SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT

Dalam rasa cemas yang tidak bertepi itu, saya hanya mampu melihat si jubah kuning mundar mandir di depan sesuka hati. Adakalanya dia membongkok dengan kedua belah tangannya menjamah bumi. Pergerakan ke depan dan ke belakang macam orang merangkak. Bila penat dia terus berdiri lalu melepaskan nafas. Bunyinya macam nafas kerbau jantan melihat punggung kerbau betina.


“Sekarang,” pekiknya sekuat hati. Aneh dia tidak menyambung kata-kata tersebut. Si jubah kuning renung kiri, renung kanan dan terus memetik ibu jarinya tiga kali berturut. Tidak lama kemudian saya terdengar suara harimau jantan menguap yang jumlahnya lebih dari lima ekor.


“Kenapa tak sambung cakap,” tanya saya pura-pura berani. Si jubah kuning terus ketawa dan melompat di paras ketinggian lebih dari lima kaki. Bila dia selesai melakukan semuanya itu, suasana kembali sunyi dan sepi. Saya ambil kesempatan dongakkan kepala untuk melihat bintang di langit.


“Sekarang aku mahu menunaikan hajat kamu,” suara si jubah kuning terdengar amat lemah sekali. Macam tadi juga, dia tidak meneruskan kata-katanya. Cuma yang kedengaran bunyi nafasnya yang tercungap-cungap, seolah-olah macam memikul benda yang amat berat sekali.


“Kamu boleh tengok,” sambungnya, “dengan sepuas-puasnya apa yang ada pada aku, tumpukan mata hati dan pancaindera kamu pada tubuh aku. Jika ada perkara lain yang kamu fikirkan dalam otak kamu, buruk padahnya. Kamu akan binasa, “ suaranya parau dan garang. Dia terus bergerak di depan saya, macam harimau jantan yang lapar. Dia berhenti, betul-betul di depan saya. Matanya renung muka saya yang pucat. 


“Hummmm…, “ dia mendengus sambil telapak tangan kanannya memukul muka bumi. Sepasang biji mata saya tidak berganjak dari menikam sekujur tubuhnya.


“Renung dan kamu jangan terkejut, jangan menjerit,” si jubah kuning mengingatkan saya.


“Iyaa…” sahut saya seraya anggukkan kepala.


Dengan perlahan-lahan dia membuka jubah kuning, jubah kuning yang terpisah ari tubuhnya itu dihumban ke sebelah kanan saya. Bau jubah itu. Macam bau bangkai anjing yang sudah pecah perut. Bau busuk itu terpaksa saya hidu.


Lagi sekali saya mengalami kejutan, saya kira setelah jubah kuningnya dibuka saya dapat melihat kulit tubuhnya. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Tubuhnya masih dibalut dengan kain putih dari kaki hingga ke paras leher. Tidak ubah seperti tubuh yang dibalut dengan kain kafan.  Kepala dan mukanya masih diselubungi dengan kain hitam tebal.


“Jangan cemas tau,” dia mengingatkan saya lagi.


“Tidak,” jawap saya dalam hati.


“Bagus,” dia terus anggukkan kepala.


Si jubah kuning mula memusingkan tubuhnya yang berbalut dengan kain putih. Mula mula perlahan-lahan kemudian terus ligat. Saya jadi pening melihatnya dan dari arah kiri kanan terdengar suara harimau menderam. Saya terus pejamkan mata.


Bila saya bukakan mata, orang itu sudah berhenti dari berpusing. Malah suara harimau menderam juga turut hilang.



“Gggggg….. Hmmmmmmmm…, “ bergema suara itu dari mulut orang  di depan saya. Serentak dengan itu cebisan kain putih (yang membalut tubuhnya) jatuh satu persatu, tidak ubah macam gugurnya kelopak jantung pisang dari induknya. Bila semua kain putih itu tanggal atau lekang dari tubuhnya, saya tergamam tidak terkata. Keadaan dirinya (tubuh) berubah rupa bentuk. Sungguh ganjil dan menakutkan.


Tubuhnya terbahagi dua. Tubuh sebelah kiri, bermula dari kaki hinga ke paras bahu berkeadaan seperti rangka. Tulang-temulang yang bersambung dengan setiap sendi di tubuh jelas kelihatan. Bercahaya seperti kelip-kelip. Dari paras tengkuk ke atas (bahagian kepala) tidak dapat dipastikan keadaannya kerana masih diselubungi kain hitam.


BELANG 


Keadaan tubuh di sebelah kanan pula, tidak ubah macam badan harimau. Berbulu tebal dengan belang yang terang, malah senjata sulitnya (separuh) seperti kemaluan harimau. Manakala separuh lagi (sebelah kiri) kelihatan seperti sepotong kayu yang sudah reput. Bersisik macam sisik buaya dan mengeluarkan bau hapak.


Tubuh ganjil itu berpusing-pusing perlahan-lahan memperlihatkan bahagian tepi  dan belakang tubuh. Di bahagian punggung tumbuh ekor harimau (sebelah) bergerak dan mengibas-ngibas ke arah apmi jamung. Akibatnya, api jamung padam hanya untuk beberapa saat saja. Kemudian api jamung marak kembali.


Bila orang bertubuh ganjil itu yakin yang saya sudah melihat bahagian tepi dan belakang tubuhnya, dia kembali berdiri dengan keadaan asal menghadapi saya. Pelbagai helah saya lakukan agar biji mata saya tidak tertumpu ke arah tubuh manusia ganjil itu (sebelah berbadan harimau dan sebelah lagi berangka manusia) dan ternyata usaha saya gagal.


Semasa tulang-tulang telapak tangan bercantum dengan telapak kaki harimau, kedengaran bunyi suara orang mengilai panjang. Sungguh menyeramkan. Api jamung tiba-tiba terus padam. Keadaan sekitar terus gelap gelita. Telinga saya menangkap bunyi telapak kaki orang bergerak ke arah kanan. Saya kira itu adalah telapak kaki si jubah kuning.


Dari sebelah kiri pula terdengar bunyi hembusan nafas yang dituruti dengan bunyi telapak kaki harimau, bergerak dari hujung kaki hingga hujung kepala berulangkali.  Memang tiada daya saya untuk melawan semuanya itu. Hanya pasrah pada Allah. Tanpa disangka-sangka, api jamung menyala kembali. Mata kembali tertumbuk ke arah lembaga yang tertonggok di depan. Tulang jari-jemari kirinya tidak lagi bercantum dengan kulit kaki harimau belang.  


“Husss… ,” manusia aneh di depan bersuara.


Saya lihat tangan (cuma tulang) kirinya bergerak ke arah kepalanya yang berselubung dengan kain hitam. Dengan sekelip mata kain hitam itu direntap. Perbuatan yang sama diulanginya, kain yang menutup kepala dan wajahnya di campakkan ke arah saya.  Nasib baik tidak menghempap muka, kain itu jatuh betul-betul di depan saya dalam jarak dua kaki lebih.


Dengan pertolongan cahaya api jamung, saya dapat melihat keping-keping daging manusia melekat pada kain tersebut. Daging itu mengeluarkan ulat sebesar ulat nangka, melompat ke mana saja dan baunya tidak terkata. Pada kain itu juga terdapat tompok-tompok darah dan nanah.


“Hei Tamar, jangan renung kain. Renung orang di depan kamu. Dia berusaha menunaikan apa yang kami ingin.”


Ada suara ghaib, halus gemersik menusuk lubang telinga kiri saya. Samaada mahu atau tidak, arahan itu terpaksa saya patuhi. Apa yang saya lihat selanjutnya, cukup mendebarkan. Dua tiga kali, saya pejam celikkan kelopak mata.


Pandangan saya memang tidak silap lagi. Si jubah kuning wajahnya memang menakutkan. Sebelah kiri, tidak berkulit dan tidak berisi. Cuma yang ada tulang-temulang pipi yang putih menonjol ke depan. Manakala sebelah kanan pula seperti muka harimau. Saya tidak sanggup merenung muka sebelah kiri yang sunggguh menakutkan. Dari bahagian mata yang berlubang bermunculan cacing tanah hingga kehujung tulang dagu. Darah bercampur nanah mengalir ditulang pipi dan dagu.


Bila merenung muka sebelah kanan, rasa takut berkurangan tetapi, rasa cemas tetap ada. Lidah harimau yang terjelir bergerak ke kiri dan ke kanan, sesekali lidah merah itu menyentuh misai. Matanya (sebelah) tetap merenung garang ke arah saya. Telinganya (sudah tentu sebelah)  bergerak lemah ke arah tengkuk. Bila si harimau itu menguap, gigi dan taringnya jelas kelihatan. Saya kecut perut. Dengan telapak kaki,  si harimau menyapu muka, macam kucing yang berada di depan pintu.


 TUBUH       


Walaupun mempunyai muka yang separuh tetapi, si harimau mampu mengeluarkan suara yang kuat. Bergema seluruh kawasan hutan mengejutkan unggas yang sedang tidur malam di dahan pokok.


Saya kira, kalau si belang itu menerkam dan menampar muka saya dengan telapak kakinya, sudah pasti daging pipi saya lekat di kukunya. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kesakitan yang saya alami. Sebelum sesuatu yang buruk terjadi, ada baiknya saya memikirkan ke arah mana saya harus bergerak, mengelakkan tubuh jadi sasaran harimau.


Di bawah sianar api jamung itu, saya renung ke kiri dan ke kanan. Pandangan saya jatuh sebelah kanan. Ada kawasan lapang yang tidak banyak ditumbuhi pepokok yang berbatang keras. Dan saya memutuskan untuk mengolekkan batang tubuh saya ke kawasan tersebut bila di terkam harimau yang berbadan sebelah itu. Sebagai persiapan, saya cuba membetulkan kedudukan tubuh supaya senang saya bergerak.


“Jangan takut, tidak ada apa yang boleh ganggu kamu,” terdengar suara halus gemersik dibawa angin. Tidak pasti dari arah mana suara itu datang.


“Apa yang kamu hajati sudah ditunaikan.”


Kerana suara itu datang dari arah kiri, saya pun cuba menoleh ke kiri tetapi, tidak berjaya. Saya renung lembaga yang terpacak di depan. Mulut harimau dan mulut rangka nampak bergerak-gerak. Saya segera membuat kesimpulan, suara yang didengar sebentar tadi datangnya dari lembaga (si jubah kuning) yang terpacak kaki di depan.


“Kamu sudah puas sekarang?”


Kali ini, tidak perlu mencari dari arah mana suara itu datang. Apa yang perlu dilakukan ialah menjawap pertanyaan tersebut. Saya anggukkan kepala lalu dituruti dengan menutupkan kedua belah kelopak mata yang membawa maksud saya puas hati dan bahagia. Selesai saja melakukan semuanya itu, terdengar orang ketawa berdekah-dekah dari setiap sudut.


Mula-mula suara ketawa itu lemah dan perlahan dalam tempoh beberapa detik saja bertkaar menjadi kuat dan keras hingga anak telinga terasa bingit membuat saraf dalam otak saya bergegar. Kepala terasa berpusing pusing dan sakit. Tempurung kepala bagaikan mahu pecah. Dan pada saat itu juga terasa ada sesuatu yang memukul pangkal leher . Pandangan berpinar dan berbintang. Kemudian menjadi gelap dan saya tidak tahu apa yang terjadi selanjutnya.


Berapa lama saya berkeadaan demikian? Tidak dapat saya pastikan. Apa yang nyata, setelah pandangan yang gelap itu berakhir, suasana sekitar terasa sunyi. Semuanya terasa kosong. Tubuh saya terasa mengecut dan terangkat dari permukaan bumi secara perlahan-lahan. Makin lama makin tinggi dan terus terawang-awangan di angkasa yang luas.


Saya pun dibawa mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang asing serta dihadapkan dengan sungai yang luas. Di tunjukkan kawasan yang terbakar dengan api yang marak menjulang ke langit.


Dibawa ke kawasan pergunungan dan bukit bukau. Saya hanya boleh melihat tetapi saya tidak boleh bersuara untuk membantah. Saya seperti berada dalam dunia khayalan yang tiada bertepi.


Tubuh saya terus terbuai-buai tanpa tujuan dan arah tertentu di udara. Dan tubuh yang terbuai bagaikan  direntap oleh tenaga ghaib dari bawah. Akibatnya tubuh jatuh atas benda yang keras.


Seluruh badan terasa sakit. Kulit bagaikan terkoyak dan daging terasa seperti hancur. Sakitnya bukan kepalang dan tubuh yang mengecut kembali normal.


Perlahan-lahan kelopak mata dibuka.       


“Di mana aku berada sekarang?” Muncul pertanaan dalam hati.  Setelah melihat keadaan sekitar barulah saya mengerti yang diri saya berada di ruang sebuah rumah. Kelopak mata saya rapatkan kembali. Saya pura-pura pengsan, terdengar bunyi suara orang bercakap yang jumlahnya lebih dari seorang.


Sebenarnya saya sudah berusaha untuk bangun, tetapi tidak berhasil. Tubuh seperti ditindih benda berat. Suara orang bercakap itu makin lama makin perlahan dan akhirnya terus lenyap dan diganti dengan bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dalam jumlah yang ramai. Kelopak mata segera saya buka,  tidak ada manusia di depan saya. Apa yang terbentang ialah ruang rumah yang besar dan boleh memuatkan lebih dari tiga ratus tetamu.


Dalam ruang yang luas itu terdapat sepulah buah lampu gasolin tergantung di siling memancarkan cahaya yang cukup untuk menerangi seluruh sudut ruang. Kerana tidak ada sesuatu yang ganjil dan aneh di situ, kelopak mata saya rapatkan kembali.


Entah mengapa, sepasang kelopak mata ini terasa amat berat sekali. Terasa mahu pejam saja. Lagi sekali saya mengalami kejutan. Dari sebelah kanan saya mula terdengar suara orang berzikir yang di selang seli dengan suara orang berkasidah dan marhaban.


Suara lelaki dan perempuan terus berpadu merdu membuat saya seperti berkhayal.


Kelopak mata sya koyakkan semula, suara orang berzikir, berkasidah dan marhaban terus hilang. Semuanya membuat saya lemas.


MAYAT     


Dalam keadaan yang tertekan, saya menarik dan melepaskan nafas. Saya hanya pasrah pada pada keadaan. Kalau takdirnya saya harus menjadi mayat, saya terima. Saya kehabisan daya dan tenaga untuk lari dari cengkaman penyeksaan yang saya sendiri  tidak tahu bilakah akan berakhir.


Macam tadi juga, perbuatan yang sama saya ulangi iaitu memejamkan kedua belah kelopak mata. Suara orang berzikir, berkasidah dan marhaban bergema kembali dalam lubang telinga tetapi kali ini ada kelainan sedikit. Ada suara orang menangis dan meraung sambil memukul-mukul dinding dan lantai rumah.


Bila suara itu berhenti segera diganti dengan suara orang yang marah-marah. Dituruti dengan bunyi langkah orang belajar bersilat. Mereka mengunakan senjata. Bunyi keris dan pedang berlaga sesama sendiri jelas kedengaran. Semuanya membuat saya hilang semangat. Sentiasa berada dalam ketakutan, kecemasan yang memanjang.


“Ada orang?”


“Siapa orangnya ?”


“Entah tak kenal. Agaknya tetamu baru nak belajar ilmu.”


Dialog dua orang lelaki dapat ditangkap oelh gegendang telinga saya. Seorang bersuara parau dan satu lagi suaranya cukup lantang. Mata saya rapatkan kembali.


“Kamu berdua banyak cakap. Dia bukan pelajar baru. Bawa dia ke tanah lapang.” Terdengar perintah dari seorang perempuan.


“Bawa sekarang?” Tanya dalah seorang dari orang yang menerima perintah.


“Tunggu sampai embun jantan turun baru angkat tetapi, jangan sampai kokok ayam pertama.”  Terdengar lagi suara perempuan mengeluarkan arahan.


“Baik puan.”  Jawap yang menerima perintah penuh hormat.


Suasana kembali sepi dan hening. Andainya ada sebatang jarum jatuh pasti boleh dapat dikesan. Suasana sepi tidak lama. Saya kira dalam tempoh tidak sampai lima minit terdengar bunyi orang berjalan perlahan-lahan dan teratur lalu di sisi saya. Kali ini, saya tidak mahu membuka kelopak mata untuk melihat apa yang terjadi kerana hasilnya sudah sedia maklum.


Rasa dingin mula menguasai sekujur tubuh. Memang diharapkan kedinginan itu akan membuatkan saya mengantuk dan seterusnya tidur. Saya kira bila dapat tidur dengan nyenyak semua masalah yang dihadapi akan hilang untuk sementara waktu.


Begitulah, di tengah harapan antara mahu tidur dengan tidak. Tubuh saya seperti di angkat serta diusung ke satu arah tertentu. Dan kali ini, saya tidak rela kelopak mata saya tertutup rapat. Saya buka dengan seluas-luasnya. Memang benar, saya diusung oleh tiga lelaki berwajah lembut, bermisai tebal macam misai panglima perang zaman dahulu.


“Saya mahu dibawa ke mana?” Tanya saya pada lelaki yang memangku bahagian kepala.


“Tak tahu,” jawapnya lembut.        


“Kami hanya menjalankan perintah mahaguru,’ jawap yang mengampu bahagian pinggang saya.


“Huh.. awak tak usah bimbang. Awak tak akan di apa-apakan. Percayalah cakap saya,” sahut yang berada di bahagian kaki. Dan saya tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lagi. Malah merelakan diri saya dibawa ke mana-mana. Saya juga memutuskan tidak mahu merapatkan kedua belah kelopak mata. Saya mahu menyaksikan apa yang bakal mereka lakukan kepada saya.


Apa yang pasti, keadaaan diri dan perasaan saya kini agak stabil. Tidak berasa seperti berada dalam dunia khayalan. Saya boleh berfikir dan dapat mengingati ayat ayat Quran yang selalu saya ucapkan.


Mungkin kuasa sihir yang dikenakan kepada saya sudah hilang kuasanya. Tenaga yang hilang terasa sudah kembali. Memang terasa tidak selesa bila diusung, pergerakan tubuh badan bagaikan terhad. Tidak mengapa asalkan mata boleh memandang keadaan sekitar.


Aya dibawa melintasi sebuah ruang yang terdapat pengusung mayat, pencebak, cangkul dan pungkis. Diruang itu juga terdapat tempat untuk mandi dan mengkafankan mayat. Keranda mayat di selimutkan dengan kain hijau yang ditulis dengan ayat-ayat Quran denga warna putih, tertegun di sudut ruang tersebut. Semuanya membuatkan bulu tengkuk saya meremang.


Saya juga terlihat longgokkan kain  putih yang ada kesan tompok darah. Tidak dapat dipastikan, samada darah manusia atau darah binatang. Bau kemenyan terus menyumbang lubang hidung.


Setelah melintasi ruang mayat, saya terus diusung melalui kawasan tanah lapang yang gondol. Bahagian pinggir tanah lapang ditanam dengan pokok pandan dan bunga sedap malam. Bau bunga yang harum semerbak itu sungguh mempersonakan. Saya terus juga diusung memasuki ruang sebuah rumah yang dindingnya dari buluh kuning tidak dibelah. Buluh kuning sebesar ibu jari kaki orang dewasa disusun dengan begitu rapi sekali.


Lantainya dibuat dari bukuh kuning dan tikarnya dari mengkuang hijau. Terdapat tidak kurang dari dua orang lelaki dan perempuan memenuhi ruang. Mereka duduk berselang seli. Semuanya diam membatu tetapi, semua biji mata tertumbuk ke arah batang tubuh yang sedang diusung. Dari sebelah kanan terdengar bunyi orang menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tidak lama kemudian orang yang duduk membatu, mula berzikir dengan penuh khusyuk.


BERZIKIR            


Tanpa apa-apa isyarat atau pemberitahuan, saya terus diletakkan ditengah-tengah orang yang sedang berzikir itu.  Tiga lelaki yang mengusung saya terus menghilangkan diri entah kemana. Dengan perlahan-lahan saya duduk bersila. Wajah-wajah asing di sekeliling terus saya  tatap satu persatu.


Semua kelopak mata mereka berkeadaan separuh rapat. Mereka berzikirkan bagaikan orang tidak sedarkan diri. Kerana kekuatan sudah ada, saya berhasrat mahu berdiri melihat semua kawasan ruang. Mana tahu, saya mungkin berpeluang meluluskan diri.


Saya terus berdiri dan meghentakkan kaki kanan ke lantai dua tiga kali. Tujuan saya berbuat demikian untuk menarik orang yang berzikir supaya berhenti berzikir.  Ternyata apa yang saya lakukan tidak dapat mengugat kekusyukkan  mereka. Saya berlari (didepan mereka) di ruang dari kiri ke kanan dua tiga kali sambil menjerit. Perbuatan itu juga tidak dihiraukan. Inilah peluang saya untuk melarikan diri. Tanpa membuang masa saya menuju ke pintu yang terdedah. Sebelum keluar daya renung orang yang berzikir dan cahaya lilin yang menerangi ruang. Kira lebih tiga puluh batang lilin di pacakkan di tepi dinding ruang.


Selamat tinggal ruang neraka. Itulah yang bergema dalam hati. Dan badan pun saya pusingkan bersedia untuk keluar dari ruang yang dikuasai oleh orang berzikir.


“Mahu kemana sahabat, kamu tetamu kami,” terdengar suara perempuan dari celah-celah dinding bulu. Saya mengigit bibir, belum pun sempat saya berfikir sesuatu, ruang yang terang bertukar menjadi gelap serta merta. Tetapi orang berzikir tetap rancak. Kegelapan tidak mengugut mereka. Sebaliknya saya yang tergugat.


“Kamu tetamu kami, datang dijemput dan pulang biarlah kami hantar.”    


Serentak dengan itu, ruang yang gelap jadi terang benderang. Semua lilin menyala kembali. Saya gementar kembali. Seorang perempuan dalam lingkungan usia empat puluhan berdiri di depan saya.


“Kerana kamu tetamu kami, tidak elok rasanya membiarkan kamu balik sendirian,” kata perempuan itu dengan senyum. Dia menutup mukanya dengan purdah, macam gadis Iran.


“Kamu mesti bertemu dengan mahaguru, kemudian kamu mesti menjadi anak muridnya. Ujian-ujian yang dibuat secara tak langsung menunjukkan kamu, memang seorang yang berani. Sebanyak sedikit dada kamu berisi dengan ilmu,” lanjut perempuan itu.


Apa yang menarik tentang perempuan yang terpacak di depan saya ini? Walau pun dia memakai purdah tetapi, baju dan kain yang dipakainya agak jarang. Susuk tubuhnya yang berkulit putih jelas kelihatan. Dia memakai serba hitam. Suara orang berzikir yang diselang-selang dengan tangisan terus menguasai ruang. Saya tersintak, bila perempuan itu merentap purdah yang menutup wajahnya.


“Jumpa mahaguru, kamu muda, kamu gagah,” tambahnya dengan senyum. Sepasang anak matanya tertumbuk ke arah anak mata saya.


“Jumpa mahaguru ya,” ulangnya lagi.


Belum pun sempat saya mengata tidak mahu, dia terus hembuskan angin dari mulut ke muka saya tiga kali berturut-turut. Ibu jarinya kirinya sengaja ditekankan ke atas kuku ibu jari kanan saya. Perbuatannya itu, membuat saya tidak dapat mengingati hal-hal lain. Saya jadi simpati kepadanya dan bersedia mematuhi cakapnya.


“Untuknya kamu,”


Perempuan itu menghulurkan bungkusan kecil yang dibalut dengan kain hitam kepada saya. Saya sambut dengan rasa ragu-ragu.


“Buka bungkusan itu dan tukar pakaian kamu.” Saya pun akur dengan cakapnya. Tanpa rasa malu saya buka baju dan seluar. Hanya secebis seluar dalam membungkus tempat rahsia. Perempuan itu terus menelan air liur. Matanya bersinar mengambarkan keresahan dan keghairahan yang mencakar-cakar nafsu berahinya, bila melihat bulu dada dan pangkal paha saya yang ditumbuhi bulu roma yang hitam tebal.


Cukup pantas saya menukar pakaian. Kini saya memakai serba hitam. Malah tanjak yang saya pakai juga hitam. Kasut getah yang dipakai juga warna hitam.


“Baju kamu yang tu lipat baik-baik, bungkus dengan kain hitam dan ikat ke pingang sebelah kiri kamu,” lembut sekali suara perempuan itu, penuh manja dan ada unsur-unsur ghairah. Perintahnya saya patuhi.


“Sekarang kamu ikut aku.”


“Baik,’ sahut saya.


Dengan langkah yang teratur, saya mengekorinya hingga sampai ke sebuah kamar yang diterangi dengan beberapa buah pelita minyak tanah.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box