SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR

SAYA segera melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Andi Kamarool. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelompak mata. Saya rasa kurang yakin dengan apa yang saya lihat.


"Apa yang mereka buat Andi?"


Andi Kamarool gelengkan kepala.


"Mereka korek kubur?" Soal saya lagi.


"Barangkali," Andi Kamarool menjawab lemah. Bau busuk terus menusuk lubang hidung. Saya jadi resah tidak menentu.


"Jangan bimbang Tamar, kita tunggu dan lihat."


Saya akur dengan saranan Andi Kamarool itu.


Sepasang mata ditujukan ke arah beberapa orang lelaki yang berbadan tegap. Mereka sedang mengerumuni sebuah kubur.


Hampir dua puluh minit kami menanti tindakan selanjut dari kumpulan lelaki berbadan tegap. Saya menghitung jumlah mereka. Enam orang semuanya, dua daripada mereka mengkias-kias tanah kubur dengan cangkul, sementara yang lain bercakap sama sendiri dalam nada suara yang perlahan.


Apakah kami wajar menunggu atau terus mendekati kumpulan lelaki tersebut? Fikir saya sendirian. Andi Kamarool terus termenung bagaikan orang menggelamun.


"Kita jumpa saja," bisik saya pada Andi Kamarool.


"Merbahaya."               


Saya terdiam seketika.


Alasan Andi Kamarool memang ada kebenarannya, kalau kami terus mendekati mereka, mungkin kami dibelasah sampai setengah mati. Tetapi, kalau kami berterusan mengintip dari jarak jauh mungkin lebih merbahaya. seandainya kami disergap. Kami menghadapi masalah yang amat sulit.


Saya dan Andi Kamarool harus merumuskan keputusan yang jitu sebelum melakukan sesuatu. Tersilap bertindak celaka akan menimpa diri.


Di bawah rerimbunan dedaun dan pokok, kami memerah otak. Setelah dikaji dengan sehalus-halusnya, kami mengambil keputusan keluar dari tempat persembunyian untuk memperkenalkan diri kepada kumpulan tersebut. Dan kami bersedia menerima apa saja risiko.


Dengan penuh keyakinan, kami melangkah keluar dari tempat persembunyian menuju ke arah kumpulan lelaki yang berbadan tegap. Mereka menyedari kedatangan kami tetapi, berpura-pura tidak tahu. Kami terus melangkah mendekati mereka.


"Asalam-mualaikum," kata kami serentak.


"Mualaikum salam," jawab mereka, batang tubuh kami menjadi sasaran biji mata mereka. Hati kecil saya merasa cemas dan Andi Kamarool nampak tenang sekali. Dan kehadiran kami tidak dipedulikan.


"Ada orang meninggal?". Saya memberanikan diri.


Mereka membisu dan saling berpandangan sama sendiri.


"Siapa yang meninggal?", Susul saya lagi.


"Huh, menyibuk pula," salah seorang daripada mereka merunggut.


"Sabar, biar aku uruskan," lelaki yang berkulit agak cerah menepuk bahu kawannya dua tiga kali dan terus berdiri berdepan dengan saya.


'Tak ada orang yang meninggal," sepasang biji matanya dijengilkan ke arah saya. Andi Kamarool segera menendang betis kiri, memberi syarat supaya saya berhati-hati.


"Kalau tak ada orang mati, kenapa kerumun kubur, bawa cangkul dan datang ke sini," cara bersahaja sekali Andi Kamarool menyoal.


Saya lihat muka lelaki yang berkulit agak cerah itu segera berubah, nampak bengis dan marah. Jelingannya cukup tajam menikam ke wajah Andi Kamarool. Saya lihat dia menggengam penumbuk, saya jadi cemas kalau dia melepaskan penumbuk ke muka Andi Kamarool.


"Balik saja Andi," bisik saya.


“Tunggu dulu,” nada suara Andi Kamarool keras. Saya tidak ada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaannya. Dalam erti kata lain, saya harus menghadapi atau menerima risiko yang akan terjadi.


"Kenapa kamu berdua sibuk urusan orang lain," cukup keras suara lelaki yang berkulit agak cerah itu. Dia bergerak ke kiri dan ke kanan. bagaikan mencari tempat berdiri yang sesuai dan selesa untuk membuka silat.


"Kamu nak tahu ceritanya?" sergahnya. Serentak kami anggukkan kepala. "Aku ingat, kamu berdua orang luar."


"Iya," cepat sekali aku dan Andi Kamarool menjawab.


Dalam sekelip mata saja mereka terus mengelilingi kami. Beberapa orang daripada mereka sengaja menolak badan kami dengan bahu. Malah, ada yang cuba mengutuk dan memaki kami. Sudah tentu perbuatan itu membuat hati jadi panas. Mujurlah saya masih ingat dapat mengawal perasaan.


PANAS


DI tengah suasana yang serba panas itu, lelaki berkulit cerah bertindak menyuruh kawan-kawannya yang mengelilingi saya dan Andi Kamarool beredar. Arahan itu segera dipatuhi, barulah hati saya merasa aman dan tenteram.


"Kamu berdua nak tahu ceritanya kenapa kami ada disini," ujar lelaki berkulit cerah. Wajah kami direnung penuh dengan perasaan geram. 


"Iya, kami sekadar nak tahu," kata saya.


Kubur ni dipanah petir petang semalam. Bau busuk dan hangit yang kamu berdua hidu, datangnya dari kubur ini. Sekurang kamu dah dengar ceritanya. Aku nasihatkan kamu berdua berhambus dari sini, jangan nak siasat, ini urusan kami, bukan urusan kamu berdua. Kalau kamu tak pergi, kamu berdua susah nanti."


Saya dan Andi Kamarool terlopong mendengar cerita yang agak pelik dan ganjil. Saya renung wajah lelaki yang bengis itu sejenak. Dia menjengilkan biji mata. Tidak memperlihatkan tanda-tanda persahabatan. "Ada hubungan keluarga dengan awak?", tanya Andi Kamarool.


"Saya suruh awak berdua berambus dari sini, bukanya bertanya lagi. Fahammmmmmm," jerit lelaki berkulit cerah.


"Maafkan kami," saya mohon.


"Pergi sekarang, sebelum batang cangkul kena kepala," lelaki itu merampas cangkul dari salah seorang kawannya lalu mengacukan ke arah kepala kami.


Setelah diusir, kami tidak ada pilihan dan terpaksa meninggalkan kawasan perkuburan. Sebelum berangkat. kami sempat melihat keadaan permukaan tanah kubur.


Di bahagian tengah kubur terdapat lubang besar akibat dipanah petir. Tanah sekeliling lubang nampak hitam, kain kafan dan papan keranda bertaburan. Tulang dan daging simayat yang sudah rentung kelihatan di sekitar kubur. Batu nisan dibahagian kepala patah dua manakala bahagian kaki tidak kelihatan langsung.


Kesan petir yang hebat dan kuat itu masih kelihatan. Tanaman dan pepokok yang terdapat di kawasan perkuburan terbakar hangus. Dedahan pokok yang patah menimpa beberapa kubur lain batu nisan yang patah bergelimpangan.


"Cepatlah, jangan renung sana, jangan renung sini."


Andi Kamarool terus menarik tangan saya. Sesungguhnya, saya masih belum puas melihat keadaan sekitar. Memang diharapkan semasa merenung itu, saya akan terlihat batu petir yang dikatakan mempunyai seribu kegunaan. Saya ingin memilikinya.


"Cepatlah Tamar, kau lihatlah tu."


Saya segera melihat ke arah yang disebutkan oleh Andi Kamarool. Hati menjadi kecut. Kumpulan manusia yang mengerumuni kubur masih merenung ke arah kami. Di tangan mereka tersedia dahan kayu.


"Kita lari Andi."


"Ayuh."


Dan kami pun memulakan langkah seribu. Terus berlari tanpa mahu menoleh ke arah mereka. Akibat takut, bau busuk dan hangit terus hilang.


PERHATIAN


APA yang dialami, kami ceritakan pada datuk dan Haji Basilam. Ternyata, mereka seperti ambil peduli. Apa lagi untuk memberikan sebarang komentar. Dan saya terus berusaha menarik perhatian mereka dengan mengulangi dan menyebut kisah tersebut berulangkali. Ternyata usaha saya itu berhasil membuka mulut datuk.


"Kamu berdua masih bernasib baik, tidak dipukul." Datuk terus sandarkan tubuh ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan. Saya dan Andi Kamarool yang duduk berdepan dengannya (datuk) berbalas senyum. Malangnya, setakat itu sahaja datuk bersuara. Kami kembali dibelenggu perasaan hampa.


Haji Basilam yang baru pulang dari warung, membeli kuih untuk sarapan pagi tersenyum melihat kami membatu di depan datuk. Haji Basilam terus ke ruang dapur. Dan dia datang kembali menghampiri kami membawa sedulang air kopi dan kuih. 


"Minum."


Dia pun meletakkan secangkir kopi di depan saya dan Andi Kamarool.


"Terima kasih, aku tak mahu kopi, bagi aku air suam."


Haji Basilam mengenepikan cawan kopi dan meletakkan segelas air suam di hadapan datuk.


"Memang sudah dijangkakan, fasal tu saya buat satu cawan kopi dan segelas air suam," makna, penuh kemesraan.


"Terima kasih, sahabat yang memahami tingkah laku, perangai serta kegemaran kawan seperjuangan," balas datuk tenang bersama senyum yang memanjang di kelopak bibir.


Suasana kembali tenang seketika. Masing-masing menghirup air minuman. Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga yang Andi Kamarool masih mengharapkan datuk menyambung kata-kata yang sudah terputus agak lama itu.


"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu memang benar, kamu berdua sungguh bemasib baik," hujung jari-jemari Haji Basilam mengosok-gosok badan cawan perlahan-lahan. Cawan diangkat lalu air kopi diteguk. Kerana terlalu lama duduk membuat bahagian pinggang saya terasa lenguh. Saya mengeliat dua tiga kali ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh hilang.


"Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam meletakkan cawan dilantai. Kali ini, wajah kami berdua menjadi sasaran biji matanya.


"Haji."


"Iya, ada saja sahabat," Haji Basilam renung muka datuk. "Aku fikir eloklah kamu selesaikan perkara budak berdua ini." 


"Maksud sahabat."


"Eloklah kamu ceritakan, biar mereka tahu betapa merbahaya kerja yang mereka buat. Mengintip kerja orang lain bukan perbuatan yang baik." nada suara datuk lembut sekali.


Selesai saja dia mengakhiri kata-kata tersebut. datuk pun menarik nafas dalam-dalam. Sisa air angin dalam cawan segera dihirupnya. Entah mengapa, tiba-tiba saja datuk mengelengkan kepalanya berkali-kali, macam ada sesuatu yang dikesalinya dan akhirnya, wajah kami menjadi sasaran biji matanya.


"Syukurlah kamu berdua tidak diapakan-apakan," ulang datuk lagi.


Sesungguhnya. saya kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan. Hati kecil terus merumuskan yang datuk seolah-olah menyindir kami. Saya pun melahirkan protes dengan menggenggam penumbuk serta menekankannya ke permukaan lantai.


Andi Kamarool melahirkan rasa kurang senangnya dengan merenung ke arah tingkap yang mula dimasuki sinar matahari.


Bila rasa marah mula menurun saya bersedia mendengar kata-kata yang bakal diungkapkan oleh datuk. Tidak kira sama ada ungkapan itu mengembirakan atau menyakitkan perasaan. Ternyata datuk tidak mengungkapkan sepatah kata pun. Dia lebih banyak termenung. Sekali- kali mengkedutkan dahi. Suasana terasa agak damai. Masing-masing membatu melayani perasaan.


PECAHKAN


HAJI BASILAM memecahkan suasana damai dan hening. Dia sengaja melagakan punggung cawan dengan bibir piring. Datuk tersintak dari lamunan dan segera menoleh ke arah Haji Basilam tanpa memberikan sebarang komen. Haji Basilam segera melunjurkan kaki kiri serta memicit buah betis berkali-kali. Agaknya, dia mahu menghalau rasa lenguh yang bersarang di kaki kirinya.


"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu, Tamar memang benar. Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam bersuara dengan tenang. Datuk segera angkat muka dan senyum ke arah Haji Basilam.


"Kamu teruskan Haji."


"Saya cuba."


Dengan segera saya cubit bahu Andi Kamarool.


"Kita tunggu Tamar," bisik Andi Kamarool.                       


"Cakap kamu betul," saya berharap misteri kubur kena panah akan segera tersingkap. Andi Kamarool memang ingin mengetahui mayat siapakah yang dikuburkan disitu.


"Haji."


"Ada apa hal," Haji Basilam menyoal datuk.


"Uruskan," sahut datuk sambil bangun lalu meninggalkan kami.


"Kenapa dengan dia tu, Pak Aji?" Tanya Andi Kamarool.


Dengan senyum, Haji Basilam mengangkat kedua belah sayap bahunya. Perasaan saya mula kurang tenteram. rasanya macam ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali antara datuk dengan Haji Basilam sudah terjalin permuafakatan. Segala soalan yang kami ajukan harus dijawab oleh Haji Basilam, demikian hati kecil membuat kesimpulan.


"Kerana datuk kamu suruh aku terangkan. biarlah aku terangkan," begitu bersahaja nada suara Haji Basilam. Dan ungkapan itu, bagaikan menguatkan lagi kata hati saya. Haji Basilam bingkas dari tempat duduk. Berjalan ke arah jendela, berdiri disitu merenung pepohon dan awan dilangit.


Dan apa yang dilakukan oleh Haji Basilam menimbulkan tanda tanya dalam diri saya dan mungkin juga dihati Andi Kamarool.


Tanpa diduga, secara mendadak Haji Basilam duduk bersila didepan kami. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.


"Sebelum kamu berdua bercerita tentang apa yang kamu alami pada kami perkara tu sudah ada dalam kepala kami. Semuanya kami tahu," wajah Haji Basilam nampak serius sungguh.


"Huuuuuhhh....." keluh saya dan Andi Kamarool serentak dengan mulut terlopong. Otak terus dihujani dengan seribu persoalan. Haji Basilam ketawa terkikih melihat kami agak terkejut.


"Kamu berdua terkejut?" Ulangnya lagi. Kali ini, kami menganguk serentak. Entah kenapa secara spontan Haji Basilam menepuk bahu kami. Barangkali, dia cuba memujuk atau menenangkan perasaan kami.


"Tiga hari sebelum kamu berdua tiba, rumah ni didatangi oleh seorang lelaki yang berumur kira-kira tiga puluhan." Haji Basilam mengaru hujung hidungnya. Kedua belah tangannya didepangkan.


"Apa hal orang tu datang?" Andi Kamarool yang tidak mahu kisah itu terputus begitu saja, terus bertanya.


"Dia mengajak kami berdua datang ke rumahnya."


"Sebabnya?" Saya mencelah.


"Katanya, jirannya sakit tenat."


Saya lihat haji Basilam begitu berhati-hati sekali meluahkan kata-kata. Sepasang anak matanya merenung liar ke kiri dan ke kanan. Dia bagaikan terasa ada sesuatu yang memerhatikan gerak gerinya.


"Kemudian bagaimana Pak Aji,” Andi Kamarool terus mendesak.


"Kami pun pergi dan sesudah melihat muka pesakit....." Haji Basilam menelan air liur dan berhenti bercakap. Lagi sekali dia bangun dan menuju ke tingkap, meninjau keadaan di luar. Dia kembali duduk bersimpuh di hadapan kami.


"....setelah muka pesakit tu direnung datuk kamu terkejut besar dan mengucap panjang. Dia tidak menyangka sama sekali orang yang sakit dihadapannya, adaiah orang yang di carinya selama ini." sambung Haji Basilam.


DEBAR


PERJELASAN itu sungguh mendebarkan hati. Penuh misteri dengan seribu teki-teki yang sukar diramalkan jawapannya. Haji Basilam kelihatan seperti tidak mahu meneruskan cerita.


"Pak Aji, saya nak tanya satu perkara?


"Silakan Tamar."


"Apa hubung kaitnya datuk saya dengan sipesakit tu?."


"Tak ada apa-apa hubungan, saudara dekat pun tidak, saudara jauh pun bukan tapi..." Haji Basilam berhenti bercakap.


“Tapi, apa pula Pak Aji?". Agak tinggi nada suara Andi Kamarool yang tidak dapat menahan perasaan ingin tahu.


"Suaminya," wajah saya mula direnung dengan tajam oleh Haji Basilam. Bibirnya nampak bergerak-gerak, "arwah suaminya dulu kenalan rapat datuk kamu Tamar. Anak jati Kampung Tualang Sekah dekat Malim Nawar. Datuk neneknya berasal dari Tanah Kerinchi. Semasa hayatnya arwah semasa hidupnya bertugas sebagai imegrisen beribu Pejabat di Pulau Pinang," Haji Basilam mula menyingkap masa lampau yang penuh misteri.


Saya dan Andi Kamarool terus pasang telinga dan berdoa semoga Haji Basilam akan meneruskan ceritanya hingga tamat. Tidak setakat separuh jalan sahaja.


"Bila bersara, dia dilantik oleh pihak istana menjadi orang bergelar. Semuanya itu, kerana mengenangkan jasanya yang banyak pada pemerintah," sambung Haji Basilam dengan wajah yang berseri. Kali ini, dia kelihatan tidak takut-takut atau cemas lagi.


"Bila dah jadi orang bergelar, mesti banyak benda dan wang ringgit," Andi Kamarool mencelah. Haji Basilam anggukkan kepala, membenarkan kata-kata Andi Kamarool.


"Masa dalam kerja lagi, dia terkenal sebagai pegawai kerajaan yang rajin membuat harta. Kata orang, dia memang hidup mewah, macam orang kaya. Tidak mengambarkan yang dirinya itu seorang pegawai kerajaan, dia layak dipanggil jutawan."


"Dia tak ada anak ke Pak Aji?" Saya cuba merisik.


Haji Basilam mengekedutkan dahinya, merenung permukaan lantai. Kemudian menarik nafas dalam-dalam. Macam ada sesuatu yang menyentuh hati nuraninya.


"Itulah malangnya," suara Haji Basilam amat perlahan sekali,"seorang anak lelakinya di hantar ke Australia, belajar di sana. Bila tamat pengajian, tidak mahu balik, menetap terus di sana. Akhirnya, mati kemalangan jalanraya," kepiluan tergambar di wajah Haji Basilam. Buat beberapa detik dia diam terharu.


"Itu saja anaknya?" Tanya Andi Kamarool setelah melihat Haji Basilam dapat mengawal emosinya.


"Ada seorang lagi, anak perempuannya di hantar belajar ke England. Kahwin dengan orang putih beranak cucu disana, tidak mahu balik ke Tanah Semenanjung. Mungkin kerana kecewa berdepan dengan keadaan yang tidak menyenangkan itu, orang bergelar jatuh sakit, puas berubat ke mana-mana sakitnya tidak juga sembuh," Haji Basilam berhenti lagi dan kembali termenung.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box