SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM

Beberapa orang yang lalu di depan kedai runcit segera menegur Fuad Hassan. Walaupun saya dan datuk tidak ditegur sapa, kami tetap mempamerkan senyum. Saya merasa kurang enak bila orang yang menegur Fuad Hassan menjeling ke arah saya dan datuk. 

"Begini, kita minum dulu," kata Fuad Hassan bila menyedari saya dan datuk kurang senang berada di depan kedai runcit. 


"Di mana?" Tanya datuk.


"Di hujung sana, tu," jawap Fuad Hassan, sambil menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkannya. Jarak antara kedai runcit dan kedai kopi cuma selang tiga buah kedai saja. Terletak di hujung deretan kedai.


"Mari," ajak Fuad Hassan.


Kami segera melangkah ke arah kedai  tersebut. Sebagai orang yang sudah arif dengan perangai datuk yang tidak suka minum di kedai, merasai pelik dan aneh bila datuk memenuhi permintaan Fuad Hassan. Mungkin datuk berbuat demikian kerana mahu menghormati hati seorang kawan. Kami segera ke kedai kopi. Meja paling hujung jadi pilihan Fuad Hassan. Di situlah kami berlabuh.


"Baru datang," tegur pemilik kedai. Fuad Hassan anggukkan kepala. Mereka berbalas senyum dan saya tumpang jeling ke arah Nurul Hayat yang tunduk merenung dada.


"Ini kawan saya," Fuad segera memperkenalkan datuk dengan pemilik kedai. Mereka bersalaman. Saya lihat pemilik kedai berusia sekitar empat puluhan, berkulit hitam dan rambut keriting cukup peramah. Senyum sentiasa bermain di bibir dan saya merasa cemburu yang amat sangat, bila Nurul Hayat membalas senyumnya. 


"Nak minum apa?" Tanyanya.


"Saya teh susu," tentang Fuad Hassan memberi jawapan. 


"Encik minum apa?" Pemilik kedai renung muka datuk. 


"Beri saya air panas saja." 


"Air panas," ulang pemilik kedai dang merasa agak aneh dengan permintaan datuk itu. Fuad Hassan juga terkejut dengan karenah datuk itu.


"Saya memang begini, suka minum air biasa bila di kedai," datuk membunuh keraguan dan rasa hairan yang tumbuh di hati Fuad Hassan dan pemilik kedai. 


"Ada pantang larang agaknya," pemilik kedai cungkil rahsia. Datuk tersengih sambil gelengkan kepala. 


"Memang tak ada pantang larang, datuk saya ni memang sejak dulu macam tu. Suka minum air biasa bila singgah di kedai kopi," kata saya, secara tiba-tiba. Fuad Hassan anggukkan kepala tetapi, pemilik kedai pamerkan senyum yang saya kira tersembunyi seribu persoalan. 



"Kamu juga nak minum air biasa?" Pemilik kedai ajukan pertanyaan kepada saya.


"Saya mahu kopi susu." 


"Awak pula nak air apa?" Pertanyaan untu Nurul Hayat.


"Saya tak minum apa-apa." 


"Hai! Agaknya nak jada kecantikan," usik si pemilik kedai. Hati saya makin membara. 


Pemilik kedai meninggalkan kami dan datang kembali bersama dengan barang-barang yang dipesan. Mungkin kerana kenal mesra dengan Fuad Hassan atau mahu menarik perhatian Nurul Hayat, pemilik kedai yang saya anggap separuh gatal terus duduk dekat Fuad Hassan. 


"Baru kali pertama datang ke sini?" Pemilik kedai renung muka datuk. Fuad Hassan yang sedang menatang cawan teh segera meletakkan cawan atas meja kembali. 


"Dia orang jati di sini, tetapi sudah lama merantau dan balik sekali sekala saja, awak tak kenal asal keturunannya kerana awak bukan anak jati di sini, awak orang luar, awak orang Acheh yang mencari rezeki di sini," sampuk Fuad Hassan.


"Oh,  maafkan saya kalau tersinggung," tutur pemilik kedai. 


"Tak mengapa, ini perkara biasa. Usahkan awak, anak jati di sini terutama yang baru tak berapa kenal dengan saya," kata datuk merendahkan diri.


Fuad Hassan terus menghirup air teh. Begitu juga dengan saya. Ekor mata Nurul Hayat menyorot setiap gerak-geri saya. Hati saya amat gembira sekali, bila pemilik kedai meninggalkan meja kami untuk melayani pelanggan lain yang baru masuk ke kedainya. 


Bila Fuad Hassan mahu membayar harga minuman, pemilik kedai tidak mahu menerimanya. Alasannya, kerana dia mahu meraikan kehadhiran orang luar (maksudnya datuk) yang sudah singgah di kedai. Berkali-kali datuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Kami  pun keluar dari kedai. 


"Hati-hati sikit, orang di sini suka menguji ilmu dan kepandaian orang, terutama orang yang berdagang di sini," Fuad Hassan mengingatkan datuk sebaik saja berada di depan kedai minum.



"Ini kisah baru, sebelum ni hal macam ni tak pernah terjadi di sini," balas datuk.


"Begitulah adat hidup, sentiasa berubah. Dulu lain, sekarang lain, kita cuma terjaga jaga sudahlah, jangan sampai kita terjebak," lanjut Fuad Hassan lagi. Dan datuk akur dengan nasihat itu. 


RENUNGAN


Dalam renungan beberapa orang yang lalu lalang di depan kedai sederet itu, datuk dan Fuad Hassan terus bersalam untuk sekian kalinya. Mereka berpisah mengikut kemahuan hati masing-masing. Nurul Hayat dan ayahnya menghala ke utara. manakala saya dan datuk menuju ke selatan. 


Kira-kira dalam jarak dua ratus kaki dari kedai minuman, saya dan datuk membelok ke kanan memasuki jalan enam kaki. Suasana terasa agak sunyi. Bayu petang yang bertiup menyentuh kulit muka membuat badan terasa segar. Kami terus melangkah. Sambil melangkah, saya merenung ke kiri dan kanan jalan enam kaki yang ditanam dengan ubi kayu. Dedaun ubi kayu yang hijau kelihatan bergerak lembut mengikut arah angin bertiup. 


Kebanyakan rumah didirikan di sebelah kanan jalan, letak atau jarak antara satu sama lain agak berjauhan. Rata-rata atap rumah di situ dari daun  rumbia. Dindingnya dari papan dan ada juga dari tepas. 


"Jauh ke lagi tuk?" Tanya saya tercungap-cungap. Rasa sudah terlalu jauh saya menghayun sepasang kaki hingga terasa penat dan kaki pula lenguh. 



"Lepas selekoh di depan sampailah kita," kata datuk sambil menuding telunjuknya ke arah selekoh tajam. Di sebelah selekoh tersebut  terdapat pokok jati berdaun lebat. 


Saya meneruskan perjalanan dalam sinar matahari petang yang kian runduk. Lebih kurang dalam jarak 50 meter mahu sampai ke selekoh tajam, saya seperti terlihat sesuatu yang melintas jalan. 


Bentuk benda yang saya lihat keadaannya menyerupai kanak-kanak yang berusia sekitar tujuh tahun. Kulitnya hitam legam dan agak kurus. Kepala nya gondol. Tiba-tiba saja bulu tengkok saya meremang. Cepat-cepat saya menarik hujung baju datuk hingga langkahnya terhenti. 


"Kenapa Tamar?" 


"Saya nampak macam ada budak kecil melintas jalan dekat selekoh." 


"Ah! Kamu jangan merepek," datuk segera menepis tangan saya bersama dengan kerlingan yang tajam. Dia meneruskan perjalanan dan saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Sambil berjalan saya toleh kiri dan kanan. Sesekali saya merenung ke belakang. Entah mengapa, perasaan saya jadi cemas dan takut semacam.


Sebaik saja sampai ke selekoh tajam, lebih tepatnya dekat pokok jati besar yang berdaun lebat, badan saya terus menggigil dengan serta merta tanpa sebab. Saya tidak boleh melangkah macam ada sesuatu yang memegang kedua belah kaki saya. Tulang-tulang sendi terasa lembik dan saya terus rebah ke bumi. 


"Tamar, kenapa kamu?" 


Datuk segera memeluk saya. 


"Kenapa kamu Tamar?" Ulangnya lagi. Saya cuba menjawap pertanyaan datuk tetapi, suara tidak keluar. Mulut mula berbuih. Kerongkong terasa kering dan pedih. Seluruh kulit badan terasa amat panas bagaikan terkena bara api. 



Sinar matahari petang yang kian meredup (saya kira pada masa itu lebih kurang pukol lima setengah petang) terus menyimbah wajah. Kelopak mata amat sakit dan air mata terus mengalir. 


Datuk terus menggosok kedua belah tempurung lutut saya dengan ibu jari kirinya berkali-kali. Datuk berhenti menggosok tempurung lutut. Dia termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya.



"Kalau tak silap aku, dari sini tak jauh lagi nak sampai ke rumah kaum kerabat aku. Memang tak salah lagi, aku sekarang berada di sempadan tanah kaum kerabat. Ada baiknya aku rawat di rumah saudara mara, ini lebih baik lagi," saya terdengar datuk berkata sendirian. Tanpa membuang masa lagi, datuk terus mendukung saya.


"Sekarang kita pergi Tamar." 



Datuk pun memulakan langkah dengan berlari anak. Kenapa datuk berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam hati. Mungkin datuk dapat mengesan sesuatu yang kurang baik. 


DUKUNG.


Semasa berada dalam dukungan datuk, telinga saya dapat menangkap bermacam-macam bunyi aneh. Pada mulanya saya dapat menangkap bunyi desiran angin yang lembut. Kemudian bertukar bunyi ribut bersama dengan dentuman petir. 


Saya juga mendengar bunyi pokok tumbang, jeritan gajah dan ngauman harimau. Malangnya, apa yang saya dengar tidak dapat saya sampaikan kepada datuk kerana saya tidak boleh bercakap. Suara saya hilang. 


Datuk berhenti berlari anak. Tubuh saya diletakkannya atas rumput di sebelah jalan enam kaki. Datuk tinggalkan saya di situ dan dia terus berlari ke tengah jalan enam kaki. Berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Dan sepasang matanya tertumpu ke arah pokok besar tanpa berkedip. Saya hanya melihat saja apa yang datuk lakukan.


Sepasang kaki segera dikangkang. Jarak kaki kiri dengan kaki kanan kira-kira dua belas inci. Kedudukan kaki kanan ke depan sedikit dari kaki kiri. Berulang kali datuk mengerakkan lehernya  dari kanan ke kiri sambil ekor matanya melirik tajam ke arah pepohon renek sebelah kiri jalan enam kaki yang kelihatan bergoyang seperti dilanda ribut.


Dedaun kering, reranting kering dan dahan-dahan yang ada disitu terus terangkat lalu berterbangan. Pelik sungguh, semua yang berterbangan itu menuju ke arah datuk. 


Setap kali dahan atau ranting kayu menyentuh tubuh datuk saya seperti terdengar suara orang berteriak keriangan. Ternyata datuk tidak ambil kisah dengan semuanya itu. Dia tidak mengelak dan juga tidak menepis. Dia merelakan dedaun, reranting dan dahan kayu menghujani tubuh badannya.

Datuk menggerakkan tubuhnya dengan mengangkat kedua belah tangannya. Begitu juga dengan kakinya. Keadaan datuk seperti mahu memulakan langkah silat yang teratur. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya lalu membelakangi pokok besar. 



Aneh! Semua benda-benda yang berterbangan tadi berpatah balik ketempat asalnya. Keadaan kembali aman dan tenang. Dan saya secara tak sengaja merenung ke langit, saya terlihat dua ekor burung helang terbang rendah sambil matanya merenung ke arah saya yang terlentang di bumi. Burung helang bagaikan bersedia mahu membenamkan paruhnya ketubuh saya. Mahu mengoyakkan kulit badan saya. Tentu saja saya menjadi cemas. 


Datuk segera mengarahkan kembali sepasang biji matanya ke arah pokok besar. Di saat datuk menumpukan seluruh perhatiannya ke batang pokok besar, kelihatan sehelai kain hitam entah dari mana datangnya melayang-layang di udara.



 Tiba-tiba kain itu mengibas kearah susuk kiri datuk. Saya mencari siapakah yang mengibas kain hitam ke arah datuk itu. Usaha saya gagal. Tidak ada apa yang saya lihat. Apa yang pasti libasan kain hitam yang nampak lembut itu memberikan kesan yang hebat kepada datuk. Saya lihat datuk tersungkur ke bumi. Bahagian belakang bajunya terbelah dua. 


Datuk mengeliat seperti menahan rasa sakit yang amat sangat. Datuk berjaya bangun dalam keadaan membongkok. Dia memeluk lutut sambil menekan kepalanya ke celah paha. Barangkali itu petua atau taktik datuk bagi menyelamatkan kepalanya dari terkena libasan kain hitam aneh. 


Disaat datuk bergelut melindungi kepalanya, libasan kedua pula menyusul. Ternyata libasan kali kedua lebih berbisa, menghasilkan api lalu membakar bahagian tepi baju datuk.


Sebelum api itu marak dan melarat ke bahagian lain, datuk berhasil memadamnya. Belum pun hilang penat, libasan ketiga dari kain hitam datang lagi. Datuk menggolekkan tubuhnya di atas jalan enam kaki, macam kucing mandi pasir. Usaha yang datuk lakukan berhasil. Libasan kain hitam tidak mengenai sasarannya. 


BANGUN


Datuk terus bangun. Berdiri dengan gagah sambil mendepangkan sepasang tangannya. Bersedia menanti apa saja, bak kata orang, membujur lalu melintang patah dan serangan ke empat terjadi serta merta. Kerana datuk sudah bersedia dengan tangkas dia menyambar hujung kain hitam.


Dengan sepenuh tenaga datuk berusaha menarik kain hitam ke arahnya. Usaha datuk tidak berhasil, sebaliknya datuk seperti ke arah hujung yang bertentangan dengan arah datuk.


Saya amati hujung kain (yang bertentangan dengan arah datuk) muncul dari rimbunan pokok senduduk. Hujung kain itu diikat pada ranting sebesar jari kelingking. Kalau difikirkan dengan fikiran yang waras, mustahil ranting sebesar itu tidak patah bila ditarik oleh datuk dengan sepenuh tenaga. Mesti ada tenaga ghaib yang menarik atau menahan kain hitam itu dari dikuasai oleh datuk. Kain hitam yang terentang itu cukup tegang. 


Datuk berhempas pulas mempertahankan dirinya dari ditarik oleh kain hitam itu ke arah rimbunan pokok senduduk. Muka datuk nampak merah  padam. Peluh bagaikan mandi menguasai tubuhnya. Datuk tercungap-cungap tetapi, dia masih lagi dapat bertahan dari tempat dia mula berdiri. 


Mungkin kerana terlalu kuat menarik kain hitam menyebabkan sepasang telapak tangannya luka. Darah merah segera bercucuran de bumi dan sebahagiannya meresap ke kain hitam yang dipaut. Saya terharu melihat keadaan datuk. Apakah daya, saya tidak boleh membantunya. Mahu menjerit suara saya tiada. Mahu membantunya, saya tidak boleh bangun kerana tulang temulang sendi saya tidak berfungsi sama sekali. Datuk terus bertarung.


Tiba-tiba datuk terus melaungkan azan. Suaranya nyaring dan lantang. Bergema keseluruhan. Dengan serta merta kain hitam yang teregang (tegang) menjadi kendur. Ranting tempat kain hitam melekat segera patah dan kain hitam yang terentang terus ghaib entah kemana. 


Tetapi sebahagian dari kain hitam yang berada di tangan datuk tidak pula hilang sebaliknya bertukar warna menjadi seperti tepung gandum bertaburan atas tanah merah. 


Datuk pun mengesat kesan darah di telapak tangannya dengan cebisan bajunya. Bila kerja itu selesai dia terus menatap sepasang telapak tangannya dengan teliti. Tiap garis dan lekuk di telapak tangan ditenung dengan tepat. Datuk membaca sesuatu, setiap jari dihembus. 


"Ahhhh....," datuk menjerit. Serentak itu dia terus membongkok. Sepasang telapak tangannya ditepuk di permukaan jalan tanah merah sebanyak tiga kali berturut-turut. Datuk duduk bersila atas jalan sambil menghalakan muka dan dadanya ke arah pokok senduduk. 


Apa yang dilakukan oleh datuk selanjutnya amat mengejutkan saya. Dia mengoyakkan bajunya yang dipakai. Dadanya terserlah lalu terkena pancaran matahari  petang yang redup. datuk menumbuk bahagian dada sebelah kiri dengan tangan kanan sebanyak enam kali. 


Kemudian datuk menumbuk bahagian dada sebelah kanan dengan tangan kiri sebanyak lima kali. Datuk menarik nafas dalam-dalam.



"Sekarang aku bersedia, kalau syaitan tunjuk rupa kamu. Kalau kamu manusia datanglah kita bersalam," jerit datuk sekuat hati. Dia mengulangi kata-kata itu sebanyak tiga kali berturut-turut.


Datuk terus berada di dada jalan. Dia tidak mengubah posisi kedudukannya. Lebih dari sepuluh minit datuk berada di situ. Bila datuk yakin cabaran yang dibuat, tidak menerima tindak balas, dia segera bangun lalu memetik beberapa lembar daun dari pokok renek. Datuk mendekati saya. 


Daun yang dipetik segera diramas dan digosok di setiap sendi tubuh saya. Kemudian datuk suruh saya bersenam ala kucing baru bangun tidur. 

Setelah selesa melakukan apa yang disuruh, seluruh tubuh saya berpeluh. Dan gegendang telinga tidak lagi didatangi bunyi bunyi yang aneh. Malah saya boleh bangun dan melangkah. Keadaan diri saya kembali normal.



"Sekarang apa rasa badan kamu, Tamar?" 



"Saya rasa sihat tuk."



"Boleh kita teruskan perjalanan?"


"Boleh," jawap saya dengan penuh semangat dan keakinan. Datuk pun memulakan langkah dan saya mengekorinya. Baru lima enam tapak melangkah, datuk berhenti berjalan. 


"Kenapa tuk?" 


"Tak ada apa-apa, kamu jalan dulu, aku ikut dari belakang."


"Saya jalan dulu tuk?" Tanya saya penuh keraguan. Hati dan perasaan mula berdebar. Wajah datuk saya tatap.


"Jalan, apa tunggu lagi," desak datuk.


'Saaaayyy...," kata saya gementar.


Semasa saya mengekorinya tadi, saya terlihat benda-benda aneh yang menakutkan. Bila disuruh menjadi kepala jalan, tentu perkara yang lebih aneh dan dasyat dari itu akan saya alami.


"Kenapa saya, tidak datuk?" Saya memberanikan diri memberi protes secara sopan.


"Ikut saja cakap aku, jangan banyak soal jawap," datuk jegilkan biji mata.


"Oh, kalau gitu saya jalan dulu tuk," kata saya tersengih. Datuk anggukkan kepala bersama segaris senyum yang terukir di bibir. Hatinya senang kerana saya patuh dengan cakapnya.


TOLEH


 Tiga empat langkah berjalan, saya toleh ke belakang. Tentu saja, cara yang saya lakukan itu kurang disenangi oleh datuk.


"Jalan terus, jangan toleh-toleh ke belakang," suara datuk meninggi. Cuping telinga saya terasa pedih dijentik oleh datuk. Kalaulah yang melakukan perbuatan itu bukan datuk, pasti saya maki atau kena penumbuk saya.


"Ular."


Saya menjerit dan terus melompat.


Seekor ular hitam melintang jalan. Menghalang perjalanan saya dengan datuk. Dengan pantas datuk menolak saya. Dia ke depan mengambil tempat saya. datuk menghadapi ular hitam secara perlahan-lahan panggungkan kepala. Datuk tumpukan perhatian kepada gerakan kepala ular itu.


Disaat ular itu mahu melepaskan patukan, bagaikan kilat datuk menangkap kepala ular. Badan ular dihempas ke dada jalan. Kemudian ular hitam dihumbankan ke dalam semak samun di seberang jalan.


"Susah sungguh hidup ni kerana manusia tidak pernah jujur. Balik ke kampung halaman sendiri pun  masih ada yang mahu menguji," rungut datuk. Rasa kesal tergambar di wajahnya. Datuk mengigit bibir, macam ada sesuatu yang difikirkannya.


"Tamar."


"Iya tuk,  ada apa?"


"Buka beg pakaian yang kamu bawa."


Perintahnya segera saya akur. Datuk tukar baju koyak dengan baju baru, masih memakai seluar lama. 


"Nampaknya, aku tak boleh mengalah Tamar. Aku terpaksa berkeras," ujar datuk sambil menyingsing kedua belah lengan bajunya. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk pun memberi isyarat tangan agar saya beredar dari sisinya. Saya pun beredar dan mencari tempat perlindungan yang agak selamat. Dari gerak-gerinya ternyata datuk akan menerima tetamu yang tidak diundang.


Datuk juga bagaikan tahu dari arah mana tetamu itu akan muncul. Dia pun berdiri betul-betul di hadapan sebuah busut jantan. Semua gerak geri datuk saya ikuti dengan teliti dari tempat persembunyian di balik sebatang pokok jejawi besar yang berjuntai dengan akar sebesar lengan budak berusia tujuh tahun. 


"Prraaaappp."


Bunyi ranting kering di pijak. Saya jadi resah dan serba salah. Apakah saya mesti terus bersembunyi atau keluar dari tempat persembunyian untuk mendekati datuk. Saya tergamam, dari balik busut jantan muncul sesusuk tubuh dalam pakaian serba hitam. Kaki kanan orang yang memakai serba hitam memijak busut jantan. Dia berpeluk tubuh. Kepalanya juga dibalut dengan kain hitam. manakala bahagian pinggang diikat dengan kain kuning.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box