SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA

Suasana bising dan jeritan dari dalam rumah menarik perhatian Tuk Siak. Tanpa membuang masa Tuk Siak masuk ke ruang rumah. Dia terpegun melihat si baju hitam menyerang datuk bertalu-talu. Mata liar merenung ke kiri dan ke kanan. Dia mencari saya yang bersembunyi di balik pintu.


Saya memberanikan diri lalu keluar dari tempat persembunyian. Bagi menarik perhatian Tuk Siak, saya ketuk daun pintu dengan buku lima beberapa kali. Usaha saya itu berhasil. Tuk Siak segera memberikan isyarat dengan mengangkat tangan kanannya separas hidung, menyuruh saya meyembunyikan diri kembali. Saya patuh dengan permintaan nya itu.


Dari balik pintu saya lihat Tuk Siak bergegas meninggalkan ruang rumah. Datuk terus mempertahankan diri dari menjadi korban lembing. Si baju hitam tidak memberikan kesempatan untuk datuk berhenti bagi menghilangkan penat. Ternyata si baju hitam cukup handal. Tumbukan datuk tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memberhentikan pertarungan tersebut.


Saya menarik nafas, bila melihat Tuk Siak muncul kembali di ruang rumah. Kali ini dia ditemani oleh Haji Bagus.


“Kenapa jadi begini?” Suara Haji Bagus meninggi tetapi, tidak dipedulikan oleh datuk dan si baju hitam. Mereka terus berjuang. Melihat keadaan datuk yang kepenatan itu, Haji Bagus dan Tuk Siak segera mengatur langkah untuk membantu datuk. Mereka rapat ke arah si baju hitam dan cuba memberkasnya. Sayangnya hasrat mereka tidak direstui oleh datuk.


“Jangan Abang Aji, jangan Tuk Siak. Biar saya selesaikan sendiri.”


“Tapi, budak yang kamu lawan tu, lain macam aje nampaknya. Perkara macam ni tak boleh main-main. Ini merbahaya, dia macam kena rasuk hantu,” jawab Haji Bagus yang sudah dua tiga kali cuba merampas lembing dari tangan si baju hitam.


“Tak apa, biar saya selesaikan,” balas datuk tenang. Tuk Siak hanya mengigit jari. Dia jadi bingung bila berdepan dengan perkara seperti ini. Mahu ditolong, tak boleh. Mahu dibiarkan takut ada nyawa melayang.


Si baju hitam terus menyerang tanpa mengenal rasa penat. Kekuatannya bagaikan tenaga seekor singa. Setelah puas mengelak dan bertahan, datuk segera menukar taktik. Kali ini datuk menyerang si baju hitam bertalu-talu. Mereka terus bertarung bagaikan Hang Tuah dengan Hang Jebat. Si baju hitam cukup tangkas, setelah hampir satu jam bertarung, datuk mula keletihan. Tetapi, si baju hitam masih bertenaga.


“Andi Kamarool,” pekik datuk sekuat hati sambil menghentakkan tumit kaki kiri atas lantai. Si baju itam menoleh ke kanan, pada masa itu datuk datang menerkam dari arah kiri. Bahu kanan si baju hitam ditumbuk dengan sekuat hati. Lembing di tangan terlucut dan si baju hitam tersungkur di lantai. Datuk segera menanti dan bersedia melepaskan buah silat, jika si baqju hitam bangun untuk melakukan serangan kepadanya.


KILAT


Saya kira pertarungan berakhir, bila si baju hitam tersungkur, pada kenyataannya tidak demikian, lembing yang terjatuh atas lantai terus tegak berdiri, melompat-lompat. Kemudian berpusing-pusing dan terus berada di awang-awangan.


Ulunya seperti ada tangan ghaib yang memegangnya. Mata lembing terus bergerak mencari sasaran. Dan kaki Haji Bagus menjadi pilihan. Bagaikan kilat mata lembing itu menghala ke arah Haji Bagus. Cepat-cepat Haji Bagus merebahkan badannya ke atas lanai. Mata lembing terpacak di tiang seri dan tercabut dengan sendiri.


Mata lembing yang berada di awang-awangan itu terus mencari sasaran. Tuk Siak jadi pilihan. Orang tua itu berjaya mengelak dengan berselindung di belakang daun pintu. Daunpintu tembus, nasib baik Tuk Siak merendahkan badan, kalau dia berlindung sambil berdiri sudah pasti tempurung kepalanya ditembusi lembing. Otaknya akan bersemburan dan melekat pada papan pintu.


Keadaan benar-benar gawat. Penduduk kampung tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah pusaka. Haji Bagus terus meniarap, tidak berani bangun. Tuk Siak diam di tempat persembunyian. Hanay datuk sahaja yang berdiri di tengah ruang rumah lama itu.


Lembing yang berada di awang-awangan itu terus menggila. Sasarannya kali ini, tidak lain tidak bukan adalah datuk. Bahagian tubuh datuk yang dipilihnya, ialah bahagian dada. Setelah dua tiga kali mengelak dari serangan lembing berhantu itu, datuk mula penat. Saya lihat datuk, mula bergerak ke arah ibu tingkap.


Datuk berdiri di situ dengan mendada, seolah-olah merelakan rongga dadanya dirobek oleh mata lembing lama. Tetapi, tangankanannya bergerak lembut membuka ikatan kain cindai hitam yang membelit pingangnya. Mata lembing lama yang berkarat tetap menyala ke dada datuk, mencari sasaran yang baik di dada. Saya lihat datuk tenang, kain cindai sudah pun berada di tangannya.


Haji Bagus dan Tuk Siak resah sekali. Daatuk saya lihat membaca sesuatu sambl membetulkan kedudukan tubuhnya. Kedudukan sepasang kakinya juga dibetulkan. Kalau dilihat dengan teliti ternyata datuk tidak berdiri dengan betul, bahagian tubuh sebelah kanan direndahkan atau disengetkan ke kiri . Telapak kaki kirinya tidak memijak lantai, kecuali bahagian pangkal tumit.


“Ahhhhh…,” terdengar suara parau, entah dari mana dan serentak dengan itu lembing bermata karat terbang ke arah dada datuk. Dan secepat kilat datuk mengelak, mata lembing terbenam di pap-an ibu tingkap.


Dengan tangkas datuk membelitkan kain cindai ke mata lembing yang berkarat. Aneh sungguh, mata lembing tercabut sendiri lalu jatuh atas lantai. Tanpa membuang masa datuk membalut dan mengikat mata lembing berkarat dengan kain cindai. Sepanjang usha membalut itu dengan sedaya upaya saya lihat datk cuba mengelakkan mana-mana bahagian tubuhnya dari menyentuh atau terkena ulu lembing.


“Kamu tak apa-apa,” tanya Tuk Siak sebaik saja dia melihat datuk bersila di lantai.


“Tak apa-apa,’ jawab datuk tenang sambil menarik dan melepaskan nafas dengan perlahan-lahan. Baji datuk basah diresapi peluh.


“Kenapa dibiarkan di sini,” Haji Bagus membongkok di depan lembing karat dan cuba memegang ulunya. Bagaikan kilat datu menerpa ke arah Haji Bagus dan terus menolaknya ke belakang. Haji Bagus terlentang.


“Kenapa kamu tolak aku?”


“Maaafkan saya Abang Aji, sekejap lagi saya terangkan,” datuk segera mengangkat Haji Bagus. Tuk Siak tercengang-cengang. Saya kira dia kurang senang dengan sikap datuk yang agak kasar itu. Tetapi, dia tidak berani bersuara.


Carikan saya kain buruk Tu Siak,” pinta datuk.


“Oh, tunggu sekejap aku cari.”


Tuk Siak segera turun di bahagian dapur. Beberapa minit kemudian Tuk Siak muncul di sisi datuk dengan segumpal kain buruk di tangan.


“Nah,” hulurnya kepada datuk.


“Terima kasih Tuk Siak,” datuk segera mengambil kain tersebut. Dan dengan kain itu datuk memegang ulu lembing yang dibuat dari teras cengal. Datuk menatang lembing lama lalu diletakkan ke tempat asalnya. Tuk Siak dan Haji Bagus hanya memandang saja gelagat datuk itu. Datuk keluar dari bilik menyipan senjaa lama.


“Sekarang aku faham, kenapa kamu tak bagi aku pegang ulu lembing,” bisik Haji Bagus sebaik saja datuk berdiri di depannya.


“Senang hati saya, bila Abang Aji dah tahu perkara ini. Tak perlu saya menerangkannya lagi,” sahut datuk sambil senyum. Datuk melangkah ke arah si baju hiam yang tergolek di atas lantai. Haji Bagus dan Tuk Siak ikut sama. Kami segera mengelilingi si baju hitam yang terlentang.


Saya merenung ke arah cahaya matahari yang sudah menguasai hampir separuh ruang rumah. Angin yang masuk ikut tingkap si sebelah kanan memberikan sedikit keselesaan. Ternyata keselesaan itu tidak disenangi oelh datuk. Dia menyuruh saya menaikkan ibu tingkap dan perintahnya itu segera saya patuhi.


Selesai menjalankan perintah datuk saya kembali bergabung dengan Haji Bagus, Tuk Siak dan datuk merenung si baju hitam. Saya lihat kaki dan tangan si baju hitam mula bergerak, tersentak-sentak macam kaki kucing yang ditikam dengan jarum peniti.


“Sudah sedar,” kata Tuk Siak.


“Serentak datuk dan Haji Bagus anggukkan kepala. Perlahan-lahan si baju hitam tersedar dari tidur. Dia gosok kedua belah kelopak matanya.


Renung kiri, renung kanan sambil mengedutkan dahinya. Wajah saya ditatapnya agak lama. Kemudian berubah ke wajah Tuk Siak, datuk dan Haji Bagus. Lebih dari lima kali dia menatap wajah kami silih berganti, macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.


Si baju hitam lunjurkan sepasang kaki, dia meraba rambut dan telinganya. Dia menunbuk kosong ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Tarik nafas sambil mengeliat. Saya lihat wajahnya agak tenang dan damai.


“Saya ni di mana ?” Pertanyaan itu di ajukan kepada Haji Bagus.


“Sekarang kamu mengucap, kemudian baca Fatihah dan cuba ingat di mana kau berada sekarang,” datuk yang memberikan jawapan, bukannya Haji Bagus.


“Cuba kau ingat baik-baik, kau di mana sekarang Andi,” sambung datuk. Buat beberapa ketika si baju hitam merenung sambil mengigit bibir bawah. Hujung mata sebelah kanannya saya lihat kian mengecil.


“Saya… di mana saya berada ? “ si baju hitam menyoal dirinya sendiri.


“Di mana?” Tingkah Tuk Siak.


“Kita datang nak bersihkan rumah tapi, macam mana saya boleh terbaring disini.”


“Hum….” Saya bersuara.


Datuk segera menepuk belakang si baju hitam lima kali berturut-turut. Si baju hitam bersin dan batuk.


“Mata lembing tertanggal tu sudah aku letakkan ke tempat asalnya. Sekarang kamu ceritakan pada aku apa yang kamu rasakan semasa lembing itu berada di tangan kau,” desak datuk. Si baju hitam meraba kelopak mata kanannya dua tiga kali.


“Tak payahlah,” katanya.


“Tak boleh begitu,” sanggah Haji Bagus.


“Ada baiknya kamu bercerita barangkali ada faedahnya untk kami di sini,” sahut Tuk Siak.


“Ceritakanlah Andi demi kebaikan orang lain,” datuk terus mendesak.


Si baji hitam terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia tersenyum panjang, macam ada sesuatu mencuit perasaannya. Sikapnya itu menimbulkan pelbagai tanggapan dalam hati datuk.


“Kamu tak mahu menceritakannya ?” Datuk tenung sepasang anak mata hitamnya.


“Tidak tapi…”


Si baju hitam tidak meneruskan kata-katanya. Datuk segera memegang pergelangan tangan kanannya.


“Kenapa Andi,” datuk mendekatkan bibir ke cuping telinga kanannya.


“Seram dan menakutkan,” kata si baju hitam.


“Tak mengapa, teruskan. Aku ada dekat kamu,” bisik datuk lagi.


Mendengar kata-kata datuk itu, si baju hitam segera meletakkan telapak tangan kirinya atas bahu kanan datuk. Dengan tenang datuk mengosok lengan kanan si baju hitam dua tiga kali sebelum telapak tanan kiri si baju hitam diletakkan ke atas lantai.


"Ceritakan Andi,” desak datuk dan kali desakan datuk berhasil. Tanpa tangguh-tangguh, si baju hitam pun memulakan cerita.


Katanya di saat ulu lembing berada di genggamannya, tiba-tiba saja perasaan jadi marah. Badan terasa panas. Apa yang dilihat semuanya membosankan dan dia bersedia mahu memusnahkan apa saja yang berada di depan mata. Dan ruang rumah secara mendadak menjadi padangan yang cukup luas.


PADANG


Dari setiap sudut padang bermunculan tentera kulit putih (Belanda) lengkap dengan peralatan perang. Tentera kulit putih memuntahkan peluru meriam ke arah kawasan perkampungan. Dan sebahagian daripada mereka meluru ke arahnya sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. Ternyata dia tidak mampan oleh peluru tentera kulit putih.


Tentera kulit putih mengubah takti. Mereka mengenakan benet di hujung senapang lalu menikam tubuhnya. Ternyata kulitnya tidak ditembusi oleh besi. Kalau tadi dia hanya bertahan saja tetapi, kali ini dia mula bertindak. Dia menyerang, menikam apa saja. Dalam saat-saat tertentu lembing bagaikan terbang di udara. Dia yang memegang ulu lembing turut berada di udara. Bergerak ke sana ke sini mencari sasaran. Akibatnya, beratus-ratus tentera kulit putih bergelimpangan atas padang.


“Masa saya asyik membunuh orang kulit putih dengan lembing, entah macam mana datang seorang lelaki Melayu. Saya tak tahu dari mana arah dia datang. Dia datang ke arah saya sambil membaca ayatulkursi.


Belum sempat saya bertanya, apa tujuan dia datang ke tempat saya, lelaki tua itu melepaskan pemnumbuk ke bahu kanan saya. Tangan saya yang memegang lembing terus menjadi lemah. Saya jatuh tersungkur atas padang,” si baju hitam berhenti bercakap. Dia menelan air liur. Semua yang berada di sisinya mendengar penuh khusyuk. Saya jadi seronok mendengar ceritanya dan berharap dia akan terus bercerita.


“Telinga saya terus diasak dengan suara orang membaca surah Al-Falaq dan Al-Iklas. Bila saya buka mata, saya tak lagi berada di padang. Tetap, berada di sini. Inilah membuat saya jadi bingung,” sambung si baju hitam dengan wajah jujur.


NAFAS


Dia menarik nafas sambil merenung ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus. Si baju hitam senyum ke arah saya dan senyumannya itu saya balas.


Bila saya menoleh ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus, saya lihat mereka kerutkan kening dan serentak mereka merenung ke arah bilik yang menyimpan senjata lama. Datuk pula terus sandarkan badan ke dinding. Sepasang kakinya dilunjurkannya. Datuk cuba menenangkan perasaannya dengan menarik dan melepaskan nafas secara teratur dan perlahan.


Kerana bosan dengan suasana yang agak beku itu, saya bangun dan meninggalkan datuk dan kawan-kawannya yang sedang berdepan dengan si baju hitam.


Saya berdiri di depan tingkap melihat beberapa ekor burung merbah jambul melompat di dahan jambu air dalam sinaran matahari pagi yang kian meninggi. Sengaja saya hulurkan muka keluar, agar angin pagi menyentuh kulit muka. Sayup-sayup saya terdengar kuang melalak di kaki bukit.


“Saya nak tanya sikit Tuk Siak….,” kerana datuk tidak meneruskan kat-katanya mendorong saya mengalih pandangan ke arahnya. Kerana memikirkan ada perkara yang menarik bakal diturutkan oleh datuk, Haji Bagus dan Tuk Siak, memaksa saya bergabung dengan mereka semula.


“Tanya apa?” Tuk Siak tatap wajah datuk. Saya perkemaskan sila. Si baju hitam masih seperti tadi, masih memikir-mikirkan perkara yang sudah dilaluinya.


“Tuk Siak tahu, siapa yang punya lembing puaka tadi,” susul datuk.


Saya lihat kelopak mata Haji Bagus dan Tuk Siak pejam celik. Tetapi apa yang jelas di wajah Tuk Siak terpamer kesungguhannya menyorot masa slam.


“Aku tak ingat, Kamu bagaimana? Agaknya kamu tentu ingat tuan punya lembing tu,” Tuk Siak tatap muka Haji Bagus yang masih berkerut iu.


“Sekarang pergi ambil lembing itu semula, nama tuannya ada tertulis di situ,” Haji Bagus pun merenung semula ke arah bilik yang menyimpan senjata lama.



Mendengar kata-kata Haji Bagus itu, datuk segera menerpa ke arah bilik tersebut. Dan keluar dengan lembing puaka di tangan. Haji Bagus dan Tuk Siak nampak cemas sekali. Dengan hati-hati datuk meletakkan lembing puaka di atas lantai. Si baju hitam segera menjauhkan diri.


“Tak merbahaya?” Kata Tuk Siak.


“Dengan izin Allah, tak bahaya,” balas datuk.


“Namanya tertulis di situ, nanti aku baca,” Haji Bagus bergerak ke arah lembing puaka lalu tertinggung di situ. Dia membaca tulisan jawi yang terpahat kepada buluh kering.


“Tuan punya lembing tu, namanya Usman Ali Akhbar.”


“Agaknya pahlawan,”kata datuk.


“Iya,” angguk Haji Bagus

“Habib Usman Ali Akhbar inilah yang memimpin orang-orang kampung menentang Belanda di Muara Jambi. Dengan lembing inilah dia membunuh beratus-ratus askar Belanda, dia tak lut peluru,” Tuk Siak mula meriwayatkan tentang manusia bernama Habib Usmal Ali Akhbar.


“Malangnya, Habib Usman dikhianati oleh anak Jambi sendiri. Dia ditikam dengan ranting jambu batu yang ditajamkan bahagian hujungnya. Habib ditikam dari belakang semasa dia menambil wuduk untuk sembahyang zuhur di tepi sungai,” Tuk Siak menamatkan cerita dengan wajah yang sedih. Haji Bagus meraba hujung dagunya sambil menganggukkan kepala beberpa kali.


Apa yang diungkapkan Tuk Siak terbayang dalam kepala Haji Bagus. Walaupun dia tidak pernah bertempur melawan Belanda bersama Habib Usman Ali Akhbar tetapi, dia turut mengusung jenazah pahlawan itu ke tanah perkuburan.


“Kamu masa tu dah merantau,” Haji Bagus tepuk bahu datuk.


“Macam mana dengan nasib pembunuhnya?” Si baju hitam mul;a bersuara.


“Orang yang membunuhnya sempat melarikan diri dan dia mendapat perlindungan dari pemerintah Belanda di daerah ini. Si pengkhianat bangsa itu di bawa ke Jakarta dan dijadikan pengawal rumah Gabenor Belanda tapi, akhirnya dia mati juga dibunuh Belanda, “ sambung Tuk Siak, matanya tidak berkedip merenung muka datuk dan saya.


Selanjutnya Tuk Siak menyatakan semua senjata pahlawan yang gugur itu dikumpulkan di tanah lapang untuk ditanam. Tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan senjata itu dirampas oleh pemerintah Belanda.


Sebuah lubang digali sedalam paras dada orang dewasa. Semua senjata itu dihumban ke dalam lubang. Semasa lubang itu mahu ditimbus, seorang tua (ayah kepada Tuk Siak) menghalang kerja-kerja itu diteruskan. Dia mengarahkan supaya senjata dalam lubang dikeluarkan kembali.


Sudah tentu arahan orang tua itu ditentang. Pihak yang mahu menanam senjata merasakan kerja mereka itu sia-sia belaka. Mereka menyalahkan orang tua itu kerana tidak memberitahu perkara tersebut lebih awal.


Akhirnya berlaku pertengkaran hebat. Malah ada yang menuduh orang tua itu tali barut Belanda. Sebagai orang tua yang sudah masak dengan asam garam kehidupan, suasana tegang itu dapat dikendurkannya. Senjata yang berada dalam lubang segera dikeluarkan.


Dengan nada suara yang lembut orang tua itu memberitahu, jika senjata itu ditanam akan membawa padah kepada tanaman kampung. Daun-daun pokok berguguran, dahan menjadi rapuh. Putik buah-buahan gugur. Buah pinang dan kelapa busuk di pokok. Padi di sawah tidak akan menjadi, tanah tempat senjata ditanam menjdai hitam. Begitulah bisa dan panasnya senjata pahlawan yang gugur.


BINCANG


Setelah mengadakan perbincangan, keputusan yang diambil semua senjata pahlawan ang gugur ditempatkan di sebuah bilik khas dan dikunci. Dua orang dilantik untuk menerus kerja-kerja tersebut. Dan mereka tidak akan memberitahu sesiapa pun tempat mereka menyimpan senjata lama. Perkara itu menjadi rahsia mereka berdua saja.


“Siapa orang berdua tu, ?” tanya datuk tanpa sabar, sebaik Tuk Siak menamatkan ceritanya. Haji bagus dan Tuk Siak segera berpendangan.


“Siapa orangnya?” Si baju hitam terus berdiri untuk beberapa minit kemudian duduk kembali sambil menyandarkan badannya ke dinding.


“Orang berdua itu, aku dan Tuk Siak. Orang di kampung ini sampai sekarang tak tahu kerja itu kami yang buat. Mereka percaya senjata lama itu bergerak sendiri. Orang yang menjadi ‘kepala’ dalam hal ini , ayah Tuk Siak sendiri,” Haji Bagus membuka rahsia.


“Sudahlah tu kawan, usah panjangkan kisah ayah kita. Dia mati syahid kerana menentang Belanda,” sambil ketawa Tuk Siak menghalang hasrat Haji Bagus untuk menceritakan kehebatan dan kebolehan ayahnya kepada datuk.


“Saya setuju dengan Tuk Siak,” kata datuk.


Dan cerita tentang ayah Tuk Siak, mati di situ. Tetapi, hati kecil saya tetap berazam. Bila ada waktu terluang, saya akan memujuk Tuk Siak agar sudah menceritakan kisah diri ayanya kepada saya.


“Kamu tahu, susahnya menjaga senjata lama ni,” keluh Tuk Siak.


“Kenapa?” Biji mata datuk terbeliak.


“Setaip malam Selasa, terutama bila ak sampai waktu subuh, senjata lama yang ada dalam bilik tu berlaga sama sendiri, macam bunyi orang berperang. Kadang-kadang terdengar orang menjerit, meraung kesakitan,” Tuk Siak batuk kecil. Secara mendadak saja saya terasa seram. Si baju hitam nampak macam biasa saja, yang nampak resah sedikit ialah Haji Bagus.


“Sekarang ni, perkara macam tu ada lagi,’ saya dan datuk tersentak. Diluar dugaan si baju hitam berani mengemukakan pertanyaan yang sedemikian. Kerana ada yang minat dengan ceritanya, Tuk Siak memperkemaskan silanya.


“Masa Belanda mula berambus dari Tanah jambi, bunyi suara orang menjerit dan meraung menjadi-jadi. Begitulah juga dengan bunyi senjata berlaga. Bagi mengelakkan perkara perkara yang tak baik terjadi, orang-orang kampung mengadakan pembacaan surah yasin, setiap malam selama setahun, akhirnya kejadian aneh itu hilang begitu saja. Cuma hari ini aku melihat kejadian pelik di depan mata aku, agaknya penunggu senjata lama marah kerana kita kacau dia,” Tuk Siak menamatkan ceritanya. Semua yang mendengar termangu-mangu.


RENUNG


Berita yang dipaparkan oleh Tuk Siak itu membuat datuk termenung panjang. Datuk renung ke kiri dan kanan dan akhirnya menuju ke bilik senjata lama. Bilik yang penuh misteri itu direnungnya sambil telapak tangan kanannya memukul jenang pintu bilik berkali-kali.


Bila datuk menghentakkan kaki kirinya ke lantai, tiga kali berturut-turut, terdengar sesuatu yang aneh dari dalam bilik. Bila diamati, ternyata bunyi itu adalah bunyi keris yang dicabut lebih dari lima puluh bilah.


“Sekarang.”


Datuk bersuara dalam nada yang agak tingi. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Masing-masing berdebar menanti, apakah kata-kata selanjut yang bakal datuk katakan.


“Tuk Siak dan Abang Aji dah dengar bunyi ganjil tu,” sambung datuk. Serentak Tuk Siak dan Haji Bagus anggukkan kepala. Datuk pun segera merapatkan daun pintu bilik dan terus di kunci. Dengan tenang datuk meninggalkan bilik rahsia. Dia datang kepada kami.


Si baju hitam yang tadi hanya duduk saja, kini sudah bangun. Sudah berani melangkah ke mana saja ang diingininya di ruang rumah.


Haji Bagus menuju ke tingkap, berfiri di ditu merenung ke arah bukit. Dia melihat helang terbang rendah, berlegar-legar di puncak bukit mencari tikus atau katak. Tuk Siak tak berubah dari tempat asal. Sedangkan datuk ke hulu ke hilir didepannya, gerak geri datuk itu membayangkan dia sedang berusaha menyelesaikan persoalan yang sedang dihadapinya. Datuk menuju ke tiang seri, berdiri di situ denganmenyandarkan bahu kanannya kepada tiang tersebut.


“Memang dah jadi perangai orang Melayu…” cetus datuk tiba-tiba, tetapi aneh sungguh perangainya. Dia tidak meneruskan kata-kata sebaliknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Dahinya dikerutkan dan kening kanannya terangkat beberapa kali.


Dengan mengejut datuk bergegas ke pintu menhulurkan separuh badannya

keluar manakala sepasang matanya merenung ke dada langit. Dia melihat kepulan awan yang bergerak. Tentu saja perbuatannya itu menimbulkan seribu tanda-tanya dalam diri Haji bagus dan Tuk Siak.


“Apa yang kamu cari,” soal Haji Bagus. Datuk menjawap tetapi, melangkah kembali ke tiang seri dan bersandar seperti tadi. Kali ini kakinya disilangkan. Kaki kiri menindih kaki kanan.


“Apa yang membimbangkan kamu,” susul Haji bagus lagi.


“Tak ada apa apa, sekadar beringat-ingat.”


“Tadi kamu bercakap sesuatu, kenapa cakap tu, tak kamu teruskan. Aku nak denganr buah butirnya.” Tuk Siak pula bersuara. Kali ini datuk tidak boleh berdalih lagi. Dia harus melenyapkan rasa sangsi di hati Tuk Siak dan Haji Bagus. Seperti biasa datuk menghadapi situasi dengan tenang dan sabar.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box