SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN

Keadaan ini membuat saya resah semacam. Rasanya ingin menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian datuk. Biar dia tau apa ang sedang kami alami. Tetapi, bila memikirkan keadaan itu akan menimbulkan masalah pada datuk, saya tidak jadi melakukannya.

 

Dalam perasaan yang kacau bilau itu, kulit kepala terasa perit dan pedih. Tiba-tiba Ali Usman mengeluh kecil dan batuk berkali-kali. Saya rasa ini merupakan usaha untuk menarik datuk pada kami berdua. Helai-helai rambut terus jatuh ke lantai.


Saya kira kalau keadaan ini berlanjutan lebih dari satu jam. Tidak mustahil kepala say a dan Ali Usman akan botak. Entah mengapa saya  jadi marah lalu menghentakkan kaki ke lantai.


"Jangan banyak karenah, bertenang dan terus tunduk." tutur da¬tuk lantang.


"Tengkuk rasa tak selesa." balas Ali Usman.


"Jangan membantah." herdik datuk.


Saya dan Ali Usman menarik dan melepaskan nafas. Rambut atas kepala terus luruh, bagaikan daun kering.


Sekumpulan anai-anai dalam jumlah yang besar bersama bunyi mengaum, macam bunyi lebah, keluar dari bawah tulang selonggok.


"Dari mana datangnya binatang ni?" Saya bertanya.


"Bukankah dari anai-anai, jadinya kalkatu," sahut datuk


"lya.”  balas Ali Usman.


"Bila kalkatu tak ada sayap, dia pun jadi anai-anai semula.” sebuah penjelasan dari datuk yang membunuh keraguan hati saya.


Seperti kalkatu tadi, kumpulan anai-anai ini bergerak menuju ke arah saya dan Ali Usman. Kerana bergerak dalam kumpulan yang banyak. Bunyi kaki kumpulan anai-anai itu jelas kedengaran, macam bunyi orang menarik kertas di lantai papan. Saya dan Ali Usman jadi cemas dan takut.


Macam-macam yang saya fikirkan, apakah nasib kami berdua seperti nasib wanita hodoh. Seluruh daging yang melekat di tulang akan menjadi habuan anai-anai. Kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan, saya dan Ali Usman pasrah saja.


Sungguh mengejutkan, bila kumpulan anai-anai itu, mendekati rambut yang berserakan di lantai entah mengapa, kumpulan anai-anai itu berpatah balik ke arah tulang selonggok. Tetapi, hanya separuh jalan, kumpulan anai-anai itu mencari rekahan papan lantai lalu menyelinap dan hilang darit pandangan kami berdua.


"Sekarang luruskan badan kamu berdua," ungkap datuk.


Arahannya segera kami patuhi. Rasa lenguh di batang leher mula beransur hilang. Dua tiga kali leher saya pusingkan ke kiri dan ke kanan. Datuk se nyum.


"Begini" datuk sandarkan badan ke dinding."sebenarnya yang jatuh atas lantai itu bukan rambat kamu. Itu bulu kabung, memang sumpah dan pantang makhluk ja¬dian berdepan dengan bulu kabung." sambung datuk tenang.


Tanpa membuang  masa datuk terus mengambil bulu kabung atas lantai. Dengan tenang dimasukkan ke dalam pundi kecil yang dibuat dari kain hitam. Dan pund i itu dimasukkan ke dalam saku baju sebelah dalam.


"Aku rasa selepas ini tak ada lagi hal-hal yang menakutkan. Semuanya sudah sampai penghujung," lemah benar suara datuk. Dia terus duduk di lantai. Tetapi, kami masih berdiri terpacak.


“Saya juga berharap begitu” Ali Usman meluahkan rahsia hati. 


"Terus terang saya katakana, saya dah tak larat," saya mengeluh.


“Huummmm...,” suara datuk terkulum 


“Zuuummmm........” 


Enam biji mata tertumpu ke arah bunyi tersebut, tidak jauh dari longgokan tulang. Kepulan asap nipis muncul dan terus mengelilingi tulang selonggok dalam tempoh waktu kurang dari lima minit, asap nipis itu bersatu.  Kemudian asap itu naik menegak menuju ke arah tulang bumbung rumah.


HARUM


BAU harum bercampur dengan bau kemenyan dan kayu cendana mula menyumbat lubang hidung kami bertiga. Kalau tadi lubang telinga saya disumbat dengan bunyi deru angin dan suara lebah, tetapi, kali ini diasak dengan suara binatang liar.


"Ada cubaan lagikah datuk," tanya saya hiba.


“Bertenang Tamar,” balas datuk. Saya terlihat bahagian lantai yang pecah dan membentuk bulatan seperti telaga yang bersimen, kian jelas kelihatan. Saya juga terdengar bunyi kocakan air telaga yang diiluti dengan suara perempuan bercakap sesuatu.


“Telaga buta dalam rumah.” Ali Usman terkejut.


“Iya,”  jawab datuk. “Kita tengok apa yang akan terjadi.”


Sekarang di hadapan tertonggok sebuah perigi lama. Asap yang menjulang ke arah tulang bumbung bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bibir telaga yang bahagian tepinya bersimen. Dan dalam sekelip mata permukaan telaga lama tidak kelihatan hilang dalam pelukan asap nipis yang sudah menjadi tebal. Begitu juga dengan longgokkan tulang, hilang entah ke mana.


Harum kemenyan dan cendana masih dapat  kami hidu. Sungguh mengejutkan, ra¬sanya tidak percaya dengan apa yang ada di depan mata. Dua tiga kali mata saya gosok dan pejam celikan.


“Aku bermimpikah Ali." tanya saya.


“Maksud kamu Tamar?”


"Barangkali kamu tidak melihat apa yang aku lihat Ali."


"Maksud kamu bayang-bayang perempuan." 


"lya" 


“Kalau begitu kita melihat benda yang sama.” Nada suara Ali Usman cemas dan takut.


Kami melihat objek yang sama. Di tempat asap berkepul yang memanjang ke atas segera diisi dengan bebayang tubuh wanita yang memberahikan. Sebagai orang muda, berdebar juga hati. Dan makin lama, bebayang itu makin jelas kelihatan. Dan akhirnya wujud di depan kami seorang wanita.


Berkulit putih, berambut panjang hingga paras pinggang dengan sepa sang mata bundar yang menarik. Telaga lama yang hilang wujud kembali di depan mata. Si wanita memberikan senyuman bersama jelingan yang tajam menggoda. Pada saat itu saya segera mengingati wajah beberapa orang pelakon wanita filem Melayu dan Hindus¬tani. Memang tiada seorang pun yang menyamai kecantikan paras, ketinggian dan bentuk tubuh wanita tersebut.

Dengan langkah yang bergaya, goyang punggung yang mendebarkan serta gerak payu dara yang lembut membuat saya menarik nafas. Pada hemat sa¬ya, datuk yang tua juga tergugat. Ali Usman usah disebut, gelora rasanya tetap macam saya.


Si wanita cantik terus melangkah hingga sampai ke bibir telaga lama. Dia menoleh ke arah kami lalu melemparkan senyuman dan jelingan tajam. Semasa kaki kanannya diangkat untuk memijak bibir telaga yang dibuat dari simen, lagi sekali hati saya berdebar. Buah betisnya yang putih merah nampak terserlah.


Mungkin untuk menggoda atau memang terpaksa, kain batik jawa yang dipakai terus diselak hingga ke pangkal paha. Entah mengapa rasa geram dan berahi terus mengegar kalbu. Serta merta tubuh saya menggeletar. Antara sedar dengan tidak, saya dapati wanita itu sudah berada betul-betul di tengah-tengah mulut telaga.


Dari segi logiknya, tubuh itu mesti jatuh ke dalam perut telaga. Kenyataan di depan bagaikan menafikan kelojikan tersebut. Si wanita cantik masih berdiri di situ seperti berada di awang –awanngan.


TERANGKAT


BEBERAPA saat berikutnya.


Tubuh wanita cantik secara perlahan-lahan terangkat melepasi tembok telaga lama. Dari bahagian pinggangnya hingga hujung kaki terbuai-buai, macam daun pisang dirempuh angin.


Pada peringkat awal gerakannya nampak perlahan-lahan dan lembut. Kemudian bertukar kencang beserta dengan deru angin.

Bila bunyi deru angin terhenti, baha¬gian tubuh yang terbuai-buai juga berhenti. Sukar untuk mempastik dari arah mana bunyi deru angin itu datang.


Dan dengan secara mengejut bunyi deru angin terus mati. Ba¬hagian bawah tubuh wanita itu terus kaku, tidak bergoyang lagi. Tetapi, ada perubahan terjadi di bahagian tu¬buh yang kaku itu. Dari pinggang hingga ke kaki keadaannya su- dah bertukar menjadi badan ikan. Manakala separuh lagi (bahagian atas) dalam keadaan tubuh manusia biasa.  


“Manusia ganjil.”  kata saya.


“Separuh manusia, separuh ikan,” sahut Ali Usman.


"Jangan banyak cakap, tengok saja." sergah datuk.


Saya dan Ali Us¬man berpandangan. Dan wanita separuh ikan, separuh manusia masih berada ditempatnya, terawang-awangan. Masih mempamirkan senyuman yang menyenangkan. Masih berkesempatan memberikan jelingan yang mempesonakan mengundang rasa geram dalam hati saya.


"Kamu puteri duyung," kalbu bertanya sama sendiri. Wanita cantik menggelengkan kepala. Dia bagaikan tahu apa yang bergelora dalam hati.


Dalam erti kata lain wanita itu dapat membaca suara hati saya secara batin. Mungkin gerak tubuh juga dapat ditafsirkannya. Kalau begitu ada baiknya berdialog dalam hati.


"Kamu puteri duyung?"


Wanita cantik gelengkan kepala.


"Jadi siapa kamu yang sebenarnya"


Wanita cantik itu memusingkan tubuh¬nya, membelakangi kami bertiga sambil menggerak-gerakkan pinggangnya.


“Hussss.......” 


Ali Usman mengeluh dan pada masa itu juga, wanita cantik kembali kepada kedudukan asalnya. Berhadapan dengan saya dan Ali Usman. Datuk bagaikan tahu, apa yang bakal dilakukan oleh wanita cantik. Datuk segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia membelakangi wanita cantik itu. 


Memang, sejak kemunculan wanita can¬tik itu, datuk kelihatan tidak berapa senang. Dia lebih banyak memejamkan mata dari celik. Kain yang membalut tubuh si wanita terlalu nipis, semua liku tubuh nampak dengan jelas. Cara ini memang menghiburkan hati saya dan Ali Usman. Tetapi, mengundah- gelanakan hati datuk.


“Ahhhhhhhh..............”


Mulut Ali Usman terlopong. Si wanita cantik menjatuhkan kain yang membalut bahagian atas tubuhnya. Saya sesak nafas, dua ketul daging mentah yang tumbuh di dada, turun naik mengikut gerak nafasnya. Tubuh saya menggeletar menahan ghairah nafsu yang membakar.


Saya tidak tahu perasaan Ali Usman ketika itu. Walaupun tidak melihat ke arah datuk, tetapi, saya yakin orang tua itu sedang merapatkan kedua-dua belah kelopak matanya. Mungkin juga dia menggunakan kedua belah telapak tangannya untuk menutup mata.


"Kamu berdua mahu tahu tentang diri aku. Inilah aku yang sebenarnya. "


Sebaik saja wanita cantik menamatkan kata, paras rupanya terus bertukar menjadi hodoh. Dia kelihatan amat tua sekali. Seluruh kulitnya barkedut. Ada bahagian-bahagiannya berbonjol-bonjol. Bau hapak dan busuk mula menyumbat lubang hidung saya dan Ali Usman.


Bahagian badan dari pinggang hingga ke kaki yang tadi bertukar menjadi ikan, kembali pada keadaan asal. Tetapi, kulit bahagian itu kelihatan bersisik macam sisik ular sawa. Dia masih berada diawang-awangan. Rambut putihnya yang lebat dan panjang menutup sebahagian daripada wajahnya.


Proses yang berlaku cukup cepat. Semuanya secara mengejut dan tiba-tiba.


RAMBUT


KADANG-KADANG perkara yang tidak terfikir, berlaku secara sepontan. Contohnya, rambut yang hitam pendek, menjadi panjang dan memutih hingga ke kaki.


“Ehem.”


Saya dan Ali Usman segera merenung ke arah datuk. Biasanya, ada sesuatu yang mahu datuk katakan bila dia bersuara sedemekian.


"Berhati-hati dengan tipu helahnya." Amaran dari datuk. Dan kami pun segera anggukkan kepala.


"Silap bertindak, buruk padahnya." Datuk menambah.


“Tak adakah cara lain untuk keluar dan rumah neraka ni tuk,” saya memberanikan diri bertanya.


“Kita mesti sabar,” nada suara datuk lemah.


“Heeeheeeeee......................”


Wanita cantik bertukar hodoh mengilai panjang terasa seram dan bulu roma segera tegak. Kalau tadi perhatian tertumpu ke arah datuk. Kali ini terpaksa diarahkan semula kepada wanita cantik bertukar hodoh.


“Dia orang tua yang pandai,” ucap si wanita sebaik saja ketawanya yang menakutkan itu berhenti. Datuk tidak memberikan sebarang komen.


Berada dalam suasana yang tidak menentukan, ibarat berada di tepi unggun api yang membara besar. Sentiasa takut dan cemas. Bau busuk dan hapak yang mencucuk lubang hidung membuat tekak terasa loya dan mahu muntah.


“Huuuuuhhhhhhhh....................”

 

Si wanita di depan kami menggeliat. Kulitnya yang berkedut dan bersisik kelihatan relai, satu persatu. Macam daun tua lekang dari ranting. Dari hujung dagu, pipi dan mata keluar melilih air menyerupai minyak kelapa. Terus terjatuh ke dalam mulut telaga yang ternganga.


“Ahhhh....uuuuhhh......”


Dari gerak badan dan kerut muka. Ternyata wanita cantik bertukar hodoh sedang menahan rasa sakit yang amat sangat. Memang ada usaha darinya untuk menyembunyikan apa yang dialami dari pengetahuan kami. Tetapi, rintihan dan keluhan yang terkeluar dari mulutnya membuka rahsia dirinya.


"Jangan sampai terpedaya "


Datuk terus mengingatkan kami. Si wanita yang terawang-awangan di permukaan mu¬lut telaga lama, kurang senang dengan tindakan datuk itu.  Kemarahannya di sampaikan dengan jelingan yang tajam. Penuh rasa benci dan dendam kesumat yang tiada akhirnya.


“Kerana bapa saudara kamu ......”


Wanita cantik bertukar hodoh tidak meneruskan kata-katanya. Renungannya bertukar dari wajah datuk ke wajah Ali Usman yang berada di sisi.  Renungan itu bagaikan ada kuasa yang menyebabkan sepasang kepala lutut Ali Usman menggeletar.


“Tenang Ali, aku ada di sini,” datuk memberikan semangat.


Wajah Ali Usman yang pucat kembali merah berdarah. De¬ngan tenang dia menggigit bibir dan menggenggam penumbuk. Ali Usman sedang berusaha membina sebuah keyakinan dalam dirinya.


“Kerana bapa sau¬dara kamu,” si wanita mengulangi dan menyambung percakapan yang terputus. “kerana bapa saudara kamu memelihara aku dan dipergunakan untuk wanita-wanita lain hingga membolehkan aku tidak kelihatan tua. Setiap orang yang dipasang susuk oleh ba-pa saudara kamu, aku dapat mencuri kecantikan asal orang itu, aku dapat menikmati darah manisnya.”


Bibir dan mulut si wanita itu tidak bergerak. Tetapi, suaranya yang tersekat-sekat dan termengah-mengah dapat kami dengar dengan jelas. Pada saat itu juga terdengar suara tangisan kanak-kanak seperti baru dilahirkan.


“Sekarang biarlah aku pulang ke tempat asal aku,” kata wanita cantik bertukar hodoh. 


“Silakan,” sahut datuk.


“Sial,” kutuk si wanita.


Seiring dengan itu, rumah terasa bergoncang dengan kuatnya. Saya dan Ali Usman saling berpaut bagi menghindari tubuh jatuh di lantai. 


“Drummmmm........”


Satu ledakan kuat bergema. Saya terpana sebentar seperti berada di awang-awangan. Badan rasa terbuai ke sana dan ke mari. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, saya lihat papan lantai yang terkopak bertaut kembali.


Telaga lama yang muncul secara tiba-tiba terus hilang entah ke mana. Tempat di mana telaga itu muncul segera diganti dengan api kecil, seperti api sumbu pelita minyak tanah. Melintuk-liuk mengikut arah angin yang bergerak dalam kawasan sekitar. Dalam sekelip mata api yang kecil menjadi besar.

BESAR

API itu terus marak dan bergerak de¬ngan pantas mengelingi kami. Tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Paling mengejutkan, datuk berada di luar lingkaran api. Tidak tahu macamana datuk mesti berada di luar.


Apakah semasa api menjalar datuk sudah bersedia menyelamatkan diri atau api sendiri tidak mahu mendekati datuk. Selain dari itu, saya juga teerfikir bagaimana boleh terjadi lingkaran api, kenapa api itu tidak merebak ke tempat lain. Apakah sebelum api itu da-tang, sekitar tempat kami berdiri sudah disimbah dengan minyak petrol.


Saya mula terasa susah untuk menarik dan melepaskan nafas. Api yang marak terus melepasi kepala kami berdua. Haba panas membuat kulit pedih. Asap tebal membuat kami hampir lemas, tersedak dan batuk. Kerongkong terasa kering, sukar untuk memanggil datuk. Tetapi, dicelah-celah lidah api yang sebentar meninggi dan sebentar menurun, da¬tuk masih dapat dilihat. 


Datuk masih berdiri di tempatnya. Nampak cemas dan bimbang sekali. Bibirnya bergerak mebaca sesuatu. Tetapi, hasilnya masih kosong. Datuk membuka silat, bergerak ke kiri dan ke kanan, sambil menarik dan mele-paskan nafas. Setiap kali nafas ditarik dan dilepaskan mulutnya tetap bergerak. Seluruh kulit mukanya nampak tegang dan berpeluh.


Semua kerja-kerja yang dilakukan oleh datuk menjurus pada kehampaan dan kekecewaan. Barangkali, kerana tidak ada cara lain atau datuk sudah kehabisan usaha dia te¬rus melaungkan azan. Sa¬ya dan Ali Us¬man mengalami kejutan. Punggung te¬rasa seperti dipukul dengan benda keras.


Tubuh kami terangkat ke udara dan melayang-layang tidak tentu arah. Saya berusaha untuk menjerit dengan sekuat hati, bila menyedari tubuh kami di tolak angin ke arah sebatang pokok besar. Belum pun suara jeritan keluar, tubuh kami terus melanggar batang pokok besar. Setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box