SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA

Bahagian depan (muka) ditutup dengan kain hitam yang nipis dan jarang. Ini membolehkan orang tersebut melihat sesuatu dengan bebas. Dan datuk macam tadi juga, berdiri dengan tenang. Sepasang matanya tetap menyorot setiap pergerakan orang yang berpakaian serba hitam di depannya. 


"Huuuhhhh..." 


Orang yang berpakaian serba hitam melompat ke udara, setinggi lebih dari sepuluh kaki dan akhirnya berdiri atas busut jantan untuk beberapa minit sebelum melompat dan berdiri di depan datuk. 


Orang yang berpakaian serba hitam segera menghulurkan tangan untuk bersalam. Saya lihat datuk seperti keberatan untuk menyambut salam yang dihulurkan. Dan orang itu seperti memaksa agar datuk menyambut salamnya. Dia cuba berusaha menyambar telapak tangan datuk. Macam tadi juga, datuk terus mengelak. Ternyata perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahannya. 


Kalau tadi dia menghulurkan tangan untuk bersahabat. Kali ini dia melepaskan penumbuk sulung yang kencang ke arah datuk. Datuk berjaya mengelak danorang yang menyerang terbabas kedalam rumpunan pepokok kecil. jatuh terduduk di situ dan dia bangun dengan pantas lalu menyerang datuk dari arah kiri. Datuk tidak dapat mengelak.



Satu tendangan yang padu dan tajam singgah di rusuk kiri. Datuk tersungkur dan bergolek kebumi menahan rasa sakit sambil mengerang. Saya jadi terharu melihat apa yang datuk alami. Tetapi, saya tiada daya untuk menentang orang yang berpakaian serba hitam. Orang itu bukan lawan saya. 



 Di saat datuk menahan rasa sakit, orang yang berpakaian serba hitam tidak mahu melepaskan peluang untuk menamatkan riwayat datuk. Dia segera melompat untuk menghentakkan sepasang kakinya ke dada datuk. Ternyata apa yang di rancangkan oleh si baju hitam dapat dibaca oleh datuk. 


Dengan pantas datuk menggolekkan tubuhnya di bumi, ligat macam gasing menuju ke arah kaki si baju hitam yang mahu memulakan lompatan. Kaki kiri  si baju hitam (di bahagian buku lali) disambar oleh datuk lalu dipulas dengan sekuat hati. Si baju hitam tidak dapat mengimbangi badannya. Terumbang ambing macam sabut dilambung ombak. Akhirnya dia tersembam ke bumi. 


Dengan sedaya upaya datuk memeluk badan si baju hitam lalu melepaskan penumbuk ke arah perutnya. Saya terdengar suara pekikan dalam rasa senak yang amat sangat si baju hitam cuba menendang tubuh datuk. Ternyata datuk lebih cekap bertindak. Kain hitam penutup wajah segera di rentap dan dibuang oleh datuk ke dalam belukar. Datuk berhenti dari memeluk tubuh si baju hitam dan dia terus mencangkung di depan si baju hitam yang tewas.



"Kamu bukan lawan aku, pulanglah," kata datuk. 


Si baju hitam yang tewas segera duduk bersila di tanah sambil merenung penuh dendam ke wajah datuk. Tanpa diduga dia melepaskan tendangan dari kaki kiri ke arah kemaluan datuk. Mujur datuk menepis tendagan itu lalu menangkap kaki kirinya. Datuk rentap ke kanan hingga si baju hitam menjerit kesakitan.


"Kamu bukan lawan aku," ulang datuk lagi.


"Ahhhh..." Si baju hitam bersuara dengan wajah yang amat pucat. 


Tanpa menunggu arahan dari datuk, saya terus mendekati si penyerang yang terbaring dengan keadaan terkangkang di bumi. Saya tatap wajahnya dan saya kira usianya sekitar 21-25 tahun. Air mukanya bersih macam orang bijak pandai. 


Dari raut mukanya, saya menduga dalam tubuhnya mengalir darah kacukan Melayu-Cina. Gerak matanya membayangkan dirinya seorang yang berotak cerdas. Ada tokoh untuk menjadi pemimpin dan pendekar.


"Kenapa kamu serang aku? Aku tak buat apa-apa dengan kamu?" Suara datuk meninggi, tangan si baju hitam segera di kilas hingga keris di tanganya jatuh ke tanah. 


"Cakap kenapa kamu serang aku?" Desak datuk.


"Ada orang yang suruh," katanya tercungap-cungap. Tangan yang dikilas segera datuk lepaskan. dan keris yang tersadai di bumi segera datuk ambil. Dengan tenang datuk menatap luk dan besi keris yang hulunya dibuat dari gading gajah dalam bentuk paruh burung lang (helang).


"Duduk," kata datuk


Si baju hitam yang terbaring di bumi merasai dirinya dalam bahaya. Dia segera akur dengan cakap datuk. Terus duduk mencangkung. Di wajahnya terpamer seribu penyesalan.


"Jangan bunuh saya," rayunya


"Aku tak bunuh kamu tapi, kamu mesti berterus terang dengan aku." 


"Maksudnya." 


"Mudah saja, kamu beritahu aku siapa yang suruh kamu buat semuanya ini," soal datuk lalu duduk bersila disisinya. Cara datuk duduk nampak kemas sekali. Sengaja datuk berbuat demikian sebagai persediaan. Kalaiu si baju hitam membuat olah dengan senang dapat melepaskan buah silat.


Si baju hitam termenung sejenak. Dia kerutkan dahi sambil melepaskan beberapa keluhan. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang yang bergolak dalam dadanya. Si baju hitam renung kiri, renung kanan. Nampak resah semacam. 


"Saya tak boleh tunaikan permintaan awak," dia bersuara.


"Sebabnya?" Soal datuk.


"Kalau saya dengar cakap awak, ertinya saya langgar sumpah. Saya tak boleh langgar sumpah," tutur si baju hitam tersangkut-sangkut bersama dengan wajah yang sangat hiba sekali.



"Kalau kamu langgar sumpah macam mana?" Tanya saya dengan mengejut. Datuk pun melemparkan kerlingan amaran yang tajam untuk saya. Seolah-olah memberi amaran supaya jangan turut campur dalam urusannya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menundukan kepala sebagai tanda minta maaf atas keterlanjuran ang dilakukan. 


JAWAB


Sebelum menjawap pertanyaan yang saya kemukakan, anak muda merenung ke langit. Dia lihat awan gemawan petang yang bergerak lemah. Dia juga melihat beberapa ekor gagak berterbangan di atas kepalanya sambil berbunyi dengan agak nyaring. Si baju hitam benar-benar berada dalam cemas. 


"Sekarang kamu terang dengan jujur, apa akibatnya bila melanggar sumpah," datuk mendesak. 


"Saya muntah darah. Dalam seminggu saya terus mati. Tolong jangan paksa saya langgar sumpah," rayu si anak muda itu. 


Saya lihat datuk jadi serba salah, termenung untuk beberapa saat. mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Datuk tidak mahu kerana dirinya, si baju hitam akan menerima padahnya. saya pun diamuk keresahan, Memang tidak diduga begini jadinya.  Saya kira setelah berjaya mengatasi halangan yang mencemaskan, perjalanan selanjutnya akan aman dan selesa. 


"Begini saja, kamu terangkan pada aku, siapa yang suruh kamu buat kerja ni. Cakaplah, kalau ada apa-apa hal aku bersama kamu. Aku jadi galang gantinya. Aku tak biarkan kamu kesaorangan," datuk memberikan harapan dan janji. Tetapi, si baju hitam masih ragu-ragu dengan janji itu. 


"Awak tak akan berjaya melindungi saya. Saya tetap dimakan sumpah, saya tetap mati." si baju hitam mula menangis. Dari perlahan -lahan terus meraung sekuat hati. 


Datuk segera memaut bahu si baju hitam sambil menekan ibu jarinya pada salah satu urat di sendi bahu kiri si baju hitam. Dengan serta merta si baju hitam berhenti menangis. Wajahnya yang pucat bertukar menjadi merah. Dari sedih bertukar menjadi garang, penuh dengan dendam kesumat yang amat sangat. 


"Benar-benar awak mahu menolong saya," si baju hitam menjegilkan biji mata ke arah datuk. Macam tadi juga, datuk terus anggukkan kepala. 


"Awak bersedia menghadapi kematian?" tanya si baju hitam .


"Bersedia," jawap datuk



Si baju hitam gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Tumitnya ditekan ke bumi sehinga berlubang. Semua gerak-geri yang diperlihatkan itu diperhatikan oleh datuk dengan terperinci. 


"Awak banyak ilmu dunia," tanyanya lagi. 


Datuk gelengkan kepala. 


"Kalau awak tak ada semuanya tu, bagaimana awak mahu melawan mahaguru aku," si baju hitam makin bingung. 


"Aku mohon pertolongan pada Allah." 


Si baju hitam yang kebingungan itu tiba-tiba senyum sinis. Dia geleng kepala beberapa kali, membayangkan rasa kurang yakinnya atas kemampuan datuk.



"Pak Aji, Pak Lebai, Pak Imam, Tuk Kadi, guru agama semuanya kalah, tak ada doa yang boleh melawan ketua saya." si baju hitam bersuara penuh rasa bangga. Dia seolah-olah memperolehi kekuatan baru untuk menghadapi apa tindakan dari datuk. 


"Saya tak mahu langgar sumpah, saya mahu hidup lama," tuturnya sambil mengepal-ngepal penumbuk. 



"Hei, dengar sini, mahaguru kamu tu bukannya Allah yang boleh menentukan panjang pendek umur sesaorang," sahut datuk sambil sepasang matanya mengawasi gerak kaki si baju hitam.



"Saya tak mahu langgar sumpah," jerit si baju hitam dengan sekuat hati. Dia menunjukkan sikap aggresif



"Saya tak rela," katanya lagi. Nada suaranya tetap tinggi dan keras. Datuk terus membisu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. datuk bagaikan terpukau dengan jeritan dan tindak-tanduk si baju hitam.



"Saya tak rela," dia mengulangi perkataan yang sama untuk kali yang ketiga.  Saya terkejut, bila melihat si baju hitam bagaikan mendapat kuasa tertentu hingga boleh melompat melebehi paras pucuk pokok yang terdapat di situ. Dia kelihatan seperti terbang di udara  dengan kedua belah tangannya terbuka, macam kepak burung helang. Suara jeritannya terus menguasai kawasan sekitar.



SIAP



Datuk menyuruh saya siap sedia. pada hematnya, besar kemungkinan si baju hitam yang sedang naik darah itu akan bertindak melulu menyerang apa saja. Saya segera berlindung dalam rumpunan pokok senduduk. Datuk tidak berubah tempat dan bersedia menanti serangan dari si baju hitam.



Setelah beberapa minit berada di udara, si baju hitam kembali memijak bumi. Reranting yang kena sentuhan kaki dan tangannya terus bergoyang dan dedaun pun berguguran. Si baju hitam yang mendapat semangat baru lagi sekali mengatur langkah untuk melakukan serangan terhadap datuk. Ia pun angkat kaki kanan  dan menghala penumbuk lalu menerpa ke arah datuk.



Aneh, langkah dan serangan yang diatur terus terhenti. Kenapa si baju hitam tidak meneruskan tindakan selanjutnya ? Rupa-rupanya datuk memaca sepoptong ayat dari al-Quran untuk melemahkan gerak anggotanya. Saya lihat si baju hitam jadi lemah, tidak mampu angkat tangan dan  kaki. Dia terus kaku di situ, macam patung, cuma kelopak matanya yang terkebil-kebil.



Dengan cepat datuk menerpa ke arahnya. Datuk pun meletakkan ibu jari kanan ke pangkal dagunya. Perlahan-lahan datu tekan ibu jari hinga menimbulkan bekas di  pangkal dagu  si baju hitam. Setelah tiga kali berturut-turut datuk hembus muka si baju hitam, barulah saya lihat si baju hitam bertenaga kembali. Boleh menggerakkan tangan dan kaki.



"Sekarang aku tak mahu bertolak ansur dengan kamu lagi. Kalau tak beritahu, siapa ketua kamu, aku cekik kamu kemudian aku gantung di dahan pokok itu," datuk segera menuding jari telunjuknya ke arah pokok petai,  "sekarang kamu pilih, kalau kamu tak beritahu, aku bunuh kamu. Kalau kamu langgar sumpah, kamu muntah darah. Seminggu lepas muntah darah kamu mati. Pilih salah satu, pada hemat aku kalau kamu langgar sumpah, kamu masih ada harapan untuk hidup," sambung datuk dengan wajah yang cukup serius.



Si baju hitam gigit bibir. Mungkin dia berada dalam dilema, tidak tahu yang mana satu harus dipilih. Saya lebih suka apa yang datuk ajukan. Dengan itu, tidak ada akan berlaku perkara yang tidak disenangi.



Saya terus gelisah kerana matahri semakin condong, tempat yang ditujui masih belum sampai. halangan dan rintangan juga belum tamat, kalaulah saya tahu jadi begini jadinya memijak bumi jambi, tidklah saya mahu mengikut datuk.



Jika ada sesiapa yang lalu di sini, pasti saya tahan. Saya minta orang itu membantu datuk tetapi, anehnya tak ada seorang pun yang lalu di jalan sepi ini.



Dalam kegelisahan itu, saya renung ke langit melihat awan petang yang bergerak lembut. Melihat beburung yang berterbangan. Saya renung ke arah dedaun yang bergerak lembut disentuh bayu.



"Kamu kata, kalau langgar sumpah ada harapan untuk hidup," dengan nada suara yang lemah si baju hitam bertanya.



"Iya," datuk anggukan kepala.



Si baju hitam tunduk merenung bumi., kemudian perlahan-lahan dia angkat kepala hingga matanya bertemu dengan datuk.



"Cakap," sergah datuk.



Si baju hitam terkejut dan tergamam.



"Siapa suruh kamu jahanamkan aku," nada suara datuk kian keras. Sepasang biji matanya dijegilkan, tidak berkelip merenung wajah si baju hitam. Datuk membongkok lalu sepasang tangannya menepuk bumi tiga kali berturut-turut.



"Cakap, siapa suruh kamu datang ke sini. Cakap sebelum aku cekik kamu," kata datuk sambil menegakkan tubuhnya. Sepasang tangan dengan sepuluh jari terkembang diarahkan ke batang leher si baju hitam.



"Cakap sekarang," datuk maju dua tapak lagi hingga hujung jari jemarinya menyentuh kulit leher si baju hitam yang kelihatan cemas , tidak tahu apa yang harus dilakukannya.



"Siap suruh kamu, cakap!" datuk terus bersuara.



"Bomoh perempuan," katanya terketar-ketar.



"Bomoh perempuan," ulang datuk.



"Iya, " balasnya gagap.



"Siapa namanya." desak datuk .



"Nama sebenarnya Halijah tapi orang panggil dia bomoh Minah Supandi."



"Halijah Supandi," kata datuk.



"Iya, iya." balas si baju hitam dengan terketar-ketar.



Tangan yang dihalakan ke batang keher si baju hitam segera di jatuhkan oleh datuk, kembali dalam keadaan asal. datuk cekak pingang sambil mengkedutkan dahi, ada sesuatu yang datuk fikirkan. datuk senyum panjang.



"Sekarang kamu boleh pergi dan jangan ganggu aku," datuk segera memusingkan badannya membelakangi si pendekar muda untuk meneruskan perjalanan. Saya segera keluar dari tempat persembunyian.



"Aduh!"



Datuk segera menoleh kebelakang, dilihatnya si baju hitam tersembamke bumi.  Mukanya berlumuran darah. Sebelum datuk menghampirinya, datuk suruh saya keluarkan golok perak dari dalam beg. Dengan golok itu datuk tetak pucuk palas yang belum kembang. Pucuk palas itu datuk buka satu demi satu. Darah yang berlumuran di muka si baju hitam datuk hilangkan dengan pucuk palas. Datuk dudukkan si baju hitam.



HITAM



Saya lihat muka si baju hitam jadi hitam, di mula bernafas tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. Mula batuk tersangkut-sangkut tetapi tidak mengeluarkan darah. Dalam usaha mengurangkan beban yang ditanggung oleh si baju hitam itu, datuk suruh saya korek tanah untuk mengambil akar pokok petai, memetik daun keladi besar atau keladi gergasi untuk di jadikan bekas air.



"Kamu ambil air di tepi parit kecil, taruhkan akar petai, daun serunai laut, dan pucuk tapak  kuda campuran semua dengan air di dalam daun keladi," kata datuk. Perintahnya saya ikuti dan cara kebetulan dari tempat ssaya duduk itu terdapat parit kecil yang airnya mengalir perlahan-lahan menuju ke sungai  Batanghari. Ini memudahkan kerja saya. Semua barang-barang itu saya serahkan pada datuk.



Tanpa membuang masa barang-barang yang sudah bersatu dengan air datuk curahkan ke dada si baju hitam. Saya lihat si baju hitam meronta-ronta dan akhirnya terkapar atas tanah macam ayam kena sembelih, Bunyi nafasnya macam bunyi nafas kerbau.



"Biarkan dia di situ, sekejap lagi hitam dimukanya hilang dan dia pulih macam sediakala," ujar datuk penuh yakin. Saya anggukkan kepala . Bibir datuk saya lihat bergerak-gerak, entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak pasti. Lima minit sudah berlalu, si baju hitam masih terkaps dibumi. Saya jadi resah dan mula rasa bosan.



Saya tersenyum, bila saya lihat sepasang tangan si baju hitam mula bergerak-gerak, mencakar-cakar buli dan menarik apa saja didepannya. Datuk buat tidak tahu dengan perubahan ang berlaku terhadap diri si baju hitam.



Datuk masih macam tadi, tetap menggerak-gerakkan sepasang bibirnya, saya kira dia membaca ayat-ayat al-Quran.



Si baju hitam dengan saja terus duduk bersila. Benarlah seperti apa yang datuk katakan warna hitam di wajahnya sudah hilang. Dia tidak batuk lagi, nafasnya kembali lancar dan normal. Wajahnya nampak berseri dan si baju hitam pun segera bergerak ke arah datuk.



"Apakah aku selamat dari sumpah," tanyanya



"Dengan izin Allah, kamu tidak apa-apa."



"Tapi..."



"Tak ada tapinya, Allah berkuasa atas segala-galanya," datuk segera menerpa ke arah baju hitam. Disuruhnya si baju hitam itu bangun. Mereka bersalaman dan berpeluk-pelukan.



"Awak lindungilah aku," rayu si pendekar.



"Bukan pada aku minta perlindungan. Mintalah pada Allah. Dia Maha Mengetahui," datuk terus menepuk-nepuk belakang si baju hitam.



Di tengah-tengah suasana kemesraan dan keakraban itu, saya dikejut dengan angis si baju hitam. Dia kian erat memeluk tubuh datuk, bagaikan tidak mahu di lepaskannya. Datuk terus menepuk-nepuk belakangnya hingga tangisannya berhenti dengan sendiri.



"Begini saja, kamu ikut aku. Bila sampai di rumah keluarga aku nanti, kita boleh bercerita panjang," begitu cara datuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya, " di rumah nanti banyak perkara yang  mahu aku tanyakan kepada kamu terutama asal-usul kamu. Sebab-sebab ketua kamu mahu membunuh aku. Di sini bukan tempatnya untuk membunuh aku," sambung datuk lagi.



Mana mungkin si baju hitam mahu memenuhi pelawaan datuk, kalau permintaan itu dipenuhinya bererti si baju hitam mendedahkan dirinya dalam jurang bahaya. Demikian saya membuat kesimpulan.



"Saya setuju ikut awak."



Kata-kata yang diluahkan oelh si baji hitam membuat sepasang biji mata saya  terbeliak. Kesimpulan yang saya buat memang tidak tepat. Sungguh mengejutkan.


Kesediaan si baju hitam menerima pelawaan datuk menggambarkan yang dirinya mahu keluar dari dunia lama menuju ke dunia baru yang lebih luas dan terbuka. Barangkali Allah sudah memberikan dia cahaya keinsafan dan kebenaran, fikir saya sendirian.


"Kalau sudi marilah," ajak datuk.


Si baju hitam pun anggukkan kepala dan melangkah seiring dengan langkah datuk. Saya cuma mengekori mereka dari belakang.


PERAMAH


Si baju hitam rupanya seorang yang peramah, sambil berjalan dia bercerita kepada datuk tentang pengalaman masa kecilnya yang bersuka berlari di celah-celah pokok besar, melastik burung dan mandi di sungai.


"Sepanjang jalan ni memang tempat saya dan kawan-kawan berjalan-jalan dan kadang-kadang mencuri buah jambu orang," katanya.


"Sekarang kamu tak buat kerja macam tu lagi," tingkah datuk.


"Iya tapi..." si baju hitam tidak meneruskan percakapan.


"Tapi apa?, Desak datuk tana memberhentikan langkah kaki.


Si baju hitam tunduk  merenung permukaan bumi dipijaknya. Kerana tidak menjawap pertanyaan datuk dengan segera menimbulkan keraguan dan kesangsian dalam hati saya. Rasa mahu saya menyoal si baju hitam tetapi, kerana memikirkan perbuatan itu tidak disukai oleh datuk terpaksalah saya diamkan dalam hati.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box