SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA

BARANGKALI cara terbaik yang wajar saya lakukan ialah, keluar dari ruang rumah yang melemaskan itu. Tinggallah Andi Kamarool yang tidur mati. Tetapi cara itu bukanlah perbuatan yang terpuji. Hanya orang yang mementingkan diri sendiri saja yang sanggup melakukan perkara tersebut. Adat berkawan sudah senang sama- sama dilalui dan dirasai.


Persoalan itu, mungkin cara mendadak dalam kepala. Agak sukar untuk membuat keputusan. Setelah difikirkan dengan semasak- masaknya, saya memutuskan tidak akan meninggalkan Andi Kamarool sendirian. Biarpun apapun yang akan berlaku, saya tetap bertahan di ruang tamu. Tidak akan lari ke mana-mana, tetap bersama-sama Andi Kamarool.


Saya renung lelangit ruang tamu semuanya nampak macam biasa. Saya toleh ke arah dupa, asap kemenyan tetap mengepul. Dengan hati- hati tubuh Andi Kamarool saya goncang. Dia tidak juga membuka mata, malah makin lena tidurnya. Saya dekatkan bibir ke telinganya.


"Andi bangun ," bisik saja.


"Hummm...," terdengar suara dengan mata terpejam. Gegendang telinga saya menangkap, suara orang sedang bercakap dalam bahasa yang sukar dimengertikan. Tidak dapat dipastikan dari arah mana suara itu datang. Dan suara itu hilang begitu saja.


HATI


SUPAYA hati jadi tenang dan aman, saya pun membaca surah- surah Quran mana yang teringat oleh saya ketika itu. Pada peringkat awalnya, saya tidak dapat membaca dengan baik. Ada saja benda- benda pelik yang berlari di lantai. Semuanya saya tentang dan semakin hebat saya membaca, makin hebat pula kejadian- kejadian luar biasa yang saya alami.


"Ya Allah, beri aku kekuatan," pohon saya dalam hati.


Andi Kamarool yang terbujur terus bangun, berjalan ke setiap sudut ruang dengan mata tertutup. Bersilat dan menari. Semua yang terjadi membuat saya lemas dan cemas. Lebih dari sepuluh minit Andi Kamarool melakukan perkara tersebut. Ayat- ayat Al- Quran yang saya baca mula jadi lintang pukang. Tidak tentu arah.


"Bummmmmm.......Ahhhh..."


Saya lihat Andi jatuh di lantai. Bergolek macam gasing dan berhenti sebaik saja tubuhnya terkandas di tepi dinding. Aneh sungguh, dia tidak juga terjaga atau membuka mata. Tidurnya bertambah lena dengan dengkur yang memang. Saya mengigit bibir sambil merenung ke arah dupa yang baranya sedang marak.


Secara mengejut, bara dalam dupa terus menyala. Apinya menjulang mencecah langit rumah. Beberapa ekor cicak yang terkena bahang panas, jatuh terkapar di lantai.


Belumpun sempat saya memadamkannya, api yang menjulang segera mengecil dan akhirnya hilang. Tetapi, ketul-ketul bara dalam dupa terus merah menyala serta mengeluarkan bunga api kecil, berterbangan berlegar-legar dalam ruang. Macam ada kuasa tertentu yang meniup atau menghembusnya.


ASAP


SEMUA kejadian aneh yang tidak masuk akal itu, berlangsung kira- kira setengah jam lebih. Mungkin kerana dimasuki asap kemenyan atau memang sudah kepenatan menyebahkan mata saya berair.


Dua tiga kali saya menguap, badan terasa amat letih. Akhirnya, saya rasa mengantuk sekali. Saya sedar, kalau saya terlena atau tertidur dengan sendirinya saya tidak dapat membaca ayat- ayat Quran.


Akibatnya, mungkin saya berdepan atau mengalami perkara- perkara yang lebih dahsyat lagi. Kerana itu. saya harus berjuang agar tidak terlelap walaupun sesaat. Sepasang biji mata saya jengkilkan. tangan terus mencampakkan butir- butir kemenyan ke perut dupa menambahkan lagi keadaan pengap di dalam ruang oleh asap kemenyan. Saya renung ke arah Andi Kamarool. dia tetap seperti tadi, tidur mati dengan dengkur yang keras.


"Andi.....," pekik saya dengan harapan Andi akan terjaga. Harapan saya tidak berhasil. Andi Kamarool terus berdengkur.


"Huuuhhhhh......."


Ada suara dari arah belakang. Saya segera menoleh. tidak ada apa yang saya lihat kecuali asap kemenyan. Sayup-sayup terdengar kokok ayam bersahut-sahutan. Badan saya mula mengigil kesejukkan. Saya terus hempas pulas menahan kelopak mata dari bercantum. Lima enam kali saya tersengguk- sengguk.


Dalam batas sempadan antara terjaga dan menjelang tidur, saya ada rasa seekor binatang yang mendekati. Dalam keadaan yang samar itu. saya dapat mengenali binatang yang mendekati saya itu ialah seekor naga (yang selalu dimainkan oleh kaum Cina dimusim perayaan tahun baru mereka). Mata naga memancar cahaya merah, biru dan warna kuning keemasan.


Kerana kehadirannya memperlihatkan sikap untuk bersahabat membuat saya tidak takut dan cemas kepadanya. Tanpa berfikir panjang saya terus berdiri di depannya. Kerana si naga menjunjung emas berlian dan intan permata di sisi geliganya, kepingin saya memiliki barang-barang berharga itu.


"Boleh aku minta emas berlian milik kamu," kata saya.


Dengan serta merta si naga mendengus kemarahan dan menghembuskan nafas kepada saya. Badan saya melayang dan terus terdampar ke dinding, seluruh kulit badan terasa panas bagaikan terbakar.


Memang tidak di duga, kata-kata yang dihamburkan beberapa saat tadi boleh menyebabkan si naga naik darah dan terus mengamuk. Saya ketakutan dan berlari ke setiap sudut ruang. Si naga terus memburu sambil mulutnya mengeluarkan bebola api ke arah saya. Seluruh badan menjadi lemah. tidak bermaya mahu melangkah. Dan akhirnya saya terjaga dengan dada yang berdebar, tercunggap-cunggap cemas sekujur tubuh di basahi peluh.


"Kenapa Tamar? Muka kamu pucat badan kamu berpeluh".


Pertanyaan Andi Kamarool tidak dapat saya jawab. Mukanya, saya renung. Hidungnya kembang-kempis menyedut udara dalam ruang. Matanya mula berair akibat dimasuki asap kemenyan. Seluruh sudut ruang jadi sasaran biji mata Andi Kamarool.


'Kamu bakar kemenyan, Tamar?"


"Iya," saya mengangguk.


"Patutlah satu ruang tamu bau kemenyan, pening kepala aku dibuatnya.

Kamu sengaja mencari penyakit Tamar",


"Aku tak sengaja Andi".


"Tak sengaja atau memang disengajakan untuk mencari sesuatu," tokok Andi Kamarool dengan wajah serius. Saya terus membisu.


"Jangan fikir apa- apa lagi, pergi mandi. Subuh dan masuk, kita sembahyang bersama. Sebelum masuk bilik air, buka semua jendela. Biar bau asap kemenyan hilang," Andi Kamarool menambah.


Gesaannya saya patuhi. Bila daun tingkap terbuka, bau kemenyan beransur kurang. Udara pagi, mula berlegar-legar dalam ruang. Kicau burung mula kedegaran. Di kaki langit fajar mula bangkit. Dengan langkah yang lemah saya menuju ke bilik air.


HIDANGAN


SETELAH selesai menunaikan fardu subuh, kami dapati hidangan untuk sarapan sudah tersedia.


"Cuma ini saja yang ada, kuih jemput pelapik perut dan kopi panas," Mia yang berdiri diambang pintu bersuara. Terkejut juga saya, bagaimana Mia boleh masuk sedangkan pintu berkunci.


Tetapi, bila memikirkan rumah miliknya, pasti dia ada kunci pendua.


"Bila keluar nanti, pintu jangan dikunci. Kalau dikunci susah pula Kak Sun nak mencuci rumah. Ada bekal untuk kamu berdua di situ," jari telunjuk Mia menunding ke arah sumpit mengkuang yang tersandar di dinding.


"Apa bekalnya?" Tanya saya.


"Nasi lemak sambal tumis ikan bilis, sebaik-baiknya , kamu berdua jangan makan di kedai, aku ucapkan selamat jalan".


"Mia....," suara Andi Kamarool terus mati. Dia tergamam. Melihat Mia melangkah keluar. Wajah Andi Kamarool nampak sedih sekali.


"Barangkali dia sedih, tidak sampai hati nak bercakap dan melihat wajah kamu," saya menenangkan perasaannya.


"Barangkali ," keluh Andi Kamarool penuh kelesuan.


Ketika kami berada di gigi jalan menanti kenderaan untuk ke Sungai Penuh. Haji Simpul datang menemui kami. Setelah berjabat tangan. Haji Simpul menghadiahkan senyum mesra untuk kami.


"Apa yang kamu buat malam tadi Tamar?"


Itu yang ditanyakan oleh Haji Simpul kepada saya. Sukar untuk menjawabnya. Haji Simpul terus menentang anak mata saya Renungannya membuat dada berdebar dan ada resah semacam.


"Berterus- terang saja dengan aku, Tamar," Hai Simpul terus mendesak. bila melihat saya enggan membuka mulut.


Kerana tidak mahu menghampakan harapannya, saya ceritakan apa yang telah saya alami malam tadi. Selesai saja saya bercerita Haji Simpul dan Andi Kamarool gelengkan kepala. Dan dalam suasana dingin pagi, Haji Simpul dan Andi Kamarool menyesali perbuatan saya. Menurut mereka, perbuatan tersebut boleh mengundang kecelakaan pada diri.


Sesungguhnya, saya menyesali dengan apa yang saya lakukan. Hati kecil saya berjanji tidak akan mahu mencuba atau berusaha menemui hantu atau apa saja yang ada hubungan dengan makluk ghaib Saya tak sanggup menerima atau menanggung risiko.


Ada pelbagai risiko yang menanti. Takdirnya, saya jatuh gila terpaksa mencari orang yang lebih handal untuk mengubatinya. Andainya, tidak ada orang yang mampu mengubatinya, meranalah saya sepanjang hidup. Saya terus jadi gila sampai mati. Mengenangkan itu saya termenung panjang dan bersyukur kerana saya tidak mengalami apa- apa.


MEMBISU


"LAIN kali, jangan buat perkara macam itu," tutur Haji Simpul sambil membetulkan hujung serbannya yang menutup hidung akibat ditiup bayu pagi yang agak kencang. Saya terus membisu. Tidak wajar untuk saya memberikan sebarang komen. Mungkin kerana kesejukan, Andi Kamarool terus memeluk tubuh.


“Aku tahu, apa mulanya kamu memang tidak sengaja. Tetapi, dari tidak sengaja. Tetapi. dari tidak sengaja itu mendorong kamu untuk mencuba meminta sesuatu, betul tak cakap aku Tamar?" Haji Simpul merenung biji mata saya. "Betul tuan haji".

"Kamu minta harta kerana kamu mahu kaya?" Saya mengangguk. Senyum Haji Simpul kian lebar. Saya semakin sedar, apa yang saya lakukan malam tadi, memang kerja yang sia-sia.


"Perbuatan yang membuang masa, nasib baik kamu tidak ditimpa celaka," kali ini suaranya agak meninggi. Bunyi deru injin kederaan yang melintas di depan membuat perasaan kami kurang aman. Nasib baik tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Rasa dingin terus menguasai diri saya.


"Kamu mesti ingat Tamar, Allah telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang sempurna dan mulia. Kepada Allahlah manusia mohon restu dan pertolongan, bukannya kepada makhluk atau roh yang tidak tentu asal usulnya," bisik Haji Simpul ke telinga.


"Saya faham tuan haji".


“Kalau dah faham, jangan buat lagi".


"Saya berjanji," itu ikrar saya di depan Haji Simpul dan Andi Kamarool turut mendengar ikrar tersebut.


TAHAN


TETAPI, berusaha melepaskan manusia dari jadi hamba jin, hamba syaitan adalah kerja yang murni. Kerana itulah aku bersedia membantu kamu berdua, tujuan kamu untuk menyelamatkan Mia dan Harison," Kali ini sepasang biji mata Andi Kamarool tertumbuk ke paras Andi Kamarool.


Kami melihat sebuah lori kecil datang dari arah depan. Haji Simpul segera ke tengah jalanraya lalu menahan lori kecil yang sarat membawa sayur- sayuran. Dengan serta- merta lori itu berhenti.


"Ada apa halnya ayah cik ?"


Pemandu lori kecil menjulurkan kepala. Injin segera dimatikan. Tiada jawapan dari Haji Simpul untuk pemandu lori kecil berkepala merah. Haji Simpul segera menghampiri si pemandu. Mereka bercakap, bagaikan orang berbisik. Saya kurang senang dengan cara yang dilakukan oleh Haji Simpul macam ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada kami berdua.


Dengan langkah yang lemah. Haji Simpul menjarakkan diri dari si pemandu dan lori. Dia segera mendekati kami.


"Drebar lori itu. anak saudara aku. Dia setuju bawa kamu berdua ke Sungai Penuh," semacam ada nada bangga terlontar dari kelopak bibir Haji Simpul. Dia segera mengambil beg pakaian kami lalu belakang lori.


Tanpa mahu berfikir panjang, saya terus meluru ke bahagian belakang lori. Andi Kamarool juga turut berbuat demikian. Kami sama-sama memanjat lori dan segera duduk di celah bakul sayur, beberapa hari kelopak kobis yang gugur segera jatuh atas riba saya. Bau dari bakul sayur yang kurang menyenangkan itu membuat kami terbatuk. Andi Kamarool seperti merunggut, mungkin dia merasa tidak selesa duduk berhimpit dengan bakul sayur.


"Tamar, Kamarool bukan di belakang, duduk di depan dekat drebar," suara Haji Simpul meninggi. Kami segera turun dari belakang lori dan melangkah lemah menuju ke bahagian depan. Sebaik saja kami sampai dekat pintu lori, pemandunya melompat turun lalu menghulurkan tangan Kami sambut salam perkenalan dan pcrsahabatan penuh mesra.


"Duduk di belakang tak selesa, nanti seluruh badan bau sayur. Duduk di depan dekat saya," turut si pemandu dengan mesra. Harga senyumannya murah sekali. Haji Simpul yang berdiri dalam jarak sepuluh kaki dari kami tersenyum bangga.


"Ayahcik belum perkenalkan, siapa mereka kepada saya," pemandu lori merenung tepat ke wajah Haji Simpul.


"Oh ya, aku terlupa".


Dengan serta merta Haji Simpul kerutkan kening . Kemudian dia menerpa ke arah saya dan Andi Kamarool dan kami segera dipeluknya. Ketawanya tidak putus.


"Ini, yang di sebelah kiri aku, namanya Tamar. Disebelah kanan aku namanya Andi Kamarool," tutur Haji Simpul. Ketawa yang terputus disambungnya kembali. Telapak tangannya terus menepuk- nepuk bahu kami.


"Ada kaitan keluarga dengan kita?" Soal pemandu lori.


"Ada".


"Dari sebelah mana? Barangkali dari sebelah isteri ayahcik. agaknya," si pemandu kian ghairah bertanya.


"Dari aku tak ada. Dari sebelah bini aku pun tak ada".


"Habis dari keluarga nama ayahcik?"


"Keluarga dan saudara sesama Islam," balas Haji Simpul. Si pemandu anggukkan kepala.


"Mereka dari mana, ayahcik?"


"Tamar dari tanah semenanjung, Andi dari Kalimantan, mereka ke mari kerana nak cari pengalaman baru di rumah batu dan ladang misteri".


"Kalau begitu, mereka berdua memang hebat orangnya ayahcik".


"Aku tak berani nak kata apa- apa, kamu tanyalah mereka," ujar Haji Simpul. Si pemandu ketawa kecil. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.


Ungkapan-ungkapan yang terhambur dari bibir Haji Simpul tidak saya senangi. Ada unsur menyindir dan mengejek. Sebenarnya, dia tidak perlu menyebut yang kami, mahu cari pengalaman di rumah batu da di ladang Mia. Saya kira kata-kata itu terlalu peribadi. Apakan daya, kami tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulutnya.


"Sekarang kamu berdua boleh pergi".


Haji Simpul segera menjatuhkan tangan sebelah kiri dan kanan yang memeluk pinggang saya dan Andi Kamarool.


"Aku ucapkan Selamat Jalan," tambahnya lagi.


"Mari ikut, saya terlupa pula nak cakap, nama saya Abu Zaharin, panggil saya Abu, sudahlah," si pemandu yang bertubuh kecil, sulah dahinya luas tetapi, rambutnya tidak lebat. Agak jarang di bahagian tengah kepala, menarik tangan kami ke tempat duduk. Saya dan Andi Kamarool mengikut saja, macam kerbau dicucuk hidung.


Injin lori kecil segera dihidupkan.


"Kami pergi dulu, tuan haji," saya dan Andi Kamarool bersuara serentak.


"Semoga Allah memberkati peralanan kamu bertiga, jauh dari bahaya dan petaka," Haji Simpul menadah kedua belah tangannya kelangit.


"Pergi dulu ayahcik".


Haji Simpul anggukkan kepala.


JAMU


Lori kecil, kepala merah pun bergerak perlahan-lahan. Saya lihat Haji Simpul melambai-lambaikan tangannya ke arah kami. Makin lama makin laju lori bergerak meninggalkan Haji Simpul dan kawasan ladang milik Mia.


Sudah dua puluh minit perjalanan, kami bertiga tidak bercakap sepatah apapun. Masing-masing dengan hal sendiri. Abu Zaharin begitu tenang memaut dan memulas setering kereta. Sesekali dia bersiul kecil membawa lagu padang pasir. Mata saya terus dijamu dengan pepohon yang menghijau di kiri kanan jalanraya.


Dan matahari pun mula memancarkan ke arah pepohon di kaki dan puncak gunung. Bila sinarnya tertampar di permukaan air sungai yang mengalir lembut akan memantulkan cahaya yang kilau-kemilau. Suasana begini, membuat saya terasa segar, tidak jemu dan sekaligus merasa kagum dengan ciptaan Allah Yang Maha Besar.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box