SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM

SAYA segera mendekati datuk.


Harun hanya memerhatikan saja tindak-tanduk saya. Barangkali, dia sedang memikirkan sesuatu. Kalau tindakan yang bakal diambil menguntungkan, dia sokong seratus peratus. Kalau merugikan, mungkin dia menyisihkan diri. Macam-macam yang tumbuh dalam kotak fikiran.


"Bagaimana tuk? ."


Tidak ada sebarang reaksi yang datuk tunjukkan.


"Bagaimana tuk?" ulang saya cemas.


"Apa,dia?," sahut datuk dalam nada suara yang kurang menyenangkan. Muka Harun saya jeling, dia tunduk bersama senyum sinis.


Saya jadi serba salah menerima tempelak dari datuk bersama sinar mata yang tajam. Wajahnya, nampak bengis. dalam keadaan yang agak runcing itu, tanpa disangka-sangka Harun Fadilah campur tangan. Dia menerangkan kepada datuk apa yang mahu saya perkatakan secara terperinci. Usaha Harun berhasil, datuk tersenyum senang.


"Kita pergi, kamu dengan Tamar ikut sama," jawab datuk pendek tetapi, tegas.


Keriangan berpesta dalam diri, kerana bakal dapat melihat adat budaya di Kampung Raja Susuk.


“Tapi memanda........ ," muka Harun nampak cemas semacam."


"Apa dia Harun?"


"Ada kerja yang belum selesai di rumah, barang dalam bungkusan masih belum ditanam,belum dibuang," Harun mengingatkan datuk.


Dada saya berdebar dan bimbang, kalau ingatan itu boleh membuat datuk membatalkan rancangannya.


"Tak mengapa, kita ke Pengkalan Berandan dulu, selesaikan masalah jenazah, kemudian baru kita fikirkan tentang barang dalam bungkusan," datuk memberikan kata pemutus. Kebimbangan yang berputih di kalbu segera gugur.


Tetapi, hati kecil merasakan tindakan datuk itu sesuatu yang ganjil. Selalunya, dia tidak mahu menangguhkan atau membatalkan sesuatu rancangan yang sudah diatur, kerana perbuatan itu merupakan pantang larang baginya. Tetapi, kenapa kali ini kebiasaan itu ditukar. Mungkin, dia melakukannya atas muslihat atau tujuan tertentu.


Mana tahu, si mati yang dipanggil RAJA SUSUK itu ada hubung kaitnya dengan barang dalam bungkusan di rumah Harun. Boleh jadi, dari Pengkalan Berandan datuk mahu memulakan tugasnya menjejaki pengamal ilmu susuk. Semua persoalan itu berlegar-legar dalam peti otak saya.


"Kamu berdua naik kereta itu."


Jari telunjuk datuk menuding ke arah kereta Austin Mini berwarna merah. Arahan itu kami patuhi. Kereta mini yang dipandu oleh etnik Batak mula bergerak, terpisah agak jauh dari kereta yang dinaiki oleh Pak Imam, Datuk dan si ulama berbadan kecil, kira-kira dalam jarak lima buah kereta.


Anak muda empat puluhan, naik satu kereta dengan Syed Hamid AI-Hadad. Pak Imam dan datuk, mendahului kereta jenazah. Tidak ada jemaah yang mahu naik kereta Austin mini merah. Mungkin kerana mereka memikirkan kereta itu kecil dan kurang selesa untuk satu perjalanan yang jauh.


Kerana tidak ada orang lain, pergerakan kami terasa bebas. Boleh bercakap apa saja dengan pemandu beragama Kristian yang peramah dan periang.


"Saya sudah dua kali ke Penang. Seronok di sana” katanya bangga.


"Banyak duit kamu?" usik saya.


"Tuan Syed yang bawa, kalau harapkan saya entah bila sampai. Tapi, ada peristiwa menarik.....,”si pemandu berhenti bercakap. Dia ketawa lucu.


"Kenapa? Apa yang lucunya," Harun pula bertanya.


"Begini, salah seorang kawan rapat Tuan Syed telah menceritakan pada saya tentang sebuah gereja tua di Bukit Mertajam, kalau tak silap saya Gereja Stann. Saya ingin melihat dan sembahyang di gereja tersebut. Perkara itu saya ceritakan pada Tuan Syed,” pemandu peramah berhenti bercakap. Stereng kereta dipaut kemas menempuh satu selekoh yang tajam.


“Saya ceritakan hasrat hati saya padanya. Cara kebetulan hari saya bercerita itu hari Ahad dan dia bersedia menghantar saya ke tempat tersebut. Perkara ini jadi gempar, ada orang Islam di tempat itu melihat seorang haji berdiri di depan gereja menemani seorang lelaki bersongkok masuk ke gereja. Perkara itu jadi gempar, saya dan Tuan Haji diburu wartawan.”


“Apa jadi selanjutnya?” Harun mendesak.


“Setelah dijelaskan kedudukan sebenar, perkara itu selesai dengan baik. Rupa-rupanya di semenanjung tidak ada orang pakai songkok pergi ke gereja kerana yang bersongkok itu orang Islam. Pada saya songkok itu budaya bukannya agama,” terang pemandu Batak.


SUKAR


DAN dia menganggap perkara itu merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Tetapi, dia memuji Tuan Syed Hamid AI-Hadad yang bersikap toleransi terhadap pekerjanya yang bukan beragama Islam.


Kerana sikapnya itu, ada pekerjanya yang bukan Islam berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang agama secara terbuka dengannya. Malah, ada yang tertarik dengan penjelasannya itu memeluk agama lslam.


Apa yang menariknya, secara samar-samar Harun mengetahui serba sedikit tentang Syed Hamid AI-Hadad yang dikenalinya sebagai seorang dermawan, bersedia membantu siapa sahaja. Tanpa mengira agama dan keturunan.


"Setahu saya Syed Hamid ada kedai buku," Harun mula mencungkil rahsia.


"Iya, sebenarnya lebih dari itu," jawab pemandu Austin mini merah.


Rupa-rupanya, jawapan itu mendorong Harun mencungkil rahsia tentang Syed Hamid AI-Hadad lebih mendalam. Saya kagum dengan cara Harun, menyusun kata yang dapat mempengaruhi si pemandu menceritakan agak terperinci tentang Syed Hamid Al-Hadad.


Menurut si pemandu kereta Austin mini merah, Syed Hamid Al-Hadad pernah memberitahu, bahawa keturunan berasal dari dunia Arab, lebih tepatnya Hadramaut. Salah seorang dari keturunannya pernah menjadi mufti Negeri Johor sekitar hujung tahun dua puluhan, manakala yang lain tersebar di seluruh Nusantara.


Matlamat mereka berdakwah dan memartabatkan imej Islam di mata dunia bukan Islam. Kerana itu mereka merantau dan berniaga untuk mengukuhkan ekonomi. Bila ekonomi sudah teguh mereka pun mendirikan madrasah menyebarkan ajaran Islam. Ertinya,bila kedudukan ekonomi sudah mantap, barulah sesuatu kegiatan dapat diatur.


Seterusnya si pemandu kereta Austin menyebut tidak ramai yang tahu Syed Hamid AI-Hadad ada ladang getah di Palembang, ladang cengkih di Lampung. Ada beberapa buah kedai buku agama. Ada kapal untuk berulang alik Belawan-Pulau Pinang, tidak ramai yang tahu tentang kekayaannya yang sebenar kerana dia hidup dalam keadaan sederhana ke mana-mana hanya menggunakan kereta Austin Mini.


Kerana peniagaan keluarganya berpusat di Jakarta dan Singapura dalam sebulan dia hanya berpeluang berada di Medan selama tiga hari saja. Syed Hamid AI-Hadad terjumlah dalam golongan orang bertuah kerana para pekerjanya cukup amanah. Pemandu itu juga menyatakan, kereta yang digunakan untuk membawa dan mengiring jenazah ke tanah perkuburan semuanya disewa, kecuali kereta yang kami naiki.


Akhirnya, rombongan pun sampai di sebuah kampung yang agak terpencil di Pengkalan Berandan, tidak ramai orang kampung yang menanti jenazah "Raja Susuk." Malah, beberapa orang penduduk yang turut ke tanah kubur tidak pula terkejut atas kematian Raja Susuk tersebut.


KECIL


SELESAI saja talkin dibacakan oleh si ulama berbadan kecil, dan ketika orang mahu berangkat pulang, bau wangi segera menusuk Iubang hidung. Bagi yang datang dari Masjid Raya (Medan) perkara itu tidaklah mengejutkan.


Tetapi, bagi beberapa orang penduduk kampung yang hadir di tanah kubur sudah pasti merasa terkejut dan hairan. Malah, ada di antara mereka yang bercakap sama sendiri.


"Saya minta Tuk Guru dan rombongan singgah di rumah. Ayah saya, adik kepada si mati ada menyediakan kopi panas sebagai tanda terima kasih terhadap kerjasama yang diberikan pada arwah," anak muda empat puluhan menyampaikan amanat ayahnya.


Permintaannya, di perkenakan oleh si ulama berbadan kecil. Semua ahli rombongan menuju ke rumah papan yang bentuknya tidak ubah seperti rumah orang Melayu Kedah, berbumbung lima, berdindingkan papan lidah. Papan pintu dan tingkap berukir indah.


Abang saya memang tidak disenangi oleh orang-orang di sini, puas saya memujuknya supaya berhenti dari melakukan perbuatan kurang manis, malangnya cakap saya tidak diambil peduli. Bila anak saya ini......”


Lelaki itu menudingkan jari ke arah anak muda empat puluhan,"menamatkan pengajian di Mekah dan balik ke sini kira-kira tiga bulan terus mendampinginya ke mana saja. Akhirnya, dia sedar dan mencari orang yang sudi membimbingnya. Dia berhajat benar-benar mahu bertaubat di Masjid Raya dan mahu berguru di situ. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia. Terima kasihlah kerana tuan-tuan membawa anak saya," ayah kepada anak muda empat puluhan, menamatkan ucapannya. Dia tersedu.


Anak muda empat puluhan mempersilakan ahli rombongan minum air kopi yang terhidang. Dan saya dapat mengesan, sejak dari dalam Masjid Raya lagi, datuk begitu rapat dengan anak muda empat puluhan. Tidak putus-putus bercakap. Perkara itu berlanjutan hingga ke saat ini.


Datuk dan Pak Imam sepakat menyuruh si ulama berbadan kecil membalas ucapan ayah pemuda empat puluhan. Setelah memberi salam, si ulama berbadan kecil pun meneruskan ucapannya.


"Sebagai orang Islam, kita dituntut memberi panduan dan jalan kepada orang yang sudah insaf dan menyedari kesalahan-kesalahan yang dibuatnya. Berpegang pada prinsip itulah kami membantunya. Orang yang patut kita puji ialah anak saudara si mati yang tidak putus asa berusaha membetulkan kesilapan ayah saudaranya.


"Begitu juga dengan Syed Hamid AI-Hadad yang sanggup menyediakan kenderaan untuk membawa jenazah ke sini. Setahu saya, dia seorang dermawan Islam yang baik sentiasa menghulurkan wang ringgit untuk kebajikan sesama Islam, termasuk membesarkan masjid dan surau.


Dia telah menggunakan keteguhan ekonominya untuk insan seagama. Dalam perkataan lain telah memanfaatkan hartanya ke jalan Allah. Kita berharap akan muncul lagi lebih ramai orang Islam yang kaya. Bila ekonomi orang Islam teguh dengan sendirinya orang Islam jadi kuat dan dihormati oleh orang lain.


Ingatlah Allah berfirman: Sesungguhnya aku tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jugalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah Yunus ayat 44, cubalah anda semua fahami dan halusi. Memanglah manusia selalu menyeksa hidup sendiri ........," si ulama berbadan kecil mengakhiri ucapannya.


Datuk dan Pak Imam menarik nafas lega. Semua yang mendengar ceramah pendek si ulama berbadan kecil termenung. Agaknya berfikir.


TENANG


SUASANA yang tenang itu dikocak oleh suara batuk seorang lelaki. 1 Saya merenung ke arah lelaki yang kelakuannya agak ganjil sedikit. "Tuk guru saya nak tanya, sedikit," dia bersuara.


Memang sudah sah lelaki itu bukan anggota rombongan dari Medan.


Dia orang tempatan. Anak muda empat puluhan nampak resah dan kurang senang dengan sikap orang itu.


"Teruskan pertanyaan kamu." susul si ulama berbadan kecil bila melihat lelaki berwajah keras, menjunjung songkok hitam yang lusuh, seperti keberatan mahu meneruskan pertanyaan.

"Boleh saya teruskan," lelaki itu minta kepastian.


"Silakan."


"Dj kubur tadi sara tercium bau wangi ," kata-kata, tidak diteruskan oleh lelaki tersebut. Anak muda empat puluhan yang resah nampak mula tenang. Malah tersenyum. Lelaki berwajah keras tidak memperkatakan tentang keburukan ayah saudaranya.


"Apakah bau wangi itu datang dari kubur si mati. Cuma itu saja yang mahu saya tahu," tambah lelaki berwajah keras.


"Saya tak dapat memastikannya tetapi, semasa mayat berada di dalam masjid bau wangi itu memang ada. Dalam perjalanan ke mari bau wangi itu tidak pula ada.


Semasa di tanah kubur, saya tidak pula tercium bau wangi," terang si ulama berbadan kecil dengan jujur. Jawapan itu, membuat si lelaki berwajah keras mengerutkan dahi dan menepuk songkok di kepala.


"Pelik," keluh lelaki berwajah keras.


Si ulama berbadan kecil, datuk dan Pak Imam tersenyum. Begitu dengan anak muda empat puluhan. Dia kira kehadiran lelaki berwajah keras mengganggu perjalanan majlis yang diatur. Ayah kepada lelaki empat puluhan hanya membisu tetapi, masih mampu mendermakan senyum pada orang yang datang.


Dari raut muka dan tindak-tanduk Ielaki berwajah keras itu ternyata membayangkan rasa tidak puas hatinya selagi dia tidak memperoleh jawapan yang benar-benar boleh memuaskan hatinya.


"Saya nak bertanya lagi." lelaki berwajah keras renung tepat ke arah batang hidung si ulama berbadan kecil.


"Silakan," tutur si ulama berbadan kecil.


"Menurut cerita yang saya dengar," si mati datang ke Masjid Raya mahu berjumpa ulama besar, dia mahu bertaubat tetapi, malangnya sebelum sempat bertaubat dia mati. Betulkah cerita ini?"


"Betul," jawab si ulama penuh yakin.


"Apakah bau wangi itu sebagai tanda taubatnya sudah diterima oleh Allah?" soal lelaki berwajah keras penuh ghairah.


NAFAS


PAK IMAM dan datuk menarik nafas, pada hemat mereka pertanyaan itu kebudak-budakan. Tidak harus dilayan dan sebahagian orang yang berada di situ gelengkan kepala.


"Satu pertanyaan yang baik," jawab si ulama berbadan kecil dengan wajah yang tenang. Datuk agak terkejut dengan jawapan tersebut.


"Saya cuma nak tahu," datang lagi suara dari lelaki berwajah keras.


"Begini, soal diterima atau tidak, itu soal roh si mati dengan Allah. Itu urusan Allah. Kenapa perkara itu kita persoalkan, pokoknya si mati berusaha mahu menebus kesalahan dengan Allah. Saya nak tanya kamu, apakah selama ini kamu telah melakukan perkara yang diperintah oleh Allah dengan sempurna."


"Itu urusan saya, itu soal peribadi."


Tiba-tiba lelaki berwajah garang melenting, mencabut songkok di kepala lalu dihempaskannya ke tanah.. Tidak memadai dengan itu, dia terus menggenggam penumbuk dan bersedia untuk menyerang si ulama berbadan kecil.


Ali Usman (Lelaki empat puluhan) segera menerpa ke arah lelaki berwajah garang. Bahu kanan lelaki itu ditepuknya. Mereka bertentang muka dan biji mata. Suasana terasa tegang dan sebarang kemungkinan buruk mungkin terjadi. Ali Usman membisikkan sesuatu ke lubang telinga lelaki berwajah keras. Beberapa saat berikutnya Ali Usman kembali ke tempatnya.


Ada perubahan yang ketara pada lelaki berwajah keras. Dia nampak kendur tidak seagresif tadi. Songkok di tanah diambil dan ditepuk berkali-kali sebelum disarungkan semula ke kepala.


"Saya yakin, bau wangi itu datang dari kubur si arwah. Saya merasa pelik kenapa orang yang semasa hayatnya jahat, mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan suruhan Allah, bila mati mayatnya berbau wangi. Pelik memang pelikkkkkk....." lelaki berwajah keras terus melampiaskan rasa tidak senangnya.


Ali Usman dan ayahnya gelengkan kepala, tidak tahu bagaimana mahu mengawal keadaan supaya tenang dan tenteram. Memang Ali Usman kecewa dengan peristiwa di luar dugaan. Rasa sedih atas kematian paman belum berakhir, timbul pula masalah yang memalukan dirinya pada orang kampung.


RESAH


ALl Usman maIu pada Syed Hamid Al-Hadad, maIu pada datuk dan Pak Imam. Mungkin juga pada saya dan Harun Fadillah. Ke manalah muka mahu dihalakan. Apalah jawapan yang mahu diberikan, bila ada orang bertanya haI tersebut padanya. Ali Usman benar-benar resah. Sekejap menggigit bibir, sebentar termenung panjang. Perbuatan itu diulangnya berkali-kaIi.


Apa yang dialami dan dirasai oleh Ali Usman, dapat dibaca oleh datuk. Dia segera mendekati Ali Usman. Bahu kiri lelaki empat puluhan itu diusap perlahan-lahan sambil anak mata hitamnya mencari anak mata hitam Ali Usman pandangan mereka bertembung.


"Bersabarlah, ini ujian."


"Maksudnya," lemah tekanan suara Ali Usman.


"Kamu orang berilmu, dalam pengetahuan agama. Bertahun belajar di Mekah, apa yang terjadi ini mungkin Allah mahu menguji kesabaran, ketinggian dan keikhlasan hati kamu, setiap insan memang diuji. Tetapi, kalau hilang pertimbangan, rosaklah kamu. Ingat, sabar itu sebahagian dari iman"


"Hummmmm......" Ali Osman anggukkan kepala sambil menelan air liur. Dan apa yang diucapkan oleh datuk terus disampaikan kepada ayahnya.


Sesungguhnya, saya sendiri bosan dan marah dengan kerenah dan lelaki berwajah keras itu, Suka buat sibuk tidak tentu fasal, tidak menghormati tuan rumah.


"Menyampah," itu yang tercetus dari kelopak bibir,


"Apa yang menyampah Tamar?" sampuk Harun.


"Orang itu," saya menajamkan mulut ke arah lelaki berwajah keras.


"Pedulikan,"


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box