SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK

Dalam usaha mencari ketenangan dan menyingkirkan keresahan yang bersarang dalam kepala. Saya menarik dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan.


Sepanjang yang diingati, sejak menemani datuk kemana-mana. Samaada di tanah air, di Sumatera dan di Tanah Jawa. Dalam setahun, paling kurang dua tiga kali berhadapan dengan kejadian yang tidak diduga dan sukar diterma oleh akal fikiran yang waras.


Kesan yang diterima setelah melalui peristiwa tersebut berbeza-beza. Bergantung pada kuat atau tidak tekanan perasaan yang dialami, semasa peristiwa itu, berlaku atau dalam istilah orag tua-tua di sebut “BADI.”


Ada ketikanya, saya seperti orang bodoh, bercakap sendirian. Bermain pasir macam kanak-kanak berusia antara 5-10 tahun. Mengigau dan mengalami mimpi ngeri. Menjerit, setiap kali matahari terbit dan matahari jatuh sambil berlari keliling rumah.


Penawar paling mujarab yang datuk lakukan, ialah menyuruh saya membaca beberapa wirid tertentu, setelah melakukan sembahyang wajib dan sunat. Dilanjutkan dengan membaca surah yassin, ayat Al-Kursi petikan surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi.


Jika cara itu masih tidak mendatangkan hasil. Datuk sendiri akan bertindak hingga apa yang saya tanggung hilang terus. Soalnya, apakah perkara yang baru dialami sebentar tadi akan meninggalkan “BADI” yang hebat? Itulah yang berlegar-legar dalam tempurung kepala.


Bagaimana fikiran tidak terganggu. Apa yang dilihat dan dialami memang luar biasa sekali. Tidak masuk di akal. Sukar diterima oleh orang lain. Betapa tidak, dalam keadaan sedar saya seperti dibawa kedunia lain yang serba aneh.


“Apa ertinya semua ini?” Saya tersentak. Ali Usman mengulangi pertanyaan yang tidak dapat mendapat sebarang reaksi dari datuk. Pertanyaan itu juga menyebabkan apa yang saya fikirkan hilang serta merta. Datuk tidak juga memberikan jawapan.


“Apa ertinya semua ini?”


Untuk kali yang ketiga Ali Usman mengajukan pertanyaan.


“Ayah saudara kamu memang hebat,” balas datuk.


“Maksudnya,” sepasang anak mata Ali Usman tertumbuk kewajah datuk yang mempamirkan senyum sinis.


“Maksudnya mudah saja,” ujar datuk.


“Mudah?” Ali Usman kehairanan.


Wajah saya direnunginya sejenak. Sayap bahu kiri dan kanan segera digerakkan keatas, menandakan yang saya sendiri tidak dapat menangkap maksud kata-kata yang datuk lontarkan.


“Maksud mudah itu seperti yang kamu lihat dan kamu alami.”


Jawapan datuk itu bertujuan membunuh keraguan dalam diri Ali Usman. Buat beberapa ketika, saya dan Ali Usman  termenung panjang. Datk Nampak tenang dan aman saja.


“Iya, saya tidak menafikan bapa saudara saya boleh menundkkan binatang buas, boleh menyuruh binatang melakukan sesuatu,” nada suara Ali Usman lemah sekali.


“Sekarang kamu sudah faham Ali.”


“Iya,” Ali Usman mengangguk.


“Itulah kehebatan bapa saudara kamu, tapi………….”


Datuk tidak meneruskan kata, mati begitu saja. Tetapi, ada senyum sinis berlari di kelopak bibir datuk yang kecut.


GARU


Ali Usman menggaru cuping telinga kanan dua tiga kali. Dan dia dapat merasakan yang datuk tidak menyindirnya.


“Tapi sebenarnya, dia tidak hebat.”


Tanpa diduga datuk menyambung kembali kata yang putus. Ini sungguh mengejukan buat diri Ali Usman dan saya. Datuk seperti bermain tarik tali dengan Ali Usman.


“Sebabnya,” Ali Usman minta kepastian.


“Dia yang Nampak hebat, sebenarnya memang tidak hebat. Bapa saudara kamu jadi hamba nafsu dan makhluk lain,” sambung datuk dengan wajah selamba.


Ali Usman tidak memperlihatkan sebarang reaksi yang kurang menyenangkan. Malah dia turut menganggukkan kepala beberapa kali. Bagaikan setuju dengan apa yang datuk katakan.


”Saya menyedari hal ini,” ucap Ali Usman dengan penuh yakin.


“Bagus bila kamu menyedarinya.”


“Kerana itu saya berusaha menyedarkannya. Berusaha membawanya ke jalan  yang betul. Hasilnya seperti apa yang terjadi,” Ali Usman menelan air liur sambil merenung lesau kea rah pepokok kecil di hadapannya.


“Sesungguhnya, saya tidak menduga sampai begitu jauh baoa saudara memilih jalan yang salah,” lemah benar suara Ali Usman . Rasa kesal dapat dibaca di wajahnya. Berkali-kali dia mengucap panjang. Kelopak matanya di genangi air jernih.


“Tak apalah Ali, usah dikenang perkara yang lalu. Marilah kita berdoa muda-mudahannya taubatnya diterima oleh Allah dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” sebuah harapan dan doa penuh simpati dari datuk.


“Memang itu yang saya harapkan,”


Ali Usman tersedu sambil tunduk merenung permukaan bumi.


Perasaan saya bagaikan terjebak dalam suasana yang mengahrukan. Dada terasa sebak, tidak tahu apa yang harus saya tuturkan kepada Ali Usman.


“Masa dah suntuk ni, saya tak mahu kerana kita orang lain tergendala. Saya tak mahu Syed Hamid Al-Hadad dan Harun Fadillah menunggu kita terlalu lama.”


Cepat-cepat saya alihkan perhatian dari Ali Usman kepada datuk yang baru saja menuturkan kata.


“Iya, kita harus pergi ke tempat yang dihajati,” sanggah Ali Usman.



PERJALANAN


Sebelum meneruskan perjalanan, Ali Usman melihat jam di tangan. Dahunya berkedut seketika. Kepalanya didongakkan ke langit melihat awan putih bersih berarak lembut entah kemana.


“Hampir sejam kita di sini,” kata saya.


“Ertinya, hampir satu jam kita diganggu.” Sahut Ali Usman.


Datuk anggukkan kepala.


“Tak sangka sampai begitu lama,” komen saya lagi.


“Bukan diganggu.”


Lagi sekali datuk jadi perhatian  kami berdua.


“Kalau bukan diganggu , apa dia?” Sal Ali Usman serius.


“Kita dihalang untuk pergi ke rumah Raja Susuk. Orang tua yang bertukar-tukar dan akhirnya memperlihatkan dirinya sebagai lelaki muda yang kacak dan tampan. Itulah orang yang menjadi pelindung dan pendamping bapa saudara kamu.”


“Tapi……….” Ali Usman memintas percakapan datuk,” bapa saudara saya kata guru atau pendampingnya sudah lama mati.”


“Cakap bapa saudara kamu memang benar.”


“Kalau sudah mati, bagaimana orang itu boleh wujud?” Teragak-agak Ali Usman bertanya.


“Jangan terkejut, bila aku katakan pendamping bapa saudara kamu itu, sedang mencari pengganti bapa saudara kamu. Mungkin kamu salah seorang dari calonnya.”


“Haaaa………..”


Ali Usman terkejut besar.


“kalau sudah mati macam mana dia boleh wujud di dunia ini,” muncul lagi pertanyaan dari mulut Ali Usman.


“Barangkali roh dan jasadnya ditolak bumi,” Penjelasan dari datuk itu membuat Ali Usman bertambah resah. Cemas dan takut. Wajahnya pucat, tubuhnya mula mengeletar. Mula bercakap sebarangan. Matanya mula memperlihatkan urat-urat merah bersama renungan yang sungguh mengerikan. Wajah yang pucat bertukar garang.


Suasana yang tenang berkicak semula. Perubahan tingkah laku Ali usman memang tidak diduga. Datuk yang terkejut mula membuat persiapan perlu bagi menghindari kejadian lebih buruk berlaku.


“Tamar, tumbuk rusuk kanannya dengan tangan kiri.”


Arahan datuk segera saya patuhi. Dengan sekali tumbuk Ali Usman jatuh terlentang.


Belum pun sempat Ali Usman bangun untuk melakukan tindak balas, datuk segera mengambil serumpun semalu berbunga lebat diramas hingga lumat. Kemudian dilemparkan ke muka Ali Usman.


“Ahhh………..”  Terdengar suara Ali Usman.


Berguling-guling di tanah sambil berusaha untuk bangun, tetapi tidak berhasil. Ali Usman bagaikan kehabisan tenaga.


“Tamar, rentap kaki kanannya sekuat hati dan alihkan kedudukkannya supaya kepalanya mengadap kiblat,”


Perintah datuk segera saya ikut, berhempas pulas juga mahu menangkap kaki kanan Ali Usman. Walaupun dia nampak lemah dan tidak berdaya, Ali Usman tetap mempamirkan tentangan.


Sebaik pergelangan kaki kanannya disentuh, Ali Usman terus menjerit dan berguling-guling di tanah samabil mengigit rerumput sekitarnya. Semasa saya berusaha menalihkan kedudukan tubuhnya seperti yang diingini oleh datuk, belakang syaa terasa seperti ditusuk oleh benda tajam.


Jangan pedulikan semuanya, kamu bertahan saja Tamar,”


Suara datuk cukup lantang kedengaran. Datuk bagaikan tahu yang saya sedang bergelut dengan sesuatu. Dalam tercungap-cungap kepenatan, hajat datuk dilaksanakan.


Di saat membetul kedudukan kepala Ali Usman supaya selari dengan arah kiblat, saya mengalami kejutan.  Seluruh kulit muka, lengan dan kaki Ali Usman bersisik macam sisik ular tedung namak berkilau-kilau. Gerak badannya juga bertukar, tidak ubah macam ular bergerak di permukaan tanah yang berpasir.


Perubahan itu tidak bertaan lama. Sebaik saja kedudukan kepalanya selari dengan arah kiblat, sekujur tubuh Ali Usman kembali normal. Dengan segenggam tanah yang ditaburkan oleh datuk dari hujung kaki hingga ke kepala, Ali Usman pulih seperti sediakala.


“Ali, kamu kenal dengan orang yang duduk dekat kamu ini?’ Bisik datuk ke cuping telinganya.


“Kenal.”


“Siapa namanya?” Tambah datuk.


“Tamar.”


“Betul,’ sambut datuk keriangan.


Serentak kami ketawa terkikih.


BERDIRI


Bila Ali Usman berdiri dan bersedia untuk melangkah menuju kerumah Raja Susuk halangan dating lagi. Dengan tidak semena-mena muncul seekor harimau belang dari sebelah kanan jalan.


Kaki kiri bahagian belakng harimau itu kudung tetapi itu bukan halangan untuknya menerkam malah membaham kami sekaligus.


Tanpa berfikir panjang datuk pun mengambil segenggam tanah. Langkah silat pun dibuka menuju kearah harimau yang mula menyeringai, mempamirkan sepasang siung yang tajam.


“Allah huakbar……..”


Kawasan sekitar bergema dengan suara datuk. Serentak denganitu tanah yang ada dalam genggaman dilemparkan kearah muka harimau belang. Si harimau mengaum dengan sekuat hati dan terus lari ke sebelah kiri jalan hingga tidak dapat ditangkap oleh kuasa mata kami bertiga.


“Kalau kamu pergi ke rumah itu seorang saja, kamu tidak menghadapi sebarang masalah seperti apa yang terjadi sebentar tadi. Pendamping bapa saudara kamu mahu membinasakan aku dan Tamar saja. Kamu tidak diapa-apakannya. Dia mahu menjadkan kamu sebagai tuannya,” tanpa diminta datuk member penjelasan.


“Inilah membuat saya tidak senang,” terpancut kata dari Ali Usman. Dia mula resah dan Nampak tidak keruan.


Sebelum kejadian seperti tadi berulang, datuk segera meletakkan bahagian belakang tangan kirinya ke pangkal leher kanan Ali Usman. Mulut datuk nampak komat-kamit.


Ada sesuatu yang dibacanya. Barangkali datuk memberikan suntikan semangat secara batin.


“Kalau sulit kita patah balik saja,” usul dari Ali Usman.


“Kau keberatan,” Tanya datuk.


Ali Usman seperti serba salah untuk menyatakan. Tetapi, akhirnya dia mengangguk. Datuk senyum.


“Ali, jangan bimbang, renung biji mata aku. Kedua belah tangan kamu lekapkan ke dada.”


“Baik,” jawab Ali Usman.


Ali Usman akur dengan arahan datk. Lebihdari lima saat mereka berlaga anak mata. Peluh mercik di kedua dua belah pelipis Ali Usman. Rambut di bahagian ubun-ubun terpacak. Bila datuk alihkan anak mata ke arah lain, rambut yang tegak pun tunduk. Peluh di kiri kanan pelipis pun hilang.


“Kita teruskan, usah bimbang. Dengan ilmu yang ada, disertai dengan taqwa kepada Allah, aku yakin kamu tidak mudah dipengaruhi,” satu suntikan semangat datuk terapkan di dalam kalbu Ali Usman.


“Kadang-kadang orang berilmu dan kuat iman memang dicari atau jadi sasaran syaitan, sebenarnya, ilmu tidak setinggi mana ,” Ali Usman merendah diri.


“Aku percaya, kamu boleh menghadapinya. Buktinya………….”


“Apa buktinya…….” pintas Ali Usman.


“Kamu telah membawa bapa saudara kamu ke landasan yang sempurna. Jangan banyak fikir, mari kita pergi.”


Datuk pun menepuk bahu kanan Ali Usman. Tetapi, Ali Usman seperti keberatan mahu melangkah. Keraguan dan kebimbangan masih bersarang di sudut hatinya.


“Rumah itu jauh terpencil, letaknya di hujung kampung dekat bukit pula,” sebuah dalih yang tersusun rapi adri Ali Usman.


“Tak apa, kita pergi dulu,” datuk mendesak


Ali Usman mengigit bibir. Perubahan sikap itu sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dalam diri saya. Kenapa mudah, dia beralih hati.



SEMANGAT


Kalau tadi  dia bersemangat mahu membawa datuk ke tempat tersebut. Tetapi, setelah melalui beberapa kejadian yang tidak diduga, semangatnya terus menurun.


“Mari kita pergi.”


Datuk terus mendesak.


“Kita balik saja” lemah benar suara Ali Usman.


Bagi menguatkan alasannya, dia memberitahu yang rumah papan tua di bawah pokok ara besar itu, tidak mempunyai apa apa keistimewaan.


Selain dari menghadiahkan pandangan yang menyeramkan. Akar dari dedahan pokok ara berjuntaian bagaikan bersatu dengan atap zink yang sudah berkarat. Suasana sekitar kawasan rumah sentiasa redup dan lembab.


“Kenapa kita mesti balik?”


“Saya rasa lain macam saja.”


“jagan begitu, memang menjadi tanggung jawab kita bersama untuk menghapuskan perbuatan dan kepercayaan syirik yang bertentangan dengan hukum Allah. Kalau biarkan nanti ramai orang yang jahanam,” dengan lembut datuk memujuk.


“Betullah tu.”


“Kalau sudah betul, jangan lengah-lengahkan, ayuh kita pergi.”


Kali  ini, Ali Usman tidak mampu berdalih, tidak boleh memberikan sebarang alasan lagi. Dan dia dengan rela hati menyandang tugasnya semula sebagai kepala jalan menuju ke rumah RAJA SUSUK. Kami segera bergerak.


Hanya bunyi telapak kaki dan kicau burung yang kedengaran. Sesekali terdengar bunyi ranting patah akibat di pijak, diselang seli dengan buni daun pokok yang berlaga sesama sendiri kerana disentuh angin.


Kami bertiga tidak banyak bercakap. Masing-masing tetap berhati-hati. Hati kecil terus digayuti harapan. Semuga tidak ada peristiwa buruk yang bakal berlaku.


“Itu dia rumahnya.”


Sebuah rumah papan tua, beratap zink tertegun kaku di depan mata. Saya terus memasang telinga, menanti ungkapan yang bakal diluahkan oleh Ali Usman. Tetapi, mata sya terus memperhatikan keadaan sekitar rumah papan using itu.


Halaman rumah dipenuhi dengan rumput rampai setinggi lutut. Di bawah rumah terdapat timbunan kayu api di samping beberpa pohon senduduk, mengkudu dan pohon ciku yang menolak lantai. Tidak jauh dari tangga terdapat sebuah perahu lama yang dibuat dari pokok meranti.


Lima ancak yang dibuat dari buluh dan bertiang ( juga dari buluh) dipacakkan di dalam perahu tua. Terdapat lorong kecil untuk laluan seorang sahaja menuju ke kaki tangga yang bersimen separuh. Anak tangga yang berjumlah tujuh semuanya dibuat dari jenis kayu keras.


Sekali pandang, rumah tersebut bagaikan tidak pernah didiami oleh manusia. Pohon ara sebesar dua pemeluk  tumbuh megah di sudut kanan rumah berbumbung limas. Bumbung bahagian dapur bagaikan tidak kelihatan kerana di selimuti dedaun ara yang berjuntaian.


Kehadhiran pokok ara dua pemeluk itu memberikan suasana seram dan suram. Boleh mengundang rasa takut pada orang yang baru melihatnya. Beberapa ekor monyet liar berlompatan dari dahan Ara ke dahan pokok berdekatan yang berjajar menuju kearah bukit  kecil yang tidak jauh dari rumah.


Melihat kedatangan monyet-monyet liar itu terus menjerit sambil menegakan ekornya yang panjang sambil cuba mahu menerkam ke arah kami. Jeritan monyet yang tidak berhenti-henti berjaya menarik perhatian kumpulan monyet yang lain.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box