SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA

Sesungguhnya saya tidak dapat menduga atau membaca perasaan Ali Usman di saat itu.


Gegendang telinga dapat menangkap suara datuk seperti membaca sesuatu. Makin lama, makin jelas kedengaran, saya pasti datuk sedang membaca petikan ayat Al-Quran. Semakin keras suara datuk, semakin galak ular tedung sebesar batang pinang itu mengerak-gerakan badannya.


Ular itu seperti mahu memperlihatkan kekuatan dan kehebatannya kepada kami. Mulutnya dibuka luas mempamirkan dua siung yang tajam. Lidahnya yang bercabang dijulurkan ke kiri dan ke kanan, sesekali terkena kepala Ali Usman.


Semuanya mencemaskan penuh dengan debaran. Bila saya melihat kelopak mata si ular tedung berkedip, semakin kuat saya mengatakan ular tersebut adalah ular jadian.


“Syukur.”


Itulah berdetik dalam hati.


Ular yang tegak berdiri, Nampak lemah sedikit. Tidak sehebat tadi, ekornya yang menjadi tunjang berdiri bergerak lembik, secara beransur-ansur badannya merendah separuh pucuk lalang. Kemudian merendah lagi dan akhirnya melata di permukaan jalan.


Kepalanya masih bergerak ke kiri dan ke kanan dengan mulut ternganga. Lidahnya yang bercabang halus, sekejap terjulur keluar sekejap tersentap kedalam. Suara datuk masih kedengaran melafazkan surah pilihan dari Al_Quran. Saya dan Ali Usman masih tegak kaku, macam tunggul ayu buruk di muara sungai. Gelora hati, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Di bawah sinar matahari, sisik ular tedung nampak bermanik-manik dan bercahaya kuning keemasan, sungguh menarik sekali. Tanpa disangka-sangka ular tedung itu mendesis sambil membentuk lingkaran. Beberapa minit berikut, lingkaran itu dibuka perlahan-lahan. Sungguh menhejutkan bila ekornya melibas dengan ganas rerumpun lalang sekitarya.


“Kamu berdua bergerak dengan segera mengundur perlahan-lahan. Kemudian, seorang berdiri di kanan dan seorang lagi di kiri. Ikut seperti apa yang aku lakukan,” itu arahan datuk dalam suasana cemas dan mendebarkan. Apa yang diarahkan segera kami patuhi.


Datuk berdiri dalam keadaan yang agak berbeza dengan kami. Kaki kirinya dihulurkan agak ketara kehadapan. Kaki kanan ditarik ke belakang. Sepasang kelopak matanya dalam keadaan separuh pejam. Sepasang tangan memeluk tubuh.


Tangan kiri menindih tangan kanan dengan telapak tangan kiri mengampu siku tangan kanan. Semua yang datuk lakukan segera kami turuti.


“Jangan pejamkan mata kamu berdua, lihat apa yang terjadi,”


“Haaaa……….”Ali Usman bersuara.


“Kamu berdua ikut saja, jangan banyak haaaaaaa dan jangan banyak eeekkkkk,” satu amaran dari datuk.


Kelopak mata yang separuh pejam segera kami buka.


Ada debaran dalam dada, bila menyaksikan ular tedung terus melibas-libaskan ekornya ke arah rerumpun lalang hingga rebah ke permukaan bumi. Tidak memadai dengan semuanya itu, si ular tedung membalik-balikkan diri dan menghempas-hempaskan badan di bumi seperti bergelut dengan sesuatu. Suara desis si tedung jelas kedengaran.


Datuk tetap dengan keadaannya, si tedung terus menghempaskan badan hingga tanah jalan yang agak keras menjadi lekuk. Dari rerumpun lalang yang rebah dan melata, keluar asap nipis macam kabus. Beberapa saat berikutnya asap nipis bertukar menjadi api dan kebakaran kecil pun berlaku.


Saya lihat datuk masih tenang dan saya yakin datuk dapat melihat apa yang berlaku, walaupun kedua-dua belah kelopak matanya dalam keadaan tertutup.


TERBAKAR


Rerumpun lalang terus terbakar dan seluruh kawasan dikuasai oleh asap yang tebal. Saya dan Ali Usman tersedak. Mata mula terasa pedih dan perit. Menarik dan melepaskan nafas terasa sukar sekali.


Angin yang bertiup membawa gumpalan asap kea rah wajah kami. Saya dan Ali Usman mula lemas. Peliknya datuk terhindar dari masaalah yang kami hadapi. Dia tetap tenang dan bersahaja.


Di tengah-tengah gumpalan asap hitam bersama lidah ap yang marak memamah rumpun lalang, terlihat baying seorang lelaki tua, berjanggut putih hingga ke dada, memakai pakaian seperti hulubalang kerajaan Majapahit, duduk bersila atas batu besar di keliling api yang marak.


Di tangan kanannya tersedia sebatang tongkat dari jenis kayu keras berlekuk (berkeluk-keluk) semacam badan ular memanjat akar. Kepala tongkatnya menyerupai naga berkepala dua.


Sekali sekala orang tua berjanggut putih itu , kelihatan terangkat secara perlahan-lahan dari permukaan batu. Bergerak bebas di hujung api sambil melemparkan batu-batu ke arah datuk.


Anehnya, belum pun sempat batu-batu mengenai tubuh datuk, batu-batu itu berpatah balik semula ke arahnya dan berlakulah letupan kecil seperti mercun.


Datuk masih seperti tadi. Saya dan Ali Usman terus tersedak dan batuk-batuk. Dada terasa sakit dan sukar untuk menarik dan melepaskan nafas. Orang tua berjanggut masih bergerak bebas mengikut angin.


Bila kedudukannya bertentangan dengan datuk, pergerakannya mati disitu. Bagaikan ada kuasa yang menahannya dari pergi kemana-mana.


Kerana menyedari ada sesuatu di hadapannya, datuk segera membukakan kelopak matanya secara perlahan. Setiap kali kelopak matanya bergerak terdengar suara rintihan orang menangis dan meminta tolong. Tidak tahu dari mana suara itu datang. Jalan yang dilalui, tidak wujud lagi di depan mata. Sudah hilang entah kemana. Kiri kanan ialah lautan api yang sungguh luas.


Bahang api membuat seluruh badan terasa panas, tekak menjadi kering dan rasa dahaga bagaikan tidak tertahan-tahan. Seluruh tubuh kami berdua dibasahi peluh. Letupan kecil terus berlaku. Saya dan Ali Usman melihat datuk, dua tiga kali rebah ke bumi mengerag kesakitan. Macam ada sesuatu yangmenumbuk dan memukulnya.


Setiap kali datuk rebah kebumi, secepat kilat dia bangun tanpa membuka tangan yang memeluk tubuh, suara rintihan meminta tolong terus bergema. Dalam satu kesempatan yang agak baik dan selamat datuk segera mengumpulkan segala kekuatannya. Berdiri dalam keadaan siap sedia mengahadapi sebarang rintangan.


Orang tua berjanggut putih separas dada, rupa-rupanya menyusun strategi. Dia juga berdiri dalam kumpulan asap tetapi, separuh saja badannya yang kelihatan. Tubuh bahagian  pinggangnya bagaikan bersatu dengan asap. Orang tua berjanggut putih separas dada merenung ke arah datuk. Mereka bertentang mata.


“Ajaib,” kata saya.


Seluruh badan mengeletar. Bagaimana tidak mengeletar? Dari mata lelaki tua berjanggut separas dada, muncul cahaya kehijauan, kekuningan dan kemerahan.


Semua warna itu berpadu (menjadi satu) dan membulat macam sarang tebuan. Warnanya bertukar agak menjadi putih pucat, persis macam warna sarang tebuan.


SARANG


Benda yang seperti sarang tebuan itu terus melindungi wajah lelaki tua berjanggut panjang. Seimbas pandang, llelaki tua berjanggut panjang itu, bagaikan berwajah sarang tebuan. Apa pun yang berlaku di depan mata, saya tetap mengawasi setiap pergerakan datuk.


Datuk pun mengubah kedudukan kakinya. Kaki kiri dialihkan ke belakang dan kaki kanan di ubah ke depan. Berdiri seperti seorang pesilat yang bersedia menhadapi serangan musuh. Anak matanya bergerak tajam merenung keliling macam ada sesuatu yang dicarinya.


Datuk bermandi peluh dan saya lihat Ali Usman cemas semacam. Dalam diam, dia berusaha merapatkan badannya dengan saya. Api yang membakar seluruh kawasan padam mengejut.


“Pernah kamu menghadapi perkara semacam ini?” bisik saya ke telinga Ali Usman. Tiada jawapan yang saya terima. Pertanyaan yang sama saya ulangi.


“Tak pernah,” jawabnya pendek.


“Kamu kenal orang tua tu?”


Ali Usman gelengkan kepala.


“Barangkali ada hubungan keluarga dengan kamu?”


“Kau jangan merepek, Tamar.”


“Maafkan aku Ali,” tutur saya tenang.


Rasa kurang senang yang terpamir di wajah Ali Usman segera padam.


Saya dan Ali Usman terkejut besar, kami terdengar deru angin yang cukup kuat. Datuk masih berdiri seperti tadi. Bagaikan tidak terganggu dengan bunyi deru angin tersebut. Orang tua berwajah sarang tebuan masih tidak berganjak dari tempatnya.


“Ribut mengejut,” kata saya pada Ali Usman, bila melihat dahan mempelam dan dahan durian yang berputik lebat sekali. Dedaun muda dan tua berterbangan. Angin yang kuat membuat saya dan Ali Usman hampir terjatuh dan terpaksa mencari pokok kecil untuk bertahan.


Anehnya ribut yang datang secara mengejut itu itu berlegar-legar dalam kawasan seluas antara lima hingga 100 meter. Beberapa batang pokok bayas dan pokok pisang hutan tercabut bergelempangan


Ribut yang disertai dengan titik-titik hujan yang halus menyebabkan baju kami basah dan lembab. Rasa gatal dan miang mula menguasai celah ketiak, celah pelipat paha dan tengah belakang. Cuping telinga terasa tebal, pangkal hidung terasa membengkak. Semuanya ini, membuat saya tidak tenang dan selesa.


Ribut terus mematahkan dedahan pokok, mengugurkan dedaun dan peputik buah-buahan. Deru rebut membuat telinga terasa pekak. Badan mengigil kesejukan.


“Azan”


Kerana yakin suara itu adalah suara datuk, saya segera menoleh ke arahnya. Tetapi, datuk tidak dilihat, dipisahkan oleh dinding asap yang tebal. Tidak tahu dari mana datangnya.


“Kita dalam bahaya Ali,” tutur saya mengeletar kesejukan.


“Maksud kamu, Tamar?”


“Kamu lihat sendiri Ali, asap tebal memisahkan kita dengannya.”


“Jadi apa yang harus kita lakukan.”


“Tak tahu.” Jawap saya dengan rasa hampa dan kecewa.


Titik-titik hujan yang halus bertukar besar. Beberapa dahan yang sekah dibawa angin jatuh di sisi saya dan Ali Usman. Setiap kali titik hujan yang kasar mengenai tubuh, aduh sakitnya bukan kepalang seperti terkena air panas.


“Azan.”


Saya dan Ali Usman berpandangan.


“Itu suara datuk kamu, Tamar”


“Iya, tadi aku terdengar suara macam itu, Ali.”


“Barangkali dia suruh kita azan, kau saja yang azan dan kemudian tengok hasilnya.”


“Baiklah,”


AZAN


Beberapa saat berikutnya, saya terus melaungkan azan. Bergema di seluruh kawasan.


Reaksi pertama dari tindakan itu ialah ujan semakin menjadi-jadi bersama dengan dentuman petir. Dahan jering yang sebesar paha terus patah. Tidak memadai dengan itu, batangnya terbelah dua.


Sepotong kayu melayang-layang kea rah kepala Ali Usman dengan serta merta Ali Usman meniarap badannya ke tanah. Potong kayu itu jatuh tidak jauh dari Ali Usman, lebih tepatnya jatuh atas perdu nenas dan perdu nenas pun terbakar dalam hujan yang mencurah-curah itu.


Ali Usman yang tertiarap tidak dapata bangun. Tubunya bagaikan melekat di bumi. Mukanya nampak pucat sekali.


Apakah saya harus melaungkan azan atau berhenti untuk menolong Ali Usman yang berusaha untk berdiri. Dalam masa yang sama saya seperti mendengar suara datuk menyuruh saya meneruskan laungan azan, dan jangan mempedulikan keadaan sekitar.


Saya mengambil keputusan untuk mematuhi bisikan suara datuk. Penuh semangat dan khusyuk azan saya laungkan dengan semahu-mahunya. Sungguh mengejutkan sebaik saja saya menghabiskan laungan azan, ribut beransur reda, begitu juga dengan bunyi petir dan hujan.


Tergesa-gesa Ali usman bangun sambil menepuk-nepuk bajunya menghilangkan kesan-kesan tanah dan dedaun yang melekat. Perdu nenas yang terbakar, tidak apa-apa.  Tetap seperti keadaan asal. Begitu juga dahan-dahan yang sekah atau patah akibat rebut kembali pada keadaan asal. Tidak ada sesuatu yang terjejas, semuanya seperti sediakala.


Malah asap tebal yang memisahkan kami (saya dan Ali Usman) dengan datuk, sudah hilang entah ke mana. Tetapi, orang tua berwajah sarang tebuan mash wujud, berdepan dengan datuk yang masih berpeluk tubuh.


Alam kedaan tubuh dan dahi yang berpeluh, saya lihat datuk masih berusaha mencari anak mata lelaki tua yang ditampal sarang tebuan. Dengan sedaya upaya lelaki itu cuba mengelak. Ternyata, usaha itu menemui kegagalan, menerusi mata batinnya, datuk dapat mengesan di mana lelaki tua itu menyembunyikan anak matanya di balik sarang tebuan.


Boila sudah menemui sasarannya dengan penuh hati-hati dan keyakinan datuk pun melepaskan pandangan makrifat bersama sebuah doa yang diambil dari surah Al-Jin. Dengan serta merta sarang tebuan yang tertampal di wajah lelaki tua melahirkan bunyi letupan kecil seperti mercun.


Sarang tebuan pecah berkecai, bertaburan bersama percikan bunga api dalam bermacam-macam warna. Di mana saja percikan bungi api itu jatuh akan berlaku kebakaran kecil. Sebahagian yang tidak menjadi bunga api bertkar menjadi kepingan tanah liat kering bila jatuh kepermukaan bumi mengeluarkan kepulan asap hitam seperti asap tayar kereta yang dibakar.


Sebahagian lagi dari perckan bungan api seperti menuju ke arah pakaian datuk. Malangnya, belum pun sempat percikan bunga api membakar baju dan seluar hitam dauk, bunga api itu padam lalu menjadi kumpulan kelkatu yang membunuh diri  dalam api di mana berlaku kebakaran kecil.


HITAM


Dalam kepulan asap hitam yang tebal itu, lelaki tua berjanggut separas dada mempamerkan wajah sebenarnya. Muka sebelah kirinya cukup sempurna. Tidak ada cacat cela. Manakala, muka sebelah kanan sungguh menyeramkan. Tanpa hidung, kulitnya bersisik macam kulit bunga tembaga. Ada tandk di kepala, macam tanduk kambing gurun dengan telinga menyerupai telinga harimau.


Manakal bibirnya, terjuih kebawah dan tebal. Bibir atasnya menutup mulut. Matanya kecil tanpa kelopak, tanpa kening dan tersembul keluar seperti mata katak puru.


“Manusia dua muka.”


Terdengar suara datuk tersangkut-sangkut, macam ada sesuatu yang tersangkut di kerongkong.  Suara orang ketua dengan jumlah yang ramai mula menguasai kawasan sekitar. Saya dan Ali jadi mengelabah semacam. Datak masih tetap tenang, suara ketawa beramai-ramai beransur perlahan-lahan dan akhirnya hilang. Begitu juga denga lelaki dua wajah buruk dan cantik – terus ghaib.


Tetapi, kami berhadapan dengan suasana yang sungguh mencemaskan, di sekeliling kami – setiap inci penuh dengan api yang menjulang melepasi kepal. Bahangganasnya Allah sahaja yang mengetahui. Lagi sekali lelaki tua berjanggut separas dada muncul dalam wajah yang sungguh berbeza. Kalau tadi sebelah muka nya hodoh dan sebelah lagi buruk. Kali ini keadaan ini tidak wujud.


Dia muncul dengan wajah yang sempurna, bertanjak, bermisai sambil memegang hulu keris berukiran kepala helang. Orangnya sungguh kacak berkulit putih merah. Tetapi, sayang dia hanya mucncul untuk beberapa saat saja dalam keadaan yang amat marah.


Sebelum menghilang sedikit demi sedikit dari penglihatan saya – mungkin juga penglihatan Ali Usman dan datuk, terdengar suara dengusan darinya serentak dengan itu dia terus ghaib. Saya dan Ali Usman terpinga-pinga. Datk nampak bersahaja, bagaikan tidak terkesan dengan apa yang berlaku.


Saya dan Ali Usman bagaikan dihumban kembali ke alam nyata. Tidak ada asap, tidak ada lalang yang terbakar. Malah, tidak ada api yang marak menjulang. Segala-galanya macam biasa. Masih berdiri tidak jauh dari pokok jering besar yang tidak berubah.


Langit nampak cerah dengan awan gemawan yeng berarak lembut ke selatan. Matahari bersinar terang. Cuma yang tidak berubah, kami bertiga (saya, datuk dan Ali Usman) tidak berubah dari kawasan mula berdiri tadi.


Saya kira kawasan tempat kami berdiri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Boleh membuat orang yang berdiri di situ berada dalam dua alam. Alam fantasi dan alam nyata.


Dalam erti kata lain,  berada di alam manusia dan alam makhluk halus, boleh jadi alam jin (bunian) atau syaitan.


“Apa erti semuanya ini?” Sebuah pertanyaan dari Ali Usman ntuk datuk.


Tiada jawapan yang diterima oleh Ali Usman. Terukir rasa hampa di kerutan wajahnya.


“Bertenang dulu Ali, belum masanya untuk bertanya,” kata saya perlahan sambil meraba-raba pangkal dagu.


“Aku setuju dengan kamu Tamar.,” sahutnya tenang.


Datuk menarik nafas dalam-dalam. Cuba mententeramkan fikiran dan melapangkan dada. Saya pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kai sambil memikirkan tentang suasana yang ditempuh sebentar tadi. Suasana demikian suasana yang asing bagi saya.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box