SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA

Nasihat yang diluahkan oleh ibunya, disambut dengan perasaan separuh hati. Nonong tahu, jawapan dari ibu sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi bila ibu menekankan tentang ‘berdoa,’ terasa lucu sekali. Ibunya sendiri menyaksikan dia berdoa siang malam.


Jadi kenapa perkara itu ditekankan, bila dia bercakap tentang jodoh. Sebuah pertanyaan yang sukar dicari jawapan pasti. Tetapi, menimbulkan tanda tanya dan misteri yang tidak berjawap.


Kalau dikutkan hati memang Nonong tidak mahu berdoa lagi. Dia sudah bosan dan perbuatan itu kerja sia sia. Tuhan bagaikan menolak permohonannya melalui doa.


Nonong juga sudah jemu berusaha, benci melihat muka dukun, pawang dan bomoh yang bukan sedikit mengaut wangnya. Jodoh yang diharapkan tidak juga menjelma.


Dalam suasana kehidupan yang serba tertekan zahir batin, Nonong berazam mahu meluluskan dirinya dari kepompongan keluarga, dan masyarakat sekitar yang selalu beranggapan gadis berusia lanjut, tidak menikah merupakan tanda tidak baik untuk keluarga, hidup tidak beruntng.


Kerana Nonong bertugas dengan kerajaan di bawah Kementerian Luar dia berpeluang untuk bertugas di seberang laut.


Kesempatan itu di manfaatnya dengan sebaik mungkin untuk keluar dari suasana yang tidak menyenangkan itu. Nonong mengemukakan permohonan untuk bertugas di luar tanah air. Harapannya terlaksana. Nonong gembira bukan kepalang. Dia dihantar berkhidmat di Konsul Republik Indonesia, di Pulau Pinang sebagai kerani.


Di Pulau Mutiara, Nonong bagaikan mengalami kejutan budaya yang amat berbeza dengan di Medan. Dia turut melibatkan dirinya dengan dunnia yang serba baru dan asing itu. Nonong yang selama ini merasakan pergerakannya agak terbatas, kini mula mengubah cara hidupnya sesuai dengan situasi yang dihadapinya.


Di Medan pulang sahaja dari pejabat, dia tidak kemana-mana. Banyak menghabiskan masa bersama ibu. Menemani ibunya mengajar tarian dan anak-anak gadis yang berminat dalam bidang tarian tradisional dikelas menari. Bila ibu dan kumpulannya diundang menghiburkan orang ternama dalam sebuah upacara penting seperti pembukaan gedung perniagaan, ulangtahun kemerdekaan dan sebagainya. Nonong akan turut serta.


Kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Nonong, dia menjadi perhatian para tetamu undangan. Dan orang tertentu segera menyiasat latar belakang diri dan keluarga. Tetapi, ibunya bagaikan enggan memberi kerjasama. Dan perkara itu tidak berlanjutan, mati begitu saja.


Keadaan di Pulau Mutiara yang serba membangun dan sibuk menyebabkan Nonong menyususun agenda hidup tersendiri yang berbeza dengan di Medan.


Bagaikan bumi dengan langit. Dari seorang gadis yang agak pemalu dan sering merasa rendah diri bertukar menjadi gadis yang periang. Dia melibatkan diri dengan badan-badan sukarela. Menjalinkan persahabatan dengan siapa saja. Mula berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.


DORONGAN


Kerana desakan dan dorongan kawan-kawan, Nonong mula mengunjungi kelab-kelab malam.


Secara beransur ansur dia mula menghisap rokok dan berjinak-jinak dengan alkohol. Dia makin jarang menghalakan wajahnya ke arah kiblat.


Begitulah Nonong, amat cepat berubah. Apa yang sedang dilaluinya membuat dia lupa dengan masalah yang menggayuti kehidupan dan dirinya. Tidak timbul masaalah belum bertemu jodoh, tidak kisah dengan usianya yang kian bertambah. Semuanya sudah dilemparkan jauh-jauh dari dalam kotak hati dan fikirannya.


Seiring dengan itu , Nonong tidak suka melihat wajahnya di cermin, tidak suka menghias diri untuk menarik perhatian lawan jenis.  Tidak ambil peduli dengan jiran kiri kanan rumah sewanya. Sesuatu yang sungguh drastik bila Nonong tidak menulis surat atau menghubungi keluarganya di Medan. Dia bagaikan mahu menjauhkan diri dari mereka.


Ternyata usaha itu tidak sepenuhnya berhasil. Kedua-dua orang tuanya sering mengunjunginya, terutama ibunya yang boleh dikatakan setiap bulan datang ke rumah sewanya. Dan secara sembunyi-sembunyi (ketika Nonong tidur) mengusap tubuh anaknya dengan asap kemenyan.


Kisah yang diungkap Nonong memang mengharukan. Saya bersimpati dengan nasib yang di alaminya. Mengapa gadis yang lambat kahwin menjadi buah mulut masyarakat. Dan apakah perkara seperti ini, hanya berlaku dikalangan masyarakat melayu sahaja. Fikir saya dalam hati.


“Ada lagi yang mahu ceritakan, Nonong?” Itu yang terluah dari kelopak bibir datuk, sebaik sahaja Nonong berhenti bercakap dan tidak mau menyambung lagi.


Saya resah sendirian melihat Nonong menundukkan muka. Kedua-dua belah sayap bahunya bergerak lemah. Mengertilah saya, bahawa gadis cantik tidak bahagia itu sedang tersedu hiba. Kalau sudah begini kesudahannya, tidak mungkin Nonong mahu melanjutkan cerita. Saya membuat andaian sendiri.


“Tak apalah memanda, cukup setakat ini saja. Hiba benar rasanya hati.”


Saya arahkan sepasang mata ke arah Nonong. Andaian saya hampir menjadi kenyataan.


“Maafkan saya,” lemah benar nada suara datuk.


Tiada jawapan dari Nonong. Cuma yang kedengaran sedu dan sedannya sahaja.


Mungkin kerana hiba atau tidak mahu terpengaruh dengan kesedihan yang melanda hati Nonong, datuk segera bangun menuju ke jendela. Berdiri di situ, merenung keluar. Nonong masih juga tersedu. Dan saya tidak bergerak ke mana-mana. Sedu-sedan Nonong beransur lemah dan akhirnya mati begitu sahaja. Suasana di ruang makan terasa amat sepi sekali.


Perlahan-lahan datuk melangkah kembali ke tempat asalnya. Sejak datuk berdiri di tepi jendela, saya tidak menumpukan perhatian ke arah Nonong, saya lebih banyak merenung dinding rumah tamu sambil mengelamun sendirian. Tiba-tiba datuk menyebut perkataan Allah hu Akbar yang diikuti dengan batuk kecil. Pada hemat saya batuk itu sengaja dibuat-buat. Barangkali untuk menarik perhatian saya atau Nonong.


Entah macam mana ketika saya menoleh ke arah datuk secara tidak sengaja terpandang wajah Nonong. Pandangan kami bertembung. Tidak percaya rasanya, Nonong menghadiahkan senyum. Nampak cukup menarik dan manis sekali. Tidak berkedip kelopak mata saya memandang ke aranya. Alam khayalan yang tidak bertepi itu, datuk batuk lagi. Saya tahu itu batuk nakal. Memang, ekor mata datuk tetap menyorot setiap inci pergerakan diri saya.


“Kenapa Tamar?” Soal datuk, sepasang biji matanya merenung tepat ke arah saya, “ kamu nampak resah semacam saja,” tambahnya bersama senyum sinis.


“Ehhh……..” terkeluar dari kelopak bibir saya.


“Kenapa Tamar?”


Memang tidak saya duga pertanyaan itu datang dari Nonong. Nadanya tidak lagi membayangkan keresahan. Saya jawap pertanyaan itu dengan mengelengkan kepala. Senyuman pun berlari di kelopak bibir Nonong.


Aduh! Manis sekali senyuman gadis anak Deli ini , bisik batin saya.


KESAN


Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk dapat mengesan yang sesuana di ruang makan agak aman. Perasaan Nonong tidak bercelaru lagi. Ketika yang baik untuk mencungkil kisah lampau gadis Deli  yang tertonggok di sisinya.


“Perasaan kamu dah tenang Nonong?”


Nonong anggukan kepala.


“Bolehlah kamu bercerita lagi.”


“Ehhhh……memanda,” Nonong seperti tersentak. Anak mata hitamnya dihalakan ke arah saya untuk beberapa saat. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala sebagai tanda supaya Nonong memberikan kerjasama pada datuk.


“Boleh Nonong,” ulang datuk lemah.


“Boleh,” sahut Nonong.


Datuk membetulkan duduknya supaya selesa. Bila merasai cara duduknya serasi dengan kemahuan hatinya, datuk mengeliat lemah. Saya menanti penuh debar. Apakah kisah silam yang bakal diungkapkan oleh Nonong itu akan membuka jalan bagi menjejaki, kenapa dia tidak mahu didampingi lelaki?.


Sepuluh minit masa berlalu, Nonong masih belum membuka mulut, asyik merenung keluar saja. Resah mula terpamer di wajah datuk. Dua tiga kali orang tua itu menarik dan melepaskan nafas. Nonong kelihatan masih bersahaja, buat tidak kisah semacam.


“Keadaan kamu bertambah kelam kabut bila mendapat tahu yang emak kamu meninggal dunia?” Datuk cuba memancing agar Nonong memulakan kisah.


“Memang benar memanda,” sahut Nonong pantas.


Dari gerak geri dan gambaran di wajahnya membayangkan kesungguhan Nonong untuk bercerita. Saya gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Nonong. Datuk juga barangkali sependapat dengan saya.


“Kematian emak membuat saya seperti orang gila, berhari hari saya menangis. Emak tidak sakit apa-apa, mati cara mengejut. Lemah seluruh sendi badan bila menerima berita kematiannya, saya balik ke Medan dengan kapalterbang.”


“Kamu ikut menghantar jenazah emak kamu ke tanah kubur?”


“Iya, memanda atas permintaan ayah, emak di tanam betul-betul atas sempadan antara kawasan tanah kubur dengan tanah milik orang perseorangan.”


“Orang persaorangan itu tak marah?” datuk ajukan pertanyaan. Nonong termenung sebentar, macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.


“Ayah minta izin dari orang tu, ” jawap Nonong.


“Kenapa ayah kamu buat macam tu, kenapa tidak dikuburkan dalam kawasan tanah kubur.”


“Itu permintaan emak saya, memanda.”


“Pelik,” keluh datuk lemah.


Perkataan “pelik” yang diucapkan oleh datuk dapat didengar oleh Nonong. Tetapi, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Wajahnya nampak selamba sahaja. Seterusnya, Nonong pula meluahkan apa yang ada di dalam kalbunya pada saya dan datuk .


Kata Nonong kematian ibunya cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan.


“Kematian emak cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan kaum keluarga. Masing-masing tertanya-tanya puncanya dan setiap keluarga membuat andaian yang tersendiri, tidak terlepas dari anggapan yang emak jadi korban perbuatan orang yang sakit hati terhadapnya melalui ilmu hitam,” kata Nonong.


“Kamu pula berpendapat macam mana dalam hal ini, Nonong,” celah datuk sebaik sahaja Nonong berhenti bercerita. Nonong renung kearah dinding sambil mengosok-gosok hujung hidungnya dengan jari telunjuk.


“Saya memanda?” Nonong bertanya minta kepastian.


“Iya,” angguk datuk tenang.


“Saya tak ada apa-apa. Ajal emak sudah tiba,” jawap Nonong penuh yain.


“Apa kata adik beradik kamu yang lain.”


“Tidak pulak saya bertanya pada mereka tentang hal itu. Harun nampak macam biasa. Tapi Khatijah………” Nonong tidak meneruskan, air mukanya berubah.


TERBUKU


Perubahan wajah Nonong bagaikan memberi gambaran ada sesuatu yang terbuku dalam batinnya. Dan datuk mahu memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin. Datuk tahu, kalau dia terlalai atau terlambat, Nanong akan mengalihan persoalan yang dibincangkan kepada persoalan lain.


“Maksud kamu Khatijah, adik kamu yang di Tanjung Pura.”


“Iyalah memanda Khatijah mana lagi,” Nonong ketawa kecil.


Datuk senyum penuh yakin Nonong berada dalam keriangan. Agar suasana menjadi lebih rancak, datuk turut berjenaka. Saya dan Nonong ketawa kecil, tidak terasa berada dalam keadaan tertekan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah yang dikira agak serius juga.


“Apa yang Khatijah katakan kepada kamu Nonong?”


“Ha……….” Nonong seperti tersentak.


Mungkin dia tidak menduga datuk mahu menimbulkan tentang apa yang dikatakan oleh Khatijah kepadanya. Nonong seperti tidak tentu arah. Sekejap garu pangkal leher, sekejap garu cuping telinga.


“Apa katanya Nonong?”


Dalam keadaan yang agak tertekan, datuk terus bertanya dan mendesak. Terbukti, Nonong sudah terjerat dan dia tidak boleh berdalih lagi.


“Cakaplah Nonong,” kata datuk terus memujuk.


“Kata Khatijah yang kebetulan berada dekat emak pada malam kematian itu, ada sesuatu yang ganjil terjadi sebelum emak meninggal dunia,” cukup hati-hati Nonong mengatur kata-kata.


“Teruskan….” Desak datuk lagi, dia tidak mahu kisah itu terhenti begitu saja. Bila kerap berhenti, mungkin keghairahan Nonong untuk bercerita menjadi tawar.


“Malam itu, sebelum nyawa terpisah dari badan, matanya terbeliak merenung kemana saja. Emak mengoyak-ngoakkan baju dan kain yang dipakai, dia bertelanjang bulat lari ke setiap sudut ruang rumah….”


Nonong behenti bercerita, tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan dia menarik dan melepaskan nafas. Barangkali dia terfikir, menceritakan keburukan ibu pada saya dan datuk sama seperti menceritakan keburukan dirinya.


“Khatijah tidak beritahu kamu, ketika itu ayah kamu berada di mana Nonong?”


Nonong angkat kepala merenung wajah datuk yang menghamburkan pertanyaan. Saya resah sendirian, mengaru pangkal leher yang tidak gatal. Di luar cuaca masih macam tadi. Kicau burung di halaman bagaikan bercampur baur dengan deru kenderaan.


“Masa kejadian itu, ayah ke masjid. Suami Khatijah dan Harun segera mendapatkan ayah. Sebaik sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh suami Khatijah, Harun segera bertindak. Ayah menyelimutkan emak dengan kain gebar tiga warna yang diambil dari bawah katil.” Lagi sekali Nonong berhenti bercerita. Dia memicit-micit kepalanya.


“Kenapa Nonong?” Tanya saya.


“Aku pening Tamar, aku terasa macam ada orang memukul pangkal leher aku dengan dahan jambu batu kering bercabang tiga.”


“Bertenang Nonong.”


Datuk mengambil secawan kopi yang tersedia di situ. Sebelum diserahkan pada Nonong , saya melihat datuk menyapu punggung cawan tiga kali dengan telapak tangan kiri. Bermula dari pangkal telapak tangan membawa ke hujung jari. Mulutnya bergerak. Ada sesuatu yang datuk ‘tawarkan’ pada air kopi tersebut.


TEGUK


Seteguk air kopi dihirup, Nonong nampak aman. Tidak lagi memicit-micit kepalanya.


“Ada lagi yang mengganggu kamu Nonong?”


“Tak ada memanda.”


Nonong menyerahkan cawan kopi itu kembali kepada datuk. Sebaik sahaja tangkai cawan terkena ibu jari datuk, punggung cawan terus bocor. Tembikar berselerakkan di lantai, air kopi tumpah hilang meresap dalam papan lantai.


“Biarkan di situ, nanti aku sendiri yang bersihkan.”  Datuk memberi amaran.


Saya tidak jadi memegang badan cawan yang tidak pecah dan mengumpulkan tembikar punggung  cawan yang berserakan di lantai.


“Bila emak dibalut dengan selimut khas tiga warna, dia tidak menjerit tetapi nampak lemah. Ayah membawa emak masuk ke bilik khas, tempat dia selalu beramal. Emak tidak membantah malah dia membayangkan memang itulah yang dihajatinya.”


“Dikunci?” Datuk renung batang hidung Nonong.


“Iya,” angguk Nonong.


“Lepas tu, tak ada kejadian lain?” Tekan datuk.


“Menurut kata adik (Khatijah) setelah dikurung, emak memanggil-manggil nama saya serta nama orang lain yang dikenali oleh adik saya,” ungkap Nonong sambil merenung lesu ke arah datuk dan saya. Dari sinar matanya, dia memang mengharapkan sesuatu dari datuk.


Penceritaan selanjutnya makin lancar dan rancak. Tidak tersangkut-sangkut seperti tadi. Nonong semakin yakin dengan keikhlasan hati datuk. Dia semakin berani dan bersemangat.


Kematian emak sungguh pelik dan tidak wajar. Setelah dikurung semalaman, pagi-pagi esoknya, adik (Khatijah) membuka pintu bilik untuk melihat keadaan emak. Sebaik sahaja pintu dibuka, adik saya terkejut besar, emak terlentang kaku di lantai, sudah menjadi mayat. Tangannya terkedang macam mahu menjamah sesuatu.”


Nonong berhenti bercakap, sambil mengerut dahi. Dia cuba mengingati sesuatu. Bila diingat muncul dalam benaknya, Nonong tersenyum dan terus menyambung kisah yang tersangkut.


“Mata emak terbeliak macam takutkan sesuatu atau terpandangkan benda yang mengerikan. Uban yang hampir, memenuhi kepalanya bertaburan atas lantai. Adik saya yakin, uban itu dicabut sendiri oleh emak,” Nonong menelan air liur. Renungan matanya redup kearah halaman rumah yang berumput hijau.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box