SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG

TIDAK dinafikan, sedikit sebanyak kata- kata yang terhambur dari mulut pemandu lori itu, memang ada kebenarannya. Kami memang keberatan mahu menccritakan peristiwa di rumah batu dan di ladang Mia kepada beberapa sesiapa. Biarlah kejadian itu menjadi milik peribadi kamu berdua.


"Aku tak percaya, kamu berdua tak mengalami perkara-perkara aneh di situ," si pemandu lori itu seperti bersunggut. Saya dan Andi Kamarool terus membisu seribu bahasa.


Lori kecil memperlahankan lajunya. Kali ini merempuh kawasan tanah lapang. Pokok-pokok di kiri kanan jalanraya baru saja ditebang. Longgokkan kayu yang sudah dipotong, kelihatan dimana-mana, menanti waktu untuk dibakar. Di hadapan kelihatan puncak gunung berbalam diselaputi awan tebal.


"Tak ada apa- apa yang mahu kami rahsiakan," kata saya selamba dan mengharapkan Abu Zaharin percaya dengan apa yang saya cakapkan.


"Masih mahu berahsia dengan aku," kali suara Abu Zaharin keras sekali. Serentak itu dia menekan berek cara mengejut. Badan saya terdorong kedepan dan dahi berlaga dengan cermin lori. Saya kira perbuatan itu sengaja dilakukan. Tidak ada sebab kenapa, Abu Zaharin menekan berek kecemasan. Tidak ada binatang liar atau ternakan yang melintas di depan.


Sikap yang memperlihatkan oleh Abu Zaharin menimbulkan rasa sangsi dan keraguan dalam diri. Mungkin juga dalam diri Andi Kamarool. Barangkali, Abu Zaharin panas hati kerana kami tidak mahu berterus lerang dengannya. Selepas peristiwa yang tidak diduga terjadi, Abu Zaharin terus bungkam buat beberapa ketika.


Sesungguhnya tindak tanduk Abu Zaharin itu amat menyenangkan hati, kalau boleh, biarlah dia terus bungkam hingga dia sampai ke Sungai Penuh. Dengan itu, saya dan Andi Kamarool terselamat dari dihujani berbagai-bagai pertanyaan yang ada hubungkaitnya dengan rumah batu Mia. Ternyata harapan dan doa saya tidak menjadi kenyataan.


"Pelik, semua orang kata kawasan rumah tu ada penunggu. Tapi, kamu berdua kata, tak ada apa-apa. Jangan-jangan kamu berdua ni, keturunan hantu pontianak tak?" Abu Zaharin mula menyindir dan dia terus ketawa berdekah-dekah. Dia cuba membakar perasaan kami. Kami tetap bersabar dan hanya mampu mempamerkan senyum tawar sahaja.


"Saya berharap agar segera sampai ke tempat yang ditujui. Cuma dengan cara itu saja boleh menutup mulut Abu Zaharin dari bertanya perkara yang tidak saya senangi.


"Kalau kamu berdua masih mahu berahsia, tak mengapa. Tetapi, bagaimana? Kalau aku katakan kepada kamu berdua, rumah batu lama dan kawasan ladang dikawal jin. Sesungguhnya jin boleh menjelma dalam bermacam-macam rupa dan bentuk. Kamu berdua setuju dengan pendapat aku ini".


"Setuju," sahut saya. "Ertinya, kamu berdua sudah melihat sesuatu yang aneh di rumah batu."


"Ehhh..." cuma setakat itu saja, saya bersuara. Perlahan-lahan saya garu pangkal leher. Andi Kamarool telan air liur. Kami berdua sudah masuk perangkap pemandu lori kecil yang pintar.


Pandai sungguh dia memasang jerat, kami tak dapat berdalih lagi. Terpaksa berterus- terang. Kami ceritakan apa yang dialami semasa menginap dirumah batu lama itu.


JIN


"AKU kira seluruh kawasan di situ, dijaga oleh jin," terlontar ungkapan dari bibir pemandu lori. Kata-katanya tidak kami jawap dengan serta- merta. Saya dan Andi Kamarool termenung sejenak.


Semasa lori kecil melanggar ranting kering yang bersepah didada alam, Abu Zaharin mula bersiul membawa lagu SRI BANANG.


"Kamu setuju, kalau aku katakan semua terjadi adalah akibat dari perbuatan nenek moyang Mia yang bersahabat dengan jin," Abu Zaharin merenung ke arah pokok tualang tinggi menjulang di sebelah kanan jalan.


"Boleh jadi, Abu," balas Andi Kamarool.


Lori kecil berkepala merah terus meluncur.


"Kamu berdua tahu tak. Allah berfirman dalam surah An-Nissa-38 yang berbunyi, barang siapa jadikan syaitan sebagai temannya, maka temannya itu adalah seburuk-buruknya," Abu Zaharin menyingkap sedikit demi sedikit kebolehannya kepada kami.


Dari situasi yang dihadapi, saya lantas membuat kesimpulan bahawa, dia bukan sebarang orang. Dia pemandu yang berilmu, manusia yang serba boleh. Andi Kamarool yang bijak menguasai keadaan segera mengalihkan topik pebualan dari hal rumah batu lama kepada kisah peribadi si pemandu lori. Pemandu lori yang suka bercerita masuk ke dalam perangkap Andi Kamarool.


Secara tidak langsung, Abu Zaharin pun mengungkap tentang kisah dirinya. Dia mendapat pendidikan awalnya di tempat kelahirannya Lubuk Pinang. Kemudian dihantar kedua orang tuanya belajar ilmu agama di Padang Panjang. Meninggalkan Padang Panjang merantau ke Singapura belajar di Al- Junid. Merantau dan menetap di Mekkah selama bebelas tahun mendalami ilmu Agama.


Dua tahun setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, Abu Zaharin pulang ke Lubuk Pinang, menjalankan perniagaan secara kecil- kecilan disamping mengajar kanak- kanak mengaji Quran dan ilmu agama secara sukarela.


"Barangkali awak berniaga kerana mahu mengikut sunnah Rasul." saya melontarkan komen. Dia membisu tetapi, bibirnya mengukir senyuman.


"Kata orang, sepuluh dari sumber rezeki, sembilan darinya datang dari perniagaan," Andi Kamarool menyampuk. Macam tadi juga, si pemandu lori yang berusia sekitar awal empat puluhan terus senyum.


"Bukan apa- apa kerja sendiri bebas. Tidak terikat dengan sesiapa," itu ungkapan yang diluahkan oleh Abu Zaharin, penuh ketenangan.


"Betul cakap kamu, Abu," kata saya.


“Tetapi kerja sendiri mesti rajin, mesti sanggup tanggung risiko," Abu Zaharin berkata serius.


MERAH


LORI kecil berkepala merah terus meluncur dijalanraya. Sekejap laju, sekejap perlahan. Terus melepasi beberapa kawasan kampung, bukit bukau dan kawasan sawah yang luas. Ketika itu padi baru menguning. Melintuk lembut disentuh sekawan bayu dari puncak bukit. Nampak beralun dan berombak dibawah sinar matahari pagi.


Akhirnya, lori kecil berhenti di lorong sempit di kawasan pasar. Saya dan Andi Kamarool segera terjun dari perut lori. Beberapa orang lelaki dan perempuan yang lalu di situ merenung ke arah kami seketika. Agaknya, mereka tahu yang kami adalah orang asing.


"Terima kasih, Abu," kata kami serentak. Pemandu lori tersenggih.


"Sebenarnya, kamu berdua ni. Mahu ke mana?"


"Ke Danau Kerinci, kata saya.


"Tak jauh dari sini, kira-kira 16km saja. Biarku hantar kamu ke sana, tapi. .." pemandu lori berhenti bercakap, dia menung ke arah beberapa orang lelaki. berwajah serius yang mendekati lori kecilnya.


"Aku terpaksa punggah semua sayur-sayuran ni dulu, apa kamu berdua sanggup menunggu," tambah si pemandu lori kecil.


"Kami bersedia," kata saya.


Seronok juga melihatan mereka menurunkan sayur-sayuran dari lori. Dengan kereta sorong raga-raga sayur diusung ke perut pasar. Mereka bercakap dalam dialek kerinci yang lucu bunyinya, bagi saya. Lengguk dan patah bahasa hampir menyamai dialek Minangkabau, Panai, Rawa dan Mendaling.


Dalam masa yang singkat itu, saya berjaya menjalin persahabatan kilat dengan seorang lelaki separuh umur. Dia anak jati Sungai Penuh. Dia mengakui, ada kaum kerabatnya yang sudah berhijrah ke Semenanjung dan tidak mahu pulang ke kampung halaman. Mereka sudah menjadi rakyat semenanjung.


"Orang Kerinci banyak pergi ke Perak terutama di daerah Parit seperti di Sadang, Belanja kiri. Manakala, Orang Panai pergi ke Sungai Rambai, Batu Enam belas dan Air Tawar. Saya cuma tahu sebut nama tempatnya saja, saya sendiri tak pernah sampai ke situ," katanya.


"Tempat- tempat yang pak cik sebut tadi, berada di Negeri Perak. Kawasan tengah," saya memberi penjelasan.


"Begitu," dia mengangguk faham.


Lelaki separuh umur itu meminta diri. Dia mahu membeli barang keperluan seharian di pasar. Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi melayani saya. Namanya, Haji Ahmad.


Si pemandu lori tidak mungkir janji. Bila semua urusannya selesai, dia segera menyuruh kami naik lori kecil.


MERANGKAK


"AKU hantar kamu di tempat yang dihajatinya," kata Abu Zaharin sambil menghidupkan enjin lori kecil merangkak keluar dari kawasan pasar Sungai Penuh, menuju ke muara jalan yang besar dan luas.


Kami yang menikmati pemandangan alam yang cukup indah dan cantik. Abu Zaharin kembali kepada kesukaannya iaitu berkasidah. Tetapi, dia tidak lali memandu, semakin tinggi suaranya, semakin kencang lorinya berlari di jalanraya. Semakin erat setering keretanya dipautnya.


"Aku nak minum."


Abu Zaharin memperlahankan lori sambil menghimpit ke gigi jalanraya, dan akhirnya lori kecil pun berlabuh dipinggir jalan.


"Mari kita minum," ajaknya.


"Terima kasih, pergilah minum," balas saya.


Abu Zaharin melontar keluar. Dia merenung ke arah warung pisang sesikat yang dikeliling pohon pisang dan mempelam. Kelihatan dua tiga orang menikmati sarapan pagi di warung.


"Kalau tak mahu minum temankan saya" mata Abu Zaharin merenung wajah saya dan Andi Kamarool silih berganti. Pada masa itu, saya teringatkan pesan Mia supaya jangan makan di warung.


"Pergilah, biar kami tunggu di sini," Andi Kamarool tersenyum.


"Oklah, itu keputusan awak berdua, saya tak boleh kata apa- apa." Abu Zaharin mengatur langkah menuju ke warung.


Kira-kira lima belas minit kemudian, Abu Zaharin kembali dengan wajah yang ceria.


"Lama menunggu," tanyanya.


"Tak lama," balas kami serentak.


Beberapa detik kemudian, lori kecil berkepala merah kembali bergerak di atas jalanraya. Sinar matahari bertambah garang. Awan di dada langit, nampak bersih. Sawah padi yang luas dikiri kanan jalan membuat mata terasa sejuk.


Memang tidak dinafikan, panorama alam kerinci masih perawan dengan pengunungan, sungai yang merayap di kaki bukit. serta lembah yang indah menawan.


"Sungai Penuh jadi Ibukota Kebupatan Kerinci sejak tahun 1958," tanpa diminta diminta Abu Zaharin memberi penjelasan yang sekaligus mengusir rasa jemu dalam diri saya, mungkin juga Andi Kamarool.


KERING CAIR


SELANJUTNYA, Abu Zaharin menyatakan kemungkinan besar nama Kerinci berasal dari kata" KERING CAIR" yang bermula dari sebuah danau. Kerana proses alam, dasar danau terangkat naik menjadi dataran tinggi. Tanah kering disebelah utara dinamakan GUNUNG KERINCI sedangkan yang berair berada di bahagian selatan menjadi DANAU KERINCI.


"Senang sungguh orang terdahulu mencari nama," Andi Kamarool memberi komen. Saya lihat Abu Zaharin anggukkan kepala, setuju dengan pandangan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.


"Sebelum Belanda datang, penguasa Alam Kerinci ialah Depati IV Alam Kerinci, semasa Belanda masuk, seluruh rakyat Kerinci bersatu menentang Belanda hingga tercetus perang Kerinci yang hebat pada tahun 1903, salah seorang panglima perang tersebut adalah moyang aku," cukup bersemangat Abu Zaharin bercerita.


"Jadi kamu keturunan pahlawan Kerinci," saya mengusik.


"Kira-kiranya begitulah," sahut Abu Zaharin lalu disambut dengan ketawa. Tangan kanan memegang setering lori, tangan kiri menepuk bahu saya, Abu Zaharin masih mampu mengendalikan perjalanan lori dengan baik sekali.


"Kita dah mula masuk ke kawasan perkampungan berdekatan Danau Kerinci, kawasan kampung berdekatan ni luas dan ada bermacam- macam nama, Abu Zaharin mula memperlahankan laju lori. Binatang ternakan orang kampung sekali- sekali melintasi jalanraya terutama ayam dan kambing.


"Di kampung mana kamu nak ikut turun," kata Abu Zaharin,"beritahu aku awal-awal, jangan dah sampai baru nak cakap. terpaksa berek mengejut, nanti kepala berlaga dengan cermin."


"Perkara di mana nak turun, kena tanya dengan Tamar" Andi Kamarool mengelak dengan meyerahkan beban itu kepada saya. Situasi ini membuat saya jadi serba salah.


"Sebenarnya aku dah buat silap," saya memulakan dengan nada yang lemah," janji dengan datuk berjumpa di kedai kopi Saad mata sebelah orang Priaman, kedainya depan toko kain sebelah kiri jalan besar dekat pasar. Tetapi...."


"Tetapi apa lagi?. sergah Abu Zaharin.


"Janji dengan datuk dan Haji Basilam naik bas. Bila dah naik kamu lain pula jadinya," tingkah saya.


"Habis macamana kamu sebut Danau Kerinci, kamu ni dah mengarut. Agaknya kamu kena rasuk tak?" Terbayang rasa kecewa dan hampa di wajah Abu Zaharin. Lori kecil terus dipandu dengan tenang.


Saya segera terfikir, barangkali Abu Zaharin kesal dengan apa yang terjadi. Dia sudah membuang masa, tenaga dan minyak untuk menolong kami. Malangnya, niat baik itu menimbulkan masalah pada dirinya. Walaupun begitu, Abu Zaharin masih dapat mengawal perasaan. Masih dapat memandu dengan baik dan tenang.


"Maafkan aku," saya bersuara.


Sepanjang biji mata Andi Kamarool tertumbuk ke wajah arah saya Abu Zaharin cuma menjeling tajam.


"Kenapa pula?" Soal Andi Kamarool.


"Aku main agak saja tempat Danau Kerinci."


"Jadi?" pintas Abu Zaharin.


"Aku membuat andaian, selepas Sungai Penuh tentulah pergi ke Danau Kerinci," saya membuat penjelasan. Abu Zaharin ketawa terbahak-bahak.


"Kenapa kamu ketawa Abu?" Saya bertanya hairan.


"Mudahnya kamu buat andaian, macam nujum pak belalang," balasnya bersahaja. Andi Kamarool mengukir senyum sinis. Hati saya mendehem dengan telatah dua sahabat itu.


Perasaan geram dan marah terhadap mereka beransur reda akibat kemunculan sebuah motorsikal jenis Triumph dengan kuasa kuda 500 (500CC). Motorsikal triumph itu muncul sebelah kanan lalu memotong lori kecil yang dipandu oleh Abu Zaharin.


"Dia terus pecut" komen Andi Kamarool.


Saya mengigit bibir.tidak mahu memberi sebarang pendapat.


"Itu Haji moden, kamu tengok ekor serbannya berkibar- kibar macam bendera,” itulah komen Abu Zaharin. Andi Kamarool mengangguk, akur dengan pendapat Abu Zaharin. Perhatian saya masih pada penunggang motorsikal besar. Rasa- rasanya, macam saya kenal dengan penunggang Icrsebut.


BERUBAH


TELATAH si penunggang mula berubah, kalau tadi dia memecut dengan laju, kini diperlahankan. Jaraknya dengan lori yang kami naiki kira- kira tiga atau empat rantai. Dia memberi isyarat tangan menyuruh lori kami ke tepi dan berhenti. Hati saya mula berdebar. Andi Kamarool nampak resah. Abu Zaharin tetap tenang. Laju lori diperlahankan.


"Kamu berdua kenal penunggang motorsikal tu?"


"Tak kenal," jawab Andi Kamarool.


'"Kamu Tamar," Abu Zaharin renung muka saya.


"Rasa- rasa kenal tetapi..."


"Ini bukan main rasa- rasa, kalau kita bertiga tak kenal dia. Kenapa dia suruh berhenti, kila tak buat salah. Lagi pun dia bukan polis ada kuasa nak tahan orang," Abu Zaharin merunggut, dia masukkan gear rendah lori yang dipandu mula ketepi dan bersedia untuk berhenti.


Penunggang motorsikal terus beri tangan suruh berhenti. Bila Abu Zaharin memberhentikan lori dibibir jalan, penunggang motorsikal terus melajak ke depan dan berhenti dalam jarak lebih dari seratus kaki dari lori. Motorsikal hitam diletakkannya dalam keadaan melintang jalan.


"Kita tunggu dia datang dekat kita," ungkap Abu Zaharin.


"Kami anggukkan kepala.


"Tunggu dalam lori?" lahir kata lucu dari kelopak bibir saya.


"Kita turun, jangan berkasar dengannya," pesan Abu Zaharin, sebaik saja kami turun dari lori.


Kami berdiri tiga deret di depan lori kecil sambil mengemaskan kedudukan sepasang kaki masing- masing. Bukan apa- apa, sekadar untuk mempertahankan diri. Kiranya, jika terjadi perkara yang tidak diingini.


Enam biji mata tertumpu ke arah lelaki yang sedang melangkah ke arah kami. Entah mengapa, hati kecil saya kuat mengatakan lelaki tersebut ialah Haji Basilam.


Keyakinan saya itu berdasarkan bentuk tubuh dan cara orang itu berjalan. Wajahnya tidak dilihat dengan jelas kerana ditutupi kain hitam, kecuali bahagian mata dan dahi. Orang itu terus melangkah penuh semangat di bawah sinar matahari yang kian menyengat.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box