyakini Shafie kehabisan tenaga dan tidak boIeh melakukan sesuatu, barulah datuk melepaskan sepasang tangannya yang memeluk tubuh Shafie

Pak Habib segera mendekaiti datuk. Saya dan Tajuddin turut sama mendekatinya. Tetapi, pasangan suami isteri tidak berganjak dari tempat asalnya.

“Tajuddin dengan Tamar."

Saya dan Tajuddin segera merenung wajah datuk. Kami mengharapkan dia akan menyambung percakapan yang terhenti. Hampir lima saat menanti tiada kata-kata yang terhambur dari mulut datuk.

"Hiiiiiiiiiiissssssssssssssss."

Tajuddin mendengus panjang. Dia memprotes sikap datuk yang suka berhenti bercakap secara mengejut. Sesungguhnya, saya  juga meluat dengan perangai tersebut.

“Tamar, Tajuddin,” datuk menyambung kembali kata-kata yang terputus tadi. “ Angkat mereka bertiga dan susun sebaris, Shafie mesti berada di tengah-tengah.”

“Baik” serentak saya dan Tajuddin memberikan jawapan.


TUBUH


MULA-MULA, saya dan Tajuddin ahgkat tubuh Shafie dulu. Terasa berat macam ada batu dalam badan. Kemudian baru mengangkat tubuh pengikutnya. Seorang diletakkan sebelah kanan, manakala seorang lagi disebelah kiri.

Saya disuruh oleh datuk mengambil tiga helai sejadah dari dalam surau. Arahan itu saya patuhi. Semasa sejadah mahu diserahkan pada datuk, dia tidak mahu menerimanya. Saya hulurkan pada Pak Habib. Dia juga tidak mahu mengambilnya, saya jadi serba salah.

“Tajuddin kamu ambil sehelai, tutup orang di kini Shafie.”

Dengan tenang Tajuddin mematuhi arahan datuk.

“Ambil lagi sehelai, tutup orang di kanannya. Terbalikkan sejadah itu, kemudian kamu beredar dari situ, pilihlah sendiri tempat mana kamusuka."

Seperti tadi, Tajuddin terus mematuhi arahan datuk dengan cemerlang. Bila tugasnya selesai, Tajuddin terus berdiri dekat Pak Habib. 

“Tugas kamu Tamar”

Saya hadapkan wajah ke arah datuk, menanti arahan selanjut darinya. Kerana lambat sangat ' datuk mengeluarkan arahan, saya terus mengajukan pertanyaan padanya.

“Apa yang mesti saya buat tuk?

“Kamu tak tahu erti sabar,” datuk mengherdik.

“Minta maaf tuk.”

“Huhhh, kamu lipat tiga sejadah yang ada ditangan kamu, tutup muka Shafie dengan sejadah tu. Kemudian kamu berdiri dekat Tajuddin. “Baik tuk.”

Saya pun menyempurnakan tugas yang diberikan oleh datuk. Semasa sejadah diletakkan di muka Shafie, terdengar bunyi nafasnya macam orang bersiul yang di ikuti dengan bunyi suara anjing merebut tulang.

Nota: Beberapa perenggan dalam siri ini telah tidak diterima. 

 


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box