SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH

SIRI 240 DIPEGANG JIN TANAH

VARIASARI MEI 2001


Kami cuba mengawal perasaan dengan menjadi pendengar setia dan baik. Berusaha tidak memberikan sebarang komentar terhadap keterangan yang dijelaskannya.

Walaupun ada diantara keterangannya itu yang boleh disanggah dan dipertikaikan. Malah, ada yang benar-benar menyinggung perasaan kami. 

Bukan takut berdialog atau bertekak, kamui sekadar mahu menjaga hati dan perasaan seorang lelaki yang usianya jauh lebih tua dari kami. Rasanya, dalam saat-saat genting begini, tidak ada ruginya mengalah  atau merendahkan diri , asalkan di penghujungnya kami memperolehi kemenangan.

Tidak dinafikan. perkara yang dialami sebentar tadi tetap menakutkan. Secara tidak langsung lelaki berdarah dahi memperlihatkan kehebatan diri dan ilmu yang dimilikinya.

Dalam erti kata lain, kehadiran lelaki berdarah dahi disisi kami, tidak boleh dianggap mudah. Malah dia boleh dianggap sebagai serampang dua mata.

Kalau saya dan pemandu pandai serta bijak mengendalikannya, ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan, dirinya pulaboleh dijadikan kawan dan Iawan dalam satu masa.

"Bukan setakat itu saja, orang yang terkena sumpah tahi bijih. kadangkala boleh sesat dalam terang. Berlegar-legar dan berpusing-pusing di jalan yang dilaluinya sampai berhari-hari, macam orang mabuk. Kalau sudah sampai peringkat itu. kita boleh lakukan apa saja. Dia tak akan melawan," tatkala menyebut perkataan "dia tak akan melawan " lelaki berdarah dahi sengaja meninggikan suaranya.

Sukar diramalkan kenapa perkataan "dia tak akan melawan" harus diucap dalam nada yang tinggi dan keras. Apakah sekadar mahu membuktikan kepada kami tentang keberkesanan khasiat tahi bijih tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui, apa yang tersirat dalam hati nurani lelakl berdarah dahi.

" Besi ni, nampak saja pendek tetapi khasiat serta kegunaannya ada seribu macam. Ada orang menyebut-nya "pasak bumi" dan ramai juga yang menyebutnya "pacak bumi," besi hitam yang panjangnya sekitar empat kaki diangkat nya tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Biji mata kami bagaikan dipukau mengikut gerak tangan dan besi yang diangkat.

"Boleh meruntuh dan melemahkan kekuatan ilmu batin seseorang," besi pendek sepanjang empat kaki itu diletakkan ke bumi.

"Nak panggil orang halus lagi ke?" Saya pula bertanya.

'Tak payah," tengkingnya. Saya terkejut dan terdiam, pemandu tersenyum.

Lagak lelaki berdarah dahi kembali pada gayanya yang  secara tidak sengaja  memperlihatkan kehebatan dirinya, seolah-olah dia serba tahu.

"Kamu nak tahu rahsianya?" Dia jegilkan biji mata.

"Mahu,"

Serentak saya dan pemandu menjawab.


TANAH

 

DAN lelaki berdarah dahi, segera membuka dua tiga langkah silat. Perkara itu dilakukan sebagai tanda minta restu dari jin tanah yang kononnya ada pertalian dengan besi pacak bumi (pasak bumi), Tanpa restu jin tanah akan mengundang kecelakaan pada orang yang memegang besi tersebut.

"Bila berdepan dengan orang yang tinggi ilmu kebatinannya, tanam hujung besi yang tajam ini ke tanah. Begini caranya,”  tanpa diminta lelaki berdarah dahi memperlihatkan cara menanam besi pasak bumi.

Sebelum ditanam batang besi itu mesti diludah tujuh kali berturul turut, Kesan air liur   yang melekat dibesi dilurut tiga dari pangkal ke hujung. Dari hujung ke pangkal. Kemudian dihembus dari pangkal ke hujung, macam orang asli menyumpit tupai di dahan. 

Seronok dan menghiburkan melihat pergerakan lelaki berdarah dahi. Nampak lembut dan teratur. Setiap perbuatan harus diiringi dengan jampi mentera tertentu. Dan hati kecil terus memuji kehebatannya dan daya ingatannya.

"Kemudian ajak orang itu beradu kekuatan tetapi, jangan jauh dari kawasan besi itu ditanam," suaranya keras  sekali   sambil menarik nafas.

"Apa hasilnya?" Soal si pemandu.


"Hhuuuuuuuhhh, orang tu tak daya nak melangkah, kakinya dipegang jin tanah,

macam ini ha " lelaki itu terus mengayakan bagaimana cara orang yang kakinya dipegang jin tanah berhempas pulas berusaha melepaskannya.


Gaya yang diperlihatkan sungguh realistik berserta dengan mimik wajahnya. Tetapi, ada ketikanya terasa lucu. Kerana diperlihatkan penuh perasaan dan menggunakan tenaga yang banyak membuat lelaki berdarah dahi tercungap-cungap kepenatan.


"Bukannya mudah," menampakkan kebanggaan dan kemegahan dengan apa yang dilakukannya. Saya dan pemandu anggukkan kepaia. Senyum lelaki berdarah dahi bertambah lebar.


Dalam cuaca gelap yang semakin pekat itu saya terus menggeliat. Pemandu mengaru-garu pangkal lehernya. Hati semakin terasa tidak tentu arah, bunyi cengkerik seolah-olah memberitahu, jika masih berdiri  di situ, mungkin sesuatu yang tidak baik akan berlaku.  Saya membuat keputusan sendiri mahu memberitahu lelaki berdarah dahi supaya beredar dari situ.


Tetapi. belum pun sempat membuka mulut, lelaki berdarah dahi   lerlebih   dahulu bersuara.

"Dua orang yang megajak aku menculik Tuan Syed Hamid dan kawannya mengunakan barang-barang yang aku tunjukan  kepada kamu."

Kata-kata itu membuat saya tersintak.begitu juga dengan pemandu Syed Hamid Al –Hadad. Kuku di ibu jari segera saya gigit untuk menahan rasa cemas dan bimbang. Si pemandu juga saya lihat berada dalam keadaan yang serba tidak kena.

Mereka berada dalam bahaya. “ 

Dada terasa lapang, salu ungkapan yang melegakan dari lelaki berdarah dahi. Wajahnya nampak gusar juga. Si pemandu tunduk diam. Bagi menenangkan rasa cemas,  saya tarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.


MAGHRIB


Awan yang bergayut di langit bergerak lemah, begitu juga dengan hembusan angin. Nyamuk dan agas mula menjaiankan peranannya. Mengikut firasat saya, waktu     maghrlb baru beberapa saat saja berlalu.

Bersumberkan firasat dan keyakinan itu, saya terus meng hormati waktu maghrib.

"Kita mesti bertindak." Si pemandu bersuara.

 Dalam cuaca yang agak gelap, si pemandu merenung muka saya.Dengan segera saya anggukkan kepala. setuju dengan apa yang diluahkannya. Si pemandu terus merenung muka lelaki berdarah dahi yang dibayangi kecemasan dan kebimbangan.

"Inilah yang aku fikirkan. kalau tadi, sebelum hari gelap kamu berdua musuh aku. se-karang kamu berdua sahabat aku." lelaki berdarah dahi masih berusaha mahu menanam kepercayaan dalam diri kami berdua, bahawa hatinya, tidak bercabang. Usah diragui tentang dirinya.

 Perlahan-lahan lelaki berdarah dahi membuka baju dan diterbalikkan. Kemudian baju yang terbalik itu disarungkannya kembali ke tubuh. Tidak berhenti-henti lelaki itu memperlihatkan perbuatan yang ganjil dan pelik. Setelah memakai baju dalam keadaan terbalik. Dia meniarap dipermukaan bumi. Lubang telinga kirinya dicantumkan dengan tanah buat beberapa minit.

"Masih boleh,"

Dia terus bangun dan berdiri sebagai seorang pahlawan. Anak matanya merenung tepat ke arah pemandu . Beberapa saat berikut segera dialihkan kepada saya.

"Tak mengapa , sebahagian dari pada tahi bijih tu sudah aku tawarkan kuasanya mengikut angin. Sebahagian lagi yang tinggal, kuasanya tak seberapa, buktinya kamu berdua lihat di sana," lelaki berdarah dahi segera menunding telunjuknya ke arah pasir hitam yang kelihatan basah dan lembab, sebahagian daripada pasir hitam itu berada di bawah rimbunan dedaun rumput.

"Kekuatan atau kuasa tahi bijih boleh ditawarkan dengan air kencing dan peluh," katanya.

"Jadi kamu kencing berdiri?" Soal saya.

" Kencing berdiri ke, kencing bertenggung ke, kencang berlari ke, tidak kisah. Pokoknya air kencing aku dengan peluh sudah bercam-pur dengan tahi bijih," satu jawapan yang kurang sopan. Tidak ada rasa malu langsung.

Apa mahu dikata, sudah nasib terpaksa bersahabat dengan manusia yang kasar budi bahasanya. Si pem a n d u tunduk, tidak tahu apa yang berada dalam ke-palanya.

Tetapi, hati kecil saya terus bertanya, ketika m-na lelaki berdarah dahi itu kencing. Sebabnya, tidak nampak dia melakukan    perbuatan tersebut. Betulkah dia kencing atau atau air kencing makhluk halus? Persoalan itu terus berlegar-legar dalam tempurung kepala.

"Pelik," keluh saya.

"Apa yang pelik," tanya lelaki berdarah dahi. Keluhan saya dapat didengarnya.

"Tak ada apa-apa," tersengih saya menjawab. Ternyata dia dapat menerima jawa-pan tersebut.

Dengan tenang lelaki berdarah dahi mematahkan ranting pokok berdaun lebat untuk menutup pasir hitam atau tahi bijih. Tidak memadai dengan itu, dedaun kering sekitar kawasan kakinya dikuis-kuis dan dilonggokkan.

Dengan kakinya yang lebar dedaun kering ditolak perlahan-lahan bagi menam-bahkan lagi timbusan daun atas tahi bijih yang memang sudah ditimbus.


TUGAS


Tuga selanjutnya, dia pun melangkah longgokkan pasir hitam dalam timbunan dedaun itu tujuh kali berturut-turut. Setiap kaii melangkah mulutnya terus membaca mentera.

"Kuasanya sudah aku ranapkan."

Selesai saja Lelaki berdarah dahi berkata demikian, kelihatan sekumpulan kelip-kelip mengerumuni longgokkan dedaun yang m-nutup pasir hitam, bunyi gagak juga kedengaran sebanyak tujuh kali lalu diikuti  dengan bunyi burung "kuah kuit" memanjang.

Beberapa batang pokok besar yang berada tidak jauh dan kami bergoyang sendiri. Dedaun muda berguguran, sedangkan ketika itu, tidak ada angin ribut. Ada kuasa yang tidak kelihatan mengoyangkan pepohon besar tersebut.

Bila pokok besar berhenti bergoyang dalam cuaca maghrib yang kian memberat itu, kelihatan kumpulan lotong bergayutan di hujung dahan terbuai-buai. Tidak tahu dari mana kumpulan lotong itu datang.

Apa yang pasti kehadiran kumpulan lo-tong itu amat menye-nangkan hati lelaki berdarah dahi. Buktinya dia sentiasa senyum sambil menggerak-gerakkan tangannya ke arah kumpulan lotong tersebut seperti memberikan arahan tertentu.

Mungkin kerana penat bergayut, kumpulan lotong segera bertenggek sebaris didahan besar, duduk berdekatan menghalakan muka kearah saya dan pemandu. Memang menakutkan melihat mukanya yang dilingkari garisan putih, lebih-lebih lagi bila dia menyeringaikan giginya.

“Tapi.”

Mengejut saja lelaki berdarah dahi bersuara dalam nada suara yang cukup keras dan tinggi. Dia seolah-olah teringatkan sesuatu yang penting. Dahinya berkerut dan keningnya terangkat sedikit. Saya dan pemandu saling berpandangan.

"Ada apa menjerit semacam ni?" Saya bertanya.

"Ada sebahagian lagi tahi bijih dalam saku seluar mereka, kira-kira dua genggam lebih. Kalau mereka tabur di tanah dengan sendirinya khasiat tahi bijih tidak menjadi. Kalau belum ditabur, sulitlah sikit. Tapi tak mengapa kita berikhtiar."


MENJERIT


Barulah saya dan   pemandu faham keadaan sebenarnya, kenapa lelaki berdarah dahi menjerit dan cemas sekali.

"Kita berikhtiar," ulangnya lagi dengan mata yang bersinar, penuh harapan ten-tang kejayaannya.

Lelaki berdarah dahi melangkah ke kanan. Besi pendek pasak bumi segera dicabut. Di timang-timang dan ditelek-teleknya berkali-kali. Semasa besi pendek "pasak bumi" dijulang melepasi kepalanya, kumpulan lotong yang bertenggek di dahan segera menjerit ketakutan. Semuanya lari bertempiaran ghaib.

Malah  kumpulun kelip-kelip yang menghurungi timbunan dedaun kering turut  hilang  dalam  sekelip mata. Tidak dapat dikesan ke mana perginya.  Semua yang terjadi depan mata, sukar diterima oleh akal fikiran yang waras.

"Kita berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita  serahkan  pada Tuhan yang maha Kuasa, niat saya dan juga awak berdua baik," selesai bercakap lelaki berdarah dahi terus mengucup besi pendek "pasak bumi” macam pahlawan Melaka mengucup keris pemberian Sultan.

Perasaan saya terus berdebar, walau  pun suara "kuang-kuit” sudah berhenti.

"Ayuh, kita bergerak sekarang,"  satu arahan keras dari lelaki berdarah dahi untuk kami berdua yang masih belum dapat menangkap maksud dari arahan tersebut.

"Kemana?" ba!as si pemandu.

"Ke  mana lagi, menolong tuan kamu dan kawannya yang tersepit, Kalau berlengah-lengah entahkan sempat entahkan tidak.

Kata-kata terrakhir "entahkan sempat, entahkan tidak" membuat saya sesak nafas. Detik jantung terasa hebat sekali. Rupanya masalah yang sama turut juga dirasai oleh si pemandu. Buktinya,  dia melepaskan, renungan cemas ke arah saya.

Pikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang patut saya nyatakan pada si pemandu. Apakah tindakan selanjutnya yang wajar saya buat. Patutkah digesa lelaki berdarah dahi bertindak cepat, tidak sekadar bercakap serta memperlihatkan kebolehannya saja.

 "Ayuh, apa lagi. Kenapa termenung saja. Sekarang bukan masa termenung, seka-rang masa berlindak dan bergerak," lelaki berdarah dahi terus menolak bahu si pe-mandu. Kerana tolakkannya agak kerasd an kuat si pemandu hampir lerjatuh. Dan dalam masa yang sama lelaki berdarah dahi terus menarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan, saya mengikut saja macam kerbau dicucuk hidung.


SELIT


Besi pendek “pasak bumi” terselit melintang dipinggang lelaki berdarah dahi. Per-jalanan menuju ke tempat Syed Hamid Al-Hadad dan datuk pun bermula.

Kepala jalan diketuai oleh lelaki berdarah dahi, diikuti oleh si pemandu dan saya orang terakhir. Kerana tidak selesa berada di belakang, saya berunding dengan si pemandu untuk bertukar tempat. Senang rasa hati, bila pemandu memenuhi permintaan saya. Baru lebih kurang dua puluh langkah bergerak, lelaki berdarah dahi memberi isyarat supaya berhenti. Lagi sekali manusia pelik ini membuat kejutan, runggut sayal dalam hati. Dia renung muka saya.

"Siapa suruh kamu tukar lempat?"

"Tukar suka sama suka."

"Pandai buat rancangan sendiri, sekarang buat semula macam tadi, jangan pandai-pandai bual sesuatu tak tanya aku."

Saya pun kembali ke posisi asal, begitu juga dengan si pemandu.

Sebelum memulakan langkah yang terhenti, lelaki berdarah dahi tahu perasaan saya tersinggung dengan tindakannya.

Dia minta maaf dan menjelaskan dia terpaksa berbuatn demikian kerana mengikut urutan usia. Dia paling tua mesti jadi kepala jalan, kerana banyak pengalaman dan tahu serba sedikit petua menjejaki langkah orang. Pemandu tua dari  saya,  sudah sewajarnya berada di belakangya. Dan saya paling muda dalam  kumpulan tiga orang itu, memang selayaknya berada di belakang sekali.

Penjelasan ilu saya terima dengan senang hati. Masalahnya. sebagai orang yang berada di belakang sekali, sudah tentu macam-macam hal yang buruk bermain dalam kepala. Bukan harimau atau binatang buas yang saya takuti, melainkan hantu syaitan yang boleh menjelmakan diri dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa.

Berpunca dari rasa takut itu menyebabkan saya melangkah dengan cepat. Akibatnya saya   sering  tersepakkan tumit kaki si pemandu.  Malah ada ketikanya, saya melanggar tubuhnya bila dia  memperlahankan langkah, hasilnya si pemandu merunggut panjang dan marahkan saya

Macamana dia tidak marah. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan dla terdorong ke depan dan jatuh. Secara tidak sengaja badannya akan berIaga dengan badan lelaki berdarah dahi. Bila hal ini terjadi boleh menyebabkan lelaki berdarah dahi turut jatuh seperti dia.

Bila perkara terjadi boleh melambatkan perjalanan ke arah tempat yang dituju.    Saya  tahu masalah tersebut.

Dalam langkah yang penuh berhati-hati itu, tumit kaki si pemandu masih menjadi mangsa sepakkan kaki saya.

"Berhati-hati dan perlahan-lahan sikit Tamar. Kalau aku jatuh susah jadinya."

"Aku tak senga}a."

"Kerana kerap sangat tak sengaja itulah, aku suruh kamu berhati-hati. Tak ada apa yang ditakutkan."

Saya diam dan hati terus berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Malangnya, dalam berjaga-jaga dan berhati-hati perkara yang sama berulang kembali. Entah apa malangnya nasib saya.

"Tamar berapa kali aku nak cakap."

"Maafkan aku."

"Sudah berbelas kali kamu minta maaf, tapi kamu tidak juga berubah. Lain yang kamu cakap, lain pula yang kamu buat. Ini tak boleh jadi Tamar. Jangan sampai aku hilang sabar," cukup keras dan bertenaga sekali suara si pemandu. Kalau tadi. setiap kali bercakap dia renung muka saya. Tetapi, kali ini keadaan menjadi sebaliknya. Saya menarik nafas hampa dan menyalahkan diri sendiri.


KEJUTAN


LAGI sekali lelaki berdarah dahi membuat kejutan. Dia angkat tangan kiri tinggi-tinggi melepasi kepala sebagai tanda syarat perjalanan harus diberhentikan . Timbul pertanyaan dalam dada, ada halanganbesarkah di hadapan atau ada gangguan hantu syaitan dalam perjalanan ini? 

Debar dalam  rongga dada berkocak kembali. Renung kiri, renung kanan. Si pemandu juga berkelakuanseperti saya. Kami saling berpandangan dengan seribu  persoalan bersarang dalam dada.  Lelaki berdarah  dahi menjatuhkan tangan kiri lalu bertepuk sebanyak tiga kali.

Wajahnya masam dan serius. Dari gerak mata dan kembang kempis hidungnya. Begitu juga dengan cara dia berdiri bersi-lang kaki. Betis kanan menindih betis kiri. Semuanya itu memper-lihatkan dia sedang berada di puncak ke-marahan yang amat sangat. Macam ada pantang larang dan pesanannya kami langgar  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box