SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK

Beduk di masjid pun dipalu orang, tidak lama kemudian suara azan maghrib bergema ke seluruh kampung. Kami segera bangun. Haji Bagus bergeas ke ruang dapur. Tidak lama kemudian dia kembali menemui kami.



"Saya dah suruh orang rumah masak lebih, saya suruh sediakan makanan yang sedap untuk kamu semua," Haji Bagus renung muka saya dan si baju hitam.



"Niat nak bermalam di rumah lama," celah datuk sambil ketawa.


"Begitu, walau macam mana pun makan malam di rumah saya dulu," terdengar nada suara Haji Bagus bersahaja. Datuk tersenyum sambil menggosok hujung hidungnya berkali kali. Kami pun menuju ke muka pintu, si baju hitam turun dulu, diikuti oleh saya, datuk dan diakhiri oleh Haji Bagus. Azan terus bergema.


"Dimana kamu jumpa budak baju hitam tu, kalau tak silap aku kenal dia. Budak tu dah lama ghaib dari sini, katanya menuntut ilmu batin dengan Munah Supandi, bermacam ikhtiar dibuat oleh emak bapanya, dia tak juga mahu balik. Tiba-tiba dia mengikut kamu pula Mat Diah," suara bisikan Haji Bagus ke telinga datuk dapat saya dengar agak jelas.



"Nanti lepas sembahyang Isyak, lepas kita makan boleh saya cerita. Panjang ceritanya," itu jawapan yang datuk berikan. Ternyata jawapan itu amat menyenangkan Haji Bagus. Buktinya, dia tidak mengemukakan pertanyaan selanjutnya.


KERUMUN


Malam itu, selesai sembahyang maghrib dan isyak, datuk dikerumuni oleh para jemaah yang kebanyakan usianya lebih tua ari datuk, dan yang seusia dengan datuk ada kira-kira lima enam orang saja. 



Para remaja yang muda buat tidak kisah dengan apa yang berlaku di masjid. Mereka tercengang dan berbisik sesama sendiri sambil melemparkan renungan yang sinis ke arah datuk. Tindak tanduk para jemaah muda itu dapat dikesan oleh Haji Bagus.



"Orang ni, anak jati kampung ni. Berpuluh-puluh tahun duduk di Tanah Melayu. Arwah orang tuanya mewakafkan tanahnya untuk mendirikan masjid tempat kita berjemaah, orang tuanya juga mewakafkan tanahnya untuk dijadikan kubur," kata-kata Haji Bagus itu membuat para jemaah muda buka mata. Mereka merenung ke arah datuk dengan penuh rasa kagum. 


"Rumah besar sebelah masjid yang selalu kita gunakan untuk majlis nikah kawin, berkhatan dan macam-macam lagi majlis....," secara mendadak saja seorang tua turut bersuara dari arah kanan saya. Semua biji mata tertumpu ke arah lelaki tua itu. 


"Dia beranak di situ, rumah dan pinggan mangkuk yang kita gunakan bila kenduri kendara milik orang tuanya yang diwakafkan untuk kita semua. Dia balik ke kampung macam berdagang di rantau orang, ada tanah, ada rumah tapi bukan haknya," sambung orang itu penuh semangat. Datuk hanya gelengkan kepala.



"Saya balik ke sini kerana saya rindukan pada kampung laman, rindu pada saudara-mara, terutama golongan tua yang ada pertalian darah dengan saya," secara mengejut datuk bersuara. Semua yang ada dalam masjid anggukkan kepala.



"Budak yang pakai baju hitam, seluar hitam, ada hubungan apa dengan awak," tanya seorang anak muda dalam lingkungan usia tiga puluhan. 


"EH, berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua," sergah haji kepada anak muda itu, "dia cucu saya, tak suka saya tengok dia biadap begitu dengan orang tua," tambah Haji Bagus, bila dia melihat datuk terpampan dengan tindak tanduknya. 


Penjelasan yang diluahkan oleh Haji Bagus membuat datuk menarik nafas panjang. Membayangkan kelegaan yang amat sangat. 


"Maafkan saya," kata cucu Haji Bagus dengan wajah sedih. Datuk segera mendekatinya, dua tiga kali datuk gosok belakang cucu Haji Bagus.


"Aku maafkan kamu," bisik datuk ke telinganya, " orang muda jangan cepat naik darah. Kalau cepat naik darah, nanti ramai musuh dari sahabat," tambah datuk, anak muda mulut celupar terus anggukan kepala.


"Terima kasih kerana nasihat yang berguna," kata anak muda itu sambil merenung lantai masjid.


Para jemaah mula bercakap sesama sendiri. Mereka memuji anak muda mulut celupar yang mahu mengakui kesilapan sendiri.


"Untuk pengetahuan jemaah semua, budak ini...," datuk menuding jari telunjuk ke arah si baju hitam, " ... dia tiada pertalian darah dengan saya tapi, dia adalah sahabat seagama dengan saya. Cerita bagaimana saya berkenalan dengannya, rasanya tidak elok saya ceritakan di sini. Walau apapun, dia adalah saudara Isalam tuan-tuan semua," sambung datuk dengan wajah yang tenang dan di akhiri dengan senyum. Semua wajah para jemaah berada dalam bola mata datuk.


"Tak apalah, kalau begitu kita lupakan saja," terdengar suara seorang jemaah. 


"Saya bersetuju, eloklah kita bersurai," sahut yang lain.


"Saya tak puas hati, kalau tidak di terangkan dengan sebenar," tingkah yang lain pula. 


Saya lihat datuk resah semacam. Sudah ada dua kumpulan yang berbeza pendapat didalam masjid yang berpunca dari rasa tidak puas hati.


Jika perkara ini di biarkan tergantung (tanpa penyelesaian) pastikan akan menimbulkan hal yang tiada diingini. Mungkin ada yang menaruh prasangka yang buruk terhadap saya dan datuk. Saya kira datuk tidak akan membiarkan bengkak menjadi bisul. 


RAMALAN


Ternyata ramalan saya tidak meleset. Datuk berbisik sesuatu pada si baju hitam. Selesai saja datuk berbisik, si baju hiam melangkah ke depan. Berdiri di tengah-tengah jemaah. Saya lihat ada jemaah yang tercengang-cengang, malah ada yang merenung pintu masjid. 


Barangkali sebagai persiapan untuk lari, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Si baju hitam bagaikan mengetahui apa yang berada dalam hati para jemaah. Dia pun menghiasi wajah seriusnya dengan senyum. Haji Bagus tetap berhati-hati dan melihat gerak-geri su baju hitam dengan  penuh teliti sekali. 


"Apa yang dikatakan oleh orang tu memang benar. Kami tidak ada pertalian darah keluarga. Tetapi, kami mempunyai ikatan saudara seIslam yang cukup kuat" dengan tenang si baju hitam memulakan percakapan, " saya tahu apa yang ada dalam hati perut tuan-tuan semua. Tuan-tuan yang ada di sini kenal saya, kalau tak kenal saya tapi kenal ibu bapa saya, saudara-mara yang lain," sambung si baju hitam. Di bawah sinar lampu gasoline, dia menatap wajah para jemaah. Bagaikan minta simpati.


"Malah ada kawan-kawan yang sama-sama main gasing dengan saya di dalam masjid ni, buat tak kenal dengan saya. Sebabnya saya jahat, Menuntut ilmu dengan bomoh wanita. Kerana malu emak bapak saya tinggalkan kampung ni....." si baju hitam tidak meneruskan ucapannya. Wajahnya nampak sedih sekali. 


Dia tundukkan muka renung lantai masjid. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menelan air liur. Semua yang ada dalam masjid terdiam dan berpandangan sesama sendiri. 


"Tahukah tuan-tuan, saya disuruh oleh tuk bomoh membunuh orang ini," jari telunjuk si baju hitam menghala ke arah batang tubuh  datuk. Ada yang gelengkan kepala sambil mengucap panjang. Datuk tersunyum sambil anggukkan kepala membenarkan apa yang dikatakan oleh si baju hitam.


"Tetapi, ilmu yang ada pada diri saya belum cukup, dikalahkan dengan cara zahir dan batin. Saya terpaksa ikut dia dan berjanji untuk jadi orang baik-baik. Saya nak bertaubat. Kalau tuan-tuan semua sangsi dan masih renung serong dengan saya, susahlah saya. Dengan perkataan lain, tuan-tuan mahu selama-lamanya saya berkawan dengan iblis. Dimanakah letak dan rasa tanggongjawagb seorang Islam, jika tidak sanggup memberi maaf dan bimbingan kepada orang Islam yang sesat untuk kembali ke jalan Allah," nada suara si baju hitam agak tinggi. Dia merenung ke arah datuk. 


"Orang ini memberitahu saya," lagi sekali jari telunjuk si baju hitam menuding ke arah datuk, " katanya, Allah amat sayang kepada orang yang sedar dan mahu mengaku kesilapan sendiri. Ajaran Islam tidak menolak pengikutnya yang mahu memilih jalan yang baik," sambung si baju hitam. Saya lihat dia tersedu. Datuk menepuk bahu kirinya meminta dia bertenang. 


"Sabar, kalau mereka tidak mahu menerima kamu, ada kampung lain yang mahu menerima kamu. Bukankah Islam itu berada di mana-mana, anggaplah ini cubaan pertama kamu," anak telinga saya masih dapat mendengar suara datuk berbisik dengan si baju hitam. Dengan segera si baju hitam panggungkan kepala. Dia senyum ke arah para jemaah. Dia bagaikan mendapat kekuatan baru.


"Sekarang semua sudah jelas, terimalah dia kembali. Kita tunjukkan kepadanya jalan yang harus di laluinya, sesuai sebagai seorang Islam," secara mengejut datuk bersuara. Saya perhatikan orang yang berada dalam masjid diam terpaku. 


SALAM


Paling mengejutkan saya, tanpa diminta atau disuruh para jemaah mengerumuni si baju hitam. Bersalaman sebagai tanda persaudaraan seagama. Malah ada yang secara terang-terangan bersedia melupakan perbuatan si baju hitam terhadap diri mereka. Masing-masing mengharapkan si baju hitam segera bertaubat. 


"Syukurlah, kamu sudah sedar," seorang tua dalam lingkungan tujuh puluhan memeluk si baju hitam. 


"Dulu aku nasihatkan kamu, kamu marahkan aku. Kamu ajak aku berlawan. Sekarang kamu sendiri dapat buat kesimpulan samada nasihat aku dulu betul atau silap," sambung lelaki tua itu lalu melepaskan sepasang tangan yang memeluk si baju hitam. Akhirnya, semua para jemaah meninggalkan masjid.


Tanpa diduga, beberapa orang jemaah yang ada pertalian darah keluarga dengan Haji Bagus dan datuk, turut mengiringi kami pulang ke rumah Haji Bagus. Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian, mungkin diluar pengetahuan saya, Haji Bagus memang ada menjemput mereka. 


Walau apapun, kedatangan sebilangan kecil para jemaah itu memaksa isteri Haji Bagus menyediakan makan malam lebih daripada yang di hadkan. Sesungguhnya, malam itu keadaan rumah Haji Bagus bagaikan kenduri kesyukuran.


Haji Bagus terpaksa bertungkus lumus membantu isterinya membawa dan menyusun hidangan. Melihat kepada keadaan hidangan yang disusun, saya kira isteri Haji Bagus bagaikan tahu yang suaminya akan mengundang tetamu. Bila hidang sudah lengkap tersedia, Haji Bagus meminta datuk membaca doa selamat. Permintaan itu segera di patuhi oleh datuk. 


"Silakan, kita makan apa yang ada sikit sama sikit," kata Haji Bagus sebaik saja datuk selesai membaca doa.


"Langkah kanan kita malam ni, hajat hati nak bertanya keadaan saudara mara kita di Perak, tiba-tiba dapat nasi pula," salah seorang tetamu bersuara, matanya melirik tajam ke arah hidangan yang tersedia.


"Tuah orang, rezeki kita," sahut yang bersongkok baldu merah, memakai baju melayu potongan teluk belanga, berkain pelikat dengan corak kotak besar. 


"Musuh jangan dicari, rezeki jangan di tolak, makanlah apa yang ada," ulang Haji Bagus lagi. Jemaah yang hadhir segera menjamah nasi. 


Selesai makan, badan terasa segar, mata bertambah terang. Borak pun makin panjang. hampir jam sebelas lebih para tetamu yang tidak diundang itu angkat punggung dari rumah Haji Bagus. Pulang ke rumah masing-masing.


Bila malam kian larut membuat badan terasa dingin. Tetapi, Haji Bagus masih bercerita lagi dengan datuk. Peliknya, datuk tetap melayaninya, walau pun dia tahu saya dan si baju hitam mula resah semacam.


"Bagaimana kalau kami tidur di rumah  lama," datuk bersuara. Ternyata pertanyaan itu kurang menyenangkan Haji Bagus. Dia segera mengedutkan dahi. Dua tiga kali Haji Bagus menggaru hujung dagunya dengan jari kelingking. Dari gerak-gerinya, saya yakin Haji Bagus agak keberatan mahu memenuhi permintaan datuk. 


"Aku fikir, tidur sahaja di rumah aku. Malam esok baru tidur di rumah lama," penuh diplomasi Haji Bagus bercakap. 


"Lagi pun tempat tidur telah disiapkan," campur Hajjah Mimah, isteri Haji Bagus yang terjengul di pintu dapur yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tengah. Saya dan datuk bertukar pandangan. Si baju hitam hanya tunduk merenung lantai. Entah apa yang di fikirkannya, sukar untuk saya ramalkan.


"Usah banyak cerita, tidor saja di sini. Lepas sembahyang subuh kita pergi ke situ, tengok keadaan dalam rumah, kita bersihkan dulu, sebelum tidur. maklumlah rumah lama tidak diduduki macam-macam benda boleh menumpang. Entahkan ada ular bertelur, kala menumpang. Entahkan ada lipan singgah. Bila dah dibersihkan dan dah selamat bolehlah kamu tidur di situ," Haji Bagus bersuara lagi. 


Ketika itu saya sudah tidak mampu untuk menegakkan kelopak kulit mata. Tanpa rasa segan dan silu saya pun merebahkan  badan ke atas lantai. Saya tidak peduli apa kata datuk atau Haji Bagus. Saya sudah mengantuk sangat. 


Dalam hal ini, ternyata saya tidak kesaorangan. Si baju hitam sudah dua tiga kali tersengguk-sengguk, Tetapi, dia tetap duduk dan berusaha menjegilkan sepasang biji matanya. Datuk masih belum memberi kata putus sama ada mahu terus bermalam di rumah Haji Bagus atau bermalam di rumah lama? Haji Bagus terus menanti kata muktamad dari datuk. 


"Bagaimana mahu tidur di rumah pusaka?" 


"Bila dua orang membuat permintaan, ertinya saya terpaksa mengalah. Jadi malam ini saya tidur di sini, itu kata pemutus dari datuk dan Haji Bagus tersenyum manakala isterinya tersengih. Penuh rasa bangga kerana tetamu tidak menghampakan harapan mereka. 


TIDUR


Maka datuk pun dianjurkan di bilik depan, dekat anjung. Si baju hitam di bilik tengah. Sedangkan saya disuruh tidur di bilik tepi, dekat pintu dapur. 


Sudah tentu saya kurang gembira bila di tempatkan di situ. Sebabnya saya berjauhan dengan datuk. Bermacam-macam sangkaan yang buruk-buruk tumbuh dalam kepala saya. Wajarkah, saya minta bilik lain. Kalau itu saya lakukan, ertinya saya sudah keterlaluan. Jadi, dengan hati separuh rela, saya mesti bermalam di bilik tepi.


"Semuanya sudah sedia, bila rasa mengantuk masuklah," dengan senyum Haji Bagus bersuara, "saya tak boleh tahan lagi, mata dah rasa berat. Biar saya masuk dulu,"


"Silakan," sahut datuk.


"Saya harap semuanya dapat tidur dengan nyenyak, subuh esok kita berjemaah bersama sama."


"Saya pun berharap macam tu, " riang benar nada suara datuk. Haji Bagus pun melangkah, lalu masuk ke ruang dapur. Memang bilik tidurnya terletak di situ. Tingkapnya menghadap sebuah danau kecil. 


Macam selalu, tidak kira berada di mana, datuk yang suka tidur lewat, memulakan tugasnya membaca Quran sebelum tidur untu sejam dua. Kemudian dia bangun untuk melakukan sembahyang Tahajud. Tidur kembali dan bangun menjelang subuh untuk membaca Quran dan sembahyang subuh.


Bagaimana caranya untuk menyatakan kepada datuk yang saya tidak mahu tidur dalam bilik tepi. Sementara itu, saya lihat si baju hitam keluar masuk bilik. Dia nampak resah dan cemas semacam. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya.


Kelakuan si baju hitam disedari oleh datuk. Tindak-tanduknya membuat hati saya bertambah berat untuk tidur sendirian di bilik tepi. 


"Ada apa Andy?"


Si baju hitam tersengih, berdiri kaku di depan datuk. Kedua belah tangannya di luruskan ke bawah dengan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk. 


"Cakap, apa dia masalah kamu," desak datuk lalu menutup Quran kecil lalu disimpan dalam beg khas.


"Cakap apa dia masalah kamu," ulang datuk. Si baju hitam terus membisu merenung lantai. Cara yang di perlihatkan oleh si baju hitam itu sudah pasti tidak disenangi oleh datuk. Saya terus didakap keresahan. 


"Kenapa diam? Cakap terus-terang dengan aku sebelum darah aku naik," datuk mula mengertak. Matanya mula nampak merah. Wajah datuk juga nampak serius. 


"Ada cicak hitam besar dalam bilik saya," suara si baju hitam bagaikan berbisik. Saya segera mengigit bibir. Secara mendadak saja bulu tengkuk saya mula meremang.


"Pelik, mana ada cicak hitam," datuk bagaikan merungut.

"Besar mana?" Tanya saya


"Sebesar kucing hitam." 


"Apa kamu buat dengannya," soal datuk.


"Saya tak buat apa-apa, dia duduk dekat pelita minyak tanah. Bila saya cuba dekat, cicak itu menjulurkan lidahnya ke arah saya," lanjut si baju hitam. Wajahnya nampak cemas sekali. saya pun melihat jam dinding yang tergantung. Sudah pukul satu pagi. 


"Syaitan," keluh datuk sambil menggenggam penumbuk. 


Serentak dengan itu, terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Suasana malam  yang sepi memudahkan anak telinga saya menangkap bunyi desiran angin malam yang menyentuh dedaun pokok di luar rumah. Saya juga mendengar bunyi telapak kaki orang berlari di bawah rumah. Mahu rasanya saya beritahu datuk tetapi, bukan masanya. Dan saya kira datuk juga mengetahui keadaan di luar rumah. 


"Tak apa biar aku tengok." 


Datuk pun segera bangun. Cara datuk agak luar biasa. Mula-mula dia luruskan sepasang kakinya. kemudian kaki kanannya didirikan. dia meletakkan telapak tangan kiri keatas tempurung kepala lutut kanan. Datuk pejamkan mata seperti orang bertafakur selama beberapa minit. Bila matanya dibuka semula, datuk terus 'berselawat' sebanyak tiga kali berturut-turut.  


Selesai selawat datuk tarik nafas dalam-dalam, tiga kali berturut-turut. Matanya merenung kearah dinding tanpa berkedip. Dengan sekelip mata, datuk terus bangun berdiri bagaikan pendekar.


"Mari kita tengok," suara datuk meninggi, lalu dia menyuruh si baju hitam berjalan dulu.


Baru lima langkah berjalan, Haji Bagus muncul dengan lampu suluh ditangan.


"Apa halnya abang haji," datuk bertanya. 


"Saya terdengar bunyi orang perempuan menangis," Haji Bagus renung muka datuk sejenak. Sudah tentu, apa yang Haji Bagus ungkapkan itu membuat kami bertiga terkejut dan tercengang. 


"Pelik, tak ada orang perempuan bersama kami, macam mana pula abang haji boleh dengar suara orang perempuan," kata datuk.


"Saya juga fikir macam tu, pelik dari mana datangnya suara orang perempuan tu," Haji Bagus mula resah. Dengan lampu suluh dia menyuluh ke setiap ruang rumah.


"Andi Kamarool jumpa cicak hitam besar dalam biliknya, agaknya suara cicak tu macam suara orang perempuan," beritahu datuk.


"Pelik," Haji Bagus gelengkan kepala. 


"Ini yang membuat saya pening kepala abang haji. "


"Usah bimbang, kalau begitu mari kita tengok." 


 "Jum." balas datuk.


SELIT


Kami pun melangkah menuju ke bilik Andi Kamarool. Kerana tidak mahu menjadi orang terakhir, saya segera menyelit antara datuk dengan Haji Bagus. Si baju hitam terpaksa berada di belakang. Dengan terketar-ketar Haji Bagus menolak daun pintu yang tertutup. Sebaik saja bilik terbuka, tidak ada apa yang dapat dilihat.


"Tadi pelita elok menyala, kenapa sekarang dah padam," tutur si baju hitam.


"Agaknya cicak hitam yang padamkan," sahut saya.

"Eh kamu banyak cakap pula, tak boleh diam," datuk memarahi saya. Haji Bagus berdehem dua tiga kali. Tanpa banyak cakap cahaya dari lampu picit bergerak dari sudut ke sudut bilik.


"Aduh,"jerit Haji Bagus.


Serentak dengan itu lampu suluh ditangannya terlucut, macam ada kuasa yang memukul pergelangan tangan Hai Bagus, bila dia menyuluh ke arah tiang  di sebelah kiri bilik. Haji Bagus mengerang menahan rasa sakit. 


"Ada benda yang memukul tangan saya, keras macam kayu," itu yang dinyatakan Haji Bagus kepada datuk. Dengan segera datuk memegang tangan Haji Bagus lalu diurutnya dua tiga kali. 


"Bagaimana rasanya tuan haji." 


"Dah tak terasa sakit lagi."


"Hati-hati kita dalam bahaya," datuk mengingatkan. Haji Bagus segera mengambil lampu suluh di atas lantai. Lagi sekali Haji Bagus menyuluh ke arah tiang, di sudut kiri bilik. 


"Lihat," kata Haji Bagus.


Semua biji mata tertumpu ke arah cahaya merah saga yang melawan sinar lampu suluh Haji Bagus. Mungkin kerana terkejut atau tergamam dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lampu suluh ditangan Haji Bagus terjatuh untuk kali keduanya. 


Datuk segera mengambil lampu suluh yang tersadai di lantai. Tetapi malangnya lampu suluh itu tidak berfungsi dengan serta merta. 


"Ambil lampu gasolin dan gantungkan di sini." 


Saya segera menurut kata Haji Bagus itu mengambil lampu gasolin di ruang tengah. 


"Sangkutkan pada palang pintu." 


Arahan Haji Bagus saya patuhi. Bila cahaya dari lampu gasolin menyimbah ke seluruh sudut bilik, semuanya tergamam tidak berkata sepatahpun. Semuanya terkejut bila melihat seekor cicak ganjil, berwarna hitam duduk terperup di sudut bilik. 


"Ini binatang yang kamu katakan Andy," datuk ajukan pertanyaan kepada si baju hitam.


"Iya." 


"Bala apa yang datang ke rumah aku," Haji Bagus merungut. 


"Sabar tuan haji, dengan izin Allah yang jahat tetap hancur yang baik tidak binasa," balas datuk.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box