SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK

Beberapa orang tempatan yang berada di situ mula beredar. Barangkali mereka tidak mahu campur tangan dalam urusan yang tidak menguntungkan itu.


"Huh, penakut."


Terdengar suara protes. Tidak tahu dari mana datangnya. Saya cuba mengesan tetapi, tidak berhasil sama sekali. Hati kecil yakin, suara itu datangnya dari lelaki berwajah keras.


Ada dua alasan yang kuat kenapa saya mengatakan suara itu datangnya dari lelaki yang berwajah keras. Pertama, dia tidak begitu suka seperti menaruh dendam pada simati. Kedua, dia seperti tidak puas hati dengan tindak tanduk si ulama berbadan kecil.


"Hummmmmm....."


Terdengar dengusan.


Kali ini saya berjaya mengesan si pendengus tersebut, Tidak lain, tidak bukan ialah lelaki berwajah keras. Dia tidak berpuas hati kerana tidak menerima penjelasan segera dari si ulama berbadan kecil. Dan protes itu dilahirkan dengan berbagai-bagai cara untuk perhatian orang ramai terutama dari si ulama.


Apa juga yang dilakukan oleh lelaki berwajah keras, tidak dipedulikan oleh si ulama berbadan kecil. Keadaan demikian, membuatkan saya resah semacam, mungkin orang lain juga mengalami seperti apa yang sayaalami.


Lelaki berwajah keras bertambah agresif. Dia bercakap ikut suka hati. Meluahkan sindiran tajam dan pedih secara tidak langsung ditujukan kepada si ulama berbadan kecil. Mulutnya cukup celupar. Apa yang menariknya, si ulama tidak bertindak balas. Tetapi tenang dan bersahaja. Malah saya pula yang panas telinga.


"Saudara."


Semua biji mata tertumpu ke arah Pak Imam yang berdiri dengan wajah berkerut.


"Kenapa?" sanggah lelaki berwajah keras.


Dia dapat merasakan Pak Imam memperkatakan sesuatu terhadapnya. Lalu dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Pak Imam. Dada dan muka mereka bertentang,


"Dengan izin Allah, tidak ada perkara pelik di muka bumi ini, Allah berhak melakukan apa saja terhadap makhluk ciptaannya, janganlah kita persoalkan kekuasaan Allah," tambah Pak Imam dalam nada suara yang keras dan lantang.


Tindakan Pak Imam itu mengejutkan datuk, Syed Hamid Al-Hadad juga si ulama berbadan kecil. Memang mereka tidak menduga Pak Imam yang banyak diam dari bercakap itu mahu mengambil dan menjalankan peranannya sendiri.


"Tidak baik mengungkit dan memperkatakan tentang orang yang sudah matui, perbuatan itu mencerminkan kerendahan akhlak diri sendiri, lagi pun perbuatan demikian di tegah oleh agama," Pak Imam menyambung kuliah singkatnya di depan para tetamu.


Tersentak dengan penjelasan Pak Imam, lelaki berwajah keras terdiam. Tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Malah tunduk terus sehingga majlis ucapan terima kasih itu selesai. Tetapi, saya dan Harun tetap waspada, mungkin orang lain juga demikian. Mana tahu, dalam diam lelaki berwajah keras yang merasakan dirinya diperkecilkan bertindak di luar dugaan.


BERGERAK


Penduduk setempat mula bergerak. Mula bersalaman dengan ahli rombongan dari Masjid Raya, termasuk Syed Hamid Al-Hadad, Pak Imam dan datuk. Saya dan Harun orang terakhir tidak membabitkan diri dalam acara itu, masih sendirian dan duduk mencangkung atas tunggul buruk, macam beruk jantan nanti beruk betina melintas di depan. Saya kira kata-kata dari Pak Imam meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya.


"Terima kasih."


Dengan pantas ayah Ali Usman menyambar telapak tangan yang dihulurkan oleh Syed Hamid Al-Hadad, Telapak tangan mereka berlaga kulit, jari jemari bercantum erat. Kelopak bibir mengukir senyum dalam pelukan persaudaraan sesama Islam, penuh erat, penuh mesra.


"Sepatutnya saya yang mengucapkan terima kasih kerana berusaha membawa jenazah arwah abang saya untuk dikebumikan di sini," suara ayah Usman Ali tersekat-sekat dan akhirnya menangis.


"Jangan menangis."


"Maafkan saya, semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur Tuan Syed,"


"Alhamdulillah, semoga Allah memberi rahmat dan petunjuk ke atas keluarga kamu," balas Syed Hamid Al-Hadad sambil menjatuhkan tangannya yang memeluk tubuh ayah Ali Usman. Syed Hamid Al-Hadad hanya melangkah beberapa tapak ke depan sebelum berpatah semula ke arah ayah Ali Usman.


Sudah tentu peerbuatan Syed Hamid Al Hadad menimbul persoalan dalam hati datuk. Mungkin juga dalam hati Pak Imam tetapi, Ali Usman tidak pula menganggap perbuatan Syed Hamid Al-Hadad sebagai sesuatu yang luar biasa.


"Lelaki yang marah-marah tu, orang dari kampung mana?"


Syed Hamid Al-Hadad bertanya secara berbisik kepada ayah Ali Usman.


"Anak jati kampung ni, tinggal sebelah darat dekat sungai," balas ayah Ali Usman secara berbisik juga.


"Saya nak berjumpa dengannya."


"Haaaaa....."


Terbeliak sepasang biji mata ayah Ali Usman seketika. Tidak terdetik di dalam hatinya yang Syed Hamid Al-Hadad berminat dengan lelaki berwajah keras.


"Bawa saya berjumpa dengannya," desak Syed Hamid.


Tanpa bertangguh lagi, ayah Ali Usman membawa Syed Hamid Al-Hadad bertemu dengan lelaki berwajah keras yang termenung di tunggul buruk.


Pertemuan Syed Hamid Al-Hadad dengan lelaki berwajah keras itu berlangsung lebih dari setengah jam. Ada ketikanya, mereka kelihatan seperti bertengkar dan mahu bergaduh dan dalam masa yang sama nampak cukup mesra.


Apa yang jelas, lelaki berwajah keras tetap dengan sikap agresifnya, cepat naik darah dan bercakap dengan suara yang tinggi. Seolah-olah mahu mengheret Syed Hamid Al-Hadad dalam pergaduhan kecil.


Usahanya itu gagal, dapat dikalahkan oleh Syed Hamid Al-Hadad dengan sikap perwatakannya yang lembut dan tenang. Walaupun ayah Ali Usman tidak melibatkan diri dalam dialog kecil antara Syed Hamid Al- Hadad dengan lelaki berwajah keras, dia tetap mengawasi keadaan.


RIWAYAT



Semasa Syed Hamid Al- Hadad menjejaki riwayat silam laki berwajah keras itu secara perbualan dari adik si mati, datuk mengambil peluang mengajak Ali Usman (lelaki empat puluhan) ke pondok pamannya, RAJA SUSUK yang terpencil di kaki bukit. Saya di ajak oleh datuk untuk menemaninya ke kaki bukit.


Pemergian saya dan datuk dipersetujui oleh Pak Imam dengan bersyarat. Harun mesti tinggal bersamanya untuk mengikuti perkembangan pertemuan Syed Hamid Al-Hadad dengan lelaki berwajah keras.


Syarat itu bukanlah syarat yang sulit buat datuk. Tetapi, bagi Harun syarat itu sungguh menyiksakan, dia harus berpisah dengan saya untuk sementara.


Perjalanan ke pondok RAJA SUSUK terpaksa melalui denai yang saya kira, laluan binatang buas yang kiri kanannya penuh dengan semak belukar. Kami tidak boleh jalan bersaing kerana denai yang sempit muat untuk laluan seorang saja. Suasana terasa menyeramkan dibawah sinar matahari yang keras, terdengar bermacam-macam dari berbagai jenis unggas.


"Yang kita lalui ni, laluan gajah waktu malam. Kadang-kadang waktu siang begini ada harimau yang lalu, ular tedung melintas. Kalau nasib baik dapat melihat kijang."


"Oh......" itulah reaksi saya.


"Berbulan-bulan saya berulang-alik di laluan ini, tidak kira waktu, ada masanya waktu tengah malam, subuh, pagi, petang, tengah hari memujuk dia supaya bertaubat dan kemali ke jalan yang benar. Empat kali berulang alik belum tentu dapat bertemu dengannya," cerita Ali Usman.


Datuk tidak memberikan sebarang komentar. Dia hanya anggukkan kepala.


Saya kira bermacam-macam bergolak dam tempurung kepala datuk, bagaikan ombak memukul pantai. Pasti, datuk tidak dapat memisahkan barang dalam bungkusan di rumah Harun dengan pondok milik RAJA SUSUK di kaki bukit, semuanya itu mungkin ada kaitannya.


"Saya pernah terserempak dengan harimau menggonggong napuh waktu tengah malam di sini," Ali Usman berhenti melangkah dan menunjukkan kepada datuk dan saya dari arah mana harimau itu muncul dan ke arah mana pula dia menghilangkan diri.


"Berhati-hati," pendek datuk bersuara.


Dan saya menoleh  ke kiri, pepokok kecil bergerak macam dilanggar sesuatu. Suara unggas kian garang berbunyi bagaikan memberikan kepada kami sesuatu yang  bakal muncul dari rimbunan pepokok kecil.


Saya semakin cemas, sepasang biji mata berputar melihat keadaan sekitar. Dengan tidak semena-mena kepala lutut mengeletar. Kaki terasa lemah untuk melangkah. Malah, sepasang telapak kaki bagaikan tidak berpijak di permukaan bumi.


"Subhanallah......." ucap saya lemah.


Dari celah-celah rimbunan pokok kecil terjenggul kepala harimau dengan sinar mata yang tajam dan garang. Dan dalam beberapa detik saja seluruh badan harimau dapat saya lihat dengan jelas sekali.


"Tuk...." saya bersuara.


Tiada jawapan balas yang diterima. Dedaun hutan yang tua ditolak angin melayang-layang lemah sebelum tersadai di dedaun pepokok kecil. Suara monyet liar mula kedengaran.


Ali Usman yang menjadi kepala tidak memperlihatkan rasa terkejut atau cemas. Dia nampak tenang dan bersahaja, begitu juga dengan datuk. Harimau belang sebesar bapak lembu dengan perut yang mengelembir, terbuai ke kiri, terbuai ke kanan merintangi perjalanan kamai.


"Bagaimana," ucap saya,


Datuk dan Ali Usman tidak memberikan sebarang reaksi. Bagi mereka harimau besar yang mengoyang-goyangkan itu bagaikan tidak wujud.


Dan harimau nampak semakin berani, kalau tadi dia merintangi jalan, kini semakin bebas bergerak. Berlegar-legar didepan kami. Suara monyet liar semakin kuat. Setelah beberapa kali berlegar sambil menguap, harimau besar itu cuba melakukan terkaman untuk mematahkan batang leher Ali Usman. Hati saya semakin kecut. Datuk tetap berdiri tenang.


PERSOALAN


Keadaan yang tidak aman itu menimbulkan bermacam-macam persoalan dalam hati. Apakah salah seorang dari kami akan menjadi mangsa harimau? Kenapa datuk tidak melakukan sesuatu?


Berapa lama Ali Usman boleh bertahan dengan keadaan yang mencemaskan ini. Saya mengigit bibir sambil menarik nafas panjang. Harimau terus melakukan terkaman maut ke arah Ali Usman yang tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


Setelah menyorot dengan teliti pergerakan harimau belang, saya dapati ada sesuatu yang aneh terjadi. Setiap kali harimau itu melakukan terkaman akan mengalami kegagalan. Hanya mampu melompat separuh jalan saja.


Harimau itu nampak seperti kehilangan tenaga dan kekuatan. Kaki belakangnya seperti tidak berfungsi untuk menolak tubuhnya yang besar itu ke arah Ali Usman yang sedang menanti di depannya.


Dalam usaha menahan serangan harimau belang berbadan besar, saya dapati Ali Usman melakukan dua perkara. Dia tidak berganjak pada tempat dia berdiri dalam kedudukan sebagai seorang jaguh silat menentang musuh.


Sepasang matanya tidak berkedip merenung ke arah anak mata harimau liar. Agaknya, kerana bosan, sering mengalami kegagalan menerkam Ali Usman, perlahan-lahan harimau itu beredar sambil mencium dedaun pepokok renik di kiri dan di kanannya.


"Kamu nampaknya, hebat sekali," kata datuk.


"Perkara begini memang selalu saya alami." Ali Usman menoleh ke arah saya dan datuk.


"Hmmmm......." pendek saja jawap datuk.


Dan perjalanan pun diteruskan. Suara jeritan monyet tidak kedengaran lagi tetapi, suara burung masih kedengaran terutama burung murai batu, merbah jambul dan kuang. Hati kecil tetap mengharapkan tidak akan berhadapan dengan perkara yang tidak diingini. Matahari tetap ramah memancarkan cahayanya, Walau apapun, kami tetap melangkah dengan hati-hati.


"Kata arwah bapa saudara saya, semua binatang buas di kawasan ini sudah dikuasainya. Sudah diilmukan secara jauh. Semuanya sudah disusuk secara batin," ungkapan Ali Usman itu sesuatu yang mengejutkan dan saya menoleh ke arah datuk.


"Ehemmmm......."


Saya tidak tahu kenapa datuk berdehem. Mungkin ada sesuatu yang tersirat dari suara tersebut? Apa yang pasti ungkapan yang terluah dari kelopak bibir Ali Usman menambahkan perbendaharaan pengetahuan saya. Barulah saya tahu rupanya binatang buas juga boleh disusuk. Benarkah perkara ini? Timbul pertanyaan dalam hati.


"Orang yang satu keturunan dengan paman, tidak akan dibinasakan oleh binatang buas dan mereka sering diuji. Ada syarat tertentu untuk mengatasi ujian tersebut."


"Apa syaratnya?" Dengan pantas datuk meningkah.


"Menentang anak mata binatang buas dengan tidak berkedip, Ibu jari kaki kanan dibengkukkkan," jelas Ali Usman sambil berjalan. Dia tidak mahu menoleh ke arah datuk. Saya hanya memasang telinga saja.


"Kamu percaya dengan cakapnya tu?"


Langkah Ali Usman terhenti seketika. Dengan pantas dia menoleh ke arah datuk. Kerana Ali Usman berhenti secara mengejut menyebabkan saya hampir melanggarnya. Datuk tersenyum melihat gelagat saya.


"Dalam hal ini susah saya mahu menjelaskannya, Nak kata tak percaya, perkara itu macam benar," lemah benar suara Ali Usman, selemah hayunan kakinya.


"Buktinya," datuk minta kepastian.


"Pernah di suatu petang saya terserempak dengan babi hutan yang ganas terus menyerang saya. Kerana tidak ingat pesan paman, saya terus melarikan diri. Entah macam mana dalam keadaan yang kelam kabut, saya teringat cakap paman. Apa yang dicakapkannya, saya buat, mata babi hutan itu saya tentang,"  Ali Usman berhenti bercerita.


"Akhirnya jadi macam mana ? soal datuk.


"Bila ditentang dengan penuh rasa yakin, babi hutan itu tunduk dan undur kebelakang. Itulah sebabnya saya kata susah nak cakap, nak kata atak percaya pun tak boleh, bila percaya rasanya macam tak masuk akal," jujur benar Ali Usman menerangkan keadaan sebenar yang di alaminya.


POKOK


Penjelasan dari Ali Usman membuat datuk tersenyum panjang. Andainya, pada ketika itu ada orang bertanya tentang pendirian saya dalam hal ini, pasti saya katakan sama dengan pendapat Ali Usman. Perjalanan diteruskan ke tempat yang diingini.


Sebaik saja mendekati pokok jering besar yang tidak berbuah, dalam jarak kira-kira lima kaki, halangan baru muncul. Seekor ular tedung muncul dari rerumpun lalang berdekatan pokok jering besar. Sisiknya nampak berkilat ditampar cahaya matahari. Ular itu duduk di tengah jalan sambil memanggungkan kepalanya, Lidahnya yang bercabang terjulur keluar, bergerak ke kanan dan ke kiri.


Ah! sungguh menyiksakan, perjalanan menuju ke rumah peninggalan RAJA SUSUK penuh dengan rintangan dan cabaran. Kenapa datuk memilih cara ini menyelesaikan masalahnya, fikir saya dalam hati sambil merenung ke arah ular tedung yang tegak berdiri melepasi kepala kami bertiga. Tiba-tiba dengan sekelip mata ular itu hilang dari pandangan saya.


Secara otomatik saya terfikir, ular tedung tersebut, bukan ular sebarangan. Sudah pasti ular jadi-jadian dan harus dimusnahkan. Sebaik saja saya berpendapat sedemikian ular itu menjelma kembali, betul-betul di depan Ali Usman dalam jarak yang cukup dekat, tidak sampai sepuluh kaki. Apa yang tergambar dalam kepala saya ialah sebuah kematian yang mengerikan. Tiga manusia mati serentak dipatuk ular tedung.


"Jangan bergerak."


Terpinga-pinga saya mendengar suara datuk. Bagaikan ada kuasa ghaib, sepasang kaki Ali Usman dan saya bagaikan dipaku dibumi. Tidak bergerak walau seinci pun. Memang ada niat untuk menoleh ke arah datuk, bila mengingatkan arahannya hasrat tersebut terpaksa dikuburkan begitu saja.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box