SIRI 223 DIUSIK MANUSIA KELUANG
Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali.
Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan. Tidak memadai dengan itu, kum¬pulan keluang tersebut terus berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.
Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya.
Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan da¬tuk. Sudah tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian.
Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar.
"Maju terus jangan menoleh ke arah kami.'
Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman.
“Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali.
Dari jauh Ali Us¬man anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Us¬man sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat.
Manusia kelawar juga mengikut rentak All Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. All Usman angkat tangan, dia juga angkat ta¬ngan. All Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala. Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil.
KETAWA
“Jangan ketawa Tamar,” tegah datuk.
“Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk.'
"Biarkan, kita tunggu dan lihat."
"Tapl, dia mempermain-mainkan kita tuk,” saya luahkan rasa kurang senang.
'Kita tengok. sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambtl meng- gigit bibir.
Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan
Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti kata lain, datuk tidak mahu bertindak Dia sekadar ma¬hu menonton saja.
Perhatian kembali ditumpukan kearah All Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar. Di duga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pastl berlaku, Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat?
"Jangan kemana- rnana Kamu duduk dl sini.”
Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat dl panah petir.
Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki larinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeiing ke arah All Usman dan manusia kelawar.
“Nampaknya, da¬tuk mula membuat persiapan,” cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.
"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali, 'sergah datuk.
"Baik tuk." sahut saya cemas
SASARAN
ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh sema¬ngat, kini kelihatan agak lemah
Jarak rnereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hernat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang hidung.
Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan?
Mungkinkah datuk beriindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala. Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.
"Ahhhh "
Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, maslng-masing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh iangkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah da¬tuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut terpaksa dibekukan.
"Dummmm "
Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar.
"Bangun Tamar."
Sedaya upaya saya berusaha untuk ba¬ngun dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri de¬ngan sempurna, jari jemarl kanan datuk menepuk bahu klrl saya tlga kali berturut-turut.
Serentak dengan itu terdengar suara da - tuk menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk menghalau syaitan.
“Nampaknya aku seperti dicabar."
Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut terkupas.Tersentak dengan tindak-tan- duk itu, saya seperti mendapat semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagai- kan tidak terasa.
"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"
MENOLEH
SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan.
Entah macammana, seperti dl dorong oleh sesuatu saya me¬noleh ke arah Ali Us¬man dan manusia kelawar. Kedua-dua- nya terkapar di tanah. Ali Us¬man terlentang menentang langil sedangkan ma¬nusia kelawar tertiarap de¬ngan sepasang kakinya masih menggeletek. ma¬cam ekor cicak yang terputus dari badan.
"Sungguh ganjil, semuanya ganjii."
Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki manusia kelawar.
Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Ta¬nah berhampiran telinga manusia kela¬war nampak berlubang sebesar buah kelapa. Otak nakal. segera mernbuat andaian, mungkin ledakan tereebut berpunca dan situ.
"Ah. dia masih hidup , syukur."
Itu yang muncul di hati. bila melihai sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak. menggeliat ma¬cam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit beri- kutnya terus duduk.
"Ali dah duduk Tuk,” kata saya.
Tiada jawapan dan datuk tetapi, sepasang anak matanya masih terpanah ke arah Ali Us¬man yang sedang menggerakkan kepalanya kekiri dan ke kanan.
" Mari Tamar."
Datuk pun menarik tangan. saya de¬ngan kasar. Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman yang tertonggok kebingungan.
Manusia kelawar yang terkapar tidak karni hiraukan. suara kumpulan beburung gagak yang berpadu dengan suara jeritan kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut. tidak kami pedulikan.
"Ali bagaimana kamu?' Tanya datuk.
Tiada jawapa n dari All Usman.
Datuk terus meletakkan telapak tangan kanan nya ke dahi All Usman. Perlahan-lahan teiapak tangannya bergerak ke atas permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.
Perkara sedemt- kian diiakukan olen datuk sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai penamatnya, belakang Ali Usman ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah. Manusia kelawar terus mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.
PANTAS
DENGAN pantas saya merapatkan sepasang kelopak mata. tidak sanggup melihat muntah Ali Usman yang melambak di tanah. Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat aaya membuka kelopak mata semula. Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir mem¬buat bulu tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya.
Ahhhhhhh "
Saya mengalami kejutan yang luar biasa, bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu kerikil, tanah liat. beberapa batang paku belanda serta serp:han tembikar.
"Muntahkan lagi, biar semua yang ada di dalam isi perut kamu keluar.” lembut nada suara datuk seiembut telapak tangannya mengurut belakang Ali Usman.
"Saya tak terdaya lagi," suara All Usman tersangkut-sangkut.
'Hummmmmmm,,,,'
Datuk menarik nafas dalam-dalam Seiring dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk beiakang Ali Usman dengan sekuat hati.
"Weeeeekkkkkk "
Ali Usman membongkok. Dan iubang mulutnya terpancut muntah air yang keruh dan berkeladak. Baunya masam sekali. Bila muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya. Ali Usman nampak keletihan dan tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur.
"Kamu letih," tanya datuk.
Ali Usman anggukkan kepala
“Tekak kamu kering."
Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk
"Kamu dahaga." All Usman gelengkan kepala.
"Bagaimana, apa¬kah semuanya akan berakhir? tersekat-sekat Ali Usman me- ngajukan pertanyaan. Buat sekeiika, datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu jari kanan.
"Kalau mengikut gerak langkah. petua orang tua-tua. semuanya sudah mahu berakhir," jawab datuk seiamba.
Dan secara tidak langsung memberikan khabar gembira buat saya.
“U uuuhhhhhh '
Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara tersebut. Ma¬nusia kelawar yang hampir dilupakan cu¬ba bergerak dan berdiri. Tetapi tidak berhasil. Suara gagak dan jeritan kelawar liar mula berkurangan. Agak lama juga datuk merenungi ma¬nusia kelawar. Kelopak bibir datuk bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya.
Mungkin dia menyebut sumpah petua orang tua-tua. Mung¬kin juga dia membaca potongan ayat-ayat dari al-Quran. Fikir saya dalam hati.
“Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali ini duiu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau kita terlalu lama di sini, nanti orang yang menunggu marahkan kita.” anak mata datuk menikam wajah. Bibir bawah saya tekan dengan gigi hingga ber- bekas
Apakah pertanya¬an itu wa]ar dijawab dengan kata-kata atau dengan gerak badan Sukar untuk saya membuat keputusan.
"Bagaimana? apa¬kah pendapat aku itu betui atau salah. Tamar?
Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar semacam. Jarang sekali datuk me- minta pendapat atau pandangan dari saya.
"Betui tuk* kata saya penun yakin.
"Hummmm "suara datuk lemah.
Lagi sekali datuk mengusap wajah Ah Usman hingga ke bahagian belakang tengkuk Kedua-dua belah sayap bahu turut men|adi mangsa jari jemari datuk.
MUNTAH
SETIAP kali picit dilakukan, Ali Usman batuk terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan muntah. Dari bahu, jan-jemari datuk turun ke tengah belakangdan akhirnya singgah di bahagian pinggang lebih tepatnya di belikat Ali Usman kegelian. Dengkur manusia monyet sekejap keras sekejap lembik.
"Tamar kamu picit kedua-dua belah buah betisnya."
“ I y a Tuk."
Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan kerjasama yang sungguh baik. Sepa-sang kakinya dilunjurkan, Dan buah betis yang dipadati dengan daging ke¬ras terus saya picit.
“Cuba berdiri.”
Cakap datuk segera di patuhi, secara perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha berdiri. Kkali pertama gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi sama sekali. Tetapi usha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan asal. Alui sman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati. Kegembiraan terpancar dimuka datuk dan saya menarik nafas lega.
“Saya dah pulih.”
Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan senyum berlari di kelopak bibir.. Dua tiga kaii, sepasang tangannya diangkat dan dijatuhkan.
"Aku tahu All. Sekarang saya boleh berjaian?"
"Nanti dulu."
"Kenapa pula” Ali Usman kehairanan.
Datuk tidak memberikan jawapan pasti, sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus membongkok. Dengan hujung ke¬ris pendek dia mencungkll dan mengkuis- kuis tanah lalu dikumpulkan menjadi dua longgokan.
Dua helai daun hijau yang lebar dipetik ranting pokok berdekatan.
Memang diyakini. daun yang berada di tangan datuk adalah daun mengkudu hutan yang mempunyai khasiat tersendiri Setiap urat di daun boleh ditadikan penawar sakit berbisa. Memilih daun untuk dijadikan penawar harus pandai, mesti diipilih urat daun yang bertindih. Daunnya tidak terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis nipis.
PETIK
KEDUDUKAN daun yang mahu dipetik itu mestilah mengarah ke kiblat. Di mulai den gan Bismillah dan diakhiri dengan selawat terhadap Nabi besar.
Ciri-ciri itulah yang diiakukan oleh datuk. Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa daun mengkudu hutan itu dipetik oleh datuk.
"Untuk apa?" tanya saya sendirian.
Bila melihat datuk membungkus dua longgokan tanah de¬ngan daun mengkudu hutan. Tak ubah seperti membungkus nasi lemak.
Kemari dan berdiri di depan aku."
Macam kanak-kanak Tadika Ah Usman mematuhi cakap da¬tuk.
Saya menelan air, perhatian tetap saya tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan jentan kelawar sudah pun berakhir. Di ganti de¬ngan kicau burung.
"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar. Ali Us¬man pun membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang di- inginkan oleh datuk.
"Lagi apa yang mesti saya buat," Ah Usman pula bertanya.
“Begini, semasa aku melumurkan ke¬dua-dua lutut kamu de¬ngan tanah, kamu ba- calah surah Al-Fatihah tujuh kali. minta pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham."
Faham," angguk Ah Usman.
Sebeium bungkusan berisi tanah singgah di kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk ke bahagian bucu bungkusan tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi ta¬nah dihempaskan ke kepala lutut Ali Usrnan.
Bila bungkusan pecah. tanah bertaburan dan Ali Usman menjerit kesakitan un-tuk seketika. Cebisan daun pembungkus segera dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia kelawar.
Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu hulan. ma¬nusia kelawar terus bangun terpekik terlolong mengejutkan dan menghentikan nyanyian beburung.
“Tuk “
Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila melihat datuk mengangkat tangan kiri dan mengembangkan ke lima-Iima jarinya ke arah saya.
GANJIL
GERAK tangan itu bermaksud jangan bertanya kerana dia sedang menggunakan indera yang kelima untuk berhadapan dengan manusia kelawar.
Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk, berkelakuan agak ganjil seperti bersilat. beradu kekuatan dengan seseorang. Datuk berdiiri kaku sambii memeluk tubuh, perhatian ter¬tumpu ke satu arah. Dia bagaikan memisahkan dirinya dan alam nyata untuk masuk ke alam lain.
Bila sudah demikian. secara tidak langsung membawa perubahan fizik pada datuk. Tubuhnya menggeletar sebelum dia undur tiga tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan selamat.
"Haiiiiii "
Teriakan datuk ltu membuat saya terus merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras tengang bercampur bengis. Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping telinga, hujung tengkuk dan pelipis.
Kedua-dua telinga- nya merak hidungnya kembang kempis. Setiap kali dia menarik dan melepaskan nafas dadanya nampak berombak. Urat dan otot ditubuh seperti membengkak.
Jika diperhattkan dengan teliti tanpa berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.