SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI

AKHIRNYA, saya mengetahui juga nama pemuda misteri yang menjemput Datuk dan Haji Basilam datang ke rumah pesakit. Nama sebenarnya, Shamsul Anuar tetapi, dipanggil SHAM saja. Kata Haji Basilam, orangnya kacak dan tinggi, berkulit putih kemerah-merahan. Rambut kerinting berombak.


Kerana keistimewaan yang dimiliki tidak hairanlah Sham menjadi pilihan janda tua yang dikelilingi wang ringgit.


Dua jam setelah berada di rumah (kira-kira pukul lima petang) Datuk dan Haji Basilam dikejutkan oleh kedatangan Sham.


"Ada apa hal Sham?" Tanya Haji Basilam dari muka pintu.


"Dia sudah meninggalkan kita," ada kesedihan terpamer di wajah Sham. Datuk segera berdiri di kanan Haji Basilam. mereka saling berpandangan.


"Pukul berapa dia mati?" Tanya Datuk.


"Kira-kira setengah jam, selepas pakcik berdua meninggalkan rumah."


"Sudah kamu beritahu orang lain tentang kematian tu," keluar lagi pertanyaan dari mulut Haji Basilam.


"Sudah tapi, tak ada yang datang."


"Saudara mara kamu yang terdekat bagaimana? Apa mereka juga tak datang?"


"Mereka datang, malangnya tak tahu nak buat apa. Mereka tak tahu nak uruskan jenazah, tak pandai baca Quraan, tak pandai baca yassin. Jadi, saya datang ni, nak minta tolong jasa baik pakcik berdua uruskan jenazah isteri saya. Panggil orang kampung, mereka macam, tak mahu datang," adu Sham dengan wajah yang sayu, penuh kehibaan. Dia begitu setia menunggu di kepala tangga menanti jawapan dari Datuk dan Haji Basilam.


Datuk dan Haji Basilam memang bersimpati dengan Sham. Tetapi, dalam masa yang sama mereka terfikir, mengapa jiran tetangga (orang kampung) keberatan memberi kerjasama pada Sham. Andainya, mereka mengambil peranan menguruskan perkara tersebut, apa pula kata orang kampung.


"Kami berdua bersimpati dengan kamu. Masalahnya, tentu tidak elok kami membelakangi orang-orang di sini. Kami hanya pendatang untuk sementara waktu di sini. Kalau kami mendahului mereka akan menimbulkan kesulitan pula,"dalam nada suara tersangkut-sangkut Datuk memberikan pendapat. Sham, tunduk merenung kami.


"Tolonglah saya," Sham terus merayu, "saya yakin, bila pakcik datang ke rumah, orang-orang kampung juga akan datang. Kalau cara ini tidak berjaya, saya minta pakcik berdua jemput mereka." Serentak dengan itu, Haji Basilam dan Datuk menarik nafas dalam-dalam.


Dan dalam usahanya meraih simpati dari Datuk dan Haji Basilam, Sham terus duduk bersila di kaki tangga. Usaha Syam itu berhasil, rasa belas simpati terhadapnya, kian mengunung dihati Datuk dan Haji Basilam.


"Pelik. dalam keadaan sekarang, masih ada orang yang tak tahu baca Quraan atau Yassin," bisik Datuk ke telinga Haji Basilam, tiada ungkapan yang Haji Basilam lahirkan, kecuali menggelengkan kepala, tanda kesal.


"Begini saja, kamu balik dulu. Biar aku jumpa Pak Imam, minta jasa baiknya, beritahu pada orang kampung tentang perkara ini," itulah janji yang diluahkan oleh Haji Basilam kepada Sham. Ternyata, janji itu amat menyenangkan hatinya. Wajahnya, nampak ceria sekali.


"Baiklah," sambutnya sambil bangun, lalu melangkahkan kaki kanan meninggalkan halaman rumah.


Sebaik sahaja batang tubuh Sham hilang dibalik liku jalan. Datuk dan Haji Basilam segera bertindak. Dengan serta merta mereka berangkat untuk menemui kelua kampung dan pak imam.


"Kalau mereka berdua tak mahu bagaimana?" Datuk bersuara.


"Kita pujuk hingga berjaya, perkara begini tak boleh dibuat main-main," balas Haji Basilam.


"Iya, kita pujuk," Datuk memberi sokongan dan mereka mempercepatkan langkah.


CERAH


KETIBAAN Datuk dan Haji Basilam disambut oleh ketua kampung dan Pak imam dengan wajah yang cerah. Cara kebetulan rumah ketua kampung bersebelahan dengan rumah Pak imam. Haji Basilam segera menyampaikan berita dan tujuan kedatangan mereka. Meskipun tidak ada kata-kata yang diluahkan oleh Ketua Kampung dan Pak imam tetapi, Datuk dapat membaca keengganan mereka untuk memenuhi permintaan Haji Basilam melalui gerak-geri dan mimik muka mereka berdua.


"Bagaimana? kita pergi sekarang," Datuk cuba menguji.


"Tapi "


"Tak baik begitu, melihat dan mengurus jenazah, jadi tanggungjawab orang yang hidup. fardhu kifayah hukumnya. Tidak boleh dibuat ringan. Kalau jenazah tidak disempurnakan satu kampung tanggung dosa, satu kampung ditanya di akhirat kelak," secara sambil lalu Datuk mengingatkan.


"Kalau ada apa-apa yang tidak baik, eloklah kita lupakan saja, lagi pun dia dah mati," Haji Basilam bagaikan memujuk dan merayu.


Buat beberapa ketika, Ketua Kampung dan Pak imam membatu. Akhimya, serentak mereka gelengkan kepala.


"Kenapa?" Tanya Haji Basilam sambil membeliakkan biji mata.


"Masa hayatnya, mati hidup orang sekeliling tak pernah mahu ambil tahu. Kenduri kendara orang kampung, tak mahu campur. Dijemput pun tak datang," Ketua Kampung meluahkan suara hatinya.


"Lupakan saja perkara yang remeh temeh," Datuk cuba menenangkan keadaan.


"Kita kena tunjuk perkara yang baik pada orang lain, kalau kita ikutkan perasaan marah dan benci, kita juga yang rugi. Silap-silap cara orang lain tuduh kita pendek akal," lagi sekali Haji Basilam mengeluarkan komentamya.


"Betul juga cakapnya," ketua kampung renung muka Pak Imam.


"Saya belum bersedia, kalau nak pergi, saya kena tukar pakaian dulu." Pak Imam mengaru cuping telinga. Pendiriannya mula berubah.


"Saya juga begitu, belum bersedia," balas ketua kampung.


"Itu perkara mudah. kami tunggu. Pergilah tukar baju dan kain kamu berdua,” ada keriangan bermain di wajah Haji Basilam.


Sementara menanti Pak imam dan ketua kampung menukarkan pakaian, datuk dan Haji Basilam duduk di bangku panjang di bawah pokok manggis disudut rumah.


Kira-kira lima minit kemudian Pak imam dan Ketua kampung muncul. mereka memakai baju melayu teluk belangga, berkain pelekat samarinda. Kedua-duanya memakai songkok putih. Datuk dan Haji Basilam tersenyum gembira kerana berjaya memujuk dan melembutkan hati orang yang dianggap penting dalam kampung tersebut.


"Mari," kata ketua kampung.


"Jum kita pergi," sahut Haji Basilam dan datuk serentak.


Di bawah sinar matahari petang yang kian condong ke barat, empat insan melangkah serentak dipermukaan jalan enam kaki menuju ke rumah besar di hujung kampung.


Ketika mereka sampai di halaman rumah papan besar beratap genting, mereka terhidu bau kemenyan. Beberapa orang anak muda duduk berlonggok di bawah rumpun kemboja, kumpulan anak-anak muda itu berborak kosong sambil menghisap rokok, ada juga di antara mereka sedang main catur. Gerak-geri kumpulan anak-anak muda itu ternyata menarik perhatian Ketua kampung.


"Kamu kenal mereka?" Tanya Haji Basilam pada ketua kampung.


"Bukan anak muda kampung ni."


"Habis dari mana?"


"Barangkali dari kampung lain."


"Hum....." Haji Basilam anggukkan kepala dan dia tidak meneruskan pertanyaan berhubung dengan kumpulan pemuda tersebut.


Selain dari kumpulan anak-anak muda tersebut, tidak ada orang lain yang datang mengunjungi rumah simati. Keadaan sekeliling rumah, tidak mengambarkan yang di dalam rumah besar itu ada sekujur mayat.


SEKITAR


MELIHAT keadaan sekitar, ketua kampung tidak senang hati. Dia pun mengambil inisiatif yang drastik.


Ketua kampung pergi mengetuk pintu rumah penghuni kampung dan mengesa mereka datang ke rumah orang mati. Usaha ketua kampung tidak mengecewakan. Rumah besar beratap genting di hujung kampung mula didatangi oleh para penduduk.


"Terima kasih, usaha awak tidak sia-sia, bila orang dah ramai, senanglah kita buat kerja," kata Haji Basilam sambil menepuk bahu Ketua kampung.


"Pengaruh awak memang kuat, sepuluh minit awak tinggalkan kami disini, lebih dari seratus penduduk kampung dah datang," Datuk pula memuji, Ketua kampung tersenyum dan merasa agak kesal kerana meninggalkan Datuk, Haji Basilam dan pak imam di halaman rumah.


"Suami simati tak nampak," Ketua kampung merenung ke kiri dan ke kanan.


"Tak nampak pula," Datuk menjawab.


"Agak, dia sibuk di dalam rumah," tingkah pak imam.


"Kalau begitu. kita naik saja, setidak-tidaknya kita boleh membaca yassin," Datuk mengeluarkan usul. Temyata tidak ada yang membantah. Semuanya akur dengan cadangan datuk.


Sebaik sahaja sampai di kaki tangga, langkah datuk terhenti. Macam ada sesuatu yang menarik kakinya dari dalam bumi. Pandangannya mula berpinar-pinar dan samar-samar. Kepala sebelah kiri terasa amat sakit seperti ditusuk dengan besi tajam. Urat leher terasa tegang dan Datuk tidak dapat mengimbangi badan hampir sahaja Datuk mahu jatuh di kaki tangga.


"Kenapa ni?"


Haji Basilam segera menerpa dan memeluk tubuh Datuk. Ketua kampung dan Pak imam segera membantu. Dan Datuk pun dibawa ke satu sudut lalu didudukan atas bangku panjang.


Mereka pun merawat Datuk dengan memicit dan mengurut bahagian belakang. Perbuatan itu tidak dibenarkan oleh Datuk berlanjutan lebih dari tiga minit. Pantang bagi Datuk, urat ditubuhnya di jamah atau diurut sesuka hati. Dia mempunyai formula tersendiri dalam menanggani masalah sakit ditubuhnya.


"Sudahlah, aku boleh bangun," Datuk mula terasa tenaganya sudah pulih seperti tadi. Datuk segera berdiri dan berjalan ke kiri dan ke kanan didepan bangku panjang.


"Kenapa dengan kamu?" Tanya Haji Basilam secara berbisik.


"Aku semacam ternampak bayangan arwah suami wanita itu duduk berjuntai kaki di muka tangga. Ditangannya ada tempurung, dia berpakaian compang-camping, macam peminta sedekah. Bila aku lihat lama-lama dia membalingkan tempurungnya ke arah aku membuat badan aku terasa lemah dan kepala jadi pening," penjelasan Datuk itu membuat Haji Basilam mengkerutkan kening.


Pak imam dan Ketua kampung yang tidak dapat menangkap apa yang dicakapkan oleh datuk pada Haji Basilam turut tersenyum.


"Bagaimana? mahu kita teruskan?"


Belum pun sempat datuk menjawap pertanyaan yang diajukan oleh Haji Basilam, secara mendadak Sham muncul dimuka pintu.


"Silakan naik." jemputnya dengan wajah damai.


Datuk dan kawan-kawan mengucapkan terima kasih dan terus naik ke rumah dan duduk menghadap mayat.


"Buka, saya tenguk mukanya," Pak Imam mengkemukakan permintaan. Tanpa membuang masa Sham terus menunaikan. Sebaik sahaja kain yang menutup bahagian mukanya dibuka, Datuk dan Haji Basilam mengalami kejutan yang amat sangat.


Mereka bagaikan tidak percaya, wajah wanita yang dilihat beberapa jam sebelumnya sudah berubah sama sekali. Kulit dan daging di bahagian pipi sudah relai, begitu juga dengan bahagian hidung dan dagu. Tulang- tulang dibahagian tersebut jelas menonjol. Keadaannya amat ngeri dan menakutkan.


"Tutup."


Sham segera menutup muka mayat isterinya.


"Apa yang patut saya buat pakcik?" Tanya Sham.


"Kita uruskan macam mayat-mayat yang lain," sahut Haji Basilam.


"Jadi, pakcik berdua uruskan."


"Ramai orang boleh uruskan, kita ada pak imam, kita ada Ketua kampung, mereka sanggup menolong," tingkah Datuk sambil merenung wajah Haji Basilam, Pak imam dan Ketua kampung.


"Tapi, hubungan saya dengan mereka tak begitu baik," Sham seperti tergagap.


"Lupakan perkara yang lalu," Ketua kampung mula masuk campur.


Serentak Pak imam, Haji Basilam dan Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang disuarakan oleh ketua kampung. Sham tunduk seribu bahasa.


DOA


SETELAH menghadiahkan doa pendek pada si mati, datuk dan kawan-kawan terus membaca surah yassin. Semasa yassin dibaca. Datuk dapat merasakan sepasang kaki mayat bergerak-gerak dalam kain. Datuk buat tidak kisah dengan kejadian itu. Dia terus membaca tetapi, kali ini sepasang tangan mayat pula bergerak seolah-olah seperti minta tolong supaya dibangunkan. Datuk mempersetankan semuanya itu, dia terus membaca. Bila kepala mayat bergerak-gerak, pembacaan datuk jadi terganggu.


Buat beberapa ketika datuk merenung sekujur mayat yang sedang terbaring di depan matanya. Semuanya macam biasa, tiada sesuatu yang ganjil. Bila pembacaan diteruskan mayat mula buat hal. Kaki, tangan. kepala dan lutut turut bergoyang. Datuk tidak tahu, apakah Pak imam. Ketua kampung dan Haji Basilam turut mengalami seperti apa yang dialaminya.


Apa yang pasti, Datuk berusaha dengan sedaya upaya menghadapi suasana yang menakutkan itu dengan perasaan yang tenang. Nasib baik, sehingga pembacaan yassin berakhir, tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.


"Bagaimana Pak imam? pada hemat saya, mayat ini harus dikebumikan dengan segera. Sebaiknya, dikebumikan petang ini juga," beritahu datuk pada Pak imam, semasa mereka bergerak ke ruang anjung dan berlabuh disitu.


"Perkara ni dah saya beritahu pada suami arwah, saya dan suruh dia sediakan barang keperluan untuk mengkebumikan jenazah," kata Pak imam.


"Oh, begitu. cepat awak bertindak," Datuk anggukkan kepala lalu merenung ke arah halaman rumah.


Datuk menarik nafas lega, bila dia melihat Ketua kampung mengetahui beberapa orang penduduk membuat keranda. Haji Basilam menyediakan batang pisang untuk dijadikan mandi mayat. Beberapa orang anak muda sudah disuruh pergi ke tanah perkuburan untuk mengali lubang mayat.


Nampaknya, semua berjalan dengan lancar dan baik sekali.


"Siapa yang menguruskan mandi jenazah."


Sepasang anak mata Datuk tertumpu ke wajah Pak imam yang kelihatan tenang. Datuk mengalihkan pandangannya kembali ke halaman rumah. Semuanya nampak sibuk dengan tugas masing-masing.


"Tak apa, biar saya uruskan."


Pak imam segera bangun lalu menemui suami simati yang berada dibawah rumah. Ada sesuatu yang dicakapkan oleh pak imam. Suami simati mencatat di kertas apa yang dicakapkan oleh Pak imam. Tidak lama berselang, suami simati segera beredar menuju ke pekan kecil. Barangkali mencari sesuatu.


Pak Imam segera beredar menuju ke arah sekumpulan wanita yang duduk di ruang yang agak tersorok dekat bahagian dapur. Rata-rata mereka berusia antara 50 hingga 60 tahun. Setelah bercakap sebentar dengan mereka, Pak imam mendekati datuk.


"Semuanya selesai, Hajjah Safiah dan kawan-kawan menguruskan mandi mayat dan mengkafankannya. Kalau kesuntukan masa kita kebumikan lepas Isyak."


"Tak kira, lepas maghrib atau isyak, pokoknya jenazah ini tidak boleh dibiarkan lama-lama dirumah," nampaknya awak Berjaya menguruskannya dengan baik" Datuk memuji Pak Imam.


"Saya sekadar menjalankan perintah hukum-hakam agama."


"Tak apalah imam, kita kena fikirkan di mana jenazah ini mahu disembahyangkan di rumah atau di masjid."


"Iya, sementara menanti kerja mereka selesaikan kita harus memikirkan perkara yang awak sebut tu. Nanti saya jumpa suami simati," kata Pak imam.


"Silakan imam," datuk memberi jalan.


Pak imam segera beredar meninggalkan Datuk sendirian di situ. Bila bersendirian, macam-macam yang tergambar dalam otak Datuk, semuanya ada hubungkait dengan simati. Tetapi, usahanya itu tidak berhasil, sambil merenung langit petang menerusi jendela yang terdedah, Datuk terus mengeluh.


ANAK


MENGAPA dia bersuamikan Sham yang boleh dijadikan anak?


Mungkin ada tujuan tertentu. Barangkali, dia mahu dirinya sentiasa kelihatan muda, itulah sebabnya dia menikah dengan Sham yang muda belia.


Biasanya, wanita yang mahu kulit wajahnya tidak mengecut atau runtuh akan menikah atau bersama dengan anak-anak muda yang berusia antara 20 hingga 25 tahun dalam jumlah paling kurang tiga puluh orang.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box