SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU

Perhatian ditumpukan kembali ke arah datuk.  Dia maju ke depan sambil membuka bunga silat, kemudian berhenti seketika.  Buka langkah silat sekali lagi dan terus berhenti, menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan sambil duduk dalam tiga peringkat.

Peringkat pertama, merendahkan badan dengan sepasang tangan di atas sepasang tempurung lutut, seperti orang melakukan rukuk (macam orang sembahyang).  Peringkat kedua, bertukar macam orang bertinggung dan peringkat ketiga terus duduk bersila lalu melakukan tafakur dengan sepasang mata yang pejam.

Selesai melakukan tafakur datuk terus melompat macam ada sesuatu yang mencucuk punggungnya.  Dia terus berdiri sambil sepasang tangan memeluk dada, sepasang bibir terus bergerak.  Bila bibir berhenti bergerak kelopak mata terbuka luas, datuk menerkam ke arah serumpun rumput liar.  Dengan senafas, rumpun rumput liar berakar seribu direntap dari bumi.

Akar rumput yang masih dilekati tanah itu diangkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya dan dipusingnya berkali-kali.  Kerana pergerakan tangannya cukup pantas, rumput yang dipusing atas kepalanya, kelihatan seperti putaran kipas helikopter.  Tanah yang melekat di hujung akar rumput bercerai, berterbangan dan berserakan.

Sebahagian tanah yang berterbangan itu hampir saja mahu singgah di muka ayah dan ibu Shafie.  Kalau mereka tidak mengelak, pasti ada tanah yang masuk ke mata.  Saya dan Shafie segera menutup mata dengan telapak tangan agar serpihan tanah tidak kena mata dan muka.

“Allah hu akbar.”

Lantang sekali suara datuk, telapak tangan yang menutup mata segera dijatuhkan.  Saya dan Tajuddin berpandangan penuh dengan tandatanya yang diiringi dengan rasa hairan.  Pak Habib tenang saja, begitu juga dengan Shafie.  Cuma yang nampak cemas sedikit, ayah dan ibunya.

“Hilang,” cetus saya dalam hati.

Rumpun rumput berakar seribu yang dikenali dengan nama rumput kuku kucing biang, sudah tiada ditangan datuk.

“Ahhh pelik sekali,” bisik batin saya.  Helai-helai rumput kuku kucing biang melayang-layang bebas di udara.  Semuanya menjunam menuju ke arah dua lelaki pengikut setia Shafie yang masih bergolek-golek atas rumput sawah terbiar.

Helai-helai rumput kuku kucing biang itu bergerak pantas bagaikan anak panah terlepas dari busarnya.  Semuanya menuju ke arah dua lelaki yang sedang bergolek, berhempas pulas melawan sakit.  Bila hujung rumput yang berterbangan menikam tubuh mereka, terdengar jeritan yang kuat dan panjang, bukan lahir dari mulut dua lelaki tetapi, dari sebatang pokok yang tegak gagah di tempat sepadan.

DUDUK

Bila suara sorakan dan jeritan hilang, dua lelaki pengikut setia Shafie terus duduk.  Toleh kiri, toleh kanan,  renung ke langit dan renung ke bumi.  Perkara itu dilakukan berkali-kali, kemudian termenung dan termanggu-manggu macam ayam mabuk tahi.

“Eh ganjil,” terpancut dari mulut saya.

“Tengok dan lihat saja, jaga mulut kamu,” datuk memberi amaran.

Saya gigit bibir.

Hanya sepasang mata menyorot ke arah dua lelaki yang sedang merangkak menuju ke arah perdu pokok besar yang terpacak gagah menjadi sempadan antara kawasan sawah dengan kawasan tanah kampung.

Saya pasti benar, dari arah pokok besar itulah sebentar tadi datangnya suara orang menjerit panjang.  Sebaik saja sampai di perdu pokok besar, mereka terus duduk mencangkung.  Tangan kanan masing-masing memeluk kepala lutut kanan, sementara tangan kiri dijatuhkan lurus ke tanah.  Jari jemari kiri mereka mencakar tanah.

Sepasang mata mereka, merenung layu ke arah datuk dan Pak Habib, membayangkan ada sesuatu yang mereka harapkan.  Dan Pak Habib yang banyak mengerti tentang bahasa gerak tubuh dan mata, segera menepuk bahu datuk.

“Mereka mengharapkan bantuan untuk kebebasan diri dari sesuatu belenggu yang menyeksakan,” bisik Pak Habib.

Datuk mengangguk lemah.

“Uruskan,” tambah Pak Habib.

Macam tadi juga, datuk terus mengangguk.

“Memerlukan bantuan saya?”

Datuk gelengkan kepala.

Pak habib senyum senang hati.

Datuk segera memberitahu ayah dan ibu Shafie, minta bersabar sebentar.  Biar dia uruskan dua lelaki pengikut Shafie dengan sempurna.

Bila semuanya selesai, perjalanan akan diteruskan.  Tiada bantahan dari pasangan suami isteri tersebut.  Shafie menggerakkan sepasang kelopak matanya, merestui permintaan datuk.  Setelah membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran datuk segera menuju ke arah pokok besar dengan diiringi oleh Pak Habib.

Saya dan Tajuddin disuruh berada di tempat masing-masing untuk mengawasi gerak-geri Shafie.  Manalah tahu, kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Dalam jarak beberapa kaki mendekati perdu pokok besar, terdengar suara ngauman harimau.  Langkah Pak Habib dan datuk terhenti seketika.  Saya terasa seram, bulu roma terus tegak berdiri, muka Tajuddin nampak pucat.  Shafie bersama kedua-dua orang tuanya nampak resah.

Sebaik saja suara ngauman berhenti, datuk dan Pak Habib terus memulakan langkah, ngauman harimau datang lagi.  Tetapi, kali ini Pak Habib dan datuk mempersetankannya.  Semakin rancak bunyi ngauman harimau, semakin bersemangat mereka melangkah.

Dalam keadaan samar-samar, saya melihat ada bebayang harimau belang sebesar kerbau, tercegat di depan kedua-dua lelaki pengikut setia Shafie, bagaikan menghalang datuk dan Pak Habib, mendekati dua lelaki tersebut.  Datuk nekad untuk meneruskannya.

“Jangan sahabat, ini merbahaya,” tahan Pak Habib.

“Kalau tidak ditentang, kerja kita jadi sia-sia.”

“Merbahaya sahabat.”

“Sesungguhnya, tiada makhluk yang boleh melawan kekuasaan dan kekuatan Allah.”

“Kalau tu kata sahabat, silakan.”

“Tolong saya, bila keadaan terdesak.”

“InsyaAllah,” itu janji Pak Habib.

JATUH

Datuk pun melangkah, tiba-tiba dia terjatuh dan terlambung ke belakang macam ada sesuatu yang menolaknya.  Bebayang harimau kelihatan mengangkat kedua-dua belah kakinya sambil membuka mulut selebar mungkin, bersedia untuk menerkam dan membaham datuk yang terlentang di tanah.

Sebelum harimau besar melompat ke arahnya, datuk menggolekkan tubuhnya ke arah kanan dan terus bangun.  Datuk tahu, harimau yang ditentangnya, bukan harimau sebenar tetapi, harimau jelmaan.  Datuk mengambil inisiatif menentang cara kebatinan.

Setelah memilih tempat bertahan yang sempurna dan kukuh.  Datuk berdiri tegak dengan sepasang kaki terbuka lebar.  Sepasang lengan diletakkan ke dada.  Wajahnya nampak garang dengan sepasang mata bersama renungan tajam diarahkan ke arah bebayang harimau besar.  Rambut yang menutup sebahagian cuping telinga nampak bergerak.

Baju dan seluar datuk juga turut bergerak seperti dirempah angin, keadaan datuk ketika itu seperti ditepi pantai, menahan angin yang datang dari laut.  Datuk tumbang, tetapi berhasil bangun kembali.  Tiga kali tumbang, tiga kali bangun, setelah itu datuk kelihatan stabil.  Berdiri penuh yakin.

Episod selanjutnya, menyaksikan harimau sebesar kerbau tercampak ke kiri dan ke kanan.  Sukar untuk berdiri.  Sepasang kaki belakangnya bagaikan patah.  Dua lelaki pengikut setia Shafie, terkaku diperdu pokok besar, bagaikan patung.

“Allah hu akbar.”

Suara datuk lantang sekali.  Dia melompat tinggi sambil menumbuk dan menendang angin ke arah harimau besar.  Terdengar suara ngauman harimau yang lemah dan mengerang.  Bebayang harimau besar tercampak dan terperosok di pangkal pokok besar.  Dua lelaki yang berada di situ terpelanting agak jauh ke sebelah kanan datuk.  Terkapai-kapai di situ.

Manakala harimau besar yang terperosok, nampak mengecil dan akhirnya hilang, Cuma ada kesan debu-debu halus di mana harimau itu terperosok

BERTAFAKUR

Setelah bertafakur seketika, datuk segera mengembalikan tubuhnya, hati dan perasaan ke alam nyata.  Dia melangkah ke arah Pak Habib lalu bersalaman dan berpelukan.

“Saya nak selesaikan masalah dua manusia sesat,” beritahu datuk pada Pak Habib.

“Silakan.”

“Macam tadi juga, saya minta bantuan, kalau saya tersepit.”

“pergilah, saya bersama awak.”

“Terima kasih.”

Datuk pun melangkah ke arah dua lelaki.  Berdiri sambil bercekak pinggang di depan mereka.  Kedua-dua lelaki itu takut menikus.  Mereka menggeletar semacam.

“Apa lagi yang kamu mahu,” tanya Datuk.

“Kami tak mahu apa-apa,” jawab mereka serentak.

“Pulanglah ke tempat kamu, bertaubat.  Kembalilah kepada ajaran Allah, jangan menuntut ilmu syaitan, jangan minta perlindungan dari syaitan.  Mintalah, sesuatu kepada Allah,” nasihat datuk.

Kedua-dua lelaki itu anggukkan kepala.

Sebelum beredar, salah seorang daripada lelaki itu memberitahu datuk, kerana masalah dan kesempitan hidup dia jadi pengikut agama baru yang pada hematnya, tidak lari dari agama Islam.

Katanya, dengan bantuan tangan ghaib, dia hidup senang, berbanding dengan dulu.  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Sekarang dia termasuk dalam golongan orang mewah di kampungnya.

“Saya yang membawa dan memperdaya Shafie menjadi pengikut mahaguru,” tutur lelaki itu pada datuk dalam nada suara yang bersahaja, kerana saya berjaya menarik orang luar menjadi pengikut kumpulan kami, mahaguru secara diam-diam melantik saya menjadi orang kanan kumpulan,” sambung lelaki itu lagi.  Manakala kawan yang berada di sisinya membatu seribu bahasa.

“Di mana mahaguru kamu, aku nak jumpa dengan dia,” kata datuk.

“Sudah mati untuk kali kedua, dia tidak mungkin hidup lagi,” balas lelaki tersebut.  Datuk jadi bingung dan merasakan dirinya dipermain-mainkan.

“Jangan bergurau dengan aku.” Amaran dari Datuk.

“Dia tidak bergurau tuan,” kawannya mencelah.

Dan lelaki yang berdialog dengan datuk sebentar tadi anggukkan kepala.  Mengangkat tangan kanannya, bagaikan minta izin pada datuk agar mengizinkan dia meneruskan penjelasan yang terputus.

BERSAMBUNG...




Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box