SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER

SEMASA azan subuh dilaungkan dari sebuah masjid berdekatan, keadaan diri Jaafar beransur pulih. Dapat tidur dengan lena. Tetapi, Masron tidak bersedia untuk meninggalkan Jaafar sendirian. Masron bimbang semasa ketiadaannya nanti akan berlaku perkara yang tidak diingini terhadap sahabat karibnya itu.


Demi persahabatan, Masron rela menutup kedai perabutnya selama sehari. Dia melupakan temujanji yang dibuatnya dengan beberapa orang pelanggan. Pada hemat Masron, biar hilang pelanggan jangan hilang sahabat. Pelanggan boleh di cari tetapi, nilai kesetiaan seorang sahabat memang tiada taranya.


Masron tahu, tidak kurang dari tiga atau empat orang pelanggan akan menemuinya. Mereka datang dari Singapura dan Melaka. Jaafar terus berdengkur dan Masron tetap berada di sisinya. Bagi menghilangkan rasa sunyi dan bosan dia membaca surah yassin beberapa kali. Bila terasa penat dia membelek- belek masalah terbitan dari Singapura.


Lebih kurang pukul lapan pagi, Jaafar terjaga dan terus duduk. Bagi memastikan yang sakit itu sudah pulih, Masron menyuruh Jaafar melakukan gerakan leher yang diakhiri dengan senaman ringkas.


Arahan itu dipatuhi oleh Jaafar dengan penuh semangat hingga badannya berpeluh. Masron senang hati melihat peluh melilih di dahi dan tubuh Jaafar. Semuanya itu menandakan yang Jaafar sudah cukup sihat. Sebelum membenarkan Jaafar masuk kebilik air (mandi), Masron memeriksa setiap sendi tubuh Jaafar dengan menggunakan rotan seni.


Hujung rotan yang disimpul itu diketuk berkali-kali di tempurung lutut. hujung siku, sendi bahu dan buku lali. Setiap kali ketukan dilakukan kelopak bibir Masron bergerak.


Ada sesuatu yang dibacanya, entah doa, entah jampi mentera yang bertujuan menghalau hantu syaitan. Bila Masron yakin yang Jaafar bebas dari penyakit, barulah dia membenarkan Jaafar masuk ke dalam bilik air untuk mandi.


Sementara Jaafar mandi, Masron menyediakan sarapan pagi. Rebus dua biji telur dan kopi tanpa gula. Lebih kurang pukul sepuluh, Jaafar memberitahu Masron yang keadaan dirinya sudah pulih seperti sediakala. Boleh bergerak dengan bebas, seluruh tubuhnya terasa sakit atau sengal sengal. Masron segera menyampaikan hasrat hatinya untuk membawa Jaafar menemui seorang bomoh terkenal di daerah tersebut.


Niat baik Masron itu tidak dapat dipenuhi oleh Jaafar. Masron tidak berkecil hati atas penolakan itu. Namun hati kecilnya tetap berkata bahawa di dalam tubuh Jaafar terdapat sesuatu benda ghaib.


Sudah seminggu keajadian aneh yang dialami oleh Jaafar berlalu. Tidak ada tanda- tanda penyakit itu akan lagi. Perkara ini, amat mengembirakan hati Masron. Walaupun begitu, dia tetap meneliti perkembangan diri kawannya itu dari masa ke semasa.


Masuk minggu yang ketiga, Jaafar mengadu kepada Masron bahagian tepi leher sebelah kiri terasa sakit, macam dicucuk- cucuk dengan benda tajam yang halus. Berbekalkan ilmu perubatan tradisional yang dibawa dari Tanah Jawa, Masron cuba mengubatinya dengan cara kebatinan. Rasa sakit itu hilang sebentar, kemudian datang semula.


DOKTOR


JAAFAR mengambil keputusan untuk menemui doktor bagi mengatasi masalah penyakit yang dihadapinya. Masron tidak melarangnya malah dia mengatakan kalau cara moden tidak bcrjaya, eloklah dibuat cara lain.


Setelah berkali-kali menemui doktor punca penyakit tidak dapat di kesan. Doktor membuat kesimpulan Jaafar tidak mengalami sebarang penyakit. Apa yang dialami ialah beban psikologi atau kewajipan.


Keadaan Jaafar bertambah berat, setiap hari Jaafar mengalami rasa sakit di leher. Rasa sakit itu datang tidak tentu waktu. Sebagai sahabat, tanpa rasa jemu dan putus asa Masron terus memujuk Jaafar agar berubat cara tradisional.


Usaha Masron tidak sia-sia, Jaafar setuju berubat cara tradisional. Masron pun membawa Jaafar menemui bomoh yang dikatakan handal menyembuh penyakit. Malangnya, setelah melihat keadaan penyakit yang dialami oleh Jaafar, bomoh itu segera angkat tangan. Dia tidak mampu menanganinya. Kalau diteruskan, mungkin dia mengalami sakit yang lebih teruk dari Jaafar.


"Kesudahannya bagaimana Pak haji," tanya Andi Kamarool bila melihat Haji Basilam bagaikan tidak berminat untuk meneruskan ceritanya.


"Habis macamana Jaafar boleh baik hingga boleh buka warung makan?" saya pula menyoal. Haji Basilam tidak memberi sebarang reaksi. Sisa kopi yang masih ada di cawan dihirupnya.


"Bomoh tu, suruh Masron jumpa seseorang dan orang itu akan membawa Masron dan Jaafar menemui seorang lelaki yang boleh dikatakan alim juga, bersedia berikhtiar membantu orang yang menderita sakit," saya dan Andi Kamarool berbalas senyum. Haji Basilam mahu bercerita.


"Agaknya, orang yang dimaksudkan oleh bomoh tu. Pak Haji." Andi Kamarool main serkap jarang. Senyum terpamer di kelopak bibir Haji Basilam.


"Betul," angguk Haji Basilam.


"Orang alim yang dimaksudkan tu siapa?" Saya mencelah.


"Bapa saudara Abu Zaharin, Haji Simpul."


"Ha....," kata kami serentak.


Haji Basilam ketawa kecil sambil menjentik badan cawan dengan jari telunjuk. Jaafar masuk ke bilik khas mengambil bungkusan gula dan teh, macam tadi juga, sebelum keluar dia menghadiahkan senyum untuk kami.


"Datuk kamu Tamar kenal dengannya. Haji Simpul beritahu aku. Datuk kamu bukan calang- calang orang."


"Lupakan tentang tu Pak Haji. kami mahu dengar cerita tentang Jaafar sampai habis," saya memintas. Haji Basilam tidak kecil hati dengan tindakan saya itu.


Haji Basilam menyambung cerita yang terputus, setelah mendapat maklumat terperinci dari bomoh tersebut, Masron mula mencari orang perantaraan yang boleh membawa dia menemui orang yang dikatakan alim itu. Setelah puas bertanya di sana-sini, akhirnya Masron bertemu dengan Haji Basilam.


Haji Basilam masih ingat lagi macamana Masron bersama seorang kawannya menunggu dia selesai sembahyang zuhur dimasjid Pekan Baru. Sebaik saja keluar dari masjid, Masron segera menerkam ke arah Haji Basilam. Masron menceritakan tujuan sebenar dia mahu menemui Haji Basilam. Masron menyebut nama bomoh yang menyuruh dia mencari Haji Basilam.


Setelah mempastikan cerita dari Masron itu benar, Haji Basilam bersedia membantu tetapi, dengan syarat, dia harus membawa Haji Basilam menemui Jaafar dan mengadakan dialog singkat dengannya, Haji Basilam mendapati tahap penyakit Jaafar berada di paras bahaya dan mesti ditolong dengan segera.


Dua hari kemudian, Haji Basilam bersama Masron membawa Jaafar menemui Haji Simpul.   Masron dan Jaafar agak terkejut kerana kedatangan mereka bagaikan sudah diketahui oleh Haji Simpul.


Buktinya, Haji Simpul sudah menyediakan tikar mengkuang tiga wama putih, merah dan biru untuk Jaafar duduk atau baring semasa menjalani rawatan.


TELAPAK


SETELAH melihat telapak tangan Jaafar kiri dan kanan berkali- kali, haji Simpul menyuruh Haji Basilam mencari dedaun di belakang rumah. Haji Basilam yang sudah faham daun apa yang sudah faham daun apa yang harus diambil dapat menjalankan tugasnya dengan pantas sekali.


Dedaun yang dipetik itu dimasukkan ke dalam mangkuk putih. Kemudian, Haji Simpul menyuruh Haji Basilam mengambil air telaga.


Air telaga itu dituangkan ke dalam mangkuk putih yang berisikan dedaun ramuan. Beberapa minit kemudian dia merenung ke arah Jaafar duduk bersila di atas tikar mengkuang tiga warna.


Bahu kanan Jaafar dipegangnya dengan kemas. Setelah Jaafar mengeluarkan keluhan yang panjang, Haji Simpul berhenti memegang bahunya.


Kali ini. Haji Simpul beralih pada mangkuk putih. Seluruh perhatian ditumpukan kepada bahan ramuan yang berada dalam perut mangkuk. Dalam keadaan mata separuh pejam, mulut Haji Simpul bergerak macam membaca sesuatu.


Perkara ini berlangsung hampir lima minit. Masron dan Haji Basilam hanya melihat saja. Bila kelopak bibimya berhenti bergerak, Jaafar yang duduk di tikar mengkuang tiga warna direnung dipanggil agar mendekatinya.


Dengan dua belah tapak tangannya, Haji Simpul meraup ramuan dalam mangkuk putih dan diusap ke leher Jaafar tiga kali berturut- turut. Dari tepi leher Jaafar keluar benda runcing yang menyerupai tulang. Benda itu segera dipungut oleh Haji Simpul lalu bungkus dengan kain putih.


"Kamu tahu tulang apa yang keluar dari tepi leher Jaafar tu?" Haji Basilam renung muak saya dan Andi Kamarool.


"Tak tahu pak haji," jawab kami serentak.


"Itulah tulang ikan pari. Haji Simpul menyimpannya dalam kotak kecil yang dibuat dari papan jati," kata Haji Basilam sambil merenung ke arah Jaafar yang melintasi bilik menuju ke dapur. Haji Basilam segera memanggil Jaafar.


"Ada apa haji?"


"Aku baru menceritakan kepada budak berdua ni, perkara yang kamu alami."


"Orang dengki kerana perniagaan saya maju, saya tahu siapa orangnya tapi, orang yang mengubat saya pesan jangan balas dendam. Dia juga tidak mengenakan sebarang bayaran, dia tolong dengan ikhlas dan suruh saya tinggalkan pekan Baru, buat perniagaan tempat lain. Sekarang saya berniagaan di sini," jelas Jaafar dan keluar dari bilik khas.


"Bagaimana dengan Masron? Apakah dia meninggalkan Pekan Baru?" kerana yang bertanya itu Andi Kamarool, sepasang biji mata Haji Basilam tertumpu ke wajahnya. Buat beberapa detik Haji Basilam termenung panjang, macam mengingati sesuatu.


"Iya, dia juga tinggalkan Pekan Baru. berhijrah ke Pontian, Johor, lepas itu pergi ke Singapura. Dari Singapura dia pindah lagi."


"Ke mana pula?" saya bertanya.


"Pindah ke Kuala Lumpur, berniagadi Pasar Sungai Besi tapi, duduk Kampung Malaysia. Dengar cerita dah jadi penduduk tetap," Haji Basilam terus bangun dan meninggalkan bilik khas. kami terus mengekorinya.


"Berapa?"


Haji Basilam segera menyeluk sakunya dan mengeluarkan wang (wang rupiah) untuk membayar harga minuman. Jaafar yang duduk tertonggok dibelakang meja, segera donggakkan muka ke arah Haji Basilam.


"Simpan duit tu."


"Ini yang susahnya, bila singgah di kedai kamu Jaafar."


"Jangan susah hati. pertolongan susah nak saya balas."


"Hum..." Haji Basilam dan Jaafar masih mahu bercakap lagi, saya dan Andi Kamarool segera beredar ke kaki lima warung dan berdiri di situ.

"Ayuh kita teruskan perjalanan."


Haji Basilam menepuk bahu saya dan dan Andi Kamarool. Saya masih ragu- ragu untuk melangkah kerana saya tidak tahu berapa jauh jarak antara kedai Jaafar ke tempat yang mahu dituju. Kalau jauh berbatu-batu memang tidak wajar berjalan kaki dalam panas yang begini terik.


"Mari."                                                                      


Haji Basilam segera menarik tangan saya dan Andi Kamarool.


"Jalan kaki?" soal saya.


"lyalah, ikut jalan pintas," sahut Haji Basilam. Kami tiada pilihan dan terpaksa akur dengan kata-kata Haji Basilam.


EPISOD       


EPISOD menuju ke rumah atau ke kampung tempat datuk menanti pun bermula. Setelah melalui jalanraya dalam jarak enam rantai, kami melencung masuk lorong yang kecil dan sempit, berhenti di bawah pokok besar yang terdapat busut jantan setinggi berdiri. Haji Basilam memberikan kain hitam berukuran sapu tangan kepada kami.


"Tutup mata kamu dengan kain hitam tu, ikat kemas-kemas. Jangan banyak membuang masa lagi, ikatlah sekarang juga." Tanpa banyak cakap, arahan itu segera kami patuhi. Memang tidak selesa rasanya, bila pandangan menjadi hitam gelap. Fikiran pula mula dibayangi dengan bermacam- macam perkara yang menakutkan. Bagi menguatkan semangat dan keyakinan diri, dan Andi Kamarool saling berpegang tangan.


"Dengar sini,Tamar pegang hujung baju aku sebelah kiri. Andi pegang hujung belah kanan. Letak kaki kanan di depan, tahan nafas sambil menghitung atau mengira sampai tiga belas. Bila aku kata, dah sampai segera lepaskan hujung baju aku...." Haji Basilam berhenti bercakap.


Terdengar bunyi telapak kakinya memijak reranting dan rerumput di depan kami.


"Ingat cakap aku Tamar, Andi."


Serentak kami mengangguk kepala.


Kalau tadi, kami dapat mendengar bunyi kicau burung dan deru angin. kini tiada kedengaran lagi. Kami berdepan dengan suasana sunyi sepi.


"Kamu dah dengar penerangan aku." terdengar suara-Haji Basilam bagaikan berirama," aku harap kamu berdua faham dan sudah bersedia untuk melakukannya," tambah Haji Basilam.


"Kami faham," serentak kami menjawab.


"Sudah bersedia?"


"Sudah."


"Kalau begitu, kita mulakan," suara Haji Basilam terus bergema. Arahannya segera dipatuhi.


Sebaik saja hujung bajunya dipegang, saya dapati tubuh bagaikan terangkat dan terasa seperti berada diawangan-awangan lalu bergerak ke depan dengan laju bagaikan ada kuasa yang mendorongnya, dari arah belakang. Kedua belah cuping telinga terasa sejuk disentuh angin, lubang telinga berdengung macam rasa pekak.


Ada ketikanya, saya terasa bahagian-bahagian tubuh ini bagaikan bersentuhan dengan pepucuk dan reranting kayu.


Malah sepatu getah yang dipakai terasa seperti mahu tercabut dari kaki. Saya cuba bersuara tetapi, tidak boleh berbuat demikian. Bila mulut dibuka, angin terus masuk menyebabkan saya sukar bernafas.


HASRAT


RINTANGAN yang dihadapi, mengagalkan hasrat hati untuk memberitahu Haji Basilam apa yang sedang saya alami.


Saya tidak tahu, apakah Andi Kamarool mengalami perkara yang sama. Seperti apa yang saya alami. Barangkali, dia juga sedang terbang macam saya. di saat mengelamun dan berfikir, saya terasa geralaju tadi, sudah beransur perlahan dan badan mula memberat serperti mahu jatuh.


Rasa cemas dan bimbang mula bertandang, saya bimbang kalau secara mendadak saya akan terhempas ke bumi. Sudah pasti ada tulang belakang yang patah, mungkin ada daging dan tulang yang tersangkut di dahan kayu.


Dengan sedaya-upaya saya cuba mengimbangi badan. Lagi sekali saya berdepan dengan kegagalan, badan terus memberat dan sepasang telapak kaki memecah bumi. Badan saya terus berpusing macam gasing. Hujung baju Haji Basilam terlucut dari genggaman dan saya terhumban ke permukaan bumi. Bergolek ligat dan akhimya terhenti.


Sepasang kelopak mata terbuka, saya tergolek di padang kerbau dengan rumput yang menghijau, berdekatan dengan sebatang anak sungai yang airnya amat jernih tetapi mengalir lambat kerana dihalang oleh reranting dan akar pohon yang tumbuh ditepi tebing.


Bila toleh ke kanan, saya lihat Andi Kamarool terlentang merenung langit. Sedangkan Haji Basilam berdiri tegak antara kami.


"Bangun," katanya sambil tersenyum lebar.

Saya raba cuping telinga, pangkal hidung dan batang leher. Perlahan- lahan saya mengucapkan syukur pada Allah. Andi Kamarool juga lihat saya sedang terkial-kial berusaha untuk berdiri.


"Bangun cepat," Haji Basilam sengaja meninggikan perkataan "cepat".


Ternyata taktiknya itu membuat kami melompat dan berdiri pantas. Dia tidak sekadar bercakap saja, alam perkataan ada mentera pembakar semangat. Dalam hembusan nafas ada iringan angin halus mengerakkan urat saraf. Itulah keistimewaan Haji Basilam, menurut hemat saya.


"Dari sini kita jalan kaki."


"Ke mana?" Tanya saya.


"Ke tempat datuk kamu menanti."


"Jauh?" Andi Kamarool minta kepastian.


NAFAS


"TAK jauh, lebih kurang empat lima rantai saja. Lepas kawasan belukar, nampaklah bumbung rumah," sambung Haji Basilam sambil melihat hujung baju sebelah kiri dan kanan yang kami paut..


"Bagus, baju aku tak koyak tapi, kamu..." sepasang anak mata hitamnya tertumpu ke arah batang hidung saya,"banyak syarat yang tak kamu patuhi. Akibatnya, perjalanan jadi susah." "Maksudnya?" Saya menyoal. "Kau tidak menghitung seperti apa yang aku suruh." Saya anggukkan kepala.


"Kamu banyak berkhayal, berbeza dengan Andi yang patuh dengan perkara yang aku suruh. Kerana masalah yang kamu timbulkan membuatkan aku tidak dapat mengeluarkan perintah seperti yang aku rencanakan. Akibatnya, kamu tidak boleh turun dengan baik, kamu jatuh. Andi turut sama tumpang susah."


Penjelasan yang diaturkan oleh Haji Basilam membuat saya menarik nafas. Jauh disudut hati, saya mengakui kebenaran dari kata- kata tersebut.


"Usah fikirkan perkara yang sudah terjadi," serentak bahu saya dan Andi Kamarool ditepuk.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box