SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH

Dan dalam sekelip mata juga, rangka tersebut kembali kepada keadaan asal. Kemudian bertukar semula menjadi rangka. Bertukar balik menjadi tubuh manusia. Begitulah seterusnya, sering bertukar ganti rupa dan bentuk.


Semasa proses penukaran itu suasana dalam ruang bilik diterangi dengan kilaun cahaya merah dan hijau,  gerakan cahaya  itu tidak ubah macam pancaran kilat.


Bila terpancar warna hijau, tubuh wanita hodoh menjadi rangka, tengkorak kepalanya putih berkilat, lubang mata dan hidungnya terpelahang. Bila bergerak seluruh sendinya berbunyi macam bunyi tayar lori melanggar batu kerikil dijalan baru.


Bila pancaran hijau bertukar merah, rangka wanita bertukar menjadi tubuh manusia yang cukup sempurna. Pancaran warna yang sering bertukar menyebabkan pandangan menjadi silau. Mata menjadi pedih dan perit.


Seiring dengan pancaran warna itu, terdengar suara lelaki mengerang, merintih menahan rasa sakit yang amat sangat serta diselang seli dengan suara perempuan ketawa dan mengilai panjang.


Apa yang terdaya kami lakukan adalah pasrah pada keadaan. Bersedia menghadapi apa saja yang datang. Jauh di sudut hati, masih berbunga harapan yang datuk tidak akan berdiam diri, jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.


Ali Usman kelihatan tidak tenang sekali. Wanita hodoh terus mengusap-usap kepala bayi yang dipangkunya, Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai terus bergema.


“Kita hadapi apa saja yang terjadi,” dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk masih sempat melafazkan pesanan.


“Saya faham dan bersedia,” balas Ali Usman.


Dan saya hanya angguk kepala.


Tiba-tiba secara mengejut, pancaran cahaya hijau merah berhenti. Sekujur tubuh wanita berwajah hodoh kembali dalam bentuk asal, tidak lagi bertukar menjadi rangka. Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai turut lesap. Keadaan kembali tenang. 


“Kenapa senyap dan sunyi,” bergema persoalan dalam kalbu, bila berdepan dengan situasi yang saya kira cukup ganjil sekali. Rasa sepi menguasai sekitar.


Ruang bilik yang tadi riuh rendah dengan berbagai-bagai bunyi, bertukar rentak terasa sunyi dan kosong. Gegendang telinga bagaikan hilang kuasa untuk menangkap sebarang kesan bunyi yang terjadi dalam bilik. Rasa cemas dan takut bersarang di dada. 

Kami saling berpandangan dan mengharapkan salah seorang daripada kami dapat memberikan idea utuk memecahkan kebuntuan yang sedang dialami. Wanita berwajah hodoh tahu masalah yang sedang kami hadapi, Dia tersenyum dan akhirnya ketawa. Dia melafazkan sesuatu ke arah kami.


Sayang, apa yang dituturkan tidak mampu ditangkap oleh anak telinga kami. Wanita berwajah hodoh makin menjadi-jadi, dia menari-nari sambil mengoyang-goyangkan punggungnya.


“Allah hu Akbar.”


Datuk bertempik sambil tangan kirinya memukul lantai bilik. Serentak dengan itu gegendang telinga kami berfungsi kembali, semuanya dapat didengar dengan jelas dan terang. Rasa sepi yang  menguasai segera berakhir. Bunyi bising dan hinggar binggar datang kembali.


SENYUM


Muka Ali Usman segera saya lihat. Ada senyum berlari di kelopak bibir. Datuk juga saya renung, orang tua itu masih membongkok, telapak tangannya kelihatan melekat di lantai seperti kena gam.


Datuk kerah seluruh tenaganya untuk memisahkan telapak tangannya yang melekat. Urat leher dan di lengannya nampak timbul.


“Dia mula memperdayakan aku ,” cetus datuk dengan muka berkerut.


“Itu satu permulaan,” wanita berwajah hodoh menyindir.


“Aku tahu, jangan fikir au mahu menyerah begitu saja,” keras nada suara datuk.


Benih-benih peluh mula meruap di dahi dan pangkal leher. Tidak ada tanda-tanda datk mahu menyerah. Segala kekuatan tenaga dan ilmu mula dimanfaatkan.


“Allah hu Akbar,” 


Suara kemenangan menguasai seluruh ruang bilik. Telapak tangan yang melekat di lantai terpisah. Datuk berdiri gagah dan wanita berwajah hodoh tercengang, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.


“Mengapa aku harus menjadi mangsa kamu,” satu pertanyaan yang garang dari datuk.

“Tanpa kamu, semua angkara ini tidak terjadi.”


“Aku sekadar menolong.”


“Pembohong, kamu mahu menjahanamkan apa yang ada pada aku.”


“Biar aku jelaskan.”


“Diam.......” jerit wanita berwajah hodoh.


Datuk terdiam tetapi, sepasang bola matanya tidak bergerak dari menatap   seluruh tubuh wanita tersebut. Datuk tahu, kalau renungannya dialihkan ke arah lain dia akan menerima akibat buruk. Jeritan yang bergema sebentar tadi bertujuan untuk mengalihkan perhatian datuk. Secara lojiknya, tidak ada sebab wanita tersebut mesti menjerit kerana datuk bercakap dalam nada suara yang lembut, penuh persahabatan.


“Kamu orang tua sial.”


Jari telunjuk wanita hodoh menuding ke arah batang hidung datuk. Darah saya tersirap kerana datuk tidak bertindak balas. Masih tenang, seolah-olah kata-kata itu tidak memberikan sebarang kesan pada dirinya.


“Bummmmmmm.....”


Satu ledakan kecil terjadi di depan wanita berwajah hodoh. Seluruh ruang bilik mula dikuasai bau hangit dan hapak. Kepulan asap kecil dan nipis muncul di kiri kanan wanita tersebut.


Asap nipis sedikit demi sedikit bertukar warna menjadi hitam tebal hingga tubuh wanita yang memangku bayi hilang dari penglihatan kami.


“Kita keluar dari rumah neraka ni,” satu usul dari Ali Usman.


“Ayuh,” sahut saya.


Tdak ada sebarang bantahan dari datuk. Serentak kami memusingkan ubuh menghala ke pintu untuk keluar. Sebelum langkah sulung dimulakan, terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Badan terasa bergegar, dan terangkat secara perlahan-lahan.


TERHEMPAS


Sebelum pun sempat kami mengatur strategi, tubuh kami berpusing-pusing dalam ruang bilik yang hangit dan hapak. Akhirnya terhempas ke dinding dengan kuat, seluruh sendi bagaikan mahu tercabut rasanya. Sakitnya tidak boleh di ceritakan. Lebih dari lima minit kami terkapar di situ.

“Hei kamu semua, mahu ke mana?” 


Wanita berwajah hodoh tercegat di depan kami. Bayi yang dipangku berubah tempat. Kini berada di atas bahu dengan kedua belah kakinya terjuntai ke dada hampir mencecah hujung puting payu dara. Kedua dua belah tangan bayi memeluk dahi ibunya.


“Bagaimana? Masih macam tadi juga?”


Ternyata pertanyaan itu ditujukan kepada Ali Usman yang baru saja menyandar tubuh ke dinding. Datuk terus memicit hujung sikunya. Bunyi deru angin sudah mati, digantikan dengan bunyi bising yang tidak menentu.


“Bagaimana, masih mahu berkeras?.”


Suara wanita berwajah hodoh bertambah lantang. Mungkin dia marah kerana pertanyaan tidak dijawab oleh Ali Usman. Bunyi bising hilang secara mengejut. Datuk sudah pun berdiri, saya masih terkial-kial berusaha untuk duduk macam Ali Usman.


“Tak dapat nak buat keputusan,” ulang wanita berwajah hodoh.


Ali Usman terus membisu.


“Kamu menolak peluang yang baik ini?.”


“Iya, aku menolak,” tingkah Ali Usman penuh yakin.


“Kamu mengkhianati perjanjian yang dibuat antara aku dan bapa saudara kamu.”


“Heii, aku tidak masuk campur dalam perjanjian dengan syaitan, perkara itu memang aku tidak tahu. Macam mana, aku kamu babitkan.”


“Kamu pengkhianat.”


Wanita berwajah hodoh tidak mampu mengawal kemarahannya. Mukanya nampak merah. Dua tiga kali dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai bilik. Rumah terasa bergegar seketika.


Dalam keadaan yang begitu kritikal, Ali Usman dapat berdiri lalu menghadapkan wajahnya ke muka wanita hodoh.


“Jangan tentang anak matanya Ali,” terpancut kata dari kelopak bibir datuk, “ kekuatannya sekarang berkumpul di situ, dia akan menggunakan segala kebolehannya menunduk kamu.”


“Hai orang tua, ini bukan urusan kamu,” dengan segera wanita hodoh mengalihkan pandangannya ke arah datuk.


“Aku sekadar menolongnya, memenuhi permintaannya,” balas datuk dalam nada suara yang lembut dan tenang.


HODOH


Saya lihat wanita hodoh menarik nafas dalam-dalam. Bayi yang berada di tengkuk diturunkan lalu dipangku dan dihayunkannya ke kiri dan ke kanan. Sepasang tangan dan kaki bayi bergerak-gerak. Terdengar suara bayi merengek kegelian. Sebaik sahaja suara rengekan itu berhenti, bayi dalam pangkuan segera didakap erat ke dada. Kedua-dua belah pipi wanita hodoh nampak kembung, macam perut ikan buntal.


“Puuuhhhhh.....”


Saya melihat ke arah mulut wanita hodoh, baju dan seluar datuk nampak bergerak, begitu juga rambutnya. Datuk terpaksa membongkok melawan arus angin yang keluar dari mulut wanita hodoh, andainya datuk berdiri tegak sudah tentu badannya bergerak dan terhumban ke dinding seperti tadi. Sebelum kejadian pertama berulang untuk kali kedua, datuk sudah pun mempersiapkan diri.


Wanita hodoh kelihatan panik, hembusan angin dari mulut yang selama ini, mempunyai kekuatan ntuk menjatuhkan pokok dan manusia, ternyata ali ini tidak berfungsi. Datuk masih bertahan dalam keadaan yang cukup selesa. Wanita hodoh yang tak kenal erti putus asa terus berusaha. Kali ini dia dibantu oleh bayi dalam pangkuannya. Tetapi, tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk.


“Dia lelaki tua yang hebat.” Keluh wanita hodoh.


Rasa kecewa dan hampa tergambar diwajahnya kerana gagal menghempaskan tubuh datuk ke dinding melalui hembusan angin dari mulut.


Bayi dalam pangkuan bersuara seperti katak memanggil hujan Wanita hodoh tumpukan seluruh perhatian pada nada dan irama bunyi suara tersebut. Dua tiga kali dia anggukkan kepala, menandakan faham dan mengerti dengan erti bunyi tekanan nada suara si bayi dalam pangkuan.


“Itu satu arahan,” tutur datuk.


“Bukan urusan kamu,” balas wanita hodoh.


Datuk tersenyum sinis. Ali Usman mengigit jari manis dan saya ingin mempastikan apakah kata-kata datuk itu tepat atau sebaliknya.


Ramalan datuk menjadi kenyataan. Nada suara si bayi yang menyerupai bunyi katak memanggil hujan adalah satu arahan. 


Sebaik suara itu berhenti. Wanita hodoh menundukkan kepalanya ke lantai, kemudian diangkat perlahan-lahan, hingga tegak 90 darjah, menentang anak mata hitam datuk.


Dengan pantas datuk membengkokkan kepala lututnya yang sekali gus merendahkan tubuh hingga anak matanya berada di paras dada wanita hodoh. Dalam erti kata lain, mata datuk tidak berlaga dengan anak matanya. 


Tindakan selanjutnya, wanita hodoh meluruskan kedua-dua belah tangannya ke depan dan turut merendahkan tubuh seperti datuk buat seketika.


Berdiri kembali dan kali ini bayi dalam pangkuan menhulurkan sepasang tangannya ke arah wanita hodoh. Tanpa membuang masa wanita hodoh mematahkan jari telunjuk kiri dan kanan bayi dengan tenang. Setiap batang jari telunjuk yang dipatahkan itu dicabut, bayi dalam pangkuan ketawa macam digelitik.


Kedua-dua jari telunjuk yang dicabut itu diramas-ramas sehingga menjadi berkeping-keping. Kemudian diuli hingga bulat sebesar buah guli kaca. Dan guli dari jari kelingking itu dibalingkan ke arah datuk. Kerana datuk sentiasa bergerak dan pantas mengelak tidak ada satu pun yang singgah di tubuh datuk.


Semuanya terhempas ke dinding bilik akhirnya menghasilkan ledakan kecil-kecilan yang membingitkan anak telinga. Saya dan Ali Usman menyaksikan semua kejadian aneh itu dengan penuh teliti di samping berjaga-jaga. Bimbang kalau kami berdua akan menjadi mangsa emarahan wanita hodoh.


“Huuuuhhhh,”  jerit wanita hodoh sambil menampar-nampar dada dan meramas-ramas kepala bayi dalam dakapan. Dia bagaikan tahu, bahawa datuk bukanlah lawannya.


Dia perlu mengatur strategi lain hingga kejayaan berada di pihaknya. Apa yang pasti si wanita hodoh memang tidak kenal erti putus asa. Tidak kenal erti kekalahan. Apa yang dia tahu ialah kemenangan harus berada di pihaknya.


JALAN


Satu-satunya jalan menuju kemenangan ialah mempergunakan, kelemahan Ali Usman. Untuk kesekian kalinya anak matanya mencari anak mata Ali Usman. Pesan datuk tidak dilupakan. Ali Usman segera berusaha dengan sedaya yang boleh agar anak matanya tidak bertembung dengan anak mata wanita hodoh.


Di saat Ali Usman dan wanita hodoh berlawan, datuk mengambil peluang meluruskan tangan. Kemudian dengan tenang datuk berdiri seperti biasa, mengeliat untuk menghlangkan lenguh-lenguh di sendi akibat terlalu lama membongkok. 


Di samping itu datk membuka langkah silat-silat yang agak ganjil. Dengan menggunakan kekuatan kedua-dua belah ibu jari kakinya datuk mengatur langkah silat. Silat yang menggunakan ibu jari kaki kiri dan kanan untuk mengawal pergerakan badan dan langkah silat, jarang digunakan oleh datuk. Malah dia tidak pernah mengajar ilmu silat yang disebut SILAT SABUI kepada saya.


Silat yang banyak menggunakan kekuatan ibu jari kaki dan ibu jari tangan itu, lebih tertumpu pada kekuatan mental dan gerak cepat bahagian lengan, betis kaki yang mengerakkan jari jemari kaki dan tangan untuk mencakar bahagian dada, muka dan belakang lawan hingga terkoyak dan sekali gus menarik dan tulang pihak lawan terkeluar dari bahagian tubuh.


Silat Sabui ini berlandaskan kerohanian yang tidak lari dari hukum agama. Tetapi, kalau salah bawa boleh terpesong jauh dari hukum-hukum agama malah boleh terkeluar dari akidah.


Itulah salah satu sebab datuk tidak mahu menurunkan ilmu silat itu kepada anak muridnya kecuali hal-hal pengetahuan agama. Tidak boleh diajarkan kepada sebarang orang.


Apa yang saya tahu cuma ada tiga orang sahaja anak muridnya di Tanah Semenanjung, seorang di Benut- JOHOR dari suku Bugis, seorang di kawasan Padang Terap-Kedah dari suku Acheh dan seorang lagi di Kawasan Pulau Kerengge-Terengganu.


Anak murid di Benut lepasan Sekolah Al-Junid-Singapura, seorang lagi AL-Mashoor, Pulau Pinang dan yang akhir tamat pengajian dari Arab Saudi. Mereka adalah tokoh agama ulama tempatan dan tidak ramai yang tahu tentang kebolehan ketiga-tiga insan tersebut.


Sebabnya, mereka ditegah memperlihatkan kebolehan atau ketangkasan ilmu yang dimiliki pada khalayak ramai. Silat Sabui, hanya boleh dimanfaatkan bila keadaan terdesak. Tetapi wajib digunakan demi mempertahan agama dan maruah bangsa terutama bila diancam oleh puak bukan Islam yang bertujuan mempersendakan agama Allah.


Andainya, anggota silat Sabui tidak memanfaatkan ilmu yang ada untuk mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam, mereka dianggap dayus dan tidak keterlaluan boleh dicap sebagai pengkhianat agama.


“Berhenti.” 


Saya dan Ali Usman terkejut. Suara wanita hodoh cukup kuat. Rupa-rupanya dia sedang menuangkan kemarahannya ke arah datuk yang sedang menyusun tapak langkah silat sabui.


Matanya merah menyala, macam biji saga dan dari kedua-dua belah bahunya keluar asap. Telinga kiri dan kanannya sekejap mengembang, sekejap mengecut mengikut tarikan nafasnya. 


“Kamu biadap, ambil ini.”


Wanita hodoh mencampakkan bayi dalam pangkuannya yang sudah menjadi seketul bara ke arah datuk. Kerana sudah menjangka apa yang akan berlaku, datuk sudah bersedia. Dengan meluruskan kedua belah tangan dan mengembangkan telapak tangan dan jari jemari ke arah ketulan bara besar yang menuju ke arahnya.


Tiba-tiba kelajuan ketulan bara terhenti di tengah-tengah antara datuk dan wanita hodoh, berlegar-legar di situ sambil mengeluarkan bunyi letupan kecil yang membentuk bunga api halus dan tajam. Tiba-tiba wanita hodoh terjatuh di lantai dan ketulan bara yang berada di awang-awangan kembali menjadi bayi lalu kembali ke pangkuan  wanita hodoh.


“Hiss................” nyaring suara wanita hodoh.


Dalam sekelip mata dia sudah berdiri, Semua rambutnya menutup muka. Biji matanya tidak dapat dilihat kerana dilindungi rambut yang hitam. Saya kira ini juga merupakan taktik.


Dengan berbuat demikian, kami bertiga menyangka matanya di tutup rambut tidak dapat melihat kami, pada hal dari celah-celah rambut hitam itu dai dapat melihat anak mata kami bertiga dengan jelas.


JELAS


Dengan demkan dia dapat  melakukan sesuatu atau melemahkan kami melalui renungan matanya yang bertembung dengan mata kami.


Dan kali ini bayi dalam dakapan yang sejak tadi diam, tiba-tiba menangis dengan semahu-mahunya. Ini juga merupakan satu helah, bagi menarik perhatian saya, Ali Usman dan datuk. Bila kami terleka  atau terlalai dia akan melakkan sesuatu untuk membinasakan kami.


“Aaaaaa......”


Itu tanda isyarat dari datuk agar kami berhati-hati dan berjaga-jaga. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan tipu helah wanita hodoh itu. Kerana isyarat sudah diberikan, maka kami pn lebih bersedia.


Perhatian saya dan Ali Usman tertumpu ke arah tubuh wanita hodoh yang menggerakkan tubuhya dari kiri ke kanan secara perlahan-lahan. Bila bahagian dadanya berdepan dengan dada Ali Usman, gerakan tubuhnya terus terhenti. Rambut hitam yang menutup muka sebelah kiri dikuaknya lalu disangkutkan ke telinga. Dengan sebelah mata dia memandang ke arah Ali Usman.


“Kau manusia pendusta, pengkhianat. Tidak sebaik bapa saudara kamu. Kamu yang mungkir janji, tidak akan aku lepaskan begitu saja,” satu amaran keras dari wanita hodoh untuk Ali Usman yang nampak terkejut.


“Tapi..”


“Jangan bertapi lagi, kamu terimalah akibat dari perbuatan kamu,” wanita hodoh memotong cakap Ali Usman dengan pantas sekali.


Dan kali ini Ali Usman nampak cemas, entah mengapa tiba-tiba badannya mengigil semacam, tidak boleh berdiri. Semua urat urat sendinya bagakan terasa mahu bercerai.



Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box