SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK

LAGI sekali saya direndam rasa kecewa. Melihat pada situasi, tidak ada tanda-tanda datuk mahu menyambung ungkapan yang terputus.


Dia bagaikan tidak berselera mahu mencungkil kisah silam datuk dan nenek Nonong. Mungkin datuk terfikir begini : membuka kisah cela dan keburukan orang yang sudah mati, bukanlah kerja terpuji.


Kenapa dalam saat begini, perkara seperti itu harus muncul dalam benak datuk? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Nonong nampak resah semacam. Barangkali apa yang berlegar dalam kepala saya, itu jugalah yang bermain dalam otak Nonong.


Soalnya, siapakah di antara kami yang berani bersuara menyuruh datuk menyambung kembali cerita yang tergantung? Tentulah saya bukan orangnya. Nonong memang berhak kerana apa yang diperkatakan adalah masalah keluarganya yang berpaut erat dengan masalah dirinya.


“Memanda,” lembut sekali suara Nonong.


“Aku tahu, kamu mahu tahu ceritanya” ekor mata datuk menjeling ke arah Nonong. Saya telan air liur, diharap kelembutan suara Nonong akan menjentik keghairahan datuk menyambung cerita.


“Memang itulah yang saya harapkan.”


“Baiklah,” datuk memperkemaskan silanya.


“Adakah rahsia yang lebih sulit dari apa yang memanda sebutkan tadi?” Nonong mendesak.


“Ada, tapi... “ datuk menarik dan melepaskan nafas.


“Kenapa memanda?”


“Beri masa untuk aku berfikir, dan mengingati nama nenek dan datuk kamu yang sebenar. Mereka lebih terkenal dengan nama gelaran ‘Pawang Istana’ atau ‘Pawang Raja’ bagi datuk kamu. Nenek kamu pula disebut ‘Andam diraja’ atau ‘tukang andam istana’” tutur datuk dengan tenang.


“Saya ingat memanda,” Nonong separuh menjerit.


Datuk tersenyum sambil merenung ke arah saya.


“Siapa namanya?”


“Datuk saya namanya Alang Basitah,” penuh yakin Nonong menjawab.


“Nenek kamu pula?”


“Raja Anum Dang Sari”


“Bagus, kamu masih ingat akar umbi kamu, Nonong,” “Aduh, manisnya senyum gadis lanjut usia yang berat jodoh,” komen saya dalam hati bila melihat sepasang kelopak bibir Nonong mengukir senyum.


Setelah Nonong berhasil memujuk datuk, saya merasakan ada perubahan yang terjadi secara spontan dalam dirinya. Datuk bagaikan memperoleh kekuatan untuk meneruskan cerita, tidak merasa cemas atau diganggu sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


Kata datuk selanjutnya, Pawang Raja dan Andam Istana terus memberikan perhatian kepada anak gadis mereka jika ada majlis bertindik, berkhatan atau pernikahan. Nama ibu Nonong terus menjadi sebutan di mana-mana.


“Sebagai penari yang sedang naik, nama emak kamu jadi sebutan. Selalu diminta menarikan tarian tradisional di depan para pembesar negara dari dalam dan luar negeri, sama ada yang di undang oleh pihak istana ataupun yang mengadakan kunjungan hormat,” tutur datuk.


“Selain dari istana, ke mana pula dia pergi, memanda?”


“Menyeberang Selat Melaka”


“Ke mana?” Nonong minta kepastian.


"Di mana ada perayaan raja, ada masanya ke lstana Deli, Riau, Serdang atau Batu Bara. Bila pawang Raja meninggal dunia, kegiatan andam istana mula berkurangan."


"Kenapa macam tu, memanda?"


"Sebabnya,tugas pawang dan andam mesti sama seiring. Kematian suaminya menyebabkan andam istana mengambil keputusan untuk tinggal di luar kawasan istana. Datang ke istana bila diperlukan."


Sedikit demi sedikit, datuk membuka sejarah lalu pawang raja dan pawang andam istana. Nonong mendengar penuh khusyuk kerana kedua-dua insan yang disebutkan oleh datuk adalah asal usul keturunan Nonong. Walaupun begitu, Nonong tidak menampakkan rasa bangga atau megah dengan tugas datuk dan neneknya di dalam istana.


"Nenek kamu datang ke istana bila diperlukan. Kerana kebolehannya yang luar biasa sebagai tukang andam, kaya dengan pantang larang, kaya dengan petua,dada penuh dengan jampi serapah serta mantera nenek kamu dicari orang istana bila ada anak raja mahu bersanding atau bertindik. Dia di bawa ke istana di Langkat, Indrapura, Batu Bara di Sumatera."


"Saya minta maaf."


Biji mata datuk dan Nonong terpaku ke wajah saya. Mereka kehairanan, mengapa saya yang tidak ada sangkut paul dengan perkara yang diceritakan mesti masuk campur.


"Kenapa Tamar!" sergah datuk


"Saya musykil tuk."


"Apa yang kamu musykilkan?"


"Begini, setelah lndonesia mencapai kemerdekaan dan mengisytiharkan Negara Republik, semua sistem raja dihapuskan, Sultan tidak wujud lagi. Kenapa mesti ada sultan itu, Sultan ini di Sumatera?"


Nonong anggukkan kepala, setuju dengan pertanyaan yang saya ajukan. Datuk tersenyum senang. Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukan kaki kirinya sambil merenung ke dada langit, melawan awan putih yang berarak lembut. Datuk menggaru pangkal tumit kaki kirinya.


"Apa yang kamu katakan itu memang betul, Sultan yang ada selepas kemerdekaan, hanya pada nama saja. Mereka tidak mempunyai kuasa, sekadar menjadi ketua adat, budaya masyarakat. Mereka boleh meneruskan adat-adat istana di kawasan yang ditentukan, seperti mengadakan upacara berkhatan, bertindik, nikah kahwin dan sebagainya," serius benar datuk memberikan penjelasan, kelopak matanya tidak berkedip merenung muka saya.


Kerana sering berulang alik ke Tanah Deli, Raja Anum mengambil keputusan untuk menetap di Deli. Secara kebetulan pula dia masih punyai pertalian darah dengan keluarga kesultanan Deli.


Dia pun membeli sekeping tan ah tidak jauh dari kawasan istana.


Kerana usianya semakin tua, Kegiatan Raja Anum tidak serancak dulu.Tetapi, kalau ada yang memerlukan pertolongannya, Raja Anum tidak keberatan membantu. Tidak dinafikan, dalam usia senja dia masih dicari orang terutama orang-orang Melayu yang masih berkampung di sekitar Medan yang mahu mengekalkan adat tradisi nenek moyang. Raja Anum dicari bukan kerana tuanya tetapi kerana pengalamannya.


“Hebat juga nenek saya memanda."


“Begitulah kira-kiranya," balas datuk sambil ketawa kecil.


Saya juga tersenyum.


“Dalam waktu yang sama, emak kamu terus mengembangkan bakatnya dalam tarian. Kalau dulu nenek selalu dijemput ke Istana Deli tetapi awal dua puluhan sebelum dijemput oleh kaum kerabat di beberapa buah negeri di Malaysia," sungguh bersemangat datuk bercakap.


“Saya tahu memanda."


“Emak dipanggil untuk memperlihatkan tarian tradisional pada harijadi sultan, bertindik, berkhatan atau pesta perkahwinan."


“Betul, itulah kelebihan yang Allah berikan kepada ibu kamu. Nenek kamu berbangga dengan kebolehan yang dimiliki oleh anak perempuan tunggalnya, nenek kamu yang memang tidak suka duduk diam membuka kedai kain," datuk berhenti bercakap kerana tersedak.


KEMBALI


SEBELUM menyambung ceritanya kembali, datuk kerutkan kening sambil merapatkan sepasang kelopak mata. Barangkali, dia cuba mengingati di kawasan mana arwah nenek Nonong membuka kedai kain.


Sara lihat dua tiga kali datuk menggeleng-gelengkan kepala, barangkali, datuk tidak dapat mengingatinya. ltulah andaian saya bila melihat gerak-geri datuk di depan mata.


"Aku tak dapat menunjukkan kawasan kedai nenek kamu dulu Nonong. Apa yang aku tahu, nenek kamu juga membawa kain tenunan orang Batu Bara, Songket Palembang, batik Medan barang-barang kerja tangan ke Semenanjung. Kemudian barang-barang Semenanjung pula di bawa ke sini. Begitulah yang dibuat oleh nenek, setiap kali dia berpeluang berulang-alik dari Deli ke Semenanjung. Kadang-kadang emak kamu juga turut berbuat macam itu."


"Sambil menyelam, sambil minum air," saya mencelah.


"Kamu dengar saja, usah masuk campur," datuk melarang dan saya terdiam.


Khabarnya, kedai kain Raja Anum jadi tumpuan ramai terutama orang lelaki. Bukan kerana mahu membeli barang-barang yang dijual tetapi, mahu melihat wajah anak gadis disebut-sebut sebagai penari dan penyanyi tradisional golongan bangsawan Melayu sama ada di Tanah Semenanjung atau Tanah Sumatera.


Raja Anum pun, sedikit demi sedikit menurunkan segala ilmu dan petua menjaga badan dan kecantikan yang ada dalam dada kepada anaknya. Begitu juga dengan petua menjaga suara.


Raja Anum berpendapat kebolehan arwah suami dan dirinya harus diwarisi oleh anak gadisnya. Tradisi mendampingi golongan istana dan bangsawan harus dikuasai oleh keturunannya.


Dan perkara itu sering dibisikkan ke cuping telinga anaknya. Biar perkara itu menjadi simbol perjuangan yang mesti dilaksanakan. Demi tujuan tersebut, apa juga rintangan, apa juga cabaran harus ditempuhi, asalkan matlamat perjuangan menjadi sebuah kenyataan.


Hinggalah pada suatu hari. kedai kain milik Raja Anum dikunjungi oleh sepasang suami isteri. Mereka membeli beberapa pasang kain songket dan selendang. Setelah membayar semua barang yang dibeli, pasangan suami isteri mohon mahu mengadakan pertemuan khas dengan Raja Anum.


Pada mulanya, Raja Anum agak keberatan mahu memenuhi permintaan pasangan suami isteri tersebut. Dia bimbang kalau pertemuan itu mempunyai tujuan yang kurang baik. Setelah didesak berkali-kali dengan alasan yang meyakinkan oleh pasangan suami isteri tersebut, Raja Anum, akhirnya mengalah. Dia pun menetapkan pertemuan pada sebelah malam selepas waktu Isyak.


"Tidak boleh awal lagi," tanya si isteri yang berbadan langsing dan cantik dengan kain batik jawa, baju kebaya bandung.


“Kalau dapat awal lagi baik," celah si suami.


"Minta maaflah, kalau setuju itulah masa yang sesuai," Raja Anum memberi keputusan muktamad. Pasangan suami isteri itu tiada pilihan dan terpaksa akur.


Waktu yang ditetapkan oleh Raja Anum itu sesuai dengan petua orang tua-tua yang dipelajarinya. Kalau orang mengatakan hasrat mahu bertandang ke rumah pada hari Rabu, selepas waktu Zuhur, suruh orang itu datang selepas Isyak. Kalau pada hari yang sama, orang mengatakan mahu berkunjung ke rumah pada sebelah pagi, suruh datang ke rumah selepas Asar.


Kalau tidak disesuaikan dengan keadaan dan masa yang ditetapkan oleh petua, tuan rumah akan menerima kecelakaan. Lagi pun bila diberi masa yang panjang, tuan rumah boleh membuat persediaan.


Kalau orang yang datang mempunyai niat buruk boleh menyebabkan orang yang berniat jahat membatalkan niatnya keran bosan menantikan masa yang ditetap oleh orang yang mahu menunggu.


lni sekadar petua, entah betul entahkan tidak. Tetapi, Raja Anum tetap percaya. Baginya, setiap yang berlaku dan bakal dilakukan harus bersandar pada petua dan pantang larang nenek moyang.


Sebagai tukang andam istana, pantang larang dan petua tidak boleh ditolak begitu saja harus dipelihara serta dipraktikkan, kalau tidak ilmu yang dimiliki menjadi tawar.


"Anak daranya mana?"


Tanya wanita yang wajahnya mirip wanita timur tengah, sebaik sahaja meletakkan punggungnya ke bangku rotan di ruang tamu rumah Raja Anum.


Di bilik berlangsir, merawat muka, menjaga badan. Awak berdua ni siapa sebenarnya? Emak di depan mata tidak ditanya. Anak dara orang yang disoal," dalam manis Raja Anum menyindir tetamu.


"Begini, saya berdua ni tuan punya bangsawan Indera Pura," lelaki tinggi lampai berkulit putih merenung ke arah isterinya yang bernama Sharifah Marnis.


"Anak awak berbakat dan kami berminat untuk menjadikan dia seri panggung terkenal. Suami saya,Syed Ali AI-Idrus memang sudah lama mencari seri panggung. Seri panggung kami yang lama sudah berpindah ke bangsawan Iain," kata Sharifah Marnis sambil merenung ke arah Syed Ali AI-Idrus yang secara spontan menganggukkan kepala.


"Di mana awak berdua tahu tentang kebolehan anak saya?"


"Sudah lama, bermula dari majlis bertindik kerabat Raja Selangor terus ke Johor, Perak dan Pahang. Sudah lebih dari setahun kami mengikutinya," jelas Syed Ali AI-Idrus dengan senyum berbunga.


GANTUNG


RAJA Anum termenung sejenak, dalam keadaan sekarang bergantung dengan kerjaya sebagai penari istana, bukanlah masa dan ketika yang baik. Tidak boleh menjamin masa depan yang baik. Lebih-lebih lagi dengan berakhirnya kuasa pemerintah bersultan di Sumatera.


Menyandarkan harapan pada raja-raja di Tanah Semenanjung, bagaikan menahan jerat di tanah lapang, kalau nasib baik mengena, kalau tidak hampa selalu.


Lagi pun sejak akhir-akhir ini setiap negeri di Semenanjung sudah mempunyai badan kebudayaan sendiri. Jika ada perayaan atau temasya di istana kumpulan budaya tersebut di undang untuk mempersembahkan sebarang bentuk kebudayaan pada para tetamu.


Kbanyakan ahli-ahli-kumpulan itu adalah bekas anak muridnya. Setelah diperhitungkan buruk baik, untung rugi yang mendalam, pada dasarnya tawaran itu tidak wajar ditolak.


Meskipun begitu ada beberapa bal yang harus diambil berat. Memang, sekali lalu perkara yang harus dititik beratkan itu nampak agak remeh. Tetapi, kalau terus diketepikan akan membawa padah yang kurang baik pada anaknya, juga kaum keluarganya.


"Kenapa menung panjang? Cakap saja boleh," Sharifah Mamis menguntum senyum. Raja Anum tersentak dari lamunan. Semuanya yang bergerak dan bergolak dalam tempurung kepala lenyap dengan serta merta.


"Boleh "

.

"Alhamdulillah, Syukur," Syed Ali AI-Idrus segera bangun.


"Dengan syarat?."


"Haaaaa ada syarat, apa syaratnya?" Perlahan-lahan Syed Ali AI-Idrus duduk di kerusi rotan. Wajahnya nampak kurang ceria. Pasangan suami itu saling berpandangan dengan seribu kenyataan muncul di dada.


"Jamin keselamatan anak saya, jangan dipersia-siakan kebolehannya, jangan jadikan dia batu loncatan untuk kekayaan awak berdua."


"Kami tak berniat begitu, kami mahu jadikan dia anak angkat kami, cara kebetulan kami memang tidak ada anak," Sharifah Mamis luahkan apa yang dirancang di dalam hati.


"Terima kasih, ada syarat Iain lagi.”


"Apa dia Raja Anum," tanya Syed Ali AI-Idrus tanpa sabar.


"Bila bermain di Semenanjung, hubungi pihak istana beritahu mereka anak saya ikut rombongan awak, bila pihak istana minta khidmatnya, awak mesti melepaskannya. Saya berikan nama-nama orang istana yang mesti awak berdua hubungan. Tidak semua orang Semenanjung mesti awak hubungi hanya beberapa negeri tertentu saja. Kalau awak berdua setuju dengan syarat itu, baru boleh saya tunaikan permintaan awak berdua."


"Setuju," jawab pasangan suami isteri itu serentak.


Seminggu kemudian anak gadis Raja Anum menjadi keluarga Bangsawan Indera Pura. Pada peringkat awal disuruh menjadi penari kemudian, sebagai penyanyi di samping menjadi pelakon pembantu, dan akhirnya menjadi seri panggung dengan panggilan "Rani Cantik", kependekan dari nama sebenarnya Dang Intan Mahani.


UNTUNG


TERNYATA kehadiran 'Rani Cantik' membawa keuntungan yang besar kepada pemilik 'Bangsawan Indera pura' di mana saja rombongan itu mengadakan pertunjukan, sama ada di Sumatera, Kepulauan Borneo Jawa, dan Tanah Melayu tetap mendapat sambutan yang sungguh bebat.


Nama Seri panggung 'Rani Cantik' yang kemudiannya bertukar menjadi Ani Cantik jadi sebutan di mana-mana. Jadi buah mulut orang muda. Ramai anak muda yang tidak dapat tidur lena, mengigau malam mimpi siang mengingatkan ‘Ani Cantik’.


Sebagai Seri panggung, susah tentu Ani Cantik tidak bergantung semata-mata pada bentuk tubuh, kecantikan wajah dan kemerduan suara. Atas nasihat ibunya (Raja Anum), Ani Cantik berusaha sendiri mencari ilmu yang boleh menguntungkan dirinya.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box