SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA

Di tengah sinar matahari yang kian runduk itu saya terus menggosok pangkal hidung dua tiga kali.  Suasana yang diadapi membuat saya rasa marah dan geram. Kenapa datuk harus mengadakan undang-undang sendiri untuk saya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kenapa saya tidak boleh bertanya atau menyoal si baju hitam?


Di saat saya berjuang dengan perasaan, tiba-tiba datuk batuk kecil. Hati saya berdebar cemas. Anehnya si baju hitam  tetap macam tadi. Melangkah tenang sambil merenung bumi. Sesekali dia angkat kepala merenung ke arah pepokok yang terdapat di kiri kanan jalan tanah merah. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya dari saya. 


Matahari kian mengecil, angin bertiup lemah mengerakkan dedaun di hujung ranting. Tupai liar melompat dari dahan ke dahan. Beburung mula terbang rendah sambil berbunyi memanggil kawan-kawan supaya pulang ke sarang kerana sebentar lagi senjakala akan tiba. 


"Tuk," jerit saya.


Seekor monyet botak (dari kepala hingga ke paras pinggang tidak berbulu, Dari paras pinggang ke paras punggung bulunya berwarna merah dan ekor berwarna  hitam) bergayut di dahan sambil menyeringaikan giginya. Bersedia mahu melompat ke arah saya. Datuk dan si baju hitam berhenti melangkah. Merenung ke arah saya sebelum beralh merenung ke arah monyet botak. 


"Kita dalam bahaya," keluh si baju hitam.


"Jangan bimbang, pedulikan semuanya, kita jalan terus," ujar datuk lalu mengajak saya dan si baju hitam meneruskan perjalanan. 


"Tetapi," terucap kata keraguan dari si baju hitam. 


"Tak ada tapinya, kalau dilayan kita yang binasa, mari," datuk segera menarik tangan si baju hitam. 


Anehnya, monyet botak melompat dari dahan ke dahan mengikut arah ke mana kami melangkah. Si monyet botak bagaikan mengawasi apa yang kami lakukan. Suara jeritannya cukup keras menguasai seluruh kawassan sekitar. Bila saya menoleh ke arahnya, si monyet menunjukkan kemarahan yang amat sangat. Dengan gigi yang menyeringai bersedia untuk mengigit di mana-mana bahagian tubuh badan saya.


Bagi menenangkan perasaan dan mententeramkan hati, saya membuat keputusan tidak mahu merenung ke arah monyet botak. Saya tidak mahu ambil kisah tentang monyet botak. Mahu menjerit sekuat mana pun, jeritlah. Kalau mahu melompat setinggi mana pun, lompatlah. Tetapi, kalau dia menyerang, bagaimana? Pertanyaan yang muncul dalam hati secara spontan itu membuat kepala lutut saya terasa lemah. 


Kalau tadi saya hanya mengetahui ang monyet botak itu bergerak dari dahan ke dahan, di sebelah kiri jalan. Kini saya mula terdenganr bunyi monyet melompat dari dahan ke dahan di sebelah kanan jalan. Kalau tadi suara jeritan hanya dari seekor tetapi, kini bunyi suara jeritan itu kian bertambah. Saya tidak boleh mengawal perasaan  dan terus menoleh ke kiri dan ke kanan. 


"Tuk, semua pokok kiri kanan jalan penuh dengan monyet, macam mengikut langkah kita tuk," nada suara yang meninggi. Datuk dan si baju hitam renung ke kanan jalan manakal datuk renung ke sebelah kiri. 


"Kita tak boleh mengalah, mahu di ujinya kebolehan aku," datuk berkata sambil merenung ke arah saya dan si baju hitam dengan renungan yang tajam membayangkan rasa marah yang amat sangat. 


"Kamu berdiri di situ renung ke kanan, Tamar renung ke kiri. Belakang kamu berdua mesti bertemu, renung ke arah masing-masing, jangan ubah, jangan toleh kiri, jangan toleh kanan. Jangan tegur apa yang aku buat , bila aku kata 'selesai', kita semua melangkah macam tadi," datuk keluarkan arahan.


Saya dan si baju hitam anggukkan kepala dan segera mematuhi dengan apa yang datuk suruh datuk segera mengelilingi kami tiga kali berturut-turut. Suara monyet tetap kedengaran bagaikan suara orang bersorak. 


Selesai saja datuk mengelilingi kami, dia segera membongkok mengambil sehelai daun tua di hujung kakinya. Daun itu diramas-ramasnya hingga hancur menjadi serbuk. Dan serbuk daun itu dicampakkan ke kiri dan ke kanan jalan. Aneh, suara jeritan monyet segera berhenti. Datuk pun membuka langkah silat ang disebut SILAT MONYET BETINA yang banyak mengunakan gerak kaki kiri dan tangan kanan. Gerak dua anggota itu cukup pantas. 


RATUS


Kerana gerakan itu terlalu pantas,  datuk dilihat seolah-olah berdiri sebelah kaki. Tangan kanannya seolah olah menjadi beratus-ratus tangan. Tubuhnya menjadi lembut boleh dilentur, boleh di lipat untuk mengabui mata musuh yang mahu menyerangnya. 


Pada hemat saya,SILAT MONYET BETINA jarang di temui kini, malah dikatakan sudah pupus, tidak ada pendekar yang dapat mewarisi atau mempertahankannya untuk di warisi oleh generasi sekarang. SILAT MONYET BETINA itu dikatakan berasal dari daerah YUNAN (sebuah daerah di Republik Rakyat China) yang penduduknya agama Islam. 


Silat tersebut dibawa oleh para pengembang agama Islam ke daerah tersebut sekitar tahun 680 Masihi. Meurut ceritanya, para pengembang agama Islam itu  memanfaatkat silat tersebut, bila mereka di serang oleh pihak musuh yang ingin merampas harat benda mereka. Pada mulanya silat tersebut tidak dipanggil SILAT MONYET BETINA. ada nama lain. Begitu juga dengan geraknya. 


Bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat, ilmu mempertahankan diri itu dipinda atau diubah suai dengan suasana setempat. Berdasarka pada cerita tersebut , tidak keterlaluan kalau kita membuat kesimpulan bahawa ilmu mempertahan diri pada awalnya dimiliki oleh mubaligh Islam yang akhirnya diubah dengan pelbagai nama hingga menghilangkan identiti asal dari mana ilmu mempertahankan diri   itu bermula. 


"Tamar." 


Suara datuk yang meninggi itu membunuh apa yang berlegar-legar dalam kepala. Ubah renungna mata kamu ke arah aku. Tetapi, belakang kamu mesti bertemu dengan belakang kamu, mulakan langkah dari kiri," lanjut datuk lagi. Sambil bercakap itu datuk tetap mengatur langkah silat. Apa yang datuk sebut, segera dipatuhi.


Suasana sebenarnya bertambah gawat dan cemas. Semua monyet yang bergayut di pokok kiri kanan jalan ghaib dengan serta merta kecuali monyet botak. Dari dan terus melompat ke atas jalan berdepan dengan datuk. Tubuhnya yang tadi kelihatan kecil terus bertukar menjadi besar, sebesar kambing jantan (runduk)


Dalam sekelip mata saja, monyet botak itu menyerang datuk. Mujur datuk dapat mengelak. belum pun sempat datuk mencari kedudukan yang selesa, bagi mengemaskan kedudukannya , monyet botak menyerang lagi. Monyet botak juga saya lihat memperagakan silat. Pertarungan antara manusia dengan binatang ini ternyata kemenangan berada di pihak datuk .


Binatang mengunakan kekuatan sedangkan manusia mengunakan kekuatan dan akal. Tanpa menerima sebarang sepakkan datuk, penumbuk dari datuk, monyet botak keletihan. Datuk lebih banyak mengelak dan mengajak monyet botak menyerang dengan cara itu tenaga dan kekuatan monyet botak beransur lemah dan akhirnya keletihan, tergolek atas jalan. 


"Selesai," jerit datuk 


Saya dan si baju hitam segera kembali dalam keadaan asal (seperti sebelum didatangi monyet botak) untuk memulakan perjalanan menuju ketempat yang di hajati.


"Terlalu banyak halangannya," kata datu seperti merungut , masa itu saya dan si baju hitam sudah pun berjalan lebih dari dua puluh langkah mengekori datuk. Saya menoleh ke arah monyet botak yang terkapar di belakang. Saya dapati monyet itu sudah tiada di situ.


"Kamu menoleh ke arahnya dia sudah hilang," saya terkejut mendengar cakap datuk itu. Rupa-rupanya dia boleh mengesan apa yang saya lakukan. Walaupun dia tidak menoleh kearah saya. Inilah kebolehan datuk  yang saya kagumi. 


"Sebenarnya, sebelum kita mulakan langkah tadi si monyet tu dah ghaib. kamu tahu, itu monyet jadian. Mana ada monyet tak berbulu sekerat badan," lanjut datuk lagi. Saya dan baju hitam hanya anggukkan kepala. Demi keselamatan dan menghindarkan kebimbangan, jarak saya dengan si baju hitam sengaja saya dekatkan. Begitu juga dengan si baju hitam, dia sengaja mendekatkan dirinya dengan datuk sehingga menganggu langkah datuk. 


SAMAR 


Hari sudah beransur samar-samar. Saya tidak tahu berapa banyak lagi saya harus melangkah. Saya renung ke langit melihat awan serta sekawan keluang yang terbang tinggi. Badan yang berpeluh membuat saya tidak selesa berjalan. 


"Saya tahu, bila saya ikut awak, banyak rintangan yang awak terima," mendadak saja si baju hitam bersuara. 


"Kita hadapi bersama, kau mahu kamu jadi orang baik-baik," sahut datuk. 


"Mudah-mudahan hajat awak dikabulkan oleh Allah."


"Begitulah hendaknya." 

Datuk dan si baju hitam berhenti bercakap tetapi, kaki terus melangkah. Bunyi kicau burung mula berkurangan. Hati kecil saya masih mengharapkan, datuk mendesak si baju hitam supaya menjelaskan kenapa dia tidak meneruskan percakapan tentang dirinya dang kawan-kawannya yang suka mencuri buah jambu. Kerana tidak  ada percakapan yang berlaku antara kami bertiga membuat suasana agak sunyi. 


"Siapa nama kamu?" soal datuk. 


"Andi Kamarool, maafkan saya kerana tidak menerangkan nama saya kepada awak." 


"Tak mengapa. orang yang bermusuh tidak akan memberitahu namanya kepada lawannya, sekarang kita dah bersahabat, wajarlah aku bertanya begitu, kamu ni, aku anggap macam cucu aku," begitu tenang datuk bersuara. Si baju hitam segera menoleh ke arah saya sambil menghadiahkan senyuman persahabatan.


"Sekarang cuba kamu ingat, sebelum kejadian monyet botak menyerang kita ada  pertanyaan aku yang tak kamu jawab." saya jadi terkejut dengan pertanyaan yang datuk ajukan kepada si baju hitam. Pertanyaan diluar dugaan itu sebenarnya jawapan terhadap keraguan yang bersarang dalam hati saya. 


Si baju hitam mengerutkan kening, dia cuba mengingati sesuatu. Dua tiga kali dia meraba dan menggaru batang leher. Kemudian dia tersengih. Barangkali dia sudah dapat mengingati, apa yang datuk maksudkan. 


"Saya ingat." 


"Bagus, sekarang kamu jelaskan, aku nak dengar,"


Si baju hitam renung kiri kanan jalan. Tarik nafas dalam-dalam. Langkah kaki nya tetap macam tadi, debar di dada saya kian kencang, ingin mengetahui apa yang akan diucapkan oleh si baju hitam. 


"Saya cuma nak tanya, kerana saya rasa pelik. Macam mana awak berdua boleh lalu ikut jalan ini?" jawapan dari si baju hitam membuat saya dan datuk tersentak. Kami saling pandang memandang. bermacam-macam persoalan dan tanggapan muncul dalam kepala saya, akibat jawapan dari si baju hitam. Agaknya, datuk juga terfikir seperti yang saya fikirkan. hati saya mula tidak aman. 


"Kenapa kamu tanya hal macam itu, Andi?" 


Si baju hitam tersenyum. 


"Kenapa kamu tersenyum!" sergah datuk.


"Jalan ni sudah berbelas-belas tahun tidak di gunakan oleh orang-orang di sini.  Ada jalan baru yang elok, tidak merbahaya, kenapa tak ikut jalan tu," suara si baju hitam lembut penuh sopan. 


Datuk berhenti melangkah dan merenung ke arah saya. kerana datuk berhenti secara mengejut, si baju hitam jadi tercengang-cengang.


"Kenapa?" Tanyanya cemas. 


"Tak ada apa-apa, cuma aku nak beritahu kamu. Sengaja kami pilih jalan ini, kami tak suka jalan baru, bagi kami jalan lama banyak kenangan dan seronok untuk kami lalui," datuk memberi alasan (sebenarnya datuk berbohong) sambil tersenyum ke arah saya dan si baju hitam. 


"Begitu, tapi jalan lama  merbahaya," tingkah si baju hitam.


"Merbahaya? Maksud kamu," saya lihat datuk gigit bibir. Si baju hitam renung ke langit, renung kiri dan kanan jalan. Macam ada sesuatu yang dicari dan di curigai.


TANGKAP 


Datuk dapat menangkap keresahan dalam diri si baju hitam. Dia pun menepuk bahu kanan si baju hitam sambil memberikan isyarat supaya meneruskan langkah yang berhenti. Saya tetap macam tadi, sentiasa cemas dan tidak mengizinkan saya berada dalam jarak agak jauh dengan si baju hitam. kalau boleh mahu rasanya jalan beriringan.


"Andi," suara datuk merendah. 


"Iya, ada apa?" 


"Kalau kamu rasa tak sedap hati, terus terang dengan aku, jangan simpan dalam hati," lanjut datuk kerana dia mula menyedari yang si baju hitam mula rasa gelisah. Sering sahaja merenung ke udara dan menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Kami terus melangkah, saya kira tidak berapa lama lagi sampailah ke tempat yang dituju. 


"Saya nak beritahu satu hal...," si baju hitam bersuara. 


"Apa dia?" Sanggah datuk .


"Sejak jalan ini tak digunakan oleh penduduk kampung, macam-macam cerita timbul. Jalan ni dijadikan laluan manusia yang mengamalkan ilmu batin. Pada mulanya dikuasai oleh Pawang Ali, bila Pawang Ali mati bertukar kepada Dukun Sumbing, orang Batak. Dukun sumbing muntah darah dan berak darah kerana kalah berlawanan ilmu kebatinan dengan Bomoh Munah Supandi," si baju hitam berhenti bercerita. Dia menarik nafas dalam-dalam dan berusaha mendekatkan tubuhnya dengan tubuh datuk. Langkah mereka hampir mahu berlaga. 


"Itu saja ceritanya Andi." 


"Ada lagi." 


"Kalau ada teruskan."


"Selepas Dukun Sumbing mati, Bomoh Minah Supandi terpaksa berdepan dengan tiga orang bomoh lain. Semua bomoh tu dapat dikalahkannya. Bomoh yang kalah tu, dipotong lehernya. darahnya diambil untuk diminum oleh anak muridnya. Badan bomoh yang kalah tu dikerat dua belas dan di tanam di bawah busut jantan." 


"Busut jantan tempat kamu melompat tadi," potong datuk. 


"Iya." 


"Kamu minum darah manusia?" Risik datuk lagi. 


"Tidak, belum sampai giliran saya. Giliran saya ialah minum darah awak," turut si baju hitam dengan tenang. 


Saya terkejut mendengar cerita itu. darah saya tersirap dan badan saya mula mengigil. Hal-hal yang buruk mula terbayang dalam kepala saya. Patutlah, dia berusaha mendekatkan dirinya dengan datuk. Rupa-rupanya dia ada maksud untuk membunuh datuk.


Anehnya, datuk tidak merasa tergugat atau cemas dengan apa yang dituturkan oleh si baju hitam. Walaupun si baju hitam secara terang-terang menyatakan dia mahu minum darah datuk.


"Jadi, kamu sekarang mengidam darah aku," kata datuk sambil ketawa kecil. Saya cuma senyum tetapi, si baju hitam gelengkan kepala."


Tidak, saya tak berniat macam tu. Saya nak buang semua yang jahat." 


"Bagus, kalau itu cita-cita kamu, sekarang jangan cerita atau sebut tentang hal bomoh tu. Kalau ada niat simpan saja dalam hati," cukup tenang datuk bersuara. 


"Kenapa?" Si baju hitam ingin tahu.


"Sampai kerumah nanti, kau cerita," jawab datuk.


NYAMUK


Saya mula terasa nyamuk menyerang telinga kanan saya. Semuanya itu tidak saya hiraukan, langkah kami semakin cepat. Masing-masing mahu sampai ke tempat yang di tuju. Hari bertambah samar, sayup-sayup terdengar suara ungka di kaki bukut memanggil kawan-kawan pulang. 


"Kalau tak silap pengagak saya, kira lima rantai lagi sampailah kita ke kawasan kampung, cuba lihat tu ada asap orang kampung membakar sampah," si baju hitam bersuara. Jari telunjuknya menuding ke arah kepulan asap yang nampak berbalam dalam suasana samar menjelang senjakala. 


"Aku pun fikir macam tu juga," sahut datuk. 


Dialog yang diucapkan oelh datuk dan si baju hitam amat mengembirakan hati saya. Tanda-tanda pengembaraan yang amat menyeksakan ini akan berakhir. Saya sudah tidak mampu mahu melangkah lebih jauh lagi. 



Sayup-sayup kedengaran bunyi terkukur dan merbuk peliharaan tingkah meningkah. "Kita dah dekat nak sampai Tamar," datuk menoleh ke arah saya. Kata-kata itu saya sambut dengan kegembiraan.



Setelah melepasi dua kawasan yang berbukit kecil , kami berdepan dengan kawasan lapang yang agak tinggi, seluruh kawasan itu di  tanam dengan pokok tebu, betik pisang, ubi kayu, ubi keledek dan berbagai-bagai lagi jenis tanaman yang biasa di tanam dalam kawasan berhampiran perkampungan.


Setelah melalui kawasan tanaman tersebut, kami berdiri di hujung tanah tinggi merenung ke bawah, ke arah kawasan perkampungan yang agak luas. Kami dapat melihat masjid yang di kelilingi berbelas-belas rumah.


"Tamar." 


"Iya tuk."


"Mari dekat aku, begitu juga aku Andi." 


Saya segera mendekati datuk. Berdiri di sebelah kirinya dan si baju hitam berdiri di sebelah kanannya. Di wajah datuk terbayang kepuasan dan kebanggaan yang amat sangat. 


"Kau lihat Tamar," datuk menuding jari telunjuknya ke arah kawasan perkampungan, " itulah kampung nenek moyang aku, di rumah besar sebelah kanan masjid itulah, aku dilahirkan," sambut datuk. 


Aku renung ke arah masjid yang datuk maksudkan. Rumah besar di kanan masjid kelihatan masih kukuh. Ada kumpulan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun bermain gasing. 


"Ini juga kampung halaman saya tapi, sudah lama saya tinggalkan, saya tak tahu apa khabar emak dan bapa saya, adik beradik saya. Kaum keluarga saya," sampuk si baju hitam. Mulut datuk terlopong, barangkali terkejut dengan pengakuan si baju hitam.


"Sejak bila kamu tak balik ke sana?" tanya datuk.


"Sejak saya jadi pengikut Minah Supandi."


"Hummm..." suara datuk terkulum, " agaknya aku kenal kedua orang tua kamu. Orang tua kamu memang anak jadi kampung ni," sambung datuk lagi. 


"Orang tua saya asal dari Sulawesi, di Ujung Padang, jelas si baju hitam. 


"Tapi sudah lama menetap di situ." 


"Agaknya begitulah," si baju hitam tersenyum. 


"Tak kira di mana berasal sama ada dari Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Kalimantan kita semua adalah serumpun. Agama sama, ada budaya sama, bahasa pun hampir sama," ujar datuk sambil menatap sepasang biji mata si baju hitam. Datuk menepuk bahunya dua tiga kali. 


Saya tersenyum,  datuk sudah dapat menerima si baju hitam menjadi sebahagian dari kerabatnya. Semoga selepas ini, si baju hitam tidak akan memperlakukan atau memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh membuat datuk dan saya merasa curiga terhadap dirinya. 



"Mari kita ke sana,"


Datuk menarik tangan saya dan si baju hitam. Kami pun mula melangkah menurun cerun bukit dengan hati-hati. Di antara kami bertiga, ternyata langkah datuk sungguh bersemangat dan ancak sekali.


Sebaik saja kami masuk ke kawasan kampung tercium bau sampah yang dibakar. Suara kanak-kanak jelas kedengaran begitu juga dengan suara burung terkukur dan merbuk peliharaan sahut-menyahut. Suara kerbau menguak dan suara lembu mengemuh. Kami terus masuk ke tengah kampung bagaikan pahlawan pulang dari medan juang.



"Assalamualaikum, mahu ke mana," seorang lelaki mncul dari rumpun pisang dengan parang panjang ditangan. matanya merenung wajah datuk.



"Mualaikum musaallam saya...," jawap datuk.



"Kamu Mat Diah," jerit lelaki itu memotong cakap datuk. Parang panjang dicampaknya ke tanah. Dia menerpa lalu memeluk datuk dengan erat sekali, "kamu balik, patut dua hari lalu mata kanan aku sebelah atas berkedip pagi, berkedip petang rupanya nak tengok orang jauh," riang benar suara lelaki yang saya kira usianya jauh lebih tua dari datuk. Kening dan rambutnya sudah putih. Begitu juga dengan janggut dan jambang tetapi, dia kelihatan gagah. Air mukanya bersih. Penglihatannya cukup terang, nada suaranya keras bertenaga. 



LANGKAH



Dari apa yang saya lihat ternyata orang tua itu, bukan tua sebarangan. Tua berisi ilmu dunia dan akhirat. Atur langkah dan gerak tangannya membayangkan yang dirinya memiliki ilmu mempertahankan diri yang tinggi. 



"Kamu tak kenal aku? Belum pun sampai lapan puluh tahun dah lupa," sambung orang tua itu bila melihat datuk terkebil-kebil mecam mengingati sesuatu, 



"Saya ingat-ingat lupa, kalau tak silap saya Haji Bagus," kata datuk ragu-ragu. Orang tua itu tersenyum. 



"Betullah tu, kita ni saudara dua pupu dari sebelah ayah kamu," orang tua itu terus menepuk-nepuk bahu datuk, " mari ke rumah aku dulu, hari dah senja tak usah pergi ke rumah lama," sambung orang tua itu. Dan datuk patuh dengan permintaannya.



"Rumah pusaka tu,  terbiar begitu saja  ke abang aji, " datuk bertanya sebaik saja memijak anak tanga pertama rumah haji Bagus. Haji Bagus tidak menjawab. Dia hanya tersenyum saja dan menyuruh orang rumah membuat kopi. Dia juga memerintahkan telaga (tempat mandi) di kosongkan untuk memberi lalun kami bertiga mandi dulu. Maklumlah waktu maghrib hampir tiba. 


Kerana kedudukan masjid dengan rumah Haji Bagus tidak jauh, kami masih ada kesempatan untuk menikmati air kopi panas yang disediakan oelh orang rumah Haji Bagus. 


"Saya bagi air suam," kata datuk sebaik Haji Bagus meletakkan cawan kopi di depannya. Haji Bagus renung sepasang biji mata datuk dengan renungan yang luar biasa. Renungannya cukup tajam sampai ke jantung hati dan ruang fikir datuk. Lebih tepat dengan renungan makrifat.


"Saya ikhlas, saya tak berapa suka kopi, beri saya air suam," nada suara merendah. Haji Bagus segera meletakkan cawan kopi ke dada talam kembali. Haji Bagus memegang pergelangan tangan datuk sebentar. 



"Aku percaya dengan cakap kamu," kata Haji Bagus sambil tersenyum. Dia segera menyuruh orang rumahnya membawa segelas air suam. Arahan Haji Bagus segera ditunaikan.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box