Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati All Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan.
Keresahan segera mengoncang dada. Wajah datuk pun dije¬ling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri.
Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila ter-lihat beberapa ekor lipas lari di lantai ialu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh.
"Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya.
"Yahooooo "
Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan ltu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah.
Hisss............"
Aii Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak ma-tanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup.
Bila kelopak matanya nya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah- olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu
"Hati-hati Ali,'' saya me ngingatkartnya.
"Itu urusan dia, bukan urusan kamu.''
Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk.
Puncak dari kemarahan ltu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung kea rah wanita berwanita hodoh yang tidak disenangi. Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.
Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula di alami. Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan kea rah lain.
Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding ru¬mah menjadi sasaran anak mata. Rasa pe¬ning dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata.
Keselesaan yang baru dinikmaati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanuta berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman beroutik dalam hati.
LEMAH
Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya. Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip.
Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalammi proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya yAng mengerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh atas kepala bayi yang di dukungnya ,. Bekas kulit yang relai segera digati dengan kulit baru yang putuh dan licin.
Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yangrelai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yangkemerah-merahan.
Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam.
“Cantik,” bisik batin saya.
Mata masih terpaku kearah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu mata nya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik.
Rasa takut dan benci segera hilang,, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah.
Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kan purtih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam kabut.
“Dia telanjang bulat,”
Itu reaksi saya semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya.
“Huuuhhhh.....” saya mengeluh geram.
Saya terpesona, bila dia memusngkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan Saya terpesona, bila dia memusngkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan mengeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal.
Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali.
“Rapatlah.”
Saya seakan akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya.
“Rapatlah, Cuma kita saja disini,” ulangnya dengan suara yang serak-serak basah. Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi.
Dengan hati-hati langkah pertam diatur kea rah wanita yang sedangkan mendepangkan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak. Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal.
Langkahpertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan. Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama renggekan berahi.
Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidka wujud lagi. Begitu juga dengan datuk. Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah.
GELORA
Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin , saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel di depan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah makin rancak, makin bersemangat.
“Tamar,” terpinga-pinga suara datuk, “ kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat.”
Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah mana bunyi itu datang. Kerana bunyi nya amat kuat dan panjang membeuatkan gegendang telinga seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut.
Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak keliahatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibny. Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti.
“Datuk, tolong saya.”
Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan ,. Kepala semakin terasa berat.
Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemmudian duduk bersila di lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki. Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir membaca “surah An-Nas” hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu be ansur perlahan dan terus hilang.
"Haaaa sudah ber- henti!"
Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal.
Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya memperdaya kan saya terus hilang.
Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah All Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil.
‘Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam. Anak mata¬nya tetap menyorot tajam ke muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan saya yang sudah pulih dari kuasa semangat wan-ita hodoh, itu resah melihat keadaan Ali Us¬man yang tidak stabil itu.
"Rapatlah," kata wanita itu lagi, "aku ti¬dak boleh melepasi garis di lantai ini,"
Saya segera mencai garis di lantai yang dimaksudkan oleh wa¬nita tersebut. Nyata, dia tidak berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri.
"Rapatlah, “ ulangnya untuk sekian kali.
Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut atau sebaliknya.
"Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampai¬kan atau mahu diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semua¬nya menjadi sia-sia. Aku tak boleh melang¬kah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan aku nada suara wanita ho¬doh lembut merayu minta simpati.
TERMAKAN
ALI USMAN termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan. Wanita berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan merenggek manja, macam di acah seseorang. Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi menghalang niat jahat wa¬nita hodoh tersebut.
"Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja. Ali Usman melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram.
Pada hemat saya se¬suatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh.
"Terimalah warisan peninggalannya." rayu si wanita hodoh
Ali Usman terus melangkah, ketawa wani¬ta dan renggekan si bayi dalam dukungan kian menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu.
"Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras. Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke depan.
Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak bengis. Marah benar dia kera¬na saya mengganggu urusannya.
"Aduh,” jerit saya. Satu hentakkan siku yang kencang singgah dibahu membuat bahu kanan terasa sengal.
Tidak memadai de¬ngan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya ma¬hu bangun. Ketawa wanita berwajah ho¬doh makin galak, makin mengada-ngada. Da¬lam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia bertepuk tangan gembira. Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak.
"Dia penghalang," kata wanita itu.
BENGIS
ALI USMAN merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana menyedari tidak mampu melawan Ali Us¬man, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima tumbukan atau tendangan darinya.
"Huuhhhhh "
Ali Usman melempias-kan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia memusingkan badannya lalu menentang kerelaan.
"Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu." Wanita berwajah hodoh menghulurkan sepasang tangannya ke arah Ali Usman. " Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut.
“Sambutlah, pegang kuku di jari hantu,”wanita mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan ke¬pala, tanda setuju.
"Bercantum."
Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh.
Bila hujung jari Ali Usman hampir me¬nyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gen¬dang kemenangan. Pada fikiran ketika itu, segala-galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.
"Sikit lagi, langkah setapak lagi,” rayu wanita itu.
Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh. Saat jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan gendang makin ber tambah gamat. Suasana kettka itu seperti dalam keadaan kacau bilau.
Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa. Entah
macamana timbul keinginan un¬tuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas lantai.
Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesu- atu. Sudah pasti ayat Quraan yang dibacanya. Saya cuba menenangkan peras an dengan mem¬baca surah "ALAM NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Al¬lah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam dada.
Saat Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman.
MENJERIT
DENGAN kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di lantai, tidak bergerak, kecuali se¬pasang kakinya yang tersentap-sentap.
Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh.
Wanita itu menjerit- jerit dan melompat da¬lam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah hodoh. Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Us¬man yang terkapar di lantai. Semasa datuk bertinggung mahu me- lakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Us¬man bergerak, satu sepakan ka¬ki kiri dilepaskan oleh Ali Usman.
Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu sepa¬kan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk. Ali Usman yang memperolehi kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus me¬ngelak dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas sera¬ngan tersebut.
Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk ber¬usaha menentang anak mata Ali usman sambil melafazkan kata "BISMI- LLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan surah tertentu dan Al-Quran. Hasilnya, kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman.
Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa.
Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.
"Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan.
MEMBISU
SAYA dan datuk terus membisu. Ka¬mi menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh yang sedang memangku anak.
Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi. Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk.
"Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa kamu bawa dua manusia ini suara wanita menguasai ruang khas.
Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung. Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wa¬nita itu.
Dalam keadaan sa¬ya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu yang da-tuk bisikan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan putih.
"Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali Usman. Wa¬nita itu tersenggih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke kanan.
"Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja aku."
"Maksud kamu?" Sergah Ali Usman.
"Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu,'' wanita berwajah hodoh berhenti bercakap.
"Apa hubungan aku dengan kamu?”
"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamal. Bila dia mati, pewarisnya adalah kamu, se¬gala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun ke¬pada kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang."
"Oh, itu bukan uru¬san aku membela syaitan bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman."
Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar. Mata wanita itu juga berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya bertukar mejadi rangka.
BERSAMBUNG