SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID

Suasana dalam Masjid Raya terasa damai. Di luar bunyi hon kereta masih galak, begitu juga dengan bunyi loceng dan hon motosikal saling meningkah mengusik gegendang telinga. Cuaca beransur cerah. Datuk kelihatan cukup berminat untuk mengikuti ceramah, yang disampaikan oleh ulama berbadan kecil itu.


Secara jujur si ulama berbadan kecil itu mengaku tidak tahu bagaimana budaya susuk menguasai Kepulauan Melayu. Dia juga tidak menolak kemungkinan pengamal susuk kurang pengetahuan agama. Tidak tahu yang perbuatan mereka salah dan dilarang.


Boleh jadi juga mereka tidak tetap iman, sering berubah-ubah dan ragu-ragu. Dan bukan mustahil mereka yang tahu perbuatan itu salah, sengaja buat tidak tahu kerana wang atau mahu hidup senang atau mengambil kesempatan dari orang yang sememangnya jahil. Ertinya mempergunakan dan memperalatkan kelemahan, kebodohan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.


“Perbuatan begini, bukanlah perbuatan terpuji. Agama tidak mengalakkannya dan orang-orang yang nipis iman sanggup melakukannya. “ tutur ulama berbadan kecil dengan wajah serius. Datuk dan para jemaah nampak mengangguk kepala, setuju dengan apa yang diluahkan oleh si ulama tersebut .


Ulama berbadan kecil terus menyebut, bahawa orang yang tetap pegangan keimanannya dianggap sebagai ladang yang subur bagi syaitan untuk menabur benih kesesatan.  Bila sesaorang mengalami putus asa,  tidak percaya pada diri, mungkin disebabkan putus tunang, susah mendapat jodoh, kerjaya terhalang atau merasai dirinya dikhianati kawan sekerja dan sebagainya. Masa itulah iblis menjalankan peranannya.


“Iblis melakukan peranannya sebagai penggoda anak adam, sesuai dengan janjinya di depan Allah, bahawa syaitan akan menggoda umat manusia hinga hari kiamat. Jampi-jampi sihir ajaran syaitan. Ilmu syaitan (sihir) sudah ujud sejak zaman para nabi lagi. Contohnya, zaman Nabi Musa alaihi salam. Jadi dalam hal ini yang salah, manusia itu sendiri atau iblis?”


Saya lihat wajah para jemaah nampak serius. Ada yang tunduk dan ada yang menarik dan melepaskan nafas. Ulama bertubuh kecil terus menatap wajah para jemaah satu demi satu, termasuk wajah saya dan Harun.


“Jawap pertanyaan saya” Ulang si ulama dalam nada suara yang tinggi.


“Syaitan salah tuk guru,” sahut seorang jemaah yang berada di bucu masjid.


Si ulama berbadan kecil gelengkan kepala.


“Manusia yang salah,” sahut jemaah di belakang saya.


Si ulama segera anggukan kepala.


“Betul,  syaitan itu kerjanya. Manusia pula harus mempertahankan diri dengan iman. Kalau tak tau hal-hal agama manusia disuruh belajar dan berfikir. Tahu membezakan yang buruk dan baik. Itulah sebabnya manusia dikurniakan akal fikiran.”


Macam tadi juga, para jemaah terpaku. Akur dengan penjelasan yang diluahkan oleh si ulama.


TARIK


Dengan wajah yang bersahaja bersama nada suara lembut tetapi bertenaga, si ulama berbadan kecil terus menyebut yang sihir itu boleh mengubah perkara yang tidak menjadi wajar atau terlihat wajar dari penglihatan orang yang tidak tetap hati atau sentiasa berada dalam keraguan, goyang imannya.


Sesungguhnya daya tarik atau kecantikan lahiriah tidak begitu diutamakan, apa yang diutamakan ialah kecantkan batiniah. Bila batin cantik kerana iman, maka rupa buruk dan kulit yang hitam akan memancarkan cahaya wajah yang cantik dan menarik.


“Ingin saya mengingatkan kepada meraka yang mengamalkan susuk, segeralah bertaubat. Macam saya katakan tadi, kecantikan itu bukan terpancar dari lahiriah tetapi dari batiniah. Jika batiniahnya cantik, sudah pasti lahiriahnya cantik. Soalnya sekarang, bagaimana mahu cantik lahir batin,” sepasang anak mata hitam si ulama tertumbuk ke arah wajah para jemaah.


Tiada seorang pun yang berani memberikan pendapat. Semuanya membatu.


“Mudah saja,” kata si ulama.


“Bagaimana caranya Tok Guru?” Dengan mendadak saja seorang jemaah memberanikan diri bertanya. Duduk paling hujung , dekat dinding tidak jauh dari pintu. Semua biji mata para jemaah merenung kearahnya.


“Bagus awak berani bertanya, bila kita belajar kita mesti kerap bertanya dengan itu dapat mengasah daya berfikir, banyak perkara dapat kita ketahui. Awaklah ‘hero’ kuliah subuh kali ini,” si ulama berbadan kecil berjenaka sambil menegakkan ibu jarinya ke arah orang yang bertanya.


Dan ruang Masjid Raya pun dipenuhi dengan suara orang ketawa, menghalau rasa bosan dan membelakkan biji mata para jemaah yang mengantuk.


“Cantikkan batin dengan cara beriman, bertawakal, berdoa dan menjalankan segala syariat Islam yang telah digariskan. InsyaAllah Tuhan akan mengkabulkan segala hajat kita. Bagi Pak Dukun, Pak Kiai yang masih menjalankan pasang susuk, segeralah bertaubat. Amalkan ilmu kejalan Allah agar dapat pahala yang baik, sebabnya dunia ini adalah fana” si ulama berbadan kecil menarik nafas lalu berhenti bercakap.


Hampir lima minit masa berlalu begitu sahaja. Semuanya bagaikan terpukau mendengar nasihat dari si ulama berbadan kecil. Dari wajah yang terpamer, saya dapat menduga bahawa para jemaah masih mengharapkan si ulama menyambung percakapan yang terhenti.


Tetapi dari gerak geri yang diperlihatkan seolah-olah si ulama itu memberitahu yang dia tidak berminat mahu menyambung percakapan yang terhenti. Dia seperti mengelamun macam ada sesuatu yang difikirkannya.


Para jemaah mula resah semacam. Si ulama berbadan kecil tetap seperti tadi, terus mengelamun dan berkhayal. Para jemaah yang tertonggok bagaikan tidak wujud didepan matanya. Akibatnya menimbul bermacam macam keraguan dalam hati para jemaah termasuk diri saya dan Harun.


“Oh ya…………..”


Si ulama berbadan kecil seperti terkejut dari sebuah lamunan yang panjang. Dia toleh kiri, toleh kanan. Beberapa orang jemaah yang sedar atas perbuatan si ulama tersenyum panjang.


“Cukup sampai di sini saja, kalau umur saya panjang dua minggu lagi kita berjumpa di sini, kita bincangkan pula topik keimanan dan ketakwaan. Maafkan saya kalau semasa bercakap tadi, ada kata-kata yang boleh menyinggung perasaan kamu semua,” ungkap si ulama berbadan kecil, senyum terus berlari di kelopak bibirnya.


PENUTUP


Sebagai penutup majlis, Pak Imam pun membaca doa kesyukuran dan kesejahteraan untuk para jemaah yang hadhir. Selesai doa dibaca, si ulama berbadan kecil segera berdiri. Para jemaah pun bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. Ada jemaah yang cuba membongkokkan seluruh badan sambil cuba mencium telapak tangan si ulama berbadan kecil. Si ulama terus menegah perbuatan itu.


“Jangan sampai begitu, mendewa-dewakan sesama manusia perbuatan yang dilarang oleh ajaran yang beriman dan bertakwa,” ungkap si ulama berbadan kurus.


Bahu orang ang membongkok dan mencium telapak tangannya ditepuk manka berkali-kali.


“Tegakkan badan kamu,” ambahnya.


Orang itu segera menegakkan tubuhnya.


“Assalam mualaikum ahli masjid” jerit seorang lelaki di muka pintu .


“Ada apa hal?,” tanya Pak Imam seraya meluru kearahnya.


“Mahu jumpa tuan guru,” jawap lelaki itu.


“Apa halnya,” menusul pertanyaan dari Pak Imam.


“Awak siapa? Banyak soal dan tanya,” tanya lelaki itu sinis.


“Saya Pak Imam.”


Lelaki di pintu masjid terdiam seketika. Matanya liar menatap muka para jemaah yang merenung ke arahnya. Datuk yang tadi berdiri terus duduk di salah satu sudut. Beberapa orang jemaah segera meniru perbuatan datuk.


“Apa halnya kamu nak jumpa, tuan guru,” cukup lembut nada suara Pak Imam.


“Itu urusan aku dengannya,” nada suara lelaki mula meninggi. Dia mula memperlihatkan wajah yang bengis.


“Ha………..,” wajah Pak Imam cemas.


Lima enam orang jemaah yang tadi cuba mendekati lelaki itu segera berundur, mencari tempat yang baik untuk bertahan. Takdirnya, terjadi sesuatu yang tidak diingini,  meeka sudah bersedia.


“Ganji orang ni,” terdengar komen dari seorang jemaah.


“Orang gila agaknya,” balas yang lain.


“Aku mahu jumpa Tuk Guru. Orang lain yang aku cari, orang lain pula yang sibuk,” lelaki di muka pintu masjid menyuarakan rasa tidak senangnya.


“Jangan halang dia, biarkan dia jumpa Tuk Guru, dia mau bertaubat tu,” terdengar suara dari luar masjid.


Beberapa detik kemudian seorang anak muda dalam usia sekitar empat puluhan berdiri di kanan lelaki yang mahu berjumpa si ulama. Kehadhiran anak muda itu membuat keadaan menjadi bertambah kacau.


Si ulama berbadan kecil berdiri tenang di tengah ruang masjid, dikelilingi oleh para jemaah yang bertubuh tegap. Anak muda awal empat puluhan itu memakai kemeja lengan pendek, berjalur biru putih, tidak bersongkok. Rambut lebatnya di sikat berat kekanan. Seluar yang dipakai berwarna kelabu.


“Sabar.” Anak muda awal empat puluhan, menenangkan perasaan lelaki yang mahu menemui tuan guru.


“Mana boleh sabar, orang lain mahu kita temui, orang lain pula yang sibuk, mahu tunjuk kuasa bagaikan rumah Allah ini dia yang punya.” Lelaki di muka pintu menyindir Pak Imam.


Saya lihat Pak Imam menarik nafas sambil menelan air liur. Para jemaah mula memperlihatkan rasa geram dan meluat terhadap lelaki di muka pintu masjid.


MUNCUL


Secara tidak diduga, saya dapati datuk sudah berada tidak jauh dari saya dan Harun. Dia memberi isyarat dengan tangan agar kami berada jauh dari Pak Imam. Perintah itu kami patuhi, perlahan-lahan saya dan Harun beredar dari sisi Pak Imam. Kami memilih tempat agak tersorok dari pandangan para jemaah yang lain.


“Jangan halang dia, biarkan dia jumpa tuan guru,” tutur datuk dengan wajah tenang. Pak Imam jadi terkejut, perasaan para jemaah berbelah bagi. Ada yang menyokong, ada yang menentang.


“Macam mana kalau dia bertindak kasar pada tuan guru” Wajah Pak Imam nampak cemas.


“Dengan izin Allah perkara itu tak akan berlaku,” datuk mempertahankan cadangannya.


“Terpulang,” Pak Imam mengangkat kedua-dua belah bahunya.


“Niatnya baik, dia mahu bertaubat,” anak muda awal empat puluhan bagaikan menyokong pendapat datuk.


Di luar, matahari sedikit demi sedikit menyibarkan cahayanya. Dan para jemaah dalam perut masjid begitu ingin mengetahui kisah selanjutnya. Tidak seorang pun diantara mereka mahu keluar.


“Bertenang,” lama berbadan kecil bersuara.


Dan para jemaah yang mengelilinginya disuruh bersurai dan duduk. Dengan gaya langkah penuh keyakinan, si ulama menjemput lelaki di muka pintu masjid yang memakai baju melayu cekak musang, warna biji kundang, berkain pelikat kotak-kotak.


Di kepalanya terlekap, songkok (ketayap) manakala di bahu kanan tersangkut kain berwarna putih dan bahagian tepinya dijahit rapat-rapat menyebabkan warna putih itu menyerlah.


Silakan masuk ke tengah masjid, ceritakan apa masaalah kamu, mari…,” si ulama berbadan kurus menghulurkan tangan dengan tenang lelaki di muka pintu masjid menyambutnya.


“Mari” si ulama menarik tangan lelaki tersebut.


“Ehhh….”  Lelaki di muka pintu masjid bersuara Dia tidak mahu bergerak dari tempat dia berdiri.


“Kenapa?” terpamer rasa kecewa di wajah si ulama berbadan kurus.


“Tak payah masuk ke dalam, di sini saja sudah cukup, lagi pun saya tak mahu apa yang saya mahu sampaikan kepada tuan di ketahui ramai,”  itu alasan yang diluahkan oleh lelaki di muka pintu masjid. Para jemaah berpandangan sama sendiri dan berbisik. Anak muda awal empat puluhan diam membatu, tidak memberi sebarang komentar.


“Kalau niat awak baik dan ikhlas, saya rasa tidak salah orang yang berada dalam masjid ini mendengar apa yang mahu kamu katakan,” balas si ulama berbadan kecil. Dan lelaki yang memakai baju cekak mUsang berkain pelikat menarik nafas . Wajahnya tidak segarang tadi.


“Tapi tuk guru…….” Cuma setakat itu saja kata yang terluah.


“Kamu malu, jangan malu kalau niat kita baik kerana Allah,” pintas si ulama berbadan kecil.


SETUJU


Lelaki berbaju cekak musang anggukan kepala perlahan-lahan tanpa mahu menatap wajah si ulama dan para jemaah. Tanpa di sangka-sangka datuk mendekati lelaki berbaju cekak musang. Bahu lelaki itu ditepuknya sambil membisikkan sesuatu ke telinga lelaki tesebut.


“Iya, saya setuju dengan cadangan tuk guru dan orang ini ………” Lelaki itu menoleh ke arah datuk saya seraya menyambung kata-kata, “ menasihati saya supaya ikut cakap tuk guru ……..”


Sebaik saja menamatkan pertuturan, lelaki berbaju cekak musang segera melangkah dengan penuh keyakinan menuju ke tengah ruang masjid. Para jemaah segera memberikan tepukan gemuruh.


Mereka (para jemaah) segera mengekori sambil membentuk bulatan mengelilingi si ulama berbadan kecil, lelaki berbaju cekak musang dan pemuda berusia awal empat puluhan.


“Duduk,” kata si ulama.


Semua para jemaah duduk, begitu juga dengan si ulama itu sendiri. Si ulama duduk bersila sambil merenung wajah para jemaah.


Lelaki berbaju cekak musang dan pemuda berusia empat puluhan bersedia mahu duduk.


“Jangan, kamu berdiri di situ.” Si ulama berbadan kecil menuding jari telunjuk ke arah lelaki berbaju cekak musang.


“Saya,” anak muda awal empat puluhan bertanya.


“Kamu duduk.”


Dengan penuh sopan anak muda empat puluhan terus duduk.


“Sekarang kamu katakan apa yang mahu kamu katakan pada aku,” sepasang anak mata si ulama berbadan kecil tertampar ke wajah lelaki berbaju cekak musang yang nampak resah dan serba tidak kena.


“Tapi………….,” lelaki yang memakai baju cekak musang tidak meneruskan kata-kata.


“Apa lagi……….” bersama segaris senyum si ulama berbadan kecil menyoal kembali.


“Tentu tak manis, Tuk guru yang berilmu duduk, saya yang jahil berdiri. Ertinya saya tidak menghormati orang berilmu,” itu alasan yang dikemukakan oleh lelaki yang memakai baju cekak musang. Matanya merenung permaidani masjid.


Para jemaah yang duduk bersila, tidak berkata apa-apa. Mereka hanya memerhatikan saja gerak-geri lelaki berbaju cekak musang dan si ulama berbadan berbadan kecil.


Saya menarik nafas dan mula bosan dengan suasana yang dihadapi. Dari pintu masjid yang terdedah saya merenung keluar. Sinar matahari pagi kian marak. Saya kira kegelisahan itu, turut juga dirasai oleh orang lain.


“Bosan.”


Keluhan saya di dengar oleh Harun.


“Sabar Tamar, kita akan melihat peristiwa besar pagi ini. Aku kenal lelaki yang datang tu, salah seorang pelanggan kedai kain aku berasal dari daerah Bilah, suka menikah dengan ‘pucuk muda’ yang cantik. Peliknya ramai pula yang bersedia menjadi isterinya.”


“Orang kaya?”


“Itu aku tak tahu Tamar,  boleh jadi orang ternama di daerah Bilah,” tambah Harun.


BILAH


Bila Harun menyebut perkataan “BILAH” secara sepontan saya teringatkan Istana Raja BILAH di Papan, tidak jauh dari pekan Pusing Perak. Malah beberapa orang saya kenali ada kaitannya dengan Raja Bilah terbayang di kepala, terutama dengan beberapa keluarga yang tinggal di sekitar Mukim Selama-Perak.


“Kamu tahu kerjayanya Harun? ” Saya menyoal.


“Tak tahu Tamar. Tetapi beberapa orang kenalan memanggilnya Raja Susuk.”


“Raja Susuk?” Ulang saya.


Harun angukkan kepala. Kami tidak dapat meneruskan bisikan bila mendengar suara datuk berdehem panjang sebagai signal atau isyarat menyuruh kami menumpukan perhatian ke arah lelaki berbaju cekak musang dan si ulama berbadan kecil.


“Kalau itu permintaan kamu, saya perkenankan. Sebelum duduk terangkan nama kamu dan tujuan kamu berjumpa dengan aku.”


Ungkapan dari si ulama berbadan kecil membuat wajah lelaki berbaju cekak musang ceria dan senyum. Cemas dan bimbang tidak lagi terpamer di muka. Semua penghuni masjid memusatkan perhatian kepadanya.


“Nama saya Shamsuddin Muammad Nor, beranak di Pondok Tanjung dekat Taiping. Ayah saya anak Pengkalan Beranda, emak saya orang Bagan Serai,” Lelaki berbaju cekak musang berhenti bercakap. Tangan kirinya menekan pangkal belikat kiri. Dia kelihatan seperti menahan rasa sakit.


“Kamu sakit?”


Pertanyaan dari si ulama berbadan kecil dijawap oleh lelaki berbaju cekak musang dengan geleng kepala.


“Masa kecil saya selalu berpindah randah – maklumlah ayah saya peniaga buah- buahan, masa itu saya berkenalan dengan bermacam orang. ”


“Orang tua kamu tak ajar asam agama,” tingkah si ulama berbadan kecil.


“Ada tapi, tidak diberatkan. Sayangnya, saya merasa terlalu pandai dalam bidang itu. Pada ilmu agama yang ada tidak sejauh mana, mengaku pandai, akhirnya saya tersalah langkah.”


Semua orang ada dalam masjid terdiam, setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lelaki berbaju cekak musang diikuti dengan penuh teliti.


“Masa berumur tujuh belas tahun ayah membawa saya dan emak ke Sumatera ke kampung halamannya di Pengkalan Beranda. Masa di sinilah saya menuntut atau memilih jalan yang silap kemudian saya kembangkan ke Tanah Semenanjung. Ilmu dunia dan akhirat saya satukan. Aduh………………”


Lelaki berbaju cekak musang tidak dapat meneruskan percakapan.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box