SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH

“SAYA……,” CETUS Nonong mendadak. Dan kata-kata tidak diteruskan.


“Saya tak tahu apa isinya,” Harun Fadillah bagaikan menyambung ungkapan Nonong yang terhenti.


Datuk menekan hujung dagu sebelah kiri dengan ibu jari tanngan kanan. Matanya, silih berganti menatap wajah Harun Fadillah. Datuk bagaikan tahu, dua beradik akan membongkar apa sahaja rahsia dalam rumah secara terperinci. Cuma apa yang diperlukan ialah sedikit kesabaran.


“Arwah emak, marah kalau ada diantara kami bertanya tentang bilik yang berkunci,” nada suara Harun Fadillah lemah, ekor matanya menjeling ke arah Nonong. Tiada sebarang riaksi yang diperlihatkan oleh si Nonong.


“Melintas di depan bilik yang berkunci juga dilarang,” tambah Harun Fadillah.


“Kamu bagaimana Nonong?”


Dauk menghalakan pertanyaan ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan Nonong angkat kepala, Sinar matahari nampak berkaca merenung ke arah datuk.


“Emak ada membawa saya masuk ke bilik itu, secara rahsia.”


“Haaa…… ,” Harun Fadillah bagaikan terkejut mendengar pengakuan Nonong. Buat beberapa ketika, datuk menarik nafas dalam-dalam. Suasana terasa sepi. Semuanya membatu melayani perasaan masing-masing.


“Ada apa di dalamnya, Nonong?” Tanya datuk. Matanya tidak berkedip merenung muka Nonong.


“ Ada lilin besar,”


“Besar mana Nonong?”


“Sebesar peha budak empat belas tahun,”


“Tingginga?” Datang lagi pertanyaan dari datuk.


“Kira-kira dua kaki,” jawap Nonong tegas.


“Selain dari itu apa yang kamu lihat?”


Nonong termenung, macam ada sesuatu yang cuba diingatinya. Harun Fadillah merenung ke arah saya. Dengan senang hati saya menghadiahkan senyuman buatnya. Dibalasnya dengan senyum tawar.


“Ada tungkul kayu berbentuk monyet dan bertangan manusia. Di tepi bilik, ada talam tembaga besar, yang ditengah-tengahnya ada benda, berbalut kain tiga warna. Emak mesti membaca serapi-jampi sebelum menyentuh kain pembalutnya.”


“Apa warnanya Nonong?” Datuk terus mendesak.


“Hitam, putih dan kuning.”


“Macam warna bendera Negeri Perak,” celah datuk. Nonong diam. Tidak memberi sebarang komentar.


BOSAN


Suasana di ruang makan kembali membeku. Saya memang berazam mahu mengikuti kisah selanjutnya hingga akhir. Kecuali datuk menyuruh saya keluar. Semoga perkara itu tidak akan dilakukan oleh datuk. Itu doa dan harapan dari hati kecil saya.


Bila bosan dengan suasana sekitar, saya halakan pandangan ke halaman rumah dan permukaan jalanraya. Rasa jemu dan bosan segera terusir.


“Masa bila emak kamu bawa kamu ke dalm bilik rahsia tu, Nonong?’. Pertanyaan datuk itu membuat saya berpaling ke arahnya. Macam tadi juag, wajah datuk agak serius.


“Biasanya waktu tengah malam.”


“Tengah malam tu, agaknya pukul berapa, Nonong?” Tekanan suara datuk bagaikan memujuk . Muka Nonong nampak serius sedikit. Hanya Fadillah menarik nafas lega. Senang hati melihat kerjasama yang diberikan oleh Nonong kepada datuk.


“Kira-kira pukul dua belas tengah malam, emak berada dalam bilik ada masanya sampai pukul dua pagi. Kalau musim bulan naik, makin kerap emak masuk, terutama masa bulan mengambang, “ Nonong mula membuka cerita, pasti menarik dan mendebarkan. Seluruh perhatian dan pendengaran ditumpukan kearah Nonong.


“Apa yang dibuatnya kepada kamu, semasa berada di dalam bilik?” Susul datuk lagi.


“Emak bakar kemenyan, asapnya diusap ke tubuh saya. Barang yang berbungkus dengan kain tiga warna juga di usap dengan kemenyan . Lepas itu emak suruh saya keluar. Dan juga mengingatkan supaya jangan menceritakan pada sesiapa pun apa yang saya alami semasa di dalam bilik.”


“Semasa kamu keluar, emak kamu ikut keluar sama Nonong?”


Tiada jawapan dari Nonong, dia gelengkan kepala perlahan-lahan.  Datuk tanpa putus asa, mengulangi pertanyaan yang sama kepada Nonong.


SUBUH


“Emak memang tak ikut keluar, dia berada di situ hingga masuk waktu subuh. Apa yang dibuatnya, saya sendiri tidak tahu. Ayah tahu semua tentang perkara ini, peliknya ayah tidak pula melarangnya. Entah mengapa, ayah patuh dan percaya dengan cakap emak,” Nonong mengakhiri cakapnya dengan wajah yang merah padam.


Mungkin dia merasa malu. Buktinya, Nonong tidak mahu merenung ke arah saya. Harun fadilla tetap tenang. Barangkali pada hematnya, penjelasan terus terang dari Nonong akan dapat mengatasi masaalah yang membelengu diri Nonong.


Datuk segera bangun, berjalan dari sudut ke sudut ruang makan. Harun Fadilla dan Nonong masih berada di tempat tadi. Mereka nampak seperti mengalamun. Entah apa yang berputar dalam kotak otak mereka, tiada siapa yang tahu. Mereka tidak bercakap, malah renungan mata juga berbeza, tidak satu arah. Datuk duduk kembali di tempatnya.


“Terima kasih Nonong,” suara datuk merendah, “ keterangan kamu memudahkan saya memilih cara atau jalan menyelesaikan masaalah diri kamu. Berusaha dan berfikir memang tidak salah dari siri agama. Allah yang menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya,” sambung datuk dengan tenang.


“Lagi apa yang patut kami bantu, memanda,” tanya Harun Fadillah sambil berdiri wajahnya membayangkan sebuah keyakinan, bahawa usaha datuk akan berakhir dengan sebuah kejayaan yang besar ertinya dalam kehidupan keluarganya.


Begitulah tanggapan Harun Fadillah tetapi, tidak demikian dengan datuk. Pertanyaan yang diajukan memaksa datuk mengkerutkan kening sambil menarik dan melepaskan nafas berkali kali. Seolah-olah membayangkan dia terpaksa menghadapi masaalah yang sukar diselesaikan.


“Begini Harun,” telapak kanan tangan datuk terkandas disayap bahu kiri Harun Fadillah.


“Apa dia memanda?” Pintas Harun Fadilla secepat kilat.


Datuk tersentak, memang tidak diduganya secepat itu Harun Fadillah, memintas cakapnya. Datuk lahirkan rasa kurang senang dengan melagakan gigi atas dan bawah berkali-kali. Sepatutnya,  Harun Fadillah memberi laluan kepada datuk untuk menyelesaikan cakapnya dulu.


“Maafkan saya memanda,” kata Harun Fadilla setelah menyedari kesilapannya.


“Tak apa Harun.” Balas datuk, “ perkara yang mahu aku tanyakan kepada kakak kamu ini agak peribadi, boleh memalukan dirinya. Jadi aku minta kamu tinggalkan dia bersama aku dan Tamar di sini,” sambung datuk.


“Tak jadi masalah, silakan memanda,” Harun Fadilla segera bangun dan kemudian melangkah tenang, meninggalkan ruang makan. Sepasang anak mata Nonong menyorot langkah adiknya.


SUDUT


Datuk berdiri kembali. Macam tadi juga, dia bergerak dari sudut ke sudut. Akhirnya melabuhkan punggung di tempatnya kembali. Nonong nampak tenang untuk menghadapi situasi selanjutnya diruang makan.


“Tamar,”


Anak mata saya terpaku ke wajah datuk. Ada rasa gementar dalam hati.


“Ada apa tuk?”


“Apa yang kamu dengar ini jangan dihebahkan pada sesiapa pun. Kamu mesti ingat, membuka aib sesaorang kepada orang lain, dilarang oleh agama. Kalau kamu buat kamu dapat dosa.”


“Saya faham, tidak saya hebahkan hal kak Nonong, samada yang baik atau yang buruk kepada sesiapapun.  Walau pun pada adik beradiiknya,” dengan tenang saya lafazkan sebuah ikrar di depan datuk.


Ternyata,  datuk senang dan gembira dengan ikrar tersebut. Saya toleh ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Wajahnya nampak cerah. Tadi, semasa datuk menyuruh adiknya keluar dan mengizinkan saya berada di ruang makan, wajahnya nampak tidak ceria. Tetapi setelah datuk mengingatkan saya agar “jangan banyak mulut” dan saya pula berjanji tidak akan melakukan perbuatan demikian, Nonong nampak gembira.


“Nonong.”


Nonong pun angkat kepala. Sepasang anak mata hitam datuk bagaikan berada dalam kolam mata Nonong.


“Ada apa memanda?” terungkap pertanyaan dari Nonong.


“Berikan kerjasama sebaik mungkin pada aku Nonong.”


Nonong anggukkan kepala.


Dengan tenang datuk memeluk tubuknya sambil menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Sebelum nafas dilepaskan , datuk luruskan kaki kirinnya. Bila kaki kiri berada kembali kepada kedudkan  asal, barulah datuk memindahkan sorotan matanya  ke dinding.


“Nonong,” datuk memulakan kata,  “ pernahkah sesaorang berkata kepada kamu begini, kau cantik, sayangnya ada sesuatu pada diri kamu yang menyebabkan orang lelaki menjauhkan diri dari kamu, mereka macam benci.”


“Hummmmmmmm……”


Nonong tidak meneruskan ungkapan. Dia termenung sebentar, macam ada sesuatu yang diingatinya, “ada memanda,” sambungnya lemah.


“Siapa yang bercakap tu Nonong?”


“Seorang perempuan tua. Dia tu bidan kampung yang sekali gus jadi bomoh. Saya tak tahu sekarang ni , dia masih ada atau sudah mati.  Kenapa memanda?.”


“Tak ada apa-apa, cuma apa yang dikatakan oleh orang itu hampir sama dengan apa yang terlintas dalam kepala aku,” ucap datuk bersahaja. Nonong nampak tergamam, saya pula terkejut.


Sesungguhnya, beruntung dan bertuah wanita yang dianugerahkan oleh Allah dengan kecantikan. Tetapi malangnya manusia adalah makhluk lemah, selalu mensia-siakan pemberian tersebut,” gegendang telinga saya masih dapat menangkap suara keluhan datuk dalam nada yang amat perlahan. Dia masih juga merenung ke arah Nonong,  tanpa berkedip.


RESAH


Entah mengapa secara tiba-tiba saya rasa resah tidak menentu. Badan terasa panas semacam, padahal cuaca di luar tidaklah panas sangat. Tanpa mahu memberitahu datuk, saya bangun dan lantas melangkah kemuka pintu lalu berdiri di situ.


Membiarka sekawan angin merempuh sekujur tubuh. Mendongak langit kota Medan yang terang di bawah matahari petang dan sinar matahari yang redup itu jatuh di atas setiap bumbung bangunan, tidak terkecuali bumbung Istana Maimun dan Masjid Raya. Sesungguhnya sebuah kepuasan yang tiada taranya menyelinap ke dalam kalbu.


Kepuasan itu, tidak dapat dipertahankan dalam jangka waktu yang agak panjang. Musnah diganggu batuk keras yang disengajakan oleh datuk.


Saya faham,  batuk itu adalah batuk protes dari datuk untuk saya. Lebih tepat, batuk kemarahan atas kebiadapan saya yang tidak memnita izinnya, ketika bangun tadi.


Tanpa banyak ragam dan karenah saya kembali masuk ke ruang makan dan duduk di tempat asal. Kemarahan datuk masih belum reda, ekor matanya merenung tajam ke arah saya. Tidak berani, saya menyanggah renungannya, melainkan tunduk macam orang bodoh.


“Nonong, cerita dengan jujur, jangan sembunyi-sembunyi, jangan tipu dan ditokok tambah, walaupun perkara yang dicakapkan ini membuka pekung sendiri dan keluarga, mendatangkan aib. Cuma dengan cara ini saja memanda boleh berusaha menolong kamu, boleh menunaikan permintaan arwah ayah kamu. Kamu bersedia atau tidak. Cakap dengan jujur dan ikhlas,” suara datuk bergetar. Badanya ditegakkan sambil mendada.


“Bersedia memanda,” sahut Nonong tangkas.


“Kalau begitu, kamu ceritakan pengalaman danperasaan yang kamu alami, semasa umur hampir tiga puluh tahun, jangan segan,” pujuk datuk penuh diplomasi.


Buat beberapa detik, Nonong nampak resah. Mukanya membayangkan rasa kurang senang. Sebentar menoleh ke kiri, sebentar menoleh ke kanan. Dalam saat-saat tertentu dia mengigit bibir dan mengaru-garu leher jenjangnya. Semua yang dibuat , serba tidak kena.


Pelik sekali, dalam keadaan Nonong resah begitu, saya jadi ghairah terhadapnya. Timbul rasa berahi terutama bila mengaru-garu lehernya. Cepat-cepat saya mengucap dan beristighfar berkali-kali.


Kerasahan, kebimbangan yang dialami oleh Nonong berakhir juga. Dia tersenyum kerana berjaya mengatasi gelodak hatinya. Dengan rasa penuh tanggung jawap untuk membebaskan diri dari bayangan belengu ghaib, Nonong pun mengungkapkannya dengan rasa rendah hati kepada datuk.


Nonong mengakui, semasa berusia awal tiga puluhan dia mengalami tekanan perasaan yang cukup hebat,. Sering timbul pertanyaan dalam diri , kenapa tidak ada seorang pemuda yang ingin mendekati dirinya.


Kawan-kawan persekolahan dan sepermainan, hampir semuanya sudah menikah. Malah ada yang sudah mempunyai anak.


Dalam usia begitu, Nonong ingin menikmati suasana bercinta, bermesra serta berdampingan dengan lelaki idaman yang berakhir dengan ikatan suami-isteri. Bila di depan cermin, dia segera mencari kekurangan dan kelebihan dirinya.


Jauh di sudut hatinya,  dia tetap mengatakan yang dirinya terjumlah dalam kategori gadis cantik dan menarik. Berkulit putih kemerah-merahan . Berhidung mancung dengan sepasang anak mata hitam yang bulat bersinar. Enungannya mampu menundukkan hati setiap lelaki.


Dengan raut muka bujur sirih bersama sepasang bibir nipis dengan tingginya hampir lima kaki, mpat inci, Nonong memang menarik dan mempersonakan. Siti Hidayah yang tingginya lima kaki sahaja sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak. Nonong tahu, dimana dia berada, orang tetap memuji dirinya, cantik dan anggun.


Semasa berkunjung di rumah Siti Hidayah yang baru seminggu melahirkan anak kedua, secara kebetulan dia menemui dengan yang mengurut Siti Hidayah. Kali pertama melihat wajahnya, bidan kampung itu tersenyum serta mengkagumi kecantikan yang dimiliki Nonong. Sebagai seorang gadis tentu dia merasa megah, bila terpuji begitu.


BIDAN


Kemegahan dan kegembiraan itu tidak dapat bertahan lama dihatinya bila bila bidan kampung itu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.


Pada mulanya, Nonong tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh bidan kampung tersebut. Tetapi, setelah Siti Hidayah campur tangan, sedikit kepercayaan mula berputik dalam hatinya.


Secara jujur dan ikhlas,  Siti Hidayah memberitahu Nonong, dia mendapat suami adalah berkat jasa dan usaha bidan kampung tersebut.


Siti Hidayah menyarankan supaya Nonong mengikuti jejak langkahnya . Mandi bunga tujuh warna setiap malam. Bedak tubuh dengan bermacam jenis ramuan. Mandi tujuh kolah masjid, satu tugas berat untuk dilaksanakan oleh Nonong.


Memang, sejak zaman sekolah lagi, Nonong tidak berminat dalam perkara-perkara yang ada unsur tahyul.


Setelah didesak berkali-kali hati Nonong jadi lembut dan bersedia mematuhi saranan dianjurkan oleh Siti Hidayah. Dia pun buat temu janji mengunjungi rumah bidan yang letaknya agak jauh di hujung kampung, terasing dari rumah para penduduk lain.


Dalam pertemuan awal, bidankan kampung mengenakan beberapa syarat yang cukup ketat serta pengeras yang cukup tinggi. Jika syarat-syarat itu dipatuhi, bidan kampung yang kaya dengan pengalaman, memberi jaminan dalam waktu terdekat Nonong akan menemui jodoh.


Terpaku dengan harapan dan jaminan yang dikatakan itu. Pantang larang tidak dilanggar, segala syarat akan dipatuhi.


Setahun Nonong menanti penuh sabar, harapannya tidak menjadi kenyataan. Tidak ada lelaki mendekati atau masuk meminang. Usia Nonong terus bertambah. Bagi menghilangkan kerunsingan yang membelengu fikiran dan batinnya, Nonong cuba bergerak dalam badan-badan sosial dengan harapan akan bertemu jodoh.


Bila usianya masuk angka tiga puluh dua tahun, Nonong mengalami goncangan batin yang amay hebat. Dia melihat adiknya mendirikan rumah tangga dengan pemuda kacak ang satu ketika dulu pernah cuba mendekatinya.


Goncangan batin itu menimbulkan bermacam-macam reaksi dalam kalbu Nonong. Ada ketikanya dia merasa benci dan marah dengan keadaan sekitarnya. Di waktu yang lain, dia merasa hampa dan putus asa yang amat sangat. Nonong menangis dan mengurung diri dalam bilik.


Sebagai anak sulung perempuan, dia lebih dekat dengan ibunya. Tidak hairanlah bila semua masalah yang bersarang dalam dadanya ditumpahkan kepada ibunya. Dan ibunya mendamaikan gelora batinnya dengan ungkapan,


“Belum ada jodoh lagi. Rajin-rajinlah berdoa pada Tuhan. Semuga kamu dipertemukan oleh Tuhan dengan lelaki yang baik dan berhati mulia.”


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box