SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK

Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil.

Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersilat, tiba-tiba boleh bersilat macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku.

'Huuuuuuuuuuuuuuu….Ahhhhhhhhhh…."

Suara jeritan itu membuat saya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersembam memeluk pokok jering, macam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudah berubah tempat, duduk bersila di atas tanah yang agak tinggi memeluk tubuh, tidak ubah macam orang bersemadi.

Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yang menekup lubang telinga saya buka. Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia keluang. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jeritan tersebut.

“Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritannya, kamu akan masuk perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkamannya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk.

Dengan pantas sa¬ya renung ke arahnya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi.

'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi.

Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya.

Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya.

Saya renung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba bangun.

Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang.

Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya.

“Huuuuhhhhhhh,”

Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.

Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati.

Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok.

"Ali."

Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman.

JAMAH

SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesua¬tu yang menekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada apa di sisi saya.

"Siapa yang mengganggu?"

Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan-lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya.

'Perbuatan kamu," kata saya.

Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidak langsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya.

Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman.

Saya sedar, datuk dan Ali Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi sa¬ya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan.

" Allah yang maha besar, berilah kekuatan dan keyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.

Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya.

Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cuba melupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri.

Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini.

Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal.

"Uhhhhhhhh….”

Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam

CEMAS

SEPASANG telinga ganjilnya nampak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran. Matanya, tidak berkedip merenung ke arah saya. Dan saya mula bekirak-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus lari menyelamatkan diri.

"Uhhhhhhhhhhhh"

Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa, Dia sudah tercegat di depan saya. Bersedia meletakkan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki. Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi cemas dan takut semacam.

"Selamatkan diri kamu Tamar,”

Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia keluang. Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.

Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali Usman. Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan sekitar.

Di saat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi. Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik mungkin. Dia menguling-gulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut.

Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya biia tubuh datuk berada di bawah telapak kaki akan dijatuhkan dan sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut bumi. Perancangan yang disusun oleh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan perancangan datuk. Di saat ghairah menggolekkan tubuh, tiba- tiba saja datuk kehilangan tenaga.

Tubuhnya keras kaku dan betul-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Dengan tempikan dan ketawa yang tidak putus-putus, sedikit demi sedikit manusia keluang menjatuhkan telapak kakinya, tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah.

Entah macamana dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam dihujung kakinya.

TERAS KAYU

DENGAN sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan ibu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya. Sebaik saja teras merbau hitam yang tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi.

Pada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya terasa loya dan mahu muntah.

Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hampir ke dadanya. Usha ketiga juga tidak menhasilkan sesuatu seperti yang diharapkan.

“Kalau kali ini gagal juga, ertinya memang sudah sampai ajalku, bisik batin datuk sambil matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan bau busuk dan hapak.

Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.

“Allah hu Akbar ........”

CANTUM

Tempik datuk dengan sekuat hati. Suaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang sama, datuk terus berusaha mengubahkan kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usha itu tidak sia-sia.

Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk sudah bergerak jauh ke kanan. Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Dengan berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri. Dalam pada itu sepasang matanya tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang.

Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar rintihan tersebut.

“Kakinya tertusuk benda tajam?”

Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat, saya lihat dia menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusing-pusing sambil mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan ke arah saya, kelihatam benda hitam terbenam di situ. Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan terhincut-hincut.

Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgit-ringgit macam bayi kelaparan susu. Dia tidak tentu arah. sekejap melompat. sekejap bergulung-gulung di bumi. Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, tidak iepas dari pegangannya.

'Bummmmm

Manusia keluang tumbang di bumi terlentang merenung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja. Ada lelehan air jernih dipinggir kelopak matanya. Sedih. Sunguh melihat keadaannya.

“Huuuuuhhhhh.......”

Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api

Dalam masa beberapa detik saja perci¬kan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan manusia keluang. Tubuhnya terbakar terus.

Bunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh manusia keluang menjadi abu dan debu.

Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi ke¬jadian yang menakutkan. Dengan sisa-sisa yang masih ada datuk berjalan separuh me¬rangkak menuju ke tempat mayat manusia keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak-geri datuk dengan hati- hati dan teliti


Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa di duga angin bertiup kencang. Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk.


Wanita yang wajahnya berkeriput dipenuhi dengan ulat-ulat kecil macam ulat nangka terus melakukan serangan mengejut ke arah datuk. Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu, datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri. Serangan dari perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima (tendangan ) pukulan dari wanita tersebut.


Állah hu Akbar”………….”


MAYAT


SERENTAK dengan ungkapan itu, datuk mengenggam abu mayat yang berada tidak jauh darinya. Setelah membaca sesuatu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di awang-awangan di depannya. Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan.

Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju ke arah saya. Datuk yang berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas panjang.

Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke arah tanah lapang dan duduk bersila di situ.

"Kamu berdua mari ke sini."

Datuk merenung tajam ke arah saya dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di sampingnya. Saya berada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya.

"Wajarkah kita masuk ke rumah itu?'

Hujung telunjuk da¬tuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.

"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkan semua kelengkapan di rumahnya, kerana ini adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan, Datuk mengkerutkan dahi, ada sesuatu yang difikirkannya.

“Kamu macamana Tamar?" Soal datuk.

"Saya hanya mengikut."

'Hmmmmmm.............. "

Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Us¬man saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersedia menunaikan permintaan kami.

“lya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik “ Satu jawapan yang sungguh menyenangkan.

Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RA¬JA SUSUK. Ka¬mi pun melangkah dengan sebuah keyakinan yang kukuh.Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecil serupa bayangan wanita berwajah hodoh, kulit mukanya mengerutu macam katak puru. rambut mengerbang bagaikan berterbangan di depan kami. Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bunyi. Semuanya tidak diperhiraukan oleh datuk.

Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa manja kegelian seperti digelitik.

"Jangan peduli semuanya itu."

Datuk mengingatkan kami. Serentak kami anggukkan kepala. Dan akhirnya, anak tangga pertama rumah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman, Dikuti oleh datuk dan saya. Bila anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box