SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU

“Aku tahu dari mana darah itu datang, Tamar.”


“Dari mana Andy,”


“Darah kelawar atas kepala kita tadi.”


“Pelik sungguh,” keluh saya sambil menarik dan melepaskan nafas. Suara kelawar luar biasa dan suara lolongan anjing terus bergema. Hari kian gelap.


“Sebenarnya Tamar, yang jatuh ke pipi kamu bukannya darah tetapi tahi kelawar.”


“Tahi kelawar?” Saya terkejut.


“Iya, yang keluar tu berak darah, biasanya kelawar yang berak darah atau kencing darah menghisap darah manusia atau binatang. Kelawar jenis ini selalunya di pelihara oleh manusia yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka melepaskan kelawar peliharaan mereka untuk membunuh atau menghisap darah musuh mereka. Kadang-kadang untuk tujuan balas dendam dan ada juga yang mengambil upah untuk membunuh orang,” kata-kata yang di ucapkan oleh si baju hitam membuat badan saya mengigil.


“Apakah kita berdua akan menjadi korban kelawar luar biasa ini, Andy.”


“Iya, kalau kita tidak berjaya melarikan diri dari sini. Lagi pun kelawar ganjil menghisap darah bila bulan mengambang, bila sudah kenyang dia balik ke sarangnya di gua mengikut arahan tuannya,” si baju hitam berhenti bercakap. Saya cemas dan terus duduk di tanah sambil menyandarkan belakang ke pangkal pokok petai. Si baju hitam masih berdiri merenung ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia dongakkan kepala melihat ke pucuk pokok petai.


Suasana terasa seram seiring dengan warna alam sekitar yang kian beransur gelap. Nyamuk mula berterbangan. Suara kelawar makin rancak dan lolongan anjing yang memanjang kian menjadi-jadi. Dahi saya tiba-tiba berpeluh, rasa cemas tetap menguasai hati.


Bersama-sama dengan desiran angin saya seakan-akan terdengar suara orang perempuan mengilai, ketawa dan menangis. Nada suara tersebut mengikut kelajuan angin yang bergerak. Kalau angin bergerak laju, suara orang tertawa menjadi kuat. Kalau angin bergerak perlahan, suara-suara orang ketawa mengilai terdengar seperti orang berbisik.


Saya tidak tahu, apakah si baju hitam mengalami seperti apa yang saya rasakan. Berdasarkan dari gerak-gerinya mungkin dia tidak mendengar semuanya itu. Dia masih macam tadi, mengawal keadaan sekitar, bersedia untk melakukan sesuatu. Ada masanya dia genggam penumbuk dan terus menumbuk angin dengan wajah yang membayangkan kemarahan. Dahinya tetap berpeluh.


TAMPAR


Sial, kemana pula dia menghilang, kalau benar-benar handal tunjukkan diri, jangan main-main sembunyi. Saya merungut dalam hati dan suara batin saya itu bagaikan menerima jawapan. Pipi kiri saya ditampar berkali-kali dengan kuat. Sepatutnya saya merasa sakit dan pedih sebaliknya pipi saya terasa sejuk macam disentuh jari mayat. Semuanya ini membuat saya bertambah gementar.


Bagaimana tidak gementar? Baru terniat dalam hati sudah menerima risiko yang tidak dapat dikesan atau dilihat dengan mata kasar. Si baju hitam masih juga seperti tadi, renung sana, renung sini. Saya kira dia memang mengharapkan kedatangan datuk secara tiba-tiba. Mana mungkin datuk datang, kalau tidak diberitahu masalah yang sedang dilalui.


“Kemana dia dah pergi Andy?”


Si baju hitam menarik nafas sambil mendongakkan mukanya ke langit. Dia melihat awan yang berarak sambil memasang telinga mengamati arah angin datang dan pergi. Si baju hitam mengangakan mulut dengan seluas-luasnya. Hujung lidahnya menolak lelangit. Kelingking kirinya menjolok lubang telinga kanan.


Rupa-rupanya si baju hitam mahu memenafaatkan lmu yang baru setampuk pinang untuk melawan gurunya. Mana mungkin murid boleh merebahkan guru di gelanggang. Itulah yang terjadi, si baju hitam tiba-tiba terjerit terlolong, tidak tentu arah, dari lubang hidungnya memancut darah. Dia jatuh mengelepar di bumi macam ayam kena sembelih. Samaada mahu atau tidak, saya terpaksa bertindak menyelamat kan baju hitam. Kalau dibiarkan, keadaan akan bertambah runcing dan saya akan berdepan dengan masalah yang lebih besar lagi.


Berbekalkan ilmu yang sedikit (yang diperolehi dari datuk) saya berikhtiar memulihkan si baju hitam yang terbujur di bumi. Saya ambil sehelai daun kering yang berada dibawah sikunya. Daun kering itu di ramas hingga hancur, sebelum daun yang hancur ditaburkan ke mukanya, saya baca beberapa kali surah An-nas dengan khusyuk. Dengan izin Allah darah yang memancut dari lubang hidung berhenti serta merta. Si baju hitam boleh bangun dan duduk.


“Aku tak mapu menentangnya Tamar, begitu juga kamu. Hanya datuk kamu saja yang boleh,” si baju hitam gelengkan kepala. “ semua yang aku tuntut darinya sudah aku gunakan. Semuaya tak berkesan,” sambungnya dalam suara yang amat kecewa. Si baju hitam sudah putus asa. Nampaknya dia mahu pasrah saja.


“Hairan, kemana dia menghilang, Andy.”


“Dia tak kemana-mana Taamr, dia ada di sini.”


“Buktinya?”


“Selagi kita dapat mendengar suara salakan anjing dan suara kelawar luar biasa, itulah tandanya dia ada di sini. Sekarang kita kena bersedia, samada kita lari atau melawan,” si baju hitam berhenti bercakap untuk beberapa saat. Dia seperti mengawal perasaan yang resah semacam.


“Pada hemat aku, kita lari saja minta bantuan dari datuk kamu Tamar,” sambungnya.


Saya tidak pula mengatakan IA atau TIDAK  dengan cadangannya itu. Saya lagakan gigi atas dan gigi bawah berkali-kali.  Kepala saya masih memikirkan tentang perempuan aneh yang boleh menyerupai ajah Nurulhayat. Dan bukanlah sesuatu yang mustahil kalau wajahnya dapat menyerupai wajah datuk untuk mengabui pandangan kami. Di saat saya memikirkan hal itu, terasa bahu kanan saya ditumbuk orang. Bila ditoleh ke kanan, tiada sesiapa pun di situ.


Secara mengejut kepala saya terasa pening, tanah yang di pijak terasa bergegar, semua pepohon yang dilihat bergoyang ke kiri dan ke kanan. Rasa takut dan cemas terus hilang dari hati. Salakan dan lolongan anjing bertukar menjadi seruling buluh yang mendayu hiba. Suara kelawar pula bertukar menjadi air hujan menimpa atap zink. Saya jadi berani dan bersedia untuk menentang sesiapa saja.


“Kita lari tinggalkan tempat ni Tamar, sebelum keadaan menjadi lebih buruk, Kita panggil datuk kamu datang ke sini,” si baju hitam cuba menepuk bahu kiri , segera saya tepis dengan keras. Dia terkejut dengan sikap yang kasar itu. Muka saya direnungnya.


“Kita tak boleh melawan dia Tamar. Sebenarnya kita dah masuk perangkap, kita mesti keluar dari sini. Kita tak daya melawannya, kita balik Tamar.”


“Aku tak mahu pulang, aku tak mahu jumpa datuk,” kata saya dan mula menjauhkan diri dari si baju hitam. Tetapi, si baju hitam terus mendekati dan cuba memeluk tubuh saya agar jangan berada jauh dari perdu pokok petai. Saya mengelak dan menolak si baju hitam hingga terjatuh. Pada masa itu juga, saya terdengar suara bisikan menyuruh saya menendang pangkal leher si baju hitam dengan sekuat hati. Pada mulanya saya ragu-ragu untuk melakukannya. Bila didesak bertalu-talu, saya akur dengan arahan suara ghaib itu.


Bila saya melepaskan tendangan sulung, si baju hitam terus mengelak. Saya kira dia akan bertindak balas. Ternyata si baju hitam mengambil sikap mengalah. Dia berusaha menjauhkan diri dari saya – jarak kami antara satu sama lain kira-kira sepuluh kaki tetapi, kami masih berada di bawah pokok petai besar.


“Tamar, kamu sudah dikuasai perempuan jahanam tu,” jerit si baju hitam.


“Siapa yang kuasai aku.” Saya menjawab.


Si baju hitam menutup sepasang lubang telinganya dengan telapak tangan. Dia tidak  tahan mendengar salakan dan lolongan anjing yang di sertai dengan suara kelawar. Bagi saya suara lolongan anjing dan kelawar amat menyenangkan sekali.


“Tamar, lebih baik kita balik, kalau kita mahu selamat. Kita bagi tahu datuk kami apa yang terjadi, Marilah kita balik Tamar,” si baju hitam bagaikan merayu dalam suasana senja yang bertambah kelam dan pekat. Saya rasa jarak antara kami kian jauh. Batang tubuh si baju hitam tidak dapat dilihat dengan jelas, dia semakin mengecil dan suaranya  terdengar sayup-sayup.


“Kita balik Tamar.”


“Tidak, pertolongan datuk tak perlu.”


“Tamarrrrr…” suara si baju hitam  hilang dari pendengaran saya. Dia hilang dalam gelap senja yang hitam.


Pada saat itu, saya mula terfikir yang si baju hitam memang mahu meninggalkan saya sendirian. Ini satu pengkhianatan. Mungkin dia berbuat demikian kerana mahu membalas dendam atau sengaja mahu menyerahkan saya kepada perempuan laknat. Dia mahu saya merasa seksanya menjadi tawanan perempuan jahat yang juga bekas gurunya.


Saya jadi benci dan marah kepada si baju hitam. Suara ghaib pun bergema dari setiap sudut menyuruh saya menetak leher si baju hitam kemudian menghirup darahnya. Gegendang telinga terasa pedih, tanpa membuang masa kedua belah lubang telinga saya tutup dengan telapak tangan. Suara itu terus bergema, lebih kuat dan lebih hebat meresap ke dalam urat saraf di otak.


Dalam usaha menenangkan fikiiran itu, saya pejamkan mata dan membaca beberapa potong ayat dari al-Quran untuk melindung diri dari dikuasai makhluk yang tidak diingini. Ternyata pembacaan saya lintang pukang, malah ada seketikanya saya lupa ayat dan surah apa yang saya baca.


Saya tidak mampu merapatkan kedua belah kelopak mata, macam-macam yang muncul dalam fikiran. Ada gambaran manusia berjalan atas mayat tanpa kepala, ada sungai mengeluarkan api, ada kambing berbadan seperti buaya dan kemunculan si baju hitam dengan keris di tangan menikam perut datuk bertubi-tubi. Darah keluar memancut dan tali perut datuk terkeluar, terlambak atas tanah macam tali perut ayam.


Gambaran datuk merintih menahan kesakitan sambil merangkak membawa   tali perutnya yang berjela-jela di tanah, memang tidak dapat saya terima. Saya jadi marah.


“Andy, kamu pengkhianat,” jerit saya sekuat hati, bergema dalam hutan bersama gelap senja yang menggila. Jeritan saya membunuh lolongan anjing dan suara kelawar yang luar biasa.


“Aku bunuh kamu, aku bunuh kamu Andy. Kemana kamu nak lari. Dunia ini terlalu kecil dan sempit,” sambung saya lagi sambil menghentakkan kaki kanan ke permukaan bumi.


“Kamu benar, kamu benar Tamar. Datuk kamu sudah dibunuhnya secara curi, kamu mesti bertindak. Bunuh saja bila kamu jumpa dia,” terdengar bisikan halus, seperti suara perempuan yang datangnya dari telinga sebelah kiri, saya juga merasa telapak tangan kanan saya bercantum dengan telapak tangannya yang halus kulitnya.


GHAIRAH


Disaat telapak tangan saya di genggam erat, saya terasa seluruh sendi dan otot tersintak-sintak seperti terkena kejutan elektrik. Tubuh terasa ringan melayang, fikirian kosong dan saya seperti berada dalam perahu kecil yang dilambung ombak setinggi pucuk kelapa, kemudian menurun ke paras biasa hingga terasa isi perut hilang.


“Aku restui perjuangan kamu untuk menuntut bela,” terdengar lagi bisikan semangat. Serentak dengan itu, telapak tangan saya yang digenggam erat pun di lepaskan.


Saya menerima ciuman yang penuh ghairah di pipi kanan dan di pangkall leher serta telinga. Pinggang saya pun dipaut mesra sehingga saya sukar bernafas. Aneh, orang yang memeluk dan mencium pipi saya tidak kelihatan tetapi hembusan nafas yang penuh nafsu berahi tetap terasa. Saya pasti yang memeluk itu ialah seorang perempuan, ini berdasarkan pada keluhan ghairah yang halus penuh manja.


Terasa lemah dan lemas bila diri saya diulit begitu, sebagai JANTAN sudah pasti timbul rasa keghairahan yang memberangsangkan dan ingin melakukan tindak balas. Tetapi kemana saya harus melempiaskan nafsu yang membengkak itu? Memang ada lawan jenis di sisi yang menjalankan peranan memarakkan rasa berahi saya. Sayangnya lawan jenis itu tidak keliahatan, tidak boleh diraba dan memeluk saya.


Makhluk apakah di sisi saya ini? Muncul pertanyaan dalam hati. Belum pun sempat saya membuat kesimpulan dari pertanyaan itu, tubuh saya ditolak oleh sepasang tangan yang kasar, saya jatuh terlentang, nafsu yang memuncak terus menurun dan mati.


Dengan susah payah saya segera bangun dan duduk bersila. Tidak ada apa yang dapat sya lihat dalam gelap itu. Suara cengkerik menusuk lubang telinga, suara katak tidak putus-putus berhenti memanggil hujan. Saya lihat langit bersih dan cerah. Beberapa ekor katak melompat atas paha saya, keli-kelip pun berterbangan, sebahagiannya berlabuh  di hujung dedaun.


Sayup-sayup  terdengar bunyi reranting  kering di pijak orang. Saya juga mula melihat  api jamung dari arah selatan menuju ke arah saya. Makin lama, makin hampir api jamung itu dengan saya. Penuh debar saya menanti, siapakah gerangan yang datang itu? Semuga Haji Bagus dan Tuk Siak yang datang. Datuk tidak mungkin kerana dia sudah dibunuh oleh si baju hitam. Hati kecil saya membuat andaian di malam yang pekat itu.


“Huh…”


Saya mengeluh dan hampir mahu jatuh untuk kedua kalinya. Di depan saya terpacak jamung dengan api yang marak. Cahayanya menerangi sekitar kawasan saya berkubang. Tidak ada orang yang membawa jamung tersebut. Jamung berjalan sendiri.


“Kamu mahu membunuh orang yang mengkhianati diri kamu,” muncul suara dari balik pokok petai.  Saya mengangguk, ketika itu juga kelawar besar yang hilang muncul kembali, hanya untuk beberapa minit setelah mengelilingi kepala saya dua tiga kali , kelawar luar biasa terus ghaib.


“Kamu pancung lehernya, taruh darahnya dalam buluh. Kemudian kamu hirup darahnya,” terdengar lagi arahan dari balik pokok petai. Saya berharap dengan pertolongan cahaya api jamung, wajah orang yang bersuara dapat saya lihat. Dengan ekor mata, saya jeling ke arah pokok petai, malangnya bayang dan kelibat manusia tersebut  tidak dapat dikesan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk bersoal jawap dengan suara dari balik pokok petai. Apa yang mampu saya lakukan ialah anggukkan kepala setiap kali menerima arahan darinya.


“Lapah kulitnya macam lapah kulit kijang.”


Saya mengangguk.


“Tulang-tulangnya kamu kumpul dan campakkan ke dalam belukar atau di kaki bukit untuk kawan-kawan kita makan.


Saya terus anggukkan kepala.


“Dagingnya kamu buangkan ke dalam sungai untuk habuan buaya.”


Macam tadi juga,  saya terus mengangguk.


“Pancung lehernya denagn ini.”


Sebilang parang panjang berulukan gading jatuh di depan saya. Matanya tajam, putih berkilat. Ulu parang segera saya pegang. Hujung mata parang saya lagakan dengan kuku ibu jari untuk menguji ketajamannya.


“Begini.”


Sekujur tubuh terpacak di kanan saya memakai jubah kuning. Kepala dan muka nya dibalut kain tebal berwarna hitam tidak ada l ubang untuk mata, parang panjang di tangan segera di rampas. Saya terpinga-pinga terkejut dengan kedatangan manusia berjubah itu. Kalau tadi cuma ada sebatang jamung kini sudah menjadi tujuh semuanya. Kawasan sekitar bertambah terang benderang.


POTONG


Begini menguji tajam tumpulnya parang,” kata orang berjubah lalu dia menghayunkan mata parang keatas kepala saya dengan pantas sekali.


“Lihat apa yang ada di depan kamu,” kata orang berjubah. Jari telunjuknya menuding ke arah segumpal rambut sebesar penumbuk budak lelaki berusia sebelas tahun. Gumpalan rambut itu terlonggok di hujung kaki saya.


“Itu rambut kamu yang di potong dengan parang panjang ini. Kerana matanya terlalu tajam kamutak merasa apa apa. Kamu tak sedar bila rambut kamu putus,” memang ada nada kemegahan dan kebanggaan lahir dari kelopak bibir manusia yang berjubah dan bersarung kepala hitam itu.


“kamu nampak rambut kamu?” Soal orang berjubah.


“Iya,” pertama kali saya bersuara.


“Kamu sudah tahu berapa tajamnya parang panjang.”


“Iya, tahu.”


“Bagus, kamu sedia membunuhnya?”


Saya terus angguk kepala.


“Ambil parang ni,” orang berjubah tatang parang panjang. Ulu parang dihulurkan ke arah saya. Tetapi, saya tdak bersedia menyambutnya.


“Kenapa tak mahu ambil,” tanyanya. Saya tidak dapat memberikan jawapan. Orang yang berjubah mendengus panjang sambil menghentakkan kaki ke bumi.


Entah mengapa, di saat saya mahu memegang ulu parang panjang, saya jadi gementar dan takut sekali. Aya terpandang ulu parang ang dibuat dari gading gajah itu menjadi kepala ular yang menyembur bisa.


“Kamu lemah semangat, jadi kamu mesti diberi semangat baru. Aku tidak akan menyerahkan parang panjang ini kepada kamu. Hanya mahaguru saja yang boleh meresapkan semangat dalam diri kamu, aku tak boleh. Aku cuma orang suruhan  dan orang kanannya saja,” orang yang berjubah dan bersarung kepala hitam bersuara parau.


Dia mula memegang pergelangan tangan saya. Jamung yang berada disekeliling saya bergerak sendiri menghala ke arah yang tidak dapat saya pastikan di mana.


“Saya tak mahu ikut kamu,” saya membantah, pada saat itu bagaikan kilat muncul dalam kepala wajah si baju hitam bersama-sama dengan kata-kata yang mengingatkan saya  supaya berhati-hati.


“Tak boleh, kamu mesti ikut.”


“Tak mahu,” saya menolak. Orang berjubah terus bergerak di depan saya. Dia kelihatan seperti tidak mahu melakukan paksaan. Tanpa diduga dia terus duduk mencangkung. Api di jamung yang tadi menghala ke arah tertentu berputar balik ke tempat asal. Bergerak mengelilingi pokok petai. Kemudian memagari orang berjubah.


“Kamu renung sini,” nada suara orang berjubah keras sekali, membayangkan kemarahan dan tidak mahu bertolak ansur dengan saya. Arahannya tidak saya patuhi, saya renung ke arah lain. Usaha saya itu hanya berhasil untuk beberpa minit saja, setelah itu tengkuk saya seperti dipulas oleh tangan-tangan ghaib yang memaksa saya merenung ke arah orang yang berjubah kuning.


TEPIS


Saya tidak putus asa dan cuba melawan. Akhirnya berpuluh-puluh tangan ghaib melepaskan penumbuk keseluruh tubuh saya. Dalam sekelip mata saja, tubuh saya diikat dengan rotan. Dan tangan-tangan ghaib itu segera menghulurkan berpuluh cawan ang dibuat dari aluminium ke mulut saya.


“Minum.” Perintah orang berbaju kuning.


Cawan-cawan itu saya tepis sekuat hati. Jatuh bergelimpangan atas tanah. Orang berjubah kuning petik ibu jari.


Hasil dari petikan ibu jari itu, sepasang tangan ghaib mencengkam rahang saya,. Mulut saya dibuka secara paksa, saya rasa mulut seperti mahu terkoyak sehingga ke pangkal telinga. Kepalang sakitnya, saya tidak ddaya lagi. Mulut saya dituang dengan minuman, bila melalui anak tekak terasa pahit dan payau. Saya jadi lemah, kepala terasa pening.


“Bagaimana, masih mahu melawan?”


Saya tidak menjawab. Tekak terasa loya, perut rasa memulas dan sakit. Saya tersedak dan terbatuk, saya muntah. Semua yang ada dalam perut habis keluar. Saya bertambah lemah dan rebah dibumi. Badan saya bergelumang dengan muntah, bau hanyir, busuk berbaur. Semuanya terpaksa saya terima.


“Buka mata.”


“Kelopak mata saya buka.


“Renung sini.”


Mata pun saya tumpukan ke arah orang berjubah kuning. Perlahan-lahan dia melipat lengan baju kiri. Biji mata saya terbeliak, lengannya tidak berkulit dan tidak berdaging. Dia pamerkan tulang lengan dan tulang jari yang putih, macam tulang orang yang sudah mati berpuluh-puluh tahun.


“Yang kamu minum tadi tu air tulang aku. Rasanya tentu sedap.”


Saya diam tidak terkata, hanya kelopak mata yang berkedip. Dengan perlahan orang berjubah kuning mentutup rangka tulang lengan dan jari dengan lengan baju. Saya terus terkapar.


Satu penyiksaan yang amat pahit penuh derita. Saya lihat langit dan awan. Dengan penuh daya ingatan saya perah otak untuk mengingati ayat-ayat Quran. Saya jadi lupa sama sekali. Malah untuk menyebut perkataan bismillah… pun tak boleh. Lidah saya terasa keras.


Dalam usaha membunuh rasa jemu melihat awan dan langit, saya cuba gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Bila kepala di gerakkan batang leher terasa amat sakit. Badan pula, dari bahagian pinggang hingga ke hujung kaki seperti di hempap batu besar. Bergerak sedikit, tulang dan daging bagaikan hancur. Semuanya menyiksa.


“Jangan gerakkan kepala kamu ke mana-mana . Tengok aku kalau kamu mahu hidup atau bebas dari sini,”


Samada rela atau tidak sepasang mata terpaksa di arahkan pada tubuh yang diselimuti dengan jubah kuning. Semua gerak gerinya saya sorot dengan penuh teliti dan hati-hati. Kalau tadi dia mempamerkan tulang lengan dan tulang jari. Dan kali ini, perkara yang sama dilakukan untuk tangan sebelah kanan.


Perlahan-lahan dia menyelak dan menggulung lengan baju sebelah kanan hingga paras siku. Lengan kanannya yang unik itu digerak-gerakannya berkali-kali di depan mata saya. Lengan kanannya itu memang luar biasa sekali. Tidak menyerupai lengan manusia malah meyerupai kaki harimau lengkap dengan kukunya sekali. Masih terdapat kesan darah merah di telapak tangan(kaki) manusia berkaki harimau itu.


“Kalau kamu lari aku cakar muka kamu,” katanya nyaring. Dia pun terus mengoyang-goyangkan lengan kanannya berkaki harimau itu. Bila kuku di tangan (kaki) di kembangkan tanah merah yang kering jatuh berderai. Sebahagian dari tanah itu jatuh atas api jamung membuat apai jamung bertambah marak.


Cahaya  dari api jamung menyerlahkan belang harimau yang berbulu tebal dan kasar itu. Saya lihat ada juga bulu harimau yang jatuh ketanah. Saya terdengar bunyi suara harimau menderam berkali-kali. Akhirnya saya dapat mempastikan bahawa bunyi itu datang dari orang yang berjubah kuning. Gerak-gerinya pun mula berubah. Dia mula duduk mencangkung seperti harimau.


Dalam keadaan yang serba cemas itu , saya masih boleh berfikir. Kenapa saya harus berdepan dengan perkara yang luar biasa dan tidak masuk akal ini? Manusia apakah yang terpacak di depan saya ini?


“Eh, aku tahu apa yang ada dalam perut kamu,” orang yang berjubah kuning bersuara. Dia dapat membaca rahsia hati saya. Pertanyaan itu, tidak mampu saya jawap. Saya tidak boleh bersuara. Apa yang terdaya saya lukukan ialah merenung sayu ke arahnya. Mohon simpati agar saya jangan terus di seksa begini.


MUNCUL  


Kamu nak tahu, siapa aku sebenarnya,” orang itu mengajukan pertanyaan. Saya pun anggukkan kepala. Orang itu terus ketawa berdekah-dekah.


“Sekarang buka mata kamu luas-luas, kamu boleh tengok diri aku yang sebenarnya,” katanya lagi.  Seperti tadi saya terus angukkan kepala.


Dan orang yang berjubah kuning mula memusing tubuhnya secara perlahan-lahan. Kemudian berpusing dengan ligat, macam gasing. Di saat tubuhnya berputar ligat, saya terpandang berpasang-pasang mata harimau muncul dari rimbunan pepokok renik merenung ke arahnya sambil menderam. Saya mula gementar dancemas. Tubuh terasa sejuk, bagaikan berada di atas ketul ais yang besar.


“Apakah aku bermimpi atau benar-benar terjadi?” Bisik batin saya.


“Kamu tidak bermimpi, aku sekadar mahu menunaikan keinginan kamu,” secara mengejut si jubah kuning berhenti berpusing.


Pelik sungguh! Dia dapat membaca suara batin saya. Macam tadi juga, si jubah kuning terus ketawa berdekah-dekah. Gementar dihati saya tidak juga mahu hilang. Tanpa disangka-sangka si jubah kuning bertempik macam gajah, bergema dalam perut hutan di malam yang muda. Berpuluh-puluh mata harimau dibalik rimbunan pepokok kecil terus hilang. Hanya Allah saja yang tahu perasan saya ketka itu.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box