SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG

Semasa mengadakan pertunjukan di kawasan pendalaman, Jawa Barat lebih tepatnya di daerah Banten, Ani Cantik telah menemui seorang tua yang memang handal dalam ilmu susuk. Dengan bantuan orang tua itu Ani cantik dibekalkan dengan sejenis ilmu susuk yang cukup kuat pengaruhnya. Setiap orang yang memandang, lebih-lebih lagi kaum lelaki akan tertarik dan jatuh hati kepadanya.


Kerana lmu susuk yang dikatakan amat mujarab itu, Rani cantik terpaksa patuh dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik ilmu susuk.


Roda kehidupan “Ani Cantik” terus berputar. Kemasyhurannya terus menguasai dunia bangsawan. Tidak orang yang tidak kenal atau tidak tahu menyebut nama “Ani Cantik”. Banyak kumpulan bangsawan yang lain gulung tikar kerana Ani Cantik.


Semasa bangsawan Inderpura mengadakan pertunjukan di Tanjung Pinang-Riau, seorang saudagar muda yang membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan basah dari Tanjung Pinang ke Singapura dan Melaka terus jatuh cinta dan gilakan Ani Cantik setengah mati.


Saudagar muda yang kacak itu akan berusaha menghadirkan diri di mana sahaja bangsawan Inderapura mengadakanpertunjukan. Tidak mudah memenangi hati “Ani Cantik” kerana terpaksa bersaing dengan anak-anak muda lain.


Untuk memiliki “Ani Cantik saudagar muda yang berasal dari Kampong Serkam Melaka itu terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak  untuk meminangnya. Barang hantarannya juga mahal-mahal belaka, kebanyakannya buatan luar negeri.


“Siapa orang muda yang berjaya menakluki hati Seri Panggung itu memanda? “ Nonong mengajukan pertanyaan. Datuk sambut dengan senyum dan diakhiri dengan ketawa kecil penuh sinis.


“Kamu nak tahu orangnya Nonong,”


Nonong anggukkan kepala.


“Ayah awaklah, kawan memanda Raja Amiruddin, tak suka dipanggil raja, dia muda lima belas tahun dari aku. Baik orangnya, tinggi budi bahasa dan setia bila berkawan. Pemurah orangnya.”


“Dari mula saya dah agak , pemuda itu ayah saya,” kata Nonong keriangan dan sebuah senyum bangga terpamer di kelopak bibir. Tidak ada orang yang tidak merasa bangga, bila ayah sendiri dipuji orang, fikir saya dalam hati.


“Berbalik semula pada cerita tadi, aku mendapat tahu semasa Rani Cantik memasang susuk, si dukun mengenakan syarat yang mesti dibuat. Kalau tidak dipenuhi ‘Ilmu susk’ akan memakan diri…….” Saya melihat datuk menelan air liur. Keberatan untuk meneruskan kata-kata. Dia nampak gusar semacam.


JEMU


Beberapa saat masa terus berlalu begitu saja. Bagi menghilangkan rasa jemu, saya kembali merenungkan dada langit. Awan berarak seperti tadi juga.


Entah mengapa badan saya terasa seram sejuk. Nonong yang tadi tenang nampak resah. Melaga-lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali hingga menimbulkan bunyi seperti orang menarik kain kapan. Matanya masih merah dan nampak liar semacam.


“Nonong, tenang Nonong. Bacalah ayat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas,” datuk mengingatkan Nonong.


Permintaan datuk segera dipatuhi oleh Nonong. Setelah dilaksanakan ternyata kegelisahan yang dialami terus hilang. Gigi atas dan gigi bawah tidak dilagakan, mata yang merah kembali normal.


Saya yang secara diam-diam membaca surah yang disebutkan oleh datuk tadi, tidak lagi mengalami rasa seram sejuk.


“Apa syarat yang dituntut?”


Datuk mengigit bibir bawah. Renung ke dinding ke dinding dan ke arah tingkap seketika sebelum menatap wajah Nonong dengan pandangan yang tajam, tetapi,  penuh simpati.


“Rani cantik mesti mempertaruhkan anak perempuan sulungnya . Mesti dikahwinkan dengan batu gunung yang ditemui di Kuala Sungai  dengan kedudukan batu menghala ke arah matahari jatuh . Cara kebetulan anak perempuan sulung “Rani Cantik” itu adalah kamu.”


“Kenapa daya dijadikan korban dan taruhan?” Nonong  jengilkan sepasang biji mata sambil mengengam penumbuk. Datk terus memujuknya agar bersabar.


“Kenapa emak bertindak begitu kejam pada saya? Apa yujuan dia berbuat demikian?”. Muncul lagi pertanyaan dari Nonong. Wajahnya membayangkan rasa kesal yang tidak ada penghujungnya.


Datuk mula menyedari, dia kini berada dalamkeadaan terdesak. Kalau  lambat bertindak, mungkin Nonong mengalami tekanan yang membawa kepada histeria, menjerit tidak tentu fasal, meracau tak tentu arah.


“Nonong bertenanglah, kisahnya belum habis. Aku sekarang sedang berusaha membetulkan kesilapan yang emak kamu lakukan. Kalau kamu tidak dapat mengawal perasaan , tidak sabar, semua usaha yang dibuat menjadi sia-sia Nonong.”


“Maafkan saya memanda.”


“Dengan mengahwinkan kamu dengan batu gunung,daya pesona, seri wajah dan apa yang kamu miliki akan berpindah ke wajah emak kamu. Emak kamu sentiasa keliahatn berseri-seri. Nampak menarik di mata sesiapa saja.”


“Rasa macam tak percaya, susah untuk diterima akal” Nonong berusaha sambil merenung kosong ke arah pintu yang terdedah.


“Tetapi itulah yang terjadi, Nonong,” keluh datuk penuh kehampaan .


“Apa tindakan selanjutnya memanda,”


“Kita bersurai, malam nanti, lepas sembahyang Isyak< kita baca Yassin. Kemudiankita sama sama masuk bilik rahsia emak kamu,” datuk meluahkan agenda selanjutnya.


“Adik saya Harun macam mana ?”


“Dia ikut sama. Dia waris kuat kamu, Lagi pun dalam ilmu yang emak kamu amalkan , boleh dihalang oleh anak bongsu lelaki dari berlanjutan pada waris kamu pada masa akan datang,” sebuah penerangan yang penuh yakin dari datuk untuk Nonong.


BERTINDAK


Setelah usai membaca surah Yassin, Datuk menyuruh Harun Fadillah memakai pakaian serba putih. Nonong diminta jangan menukarkan telekong yang dipakai. Saya disuruh memakai kain pelikat tanpa baju. Kepala diikat dengan kain merah.


Sepertia biasa bila mahu melakukan ugas-tugas khas, datuk akan mengenakan pakaian serba hitam. Dan kerana mahu ikut serta dalam gerakan tersebut, saya disuruh berpakaian ganjil kerana saya orang luar. Tidak ada sangkut paut dengan keterunan Nonong.


“ugas dimulakan oleh datuk menggunakan rotan untuk mengetuk pintu bilik rahsia. Ima kali ketuk, mangga tembaga terbuka sendiri. Ketukan kali keenam daun pintu bilik terkuak sendiri. Harun Fadillah meluru mahu masuk kebilik rahsia.


“Jangan, nanti kamu terima padah,” tahan datuk.


Semu biji mata tertumpu ke bilik rahsia. Kerana gelap tidak ada satu pun yang kelihatan. Bila direnung lama-lama, terasa seram.


“Ada lilin.”


“Ada memanda,” jawap Harun Fadillah.


“Ambil enam batang, nyalakan dan bagi seorang dua. Bila sampai ke dalam letakkan rapat-rapat dan letakkan di tempat yang agak tinggi. Araan ini sekali saja tidak akan diulangi lagi, faham.”


“Faham,” balas harun Fadillah.


Semua arahan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tugas selanjutnya banyak dilakukan oleh datuk anpa memberitahu kami terlebih dahulu. Sepanjang operasi berjalan , semuanya membisu.  Semuanya mengharapkan cahaya lilin. Saya tidak tahu kenapa lampu letrik tidakdinyalakan. Memang membosankan berada dalam bilik yang kekurangan cahaya, pergerakan jadi terbatas. Lebih dari sepuluh minit berada dalam suasana yang serba tak kena.


“Onkan lampu,” bisik datuk ke telinga Harun Fadillah. Bagaikan kilat hjari harun Fadillah menekan ‘Switch’ lampu. Dengan serta merta seluruh ruang bilik dilimpahi cahaya terang benderang. Semuanya nampak cerah. Masing-masing menarik nafas lega.


“Nonong, Harun kamu lihat apa yang terletak di bucu bilik.”


Biji mata Nonong dan Harun Fadilla tertumpu ke arah yang  dikatakan oleh datuk. Saya juga tidak mahu ketinggalan lalu merenung ke bucu bilik yang keadaan tidak bersih. Nampalk berhabuk dan ada bungkusan yang dibalut dengan kain dua warna hitam-putih.


“Harun Fadllah, kamu waris kuat dalam keluarga, ambil bungkusan itu dan buka,” sambil duduk bersila, berpeluk tubuh di muka pintu datuk terus memberikan panduan dengan kelopak mata separuh pejam. Harun Fadillah nampak cemas mahu mematuhi arahan. Renung ke arah kakaknya seketika seolah-olah minta bantuan.


“Jangan lambat-lambatkan,” datang lagi araan dari datuk. Kali ini nada suaraa keras dan meninggi.


Harun Fadillah tidak ada pilihan. Antara berani dan takut, bungkusan yang dibalut dengan dua warna segera diambil dan dibuka. Sungguh mengejutkan, seketl batu gunung kehitaman berkilat dibalut dengansegumpal rambut yang hitam berkilat dan seakan-akan memancarkan cahaya.


KECIL


Satu bungkusan kecil yang dibalut dengan kain kuning sebesar tiga jari orang dewasa turut ditemui diantara gumpalan rambut itu.


“Buka bungkusan kecil itu,” arah datuk.


Terketar-ketar Harun membukanya. Mata saya dan mata Nonong tidak bergerak melihat ke arahnya. Dan bungkusan itu ditemui tujuh helai rambut yang halus. Warnanya agak kekuning-kuningan, tidak ubah macam rambut bayi yang baru lahir dalam kotak kecil, bersama daun pandan kering tetapi masih berbau.


“Semua barang-barang diletakkan dekat hujung kepala lutut kiri aku. Jangan diangkat. Tarik perlahan-lahan,” nada datuk agak lembut. Tetapi, perintahnya menyusahkan.


Menarik barang-barang dalam kain bukanlah satu kerja mudah. Kenapa tidak dibungkus semula kemudian diletakkan di hujung lutut. Bukankah cara itu lebih mudah dan cepat. Begitu saya membuat kesimpulan.


Walau apa pun arahan datuk itu tetap dipatuhi oleh Harun Fadilla. Bila semua barang-barang sudah berada di lutut kiri, secara perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata. Silih berganti dia menatap wajah Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong).


Tidak dinafikan dua bersaudara itu nampak pucat dan cemas semacam. Saya berdebar-debar menanti arahan ang bakal di tuturkan oleh datuk. Rasanya, memang tidak ada untungnya saya melibatkan diri dalamperkara ini. Tetapi, apakan daya sudah terlanjur. Susah senang terpaksa juga dihadapi.


“Harun, Nonong.”


Dua bersaudara itu segera angkat muka, merenung ke arah datuk dengan seribu pertanyaan. Apakah araan yang ,mesti dipatuhi. Apa yang dinanti tidak menjadi kenyataan. Dua minit masa berlalu begitu sahaja. Datuk tidak berkata sepatah apapun. Asyik resah tidak menentu. Macam ada perkara yang berputar dalam tengkorak kepalanya.


“Apa yang kamu lihat di hujung lutut ini, sebahagian daripada barang yang mesti disediakan oleh emak kamu, sesuai dengan kemahuan dukun susuk,” ungkap datuk.


Nonong dan Harun Fadillah anggukkan kepala.


“Aku tidak boleh menjelaskan perkara ini secara terperinci, kecuali kamu berdua mahu tahu. Jadi, kamu boleh bertanya sebelum pukul dua belas tengah malam, ‘ sambung datuk.


“Apakah itu syarat dan pantang larangnya, memanda?” Nonong memberanikan diri cuba bertanya


“Kalau dilanggar apa padahnya?” susul Harun Fadillah.


“Usaha aku untuk memulihkan kakak kamu tidak berjaya. Malah, anak bini kamu menanggung susah.”


Nonong terkejut denganpenjelasan itu. Wajah HarunFadillah pucat. Datuk yang duduk bersila, secara mengejut jatuh tersungkur ke depan, macam ada k uasa yang menolaknya dari belakang. Secara tidak semena-mena udara dalam bilik jadi panas, bagaikan berada di tepi unggun api. Badan saya terus berpeluh. Rasanya seperti ada sepasang mata berwarna hijau menucul di dinding bilik dari arah belakang.


Dalamkeadaan yang serba gawat dan cems itu, datuk berjaya duduk kembali seperti keadaan asal. Serentak dengan itu suasana kembali tenang, rasa panas yang membara danmata hijau yang ganjil terus lesap.


“Kerana benda-benda inilah adik-adik kamu dilarangmasuk kedalam bilik khas ini,” datuk renung ke arah dua obek yang berada di hujung lututnya.


“Iya, saya ingat sekarang, kata-kata emak,” Nonong bersuara penuh perasaan. Wajahnya nampak cerah dan matanya bersinar penuh ghairah membayangkan sepenuhnya kepuasan yang tiada taranya. Bagaikan orang haus mendapat air.


“Apa yang emak kamu katakan pada kamu Nonong.”


“Bila emak, ajak saya masuk ke bilik khas. Saya minta kebenaran supaya Khatijah ikut sama. Emak tak benarkan, dia selalu berkata: Anak sulung yang sudah susah dapat rezeki. Rupa-rupanya ada perkara yang mahu dirahsiakannya,” ucap Nonong.


Harun fadillah menarik nafas, Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.


MENARIK


Tiada siapapun boleh menafikan bahawa apa yang dialami oleh Nonong menarik dan menyeronokkan. Ada ketikanya menakutkan, semuanya itu menambahkan minat saya untuk mengikutinya hingga akhir.


Mungkin, pada satu masa kelak, cerita yang dikira tidak masuk akal itu, boleh dikisahkan pada generasi akan datang. Samada ereka mahu percaya atau tidak itu hak mereka. Setidak tidaknya mereka tahu bahawa dunia ghaib tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan nenek moyang mereka.


Malah ada yang mendampingi makhluk ghaib untuk tujuan tertentu. Biasanya untuk kejahatan yang akhirnya menjahanamkan diri manusia itu sendiri. Fikir saya dalam hati.


“Sekarang ceritakan ramut siapa yang membungkus batu gunung tu, memanda,” Nonong ingin tahu.


“Rambut emak kamu yang dicabut semasa bulan mengambang, dibalut pada batu sebagai tanda ikatan perjanjian dengan dukun susuk.”


“Yang lagi satu tu ?” Soal Harun Fadilla.


“Rambut kakak kamu yang semasa berusia 55 hari, dipotong dengan bilah buluh tumpat semasa matahari mau naik. Ditaruh dalam seludang kelapa gading bersama dengan daun pandan diselitkan celah gumpalan rambut emak kamu,” datuk berhenti bercakap.


“Tujuannya, desak Nonong.


“Macam akukatakan tadi, seri wajah kamu berpindah kepada emak kamu. Kecantikan zahir yang kamu miliki, tidak ada daya penarik membuat orang lelaki tidak minat. Dalam istilah ilmu hitam disebut sebagai ‘NIKAH SELUDANG.’


Harun Fadillah dan kakaknya Nonong) terkejut besar. An mereka mengakui kalau datuk tidak membuktikan kebenarannya ceritanya, mereka tidak akan percaya perkara itu dilakukan oleh ibu mereka.


“Sekarang terjawap sudah kenapa arwah ayah beria-ia benar menyuruh saya mencari memanda. Rupanya semua yang terjadi  ada dalam pengetahuan memanda,” suara Harun Fadilla penuh terharu.


“Dari dulu  aku sudah tahu arwah emak kamu banyak melakukan perkara yang kurang baik. Aku suruh berhenti. Malangnya dia tidak mahu. Arwah ayah kamu juga gagal memujuknya. Akibatnya kamu yang tanggung derita,” datk tidak berhasil meneruskan kata-kata. Dia tersedak.


Semasa datuk tersedak, saya rasa batang leher seperti disentuh jari manusia yang tidak dapat dilihat terasa amat sejuk sekali. Nonong menjerit dan Harun Fadillah melompat macam ada sesuatu mengusik mereka.


“Kenapa Nonong,” tanya datuk.


“Saya rasa ada tangan menyentuh buah dada saya, memanda.”


“Ada jari panjang meraba leher dan telinga saya sejuknya bukan main macam tangan mayat.”


“Hum……….., “ keluh datuk.


Kerana saya tidak ditanya, saya pun tidak menceritakan apa yang saya alami. Apa yang saya tahu tidak jauh bezanya dengan apa yang dirasai oleh Harun Fadillah.


BERGERAK


TIBA-TIBA apa yang berada ddalam bilik berterbangan. Tetapi, anehnya benda yang berada di kepala lutut kiri datuk tidak bergerak walau sedikit pun. Keadaan itu membuat saya, Nonong dan Harun Fadilla merasa cemas.


Memang cemas dan menakutkan, bila saya lihat tubuh Nonong dan Harun Fadillah bergerak dalam keadaan duduk dari sudut ke sudut, tidak ubah macam berada di perahu yang dipukul gelombang.


Nonong dan Harun Fadillah terkapai-kapai, mulut mereka terbuka dan cuba berkata sesuatu ke arah saya dan datuk. Malangnya, suara dua beradik itu tidak keluar. Paling mengerikan, bila tubuh mereka terangkat dan cuba bergerak ke arah pintu. Pada ketika itu datuk segera bangun dan mulutnya keluar beberapa  ayat Quran penghalau syaitan.


“Aduh.”  Jerit Nonong dan Harun Fadillah serentak.


Kedua-duanya jatuh terperosok di sudut dinding, dimana bungkusan ganjil itu di temui. Dengan susah payah mereka bangun, lalu duduk bersila di tempat asal.


“Sebelum tengah malam, sebelum pukul dua belas, kita mesti selesaikan semuanya ini. Datuk melahirkan sebuah keazaman. Dari nada suara dan gaya dia bercakap, nampaknya datuk tidak mahu bertlak ansur lagi. Segala-galanya mahu diselesaikan dengan segera.


“Api,” kata datuk.


Dengan jari telunjuk, saya menunjukkan ke arah enam batang lilin. Salah satu lilin itu masih lagi terbakar. Lilin yang masih menyala itu datuk ambil.


Setelah mengemaskan silanya serta mempastikan kedudkkan batu gunung yang dibalut dengan rambut serta tujuh helai rambut dalam seludang pinang berada di hujung lutut kirinya, perlahan-lahan datuk menghalakan di hujung lilin ke arah objek tersebut.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box