SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN

“Kita bertemu juga,”  Suara orang itu bergema buat kali kedua. Tidak ada tindak balas dari datuk.


“Kamu mahu merebut milik Dang Intan Mahani atau Ani Cantik,” datang lagi suara dari orang berwajah putih kapas. Perlahan lahan kain hijau yang membalut sebahagian daripada wajahnya dijatuhkan ke lantai. Semuanya dihadapi oleh datuk dengan tenang dan tabah .


Orang berwajah putih kapas, cuba melangkah mendekati datuk. Dua tapak datuk undur kebelakang. Orang itu maju lagi, datuk mengelak. Kali ini empat tapak di belakang.


Dengan hati-hati datuk angkat tangan kiri separas bahu, kemudian memusingkan tubuhnya dengan pantas sebanyak tiga kali berturut-turut hingga tercipta sempadan pemisah ditandai dengan garisan hitam di lantai.


Sebelum tangan kiri kembali kepada kedudukan asal (lurus kebawah) tangan kanan diangkat lalu didakapkan ke dada dengan tiga jari menekan tulang selangka. Tiga kali nafas ditarik dan dilepaskan barulah tangan dibawa ke dada menindih tangan kanan yang tersedia di dada.


“Pulangkan segala-galanya pada yang berhak,” datuk bersuara.


“Maksud kamu?” Tanya orang berwajah kapas.


Ani Cantik mengambil hak anaknya untuk kepentingan dirinya.”


“Hummm……………..” terdengar keluhan.


Suasana berikutnya, menjadi sepi. Orang berwajah putih kapas masih berdiri di tempat. Datuk tetap berada dalam lingkungan garisan. Saya Nonong dan Harun tetap macam tadi, masih bertindih dan berhimpit dekat tiang.


“Kita jalinkan persahabatan.”


Orang berwajah putih kapas, maju setapak sambil menghulurkan telapak tangan untuk bersalam. Malangnya, tangan yang dihulur tidak dapat melepasi garisan di lantai.


“Ertinya kita tidak boleh bersahabat,” orang berwajah putih kapas bersuara penuh kesal. Terbayang kekecewaan yang amat sangat di wajahnya.


“Begitulah kira-kiranya,” balas datuk.


Orang berwajah putih tunduk merenung lantai.


“Pulangkan hak anak Ani Cantik,” rayu datuk.


“Iya, apa yang kamu lihat dan temui dalam bilik ini setelah aku pergi. Itulah haknya dan selanjutnya terpulanglah kepada kamu mengendalikannya,” suara itu bergema dan bergaung dalam bilik.


“Aku faham,” kata datuk lantang.


Tanpa banyak cakap orang yang berwajah seputih kapas itu,  perlahan-lahan memusingkan tubuhnya. Setiap liku dan sudut bilik ada dalam anak matanya. Saya jadi cemas semacam, lambat laun renungannya akan tertacap ke wajah saya.


“Sial,” kutuk saya dalam hati.


Bagaikan ada kuasa ghaib memusingkan tubuh dan wajah orang seputih kapas ke arah saya. Renungannya cukup tajam, penuh benci dan dendam. Berkali-kali giginya dilagakan bergemeretap bunyinya.


“Hummmmm…………..,” dengusnya


Dan renungannya segera berubah kepada Nonong. Kemarahan dan geram yang terpamer segera digantikan rasa simpati dan renungan yang penuh kesayuan.


Dia menundukkan muka, merenung lantai untuk waktu yang agak lama. Kedua-dua belah bahunya bergegar lalu diikuti dengan suara tangisan berserta sedu yang memanjang. Tanpa di duga dia menghentakan kaki kirinya ke lantai sambil meluahkan kata-kata yang kurang jelas maksudnya.


Dalam sekelip mata batang tubuhnya menghilang, tempat manusia aneh itu berdiri kelihatan kepulan asap yang naik memanjang menuju siling bilik.


GHAIB


Sebelum kepulan asap itu ghaib, berlaku sekali lagi ledakan yang amat kuat bersama pancaran kilat. Di luar deru ribut yang amat hebat. Rumah teras bergegar, lantai bergerak dan kami terumbang ambing.


Datuk yang tadi berada tidak jauh dari kami bertiga, kini terpisah jauh nampak samar-samar. Saya cuba bersuara memanggil namanya, Seperti tadi suara saya  tidak keluar tersekat di kerongkong.


Dalam keadaan yang tidak menentu, semua yang di buat serba tidak kena, Kotak fikiran seperti kosong melopong. Tidak tahu dengan suasana yang dihadapi sama ada siang atau malam. Malah di mana berada pun tidak tahu.


“Husssssssss….”saya menghembuskan nafas.


Dan hati saya bagaikan memberitahu, bahawa kami berada di suatu dunia yang terasing.


Aneh gegendang telinga terus diasak dengan bunyi deru air dari gunung. Badan bagaikan dilambung ombak ke sana ke mari.  Tiba-tiba, badan dipukul oleh gelombang besar setinggi pokok kelapa dara. Sekujur tubuh diarak ombak lalu dihempaskan kepada objek yang keras.


Kulit dan tulang temulang bagaikan bercerai berai. Sakitnya bukan kepalang dan selanjutnya tidak tahu apa yang terjadi. Segala-galanya menjadi fana.


KELOPAK


Tidak tahu berapa lama masa masa sudah berlalu. Dan kelopak mata secara perlahan-lahan digerakkan berkali-kali. Terasa pedih dan perit. Bahu sebelah kanan disentuh sesuatu secara lembut. Kemudian digoyang dan ditumbuk bertalu-talu.


“Tamar.”


Kelopak mata mash gagal dibuka. Bulu mata bawah dengan bulu mata aras masih bertaut erat. Deru air dari gunung beransur kurang, tidak sekuat tadi dan usaha membuka kelopak mata tetap diteruskan.


“Tamar.”


Saya yakin, itu suara datuk. Kepala saya gerakkan perlahan-lahan sebagai tanda yang saya boleh mendengar tetapi, tidak dapat bersuara.


“Kamu tak boleh buka mata, Tamar..”


Macam tadi juga saya tetap anggukkan kepala. Tidak lama berselang, terasa ada jari jemari lembut mengurut-urut kelopak mata dengan mesra.


“Buka kelopak mata kamu, Tamar!”


Arahan itu segera saya patuhi. Kelopak mata boleh dibuka dengan mudah. Wajah datuk terdampar dalam anak mata. Senyum yang menari di kelopak bibirnya bagaikan menghantar sebuah kemesraan yang berbalut sayang dari seorang datuk kepada seorang cucu yang baru berada di alam nyata.


Renungan segera beredar dari wajah datuk ke wajah Nonong dan Harun. Mereka nampak tergamam. Tetapi, apa yang pasti mereka lebih awal sedar dari saya. Malah sudah pun bangun, bersiap-siap untuk keluar dari bilik.


"Memang aku tidak menduga berdepan dengan hal-hal yang pelik begini. Tak apalah, setidak-tidaknya kamu bertiga dapat pengalaman baru,” tutur datuk seperti berbisik.


“Iya, memanda, menakutkan dan tidak masuk di akal,” Nonong menyampuk.


“Biarkan perkara itu berlalu, kamu berdua bersiap sedia untuk ke masjid, bolehlah kita sama-sama orang lain berjemaah,” balas datuk. Saya masih dalam keadaan terpinga-pinga.


“Dah selesai?” saya bersuara.


Datuk ketawa kecil sambil mengeleng-negelengkan  kepala.


"Kamu masih mamai lagi Tamar. Aku harap perkara ganjil yang menakutkan ini, Insya Allah tidak berulang lagi,” nada suara datuk agak lemah.


Walau pun Nonong dan Harun mendengar sindiran dari datuk untuk saya, tetapi mereka tidak memberikan sebarang komentar. Malah, wajah mereka nampak bersahaja. Memang tidak diduga sama sekali, Nonong dan Harun yang sudah bersiap sedia meninggalkan bilik, membatalkan hasrat. Mereka kembali dudk bersila tidak jauh dari saya.


Rasa cemas, bimbang dan takut menguasai diri dapat saya kawal hingga keadaan normal. Dan saya memberanikan diri menanggungkan kepala, setiap sudut bilik saya sorot secara terperinci, Ternyata tidak ada satu pun kesan aneh yang dapat dilihat. Tidak ada dinding yang berlubang, tidak ada barang yang berserakkan.


“Pelik.”


“Apa yang pelik Tamar,” sambut datuk.


“Mana dia seludang kelapa, batu gunung, tempat bakar kemenyan dan rambut. Kemana barang-barang  itu menghilang,” saya minta sebuah kepastian kepada datuk.


BESAR


Nonong dan Harun terkejut besar mendengar pertanyaan yang saya kemukakan pada datuk. Mereka seperti tersentak dari lamunan yang panjang.


“Betul, cakap Tamar tu memang betul,” Harun memberi sokongan.


“Apa yang betul tu Harun, tiba-tiba main sokong saja. Cakap pada aku apa yang betul tu?” Sepasang bola mata datuk tertumpu ke arah batang hidung harun yang nampak sedikit resah.


Bagaimana dia tidak resah, renungan datuk itu tidak ubah macam kucing mahu menerkam tikus.


“Barang-barang yang Tamar sebutkan memang tidak ada di sini, mana dia barang-barang tu memanda,” Harun memberanikan diri memberikan jawapan.


“Mata kau buta” sergah datuk.


Kami terkejut dan bersedia lari bertempiaran keluar dari bilik andainya, datuk naik angin. Agaknya, pertanyaan saya dan Harun dianggap datuk sebagai mencabar kewibaannya.


“Jegilkan biji mata kamu semua, renung sebelah kiri pintu.”


Semu biji mata tertumpu ke arah yang datuk katakan. Di situ ada bungkusan berbalut kain hitam, sebesar putik kelapa.


“Tapi………………….”


“Aku tahu apa yang kamu fikirkan? Kamu fikirkan seludang kelapa, batu gunung, rambut dan tempat kemenyan. Bukan begitu Harun?”


“Iya, memanda,” suara Harun terketar-ketar.


“Semua barang-barang itu sudah di satukan dan terus di bungkus. Apa lagi yang kamu semua mahu tahu? ”


Kami terdiam, anak mata kami kembali menyorot ke arah bungkusan yang berbalut dengan kain hitam.


Suasana dalam bilik kembali bungkam. Empat insan melayani fkiran masing-masing.


“Tapi memanda, kami mengalami bermacam-macam hal dan perkara pelik-pelik,” Nonong dengan nada suara penuh keyakinan memecahkan suasana bungkam. Datuk tidak memperlihatkan reaksi yang tidak menyenangkan. Mungkin rasa marah sudah hilang dari kalbunya.


“Hummmmmm……..” datuk menarik dan melepaskan nafas.


Saya dan Harun  bertukar pandangan. Tentunya dengan perasaan yang berdebar.


Datuk mengigit bibir sambil mengkerutkan kening. Dia seperti keberatan untuk menjawap pertanyaan yang diajukan oleh Nonong.


“Kenapa perkara itu terjadi memanda,” ulang Nonong, kali ini nada suara Nonong terasa mengandungi rasa bimbang. Lagi sekali datuk menarik nafas panjang. Keresahan di wajah segera bertukar menjadi rasa simpati terhadap Nonong.


Dan buat kesekian kalinya, datuk merenung lantai. Tindak tanduk itu mengundang seribu amalan dalam diri. Apalah sudah sangat datuk mahu menjelaskannya? Masih adakah nanti bencana atau olah dari makhluk ganjil untuk mengugat keluarga Nonong? Kalau perkara sebenar tidak jelaskan, macam-macam perkara negatif mucul dalam kepala. Sesungguhnya bila berdepan dengan suasana begini, saya jadi kebal dan marahkan datuk.


ANGIN


Datuk yang tadi berdiri di tengah-tengah ruang bilik, segera mencari tempat sesuai untuknya melabuhkan punggung. Tempat yang jadi pilihan, tidak jauh dari sisi Harun. Mungkin untuk memberikan kekuatan dan keyakianan,  bahu kiri Harun ditepuk oelh datuk berkali-kali.  Nonong hanya menjeling sahaja.


Di luar, angin subuh yang bertiup lembut terus menempuh dedaun pokok di halaman dan di kiri kanan rumah, melahirkan bunyi yang tidak menentu, sekejap meninggi sekejap meredah.


Bunyi ekor cicak memukul dinding jelas kedengaran yang di selang seli dengan suaranya yang memanjang dan nyaring. Dari air muka Nonong dan Harun dapat saya baca keresahan yang bergolak dalam batin mereka.


“Masa untuk bercerita terhad,” renungan lembut dari datuk terdampar ke wajah Nonong.


“Huss……….,” Harun mendengus, membayangkan rasa putus asa.


“Masa untuk bercerita terhad,” ulang datuk, “ waktu subuh dah dekat benar,” sambungnya bersahaja sambil mengerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan. Perasaan saya tetap berdebar.


“Masih mahu berdalih, “ rungut saya dalam hati.


Mulut Harun terlopong.


TERBAKAR


Dia juga seperti saya dan Nonong, masih menanti dengan serbu pertanyaan. Apakah yang bakal diluahkan oleh datuk.


Sebenar, semasa batu gunung itu terbakar, kamu bertiga berpisah dari kawalan aku secara batin. Kamu berada dalam kawalan iblis yang menguasai batu gunung., kamu bertiga berada di antara sedar dengan tidak. Antara alam nyata dengan alam ghaib. Pendek kata kamu bertiga seperti berkhayal,” tentu saja kata-kata datuk itu mengejutkan kami.


“Memanda tidak dikuasainya?” Nonong ajukan pertanyaan.


“Aku sentiasa berada dialam nyata ,” jawap datuk .


Nonong dan Harun segera meraba-raba, cuping telinga, begitu juga dengan saya. Tidak memadai dengan itu, kami mematahkan ibujari kaki kiri hingga terasa sakit. Secara serentak kami menumbuk lantai hingga tulang di buku lima terasa pedih. Perbuatan kami di sorot oleh datuk dengan ekor mata.


“Sekarang kami bertiga berada di alam nyata,” datuk senyum sinis  tetapi , ternyata Harun masih kurang yakin.


“Buktinya memanda?”


“Kamu berdiri sebelah kiri.”


Harun melakukan apa yang datuk suruh. Semasa dia mahu mengimbangi tubuhnya  dia terlayah lalu jatuh ke arah saya, belum pun sempat tubuhnya jauh atas badan, saya mengelak. Harun jatuh atas lantai lalu menjerit kesakitan.


“Itu buktinya,”  sambut datuk.


Saya dan Nonong ketawa, akibatnya kami menerima teguran dari datuk.


“Sekarang bagaimana Harun, kamu yakin dengan apa yang aku cakapkan .”


“Saya yakin memanda,” Harun kembali duduk seperti posisi asal.


“Amalan ilmu hitam yang dimiliki dukun tempat arwah emak kamu minta tangkal susuk tu, memang dukun yang hebat…………”datuk tidak meneruskan kata-kata. Nonong kerutkan dahi, macam ada sesuatu yang difikirkannya.


“Macam mana memanda kata dia hebat?”


“Lain kali saja kita ceritakan tentang kehebatannya , walaupun sebanyak sedikit kebolehannya sudah dapat kamu bertiga rasakan.”


Nonong anggukkan kepala, akur dengan penjelasan datuk . Muka Harun saya jeling. Dia resah semacam, masih bimbang dan takut-takut.


KULIT

DINGIN subuh kian terasa mengigit kulit tubuh dan untuk menghangatkan badan terpaksa berpeluk tubuh. Bunyi deru angin kian kerap mengusik gegendang telinga.


Sesekali terdengar bunyi tagar sayup-sayup memanjang. elalunya suasana seperti itu menandakan hari mahu hujan. Kata orang tua-tua, hujuan subuh membawa rahmat tetapi, bagi pengamal ilmu hitam ujan subuh mengundang kecelakaan.


“Eh, Tamar, Harun, kita tidak boleh berlengah lengah lagi,” datuk segera bangun, mundar-mandir di depan kami sambil jari kelingking kirinya mengaru-garu hujung dagu.


“Pergi bersihkan tubuh,” sambungnya dengan tekanan suara separuh keras.


“Tapi………………………”


“Apa lagi yang mahu kamu tanyakan Nonong?”


“Barang-barang dalam bungkusan dekat pintu tu, mau dibiarkan di situ memanda.”


“Terma kasih atas ingatan tu, kalau kamu tidak mengingatkannya , memang aku dah lupa, Nonong,” datuk pun merenung ke arah bungkusan yang tersadai di bucu  pintu.


Saya dan Harun berpandangan, dalam hati berdoa: Semoga saya dan Harun tidak akan diberi tugas untuk menyelesaikan masaalah bungkusan yang saya anggap berpuaka.  Memadailah dengan apa yang telah dilalui, cukup terseksa rasanya.


“Begini Nonong.”


Apa yang bergolak dalam fikiran segera tumpas. Sepasang anak mata ditujukan kembali ke muka datuk .


“Lepas balik dari masid kita selesaikan. Kamu tak usah takut-takut, buat kerja macam biasa Nonong,” suara datuk bersahaja. Nonong mengigit bibir, keresahan tetap terpamer di mukanya.


“Baiklah memanda.”


Nonong bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari bilik.


“Nanti dulu Nonong,” tahan datuk. Langkah Nonong terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah datuk yang menjentik papan lantai dengan ibu jarinya berkali-kali.


“Masa ketiadaan kami, kamu jangan masuk dan melintas di depan bilik ini.”


“Kenapa memanda?” Nonong ingin tahu.


“Jangan banyak tanya, ikut saja cakap aku.”


“Baiklah memanda, maafkan saya.”


“Hummmmmmmmmmmm………..” balas datuk.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box