SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI

Para jemaah bagaikan terpukau. Semuanya menjegilkan biji mata. Datuk pun menerpa ke arah lelaki berbaju cekak musang yang sedang membongkok. Kedua-dua belah tangannya menekan perut. Songkok dipakai jatuh ke lantai.


Perlahan-lahan datuk mengurut bahagian belakangnya. Lelaki itu sendawa panjang, dan secara beransur-ansur menegakkan tubuhnya. Dia dapat berdiri dengan betul. Tidak terdengar sebarang komen dari para jemaah. Semuanya membisu.


"Saya datang ke sini dengan satu niat."


Lelaki berbaju cekak musang, tidak dapat meneruskan kata-kata. Kelihatan dia sulit menarik dan melepaskan nafas. Daun telinganya yang segar nampak seakan-akan layu. Wajahnya pucat.


"Ceritakan niat kamu," desak si ulama berbadan kecil.


"Saya ke mari mahu bertaubat, mahu minta bimbingan dari Tuk Guru. Saya mahu bertaubat,  aaaadddduuuuhhhh......."


Lagi sekali lelaki berbaju cekak musang membongkok sambil menekan-nekan bahagian perut. Terhoyong-hayang ke kiri, ke kanan, macam orang mabuk laut. Tidak dapat mengimbangi badannya.


"Allahh......"


Cukup kuat suara lelaki berbaju cekak musang. Dia menjadi bertambah lemah, sebelum sekujur tubuhnya rebah di lantai, dengan bantuan si ulama berbadan kecil datuk berjaya memangku tubuh lelaki berbaju cekak musang.


Tubuh lelaki itu segera dibaringkan di ruang tengah masjid. Setiap sendi dijamah dan diurut oleh datuk. Mulut si ulama berbadan kecil kelihatan bergerak-gerak. Mungkin membaca ayat-ayat suci, fikir saya. Apa yang pasti, keresahan dan kebimbangan tetap terpamir di setiap wajah para jemaah. Semuanya cemas semacam.


"Keadaannya berat." Bisik Harun ke telinga saya.


"Iya, macam menanggung sakit yang teruk," balas saya lemah. Orang di kanan yang mendengar kata-kata saya anggukkan kepala, seolah-olah setuju dengan komen yang saya luahkan. Dan perhatian kembali tertumpu ke arah lelaki berbaju cekak musang yang terlentang di tengah ruang.


Dada di sebalik bajunya nampak berombak, turun naik mengikut tekanan nafas yang tersangkut-sangkut, muka yang pucat mula ditumbuhi bintit-bintit penuh halus, bagaikan menahan rasa sakit yang amat sangat. Datuk menggunakan segala kepandaiannya untuk mengurangkan derita lelaki berbaju cekak musang, begitu juga dengan si ulama berbadan kecil.


Apa yang menariknya, anak muda empat puluhan yang menemaninya seperti tenggelam punca. Tidak tahu berbuat sesuatu, barangkali dia sendiri tidak tahu perkara semacam itu akan terjadi.


"Tuk guru, saya mahu bertaubat, saya menyesal apa yang saya buat, lepas bertaubat di masjid ini saya mahu ke Mekah," ujar lelaki yang terlentang tercungap-cungap dan terputus-putus.


"Kalau Tuk Guru tak percaya, tanya pada anak saudara saya, wang ke Mekah sudah saya sediakan" sambungnya sambil sepasang mata merenung sayu ke arah anak muda empat puluhan yang anggukkan kepala, mengiakan kata-kata yang dituturkan oleh lelaki itu.


"Bersabar dan bertenanglah ,"  datuk memujuk.


"Sabar, sabar. Allah suka dan kasih pada orang yang mahu bertaubat dan mengaku atas kesalahan yang dilakukan," tutur si ulama berbadan kecil dalam nada suara yang lembut.


PAYAH


Dalam keadaan yang payah itu, lelaki berbaju cekak musang mengerak-gerakkan tangannya mencari tangan si ulama berbadan kecil. Apa yang tersirat dalam kalbu lelaki itu bagaikan dapat dibaca oleh si ulama berbadan kecil, jari-jemari lelaki berbaju cekak musang segera diramas dengan genggaman penuh erat.


Wajah yang pucat nampak bercahaya kemerah-merahan, ombak di dada yang kencang beransur tenang. Jari jemari si ulama berbadan kecil bagaikan membawa suntikan keyakinan pada lelaki berbaju cekak musang.


"Apakah taubat saya mahu di terima oleh Allah, Tuk Guru?" Tanya lelaki itu lagi. Jari jemari si ulama berbadan kecil terus digenggam dengan kemas. Datuk yang berada disisi hanya membisu, tidak bersuara walaupun sepatah, begitu juga dengan anak muda empat puluhan  yang menemaninya.


"Allah itu maha pemurah dan penyayang. Tidak pernah mensia-siakan harapan hambanya yang mahu bertaubat dan menyesali perbuatan yang lalu,' jelas si ulama berbadan kecil.


"Maha suci Allah, sesungguhnya aku menyesali perbuatan yang lalu. Sampaikan hajat hamba untuk ke tanah suci," tambah lelaki bercekak musang kian bertenaga.


"Semoga Allah menerima permintaan kamu," entah macamana datuk secara tidak sengaja turut mencelah.


"Allah ampunilah dosaku. Aku datang ke rumahMu kerana mahu bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan, mahu mendalami agama dengan Tuan Guru ini. Allah yang maha besar, ampunilah dosa hambaMu yang hina ini. Allah yang maha besar, hamba mahu bertaubat, hamba mahu bertaubat, hamba mahu bertaubaaaaaa.....," kata-kata tidak mampu diteruskan oleh lelaki berbaju cekak musang.


Dadanya yang tadi nampak berombak kencang, mula beransur lemah dan sepasang kelopak bibirnya yang kering bergerak-gerak. Sepasang matanya merenung jauh seolah-olah menembusi bumbung Masjid Raya terus ke langit. Dari hujung kedua belah kelopak matanya meleleh air jernih. Lelaki itu berada disaat-saat paling getir.


Melihat keadaan yang amat genting itu, si ulama berbadan kecil segera membisikkan sesuatu kecuping telinga lelaki berbaju cekak musang. Lagi sekali kelopak bibirnya bergerak-gerak seirama dengan kelopak bibir si ulama berbadan kecil. Sebaik saja bibirnya berhenti bergerak, seluruh tubuhnya kejang dan kaku di tengah ruang masjid.


"Dia sudah meninggalkan kita semua," tutur datuk lalu berdiri.


"Saya sudah menunaikan hajatnya," anak muda empat puluhan bersuara. Wajahnya nampak sedih sekali. Si ulama berbadan kecil meluruskan badan lelaki berbaju cekak musang yang sudah menjadi mayat. Membetulkan letak kedua belah tangannya ke dada seperti orang qiam.


"Marilah kita berdoa semoga taubatnya diterima oleh Allah . Sesungguhnya, dia insan mulia, hamba Allah yang berjiwa lohor. Dia mati dalam usahanya bertaubat dan menyerahkan diri pada Allah," kata ulama berbadan kecil sambil menatap wajah lelaki tersebut

PERCAYA


Semua para jemaah seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata. Begitu pantas dan tidak masuk akal, semuanya bagaikan mimpi. Datuk termenung merenung lantai. Anak muda empat puluhan yang menemani allahyarham, tidak bersuara, dia juga seperti terkejut.


"Allah memberi rahmat atas si mati kerana meninggal dunia dalam masjid, di depan Tuk Guru pula," seorang jemaah memberikan komentar.


"Dia sudah selamat memenemui Tuhan. Tapi kita yang hidup ini, tidak tahu di mana akan menemui ajal," sahut seorang jemaah lain yang berada tidak jauh dari saya.


"Tanah kubur ajal maut hak Tuhan. Apa yang mustahak ialah sisa-sisa umur yang ada kita isikan dengan amalan, sentiasa bertaubat dan pasrah pada Tuhan," sahut yang lain.


"Soalnya, pernah kah kita bertanya pada diri sendiri, apakah kedatangan kita ke masjid ini, benar-benar ikhlas untuk melakukan suruhan Allah," saya segera menoleh ke arah orang yang berkata. Kami berbalas senyum.


Jauh di sudut hati, saya mula berfikir, kematian lelaki berbaju cekak musang secara tidak langsung menyedarkan para jemaah tentang erti kehidupan dan kematian, tentang erti keinsafan dan penyerahan diri kepada Tuhan. Dari kata-kata yang diluahkan, mereka secara tidak sedar telah mengkritik diri sendiri.


Si ulama berbadan kecil, anak muda empat puluhan serta ahli jawatan kuasa masjid mengadakan rundingan tergempar. Mencari kata putus untuk menyelesaikan pengkebumian jenazah arwah. Agak mengejutkan juga, bila anak muda empat puluhan menarik datuk untuk melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah tersebut.


Di luar sinar matahari kian keras. Jarum pendek jam yang terlekap di dinding masjid menunjukkan ke angka tujuh, manakala jarum panjang menghala ke angka empat. Rasa dingin pagi yang menguasai ruang masjid kian berkurangan.


Para jemaah yang mempunyai atur tugas mula beransur-ansur meninggakan masjid. Lebih dari tiga puluh orang masih bertahan di masjid, bersedia memberikan khidmat, jika diperlukan dalam urusan pengkebumian jenazah.


Setelah berbincang lebih dari sepuluh minit dan atas nasihat si ulama berbadan kecil, ahli jawatan kuasa masjid bersetuju menguruskan pengkebumian jenazah lelaki berbaju cekak musang, termasuk mandi, mengkafankan dan menyembahyangkan. Lelaki itu dikategorikan sebagai "musafir."


"Terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap allahyarham ayah saudara saya. Khidmat bakti yang diberikan untuk mengatasi masaalah ini hanya Allah saja yang membalasnya. Tapi...........," Anak muda empat puluhan terdiam, dia kelihatan muram sambil menahan perasaan terharu yang boleh mengundang tangisan.


"Ada apa masalah lain?" susul Pak Imam.


"Ceritakan," si ulama berbadan kecil mendesak. Anak muda empat puluhan terus tersedu. Pak Imam, ulama berbadan kecil dan datuk membiarkan anak muda itu larut dengan masalahnya.


Beberapa orang jemaah yang bersedia membawa mayat ke ruang masjid membatalkan rancangan ntuk sementara waktu. Semasa saya menarik nafas terhidu bau wangi yang sukar ditentukan jenis bauan, samaada dari bunga-bungaan atau air wangi-wangian. Arah datangnya sukar dikesan.


"Ada bau wangi Tamar," bisik Harun.


Saya anggukkan kepala.


"Dari mana datangnya, Tamar?"


Macam tadi juga, saya tetap gelengkan kepala.


DIRASAKAN


Apa yang dialami oleh saya dan Harun turut dirasakan oleh orang lain. Andaian ini saya buat, berdasarkan gerak geri mereka yang menghalakan lubang hidung ke arah masjid sambil menarik nafas dalam-dalam sedangkan mata liar memandang kesana kesini. Ternyata mereka sedang menghidu dan mencari sesuatu.


Si ulama berbadan kecil tahu dari mana bau wangi itu muncul. Dia segera memanggil Pak Imam dan datuk, mereka bercakap-cakap sebentar.


"Tuk guru pasti," Pak Imam bersuara.


"Pasti, kawan kita ini juga setuju" Si ulama berbadan kecil menepuk bahu datuk yang berada di sisinya. Saya lihat datuk anggukkan kepala  kepada Pak Imam. Pengakuan dari dua insan itu mempercepatkan tindakan selanjutnya dari Pak Imam.


"Bantu saya," Pak Imam renung wajah datuk.


"Saya faham, biar saya buat," jawap si ulama berbadan kecil. Datuk yang sepatutnya menjawap tidak dapat berbuat apa-apa. Tindak balas dari si ulama berbadan kecil cukup pantas.


Semasa Pak Imam bersedia mahu membuka kain penutup mayat, si ulama berbadan kecil sudah pun bergerak ke bahagian belakang meninggalkan datuk. Ketika kain penutup mayat baru separuh dibuka, bau wangi semakin merebak.


Dan para jemaah yang masih berada dalam masjid tercengang-cengang. Tanpa disedari oleh sesiapa, si ulama berbadan kecil sudah berdiri di sisi Pak Imam.


"Bagikan kain yang lama pada saya, ambil kain baru ni untuk menutup mayatnya," si ulama berbadan kecil hulurkan kain baru ke tangan Pak Imam untuk menutup jenazah lelaki berbaju cekak musang. Dan kain lama yang dihulurkan oleh Pak Imam ini berada dalam genggaman ulama berbadan kecil.


"Serahkan pada Tuk Siak." Tutur si ulama berbadan kecil sambil menghulurkan kain lama ke tangan datuk.


"Baik Tuk Guru."


Datuk segera bergerak ke arah orang yang dimaksudkan. Bila dia kembali semula ke tempat Pak Imam dan si ulama berbadan kecil, jenazah lelaki berbaju cekak musang sudah pun diselimutkan dengan kain baru. Bau wangi beransur kurang, tidak sekuat tadi.


Semua yang berada dalam masjid bagaikan dapat menduga bau wangi itu datangnya dari mayat lelaki berbaju cekak musang. Tetapi, tiada seorang pun yang berani bertanya pada ulama berbadan kecil, Pak Imam atau datuk.



"Tuk guru,"



Anak muda empat puluhan yang hampir dilupakan itu mula bersuara. Perhatian orang yang masih berada dalam masjid kembali tertumpu kepadanya.



"Apa yang boleh saya tolong?"



"Setelah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan, izinkan saya membawa jenazah ayah saudara saya ke Pengkalan Beranda untuk dikebumikan si sana. Ini hajat saya dan hajat arwah."



"Oh...............," si ulama berbadan kecil agak terkejut. Cepat-cepat dia merenung ke arah Pak Imam dan datuk. Dan Pak Imam yang faham dengan maksud renungan si ulama berbadan kecil, melaga-lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.



"Kami tidak keberatan," jawab Pak Imam.



"Kalau begitu kita uruskan jenazah ini dulu, kamu uruskan kenderaan untuk membawa jenazah ke kampungnya. Tak baik jenazah disimpan lama-lama, Islam menyuruh menyegerakan pengkebumian mayat kerana itu perbuatan yang baik, " tutur datuk sambil sepasang matanya tertumbuk ke wajah anak muda empat puluhan.



"Tak payah cari kenderaan, saya sediakan."



Seorang jemaah berkulit hitam, berjubah dan berserban hijau muncul di sisi anakmuda empat puluhan. Mereka bersalaman dan berpeluk-pelukan. Penuh mesra, bagaikan sudah kenal bertahun-tahun.



'Saya Ali Usman, " jawap anak muda empat puluhan.


"Allah mempertemukan kita di rumahNYA."



"Benar cakap awak. Hanya Allah saja yang membalas budi baik tuan," tutur anak muda empat puluhan. Lelaki berjubah hijau tersenyum. Sepasang mata hitamnya merayap ke wajah saya.



"Soal pengangkutan sudah selesai, apa tunggu lagi. Ingat, kita dilarang melambat-lambatkan pengkebumian jenazah," lembut sekali  nada suara si ulama bertubuh kecil.



Saya kira ungkapan itu ditujukan kepada Pak Imam, buktinya sambil bercakap matanya tertumpu ke muka Pak Imam. Semua yang ada di situ anggukkan kepala. Akur dengan seranah si ulama. Jenazah segera di usung ke tempat yang dimaksudkan,



DIBENARKAN


Tidak semua yang berada disitu diajak ke tempat mandi mayat. Hanya orang yang diunjukkan Pak Imam saja yang diizinkan. Entah secara kebetulan atau sememang dipilih, datuk dan saya dibenarkan. Tetapi, Harun tersisih.


"Pergi Tamar, ini peluang kau belajar dan melihat cara-cara memandikan mayat," Harun memberi galakan.


"Ini kesempatan yang baik," balas saya sambil melangkah menuju ketempat mandi mayat.


Semasa memandikan mayat, bau wangi segera menusuk lubang hidung. Wajah mayat nampak bersih dan tenang. Pada hal, sebelum maut datang, wajah orang yang berkenaan nampak seperti menghadapi masalah yang cukup besar. Semua yang saya lihat dan rasai menimbulkan persoalan dalam hati. Kerja kerja (mandi mayat) yang dilakukan dibawah pengawasan si ulama berbadan kecil.


Bau wangi itu berlanjutan hingga saat mengkafan dilakukan, Semasa disembahyangkan bau wangi tidak pula muncul. Ganjilnya, tiada seorang pun yang berani bertanya tentang bau wangi itu samaada pada Pak Imam, pada ulama berbadan kecil atau kepada datuk. Bau wangi itu tetap menjadi sesuatu yang misteri di kalangan para jemaah yang masih berada dalam masjid.


Sembahyang jenazah sudah disempurnakan.


Hati kecil saya masih bertanya dan mengharapkan misteri bau wangi itu akan terungkap juga dalam masa yang terdekat. Jenazah diusung untuk dimasukkan kedalam kereta.


Dalam jangkaan saya (mungkin juga pada orang lain) hanya beberapa orang tertentu sahaja yang akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan di Pengkalan Beranda.


Antaranya yang saya duga ialah, Pak Imam, si ulama bertubuh kecil dan beberapa orang tertentu. Penghalang utamanya ialah kenderaan. Anak muda empat puluhan yang menghilangkan diri, sebaik sahaja sembahyang jenazah selesai segera muncul.


"Kemana kamu pergi tadi, jangan kemana-mana selepas ini. Kamu kena jadi kepala jalan," secara sepontan datuk bertanya.


Saya mencari kawan yang membawa kereta dari sini ketempat saya untuk menyampaikan pesan pada orang-orang kampung untuk menyediakan liang lahad, " jawab anak muda empat puluhan dalam nada suara separuh tinggi dengan harapan dapat didengar oleh Pak Imam dan si ulama bertubuh kecil. Hasrat anak muda itu berhasil, buktinya kedua-dua insan yang dihormati menganggukkan kepala.


"Sesiapa yang mahu ke tanah kubur, bolehlah ikut," beritahu Syed Hamid Al Hadad yang berdiri di muka pintu masjid sambil memberi laluan kepada orang yang mengusung jenazah ke kereta di halaman masjid.


"Dengan apa kita nak pergi?" seorang jemaah bertanya.


"Saya sediakan bas dan beberapa buah kereta," jawab Syed Hamid Al-Hadad lalu mengekori orang yang mengusung jenazah bergerak ke luar.


Syed Hamid Al-Hadad dak berbohong selain dari lori kecil yang bumbungnya bertuliskan kalimah Allah untuk membawa jenazah, terdapat sebuah bas yag boleh memuatkan penumpang seramai empat puluh orang di samping beberapa buah kereta jenis Ford dan Austin buatan Eropah. Kerana sudah ada kemudahan, semua para jemaah bersedia untuk pergi.


SINAR


Dalam sinar matahari yang mula garang, (lebih kurang pukul sembilan lebih) anak muda empat puluhan merasa terkejut. Tidak di duga kenalan barunya bersedia melakukan semuanya untuk bapa saudaraya yang sudah menjadi arwah.


"Dengan apa mahu saya balas jasa saudara."


"Ali."


Syed Hamd Al-Hadad memegang lengan anak muda empat puluhan dengan erat sekali sambil menyambung ungkapan-ungkapan yang terhenti.


"Tidak perlu dibalas, apa yang saya lakukan adalah tanggong jawab saya sebagai orang Islam. Allah telah memberikan sedikit kesenangan pada saya dan kesenangan yang sedikit itu harus saya berikan pada orang Islam yang dalam kesusahan."


Anak muda empat puluhan terdiam. Penuh terharu.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box