SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI

Wanita hodoh itu menggunakan kekuatan ilmu aliran nadi yang disalurkan kearah tumit kakinya yang bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman.


Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah kurus ke atas papan lantai sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh.


Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk tangan. 


Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya.


“Allahu hu Akbar.”


Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali berada di lantai tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya.    


Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku. Papan yang patah jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap masuk. Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria menjadi keruh dan cemas.


“Kubur untuk kau,” kata datuk.


“Belum tentu.” Sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau.


Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.


“Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji,” sindir wanita hodoh sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang.


“Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara,” sebuah ikrar terpancar dari kelopak bibir datuk. Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk.


“Hai, orang tua nak mampus, usak masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini,” satu permintan yang keras dari wanita hodoh untuk datuk.


Di Sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran kemarahannya unuk kali kedua.


Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap. Tetapi, kali ini dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran laser, Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri Manakala dari kiri dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambur hari raya.


GAGAL


Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain. 


Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar sebutannya. Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang pukang dan saling tindih menindih.


Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengelurakan bau hangit yang amat sangat.


“Bodoh sial,” Wania hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk. Dalam perkiraanya, bila datuk marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau kelemahan diri datuk. Dengan itu mudah lah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu penghalang cita-citanya. 


Segala usha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak memperlihatkan sebarang reaksi.


Sebaliknya terus mendekati Ali Usman. Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu  menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada wanita hodoh. Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu dimatikan. 


“Kraaakkkkk....”


Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut patah (terutama di kiri kanan papan yang patah  pada mula-mula tadi) membentuk permukaan yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat.


Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu bata tua yang penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang tersedia di lantai.


“Telaga timbul dalam bilik,” itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di akal. 


“Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga,” wanita hodoh membalas komen saya.


Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam macam bunyi yang lebih menakutkan daripada tadi di dalam bilik.


Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-ribu kala jengking di atas lantai. Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan lantai dengan kuku jari hantunya.


PERUT


Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu bekecai dengan otakbersemburan. Empurung epalanya terbelah dua. Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung. Darah bertebaran di lantai.


Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya. Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilngi darah merah segar.


“Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati,” tersengar ratapan dari wanita hodoh. Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita hodoh memijak-mijak tubuh sibayi. Darah memancut-mancut dari tubuh bayi ang malang. Waita hodoh duduk mencangkung di depan tubuh bayi yang terkapar. 


Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat darah bayi di lantai serta menalan tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah. 


Sebahagian daripada darah merah ang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut dengan penuh nafsu.


Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan. Tidak sampai sepuluh minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan terus hilang entah kemana.


Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itui tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak senonoh, Satu persatu wanita hodoh memperhatikan wajah-wajah kami dengan rasa geram.


“Kamu sebenarnya tidak diingin disini,” tutur datuk.


“Kedatangan aku kerana janji.”


“Orang yang berjanji sudah mati.”


“Dia sudah menyediakan antinya,” tingkah wanita hodoh.


“Gantinya tidak bersedia,” jawab datuk.


Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatanmembengkak. Perlahan-lahan sepasang tangan nya diangkat separas dada. Daging dijari jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal ialah tulang jari. Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua dua belah daging sikunya relai.


“Kakinya, “ kata saya.


Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki wanita hodoh. Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging kaki dan tangannya relai di lantai.


Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu. Tdak tahu dari arah mana semut-semut itu datang. Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana.


Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-semut merah yang kelihatan masih belum puas. Bunyi suara meresik memanjang yang membingitkan anak telinga hilang secara mendadak.


“Pelik.”


Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya.Jelas kelihatan dahinya berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang difikirkan. Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.


Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam gerabak keretapi baerjalan atas landasan menuju kearah bahagian kaki yang masih berdaging.


PAHA


Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain berpecah kebahagian lengan, meraap ke dada. Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran. 


“Dari mana semut itu datang.”


Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap bahunya sambil mengelengkan kepala.


“Ganjil sungguh,” keluh Ali Usman.


Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir.


Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih berminat melihat gerak geri semut-semut mearh yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh wanita hodoh yang terkedang di lantai. 


Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut-semut merah masih bergerak. Renunannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya.


Daya melawan masih ada dalam dirinya. Dan wanita hodoh cuma berusaha menghalau kumpulan semut dengan mengeliat dan mengerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai.


Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semut-semut merah yang masih berada di badannya. Kumpulan yang tinggal itu semakin aggresif mencarik-carik daging tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal tulang.


Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya. Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu saja.


Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah. Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat.


“Allah hu Akbar.”


Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka. Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang, tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit.


Seling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbka sendiri. Begitu juga dengan atap di bahagian tersebut sudah terkobak. Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat.


Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi  berpesta riang memamah daging tubuh wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi. Sinar matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ditepi  longgokan tulang rangka.


“Semuanya macam tidak masuk akal,” Ali Usman memberikan komentar.


“Susah nak cakap,” balas datuk.


Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana yang tidak pernah difikirkannya.


“Kruuuuuupppppp.” 


Tulang-tulang rangka bergerak sendirian, Beberapa detik berikutnya perlahan-lahan tulang rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu  jatuh satu persatu dan berserakan di lantai. Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan. 


BERJALAN


“EH, tulang rangka berjalan?”


Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk  dan  Ali Usman. Tulang-temulang yang berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan. Bagaikan ada kuasa tertentu atau angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok.


Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang, tulang bahu dan tengkuk. Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong, hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap ke langit.


Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu. Ganjil sekali, biasanya kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan Ali Usman.


“Ini bukan sebarang kalkatu,” datuk luahkan suara hatinya.


Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk.


Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang.  Dalam sekelip mata saja jumlahnya bertambah lalu bergabung dengan kalkayu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok.


Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi  berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan seperti bentuk piramid. Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang.


Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan  piramid keluar, terutama di bahagian tengah. Kumpu;lan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji bantal guling. 


“Tunduk,” jerit datuk, “jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut,” sambung datuk.


Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai. 


“Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja,” datuk meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk.


Kumpulan kalkatu yang datang menyerang  itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding.


Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjasi butir-butir pasir yang halus. Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding.


Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga batang leher terasa tidak selesa. Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box