SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI

Apa yang terjadi di depan mata sungguh menakutkan dan saya tidak pernah terfikir yang Nurul Hayat begitu tangkas bersilat, bertindak pantas. Melompat bagaikan kuda, menepis serangan bagaikan harimau.


Tidak diduga gadis yang lemah-lembut dan bersopan santun, boleh bertukar watak dengan serta merta menjadi bengis dan garang bila berdepan dengan musuh. Saya kira datuk juga mengkagumi kehebatan Nurul Hayat yang terpamer di depan matanya.


Tanpa memberitahu dan meminta bantuan dari saya dan datuk, Fuad Hassan dengan dibantu oleh Nurul Hayat segera mengangkat sekujur tubuh lelaki yang kaku itu, lalu di buang ke laut. Datuk dan saya cuma melihat saja.


Menyedari dua orang kawannya sudah menjadi korban, si perompak atau si lanun sungai yang berada dalam bot kecil segera melompat ke atas bot yang kami naiki.


Belum sempat si perompak atau lanun sungai itu mengamuk dengan kapak besarnya, Nuruj Hayat menarik tali bot yaang terlonggok di bucu bot. Hujung tali bot dibuatnya bulatan dengan simpul ‘hidup’ (maksudnya simpul yang boleh digerakkan) dan tali itu dilempar ke arah kepala perompak. Lingkaran (bulatan) tali terus masuk ke batang leher perompak.


Kemudian tali yang sudah melingkari batang leher lanun sungai itu segera disentap dengan sekuat hati oleh Nurul Hayat. Leher perompak itu segera terjerut, tubuh perompak segera jatuh ke lantai, mengelitik macam ikan keli kena katuk. Beberapa minit kemudian sekujur tubuh menjadi kaku.


Fuad Hassan dan Nurul Hayat segera mengangkat batang tubuh perompak itu dan terus dicampak ke sungai. Kapak milik lanun yang tersadai atas bot segera di ambil oleh Fuad Hassan. Dengan kapak itu di tangan Fuad Hassan segera melompat ke atas bot milik lanun.


Tanpa membuang masa Fuad Hassan segera menebuk lubang di bahagian tengah perut bot lanun dengan kapak. Alam beberpa detik saja air memnuak menguasai ruang bot. Bila Fuad Hassan yakin bot perompak akan berkubur di dasar sungai Batanghari, barulah dia melompat ke atas bot miliknya.


Bila dilihatnya ayahnya sudah selamat, Nurul Hayat pun segera bertindak memutuskan tali bot dan pencakuk besi (milik lanun sungai) yang terlekat pada bendul bot (milik Fuad Hassan) segera diputuskan dengan kapak.


Nurul Hayat bergegas turun ke bahagian perut bot untuk menghidupkan enjin bot. Dan bot yang saya naiki segera bergerak perlahan-lahan, akhirnya bergerak laju, mencipta gelombang di permukaan Sungai Batanghari. 


Bila datuk merasakan suasana sudah aman, perasaan Fuad Hassan sudah tenteram, barulah datuk mendekatinya.


“Kenapa bertindak macam tu Fuad? Mengapa mesti bunuh dan mayatnya dibuang di sungai dan sampan mereka dibakar. Kenapa tak serahkan mereka di Balai Polis. Biar polis yang menghukum mereka bukannya kita,” kata datuk dengan tenang sambil nerenung awan di dada langit yang bergerak perlahan-lahan.


“Memang inilah cara yang terbaik.”


“Maksud kamu Fuad?” Datuk jegilkan mata ke arah muka Fuad Hassan yang kelihatan amat letih sekali.


“Kalau diserahkan kepada polis dan dibicarakan, paling tinggi dia orang kena penjara dua tiga tahun, bila mereka dibebaskan dari penjara, mereka cari kita dan bunuh kita, sebelum kita dibunuh lebih baik kita bunuh dia orang. Inilah undang-undang di Sungai Batanghari, kalau tak cukup gagah dan dada kurang ilmu dan tak sanggup mati, jangan jadi tuan bot di sini,” Fuad Hassan memberikan penjelasan. Datuk Cuma anggukkan kepala, tidak memberi sebarang komentar.


Bot terus membelah Sungai Batanghari menuju ke Kota Jambi. Pepohon di kiri kanan tebing sungai kelihatan menghijau dan bergerak lemah ditolak bayu. Kicau burung bagaikan mengalu-alukan kedatangan kami. Sesekali saya lihat monyet  berlompatan di hujung dahan begitu juga dengan tupai. Semuanya menyenangkan hati tetapi, untuk melupakan peristiwa yang terjadi di depan mata memang sukar saya lakukan.


“Negeri Jambi ni, banyak terdapat peninggalan sejarah tetapi peliknya Sungai Batanghari banyak perompak,” Fuad hassan seperti merungut,  matanya tidak berkedip melihat gelombang dan alun sungai yang bergerak ke tepian.


“Fuad,” kata datuk, “siapa yang jadi penyangak sungai ni, Fuad?”


“Susah nak cakap,” Fuad Hassan menarik nafas dalam-dalam. “mereka tu dulu jadi askar Belanda dan di anggap oleh rakyat jadi anjing kolonial, bila negara merdeka, orang ramai tidak dapat menerima mereka sebagai rakyat. Ada yang lari ke Belanda mana yang tak sempat lari jadi lanun sungai. Hal semacam tu bukan saja terjadi di sini tetapi terjadi juga di Sungai Musi dan beberapa sungai lain,” lanjut Fuad Hassan dengan wajah yang serius.


Saya kira datuk puas hati dengan penjelasan yang dihamburkan oleh Fuad Hassan. Buktinya datuk tidak mengemukakan sebarang pertanyaan lagi kepada ayah Nurul Hayat. Walaupun demikian Fuad Hassan masih ghairah mahu menceritakan tentang Sungai Batanghari yang sedang dilalui oleh bot miliknya.



BUKIT BARISAN


 Kata Fuad Hassan, Sungai Batanghari bermulu atau ulunya dari Bukit Barisan dan berakhir (hilirnya) di Selat Melaka. Panjangnya lebih dari 637 kilometer. Di zaman gemilangnya dulu Sungai Batanghari jadi laluan kapal dan perahu dagang dari seluruah benua. Dan cara kebetulan pula daerah Jambi jadi tumpuan pedagang Islam dari negeri-negeri Arab, sambil berdagang mereka berdakwah.


Hasil perkahwinan penduduk setempat denganpara pekerja kapal dagang (ARAB) melahirkan manusia Jambi dengan wajah insan timur tengah dan patuh dengan ajaran Islam. Kerana itu kebanyakan pemuda Jambi berbadan tegap, hidung mancung, berkulit putih dan tinggi manakala yang perempuan dikatakan cukup jelita dengan raut wajah bujur sirih.


Fuad Hassan juga menerangkan bahawa di Muara Jambi terdapat peninggalan sejarah berupa batu-batu granit, arca dan candi di kawasan seluas 10 kilometer. Di tempat tersebut khabarnya menjadi pusat Kerajaan Melayu dan Sriwijaya.


“Jambi zaman dulu cukup hebat.” Tiba-tiba datuk bersuara. Ada kepuasan terpancar di wajahnya.


“Iya, memang hebat.” Sahut Fuad Hassan seiring dengan senyum bangga secara tidak langsung menyelinapkan rasa megah dalam diri saya kerana datuk berasal dari tanah Jambi.


Bot yang dikendalikan oleh Nurul Hayat terus bergerak dengan lancar membelah dada Sungai Batanghari yang airnya mengalir lembut. Fuad Hassan nampak aman dan tenang, dia segar tidak ada halangan dan rintangan yang bakal ditemuinya. Saya buat tidak kisah dengan datuk dan Fuad Hassan, seluruh perhatian saya tumpukan ke arah bebuih dan dedaun yang diarak air ke hilir.


Mungkin datuk dan Fuad Hassan merasa bosan berada di lantai bot atau mungkin mereka kehabisan bahan untuk dibincangkan, mungkin mereka jemu melihat pepohon di kiri kanan sungai dan mungkin juga mereka muak melihat air sungai yang mengalir. Itulah andaian yang berbunga di hati, bila saya melihat datuk dan Fuad Hassan beredar ke bahagian (perut) bot.


Saya merasa aman, bila bersendirian di atas pelantar bot. Gerak-geri saya bebas terlepas dari pengawasan biji mata datuk. Saya boleh melakukan apa saja yang saya inginkan. Sambil melihat air sungai yang mengalir, saya segera berkhayal mengikut kemampuan daya fikir saya.


Segera saya bayangkan dalam kotak fikiran, secara tiba-tiba muncul buaya di permukaan sungai. Buaya ganas yang sebesar batang kelapa itu mengangakan mulutnya. Dengan ekornya yang panjang sang buaya membedal bot yang kami naik hinga pecah. Papan bot terkapar atas permukaan sungai dankami terhumban ke air.


Di saat kami berenang ketepian untuk menyelamatkan diri, saya terdengar jeritan Fuad Hassan. Bila saya toleh ke kanan terlihat kocakkan dan gelombang air yang kuat, rupa-rupanya Fuad Hassan sedang bertarung dengan buaya yang sedang membaham pangkal peha kanannya.


Kemenangan meyebelahi buaya ganas, Fuad Hassan dijulang oleh buaya melepasi permukaan sungai dan beberapa saat kemudian Fuad Hassan yang agak di daratan ghaib dari penglibatan saya.


Saya terus berenang seperti apa yang dilakukan oleh Nurul Hayat dan datuk. Tiba-tiba saya dapati beberapa ekor buaya bermunculan di permukaan sungai. Salah seekor dari buaya itu menyentap Nurul Hayat ke dasar sungai. Datuk juga jadi mangsa buaya. Pangkal bahu sebelah kanannya segera masuk ke rahang buaya. Memang dasar datuk yang tidak mudah mengalah, dia terus bergelut dengan buaya. Dengan kekuatan dua belah tangan, dia cuba membuka mulut buaya. Usaha datuk gagal dan dia pun ditarik ke dasar sungai.  


Saya tidak mahu ambil kisah dengan apa yang terjadi di sekitar saya. Dengan kemampuan yang ada, saya terus berenang ketepian. Sang buaya terus mengejar saya , makin kuat saya berenang makin cepat terasa letih menguasai diri. Saya jadi lemah dan tidak mampu untuk menyelamatkan diri, ketika itu saya rasakan dari hujung kaki ke pinggang sudah berada dalam mulut buaya.



MENJERIT


Kerana tidak tahu apa yang saya harus lakukan, saya terus menjerit dengan sekuat hati. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Sayup-sayup saya terdengar bunyi kocakan air sungai bertukar menjadi tapak kaki manusia berlari atas lantai papan. Saya bertambah lemah dan akhirnya saya tidak tahu apa yang berlaku..


“Tamar!” Saya terdengar suara datuk dan serentak dengan itu muka saya dipercik dengan air dari hujung sirih sebanyak tiga kali berturut-turut. Saya buka mata dan saya dapati diri saya berada didalam perut bot. Dahi saya ditampal dengan cebisan daun sirih, kedua pergelangan tangan diikat dengan kain merah. Fuad Hassan terus mengipas badan saya dengan kipas daun salak berlapis lima.


“Kenapa dengan saya?”


Fuad Hassan tersenyum. Pertanyaan saya tidak dijawapnya. Wajah datuk segera saya tatap.


“Kenapa dengan saya tu?”


“Hum…..” datuk tidak meneruskan ungkapan selanjutnya.


Dia mengigit bibir dan membuang daun sirih yang berada di tangan kirinya ke dalam sungai.


Buat beberapa saat daun sirih itu terapung-apung di permukaan air, terbuai ke kiri dan ke kanan mengikut alunan gelombang air yang dihasilkan dari gerak bot yang kami naiki. Akhirnya daun sirih itu terus diarak air menuju ke muara.


“Kenapa dengan saya tuk?” Tanpa rasa putus asa saya terus bertanya. Datuk masih membisu, dia meyeluk saku bajunya dan mengeluarkan gelang yang dibuat dari besi (dikalangan keluarga saya gelang jenis ini popular dengan  sebutan gelang Mekah). Tanpa berkata apa-apa datuk terus menyarungkan gelang tersebut ke tangan kiri saya. Semuanya ini membuat saya jadi bingung dan tidak tentu arah.


“Kenapa dengan saya tuk?” Ulang saya lagi.


“Kamu terlalu lama berjemur tengah panas menyebabkan kamu jatuh pengsan,” Fuad Hassan memberikan penjelasan. Datuk terus juga membisu. Kedua belah sendi pergelangan tangan saya terus diurut berkal-kali. Begitu juga dengan batang leher saya. Digosok hingga sampai ke pangkal daun telinga.


“Saya pengsan tuk? “


“Hum…,” datuk terus mendengus. Dia berhenti menjamah kedua belah pergelangan tangan saya. Dia juga berhenti menggosok batang leher saya.


Selagi tidak mendapat jawapan dari datuk, saya tetap resah. Bagi saya kata datuk adalah penamat.


“Kenapa saya pengsan tuk?”


“Kamu biadap,” jawapan datuk membuat saya tersentak. Saya segera bangun dan duduk di bahagian kepala bot, melihat air sungai yang mengalir. Saya rasakan bot yang dikendalikan oleh Nurul Hayat makin laju bergerak menuju ke kota Jambi. Kata-kata yang datuk luahkan tetap menjadi persoalan besar dalam diri saya. Kenapa begitu senang datuk menuduh saya biadab.


Bot terus meluncur laju, meninggalkan kawasan tebing yang dikuasai oleh hutan belukar.  Saya yakin, Nurul Hayat tidak menyedari apa yang berlaku di bahagian atas bot.


“Biadap macam mana tuk?”


“Kamu gatal tangan Tamar.”


“Gatal tangan? Saya tak faham dengan maksud tuk,” kata saya dengan resah. Fuad Hassan mengikuti perbualan saya dengan datuk secara serius. Lagi sekali saya menarik nafas dalam-dalam, masih belum terdaya menjangkau maksud dari ungkapan yang datuk luahkan.


“Tadi, semasa aku dan Fuad turun ke bawah sebelum kamu jatuh pengsan, ada benda hanyut lalu dekat bot, kamu usik benda tu. Kamu ludah dan baling dengan kayu,” datuk renung biji mata saya dalam-dalam. Keresahan mula menguasai diri saya. Memang tepat apa yang datuk katakan itu. Saya tidak dapat berdalih atau mengelak. Saya segera anggukkan kepala.


“Kamu nakal, suka cari penyakit,” sambung datuk lagi sambil menggosok batang hidungnya beberapa kali. Saya tunduk kaku sambil menarik nafas perlahan-lahan. Bagaimana datuk dapat mengesan semuanya ini?


Sesungguhnya, saya tidak menduga perkara sekecil itu boleh menimbulkan risiko yang berat untuk diri saya. Perkara itu saya lakukan sekadar untuk suka-suka, tidak lebih dari itu. Disaat saya memikirkan hal tersebut secara sepontan muncul dalam kepala benda terapung yang diarak air sungai di tepi bot. Besarnya sama dengan talam tembaga dan menyerupai bentuk bunga teratai yangterapung dikolam. Tetapi warnanya berbeza dengan warna teratai yang sering kita lihat.


Saya lihat warnanya kehitam-hitaman, di bahagian tengahnya terdapat selonggok bebuih, macam buih sabun. Anehnya buih itu boleh mengembang dan mengecut serta mengeluarkan warna biru kilau-kilauan, akibat dipanah matahari.


Di bahagian kelopak bunga terdapat tulang-temulang (saya kira tulang lembu atau kerbau) yang disusun rapi, tiga selari. Dilihat dari atas bot memang cantik dan menarik, menimbulkan keinginan dalam hati saya untuk mengusiknya.



TERDAMPAR


Cara kebetulan di hujung kaki terdampar sepotong kayu yang panjangnya kira-kira empat inci dan  tebalnya sekitar empat inci. Kayu sepotong itu digunakan oleh Fuad Hassan untuk menahan sesuatu di atas bot. Tidak dinafikan, sejak saya berada di atas bot, kayu seketul memang menjadi perhatian saya. Boleh digunakan untuk mempertahankan diri jika diganggu oleh lanun sungai.


Tanpa mahu berfikir panjang, kayu itu segera saya ambil. Cepat-cepat saya jenguk permukaan sungai. Benda yang berbentuk macam bunga teratai masih terapung-apung, berlegar legar dekat badan bot. Kayu ditangan segera saya lepaskan, tepat mengenai sasarannya.


Benda yang menyerupai bunga teratai terus tenggelam dan timbul kembali dalam keadaan terbalik. Bila sudah terbalik segala-galanya menjadi jelas.  Benda itu sengaja dibentuk demikian rupa dibuat dari anyaman buluh.


Supaya benda itu berada dalam keadaan terapung bila dihanyutkan dipermukaan sungai, maka bahagian bawahnya ditaruh batang buluh kering. Saya merasa puas bila benda itu sudah terbalik, semua yang berada diatasnya sudah berkubur di dasar sungai. Tangkai atau tempat meletakkan benda yang berbentuk bunga teratai terus hanyut ke hilir. Saya tersenyum puas.


Tiba-tiba saya seperti mengalami kejutan elektrik, seluruh sendi bagaikan dicucuk dengan jarum. Saya seperti berada di alam yang fana, semuanya terasa sepi. Otak dan fikiran terasa kosong. Diri bagaikan tidak ujud didunia. Saya tidak tahu dimana saya berada danperkara itu hanya berlaku untuk beberapa saat.


Bila keadaan saya pulih seperti sediakala, fikiran saya mula dibayangi dengan hal-hal aneh yang tidak tentu hujung pangkalnya hingga saya mengkhayalkan kemunculan buaya di dada sungai yang berjaya mengkaramkan bot yang dinaiki.


“Sekarang kamu dah dapat menangkap apa yang aku maksudkan? Sebabnya juga dah kamu tahu.”


Fuad Hassan tidak bersuara tetapi, matanya sering menatap wajah saya dan datuk. Dia nampak seperti berada dalam keadaan serba salah dan dia tidak tahu apa yang kami (datuk dan saya)  bincangkan. Minatnya untuk mengetahui tetap ada, ini berdasar gerak geri dipamerkannya.


“Sepatutnya kamu bertanya dan berfikir sebelum membuat sesuatu. Setiap benda yang hanyut dan pelik keadaannya, ada pemiliknya. Kamu usik harta orang dengan minta izin, tentulah tuan punyanya marah’” sambung datuk dengan ekor mata menjeling ke arah Fuad Hassan.


Bot terus meluncur, kini sudah pun masuk perkampungan. Dan saya sekali-sekala dapat menikmati bunyi kokok ayam jantan. Suasana tanah Jambi tidak banyak beza dengan keadaan kampung halaman saya.


“Kamu tahu Tamar….,” datuk berhenti cakap  


“Tahu apa tuk?”


“Benda yang kamu usik tadi ?”


Saya segera gelengkan kepala.


“Jangan kamu tak tahu, benda yang kamu terbalikan tadi ialah ancak jamuan atau pun sesajian untuk jembalang sungai, kamu rosakkan hidangan orang, marahlah orang. Nasib baik aku cepat sedar, kalau lambat dipulihkan, kamu akan bergolek-golek atas bot macam ikan atas darat, biji mata kamu terbeliak merah sebelum kamu terjun ke dalam sungai,” cerita datuk lagi yang membuat saya merasa cemas dan seram.


Setelah mendengar kata-kata dari datuk barulah Fuad Hassan  mengerti dan faham dengan perkara yang (saya dan datuk) bincangkan.     


“Kamu suka dengan nahas,” kat Fuad Hassan. “Tulang dan bunga untuk jin sungai atau jembalang sungai, tak ada siapa yang berani usik makanan makhluk ghaib, kalau terlanggar buruk padahnya. Seorang kawan aku cara tiba-tiba terjun ke sungai dan terus ghaib bila dia sengaja melanggar ANCAK yang dihanyutkan,” Fuad Hassan gelengkan kepala sambil menatap wajah saya serius sekali.


Tanpa diminta, Fuad Hassan pun menceritakan yang lanun sungai amat takut bila terserempak dengan ANCAK yang dihanyutkan. Bila terserempak, mereka tidak akan melakukan rompakan atau memanggil pawang bagi menghalau penunggu sungai supaya jangan mengacau mereka. Jika ancak itu melalui kawasan kanak-kanak mandi, salah seorang dari kanak-kanak (terutama yang lemah semangat) pasti kena rasuk (histeria) atau mengalami sakit yang sukar diubati, kalau pun berjaya diubati si kanak-kanak itu akan mengalami gangguan jiwa (gila).


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box