SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK

Kononnya ada nelayan  sungai yang memancing waktu malam terserempak dengan jembalang sungai menjilat dalam tulang-tulang dan memakan bunga yang terdapat dalam ancak di kawasan lubuk. Mereka melihat jembalang itu timbul di permukaan sungai dengan badan sebesar kerbau, mempunyai belalai  macam gajah , kepalanya macam kepala sotong dan bermata satu yang memancarkan cahaya macam bara api menerangi keseluruhan bahagian lubuk. Sebahagian dari kulitnya mengerutu dan sebahagian lagi bersisik tenggiling.


Dari hujung belalai terkeluar lidah yang cukup panjang berwarna kehijau-hijauan. Dari bawah lidahnya menitik air liur yang menyerupai buih sabun. Lidah yang panjang itu terus menjilat-jilat tulang hinga nipis.


Masa jembalang sungai itu menjilat tulang, udang dan ikan berlompatan bagaikan bermain-main di sisinya yang jumlahnya cukup banyak. Semua ikan, udang dan ketam besar-besar belaka.  Buaya pun menimbulkan badan seolah-olah menjaga keselamatan diri jembalang sungai. Air sungai segera berombak dan melimpah ke atas tebing.


Bila semua tulang dijilat, bunga dimakan, jembalang sungai terus mengibas-ngibas belalainya ke tepi sungai. Pokok dan tumbuhan yang kena libasan belalainya tunduk ke bumi. Sebelum menghilang diri dalam perut sungai si jembalang berpusing-pusing di lubuk menghempas-hempaskan badan di permukaan sungai hingga melahirkan gelombang yang besar mengkarakan kiri kanan tebing sungai.


“Begitulah ceritanya, entahkan benar, entahkan tidak. Saya sendiri pun tak tahu. Saya juga tidak berhajat untuk menyiasatnya. Buat apa cari penyakit,” kata Fuad Hassan denga nada suara yang melucukan. Datuk dan saya tersenyum panjang.


“Sekarang, semuanya sudah terang. Kamu sendiri dah dengar cerita dari Pak Cik Fuad. Lain kali, kalau tengok benda-benda ganjil, janganlah gatal tangan pergi mengusiknya,” ungkapan itu datuk tujukan kepada saya.


“Betul apa yang datuk kamu cakapkan tu, Tamar,” Fuad Hassan mencelah. Saya terdiam menelan air liur.



LANCAR


Bot terus membelah arus Sungai Batanghari tetapi, tidak selancar tadi. Barangkali, demi keselamatan perahu-perahu kecil milik orang kampung yang berada di dada sungai menyebabkan Nurul Hayat memperlahankan laju bot yang dikendalikannya.


Sampan yang dinaiki oleh pemancing nampak terumbang-ambing di sungai, dilambung oleh alun hasil dari gerakan bot yang kami naiki. Saya makin terhibur melihat pokok kelapa dan pepohon bacang yang sedang berbunga di sepanjang perkampungan di kiri kanan tebing.


“Pelik,” kata saya.


“Apa yang peliknya, Tamar?” Sahut Fuad Hassan yang mendengar keluhan saya.


“Siapalah yang buat kerja syirik, jamu hantu jembalang, hanyut ancak di sungai,” saya hadapkan pertanyaan itu kepada Fuad Hassan. Saya kira, dia wajar menjawapnya kerana dia tahu selok-belok, perangai dan budi bicara, adat dan pantang larang orang-orang yang mendiami perkampungan di sepanjang Sungai Batanghari.


Fuad Hassan ketawa kecil, dia menepuk bahu saya beberapa kali. Datuk hanya melihat saja gerak geri saya dan Fuad Hassan. Dengan tenang Fuad Hassan menarik dan melepaskan nafas. Dia merenung kearah tebing sebelah kiri. Saya masih menanti jawapan darinya.


“Hanyut ancak atau sesajian di sungai, sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk di sini,  lebih-lebih lagi kalau terjadi kemalangan di sungai, mati lemas, sampan karam, ditangkap buaya atau kampung dilanda banjir. Penduduk yang terbabit terus mengadakan jamuan atau sesajian,” begitu tenang Fuad Hassan memberi penjelasan. Di bawah hembusan angin sungai, saya anggukkan kepala. Datuk tidak memberikan sebarang komentar.


“Sepatutnya, perkara semacam tu tak patut terjadi. Bertentangan dengan agama,” secara spontan terpancut ungkapan itu dari kedua belah bibir saya. Fuad Hassan tersenyum, saya tak tahu sama ada semua itu  tanda gembira atau senyum mengejek.


“Benar cakap kamu, memang tidak patut perkara macam itu dilakukan. Semua orang tahu. Cara itu salah tetapi, ada juga yang membuatnya. Ini menunjukkan yang mereka kurang mendalam pada ajaran agama Islam, mereka lebih percaya pada kuasa ghaib, hantu syaitan dan ancak,” saya kira Fuad Hassan melahirkan pendapat  yang cukup jujur dan ikhlas.


“Kita harap lama-kelamaan perkara begini akan hilang. Diharapkan apa yang kita tengok dan lihat ini, adalah sisa sisanya yang akhirnya terus lenyap. Kita yang tahu harus membetulkan langkah mereka yang silap,” sahut datuk. Fuad Hassan mengangguk , setuju dengan pendapat yang datuk hamburkan.


“Tak apalah, kita cuba menghapuskan kerja-kerja syaitan ni, kita datangkan tokoh tokoh agama yang handal, luas pengetahuannya tentang kemajuan zaman moden, boleh bercakap dalam dua tiga bahasa, orang-orang yang suka membuat kerja-kerja begini biasanya orang yang pandai bercakap, jumlahnya tak sebanyak mana  tetapi boleh mempengaruhi penduduk kampung di pendalaman,” Fuad Hassan begitu ghairah apa yang tersirat dalam dirinya.


Datuk tidak memberi komen sama ada menyokong atau membantah cadangan dari Fuad Hassan. Datuk hanya tersenyum yang menyembunyikan seribu rahsia.


Secara mengejut saja Fuad Hassan meninggalkan saya dan datuk di atas bot. Dia menyelinap ke bahagian bawah. Lima minit kemudian dia muncul kembali di sisi kami.


“Kemana tadi?” Tanya datuk.


“Beritahu anak saya supaya memperlahankan lagi laju bot dan cuba rapat ke tebing. Kota menyusur tebing hingga sampai ke tempat yang kita hajat.”


“Begitu, jauhkan lagi,” tanya saya.


“Tak jauh lagi, kau duduk diam-diam, jangan nakal-nakal,” Fuad Hassan merenung ke arah saya dengan kerlingan yang agak luar biasa.


Tiba-tiba  saja saya merasakan gerak-geri yang diperlihatkan oleh Fuad Hassan kurang menyenangkan. Terasa diri seperti disindir dan dipermainkan. Bagi mengelakkan rasa marah berpanjangan dalam hati, saya mengambil keptusan mahu menjauhkan diri dari datuk dan Fuad Hassan.


Belum pun sempat rancangan itu dilaksanakan, Fuad Hassan dengan nada suara yang agak tinggi memberitahu datuk yang dia mahu turun ke bahagian enjin bot.


“Kenapa?” Soal datuk.


“Dah lama sangat aku membiarkan si Nurul Hayat bawa bot, dia dah letih tu.”


“Kenapa dah dekat nak sampai, baru kamu sedar anak kamu letih. Kenapa tak bergilir-gilir membawanya sejak tadi, bukannya bila dah nak sampai baru bertindak.”


“Aku terlupa, dia pulak tak merungut. Kau tengok haluan bot dah tak tentu arah, dia dah penat, boleh jadi dia dah mengantuk.”


“Kalau begitu cepat bantu dia,” kata datuk.


“Fuad Hassan bergegas ke bahagian bawah. Datuk pun mengekorinya dari belakang.



RIANG


Apa yang terjadi membuat saya merasa riang. Pada hemat saya, bersendirian lebih aman dan menyenangkan. Tanpa mahu membuang masa saya pun mengatur langkah untuk menuju ke bahagian ekor bot.


Saya terus duduk di situ melihat bebuih dan gelombang bagaikan hasil dari putaran kipas di dalam air. Bebuih dan gelombang bagaikan muncul dari bawah lalu berputar di bahagian ekor bot.


Keadaan dan suasana yang saya nikmati itu memberikan kepuasan kepada diri saya. Kali ini, saya berazam tidak akan menganggu sesuatu yang saya nampak ganjil atau abeh di permukaan sungai. Sesungguhnya, saya tidak mahu psang bebuah dua kali.


Keasyikan saya tergugat oleh bunyi derap tapak kaki. Saya pun menoleh ke belakang.


“Nurul Hayat……”


Bisik batin penuh debar. Dada terasa cemas dan nafas juga jadi sesak. Suara yang mahu diluahkan bagaikan tersekat di kerongkong. Cuma sepasang anak mata saja yang mampu merauti seluruh wajah Nurul Hayat yang tersenyum.


Nurul Hayat terpacak di depan mata menatang dulang (dibuat dari kayu meranti bukit) yang berisikan dua cawan kopi dan sepiring kuih, barangkali kuih jemput-jemput kerana bentuknya kecil dan bulat.


Tanpa mengucapkan sesuatu, Nurul Hayat meletakkan dulang kecil di depan saya. Dia terus duduk. Darah gemuruh mulai menguasai saluran urat saraf seluruh badan. Sepanjang yang saya ingat, inilah kali pertama saya duduk di sisi gadis. Keadaan kami hampir berlaga kepala lutut.


Dua tiga helai anak rambutnya yang terkeluar dari tepi kain tudung terbuai buai di main angin, menambahkan seri kejelitaan Nurul Hayat. Begitulah menurut hemat saya. Dalam usaha menghalau rasa gementar, saya mengigit bibir dan menggosok-gosok pangkal hidung. Sesekali saya mengigit kuku di ibu jari. Saya jadi resah semacam.


Tetapi anehnya, dalam rasa gementar itu saya masih mampu menjeling ke arah kulit pipi Nurul Hayat yang kemerah-merahan.


Bau peluhnya amat menyenangkan, mungkin kerana terdapat karangan bunga cempaka dan tanjung tergantung di lehernya. Direnung sekali imbas memang tidak dapat dikesan atau dilihat karangan bunga tersebut kerana ditutup oleh hujung kepala (selindang) yang terdampar di bahagian hadapan bajunya. Tetapi, mata jahat saya dapat menyorot kuntum-kuntum bunga yang dicucuk dengan benang daun nenas dan dijadikan seperti kalung.


“Kenapa kamu nakal sangat?”


Tiba-tiba saja Nurul Hayat menghalakan wajah ke arah saya. Kami bertentang wajah, bertentang mata, saya bertambah mengelabah, semuanya serba tidak kena. Sekejap meraba pipi, sekejap garu pangkal telinga.


“Kenapa resah gelisah saja, teringatkan kampung halaman,” datang pertanyaan dari Nurul Hayat. Saya masih macam tadi, masih membisu. Cepat-cepat saya alihkan wajah ke arah lain, saya tidak mahu merenung wajahnya, tidak mahu menentang anak matanya yang saya kira mempunyai kuasa yang boleh membuat perasaan saya sedikit tidak tentu arah, membuat jantung saya berdegup hebat.


“Kamu tahu, syaitan dan iblis jika dipuja memang menjadi, kalau kita minta bantuan memang cepat dibantunya. Maklum sajalah, dia nak menarik hati kita supaya percaya dengannya. Bila kita dah percaya dan keyakinan kita kepada Allah bertambah goncang, kuasanya semakin kuat.” Nurul Hayat bagaikan memberi ceramah kecil kepada saya. Dan sepasang matanya yang jernih merenung bebuih dan alun air dibuntut bot yang bergerak.


“Apa yang awak cakap ni?” Sengaja saya tinggikan nada suara untuk menutup rasa gementar di hati.


“Tak usah berdalih, saya tahu semuanya?”


“Tahu apa?”


“Ayah saya dan datuk awak dah ceritakan pada saya, lucu, saya ketawa dan simpati dengan awak.”


“Haaaaaa…,” mulut saya separuh ternganga. Nurul Hayat terus tersenyum.


Bot yang dinaiki terus bergerak, air sungai terus menghanyutkan dedaun dan reranting kering yang jatuh di permukaannya. Sekali sekala terlihat kilasan ikan di air yang jernih.


“Minum, kamu dahaga.”


Saya segera menyambut cawan berisikan air kopi yang dihulurkan oleh Nurul Hayat kepada saya. Air kopi segera saya teguk. Terasa segar sekali.


“Kuihnya, “ hulur Nurul Hayat.


Segera saya sambut dan suapkan ke mulut, lalu saya telan.


“Sedap?” Tanyanya.


“Saya anggukkan kepala."


“Apa rasanya?” Soalnya lagi.


“Macam rasa ubi kentang goreng, tapi baunya macam bau bawang putih,” jawap saya.


“Kamu suka?”


Pertanyaan terakhir yang diajukan itu membuat saya berada dalam serba salah. Apa yang harus saya ucapkan. Apakah saya mesti mengatakan SUKA, pada hal memangsaya tidak MENYUKAINYA. Wajarkah saya berpura-pura untuk menyenangkan hati seorang gadis? Semuanya berlegar-legar dalam tempurung kepala.


Saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Kuih yang sudah hancur dikunyah terus saya telan. Nurul Hayat masih merenung gelombang air di ekor bot. Barangkali dia menanti jawapan dari saya. Air kopi saya teguk lagi tetapi, saya tidak memberikan jawapan terhadap pertanyaan Nurul Hayat. Kalau saya terus terang. Saya bimbang perasaannya tersinggung. Kalau saya berpura-pura, perasaan saya pula yang terseksa.



BOHONG


Dalam keadaaan fikiran dan perasaan yang kacau bilau itu, secara spontan saya teringatkan kata-kata yang sering datuk ucapkan kepada saya:


Jangan membohongi diri sendiri untuk memberi kepuasan pada orang lain. Perbuatan itu secara tidak langsung merendahkan mertabat diri kamu sebagai seorang lelaki. Kamu harus jujur pada diri sendiri, katakan sesuatu yang benar, cara itu tidak akan merugikan diri kamu dan orang lain. Jujur dan ikhlas pada diri sendiri, adalah sikap yang baik.


Kenapa lambat sangat nak jawap, asyik menung aje. Nak jawap SUKA atau TAK SUKA pun nak fikir-fikir panjang,” Nurul Hayat menyindir. Mungkin dia berbuat demikian kerana bosan menanti jawapan dari saya.


“Tak suka, tak sedap,” sahut saya keras.


“Memang tak sedap. Mana ada ubat yang sedap,” balasnya selamba.


“Ubat?”


“Iya, kuih ubat.”


Saya kerutkan dahi, cawan di tangan saya letakkan atas dulang semula. Barangkali, Nurul Hayat mahu mempermainkan saya. Kali ini rasa gemuruh dan gementar sudah hilang. Saya jadi berani. Saya jegilkan sepasang biji mata ke arah Nurul Hayat. 


“Kamu mempermainkan aku?”


“Tidak,” Nurul Hayat terus senyum.


“Aku tak faham.”


“Apa yang kamu rasa macam ubi tu, sebenarnya bawang putih ang digaulkan dengan tepun beras huma. Kemudian digoreng,” dengan serius Nurul Hayat memberikan penjelasan. Melihatkan kepada gerak-geri dan gelagatnya membuatkan saya yakin dengan apa yang diucapkannya.


“Apa khasiatnya?”


Nurul Hayat mengambil sebatang ranting kayu, sebesar jari kelingking yang panjangnya tidak sampai sekaki, ranting kayu yang tersadai di bucu (entah dari mana datangnya) segera dilemparkan ke dalam sungai. Ranting kering itu terapung-apung dibawa ke hilir. Angin yang bertiup lemah menyentuh kulit muka saya, terasa amat menyegarkan.


“Apa khasiatnya,” ulang saya lagi. Macam tadi juga, Nurul Hayat tidak memberi jawapan yang segera. Dua Cuma tersenyum, sikapnya itu membuat saya hati panas. Dan saya mula ragu-ragu dengan kebenaran kata-kata yang dituturkannya berhubung dengan kuih yang sudah masuk ke dalam perut.


“Apa khasiatnya?” saya mengulanginya untuk kali yang ketiga.


“Begini, tepung beras huma untuk mengenyangkan perut, menambahkan tenaga, menghilangkan lenguh-lenguh semdi dan melambatkan rasa penat?


“Khasiat bawang putih goreng pula, apa dia?”


“Khasiat bawang putih goreng pula menghilangkan lemak, menghalau angin jahat dari dalam tubuh kita, mencegah dari sakit pinggang, menguatkan urat saraf. Sebenarnya, bawang putih kalau kita boleh makan dengan tidak digoreng lagi bagus khasiatnya.”


“Makan bawang putih mentah boleh tapi, ramai yang tak tahan dengan baunya,” kata saya.


“Fasal tu tadi digoreng.  Menggoreng mesti pandai, jangan sampai rentung, tak payah pakai minyak,” demikian Nurul Hayat memberikan penjelasan.


“Bagus,” kata saya sambil menegakkan ibu jari kanan ke arahnya. Nurul Hayat tersenyum. Kemudin kami sama-sama menghirup kopi. Sama-sama mengunyah kuih yang tidak dinyatakan namanya kepada saya oleh Nurul Hayat.


Laju bot terasa makin perlahan dan makin hampir dengan tebing. Kami masih lagi duduk berdekatan. Kalau tadi berlaga lutut, sekarang kami berlaga bahu, sudah saling jeling menjeling. Hati kecil mula terpikat dengan Nurul Hayat.


“Kamu perempuan hebat, pandai bersilat dan tinggi ilmu agama,” saya mula memuji diri Nurul hayat.


“Huuuuuuuhhhh….” suara Nurul Hayat meninggi dan dia menjeling tajam sambil mempamerkan wajah yang agak bengis. Saya terperanjat dengan tindak balasnya itu. Buat seketika kami tidak berkata-kata.


“Jangan puji aku, kalau kamu mahu aku duduk di sini,” bentak Nurul Hayat dengan tiba-tiba. Dia terus bangun sambil kedua belah tangan mengenggam penumbuk. Matanya merenung ke arah dada sungai. Dia menarik  dan melepaskan nafas dengan resah sekali.


“Maafkan aku” kata saya tersangkut-sangkut. Nurul Hayat membuka genggam penumbuk  tangan kanan. Nafas resahnya nampak berkurangan.


“Maafkan aku, sebenarnya aku tak berniat nak menyinggung perasaan kamu,” rayu saya lagi. Genggaman penumbuk  di tangan kirinya terbuka. Nurul Hayat terus duduk kembali di sisi saya. Aduh! Senangnya rasa hati, perempuan yang keras hati dapat dilembut dengan rayuan. Saya senyum megah.   


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box