SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU

Bot yang dinaiki makin rapat ke tebing, perjalanan nya seolah-olah  menyusur bibir tebing. Kalau boleh, biar bot berjalan tanpa berhenti  dimana-mana, saya merasa senang duduk berdua dan berdekatan dengan Nurul Hayat. Kehadirannya membuat saya lupa nama-nama gadis yang pernah mengetuk pintu hati kecil saya.



Menurut cerita Nurul Hayat, sebaik saja pemuda nakal  yang dipanggil Unang itu mahu pulang kerumah untuk membawa hasil buruannya iaitu seekor kijang dara, dia tidak menemui jalan pulang. Tanda-tanda penunjuk pulang yang dibuat pada pokok semuanya hilang. Apa yang ditemuinya ialah denai yang dilalui oleh anak dara KUBU. Denai itu ditemuinya di mana-mana. 



Di hujung denai dia ternampak anak dara KUBU berdiri dengan keadaan yang amat menghairahkan. Bahagian kemaluan ditutup dengan sehelai daun yang lebar, begitu juga dengan bahagian buah dada. Gadis KUBU nampak cukup cantik, tidak selekeh seperti yang dilihat pada sebelah pagi. 



Setiap denai yang terbentang di depan mengeluarkan bau yang cukup harum. Gadis KUBU menggamit Unang. Tanpa membuang masa Unang terus memburu si gadis hingga sampai ke kawasan perkampungan orang KUBU. Hasil buruannya terus dibuang.


Sebaik saja memasuki ke kawasan perkampungan, Unang mendapati gadis KUBU duduk di atas pelantar kecil yang dibuat dari buluh kuning. Pelantar itu diletakkan di atas tanah lapang yang dikelilingi dengan garisan bulat. Garisan bulat itu tidak bersambung, bahagian garisan yang terputus diletakan ketul batu sungai yang diletakkan bertindih.


Di situ juga dibakar sejenis sabut yang dihasilkan dari pokok hutan. Sabut yang dibakar mengeluarkan asap nipis. Terdapat lima garisan yang terputus  tetapi garisan yang di depan gadis saja yang sabutnya dibakar.


Tidak jauh dari garisan bulat, arah sebelah kanan terdapat seorang tua yang hanya memakai cawat duduk bersila diatas batu. Tangan kanannya memegang kayu bercabang dua. Rambut putihnya menutup sebahagian dari bahagian belakangnya. Mulut orang itu berkumat kamit membaca mantera. Setiap kali mentera selesai dibaca dia terus menghembus kearah Unang.


Sebaik sahaja Unang melangkah dan berada dalam garisan, dia terus membuka baju dan seluar dipakai. Unang terpaku di situ dalam keadaan bogel. Gadis KUBU melompat dari pelantar lalu membalut tubuh Unang dengan kulit kayu. Unang benar-benar berada dalam dunia orang KUBU. Dia lupa dengan dunia luar. 


Dalam beberapa detik orang-orang KUBU, sama ada lelaki dan perempuan terus mengerumuni Unang. Lelaki tua yang duduk di atas batu terus bangun dan mengistiharkan Unang dan gadis KUBU menjadi pasangan suami isteri. Lama kelamaan Unang lupa pada bahasanya sendiri, makan pakai, bercakap dan patuh dengan pantang danpetua orang KUBU. 




TUTUR


Sejak itu Unang tidak pulang-pulang ke kampungnya. Ada orang yang terserempak dengan Unang tetapi, dia tidak bertutur dalam bahasa sendiri kecuali dan bahasa KUBU. Biasanya Unang selalu mengelakkan diri dari bertemu denagan orang kampungnya. 


"Itulah kisah Unang yang menyayat perasaan, kamu harus hati-hati, bila melihat keadaan orang yang aneh berkeliaran di jalanan, kamu harus mengunci mulut."


Sebaik saja selesai mendengar cerita dari Nurul Hayat, saya anggukkan kepala dan berazam mahu mematuhi cakapnya. Saya tak mahu kisah Unang terjadi pada saya.



"Aku ingat pesan kamu," kata saya."



"Bagus, aku tak mau kamu jadi korban kerana kelancangan mulut sendiri." 



"Benarkah Hayat?" tanya saya gementar."



"Iya," jawapnya lembut. 


Perasaan saya gementar,  ada sesuatu yang beralun dan berombak dalam hati nurani saya, hati nurani seorang muda yang sedang memburu sesuatu yang indah dalam alam ini. Kata-kata yang lahir dari mulut Hayat mengambarkan ada sebuah janji dan harapan yang ditumpahkan oleh Nurul Hayat kepada saya.


Setidak-tidaknya begitulah tanggapan saya. Wajah Nurul Hayat saya renung, dia juga merenung wajah saya. Anak mata kami bertembung, saya lihat Nurul Hayat menarik nafas, saya juga demikian.


Tanpa disedari telapak tangan kami bercantum. Tergenggam dengan erat. Saya bagaikan lupa suasana sekitar, kulit telapak tangan Nurul Hayat yang lembut membuat saya terpesona.



Saya tersentak bila Nurul Hayat menarik tangannya. Dia terus tunduk sambil meletakkan mukanya ke kepala lutut. Saya tidak sedar berapa lama saya menggengam tangannya. 


Saya tahu Nurul Hayat terasa malu dan berdosa kerana menyentuh telapak tangan saya yang bukan muhrim. Saya tidak tahu siapakah di antara kami yang memulakan. bagi menenangkan perasaan saya cuba menyentuh bahu Nurul Hayat, di saat saya mengangkat tangan terdengar suara datuk. Niat segera saya batalkan. 


Saya terus menoleh ke belakang, datuk berdiri di tengah bot sambil merenung tajam kearah saya. dari renungan itu saya dapat buat kesimpulan yang datuk kurang senang dengan perbuatan saya duduk berdua-dua dengan perempuan. 


Saya tahu perbuatan itu memang salah dan kurang sopan tetapi, apakan daya saya sudah terlanjur. saya cuba tersenyum, datuk terus jegilkan biji mata dan saya jadi serba salah.


Datuk pernah berkata, bila seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdekatan, syaitan akan berada di tengah-tengahnya untuk menggoda. Entah mengapa kata-kata itu secara mendadak terus muncul dalam kepala saya.


Bagi mententeramkan perasaan serba salah yang berkecamuk dalam hati, saya segera bangun. beredar dari sisi Nurul Hayat. Sudah tentu tindakan saya itu meniimbulkan rasa terkejut dalam diri Nurul Hayat. 


"Kenapa Tamar?" Tanyanya. 


"Renung kebelakang, kata saya tanpa menoleh ke arahnya. Dia segera menoleh ke arah yang saya katakan. Nurul Hayat segera faham, cepat-cepat dia bangun lalu beredar ke sebelah kiri bot dan saya beredar ke sebelah kanan.



TURUN

  

Bila melihat kami sudah berjauhan, datuk tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus turun ke bahagian enjin bot menemui ayah Nurul Hayat. Hati saya terasa damai, bagaimana perasaan Nurul Hayat?. Sukar untuk saya ramalkan.


Walau apa pun, sudah sepuluh minit masa berlalu, saya dan Nurul Hayat terus membisu. Masing masing buat hal sendiri, merenung air yang mengalir, renung dedaun dan pepokok yang tumbuh di bibir tebing. 


Bila saya benar-benar yakin datuk tidak akan muncul lagi, perlahan-lahan saya melangkah ke arah Nurul Hayat yang berdiri membelakangi saya. Dia begitu asyik merenung rimbunan pepokok di tebing. 


"Hai! Apa yang kau fikirkan, Nurul?" 


Nurul Hayat segera menoleh ke arah saya. Dia senyum, tetapi sepasang matanya terus menyorot setiap liku bot. Macam ada sesuatu yang dicarinya. saya tahu, dia mencari datuk kalau-kalau  masih berada di bahagian atas bot. 


"Cakap Nurul, apa yang kau fikirkan?" Ulang saya lagi. 


"Aku merasa terhibur, kerana bot kita sudah memasuki kawasan perkampungan," tuturnya dan saya anggukkan kepala. Bot terus bergerak dalam jarak yang agak dekat dengan tebing. 


"Jauhkah lagi Nurul?" 


"Kadang-kadang aku rasa pelik dengan kamu Tamar, sekejap kamu panggil aku Hayat, sekejap kamu panggil Nurul. kamu panggil ikut sedap mulut saja," Nurul melahirkan rasa kurang senang. 


"Panggil apapun, orangnya tetap sama, sekarang aku nak tahu jauh ke lagi?"  



Nurul Hayat gelengkan kepala sambil tersenyum panjang. Agaknya terasa lucu dengan perangai saya. Ikut suka kamulah, apa yang mahu kamu fikirkan tentang diri ini, fikir saya dalam hati kecil. 



Bila melihat saya tidak memberi sebarang reaksi samada positif atau negatif. Nurul Hayat bersikap macam biasa kembali, seolah-olah tidak ambil kisah tentang apa yang mahu saya sebut mengenai dirinya. Itulah yang menyenangkan hati saya.



"Tak jauh lagi," jawap Nurul Hayat lembut. 


Dan tanpa diminta dia terus menyebut nama Kampung Olak Kemang, Ulu Gedung, Tengaj, Jelmu,Mudung Laut, Tahtul Yaman dan Tanjung Laut. Nurul Hayat juga menekankan bahawa kampung-kampung yang terletak di daerah Pelayangan dan Danau Teluk itu memang menyimpan suasana kehidupan yang amat bersahaja. Sejak dulu hinga kini para penduduk kampung tersebut masih mempertahankan cara hidup dan tradisi lama. 


"Kenapa ada Tanjung Johor di Jambi, sepatutnya nama ini ada di Semenanjung," potong saya yang sudah bosan mendengar tutur kata Nurul Hayat yang seolah mempamerkan rasa megah dan bangga dengan tempat sendiri. 


"Orang dari Johor yang membukanya sebab itulah dipanggil Tanjung Johor." 


"Aku faham sekarang tapi, adakah lagi keturunan orang yang membuka kampung itu Nurul? " 


"Itu aku tak tahu, kalau kamu nak buat penyiasatan aku boleh tolong." 


"Kamu memperolok-olokkan aku Nurul." 


Kata-kata yang saya ucapkan membuatkan Nurul Hayat terpampam. Di tengah-tengah rasa terkejut itu, dia menarik nafas dalam-dalam untuk mencari ketenangan. Dan saya terus menatap air sungai yang mengalir jernih. 


"Kamu selalu memikirkan hal-hal yang buruk tentang aku , Tamar. Aku tak ada niat mahu mempermainkan kamu, aku bercakap benar." 



"Aku ni kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan, maafkan aku. Kalau kamu sedia menolong, beri masa pada aku untuk membuat persiapan dan perancangan yang teliti, Nurul. "


"Bila agaknya Tamar."'


"Mungkin minggu depan, kalau datuk aku izinkan." 


"Kamu tak takut berjumpa dengan orang KUBU," kata Nurul Hayat, kemudian dia ketawa. Saya mengalami kejutan. Supaya tidak ketara saya terus tersenyum.


Hati kecil saya segera membuat kesimpulan bahawa Nurul Hayat tidak serius dalam hal ini. Dia sekadar mahu menguji kesungguhan hati saya. Tak mengapa, kalau tadi dia tersinggung dengan tindakan saya, sekarang giliran saya pula menerimanya, saya mendamaikan hati yang mula baran.


Nurul Hayat membetulkan tudungnya yang terlipas atas bahu kiri akibat di tiup angin. 


"Kau duduklah, aku ada hal," kata Nurul Hayat sambil memulakan langkah menuju ke bahagian tengah bot.


"Kamu mahu ke mana Nurul ?" 


"Ke bawah, nak jumpa ayah." 


"Buat apa jumpa ayah,  ada masalah ?"   


"Nak bantu dia, nak tengok macam mana dia rapatkan bot ke tebing," sahut Nurul Hayat tanpa mahu memandang wajah saya. Dia terus turun ke bahagian bawah bot.


Saya terus duduk berdiri lutut. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan, apa yang pasti saya sungguh kecewa dengan sikap Nurul Hayat yang meninggalkan saya sendiri. Saya terus memeluk lutut sambil merenung ke depan, sayup-sayup ternampak jembatan Aur Duri. Bot besar dan kecil di samping sampan bergerak bebas di bawahnya. Tanpa disedari bot yang saya tumpangi sudah berada di kawasan sungai kota Jambi. 



PELABUHAN


Dari tengah sungai Batanghari saya merenung kota Jambi yang nampak tenang di bawah sinar matahari petang. bangunan lama dan baru berdiri seiring, saya tidak mengagak berapa luas dan besar kota tersebut, saya kira besarnya mungkin sebesar bandar Melaka.



Manusia dan kenderaan bergerak dengan aman. manakal di pelabuhannya berlabuh bot-bot besar dan tongkang. Bot-bot penumpang datang silih berganti.  Semua yang saya lihat membuat saya terlupa tentang Nurul Hayat. Apa yang ada di hati saya ialah rasa terharu yang amat sangat. Impian saya hampir menjadi kenyataan.


"Itulah pekan Jambi, kita nak mendarat di situ. Kita mendarat di seberang pekan Jambi. Bila kita dah mendarat , aku kenalkan kamu dengan sanak saudara sebelah aku, bila ada masa kita pergi ke bandar Palembang dan beberapa tempat lagi," saya menoleh ke arah suara tersebut. Apa yang saya lihat ialah wajah datuk yang mempamerkan senyum. Saya tidak sedar, bila dia berdiri disisi saya. Mungkin kerana terlalu gembira menyebabkan datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali.  Penuh kemesraan.



"Tamar, aku tinggalkan tanah Jambi ni dulu , masa aku muda belia, masa aku bujang. Sekarang aku pulang dengan membawa seorang cucu," kata datuk dalam nada suara yang terharu. Matanya terus merenung ke arah permukaan air sungai Batanghari yang mengalir lembut. Datuk alihkan renungan ke bangunan di kota Jambi yang berdiri kaku. Saya kira batin datuk menemui kepuasan yang tiada taranya. 



"Tamar !" 



"Iya tuk." 



"Kamu suka dengan apa yang kamu tengok ni?" 




"Suka tuk."



"Kalau diizinkan Allah, selepas bertemu saudara mara datuk di sini, kita pergi ke tanah Kerinci,"



"Iya tuk," saya segera anggukkan kepala dan tidak kuasa mahu mengajukan sebarang pertanyaan lagi. Bosan, terlalu banyak rancangan yang tidak disusun muncul dalam kepala datuk. Bot terus bergerak. 




"Kenapa tak turun di sini tuk?" Tanya saya setelah menyedari bot yang dinaiki mengubah haluan. Tidak menuju ke pelabuhan kota Jambi seperti apa yang saya harapkan, "barangkali ayah Nurul Hayat tak tahu yang kita nak turun di sini, tuk, "sambung saya dengan tenang. Datuk tersenyum lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.



"Kita tak turun di pekan Jambi, Tamar. Kita mendarat di seberang pekan Jambi,"ujar datuk lembut. Senyum kepuasan terus berlari di kelopak bibirnya. Benarlah, apa yang datuk katakan. Kerana itu bot ubah haluan ke arah tebing yang bertentangan dengan pekan Jambi. Makin lama bot makin dekat dengan daratan dan akhirnya rapat di tebing sungai. 



"Ini Kampung Mudung Laut namanya Tamar," datuk memberikan penerangan, "orang-orang di Jambi menyebut kampung-kampung yang terdapat di tebing sebelah sini, sebagai Kampung Seberang," lanjut datuk lagi. Saya tetap macam tadi terus anggukkan kepala. Pertanyaan akan diajukan kepada datuk bila difikirkan perlu.



Enjin bot dimatikan tetapi bot masih bergerak menuju ke pelantar. Bahagian tepi bot sebelah kanan bergesel dengan bahagian tepi pelantar.



Badan bot bergegar. Nurul Hayat dan ayahnya segera keluar dari bahagian enjin bot. Dengan tangkas sekali Nurul Hayat melompat ke atas pelantar. Si ayah segera melemparkan tali bot ke arah Nurul Hayat. Dengan cekap sekali Nurul Hayat membelitkan tali bot ke batang kayu yang memang disediakan di situ.



Fuad Hassan segera melangkah ke atas pelantar. Datuk juga melangkah ke pelantar. Saya masih belum bertindak, masih tercegat di tengah perut bot. Nurul Hayat memandang ke arah saya dengan senyum.



"Hai, kenapa tercegat di situ macam patung, kemarilah," kata datuk. Saya segera melangkah danberdiri di bibir bot. Dengan penuh keyakinan saya pun melompat kerana tidak dapat mengimbangi badan dengan baik, saya terdorong ke depan dan terbabas ke tepi pelantar. Nasib baik saya dapat memeluk tiang tempat pengikat tali bot. Kalau tidak tentu saya jatuh kedalam sungai. Nurul Hayat tidak dapat menahan rasa lucu, bila melihat saya  memeluk tiang. Dia ketawa. 



"Kenapa ketawakan orang yang susah," Fuad Hassan menegur kelakuan Nurul Hayat. Ketawa Nurul Hayat tersentap. Dia tersipu-sipu malu tetapi masih sempat memberikan kerlingan tajam kepada saya. 



"Sampai di sini saja tugas saya," Fuad Hassan merenung wajah datuk sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Telapak tangan datuk dan Fuad Hassan bercantum erat. 



"Terima kasih, budi kamu susah saya nak balas," sahut datuk. Telapak tangan mereka masih berpadu erat. 



"Tak payah nak balas-balas."



"Apa kamu nak balik ke Kuala Tungkal? Hari dah petang benar, kalau tengok pada condongnya matahari dah pukul lima lebih." datuk dongakkan wajahnya ke arah matahari. Telapak tangannya dan telapak tangan Fuad Hassan tidak lagi bercantum.



"Tidak, kalau saya balik ertinya saya menempah bahaya," Fuad Hassan menarik nafas dalam-dalam, "boleh jadi saya berada di sini dalam sehari dua. Boleh jadi seminggu dua. Saya menanti dan berharap ada orang yang nak menyewa bot saya ke Kuala Tungkal, tidaklah saya balik kosong saja," lanjut Fuad Hassan.



"Maksudnya menyewa untuk bawa barang."



"Iya," angguk Fuad Hassan.



"Apa barangnya, Fuad."



"Macam-macam, kadang-kadang getah, hasil tanaman kampung dan apa saja," jelas Fuad Hassan penuh yakin. datu anggukkan kepala.  





DIALOG



Dalam masa datuk berdialog dengan Fuad Hassan, saya mengambil kesempatan menjeling dan genyit mata ke arah Nurul Hayat. Dia tersenyum sambil mengetap gigi.



"Jadi malam ni kau bermalam di mana Fuad?"



"Bermalam dirumah adik ipar saya, " ungkap Fuad Hassan. Dia terus mencuit bahu Nurul Hayat memberi isyarat supaya bergerak. Saya jadi tak tentu arah. Tidak dapat memberikan lambaian tangan kerana mata datuk dan Fuad Hassan tertumpu ke arah saya.



Fuad Hassan dan Nurul Hayat melangkah ke arah sebuah kedai runcit. Saya gembira kerana datuk juga menuju ke arah kedai tersebut. Saya masih mempunyai peluang untuk berkata sesuatu dengan Nurul Hayat. Sekurang-kurangnya menjeling atau melemparkan senyum ke arahnya.



Sebaik saja sampai di depan kedai runcit, lagi sekali datuk dan Fuad Hassan bertentang wajah. Saya bergerak ke sana, bergerak ke sini di belakang datuk. Cari peluang untuk bercakap dengan Nurul Hayat. Saya tahu dia juga resah gelisah macam saya. Malangnya kesempatan yang dicari tidak muncul. Hampa dan kecewa menguasai diri.



"Terima kasih atas bantuan awak," untuk sekian kalinya datuk berkata demikian. Amat keterlaluan menghargai jasa orang, cara begini tidak sesuai dengan saya.



"Pertolongan saya terlalu kecil," balas Fuad Hassan. Datuk senyum.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box