SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN

“Perkara yang nak saya sebutkan tadi, ialah tentang perangai orang kita yang suka mendampingkan senjata dengan benda-benda ghaib atau benda halus. Perbuatan begini banyak buruk dari baiknya,” nada suara datuk amat perlahan. Dia nampak begitu cemas sekali, macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sedang memerhatikan gerak-geri datuk.


“Bila tuan punya senjata itu mati, benda halus meresap atau terus sebati dengan senjata tu. Tidak menganggu orang lain , hanya berbunyi sendiri atau bersuara seperti suara tuannya. Hal ini berlaku dalam waktu tertentu. Tetapi….” Kami yang mendengar penerangannya terpinga-pinga kerana secara mendadak datuk berhenti bercakap.


Rasa terpinga-pinga itu berlalu begitu saja bila datuk menyambung kembali kata-kata yang terhenti itu. “Tetapi bila ada orang cuba memulihkannya dengan kemenyan putih, membasuh mata senjata dengan air limau, melumurkan bahagian hujung senjata dengan darah gagak waktu senja, benda-benda halus akan memperlihatkan dirinya dan bersedia bertuankan kepada orang ang membuat pengasapan atau melanggir senjata tersebut. Kalau tak diusik, dibiarkan tertinggal senjata itu reput dan makhluk yang menunggunya terus meninggalkannya, lebih-lebih lagi kalau ada penduduk yang membaca yasin,” terbayangkan kepuasan yang amat sangat di wajah datuk, bila dia mengakhiri ceritanya.


Apa yang diutarakan oleh datuk diakui kebenarannya oleh Tuk Siak. Hal yang sama juga pernah dinyatakan oleh ayahnya. Sesungguhnya, serba sedikit Tuk Siak juga tahu  tentang senjata yang didampingi oleh makhluk halus kerana ayahnya juga tukang buat senjata yang handal di kampung itu.


“Peliknya, kenapa lembing tadi boleh jadi begitu, macam ada penunggunya. Kalau mahu dikira penunggunya sudah tak ada lagi,” keluh Tuk Siak.


“Saya juga berfikir macam tu, “ sahut datuk.


“Barangkali ada sesuatu yang tak kena. Boleh jadi juga ada orang yang menghantar makhluk halus menusup ke dalam semangat besi untuk merosakkan orang yang memegang lembing itu,” sahut Haji Bagus    


Datuk hanya tersenyum sebaik saja Haji Bagus selesai meluahkan pandangannya. Datuk tidak mahu memberikan sebarang komentar. Begitu juga dengan Tuk Siak yang saya kira bagaikan harimau sembunyi kuku. Banyak perkara yang dia tahu tetapi, dia pura-pura tidak tahu.


“Lupakan saja perkara tu,” tiba-tiba Tuk Siak bersuara.


“Aku juga fikir begitu, teruskan kerja-kerja kamu nak membersihkan rumah ini. Bila semuanya dah dibersihkan , malam ini kamu bertiga bolehlah tidur disini . Satu perkara yang mesti kamu ingat?”


“Apa dia Abang Aji,” potong datuk.


“Makan tengah hari dan malam, di rumah aku. Esok kalau kamu nak masak sendiri atau nak makan di rumah aku, terserah kepada kamu bertiga.”


“Kalau begitu,  tengah hari dan malam kami makan di rumah Abang Aji. Esok kami masak sendiri,” sahut datuk.


“Tak apalah, biar aku balik dulu.” Haji Bagus pun melangkah ke pintu. Tuk Siak menurut dari belakang. Sampai di ambang pintu Tuk Siak berhenti melangkah. Dia merenung ke arah datuk.


“Aku fikir kamu boleh menyelesaikan segala masalah yang datang,” itu yang Tuk Siak tuturkan kepada datuk.


“Dengan izin Allah, dapatlah saya selesaikan,” sahut datuk. Tuk Siak dan Haji Bagus terus memijak mata tangga.


ALMARI


Datuk, saya dan si baju hitam meneruskan kerja-kerja yang tergendala. Kali ini kami tidak berminat untuk menjenguk bilik senjata lama. Masing-masing menjauhkan diri dari mendekati bilik tersebut. Kerana sudah dibuat keputusan untuk menginap di rumah lama, sudah tentu bilik tidur kami berikan perhatian yang lebih.


Terdapat sebuah bilik tidur lama yang tersedia dengan katil besi dan almari. Saya memutuskan untuk tidur dibilik itu dengan si baju hitam. Datuk sudah memutuskan untuk tidur di ruang tengah.


Saya membuat rancangan unuk meminjam bantal dan tikar dari rumah Haji Bagus . Bila perkara ini saya ajukan kepada datuk, dia hanya membenarkan saya meminjam tikar saja.


“Bantal tak mustahak, kamu tidur berbantalkan lengan atau kayu bulat. Ini untuk kebaikan kita. Tidur di rumah lama selalu didatang mimpi-mimpi yang menakutkan. Bila pakai bantal melambatkan sesaorang bangun dari tidur,” itu alasan yang datuk berikan. Saya tak ada pilihan dan terpakasa menerima arahannya.


Pembersihan tahap pertama selesai menjelang zuhur. Selesai sembahyang dan makan kerja disambung semula. Tahap kedua ialah membuang sawang dan meletakkan sesuatu pada kedudukan asalnya. Kerja itu selesai menjelang waktu asar.


Tahap ketiga boleh dikatakan tidak ada kerja berat yang dilakukan, kecuali datuk yang sibuk menentukan arah dan sudut mana untuk melakukan sembahyang sunat dan membaca Quran sepanjang malam. Saya lihat datuk memilih tempat berehat (tidur) di sudut sebelah kanan pintu bilik menyimpan senjata lama.


LEMAH


Setelah membersihkan badan di perigi rumah lama, saya dan si baju hitam terus berehat di bilik tidur. Si baju hitam terus baring atas katil tua sedangkan saya duduk di bangku goyang yang di perbuat dari kayu. Mungkin kerana keletihan saya terdengar dengkur si baju hitam. Datuk pula sudah sepuluh minit turun dari rumah lama. Tidak pula diceritakan kepada saya kemana dia mahu pergi.


Sambil duduk di kerusi goyang saya merenung keluar menerusi tingkap. Saya melihat dedaun jambu air, mempelam dan daun ciku bergerak lemah ditolak angin. Pada saat yang sama saya terkenangkan kebaikan Nurulhayat.


Sebagai orang muda saya bayangkan saat-saat yang menyeronokkan bersama Nurulhayat. Saya khayalkan saya sedang memadu cinta dengan Nurulhayat hingga menimbulkan rasa ghairah dalam diri. Dengan perlahan-lahan saya pejamkan sepasang kelopak mata, tidak dapat saya gambarkan bagaimana nikmatnya merangkum pinggang Nurulhayat sambil menekan hujung hidung ke pipinya. Bila kelopak mata saya buka, saya jadi gementar Nurulhayat terpacak di pintu bilik tidur.


“Nurul, kamu datang,’ kata sya.


Nurul mengangguk.


“Macam mana kamu datang, apa ayah kamu tahu yang kamu ke mari,” kata saya sambil cuba bangun dari kerusi goyang. Saya tidak boleh bangun. Punggung saya bagaikan melekat di kerusi.


Nurulhayat tidak menjawap semua pertanyaan saya kemukakan. Dia tersenyum sambil mengoyakkan bajunya. Mempamirkan kulit dan buah dadanya yang tegang.


“Jangan Nurul,” jerit saya.


Ternyata larangan saya tidak dipedulikan. Kali ini wajahnya sentiasa dihias senyum bertukar menjadi garang. Dia melangkah dan kian rapat dengan saya. Tanpa diduga, Nurulhayat melepaskan penampar di muka saya. Rasa sakit yang menjalar di muka, saya tanggung sendiri. Kulit muka saya rasa bagaikan tersiat. Keadaan makin cemas, kalau tadi punggung bagaikan melekat di kerusi kini sepasang tangan saya tidak boleh digerakkan. Tulang-tulang sendi tangan dirasakan amat sakit seperti dicucuk  dengan benda tajam. Saya menoleh ke arah baju hitam yang sedang berdengkur.


“Andy, tolong aku,” dengan sekuat hati saya menjerit. Si baju hitam terjaga.


Sebelum bangun si baju hitam menggeliat dua tiga kali. Dia tidak pula merenung ke arah saya. Sukar untuk saya menerangkan kepadanya apa yang sedang saya alami. Dengan rasa hampa, saya alihkan pandangan ke arah Nurulhayat. Kali ini dia berdiri dengan membelakangi saya. Tanpa diduga, dia melangkah tenang menuju ke pintu. Pada saat itu punggung saya tidak lagi melekat di kerusi, sendi tangan tidak lagi merasa sakit. Tanpa membuang masa saya melompat dari kerusi lalu menerpa ke katil dan menarik si baju hitam hingga dia terjatuh di lantai.


“Kenapa Tamar.”


“Aku rasa pelik sekejap tadi ada perempuan yang aku kenal datang ke sini. Lebih pelik lagi dia tampar muka aku.”


“Mana dia?” Suara si baju hitam meninggi. Dia terus berdiri sambil mengepal-ngepalkan penumbuk.


“Itu dia.”


Segera saya tunjukkan sekujur tubuh perempuan yang membelakangi kami. Kerana saya yakin perempuan itu Nurulhayat, namanya saya panggil berkali-kali. Malangnya dia tidak menoleh malah terus memijak anak tangga. Si baju hitam terpaku.


“Kamu kenapa Andi?”


“Aku rasa aku kenal perempuan tu, dari bentuk tubuhnya dan cara dia melangkah aku yakin aku kenal mesra dengannya.”


Penjelasan dari si baju hitam membuat seluruh tubuh terasa lemah. Tidak pernah terfikir selama ini bahawa Nurulhayat yang bersopan itu pernah mengenali malah bermesra dengan lelaki lain sebelum saya. Dia sudah berdusta.


“Perempuan itu yang menarik aku menjadi pengikut Munah Supandi. Aku bagaikan dipukau, mendengar dan mengikut saja cakapnya. Semua kerana kelemahan aku sendiri, kalau aku tidak tidur bersamanya mungkin aku tak mengalami nasib buruk ini.” Ratap si baju hitam.


MENGALAH


Saya gelengkan kepala, tidak mungkin Nurulhayat memperdayakan si baju hitam. Dia tidak sejahat itu, saya menolak tanggapan si baju hitam tetapi, dia tetap berkeras mengatakan perempuan yang masih berdiri di tangga itu adalah perempuan yang menjahanamkan hidupnya. Kerana masing-masing tidak mahu mengalah, kami bertengkar dan hampir mencetuskan perkelahian.


“Tak guna kita berkelahi, sekarang kita jumpa,” kata saya.


“Ayuh,” jawap si baju hitam.  Kami berlari menuju ke muka pintu. Malangnya bila kami sampai di situ, perempuan itu hilang.


“Itu dia,” si baju hitam menuding jari telunjuk ke arah perempuan itu yang berdiri di tepi belukar. Dia masih juga membelakangi kami. Tanpa membuang masa saya dan si baju hitam berkejaran di tepi belukar mendekati perempuan itu. Kami cuba memaut bahunya dari belakang, malangnya tangan kami tidak boleh terangkat . Beratus-ratus kali saya menyebut nama Nurulhayat tetapi perempuan itu tidak juga mahu menoleh.


“Kita ikut saja ke mana dia pergi, bila penat tentu dia berhenti, lagi pun kemana dia nak pergi, kiri kanan semuanya hutan. Kalau dia berjalan ke depan sampai ke kaki gunung, kita ikut saja,” si baju hitam memberi cadangan.


“Aku setuju,” balas saya.


Disaat asyik mengekorinya, saya tercium bunga tanjung. Bila saya amati sekitar kawasan yang dilalui memang tidak terdapat pokok bunga tanjung. Si baju hitam memberitahu saya dia terhidu bau tahi binatang buas. Kami tidak dapat memastikan dengan tepat sudah sejauh mana kami mengekori perempuan itu.


Apa yang pasti, bila saya dongak muka ke langit, saya terlihat beburung terbang untuk pulang ke sarang. Matahari kian merendah dan sinarnya kian redup. Tanpa diduga perempuan yang kami buru berhenti melangkah betul-betul di depan pokok besar. Dia memegang akar yang berjuntaian dari hujung pokok besar.


“Aku rasa kita sudah masuk perangkapnya, Tamar.”


“Perangkap siapa?”


Si baju hitam nampak cemas sekali. Wajahnya jadi pucat. Sesekali dia mendongakkan wajahnya ke dada langit, merenung sekawan gagak yang sedang berlegar-legar diangkasa sambil berbunyi.


Beburung gagak itu seperti di arah terus singgah di dahan pokok besar. Berbunyi bersahut-sahutan. Suasana terasa seram dan saya mula terasa ada berpuluh-puluh biji mata berwarna merah dan hijau muncul dari celah-celah akar yang berjuntaian di dahan pokok. Sukar untuk menentukan, apakah mata yang banyak itu mata manusia atau mata binatang.


“Aku tidak dapat berjumpa dengan datuk kamu, agaknya inilah petang kematian aku, Tamar,” suara si baju hitam terketar-ketar. Dia seperti mahu menangis. Saya jadi panik, tidak tahu apa yang patut saya lakukan bagi membantu si baju hitam.


Pada hemat saya, tidak wajar saya tinggalkan dia di sini semata-mata untuk mencari datuk bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi ini.


“Masa kematian aku sudah tiba, Tamar,” ulang si baju hitam.


“Aku tak faham dengan maksud cakap kamu.”


“Perempuan yang kita ikut itu sebenarnya bomoh wanita, bekas guru aku.”


“Dia mahu membalas dendam kerana aku berpaling tadah. Sudah aku katakan selagi aku tak mati di tangannya, dia tak akan puas,” hiba sungguh suara si baju hitam. Saya bertambah panik.


“Kamu maksudkan Munah Supandi, Andi.”


“Iya, Tamar,” jawap si baju hitam.


“Laknat dia,” kata saya spontan.


Serentak dengan itu perempuan yang membelakangi kami segera memusingkan badannya. Kami bertentang wajah tetapi, si baju hitam hanya melihat wajah perempuan itu untuk beberapa detik saja sebelum memalingkan mukanya ke arah lain. Saya tidak mahu mengalah. Wajah perempuan itu saya tentang.


Suara gagak terus berbunyi dengan hebat.


Dahan-dahan pokok besar bagaikan bergegaran, macam ada sesuatu yang menggoyangkan perdu pokok besar. Walau apa pun yang berlaku atau berbunyi saya nekad tidak akan mengalihkan pandangan saya dari menatap wajah perempuan itu.


Pada mulanya, saya masih dapat melihat raut wajah Nurulhayat di wajahnya tetapi, lama kelaman wajah itu bertukar menjadi wajah  yang cukup asing bagi saya. Kerlingannya cukup tajam. Sesekali dia mengigit bibir dan mengeluarkan lidahnya macam mahu menjilat sesuatu. Saya menjadi cemas.


“Cuba kau lihat mukanya, Andi,” kata saya.


Si baju hitam tidak ambil kisah dengan apa yang saya katakan. Dia tetap tidak mahu melihat wajah perempuan yang di dakwanya bekas gurunya. Si baju hitam terus merapatkan tubuhnya kebadan saya.


ANTARA


Antara kami bagaikan ada persefahaman secara batin, masing-masing berikrar mencari jalan untuk melarikan diri dari perempuan tersebut dan saya jadi tambah resah kerana perempuan tersebut melangkah perlahan-lahan ke arah saya. Suara gagak terus kedengaran.


“Hati-hati Tamar, ilmu sihirnya cukup tinggi, Dia boleh menipu pandangan mata kita. Muka dan badannya boleh berubah, boleh jadi perempuan, boleh jadi lelaki malah boleh jadi binatang,” bisik si baju hitam.


“Bagaimana kita nak menentangnya, Andi.”


“Gunakan ilmu yang datuk kamu berikan kepada kamu,” nada suara baju hitam agak tinggi dan keras. Mungkin kata-kata itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga perempuan yang berada di depan saya. Dan untuk kesekian kalinya dia menjegilkan biji matanya ke arah saya.


“Kau harus menentangnya atau aku cari datuk kamu minta tolong,” dalam nada terketar-ketar si baju hitam bersuara.


“Jangan tinggalkan aku sendirian,” kata saya sambil memegang lengan kanan si baju hitam dengan erat sekali.


“Kamu lihat ke kaki langit, Tamar.”


Cakap si baju hitam saya patuhi,  sepasang biji mata saya arahkan ke kaki langit. Apa yang saya lihat ialah warna awan yang kemerah-merahan, tanda hari sudah mahu masuk ketahap senja.


“Selalunya waktu begini ilmunya cukup menjadi dan dia kadang-kadang bertindak di luar batas kemanusiaan, kalau kita dapat mengalahkan dirinya waktu begini, dia akan susah sepanjang hayat, Ilmunya tak akan menjadi,” ujar si baju hitam.


“Huhhhh…,” suara perempuan di depan saya keras. Dengan pantas dia merenung ke arah awan dan matahari yang sudah menjadi bulat sebesar talam dan warnanya merah menyala, macam bola api. Perempuan itu mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Dia mula menjerit, memekik dan meraung macam serigala berdepan dengan musuh. Suara lolongannya meremangkan bulu roma saya.


 “Andi,” kata saya dalam suara lolongan anjing yang kian hebat itu.


“Kenapa Tamar?”


“Mukanya cukup menakutkan, cuba kamu tengok sendiri Andi,” saya terus mendesak dan si baju hitam tetap macam tadi juga, tidak mahu melihat wajah perempuan itu. Macam ada sesuatu rahsia yang mahu disembunyikan dari saya.


“Memang jadi pantang kamu Andi.”


Si baju hitam tertegun (membelakangi saya dan perempuan misteri) terus gelengkan kepala.


“Kamu simpan rahsia dari aku, Andi?”


Masih macam tadi juga, si baju itam tetap gelengkan kepala.


“Cakap dengan jujur dan ikhlas, kenapa kamu tidak mahu tengok muka bekas guru kamu?” Sengaja saya tinggikan nada suara.


Si baju hitam terus membisu, pada ketika itu juga saya terdengar bunyi desiran angin menyentuh dedaun. Beberapa helai daun tua dan kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ke bumi. Bau harum kian keras menusuk lubang hidung. Perempuan misteri masih berdiri di tempatnya tetapi, wajahnya kembali normal. Tidak menakutkan. Dia kelihatan bertambah cantik dan ayu bersama senyum yang tidak pernah putus berlari di bibirnya. Wajah Nurulhayat tidak dipamerkannya tetapi, bentuk badannya masih menyerupai wajah Nurulhayat.


“Kenapa kamu tak mahu tengok dia Andi?” Ulang saya lagi.


“Tamar,” si baju hitam tidak meneruskan percakapan.


“Teruskan Andi,”


“Begini Tamar, kalau matanya dapat memandang anak mata aku secara mengejut aku jadi lemah dan melutut kepadanya. Itulah sebabnya aku tak mahu renung mukanya, bukan kerana pantang atau ada rahsia.


“Kamu tahu antara kita berdua memang tak ada rahsia apa-apa,” si baju hitam buka rahsia. Dan saya tidak mahu bertanya lagi tentang hal tersebut. Dia bercakap jujur yang sekali gus membayangkan harapan agar saya bersedia melndunginya.


“Kalau itu kelemahan kamu, jangan renung mukanya. Biar aku saja berdepan dengan nya Andi,” saya mula naik semangat. Walaupun saya dan si baju hitam berdiri membelakangi antara satu dengan lain dan bercakap agak perlahan dan kadangkala tenggelam dalam suara salakan anjing, ternyata perempuan misteri dapat memahami apa yang saya tuturkan kepada si baju hitam berpandukan dari gerak mulut saya.


Buktinya seiap kali bibir saya berhenti bergerak, perempuan aneh itu gelengkan kepala sambil mengigit jari. Kemudian dia memberi isyarat dengan mengerakkan ibu jari kirinya berkali-kali, seolah-olah menyuruh saya meneruskan percakapan. Bila percakapan diteruskan, wajahnya nampak ceria sekali.


“Biar aku tentang dia Andi,” bisik saya dan perempuan aneh itu tersenyum lalu menggamit saya. Dia bagaikan mengalu-alukan keputusan yang saya buat.


“Jangan terburu-buru nanti kamu binasa Tamar,” itu yang diungkapkan oleh si baju hitam dengan nada yang amat perlahan sekali. Saya lihat muka perempuan itu bertukar menjadi garang. Dia mengenggam penumbuk. Saya kira hatinya membara kerana si baju hitam menasihati saya.


“Biar aku pergi sekarang,” darah muda saya tidak dapat dikawal lagi dan baru melangkah setapak, si baju hitam terus menghalang.


“Jangan terburu-buru Tamar.”


“Andi, kalau begini keadaannya, masalah kita tak akan selesai,” saya cuba menolak si baju hitam ke tepi.  Tetapi dia tetap bertahan. Saya jadi serba salah, samada mahu meneruskan atau mendengar saja cakap-cakap si baju hitam. Paling mengejutkan, pada saat itu juga perempuan aneh hilang dari pandangan saya hanya untuk beberapa detik. Kemudian dia muncul kembali dalam keadaan asal iaitu mengangkat sepasang tangannya ke langit. Dia menjerit dan memekik dan meraung macam serigala lapar.


“Dengarlah cakap aku Tamar,” rayu si baju hitam. Saya membisu dan terpegun dengan suasana ganjil yang terjadi di depan mata. Macam-macam perasaan timbul dalam hati. Rasa berani, takut dan cemas silih berganti menguasai diri.


MENJERIT    


“Biarkan dia menyalak hingga penat, kalau masa dia menyalak kamu dekati dia, kamu hancur Tamar. Aku anak muridnya, aku tahu apa yang mahu di buatnya. Kita nampak dia mengangkat kedua belah tangannya sambil menghala muka nya ke langit, sebenarnya dia tak buat semuanya itu, kamu sangka suaranya yang menjerit, pada hal itu bukan suaranya. Suara tu datang dari hutan,” si baju hitam buka rahsia bekas gurunya. Saya mengigit bibir dan mengedutkan dahi.


“Kita kena hati-hati Tamar, jangan ikutkan perasaan nanti kita yang jahanam. Dia coba mempengaruhi kita dengan macam-macam cara, sekarang dia menunjukkan kehebatan ilmunya kepada kamu dengan harapan kamu ingin berguru kepadanya,” sambung si baju hitam. Saya anggukkan kepala, ternyata si baju hitam gembira sekali.


“Sekarang cuba kamu kesan dari mana datangnya salakan anjing tu, Tamar?”


Kata-kata si baju hitam segera saya patuhi. Sudah jelas, suara salakan anjing itu datangnya dari arah kiri dan kanan hutan kecil. Apa yang pasti saya rasakan, salak anjing itu makin lama makin hampir dengan saya. Diri seolah-olah dikelilingi oleh kumpulan anjing yang ganas dan garang. Pada hakikatnya, tiada seekor pun anjing yang mendekati diri saya.


Apa yang tumbuh dalam otak saya ialah anjing di kiri, anjing di kanan. Anjing di depan dan dibelakang. Semuanya membuka dan mengangakan mulut menunjukkan gigi yang tajam bersama lidah merah terjelir. Anjing-anjing itu bersedia mahu membaham saya. Kenapa perasaan sedemikian muncul dalam kotak fikiran saya.


“Andi, aku rasa lain macam.”


Si baju hitam yang masih tidak mahu melihat wajah perempuan aneh itu terus membisu.  Sikapnya itu membuat saya naik darah, bila saya fikirkan suara lolongan anjing yang menyebabkan si baju  hitam tidak dapat menangkap kata-kata yang saya luahkan, kemarahan saya segera menurun. 


Andi, aku rasa lain macam,” ulang saya.


Dia masih macam tadi, membisu seribu bahasa. Tanpa membuang masa saya segera menoleh ke arahnya. Bahu si baju hitam segera saya goyang berkali-kali.


“Aku juga macam kamu Tamar,” suaranya bergetar. Jawapan yang diberikan membuat saya tidak berminat untuk melapurkan apa yang saya lihat kepadanya. Pandangan segera saya arahkan kembali kepada perempuan aneh.


“Eh, perempuan tu dah hilang, ke mana dia  pergi?” jerit saya. Tanpa membuang masa si baju hitam segera memusingkan badan, menghala muka ke tempat kosong (tempat perempuan aneh itu berdiri). Salakan dan lolongan anjing tetap macam tadi, tidak ada tanda-tanda beransur reda .


“Kemana dia pergi, Andi.”


“Entah, yang aku tahu menghilangkan diri waktu macam ini memang menjadi kegemarannya,” sahut si baju hitam. Lolongan anjing kian rancak. Pepokok renek sekitar tempat saya berdiri bergerak macam dilanggar binatang buas. Dari sebelah kanan saya terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas tercungap-cungap. Orangnya tidak kelihatan. Apa yang boleh saya lakukan ialah merenung muka si baju hitam dan dia pula merenung muka saya.


Warna merah di kaki langit kian menipis. Suasana sekitar beransur-ansur samar. Senjakala sudah datang. Beberapa ekor kelawar yang luar biasa besarnya mula berterbangan mengelilingi saya dan si baju hitam sambil berbunyi nyaring. Giginya yang halus tajam menyeringai ke arah kami. Lebih dari sepuluh minit kelawar luar biasa iu mengelilingi kami dan akhirnya bergayut di dahan pokok asam (di tempat saya disebut pokok jawa) yang rendang. Kelawar luar biasa itu terus berbunyi nyaring.


“Ada darah menitik di pipi kamu Tamar.” Si baju hitam menuding jari telunjuk ke muka saya. Tanpa membuang masa darah di muka segera saya kesat dengan telapak tangan. Memang benar apa yang dikatakan oleh si baju hitam.


“Kamu tak rasa apa-apa Tamar.”


“Ada terasa macam air jatuh ke pipi, aku tak fikir pula darah yang datang,” kata saya cemas lalu mengubah kedudukan dari bawah pokok asam ke bawah pokok petai yang batangnya lebih dari sepemeluk besarnya. Si baju hitam turut sama. Kami kira di bawah pokok petai adalah tempat yang paling selamat.


“Aku rasa pelik Andi, darah dari mana menitik atas pipi aku,” kata saya sambil membelek-belek kesan darah di telapak tangan dalam warna samar senja yang kian berat itu. Saya cium telapak tangan. Bau hanyir dari darah tersebut membuat tekak saya loya dan mahu muntah.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box