SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU

”Bagaimana kalau cara itu dicuba dulu.” 

Demikian dirumuskan oleh hati. Otak segera diperah dan jarum ingatan segera berputar ke masa lalu. Saat datuk memproses ramuan samada dari dedaun, akar dan kulit kayu untuk menawarkan penyakit. 

Semuanya terpeta dalam kepala secara terperinci. Jelas tergambar bagaimana jari jemari datuk memilih dan memetik daun senduduk putih. Kemudian memprosesnya dengan teliti secara teratur untuk dijadikan ubat luka, sakit-sakit badan dan sebagainya. 

“Cubalah, mudah-mudahan menjadi,” bisik hati.

Setelah membaca surah Al-Fatihah yang dituruti dengan surah surah tertentu. Daun senduduk putih berdekatan segera dipetik. Diramas-ramas hancur hingga terasa berlendir.

Dan daun yang berlendir itu segera ditampalkan pada bahagian kulit tubuh yang luka. Pinggang saya gerakkan ke kanan dan ke kiri. Masih terasa sakit, segera disapukan ke bahagian pinggang hingga kesan telapak tangan tidak tersisa.

Suara datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan pemandunya tidak dapat dikesan. Kuasa mata masih belum dapat melihat mereka, pandangan masih samar-samar. Tetapi, hembusan bayu terasa menyentuh kulit muka, begitu juga dengan bunyi kicau burung.

Saya terus berusaha cuba bangun. Tetapi, setiap kali usaha dilakukan tetap berdepan dengan kekecewaan. Rasa putus asa bertandang dalam hati. Hati kecil terus meramalkan saya akan terus terlantar di situ sementara menanti pertolongan datang.

Dalam saat yang serba tidak menjadi itu seluruh kulit badan terasa panas semacam. Meluap-luap hingga timbul bintit-bintit peluh halus di badan. Perasan jadi tidak sedap. Seluruh pelipat sendi tubuh berpeluh. Badan seperti kena panas yang terik. Pedih dan sakit. Kulit muka seperti mengelupas.

PANAS

“Ya Allah, apakah ini sebuah dugaan darimu untk menguji diri ku,” suara rintihan terus berombak dan bergelombang dalam dada. Sekujur tubuh digolekkan atas permukaan bumi. Namun rasa panas dan perit tidak juga mahu pergi.

Kalau diturutkan kata hati, mahu saja menjerit dengan sekuat hati dan berlari sekeliling kawasan lapang. Biar badan jadi sejuk. Tetapi mana mungkin perkara itu boleh dlakukan? Untuk bergerak pun tidak mampu inikan pula bangun dan berlari.

Tubuh segera ditelentangkan menadah langit. Awan gemawan begerak lembut dalam kolam mata. Unggas liar beterbangan pulang menuju sarang. Pasrah diri pada Allah. Biar dia menentukan nasib untung diri ini. Apa yang mampu dlakukan ialah berzikir dan terus berzikir.

“AH……..”

Rasa panas yang membahang terus meninggalkan tubuh yang terlentang di bumi. Terasa nyaman dan agak selesa. Perasaan kembali tenang.

Rasa nyaman itu tidak berlanjutan lama. Rasa sejuk sedikit demi sedikit mengigit kulit tubuh. Tidak semena-mena tubuh mengigil, macam berada dalam kotak air batu.

Dagu dan bibir bergerak hebat. Tangan bagaikan tidak cukup untuk memeluk tubuh.

Dalam keadaan terlentang, saya mengkerikutkan tubuh memeluk lutut, bentuknya macam angka lima. Dalam masa yang sama, bahagian tubuh yang disapukan dengan lendir daun senduduk putih terasa kebas.

BIBIR

Kesan dan rasa kebas itu, bibir terasa tebal. Begitu juga dengan batang hidung dan cuping telinga. Tetapi, rasa sejuk beransur kurang sedikit demi sedikit. Perubahan yang berlaku secara mendadak dan silih berganti itu, membuat saya takut dan cemas. 

Seperti digerakkan sesuatu, mulut mengigit pergelangan tangan hingga berdarah.  Anehnya tidak terasa sakit. Malah darah yang keluar dari tempat yang digigit tidak banyak. Hanya setitik dua dengan warna merah kehitaman.

“Allah selamatkan hambaMu dari malapetaka ini,” timbul doa dan harapan dengan hati kecil. Selesai saya berkata demikian, baru terasa pedih dan perit ditangan yang digigit sebentar tadi. Bahagian tubuh yang kebas kembali normal.

Semua bahagian sendi yang terasa ngilu dan sakit terus hilang. Tangan, kaki dan segala-galanya dapat digerakkan kembali seperti sediakala. Bahagian yang luka akibat digigit segera ditampal dengan daun senduduk putih. Kulit yang terkoyak bercantum kembali, walaupun tidak seratus peratus. Sekali pandang kulit itu macam keadaan asal.

Perlahan-lahan saya mengeliat kekiri dan kekanan. Sungguh menakjubkan. Tidak terasa sakit. Antara keyakinan yang bersalut bimbang, saya cuba bangun dengan berdiri.

Alhamdulillah tidak masalah yang timbul. Dua langkah maju ke depan, tidak ada masalah. Dua langkah undur kebelakang, juga tidak ada masaalah. 

Setelah yakin keadaan sudah pulih seperti asal, saya pun cuba menyepak dan menendang angin. Kemudian berlari-lari anak dalam kawasan sekitar. Semuanya tidak menimbulkan sebarang kerumitan. Gembiranya tidak terkata.

Pandangan yang kabur bertukar jelas, boleh melihat sejauh mana yang mampu. Kotak fikiran kembali kepasa suasana semasa, berdepan dengan musuh. 

“Hei, kawan aku dah ok,” jerit saya sekuat hati. 

“Tamar aku di sini, bedebah yang memukul kamu sudah aku jatuhkan ke atas tanah.”

Saya cuba mengesan dari arah mana suara pemandu itu datang. Anak mata terus mengawasi keadaan sekeliling. Tidak nampak batang hidungnya.

“Kamu dimana?”

“Aku di sini Tamar, dibalik batu besar, cepat datang.”

Tanpa membuang masa saya terus meluru ke arah suara pemandu Syed Hamid Al-Hadad. Kerana sudah diberitahu di mana mereka berada. Ke situlah langkah saya halakan.

Sebaik saja sampai ketempat yang dimaksudkan, saya berdepan dengan suasana diluar dugaan. Rasanya tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mana mungkin perkara begini boleh terjadi? Timbul lagi pertanyaan dalam diri. Lupakan tentang semuanya itu. Hadapi apa yang ada di depan mata.

Pemadu Syed Hamid Al-Hadad menyandarkan belakangnya di batu besar. Ia bersiul-siul kecil membawakan lagu keroncong “JAUH DI MATA.” Kaki kirinya memijak tunggul nibung yang berada di situ. Kaki kanannya memijak tanah. Sepasang tangannya memeluk tubuh. Lagaknya tidak ubah macam hero dalam filem cowboy keluaran 70-an 80-an.

SELESA

Si pemandu itu, berada dalam keadaan yang cukup selesa dan tenang sekali. Rambutnya yang terjuntai di dahi bergerak lemah dirempuh angin. Saya segera mendekatinya.

“Itu dia Tamar,” garang suaranya.

Jari telunjuknya menuding ke arah lelaki berdarah di dahi yang duduk bersila atas rumput. Termenung panjang macam memikirkan sesuatu. 

Jarak kami (saya dan pemandu)  dengan lelaki berdarah di dahi kira-kira 30 kaki. Luka di dahinya sudah dibalut dengan kain putih. Kesan darah di kain putih dapat dilihat dengan jelas. Muka si pemandu saya lihat lagi. Dia tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Kelihatan bersahaja dan masih bersiul-siul. 

Lagu yang disiulkan sudah berubah. Dari keroncong ke irama melayu. Mendayu-dayu dia membawa lagu “Halimun Malam”  nyanyian Hasnah Tahar yang cukup popular ketika itu.

Semuanya memeningkan kepala. Tadi, sebelum saya mengalami keadaan separuh pengsan, mereka berada tidak jauh dari saya. Ketika mana mereka berubah tempat? Barangkali semasa saya terkapar tadi, mereka bertarung hebat hingga terpisah jauh dari saya. Begitulah hati membuat andaian.

Berdasarkan pada kedudukan semasa , saya terus membuat ramalan, lelaki berdarah dahi tewas dalam pertarungan ini. Alangkah baiknya semasa pertarungan berlangsung, saya dapat menyaksikannya. Apakah jenis silat yang digunakan oleh kedua-dua insan ini.

Bagaimanakah mereka melepaskan serangan dan menepisnya. Kemudian sepantas angin menyusung buah silat yang padu di bahagian tertentu, hingga meninggalkan kesan pada gerak darah dan denyut nadi. Buah silat yang dilepaskan bersama tarikan nafas dan bila kena pada sasaran. Nafas terus dilepaskan boleh melemahkan saraf darah pergerakan musuh. Jika sasarannya tidak kena pada sasaran boleh membuatkan musuh muntah.

ANDAIAN

Hati kecil saya membuat seribu andaian sambil membayangkan pertarungan antara si pemandu dengan lelaki berdarah di dahi. Bagaikan pertarungan Hang Tuah dengan HangJebat dibumi Melaka. Terlalu jauh khayalan menari dalam tengkorak kepala.

“Astaghafirullah………….” 

Terhambur dari kelopak bibir .  Khayalan yang merewang segera dimatikan. Saya kembalikan diri  dalam situasi semasa. Kesimpulan baru tentang pemandu Syed Hamid Al-Hadad muncul dalam hati.

Dia bukan sebarang orang. Ada isi dan ada ilmu. Tetapi, bersikap bagaikan harimau menyembunyikan kuku.

“Siapa yang membalutkan luka di dahinya?”

“Aku, Tamar,”

Pantas si pemandu menjawab. Ada senyum kepuasan bermain di wajahnya. Dua tiga kali perkaranya di gerakkan secara perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan secara teratur dan bertahap-tahap. Urat-urat di lehernya nampak dengan jelas.

“Tengkuk kamu lenguh?”

“Iya, Tamar.” 

“Puncanya?” saya terus mencari rahsia.

“Si bedebah ni , banyak menyerang di sini. Semua buahnya, buah maut.” 

“Kamu berjaya menepisnya.”  Kata saya. Kaki yang memijak batang nibung segera diubah memijak tanah. Belakangnya tidak lagi bercantum dengan batu besar. Dia berdiri tegak buat beberapa ketika, sebelum meletakkan punggung ke atas batang nibung.

“Kamu berjaya mengatasinya, “ ulang saya dengan harapan cerita yang terhenti disambung kembali. Pancing mengena. Si pemandu memberi tindak balas yang cukup baik. 

“Rentak silatnya, Tenaga Dalam Tupai Putih. Banyak menyerang bahagian atas tubuh terutama jantung.” 

“Alhamdulillah, kamu selamat.” 

“Aku juga bersyukur pada Allah. Tapi aku kecewa dan sedih, Tamar.”

“Maksud kamu?” 

Muka si pemandu segera direnung. Dia melepaskan renungan sejuta kebencian terhadap lelaki berdarah dahi yang masih belum bergerak dari tempat asalnya. Bersila melihat dedaun kering yang melayang-layang di udara sebelum jatuh didepannya. 

“Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa. Dia diupah oleh lelaki yang naik motor untuk menghalang perjalanan kita. Dia baru terima upah satu perempat dari yang dijanjikan. Tetapi badannya teruk kena belasah. Kalau ikutkan kata hati aku bunuh dia tapi…..” kata-kata mati di situ.

ANGIN

 Si pemandu terus menumbuk angin. Melepaskan rasa marah dan geram. Kemudian dia menarik nafas dan terus termenung buat beberapa ketika. Dia cuba mengawal dan menurunkan kemarahannya kepada paras yang paling maksimum. Saya hanya mengikut rentak si pemandu.

Lelaki yang berdarah dahi selama ini membatu terus melompat lalu mengatur langkah ke arah saya dan pemandu. Sudah tentu saya rasa cemas dan takut semacam.

“Hati-hati.” Satu ingatan untuk saya.

Si pemandu juga bersedia menghadapi seribu kemungkinan. Dia terus berdiri dalam keadaan yang siap sedia. Saya disuruh ketepi mencari tempat yang agak selamat.

“Orang ini boleh melakukan apa saja, Tamar. Berjaga-jaga. Kalau dia berkasar serahkan pada aku.”

“Aku faham.”

Saya pun berlindung di balik perdu pokok pisang hutan. Si pemandu mula memperkemaskan kedudukan kekuda kakinya. Lerekan matanya tajam ke arah orang yang datang. Gerak jari. Gerak badan. Gerak nafas lelaki berdarah dahi dihitung dengan teliti. Kawalan nafas mula dikawal oleh si pemandu dengan sebaik mungkin. 

Dalam ilmu pendekar Tenaga Dalam yang diamalkan oleh si pemandu, mengawal gerak nafas, gerak jantung yang bersatu dengan pusat fikiran (otak) adalah perkara pokok sebelum disalurkan pada pancaindera yang lima untuk bertindak balas. 

Beberapa langkah lagi mahu sampai kepada si pemandu, lelaki berdarah dahi terus berhenti melangkah. Sepasang anak matanya diarahkannya kepada saya. Dari renungannya itu seolah-olah membayangkan tubuh saya yang kecil mahu diratahnya dengan rakus , bagaikan kucing membaham tikus.

Dalam keadaan begitu  saya jadi dan tidak tentu arah. Tidak mahu penderitaan yang baru yang dialami beberapa jam lalu berulang kembali. Sungguh perit dan menyiksakan. Rasa cemas yang berkecamuk dalam kalbu segera berakhir. Lelaki berdarah dahi mendermakan senyum persahabatan yang penuh dengan keikhlasan.

Beberapa detik selanjutnya, pandangan segera diubah ke wajah si pemandu. Renungan kembali ke arah saya semula. Tapi kali ini debar dada tidak sehebat  tadi. Saya hadiahkan senyum untuknya. Dibalas dengan senyum yang lebih panjang dari yang saya berikan.

“Apa yang dikatakannya itu memang benar,” penuh persahabatan lelaki berdarah dahi menyusun kata, “ tapi percayalah dia tidak akan membunuh aku. Kalau kamu, aku mungkin mati,’ sambungnya terang.

Anak matanya tidak berganjak dari merenung muka saya. Kata-kata yang terkeluar dari mulutnya mengundang berbagai-bagai ramalan. Secara spontan, seperti ada yang menggerakkan batang leher saya ke arah si pemandu. Dan si pemandu anggukkan kepala mengakui kebenaran kata-kata yang di tuturkan oleh lelaki berdarah dahi.

“Sebabnya?”

Serentak pertanyaan itu saya halakan kepada lelaki berdarah dahi dan si pemandu. Kedua-dua mengkedutkan dahi. Saya menanti siapakah yang lebih dahulu memberikan jawapan. 

“Sebabnya,”  lelaki  berdarah dahi bersuara agak lantang, “ dia orang Batak macam saya. Silat Tikus Putih yang diamalkannya sama dengan amalan saya.” 

“Maksudnya kamu satu perguruan?”

“Iya, kami satu perguruan, Cuma masa menuntut berlainan waktu. Memang jadi pegangan pengikut Pendekar Tenaga Dalam Tikus Putih, tidak akan bermusuhan dengan orang seperguruan, tidak boleh derhaka kepada pemerintah,” lelaki berdarah dahi memberikan penjelasan singkat.

GIGIT

Saya mengigit bibir. Rupa-rupanya dua insan di samping saya ini ada pendinding penjaga diri. Tidak mudah dipermainkan musuh. Apa yang pasti si pemandu tidak memberkan sebarang komentar. Tidak pula menafikan.

Ertinya apa yang diluahkan oleh lelaki berdarah dahi itu memang benar.

"Kami berdua satu MARGA,” kata si pemandu singkat.

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala.

“Saya malu marga saya diperalatkan orang kerana wang. Ini sungguh memalukan,” si pemandu meluahkan rasa kesal.

Saya tidak pula bertanya, apakah MARGA mereka berdua. Kerana pada hemat saya, perkara itu terlalu peribadi.

“Sekarang kamu harus membantu kami menangkap manusia yang memberi kamu upah,” si pemandu mengajukan usul pada lelaki berdarah di dahi.

“Tapi,” rendah tekanan suara lelaki berdarah di dahi.

“Tapi apa lagi,” si pemandu terus mendesak.

“Ilmu kebatinan mereka tinggi, boleh menjadi harimau bila terdesak. Kita berdua bukan lawan mereka,” wajah lelaki berdarah dahi nampak cemas sekali.

“Ini masalah besar, berdepan dengan mereka, bererti kita menempah maut,” tanpa sengaja saya memberi komentar. Tiada reaksi apa-apa dari si pemandu dan lelaki berdarah di dahi. 

Kami bertiga terus bergerak di ruang yang sempit, sekitar batu besar. Masing-masing cari formula untuk menewaskan dua lelaki itu.

Sesungguhnya saya tetap meragukan kerjasama yang akan diberikan oleh lelaki berdarah di dahi.

Sekadar berjanji di mulut semua orang boleh melakukannya. Apa yang ada di dalam hati tidak ada siap yang dapat membacanya.

“Aku mesti membela kepentingan harta dan diri majikan aku. Sebagai seorang batak yang taat kepada ketua dan berpegang teguh pada janji, aku mesti melakukan sesuatu,” si pemandu meluahkan azamnya dengan penuh semangat.

“Ilmu kita tidak setinggi mana,” tahan lelaki berdarah di dahi.

“Itu buka persoalan, di sini perkara yang menjadi pokok utamanya ialah kesetiaan,” si pemandu mula memperlihatkan taringnya. Dia tidak mahu bertindak dengan sesiapa yang mahu menghalangnya.

“Aku pernah melihat seorang dari lelaki itu bertukar menjadi harimau ketika orang-orang kampung dekat Brastagi mahu menangkapnya kerana cuba masuk sebuah rumah untuk mencabul anak gadis tuan rumah tersebut,” satu cerita yang menyeramkan dari lelaki berdarah di dahi. Semangat saya terasa hilang.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box