SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT

"APA sakitnya Pak Aji?" Tanya saya ingin tahu.


Tiada jawapan dari Haji Basilam.


"Apa sakitnya, Pak Aji?".UIang saya.


"Doktor pun tak tahu apa jenis penyakitnya. Begitu juga dengan dukun dan pawang. Seluruh badannya bengkak-bengkak, dari liang roma keluar peluh bercampur darah."


"Dah berapa lama dia sakit macam tu?" Andi Kamarool memintas.


"Khabarnya, dah hampir enam bulan. Dia berselera mahu makan. bila makan apa yang disuap semuanya keluar."


"Kasihan," kata saya lemah.


Suasana kembali sepi. Saya terharu dengan penderitaan yang ditanggung oleh lelaki tersebut. Andi Kamarool mengigit bibir, pada hemat saya dia juga berfikir seperti apa yang saya fikirkan. Haji Basilam menggeliat dan meluruskan sepasang kakinya untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh sendi.


"Semasa sakit itulah," suara Haji Basilam memecah kesepian, "dia memberitahu ketua kampung, pak imam dan kadi yang dia mahu mewakafkan sebahagian dari tanahnya yang berpuluh-puluh ekar untuk mendirikan masjid. surau, sekolah agama. Tanah ladang getah dan tanah sawah juga diwakafkan bagi membiayai masjid, surau, sekolah agama serta tenaga pengajar. Hanya. sebahagian kecil saja yang diberikan kepada isterinya."


"Orang bergelar dan kaya yang baik hati." saya memberi komen.


"Tetapi....." Haji Basilam tidak menyambung kata. Wajah kata dan Andi Kamarool direnung tajam.


"Kenapa Pak Aji?" Saya terus menyoal


"Sebaik saja dia mati dan selamat dikuburkan, keadaan menjadi sebaliknya..." Haji Basilam berhenti lagi.


Dia menarik nafas sambil melepaskan keluhan kecil. Pandangannya, tertumpu ke arah tingkap yang terbuka lebar. Anak mata menangkap gerakan dedaun ciku yang disentuh bayu pagi. Tindak tanduk Haji Basilam itu mengundang keresahan dan tanda tanya dalam hati.


"Apa yang terjadi Pak Aji? cerita Pak Aji terputus-putus."


Ungkapan yang dihemburkan oleh Andi Kamarool membuat Haji Basilam tersentak.Sepasang anak matanya, kembali tertumpu ke wajah saya dan Andi Kamarool.


"Isterinya."


"Kenapa dengan isterinya Pak Aji?". Tanya saya tidak sabar.


"Dia melanggar wasiat arwah suaminya yang sudah diberitahu pada ketua kampung, tuan kadi dan pak imam. Dia menafikan yang suaminya membuat wasiat semacam itu."


"Perempuan tamak." Andi Kamarool meledakkan kemarahannnya.


"Semua harta benda yang diwakafkan itu dijual kepada orang kaya bukan Melayu yang berasal dari Nibung Tebal, Seberang Perai. Kemudian, secara diam-diam si janda tamak itu menghilangkan diri, membawa wang yang banyak." Haji Basilam senyum sambil mengaru pipi kirinya.


"Kenapa dia lari, Pak Aji?" Saya tidak berdaya melawan sabar.


"Kaum kerabat arwah suaminya yang tahu keadaan sebenar mula bertindak, mula mengutuknya. Mereka mahu patah-patahkan batang leher si janda." 


"Ke mana dia lari Pak aji?" Andi Kamarool pula bertanya Haji Basilam termenung sambil mengkedutkan kening, macam mengingati sesuatu.


"Ramai yang mengesyaki dia lari ke Kuala Tungkal di daerah Riau, kerana datuk neneknya berasal dari situ. Bila dicari oleh kaum kerabat arwah suaminya ke tempat tersebut, ternyata dia tak ada di situ." tutur Haji Basilam bersahaja.


"Memang, licin dan cekap orangnya," kata saya.


"Datuk kamu juga turut mencarinya ke sana. Usahanya sia-sia saja."


"Tanah yang dijual macamana?" Andi Kamarool menyoal.


"Tanah yang dibeli oleh orang kaya dari Nibong Tebal terus terbiar menjadi belukar. Bila mahu diusahakan atau dimajukan oleh pemiliknya. macam-macam kejadian pelik berlaku. Pernah pembeli datang melawat ke kawasan tersebut waktu siang, diburu gajah liar. Terpaksa lari lintang pukang dan akhirnya jatuh sakit. Berbulan-bulan duduk di hospital, bila sembuh terus jadi gila."


"Agaknya si wanita tu lepaskan penunggu," saya beri komentar.


"Entahlah, aku sendiri tak berani nak kata apa-apa. Terpulanglah kepada kamu berdua buat tafsiran," Haji Basilam senyum panjang lalu menyandarkan tubuhnya ke dinding.


PERSOALAN


CERITA yang diluahkan oleh Haji Basilam menimbulkan seribu pertanyaan dan persoalan dalam hati saya. Diri Andi Kamarool saya tidak tahu tetapi, bukan sesuatu yang aneh jika dia juga berfikir seperti apa yang saya fikirkan. Dua  tiga kali saya lihat Andi Kamarool melagakan gigi atas dengan gigi bawah.



Pada saat itu juga, saya segera terfikir kenapa manusia sanggup menafikan perkara yang sebenar. Kenapa wasiat suami yang baik rela dikhianati oleh siisteri? Barangkali didorong oleh nafsu tamak haloba membuat manusia lupa diri.


"Apa yang kamu menungkan? Apa yang kamu fikirkan Tamar?"


"Tak ada apa-apa pak aji, tetapi apa yang saya fikirkan kenapa si pemuda itu secara mendadak saja mencari datuk."


"Semuanya terjadi secara kebetulan."


"Cara kebetulan?". Andi Kamarool seperti terkejut.


"Iya," angguk Haji Basilam serius.


"Cuba ceritakan pak aji." saya mendesak.


Sepasang tangan Haji Basilam menekan pangkal belikat kiri dan kanan. Dia kembali mengaru pipi kiri. Kesempatan itu saya manfaatkan untuk menghilangkan rasa lenguh dipunggung. Saya bangun dan bergerak ke jendela, merenung keadaan diluar dan kemudian kembali duduk untuk mendengar cerita selanjut dari Haji Basilam.


"Waktu aku dan datuk kamu berjemaah Isyak di masjid, seorang jemaah mengadu pada aku yang anak lelakinya baru berusia setahun, menangis sepanjang malam. Tangisan itu bermula dari waktu maghrib hingga matahari terbit, perkara itu sudah berlanjutan selama tiga bulan. Sudah puas berikhtiar, tidak juga mahu baik, apa yang peliknya bila waktu siang, budak tu tidur lena."


"Jadi Pak aji minta datuk si Tamar menolongnya?" Tanya kamarool.


"Iya," angguk Haji Basilam.


"Datuk setuju?" Muncul lagi pertanyaan dari saya.


"Setuju, ikhtiar dan usaha datuk kamu diperkenankan oleh Allah. Dengan segelas air dingin yang disapu ke muka budak tu, dia tidak lagi menangis malam. Dari situlah sipemuda tu mendapat tahu tentang kebolehan datuk kamu. Lalu dia mencuba."


"Memang perangai datuk kamu suka menolong orang sakit." sambil komentar, Andi Kamarool menepuk bahu saya.


"Itu amal jariahnya," tingkah Haji Basilam yang kamu sambut dengan ketawa.


CERITA


BAGI saya cerita dari Haji Basilam sudah berakhir. Tetapi, bagi Andi Kamarool masih belum berakhir. Dia mahu tahu apakah punca atau jenis penyakit yang dideritai oleh janda kaya yang dianggapnya sebagai manusia tamak. Andi Kamarool mahu tahu macamana bentuk dan rupa penyakit yang ditanggungnya.


Kerana faktor-faktor tersebut. tidak hairanlah dia terus mendesak Haji Basilam untuk menyambung cerita tersebut. Pada peringkat awalnya, Haji Basilam agak keberatan untuk melanjutkannya. Desakan yang kuat dari Andi Kamarool membuat Haji Basilam mengaku kalah.


"Menceritakan kisah orang yang sudah meninggal dunia kepada orang lain yang masih hidup, bukanlah perbuatan yang baik, ditegah oleh ajaran agama kerana bila disebut-sebut roh simati tidak selesa," Haji Basilam menggunakan senjata terakhir untuk menolak hajat Andi Kamarool.


"Tujuan kita baik untuk mengingatkan orang yang hidup supaya jangan mengikuti jalan yang silap. Saya sekadar ingin tahu saja, setidak-tidaknya saya boleh beringat supaya jangan terkena macam dia," itu alasan Andi Kamarool, kenapa Haji meneruskan ceritanya.


Alasan yang diutarakan oleh Andi Kamarool dapat diterima oleh Haji Basilam. Dan dia pun berusaha memperlengkapkan cerita seperti apa yang dihajati oleh Andi Kamarool.


"Ada syaratnya," wajah Andi Kamarool ditatap oleh Haji Basilam.


"Apa syaratnya " tanya Andi Kamarool.


"Jangan dipanjangkan kepada orang lain.


"Saya berjanji," ikrar Andi Kamarool yang disambut oleh Haji Basilam dengan senyum. Penuh yakin dengan ikrar yang diluahkan oleh Andi Kamarool.


"Sebaik saja si sakit melihat wajah datuk kamu, dia pun menangis semahu-mahunya dan menyatakan hasratnya untuk balik ke tanah semenanjung. Dia mahu jumpa penghulu. Ketua kampung, pak imam dan tuk kadi. Dia juga nak jumpa dengan anak buah arwah suaminya," Haji Basilam memulakan cerita yang terputus dengan penuh keyakinan. Saya terus pasang telinga.


"Buat apa dia nak jumpa orang-orang tu pak aji?"


Pertanyaan yang diajukan oleh Andi Kamarool membuat Haji Basilam tersenyum sinis. Ekor matanya mengerling tajam ke arah saya.


"Kamu tak dapat tangkap maksudnya, Andi."


"Tidak"


"Mudah saja, dia mahu minta maaf atas perbuatannya yang lalu. Dia bersedia menebus kembali tanah yang dijual, bersedia menyempurnakan wasiat suaminya."


"Apa yang datuk beritahu padanya?"


"Datuk kamu beritahu, penghulu sudah bertukar ke tempat lain. Pak Imam meninggal dunia di Mekah, ketua kampung sudah pindah ke Sanglang Perlis. Tanah yang dijual terbiar begitu saja. Dia terus menangis."


TANAH


Menurut Haji Basilam, kerana tanah tersebut dipercayai menyimpan bijih yang banyak, pembeli (pemiliknya) mula menjalankan kerja- kerja melombong ditanah tersebut. Semua jentera berat yang bakal digunakan dalam kegiatan melombong yang ditempatkan dikawasan tersebut habis diterbalikkan oleh makhluk halus.


Para pekerja yang ditempatkan di rumah panjang (yang dibuat dari papan lapis) tidak dapat tidur dengan lena. Setiap malam, mereka didatangi oleh sejenis makhluk yang menyerupai mayat yang sudah dikafankan dalam jumlah yang besar, kira-kira hampir seratus orang, mereka mengusung keranda mayat sambil mengetuk dan menerajang pintu rumah panjang.


Bila ada penghuni yang membuka pintu, mereka menghadiahkan secebis kain kafan berserta tulang yang dikeluarkan dari keranda usang yang dipikul. Bila azan subuh dilaungkan kegiatan dilakukan oleh makhluk ganjil segera berakhir. Cebisan kain kafan segera bertukar menjadi kulit binatang yang mengeluarkan bau busuk. Tulang menjadi daging yang dikerumuni ulat bersama bau yang boleh membuat seorang muntah tahi.


Jentara berat yang tidak dirosakkan segera dimanfaatkan oleh para pemandu yang mendakwa dirinya handal, tidak percaya dengan hal-hal ganjil atau ghaib. Tetapi, apa yang pasti mereka terpaksa melalui pengalaman yang getir.


Ketika mereka menggunakan jentolak untuk menumbangkan pokok, secara tiba-tiba injin jentolak mereka mati atau terbalik secara mengejut. Jika tidak terbalik, si pemandu akan mengalami kecelakaan dalam bentuk lain, secara tidak semena-mena seperti dipatuk ular hitam, dihempap pokok atau dahan terjatuh dalam lubang yang mengakibatkan kaki mereka patah.


Pendek kata, setiap pohon yang terdapat di kawasan tanah yang sudah diwasiatkan itu, tidak boleh diusik sebarangan. Kerana kejadian-kejadian yang dianggap aneh dan tidak masuk akal itu menyebabkan para pekerja lari. Walau diberi upah yang tinggi atau mahal, tidak ada siapa yang mahu bekeija.


"Semua cerita-cerita aneh yang berlaku, tidak disampaikan oleh datuk kamu kepadanya," Haji Basilam renung muka saya.


"Apa muslihatnya?"


'Tak ada apa-apa muslihatnya, kalau diberitahu mungkin sakitnya bertambah," jelas Haji Basilam. Serentak saya dan Andi Kamarool anggukkan kepala.


"Wanita tu, masih beruntung kerana ada jiran yang mahu ambil tahu tentang dirinya, kalau tidak, keadaannya tentu lebih teruk lagi,"


Andi Kamarool sengaja mengemukakan pertanyaan agar Haji Basilam tidak berhenti bercerita. Ternyata teknik yang digunakan itu berhasil. Haji Basilam seperti mendapat kekuatan baru untuk melanjutkan perbualan.


"Setelah bersoal jawab, pemuda yang menjemput kami itu mengaku yang dia adalah suami si sakit yang dikahwini secara senyap-senyap. Umur budak lelaki itu dalam lingkungan tiga puluhan, sedangkan umur sisakit sudah hampir lapan puluhan."


"Itulah sebabnya, bila dia menjemput datuk dan Pak Aji dia memperkenalkan dirinya sebagai jiran. Dia malu nak mengaku sebagai suami pada wanita tua,” saya luahkan pendapat. 


"Mungkin cakap kamu ada benarnya," balas Andi Kamarool. Saya lihat Haji Basilam anggukkan kepala. Saya kira dia setuju dengan pendapat yang saya katakan.


"Seperti biasa. sebelum melakukan sesuatu. datuk kamu akan bertanya tentang perkara agak ganjil yang selalu dibuat oleh orang yang sedang sakit," tidak saya nafikan kebiasaan datuk seperti apa yang dikatakan oleh Haji Basilam itu.


Bila keterangan yang diberi memuaskan hati, barulah datuk bersedia menolong orang yang terlantar sakit.


"Menurut kata budak lelaki tu....," kali ini tekanan nada suara Haji Basilam agak meninggi seperti memperolehi kekuatan tersendiri.


"Dalam masa-masa tertentu terutama waktu malam, wanita itu akan menjerit dan meracau tidak tentu arah, tidak mahu makan, tidak boleh melihat wang, kalau melihat wang badannya menggeletar dan berpeluh kemudian terus jatuh pengsan," sambung Haji Basilam.


"Kasihan dia pak aji?" Andi Kamarool bersuara lemah.


"Kami juga diberitahu, sudah hampir setahun dia tidak boleh berdiri dan terpaksa baring menanggung sakit. Melihat kepada penyakit dan keadaan tubuh, sukar untuknya sembuh. Harapan untuk hidup cukup nipis, kecuali dengan izin Allah," Kesedihan terbayang diwajah Haji Basilam. Saya dan Andi Kamarool termenung panjang.


BANGUN


SECARA mendadak Andi Kamarool bangun, berlari ke muka pintu. Berdiri di situ, merenung ke setiap sudut halaman macam ada sesuatu yang dicarinya. Andi Kamarool kembali mcndekati saya lalu memberitahu, yang dia seperti terdengar ada suara orang yang memanggil namanya.


"Lupakan saja, perkara yang kamu dengar," Haji Basilam bagaikan tahu apa yang dirasai oleh Andi Kamarool.


"Berbalik pada cerita kita tadi pak aji. apa tindakan datuk saya selanjutnya."


'Dia agak keberatan, tetapi kerana dirayu oleh sipemuda berkali-kali hatinya menjadi lembut."


"Syukurlah kerana datuk mahu menolongnya " tanpa disedari terkeluar kata-kata itu dari kelopak bibir. Haji Basilam ketawa kecil, saya tidak tahu apakah ketawa itu terjadi secara kebetulan atau ketawa menyindir.

Kata Haji Basilam lagi, sebagai memenuhi harapan budak lelaki yang menjemputnya. datuk segera menyuruh sipemuda menyediakan segelas air tawar dan sehelai daun kunyit yang sudah tua. Permintaan datuk segera dipenuhi. Daun kunyit tua segera digosok oleh datuk dengan belakang tangan beberapa kali. Tujuannnya berbuat demikian untuk menghilangkan habuk ulat atau sebarang kekotoran yang melekat pada daun kunyit.


Bila sudah dipasti dan diyakini yang daun kunyit itu sudah bersih lalu bahagian hujung daun dibenamkan dalam air putih. Dibiarkan beberapa rninit sebelum dipusingkan berkali-kali. Semasa melakukan perbuatan itu datuk bagaikan menafikan kehadiran Haji Basilam dan si pemuda yang berada dekatnya. Dia seolah-olah hanya berdepan dengan si sakit saja.


Daun kunyit tua yang masih dilekati air terus dilekapkan ke pangkal telinga sebelah kanan. Manakala air putih dijaramkan ke bahagian kepala yang seluruhnya sudah dikuasai rambut putih yang kusut masai.


Bila semua kerja tersebut selesai dilakukan, datuk terus berdiri. Kemudian perlahan-lahan dia merendahkan tubuhnya hingga dia duduk dalam keadaan mencangkung untuk beberapa saat saja. Setelah itu barulah dia duduk dalam keadaan biasa.


Tiba-tiba datuk terus memegang ibu jari kaki kanan pesakit. Secara mendadak seluruh tubuh pesakit tersintak-sintak macam terkena kejutan letrik sambil mengerang seolah-olah mengalami sakit yang amat sangat.


"Kesian dia, lepaskan ibu jari. Dia menangis pakcik."


"Rayu sipemuda dengan wajah yang sedih. Datuk anggukkan kepala dan ibu jari kaki kanan yang dipegang segera dilepaskan.


"Beri dia minum air ini."


Datuk segera menghulurk'an gelas berisi air putih yang ditawar kepada sipemuda. Arahan datuk segera dilaksanakan. Setelah meneguk air tersebut, pesakit nampak lemah sekali dan akhirnya terus terlena. Datuk pun beralih tempat duduk. menyandarkan belakang pada tiang seri.


"Bila dia terjaga, beri minum air dalam gelas. Cuma ini saja ikhtiar yang mampu saya buat. Semoga Allah memberkati usaha ikhtiar saya. Marilah kita berdoa supaya dia cepat sembuh."


Sipemuda mengikuti gerak bibir datuk dengan penuh teliti.


"Apakah dia ada harapan untuk sembuh pakcik?" tanya sipemuda.


Datuk termenung sebentar dan menetap wajah sipemuda dengan penuh rasa simpati.


"Susah nak cakap, pada zahirnya harapan tu tak ada," nada suara datuk lemah, wajahnya nampak sayu sekali.


"Itu pendapat zahir saja. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Bersabar dan berdoalah. mudah-mudahan dengan izin Allah dia akan sembuh." Haji Basilam segera memujuk si pemuda yang nampak resah. Dan datuk segera mendekati si pemuda.


"Sabarlah anak, biarlah kami pulang dulu," datuk membisikkan kata- kata ke telinga pemuda sambil jari-jarinya menepuk belakangnya kemesraan.


"Kami balik dulu," ulang datuk.


Si pemuda anggukkan kepala. Dia merestui kepulangan datuk dan Haji Basilam hingga ke kaki tangga.


"Kalau ada apa-apa masalah. datang jumpa kami bila-bila masa," pesan datuk.


"Baik," terima kasih."


Sipemuda anggukkan kepala dan terus masuk ke rumah.


Datuk dan Haji Basilam meneruskan perjalanan pulang.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box