SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI

SETELAH Nonong melangkah keluar dari bilik rahsia, datuk pun mengeluarkan sehelai kain kuning sebesar sapu tangan (saya menduga, kain itu memang sudah disediakan oleh datuk sejak awal lagi) dan bungkusan di tepi pintu pun ditutup dengan kain tersebut. Datuk segera mengarahkan saya dan Harun keluar dari bilik misteri.


"Mandi," katanya.


"Sejuk memanda," jawab Harun.


"Kamu mahu ke rumah Allah, mahu bersolat, mahu mengadap muka padaNya.


Bukan saja hati mesti bersih, mesti jujur. Tubuh badan mesti bersih, pakaian juga mesti bersih. Kalau badan tidak bersih, pakaian juga tidak bersih, ertinya tidak cukup sempurnalah diri kita pergi ke masjid untuk bersembahyang," cukup tenang datuk melunturkan kata-kata kepada kami.


Saya dan Harun segera mahu bangun untuk meninggalkan bilik misteri.


"Nanti dulu," tahan datuk.


Serentak saya dan Harun berpandangan, mencari-cari jawapan kenapa kami ditahan.


"Pelik benar anak muda sekarang, kalau turun ke bandar merambu atau ke panggung wayang, ke tempat pesta, mengenakan pakaian yang  cantik-cantik, kemas, biar nampak kacak dan cantik. Kenapa perkara macam itu tidak dilakukan bila ke masjid," datuk mula berceloteh.


Sesungguhnya perkara seperti ini memang tidak saya senangi. Sebelum celoteh menjadi lebih panjang, secara hormat kami mohon diri, lalu segera angkat kaki. Sebaik sahaja melepasi ruang tengah menuju ke bilik air, saya toleh ke arah datuk yang sedang merapatkan daun pintu dan menguncinya.


Dalam jangkaannya, datuk akan bersama-sama kami ke Masjid Raya. Jangkaan itu tersasar, datuk pergi dulu sendirian. Entah mengapa datuk tidak mahu bersama. Barangkali, dia ada matlamat atau maksud tertentu. Boleh jadi juga, dia mahu menguji keberanian saya dan Harun.


Mungkin dia mempunyai muslihat dan strategi tertentu. Jarang datuk berbuat demikian atau meninggalkan saya. Memang wajarlah tindak-tanduknya menimbulkan bermacam-macam andaian dalam kepala saya.



BESAR


KAMI tiada pilihan, terpaksa meredah kedinginan dan kabus subuh dengan rasa takut-takut berani. Entah mengapa, sambil melangkah saya teringatkan kemunculan lembaga manusia dalam kabus menghalang perjalanan saya dan datuk. Memang saya mengharapkan perkara demikian tidak akan berulang lagi. Kami terus melangkah.


"Tamar."


Langkah terhenti, bahu kiri dipaut Harun dari arah belakang.


"Kenapa Harun?"


"Aku rasa seram semacam."


“Ah! tak ada apa-apa, kalau ada pun kita tentang," tutur saya dengan nada suara yang meninggi. Mendengar kata-kata itu, Harun mengeluh dan terus melangkah. Saya membaca beberapa surah dari AI-Quran untuk menghilangkan rasa cemas yang muncul mendadak dalam diri.


Langkah terus dipercepatkan.


“Allah hu akbar."


ltu yang terkeluar dari kelopak bibir. Di depan saya berdiri lembaga hitam. Harun terkejut besar, mulutnya terlopong. Sepasang matanya terbeliak. Kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh saya. Siapa pun menggeletar,bila berdepan dengan makhluk asing berkulit hitam. Tubuhnya besar, kira-kira lima pemeluk pokok sena dan tingginya melepasi pokok kelapa dara. Rambut kuningnya melepasi punggung manakala di bahagian dada penuh dengan bulu tebal.


Bulu tebal yang menguasai bahagian dada hingga ke paras lutut berwarna kehitam-hitaman bercampur dengan warna putih kemerah-merahan.


Di bahagian kemaluan, warnany a lain pula, macam warna perak, keras macam berus dawai penggosok periuk, berlapis-lapis tebal macam cawat menyebabkan sukar bagi saya menentukan jenis kelamin makhluk asing itu, sama ada lelaki atau perempuan.


"Tak ada kaki.”


Dalam rasa takut dan cemas itu, Harun masih sempat berbisik kepada saya. Apa yang dikatakannya memang benar. Anggota makhluk asing hanya boleh dilihat dari paras bahu hingga ke bahagian lutut. Kepala dan bahagian kaki tidak kelihatan.


Makhluk itu bagaikan berdiri atas kabus. Berpusing perlahan-lahan seolah-olah melihat keadaan sekitar. Beberapa minit kemudian, lembaga tanpa kepala dan kaki itu hilang dari pandangan kami.


"Bagaimana Tamar?"


"Persetankan, dia sekadar menguji kita."


"Tapi.. "


"Tak ada tapinya lagi, jangan banyak cakap, jalan terus, subuh dah hampir benar ni," kata saya sambil menarik tangan Harun. Langkah yang terhenti di susun semula. Kali ini kami melangkah dengan cepat sekali tanpa mahu menoleh ke kiri dan ke kanan.


Memang tidak diduga datuk menunggu kami di luar perkarangan Masjid Raya. Dengan senyum datuk menyambut kami.


"Ada apa-apa perkara pelik yang kamu berdua alami semasa datang ke sini tadi?" tanya datuk.


"Tak ada apa-apa tuk," saya berbohong.


"Kamu Harun?"


"Aaaaaa..." Harun tidak dapat meneruskan percakapan kerana bahu kirinya saya singgung dengan siku. Perbuatan saya itu dapat dikesan oleh datuk.


"Jangan tahan dia nak bercerita Tamar."


Saya memaksa diri senyum untuk menutup rasa malu yang saya lakukan sendiri. Harun renung muka saya, macam mahu menyatakan bahawa dia terpaksa patuh dengan permintaan. Saya restui permintaannya dengan menegakkan ibu jari kanan.


"Ceritakan Harun, jangan peduli dengan Tamar," kata-kata dorongan dari datuk membuat Harun menarik nafas lega.


"Kami jumpa lembaga hitam tidak berkepala dan berkaki," Harun memulakan cerita dan saya lihat datuk macam tidak berminat mahu mendengarnya.


"Ceritakan dari mula Harun," saya memberitahu.


Datuk anggukkan kepala, setuju dengan saranan saya.



"'Sebaik saja sampai di kepaIa simpang, saya rasa macam ada sesuatu menyentuh cuping telinga saya. Tapi, kerana takut saya diam saja, tak cakap pada Tamar. Akhirnya, kami bertembung dengan lembaga hitam tidak berkepala dan berkaki."


"Hummmm.. " datuk mengeluh kecil sambil menggigit bibir.


JEMAAH


BEBERAPA orang jemaah yang lain memberi salam dan berjabat tangan dengan datuk. Malah doa tiga orang daripada jemaah itu bercakap-cakap dengan datuk seketika, mereka bertanya kenapa berada di luar kawasan masjid. Setelah menerima penjelasan dari datuk, mereka pun beredar.


"Cuping telinga sebelah mana? kiri atau kanan Harun?" tanya datuk.


"Kanan memanda."


"Benda yang sentuh telinga kamu tu, macam daun lalang."


"Iya memanda."


Datuk termenung seketika. Dahinya, dikerutkan dan bibir bawah digigit untuk kesekian kalinya. Perlahan-lahan datuk dongak wajah ke langit, melihat awan subuh yang berarak lembut. Pangkal tumit kirinya ditekan ke bumi hingga berbekas.


"Kalau begitu. kita ada dua pilihan untuk menyelesaikan barang dalam bungkusan yang berada dekat pintu bilik," tutur datuk sambil merenung ke arah saya dan Harun. Dan di bawah langit subuh, saya lihat sinar mata datuk bercahaya, penuh keyakinan dan pengharapan.


"Maksud tuk?" soal saya.


"Barang dalam bungkusan tu, mesti di buang ke sungai atau tanam di tanah kampung, di mana ilmu susuk itu dipeturunkan kepada emak Nonong."


Saya lihat wajah Harun cemas sambil menarik nafas dalam-dalam. Matanya tidak berkedip merenung dada langit.


"Habis, macam mana memanda?" tanya Harun penuh keraguan.


"Usah bimbang, semuanya akan kita fikirkan selepas solat nanti tak usah risau," datuk memberikan keputusan muktamad, membunuh keraguan dan kebimbangan di hati saya dan Harun. Dan kami pun akur dengan keputusannya itu.


Sebelum azan bergema, kami segera masuk ke masjid melakukan solat tahyat masjid. Tidak lama berselang azan subuh pun dilaungkan oleh muazin.


Suaranya bergema dan mendayu penuh syahdu menguasai suasana subuh yang sekaligus dapat didengar penghuni kota raya Medan yang tinggal tidak jauh dari Masjid Raya.


Di bawah langit dan bumbung masjid saya terharu menikmati alunan azan. Dan terasa betapa kecilnya diri ini di atas bumi Allah. Sesungguhnya, Allah maha agung dan maha berkuasa, padaMu aku mohon restu dan berlindung. Tanpa disedari air mata meleleh dicerun pipi.


Solat subuh pun bermula.


Saya kira setelah selesai menunaikan sembahyang subuh, datuk terus pulang seperti yang dilakukan pada subuh sebelumnya. Perhitungan saya tidak tepat kali ini. Datuk menahan saya dan Harun agar bernaung lebih lama lagi dalam perut masjid.


"Kita ikut kuliah subuh kali ini," bisik datuk ke telinga Harun.


Kata-kata yang sama juga diungkapkan oleh Harun ke Iubang telinga saya.


"Terpaksa," kata Harun.


"Iya," nada saya Iemah.


Harun senyum panjang.


Melihat kepada jumlah para jemaah yang masih ramai bertahan dalam masjid, saya menduga kuliahnya pasti menarik dan memikat. Kuliah subuh disampaikan oleh seorang ulama dari Bukit Tinggi (nama saya sudah lupa).


Perkara yang disyarahkan berhubung dengan gangguan syaitan. Kerana cara penyampaiannya yang begitu menarik dan memikat membuat para jemaah terpesona. Tidak bergerak dari tempat duduk. Semuanya mendengar dengan penuh khusyuk.


"Kalau kita dekat dengan Allah. Syaitan jauh dari kita," tutur si ulama berbadan kecil, berjanggut sejemput berkulit sawo matang.


"Kalau kita dekat dengan syaitan, Allah jauh dan kita. Celaka hidup seseorang bila didekati syaitan," sambungnya sambiI membetulkan kedudukan cermin mata bulat, macam cermin mata Mahatma Ghandi, pemimpin agung negara India. Semua para jemaah yang berada dalam masjid menganggukkan kepala.


"Negara hancur dan jahanam, bila pemimpin didampingi syaitan, maka lahirlah pemimpin gila kuasa, pemimpin rasuah, ambil harta rakyat untuk kaum kerabat. Dan anak sendiri. Kawan-kawan yang tidak sehaluan ditangkap dan dihukum," tambah si ulama penuh semangat sambil mengingatkan para jemaah yang bercita-cita mahu jadi pemimpin harus bersikap adil dan bijaksana.


POLITIK


SEMASA si ulama berbadan kecil memberi peluang kepada para jemaah mengemukakan pertanyaan. Harun segera mengangkat tangan.


"Silakan," si ulama memberi laluan. Semua biji mala para jemaah tertumpu ke arah Harun. Dan saya lihat Harun menggigit bibir menahan rasa gementar. Maklumlah dia tidak pernah bercakap di khalayak ramai.


"Saya mahu bertanya tentang perkara yang terkeluar dari topik dalam kuliah ini," suara Harun tersangkut-sangkut.


"Tentang politik?" si ulama berbadan kecil mengajukan pertanyaan.


"Tidak," jawab Harun.


"Kalau begitu, silakan."


Buat seketika Harun merenung ke arah kepala para jemaah yang berceratuk. Dan secara tidak sengaja, semasa saya mengangkatkan kepala, pandangan saya dengan Harun bertembung. Cepat-cepat saya menegakkan ibu jari memberi perangsang. Harun tersenyum penuh semangat.


"Apa hukumnya bagi mereka yang memakai susuk termasuk dukun susuk?" Harun bertanya dengan lantang. Terbeliak mata datuk melihat keberanian Harun. Memang di luar dugaan yang Harun mampu bertindak demikian.


"Tahniah! pertanyaan yang baik dan jarang ditanyakan kepada saya," ada senyum terpamer di kelopak bibir ulama berbadan kecil, perlahan-lahan dia menolak bingkai kaca mata sebelah kiri ke atas.


Renungannya diarahkan ke muka Harun.


"Hai orang muda, agaknya kamu nak pasang susuk?"


"Tidak," pantas Harun menjawab sambil menggelengkan kepala.


Terdengar suara para jemaah berbisik sama sendiri yang diselang dengan suara orang batuk yang sengaja dibuat-buat. Agaknya, mereka menyindir Harun. Suara berbisik dan batuk itu datangnya dari arah belakang kami.


"Ehemmmm "


Suara dari ulama berbadan kecil membunuh suara orang yang berbisik dan batuk yang sengaja dibuat-buat. Situasi dalam perot masjid kembali sepi dan tenang. Gigi atas dengan gigi bawah saya lagakan berkali-kali. patuk tunduk merenung permaidani masjid. Sayup-sayup terdengar bunyi kenderaan di jalanan. Suasana subuh masih lagi menguasai pinggir kota Medan.


"Secara kebetulan beberapa hari lalu semasa saya singgah di kedai kopi, terdengar beberapa orang di meja sebelah bercakap tentang susuk," si ulama berbadan kecil menatap wajah para jemaah yang tertonggok di depannya. Semuanya diam terpaku, penuh minat menanti kata-kata yang bakal diluahkan oleh si ulama berbadan kecil.


"Saya tak tahu entah kenapa perkara susuk ni, suka sangat disebut-sebut terutama di kalangan kaum wanita. Menurut kata orang, tujuan memakai susuk atau pemanis diri supaya wajah yang tak cantik nampak cantik, dan mampu menarik perhatian lawan jenis. Niatnya sudah lain," percakapan si ulama berbadan kecil terganggu, kedudukan cermin matanya nampak sengit sebelah kanan kerana terlalu kerap mengoyang-goyangkan kepala ke kiri dan ke kanan.


"Jadi, dia nampak menarik dan cantik tidak sebagaimana yang sepatutnya, kecantikannya kerana pengaruh susuk," percakapan yang terhenti disambung kembali. Beberapa orang para jemaah mengeluh kecil sambil menarik nafas.


"Cara ini saya tidak setuju dan kurang terpuji kerana segala sesuatu tergantung pada niat, ‘innamal a'malu binniati waiinamalikuli riin manawa,’ sesungguhnya segala sesuatu dengan niat, jika niat hanya untuk mendapat atau mencari perhatian supaya orang lebih tertarik dan tergila-gilakan padanya. Perbuatan begini pada saya memang mengelirukan dan itu haram hukumnya. Ertinya, mengikut hukum Islam susuk itu haram," Harun menggigit kuku jari mendengar penjelasan tersebut.


BURUK


ULAMA berbadan kecil lagi sekali membetulkan kedudukan kaca matanya. Para jemaah tidak berganjak punggung. Dan minat saya untuk mengikuti kisah selanjutnya terus memuncak. Dari pengamatan sara ternyata si ulama itu sendiri cukup berminat untuk memperkatakan tentang topik yang ditimbulkan oleh Harun.


Selanjutnya, dijelaskan oleh si ulama itu bahawa perbuatan mereka (pengamal susuk) sudah menyalahi kudrat, mereka sudah ingkar dari apa yang telah digariskan oleh Allah. Tidak puas dengan apa yang dikurniakan oleh Allah ,kepada mereka, lalu berusaha mempercantikkan diri, mereka pasang susuk. Saya mendapat tahu pasang susuk itu ada jampi serapahnya.


Sesuatu yang dibuat oleh manusia, sudah tentu tidak kekal. Bila kuasa susuk menjadi tawar (tidak berkesan) keadaan sebenar terserlah (wajah kurang menarik) ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat. Perkahwinan alan percintaan yang disalut dengan susuk akan berubah dan akhirnya merugikan kedua-dua belah pihak.


Lawan jenis tidak tertarik, rasa cintanya segera luntur, macam luntur seri wajah yang dibalut susuk. Selama ini dia tertarik kerana kepalsuan, cantik yang dibedak syaitan, dia tertipu.


Kesimpulannya, benda atau barang buruk dibungkus dengan pembungkus yang elok supaya nampak cantik dan menarik tetapi, isinya tetap buruk. Orang yang tertarik dengan pembungkus yang cantik segera mahu memilikinya, bila dibuka baru tahu isinya. Itulah sebabnya perbuatan tersebut berdosa dan haram hukumnya.


"Maafkan saya tuk guru."


Semua kepala para jemaah bergerak serentak menoleh ke arah kanan masjid. Seorang lelaki dalam lingkungan usia awal empat puluhan, bersongkok putih, berdiri mengemukakan pertanyaan.


"Mahu bertanya?"


"Iya Pak guru."


"Silakan. Siapa nama anda."


"Saya Syed Shahrul Akbar, saya tinggal tidak jauh dari Pusat Pasar Medan, perkara yang ingin saya tanyakan ialah apa pendapat Pak guru tentang ada golongan yang tahu hukum agama seperti kiai, ustaz dan sebagainya yang seolah-olah memberikan galakan memasang susuk?"


Satu pertanyaan yang secara tidak langsung mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan golongan atau ahli agama dalam usaha membanteras perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam. Air muka si ulama berbadan kecil nampak berubah seketika.


Malah beberapa orang para jemaah memperlihatkan rasa kurang senang dengan pertanyaan yang diajukan oleh Syed Shahrul Akbar.


Pertanyaan itu menjatuhkan air muka si ulama berbadan kecil, meragui kebolehannya. Apa juga alasan yang diberikan, tindak-tanduknya (Syed Shahrul Akbar) memang tidak wajar dan keterlaluan.


BERAKHIR


TETAPI, kebimbangan para jemaah segera berakhir, bila si ulama berbadan kecil tersenyum. Dia pun mengulangi kembali penjelasan tentang niat, sesuatu perbuatan bergantung pada niat, jika niatnya tidak baik atau jahat, sudah pasti perbuatannya berdosa.


Sebagai contoh, ada guru agama atau ustaz memasang susuk kepada seseorang supaya orang itu mempunyai daya tarik, daya pemikat. Bukan bertujuan untuk mengubati penyakit atau sebagainya.


“Sudah tentu perbuatan ini berdosa!".


Dari balik cermin mata putihnya, si ulama berbadan kecil menatap wajah para jemaah yang tertonggok di depannya satu persatu. Para jemaah di bahagian belakang memanjangkan lehernya.


"Kalau tak silap saya, Imam Ghazali pernah mengatakan golongan orang berilmu {ulama) ada dua jenis, di antaranya ada ulama SYU', ertinya ulama yang jahat. Ulama jenis ini sudah tentu ilmunya tidak seberapa," sambungnya dalam nada suara yang amat rendah sekal, tetapi berjaya menarik perhatian para jemaah.


"Begitu," cara mendadak Syed Shahrul Akbar.


"Iya, begitulah yang saya ketahui," sahut ulama berbadan kecil, dengan bermodalkan ilmu yang tidak seberapa itu dia telah melanggar aturan atau hukum syarak yang sebenarnya dia sudah tahu tentang dasar hukumnya. Mungkin kerana imannya masih nipis dan dapat dikuasai oleh syaitan maka dia pun mengutamakan dunia daripada akhirat."


Saya mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pinggang akibat terlalu lama duduk. Harun termenung panjang dan datuk memicit-micit pangkal pahanya. Dua tiga orang para jemaah batuk. Semuanya itu tidak mengganggu kelancaran kata-kata dari ulama berbadan kecil.


"Nah, golongan inilah dikatakan ulama jahat yang tidak wajar dijadikan contoh, sebabnya dia sudah menipu orang lain dan menipu dirinya sendiri, ulama yang baik itu adalah AI-Ulama Wahrahsatul Anbia, bermaksud ulama itu adalah pewaris para nabi," kali ini nada suara ulama berbadan kecil agak tinggi dan lantang sekali terutama bila dia menyebut kata-kata ulama adalah pewaris nabi.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box