SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN

Selain berguru dengan pamannya, Din Pawang Manis juga menuntut ilmu dunia hingga ke Siam, India dan Kemboja. Kepandaian dan kebolehannya sudah mengatasi kehebatan gurunya. 


Dia boleh membesarkan serta memanjangkan alat kelamin kaum sejenisnya. Ada tiga cara dilakukan bagi melaksanakan maksd tersebut. Cara pertama urut. Kedua picit dibahagian tertentu. Kalau cara itu tidak berkesan, cara ketiga ialah memanfaatkan ikan haruan paya.


Katanya ilmu itu dikutipnya dari hasil pergaulan dengan penduduk asli di perbatasan Thailand-Kemboja. Malah dia mengakui telah memperaktikkan ilmu tersebut untuk dirinya.


Saudara Tamar, 


Sungguh melucukan bila Din Pawang Manis menyatakan, sebelum menggunakan ikan haruan paya alat kelaminnya cuma 7 sentimeter. Tetapi, setelah memanfaatkan dengan sebaik mungkin khasiat haruan paya alat kelaminnya menjadi 13 sentimeter serta bertambah besar dan garang.


Dengan murah hati dia memberitahu ada empat tahap penting untuk membesarkan aalat kelamin atau kejantanan dengan haruan paya. Saya perturunkan untuk pengetahuan anda. Bukan menyuruh anda melakukannya, sekadar untuk suka- Tetapi kalau anda mahu suka melakukannya saya tidak menghalang. Asalkan, risikonya anda tanggong sendiri.


Begini petuanya atau caranya saudara Tamar:


Ukur alat kelamin semasa “mati” dan “hidup” (tegang). Ukuran itu dicatatkan dalam buku peribadi.


Pergi ke kawasan berpaya atau redang yang banyak terdapat ikan haruan. Pancing sendiri ikan haruan yang beratnya 1 kg atau lebih. Gunakan umpan anak katak, belalang, sarang kerengga dan sebagainya.


Lakukan secara tertutup atau rahsia. Andainya tidak boleh meminta bantuan orang yang memang ahli memancing untuk mendapatkan ikan haruan yang baik.


Sebaik sahaja memperolehi ikan tersebut samada siang atau malam, pegang kepala ikan haruan dengan kemas dan pukulkankepada allat kelamin hingga ia bertindak balas. Bawa ikan haruan itu balik ke rumah dan masukkan kedalam baldi yang bersih. Paling elok dalam kolah (kolam) yang sederhana besarnya tetapi bersih.


Pelihara ikan itu selama sebulan, setiap tengah malam ambil lendir haruan di kolah dan lumurkan ke bahagian alat kelamin yang sensitif. Biarkan selama sepuluh minit, kemudian basuh atau bilas dengan air panas (suam).


Setelah cukup sebulan, ikan haruan itu dicekik dan dipanggang dan dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Mesti dimakan habis kecuali bahagian kepala dan ekor.


Setelah makan ikan haruan, sediakan seperempat madu tulin dari hutan bersama dua biji telur itik. Perkara itu dilakukan setiap hari selama sebulan selepas maghrib.


Setiap setengah malam sapukan alat kelamin dengan krim minyak kelapa yang dicampur dengan bunga kenanga satu piring sambil ditarik perlahan-lahan kedepan hingga terasa sakit.


Itulah yang diceritakan pada saya Tamar. Apakah anda berminat? Sesungguhnya saya tidak berminat dalam hal hal begini. Ada lagi kisah yang lucu dan tidak masuk akal.


BOTOL


 Di rumahnya terdapat berbotol-botol minyak cenuai, berbelas-belas cula buaya dan cula tupai mati beragan di samping mani gajah liar yang sudah di awetkan. Di simpan dalam beberapa gelas kecil. Soalnyaapakah benda-benda yang di simpan-nya itu memang betul atau sebaliknya. 


Tamar yang baik hati,


Barangkali memang sudah ditakdirkan, mungkin juga kerana perbuatan dan amalannya tidak direstui Allah hidupnya nampak tidak bahagia. Walaupun rumahnya dikunjungi ramai, minta ubat itu ini, minta tangkal dan azimat.

Setiap orang yang minta khidmatnya  dikenakan bayaran yang agak tinggi. Pendapatannya boleh dikatakan kasar juga. Tetapi dia kelihatan seperti kesempitan saja. Barangkali rezeki yang diperolehinya tidak diberkati oleh Allah.


Memang tidak ada sesiapa yang menduga, (terutama orang-orang yang taksub dengannya), Din Pawang Manis menemui ajal dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Rumahnya dipanah petir waktu subuh. Terbakar hangus dan mayatnya rentung tidak dapat dikenali langsung.


Seminggu selepas kematiannya, seorang wanita mencari Din Pawang Manis. Anita muda berusia awal empat puluhan itu tergamamdan hampir hysteria bila melihat kesan kebakaran rumah orang yang disanjung, dihormati dan dianggap sebagai keramat hidup.


Tujuan wanita dari Kuala Perlis menemui Din Pawang Manis untuk membuang susuk yang dipasang oleh Din Pawang Manis ke tubuhnya. Ada beberapa sebab kenapa wanita berkulit putih, berdarah campuran Cina-Melayu itu mahu membuang susk emas yang dipakainya.


Pertama, setelah dia mendengar nasihat seorang lebai kampung yang perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran agama. Kedua dia tidak tahan dipulaukan oleh saudara mara sebelah suaminya sebaik saja mereka mengetahui yang dia memaai susuk.


Akibat kematian Din Pawang Manis, cita-cita dan hasrat si wanita itu tidak terlaksana. Rasa bersalah mengundang tekanan perasaan yang tidak dapat dikawal. Siwanita itu jatuh sakit . Sebulan lebih terlantar di rumah, puas berubat secara moden dan tradisional, namunnya penyakitnya tidak juga sembuh. Alah bertambah berat.


Masuk hari ke 35 wanita berkulit putih menemui ajalnya dengan cara yang sungguh  aneh sekali. Semasa nyawanya mahu berpisah dengan jasad, si wanita itu mengalami satu keadaan yang sungguh menakutkan. Dia mengerang dan merintih sayu sambil menyebut nama Din Pawang Manis dengan berkata “TUK GURU, BANTULAH AKU” berulang kali.


Walaupun diajar mengucap dua kalimah syahadat oleh keluarga terdekat, dia tetap menyebut nama Din Pawang Manis. Setiap kali nama orang yang disanjungnya disebutnya dai terus mengaru-garu kulit pipi kiri dan kanan hingga mengelupas.


Wanita itu juga menjerit –jerit sambil menghentak-hentak sepasang tumit kakinya ke atas lantai.


Enam orang menjaganya, dua orang menunggu di muka pintu bilik manakala dua orang berada di bahagian kepala dan dua orang lagi berada di hujung kakinya. Wanita yang secara tiba-tiba mempunyai kekuatan luar biasa itu, berusaha untuk pergi ke arah matahari terbit, iaitu arah kedudukan bekas rumah Din Pawang Manis.


Setiap kali dia berjaya bangun , saudara mara wanita tersebut terpaksa menangkap dan memasanya baring semula di katil.  Kedua dua kaki dan tangan terpaksa dipegang dengan kuat. Malah, pernah diikat dengan tali belati. Sekali imbas, memang kejam kelihatannya. Apakan daya hal itu terpaksa dilakukan oleh keluarga.


JERIT


Dalam keadaan menjerit sambil menyebut nama orang yang disanjung, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Matanya terbeliak, lidahnya separuh terjelir. Wajahnya segera berubah menjadi hitam legam, sungguh hodoh sekali.


Beberapa keping logam yang halus macam serbuk kopi, berkilat serta bercahaya keluar dari lapisan kulit mukanya. Bila jatuh atas lantai bertukar menjadi air yang jernih macam air embun yang akhirnya hilang entah kemana.


Paling mengejutkan, semasa jenazahnya dimandikan mengeluarkan bau busuk. Kulit mukanya relai. Ketika jenazahnya diusung ke tanah perkuburan, orang yang mengusungnya terasa amat berat sekali. Malah, ada dianatara mereka mengalami sakit bahu berminggu-minggu.


Saudara Tamar, 


Itulah kisah duka saat kematian orang yang memakai susuk untuk kelihatan muda dan manis.


Anda juga harus tahu tentang Din Pawang Manis . Beberapa orang melintasi kawasan rumahnya yang terbakar akibat dipanah petir, terlihat lembaga menyerupai Din Pawang Manis berjalan disitu selama tujuh senja.


Saudara Tamar,


Kalau umur dipanjangkan Allah, ada rezeki pula, saya akan datang ke Tanah Semenanjung untuk mencari bekas anak-anak murid paman saya yang sudah salah langkah.


Bagaimana kalau saya ajak and membatu sama? Tentu anda tidak keberatan. Tidak keterlaluan kalau saya katakana, memang sudah menjadi tanggung jawap saya untuk membetulkan mereka.


Kalau dulu paman membawa mereka ke arah jalan yang salah. Sekarang dengan bantuan saudara, biarlah saya membawa mereka ke jalan yang betul dan benar. Rasanya, tidak begitu sempurna Islam saya, kalau membiarkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama berlaku dan berleluasa di sekeliling kita.


Anda tentu bersetuju jika saya katakan bahawa kita yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama, harus bertindak secara diplomasi membetulkan mereka. Saya tidak marah, kalau anda menolak pelawaan ini. Tetapi, saya berazam untuk membasmi perbuatan yang tidak menguntungkan ini, perbuatan yang merugikan agama dan bangsa sendiri. Sesungguhnya saya ingin sekali datang ke kampung halaman saudara . Saya mahu melihat sungai, gunung dan hutan rimba. Selebihnya, saya mahu berkenalan dengan ahli agama di tempat anda untuk menambahkan ilmu.


Sekian dulu Tamar, bila kita bertemu wajah, banyak kisah mahu saya bentang untuk anda. Maaf kalau ada terkasar bahasa.  Lagi sekali terima kasih untuk anda dan sampaikan salam pada datukmu. Kalau tidak ada halangan, bulan depan saya mahu turun ke Medan mahu berjumpa Syed Hamid Al-Hadad.


JARAK


Anda telah membaca surat yang ditulis oleh Ali Usman kepada saya. Tetapi anda tidak tahu apakah rentetan peristiwa yang saya alami semasa dalam perjalanan pulang dari rumah orang tua Ali Usman menuju ke kota Medan, pada petang itu.


Kira-kira dalam jarak seribu kilometre meninggalkan halaman rumah keluarga Ali Usman. Cara mengejut Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya memberhentikan kereta. Saya dan datuk yang duduk dibahagian belakang berpandangan sama sendiri. Penuh dengan tanda tanya.


Beberapa orang pemandu kenderaan berat dan ringan yang lalu di situ, samaada menju ke Pengkalan Beranda atau Kota Medan merenung kea rah kami. Ada yang membunyikan hon  sambil memperlahankan kenderaan. Mereka bersedia member bantuan, andainya kami mengahdapi masaalah.


“Kenapa Pak? Perlukan pertolongan ,” Tanya mereka. 


‘Tidak ada apa-apa sengaja berhenti,” terang pemandu Syed Hamid Al-Hadad dengan senyum. Mereka membalas dengan lambaian tangan sambil membunyikan hon  tanda terima kasih.


Syed Hamid Al-Hadad terus membuka pintu kenderaan dan keluar. Begitu juga dengan datuk. Si pemandu nampak tenang dan bersahaja, seolah-olah tahu apa yang baakal dilakukan oleh majikannya.


“Saya nak keluar,”


“Jangan Tamar,” tahan pmandu kenderaan.


“Kenapa saya tidak boleh, kenapa mereka boleh,” saya memprotes.


“Mereka ada urusan dan jangan diganggu.”


“Hum...............” saya menedengus.


“Tutup Tamar.” 


Pintu kereta yang terbuka separuh segera saya rapatkan kembali. Dalam masa yang sama saya toleh ke arah Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Ternyata mereka sedang membincangkan sesuatu. Nampaknya, mereka cukup serius.


DEBAR


Syed Hamid  Al-Hadad melangkah tenang kea rah saya. Sudah tentu hati kecil ini berdebar semacam. Tetapi, debar di hati tidak lama, bila saya lihat datuk mengekorinya di belakang. Kerana memikirkan datuk akan kembali dudk di tempat asalnya, pintu kereta segera saya buka dengan seluas-luasnya.


Satu perhitungan yang salah. Ternyata datuk tidak bersedia untuk masuk. Dia berdiri tercegat di situ sambilmerenungke arah saya. Lagi sekali hati berdebar cemas.


“Tamar.” 


Segera mengengsot punggong di kusyen menghampirinya.


“Ada apa tuk?”


“Kita tukar tempat.”


“Tukar tempat?” saya kehairanan.

  

“Iya, kamu duduk di depan kawankan drebar. Aku dengan Tuan Syed Hamid duduk di belakang.


“Kenapa tuk?”


“Eh, budak ni banyak pula tanyanya. Jangan banyak cakap. Ikut cakap orang.” begitu keras sekali nadda suara dattuk. Sepasang anak matanya merenungke wajah saya. 


Bagaikan kura-kura saya mengesot ke bucu tempat duduk dan terus keluar dari perut kereta.Si pemandu hanya tersenyum melihat telatah saya. Syed Hamid Al-Hadad, tidak meluahkan sebarang komentar. Dia cumamemerhatikannya dengan tenang.


“Bukan apa-apa Tamar,” lembut tutur Syed Hamid Al-Hadad, “bila kami duduk satu kusyen banyak cerita yang mahu kami ceritakan. Tak payahlah kami kerap menoleh ke belakang, sakit tengkok dibuanya, saya harap kamu tak marah dengan tindakan ini.”


Saya hanya mengangguk alam senyum.


“Kamu tak marah,” ulangnya lagi.


“Tidak, Tuan Syed,” pendek saya menjawap. 


TAPAK


Tiga tapak saya melangkah ke depan, berdiri dekat pintu sebelah dreber yang ternganga. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad berbalas senyum. Saya kira , masing-masing mempunuai andaian tersendiri tentang diri saya.


“Masuk,”  pelawa drebar.


Saya masih tegak kaku. Masih berfikir, wajarkah saya duduk.


“Masuk Tamar,” drebar memukul kusyen kereta beberapa kali .


“Masuk saja, jangan banyak fikir,” desaknya lagi.


Wajah drebar direnung sejenak. Bagaikan ada desakan tersembunyi di kalbu menyuruh saya masuk. Beberapa saat berikutnya, punggung pun berlabuh atas kusyen empuk.


“Biarkan mereka dengan cerita mereka Tamar.”


“Maksud kamu?”


Untuk kesekian kalinya muka drebar saya tatap. Dia menghadiahkan sebuah senyum bersahaja untuk saya. Tetapi, membawa yang tajam.


“Maksudnya mudah saja Tamar. Orang tua sesuai bercakap dengan orang tua. Biarkan, agaknya mereka mahu bernostalgia tentang zaman muda yang dilalui. Cakap mereka tak sesuai untuk kamu dan aku.,” bisik drebar kecuping telinga saya.


“Jalan.”


Syed Hamid Al-Hadad memberikan arahan pada pemandu kenderaannya. Si pemandu yang setia anggukkan kepala.


Empat tayar kereta yang melekat dipermukaan jalan raya mula berputar. Mula-mula perlahan-lahan kemudian bertukar pantas dan kereta pun segera bergerak. Dan keadaan langit ketika itu cukup aneh.

Sepasang anak mata yang amat mencintai alam semula jadi, segera menangkap pepucuk dan dedaun yang bergerak lembut mengikut gerak bayu yang bertiup lembut. Pepokok besar yang tinggi menjulang dengan dahan dan ranting kukuh. Tegak berdiri di kiri kanan jalan raya. Satu pemandangan yang sungguh menyenangkan.  


Ada  kumpulan monyet liar melintas dengan bebas di jalan raya. Mereka tidakmemperdulikan kenderaan lalu lalang di situ. Bila sampai diseberang jalan, kumpulan monyet tersebut segera memanjat batang pokok dan bergayut di dahan untuk meneruskan perjalanan selanjutnya. 


Dalam deru kereta yang agak keras itu, saya masih dapat mendengar bunyi  kicauan burung dan jeritan unggas lain.


Gegendang telinga masih dapat mendengar suara datuk dan Syed Hamid Al-Hadad tingkah meningkah. Sesekali mereka ketawa. Dan saya tidak ambil kisah dengan apa yang mereka bualkan. Saya kira, pemandu di sebelah juga bersikap seperti saya. Kami berkecuali.


“Kamu pernah dengar harimau mengaum Tamar..”


“Pernah.” 


“Suara gajah bertempik? Pernah kamu dengar.” 


Pertanyaan kedua yang dikemukakan oleh drebar membuat saya mengkedutkan dahi . memang saya pernah mendengar suara tempikan gajah. Tetapi soalnya wajarkah saya memberitahu drebar Syed amid Al-Hadad perkara tersebut?


“Tak pernah,” kata saya berdalih. 


Si drebar menjeling tajam. Cepat-cepat saya alihkan wajah ke kanan. Saya ttidak mahu anak mata saya dengan anak matanya bertembung.


“Kamu nak tengok gajah dan harimau?”


Saya gelengkan kepala. Si drebar terus mengendalikan kenderaan dengan tenang. Anak mata masih lagi merenung kea rah kiri kanan jalan raya. Kenderaan sedang mendaki laluan berbukit. Bebunga hutan yang berjuntaian di reranting, di lereng bukit nampak indah dan cantik sekali.


“Kamu takut harimau dan gajah.” 


Pertanyaan dari drebar tidak saya jawab. Tindakan saya itu mematikan hasratnya untuk memajukan pertanyaan selanjutnya. 


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box