SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI

KAMI bersedia menyambut kedatangannya dalam serba kemungkinan. Kalau niatnya baik, kebaikan yang akan diperolehinya. Kalau niatnya jahat, jahat yang bakal diterimanya. Kami menanti penuh cemas. Dia terus melangkah ke arah kami dengan penuh keyakinan. Bila kain hitam membalut wajahnya dijatuhkan, menjadikan ramalan saya benar belaka.


"Lelaki tua yang tertonggok didepan kami ialah Haji Basilam. Dulu memakai songkok, sekarang pakai serban. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan perlahan. Biji matanya dihalakan ke wajah saya.


"Kenapa tak tunggu di tempat yang dijanjikan?" cepat-cepat saya alihkan pandangan ke muka Andi Kamarool. Minta bantuan agar dia menjawab pertanyaan Haji Basilam.


"Kami terlupa, terlanjur menumpang lori Abu Zaharin, kami ajak kemari," jelas Andi Kamarool.


"Siapa suruh kamu ke mari ?" Sergah Haji Basilam, gerak matanya membayangkan kekesalan. Dia langsung tidak memberikan perhatian kepada Abu Zaharin yang berdiri disebelah Andi Kamarool.


"Bukankah Pak Haji dan datuk nak datang ke Danau Kerinci," saya cuba mempertahankan tindakan yang kami lakukan memang wajar.


JARI


MENDENGAR kata-kata yang saya luahkan itu, Haji Basilam menggigit bibir sambil jari-jemari kanannya memain hujung serban. Dia terus mengerutkan kening.


"Tapi, aku dan datuk kamu tak suruh datang ke sini. Kami suruh kamu berdua tunggu di kedai Saad mata sebelah. Lain yang disuruh lain pula yang kamu berdua buat," Haji Basilam merungut tetapi wajahnya tidak sekeruh tadi. Sudah cerah dan boleh tersenyum kepada kami. Dengan Abu Zaharin dia masih buat tidak kisah, seolah-olah Abu Zaharin tidak wujud.


"Hairan juga Pak Haji bagaikan tahu kami ada dalam lori," begitulah, berdasarkan riak wajah Andi Kamarool cuba memberanikan diri menyoal Haji Basilam.


Pertanyaan yang diajukan itu tidak dijawab oleh Haji Basilam. Entah mengapa, secara mengejut saja dia tumpukan perhatian kepada Abu Zaharin lalu menghadiahkan senyum persahabatan yang disambut dengan penuh kemesraan oleh Abu Zaharin.


"Maaf, saya nak bercakap dengan budak-budak ni sekejap, awak tunggu di sini."


"Silakan," balas Abu Zaharin.


Dengan tergesa-gesa Haji Basilam menarik tangan saya dan Andi Kamarool ke belakang lori kecil. Kali ini secara terang-terangan Haji Basilam melepaskan ledakan kemarahan untuk kami.


Haji Basilam meningatkan kami supaya berpegang teguh kepada janji dan jangan mengulangi perbuatan yang boleh merisaukan hati orang lain. Apa yang terdaya saya dan Andi Kamarool lakukan ialah mohon maaf padanya.


"Kami tak niat nak susahkan pak haji,” nada suara saya lemah. "Sebaik saja aku sampai ke kedai Saad mata sebelah, aku tengok kamu berdua tak ada. Seluruh anggota sendi aku lemah, bila Saad mata sebelah beritahu dia nampak dua orang budak lelaki naik lori kecil, kepala merah," penuh perasaan Haji Basilam bercerita. Mulut kami berdua terlopong mendengarnya.


"Dia beri nombor lori dan arah mana lori itu pergi, aku pinjam motosikalnya, kejar kamu berdua " tambah Haji Basilam lalu kami sambut dengan ketawa dan ketawa kami berhenti dengan serta rnerta bila Haji Basilam menjengilkan biji matanya kepada kami.


"Sepatutnya kawan pak haji itu panggil kami," Andi Kamarool tersengih.


"Dia tak begitu yakin. Syukur kamu berdua selamat, aku takut kamu berdua kena colek."


Sungguh melucukan andaian Haji Basilam tetapi, kami tidak berani ketawa.


"Siapa nama drebar lori yang kamu tumpang tu?" Anak matanya terdampar ke wajah Andi Kamarool. Andi Kamarool pula menghalakan pandangannya kepada saya.


"Abu Zaharin, anak saudara Haji Simpul. Dia yang suruh kami naik lori ni, dia juga beritahu kami yang Haji Basilam dan datuk berada di salah sebuah kampung dekat Danau Kerinci," kata saya, air muka Haji Basilam berubah. Dahi dan keningnya berkedut. Tanpa berkata apa-apa Haji Basilam meninggalkan kami. Tindakan itu. sudah pasti mengejutkan saya dan Andi Kamarool.


Rupa-rupanya Haji Basilam menerkam ke arah Abu Zaharin yang sudah berada dalam lori kecil. Kami lihat mereka bercakap sebentar. Tidak lama kemudian Abu Zaharin melompat turun dari lori. Haji Basilam menepuk bahu Abu Zaharin mereka berpelukan penuh mesra. Kemudian serentak mereka melangkah menghampiri kami.


"Bapa saudaranya Haji Simpul aku kenal . Kawan rapat ayah si Mia. Kenapa kamu berdua tak beritahu aku," cukup lantang suara Haji Basilam. Abu Zaharin tersengih. mereka masih berpelukan.


"Kalaulah aku tahu, kamu berdua naik lori anak saudara Haji Simpul memanglah aku tidak bimbang. Kamu mesti selamat." wajah Haji Simpul nampak ceria sekali. Telapak tangan kanannya terus menepuk-nepuk bahu Abu Zaharin, bagaikan sudah berkenalan bertahun-tahun.


PELUH


PANAS yang menggigit tubuh membuat bintit-bintit peluh halus menguasai dahi saya dan Andi Kamarool . Dengan hujung serban Haji Basilam menyapu peluh di dahi. Senyum Abu Zaharin bertali arus dikelopak bibir.


"Bagaimana? Boleh saya tinggalkan mereka berdua disini." Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Macam-macam perkara yang kurang menyenangkan timbul dalam tempurung kepala saya. Barangkali Abu Zaharin sengaja mahu mempermainkan kami. Mana mungkin kami boleh menumpang motosikal Haji Basilam.


“Sabar dulu, tunggu sekejap," tahan Haji Basilam. Kami mula merasa lega.


Di bawah sinar matahari yang kian keras itu, Abu Zaharin tatap wajah Haji Basilam dengan seribu persoalan.


"Masih memerlukan pertolongan saya lagi?"


"Sudah tentu," Haji Basilam tentang anak mata Abu Zaharin. “aku nak kirim motosikal ni," sambung Haji Basilam. Abu Zaharin segera menggosok hujung hidungnya yang diruapi peluh harus.


"Nak kirim kemana pak haji?"


"Ke Sungai Penuh, hantarkan ke kedai kopi Saad mata sebelah" bermain di wajah dan dahinya kembali berkerut. Bintit-bintit peluh halus dihujung kerutan segera meleleh ke cerun pipi. Haji Basilam tahu apa yang difikirkan oleh Abu Zaharin.


"Kedainya, sebelah kanan jalan besar. Didepannya ada toko kain," kata Haji Basilam bagaikan berbisik.


"Oh, saya tahu," sahut Abu Zaharin riang. "kalau begitu tolong naikkan motosikal atas lori," tambahnya lalu menerkam ke arah motosikal. Dengan penuh tenaga dia mendorong motosikal hingga ke bahagian belakan lori untuk dijadikan titian.


"Sekarang kita ramai-ramai tolak motosikal," arahan pun dikeluarkan oleh Haji Basilam. Kami segera mematuhinya.


Saya ditugaskan menolak motosikal dari belakang, Abu Zaharin menjaga bahagian depan dan handle.


Andi Kamarool menjaga bahagian tepi. Haji Basilam berdiri dalam perut lori kecil memberi arahan. Tidak sampai dua puluh minit semua urusan selesai.


"Motosikal tu mesti diikat supaya tidak jatuh bila melalui selekoh. Kamu ikatkan Tamar, ini talinya," Haji Basilam mencampakan tali belati kepada saya. Tidak tahu dari mana dia memperolehi tali tersebut. Saya sempurnakan ikatan dengan sebaik mungkin. Bagi mempastikan sama ada ikatan itu kemas dan kuat, dua tiga kali badan motor saya goncang.


"Dah kuat tu, tak payah digoyang-goyang," tegur Andi Kamarool.


"Aku pun fikir begitu, dah cukup kuat. Lagipun aku bawa lori bukannya laju sangat," tingkah Abu Zaharin. Saya terima semua komen yang diluahkan dengan senyum.


"Bab pertama sudah selesai." Semua biji mata tertumpu ke arah Haji Basilam yang berdiri di tengah lori kecil. Kemudian dia melangkah dan lantas terjun dari lori. Kami juga turut berbuat demikian.

"Begini, kerana kamu mahu balik ke Sungai Penuh, kami tumpang lori kamu separuh jalan. Turunkan kami di simpang, dari situ kami berjalan ke kampung dalam. Datuk di Tamar menanti di situ."


"Boleh, tak jadi masalah. Saya boleh hantar sampai ke kaki tangga," jawab Abu Zaharin lalu masuk kedalam lori. Sudah tentu janji yang diluahkan itu membuat kami riang.


GARANG


SETELAH membuat pusingan, lori kecil kepala merah berpatah balik menghala ke Sungai Penuh.


Matahari garang, Abu Zaharin nampak begitu selesa memandu, begitu juga dengan Haji Basilam cukup aman duduk di sebelah. Saya dan Andi Kamarool sengaja memilih untuk berdiri di bahagian belakang lori. Tidak seronok rasanya duduk dekat Haji Basilam.


Lori kecil kepala merah terus bergerak lancar, kami terpaksa berpaut pada dinding lori. Rambut kami mengerbang disentuh angin dan mata mula berair, tidak boleh dibuka luas kerana pedih akibat angin. Apa yang pasti sepanjang jalan itu, Abu Zaharin dan Haji Basilam cukup rancak bercakap.


"Oooppp...," jerit saya sambil berpaut pada dinding lori. Ternyata saya gagal mengimbangi badan, akibatnya tubuh tersungkur atas lantai lori. Tergesa-gesa saya bangun.


"Celaka si Abu kenapa membelok macam tu," terpancut kata dari mulut.


"Salah kamu juga, sepatutnya pegang kuat-kuat dan berdiri betul," Andi Kamarool melunturkan pendapat. Memang benar, apa yang diungkapkan itu. Saya cuai tetapi, memang dasar tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri, saya tidak mahu menerima pandangan Andi Kamarool.


MERAH


SETELAH melepasi selekoh tajam, lori kecil berkepala merah mula bergerak perlahan. Di hadapannya terbentang simpang tiga, kelihatan beberapa buah lori kecil, kereta dan motosikal berhenti di bibir jalan. Para pemandu kenderaan tersebut menyemberang jalan menuju ke sebuah warung yang terletak di kepala simpang.


"Cukup di sini saja Abu." gegendang telinga saya dapat menangkap suara Haji Basilam dalam deru enjin lori. Tayar lori mula melanggar rumput dan lopak tepi tepi jalan membuat tubuh saya dan Kamarool turut bergerak ke kiri dan ke kanan, mengikut pergerakkan badan lori. Akibatnya enjin lori dimatikan. Haji Basilam melompat turun.


"Turun, tunggu apa lagi,"


Saya dan Andi Kamarool segera terjun dari lori.


"Kita minum di kedai seberang jalan Abu."


"Terima kasih, kerana susah payah menolong budak dua orang ni, sampaikan salam saya pada Haji Simpul."


"InsyaAllah."


Lori kecil berkepala merah terus meninggalkan kami bertiga di gigi jalan. Perut mula terasa lapar. Saya mula teringat tentang nasi lemak sambal tumis ikan bilis yang dibekalkan oleh Mia untuk kami.


Haji Basilam dongak ke langit, melihat kedudukan matahari untuk beberapa minit. Kemudian dia tersenyum merenung ke arah saya dan Andi Kamarool.


"Kamu berdua lapar?"


Kami segera mengangguk.


“Mia bekalkan kamu nasi lemak sambal tumis ikan bilis."


“Iya Pak Haji, macamana Pak Haji tahu," tanya Andi Kamarool.


"Aku kenal emak bapa Mia, aku kenal keturunannya. Memang sudah jadi rasmi keluarga Mia, setiap orang luar yang baru dikenali dan bermalam di rumahnya akan dibekalkan dengan nasi lemak sambal tumis ikan bilis bersama tiga biji bertih, hujung daun pisang pembungkus nasi lemak sebelah kiri dipotong, kalau tetamu tidak dibekalkan dengan perkara tersebut nanti SAKA menganggu, kecuali orang yang kuat ilmu batinnya.


Penjelasan Haji Basilam membuat saya dan Andi Kamarool menarik nafas serentak. Memang tidak dinafikan, saya melihat bertih dan daun pisang yang dipotong hujungnya ketika saya mahu memasukan bungkusan nasi lemak kedalam beg galas. Cara kebetulan bungkusan itu terbuka sendiri.


“Tak usah susah hati, nasi lemak tu selamat dimakan, kalau terjadi sesuatu yang tak baik aku boleh tawarkan," janji Haji Basilam kepada saya dan Andi Kamarool.


Kami bertiga segera melintas jalanraya menuju ke warung di kepala simpang. Kami disambut dengan ramah oleh pemilik warung yang memang kenal Haji Basilam.


Kami tidak dibenarkan duduk bersama pelanggan warungnya yang lain. Kami ditempatkan di bilik khas dan dilayan dengan sebaik mungkin. Episod lapar yang kami alami pun berakhir. Nasi lemak yang dibekalkan oleh Mia habis masuk perut, hingga kami terlupa untuk mencari bertih dan daun pisang yang dipotong hujung.


"Haji ni berjasa besar kepada saya, dia banyak membantu, kalaulah bukan kerana usahanya, mungkin awak berdua tidak dapat singgah di kedai saya ini,” pemilik warung yang berhidung besar dengan parut selebar dua inci dipipi kanan meletakkan tiga cawan kopi di depan kami.


"Usahlah dikenangkan perkara itu, semuanya dengan izin Allah," jawab Haji Basilam. Pemilik warung meninggalkan kami di bilik khas. Dia meneruskan tugasnya melayani pelanggan.


"Siapa namanya Pak Haji?" saya mula mencungkil rahsia.


"Jaafar."


"Apa jasa pak haji dengannya?"


"Adalah sedikit, semuanya cara kebetulan. Datuk kamu tahu ceritanya, kau tanyalah sama dia."


"Minta maaf, saya tak berani. Sambil minum ada baiknya pak haji bercerita sambil lalu."


"Tolonglah ceritakan pak haji, kami sekadar mahu mendengarnya.” rayu Andi Kamarool. Haji Basilam meneguk kopi, matanya merenung dinding warung. Akhirnya, dia akur dengan permintaan. Haji Basilam pun mulakan ceritanya.


TINGGAM


Di daerah Sumatera, sejenis ilmu yang disebut TINGGAM masih dimanfaatkan atau digunakan bagi merosakkan (menyakiti) lawan atau orang yang tidak disenangi. Bila TINGGAM mula berkerja (bergerak) bahagian tepi leher terasa sakit sakit yang kadangkala berpindah pindah.


Bila sakit sudah sampai pada puncaknya (kemuncaknya) dari tepi leher akan muncul jenis bisul yang kemudiannya pecah serta mengeluarkan air yang busuk baunya. Akibatnya, sipengidap penyakit dijauhi atau kurang disenangi.


"Pak haji, saya nak tanya apa makna TINGGAM tu?" tanya saya.


"Perkataan TINGGAM berasal dari Minangkabau yang bermaksud jampi-jampi untuk menjadikan seseorang itu sakit bengkak-bengkak dan bahagian dan sebagainya dengan mencucukkan duri ekor ikan pari pada gambar orang yang disakit atau pada ikan pari," jelas Haji Basilam.


"Dahsyatnya.” keluh Andi Kamarool.


Selanjutnya Haji Basilam menjelaskan, TINGGAM ada bermacam- macam jenis. Tetapi yang paling popular dan sangat jahat ialah Tinggam tulang ikan pari. Tulang yang digunakan ialah tulang yang terdapat di bahagian pangkal ekor iaitu tulang yang runcing & tajam. Tulang itu digunakan untuk dimasukan ke tubuh musuh atau atau lawan secara ghaib.


Setelah tulang itu diambil ikan pari tersebut dilepaskan kembali ke tengah laut. Jika ikan itu masih hidup, maka tulang yang digunakan untuk tinggam tetap akan bergerak dalam tubuh orang yang dimaksudkan sehingga orang tersebut hidup menderita.


"Si Jaafar pemilik warung ni, salah seorang bekas mangsa Tinggam," bisik Haji Basilam kepada saya dan Andi Kamarool. Dia memberi senyuman kepada Jaafar yang secara kebetulan masuk ke bilik khas mengambil sesuatu untuk pclanggannya.


Kerana tidak mahu cerita tentang Tinggam dan Jaafar mati begitu saja, kami berdua terus memujuk dan merayu Haji Basilam meneruskan ceritanya. Usaha kami berhasil.


Menurut Haji Basilam, Jaafar anak jati kampung Simpang merantau ke Pekan Baru yang ketika itu belum begitu maju dan penduduknya tidak seramai sekarang. Haji Basilam tidak menyebut tahun berapa Jaafar merantau ke tempat tersebut. Di rantau orang Jaafar berkenalan dengan Marson yang berasal dari Magelang JawaTengah.


Perkenalan Jaafar dengan Masron terjadi secara kebetulan.


Suatu petang lebih kurang jam lima, Jaafar minum di sebuah gerai sambil menghirup teh fikirannya berperang sama sendiri. Dia tidak dapat membuat keputusan yang pasti sama ada mahu terus memperjudikan nasib di Pekan Baru atau merentas Selat Melaka menuju Melaka atau Johor.


Tiba-tiba Masron datang lalu duduk dikerusi sebelahnya, mereka memperkenalkan diri masing-masing. Masron juga mahu mencuba nasib di Pekan Baru kemudian merancang mahu pergi ke Pontian Kecil di Johor kerana saudara sebelah ayahnya ada disitu.


Perkenalan singkat itu menghasilkan persahabatan yang kental. Mereka memutuskan untuk mencuba nasib di Pekan Baru dulu, kalau gagal baru mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu.


RUMAH


MASA terus berlalu, tidak terasa sudah lima tahun Jaafar dan Masron bersahabat, bagaikan adik beradik. Masing-masing sudah membuka perniagaan sendiri. Antara mereka berdua ternyata Jaafar lebih berjaya.


Pada suatu petang Jumaat, lebih kurang pukul enam, Masron datang ke rumah sewa Jaafar, mereka merancang sembahyang jemaah dan membaca Yasin. Sebagai meraikan sahabat karib, Jaafar menyediakan makanan enak yang dimasaknya sendiri. Lepas sembahyang Isyak mereka akan makan bersama diruang tamu.


Malam itu, setelah selesai melaksanakan sembahyang Isyak. Jaafar terus ke dapur untuk mengambil makanan. Dengan tidak diduga, dia jatuh dan terus pengsan. Di saat mahu rebah terdengar bunyi yang agak kuat di bumbung, macam ada seseorang yang membalingkan batu ke atap genteng.


Masron segera memapah tubuh Jaafar, dibawa ke katil dan dibaringkan. Pertolongan cemas segera dilakukan oleh Masron. Cepat cepat Masron mendekatinya lalu memicit-micit tubuh Jaafar.


Masron yang tahu serba sedikit petua dan pantang larang orang tua tua, segera membuat tanggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada diri Jaafar.


Dalam rintihan kesakitan itu, Jaafar memberitahu Masron bahawa di dalam tubuhnya terasa seperti ada benda yang bergerak-gerak dan terasa mencucuk-cucuk. Hampir seluruh tubuhnya tidak dapat digerakkan.


Masron terus berada di sisi Jaafar, sepanjang malam dia tidak dapat tidur, malah makanan yang dimasak Jaafar tidak dijamahnya. Dia terus berdoa agar penyakit aneh yang singgah di tubuh sahabatnya segera hilang.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box