SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU

Api dari pelita tersebut memancarkan cahaya yang samar-samar. Setiap sudut bilik terdapat tengkorak diletakkan dalam dulang berkaki kayu yang diukir kepala ular dan naga berjuang. Terdapat sebuah katil usang yang dipenuhi sarang labah-labah.


Atas katil terdapat sepasang tulang lengan dan kaki. Apakah saya di suruh tidur dikatil itu? Muncul pertanyaan dalam benak. Bagi menghilangkan keresahan, saya telan air liur dan gigit bibir.


“Letakkan bungkusan baju kamu atas tulang lengan dan kaki, kemudian kamu ikut aku,” suara perempuan itu bergema dalam ruang kamar yang samar. Macam tadi juga, saya tetap patuh dengan arahannya.


Bilik kecil yang menyeramkan itu di tinggalkan, lalu memasuki kawasan lapang yang luas dan lebarnya sama dengan sebuah gelanggang badminton. Permukaan kawasan lapang itu ditumbuhi rumput tebal seperti baldu (permaidani). Seluruh kawasan dipagar dengan papan berdiri.


Di hujung kawasan lapang terdapat sebatang balak yang bahagian atasnya sudah diratakan. Bahagian yang diratakan itu, lebarnya boleh memuatkan seorang manusia untuk berbaring atau meniarap. Panjangnya pula, sepanjang tubuh manusia, lebih kurang lima kaki tujuh inci. Di bahagian kiri dan kanan (tepi) balak itu terdapat rantai besi yang biasanya digunakan bagi mengikat kayu balak atas lori untuk dibawa ke kilang papan.  


Di bahagian bawah balak (lebih tepat bahagian tepi bawah) terdapat kapak, pahat, pedang dan golok di samping pisau belati. Ada baldi plastik hijau.


“Kamu duduk si situ,”


Jari telunjuk perempuan itu menuding ke arah guni yang terdampar atas rumput. Sebaik saja punggung saya mahu mencecah permukaan guni, perempuan itu terus menjerit dan memaki hamun saya dengan semahu-mahunya.


“Kenapa awak maki saya?” Tanya saya.


“Kerana  kamu bodoh.”


Saya semakin panik.


“Kenapa mulut awak celupar sangat,” saya mula berani menentang.


“Sepatutnya, kamu tarik guni itu dulu sebelum duduk.” 


“Kenapa awak tak cakap,” sanggah saya lagi.


“Aku mahu tengok ketelitian kamu, rupa-rupanya kamu bukan orang yang suka beringat atau waspada, keberanian kamu memang membabi buta,” suaranya keras.


Saya menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah dapat mengesan kelemahan diri saya. Tanpa membuang masa saya terus melakukan apa yang disuruhnya. Guni yang trebentang saya tarik dan lipat. Rupanya di bawah guni tadi terdapat tanah yang sudah disimen. Lebarnya, kira-kira empat kaki dan panjangnya sekitar enam kaki. Di permukaan simen terdapat ukiran yang bentuknya macam huruf kawi (tulisan jawa kuno) sekali imbas kelihatan macam tulisan Hindi atau Siam.


BERDEBAR


Kerana tulisan di permukaan simen membuat saya ragu-ragu dan takut untuk duduk atas simen. Saya renung ke arah perempuan yang sering mengeluarkan perintah untuk saya. Dia tidak mengeluarkan sebarang komen. Anak matanya tetap memerhatikan gerak geri saya. Semuanya membuat hati saya berdebar.


Sayup-sayup terdengar suara orang berzikir yang di selang seli dengan suara tangisan. Lolongan anjing yang memanjang juga dapat didengar di samping suara burung hantu yang bermacam-macam irama. Saya memberanikan diri lalu mendongakkan kepala ke langit. Mata saya menagkap bintang-bintang yang bertaburan.   


“Siapa suruh kamu tengok langit?”


“Maafkan saya,” suara saya merendah.


“Bagus, kalau sudah tahu kesilapan sendiri,” suara perempuan itu makin lembut, renungannya juga lembut mendebarkan.


“Kamu duduk bersila di tengah-tengah simen tu. Kedua belah tangan kamu memeluk tubuh. Sekejap lagi mahaguru bersama tetamunya datang. Mahaguru akan membuat keputusan tentang diri kamu,” kata perempuan itu dengan penuh santun. Tetapi, kesopanan yang diperlihatkan hanya untuk beberapa minit saja. Selesai saja dia mengeluarkan arahan kepada saya, sikapnya agak berubah. Gerak-gerinya bagaikan penari. Memperagakan bentuk tubuhnya yang dibalut kain putih yang jarang.


“Jadi kamu ni bukan mahaguru?” Tanya saya.


“Memang, aku bukan mahaguru.”


Dia terus melintuk-liukkan tubuhnya mendekati saya, Dia terus mendepangkan kedua belah tangannya, seolah-olah mahu memeluk tubuh saya. Bau yang wangi berhamburan keluar dari tubuhnya membuatkan timbul riak-riak keghairahan dalam hati saya.


“Kalau begitu, kamu ni siapa?” tanya saya lagi.


“Aku orang suruhan guru. Aku orang kepercayaannya.”


”Selain dari kamu ada orang lain jadi kepercayaan mahaguru.”


“Ada, setiap orang ada tugas tertentu.”


Saya terdiam. Perempuan di depan saya mengoyang-goyangkan tubuh. Sepasang buah dadanya turut bergerak.


 Bila melihat saya memalingkan muka ke arah lain, dia pun bergerak ketengah kawasan lapang dengan gaya tersendiri. Berlari anak sambil terjengket-jengket macam burung kedidi d gigi air. Beberapa minit kemudian dia mendekati saya kembali bersama kerlingan dan genyitan mata. Bibirnya terus mendermakan senyum. Berdiri di depan saya penuh manja.


Saya buat tak kesah dengan karenahnya. Suara lolongan anjing masih kedengaran. Tetapi suara orang berzikir makin lemah, tidak serancak tadi. Udara malam yang lembab membuat badan bertambah dingin.


“Aku tahu nama mahaguru.”


Perempuan di hadapan saya jegilkan biji mata. Wajahnya membayangkan rasa resah dan hairan amat sangat.


“Siapa namanya? Sebut sekarang.”


“Mona Supandi, bomoh wanita berhati jahat.”


“Lagi apa yang kamu tahu tentangnya, “ desak perempuan itu lagi.


“Dia mahu menjahanamkan orang yang menentangnya, dia mahu membunuh anak muridnya yang durhaka. Murid tu dah jadi kawan aku.”


“Lagi, sebut lagi,” desak perempuan itu dengan wajah yang merah padam. Dua tiga kali dia menaarik nafas dalam-dalam menahan rasa marah yang bergelora dalam dadanya. Saya masih bersikap tenang.


“Agaknya, kamu bomoh perempuan yang jahat tu,” saya mula main serkap jarang. Jari telunjuk saya arahkan ke batang hidungnya. Bagaikan kilat dia menepis hingga lengan saya terasa sakit sampai ke dalam tulang.


“Aku bukan Mona Supandi,” jerkahnya.


“Kalau begitu Mona Supandi tu siapa?” Dalam nada l embut saya bertanya. Saya mula mengatur strategi untuk mencungkil rahsia.


“Dia orang kanan mahaguru. Dia boleh buat apa-apa keputusan dan boleh mengarahkan anak buah. Dia dibenarkan mencari calon baru. Orang-orang yang dipilih dan ada kebolehan saja yang boleh berjumpa mahaguru. Setakat ini semua orang hanya berjumpa dengan Mona Supandi saja. Aku tak tahu macam mana mahaguru mahu jumpa kamu.”


“Siapa nama mahaguru ?”


“Bila kamu jumpa dia, tanyalah sendiri.”


“Dia orang perempuan,” risik saya lagi.


“Dia lelaki, suami Mona Supandi. Kamu terlalu banyak soal,” perempuan itu mula marah dan merasa bosan dengan sikap saya. Pelita minyaktanah terus menyala lemah.


Rahsia ang amat berharga sudah saya perolehi. Tetapi, disebalik kejayaan itu saya harus menunggu risiko besar dari mahaguru. Bila memikirkan hal itu, saya jadi gementar. Mungkin saya terus ditahan dan disuruh menjadi salah seorang anak muridnya. Kalaulah perkara itu berlaku, makin tipislah harapan saya untuk bertemu datuk.


“Kamu hebat, “ saya terus memuji.


Perempuan itu tersenyum. Kemarahannya mula berkurangan dan mula memperlihatkan sikap mesra seperti tadi. Dia sengaja menyelak kain putih nipis hingga ke pangkal paha. Saya telan air liur. Tidak memadai dengan itu, dia cuba membuka kain nipis yang menutup pangkal payudaranya.


“Kamu cuba menggoda dan memperdayakan aku,” tanya saya.


Dia anggukkan kepala.


“Agaknya kamu yang membawa aku ke mari?”


“Ya, atas kemahuan Mona Supandi, aku yang memukau kamu hingga khayal, semuanya atas kemahuan Mona Supandi.


“Kamu seorang diri?”


“Aku dibantu oleh orang lain,” katanya sambil senyum.


Perempuan itu terus memperagakan bahagian tubuhnya yang di  kira boleh membangkitkan rasa ghairah atau yang mampu mengugat jiwa muda. Mungkin menyedari apa yang dilakukan tidak berjaya mengugat hati saya, permpuan itu terus pergi ke sudut kanan kawasan lapang. Berdiri di situ untuk beberpa minit. Kemudian dia duduk bersimpuh seperti orang berafakur. Lebih dari sepuluh minit dia berbuat demikian.


ARAHAN


Seperti menerima arahan ghaib, cara mendadak, perempuan itu melompat dan berlari keluar dari kawasan tersebut. Dia datang semula ke kawasan lapang bersama seorang perempuan dan dua orang lelaki. Orang yang baru masuk disuruh duduk di kiri kanan saya.


“Tungggu sekejap lagi bomoh Mona Supandi datang,” kata perempuan itu. Dia pun segera beredar ke sebelah kiri saya. Dari situ dia bergerak ke kanan sambil meraba dan menolak dinding  buluh.


Saya tak tahu kenapa dia berbuat demikian. Barangkali ada sesuatu yang dicarinya. Apa yang pasti perempuan itu menghitung langkah yang diatur. Bila sampai di bahagian tengah dinding dia berhenti. Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu.


Dengan gaya seorang pahlawan dia melompat lalu menendang dinding buluh dengan telapak kaki kiri sehingga terkopak. Bagaikan kilat dia meluluskan   diri di celah dinding yang terkopak. Dia menghilang entah ke mana. Semua yang diperlihatkan membuat saya rasa kagum kepadanya.


Belum pun rasa kagum terhadapnya hilang dari hati, perempuan itu menjelma dengan mendadak didepan saya. Dia muncul dari rekahan (terkopak) dinding buluh dalam keadaan yang sungguh berbeza sekali. Kalau tadi wajahnya nampak jelita dan menarik tetapi kali ini agak tua sedikit, dalam lingkungan 45-50 tahun. Kedut-kedut di pipinya dapat dikesan.


Paling mengejutkan melihat cara dia berpakaian. Sekujur tubuhnya dibalut dengan pakaian tradisional wanita Acheh yang hampir menyerupai pakaian wanita Perak. Lengkap dengan baju yang potongannya seakan-akan baju kurung, berselendang, bersamping dan berseluar.


Entah kemana kain tipis yang membalut tubuhnya tadi dicampakkannya. Walau apa pun perempuan itu nampak tangkas. Gerak  langkahnya memperlihatkan ciri-ciri kependekaran seorang wanita.


“Yaaaa…”


Cukup lantang suara perempuan itu menguasai kawasan yang berdinding buluh. Dia berlari ke bahagian tengah kawasan lapang. Buka langkah sambil melepaskan buah silat sesuka hatinya. Lebih tepat disebut menumbuk angin. Seronok juga melihat dia bersilat macam orang hilang akal, di bawah cahaya pelita minyak tanah.


Sesuatu yang menarik tentang pakaiannya ialah cantuman tiga warna iaitu warna hitam (dari pinggang hingga ke kaki) manakala warna putih pula dari pinggang hingga ke leher. Selendang dari sutera kuning dan kain sampingnya  warna merah derah. Kain ikat kepalanya warna hijau.


Setelah penat bersilat hingga berpeluh, dia duduk bersila seperti orang bertafakur dengan menundukkan kepala merenung rumput di bumi. Sepuluh minit kemudian kepalanya diangkat perlahan-lahan hingga lurus. Dan kepalanya di gerakkan ke kanan dan ke kiri secara perlahan tidak ubah seperti orang bersenam.


“Aku cuma ikut perintah.”


Setelah menjeritkan kata-kata tersebut dengan lantang, dia pun bangun, berlari dan berdiri di depan saya. Sepasang anak matanya terpaku di wajah saya. Ternyata perbuatannya itu menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Pelita minyak tanah terus memancarkan sinar yang samar-samar.


“Salam persahabatan,” tuturnya lunak.


Perempuan itu hulurkan tangan. Saya keberatan untuk menyambutnya. Air mukanya nampak keruh.


“Kenapa?”


Saya membatu dengan seribu persoalan.


TENANG


"Rupa cantik, sayangnya tak tahu menghormati orang,” perempuan itu  menyindir penuh sopan. Dan saya merasakan diri tercabar. Tanpa membuang masa telapak tangannya saya sambut.


“Sekejap lagi mahaguru tiba,” katanya dengan tenang.


Telapak tangan saya masih dirangkum erat. Berapa kali tangan saya digoncang  hingga sendi terasa sakit.


“Kamu beruntung,” telapak tangan saya yang digenggam pun dilepaskan.


“Apa yang saya untung?” Desak saya keras.


”Kerana mahaguru mahu jumpa kamu, aku dulu tidak semudah kamu mahu berjumpa dan berguru dengannya.”


“Hum…saya tak minat dengan mahaguru awak.”


“Tapi dia minat dengan awak,’ suaranya mula keras dan pergelangan tangan kiri saya disambar dan dipicit hingga rasa sakit. Saya segera bertindak dengan menepis tangannya. Saya kira, perbuatan itu boleh menimbulkan kemarahan tetapi, dia kelihatan bersahaja dan buat tidak kisah  dengan apa yang saya lakukan.


“Kenapa marah?”  Tanyanya lembut.


Saya tidak menjawab. Sepasang mata saya arahkan ke dada langit. Melihat awan, melihat bintang bertaburan dan bulan yang dilindungi awan. Angin yang turun membuat sekujur tubuh merasa dingin. Orang yang duduk di kiri kanan saya buat tak kisah dengan apa yang terjadi.


Tetapi, saya yakin mereka mengikuti gerak geri saya dan perempuan itu. Malah mereka mendengar buah butir percakapan kami. Apakah semua ini sengaja dirancang atau diatur oelh perempuan tersebut dengan maksud supaya orang yang duduk di kiri kanan saya tahu peranannya sebagai orang perantaraan penting antara murid dengan mahaguru. 


 Tiba-tiba perempuan di depan saya mengeluh kecil. Dia membuka langkah silat dan menumbuk angin ke kiri dan ke kanan. Mukanya dirayapi peluh-peluh halus. Dengan hujung lengan baju perempuan itu mengesat peluh dimuka. Sepasang matanya masih merenung tajam ke wajah saya.


“Aku ada rancangan untuk kamu.”


“Rancangan apa?”soal saya keras.


“Bila aku balik ke Tanah Melayu nanti, aku nak minta kebenaran dari mahaguru supaya kamu ikut aku dan jadi orang kanan aku. Jadi orang suruhan aku.” Satu pernyataan yang amat mengejutkan dari perempuan tersebut. Saya mengigit bibir dan terus membisu.


“Kamu setuju,” dia minta kepastian.


Saya tetap membisu.


“Kalau diam tandanya setuju,” dia menjerat saya. Suaranya lembut dan saya terus diburu keresahan. Suasana sekita terasa sepi, cuma yang terdengar bunyi tarikan dan lepasan nafas dari kami yang berada di situ.


“Hum, kamu dari Tanah Melayu,” saya menyoal.


Dia anggukkan kepala.


“Dari negeri mana?”


“Kedah,” jawapnya pendek.


“Kedah tu luas, kampung mana dan daerah mana,”


“Tak payah sebut nama kampung. Cukup kalau disebutkan di kawasan Changlon,”


“Dah dekat sempadan Siam.”


“Betul, saya ni darah campuran Siam. Bapak orang Melayu Kedah. Emak orang Siam, walaupun dah masuk Islam, emak tetap mengamalkan agama asalnya dalam hal-hal tertentu.”


“Pelik,” keluh saya perlahan .


Perempuan itu melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Barangkali dia dapat menangkap keraguan yang bersarang dalam dada saya.


“Kedua orang tua saya taat sembahyang,” katanya dengan tiba-tiba. Saya hanya anggukkan kepala. Apa sudah jadi dengan ibunya? Tanya batin saya, sudah menganut agama Islam, melakukan solat tetapi masih mengamalkan agama asalnya.


Sudah nyata, dia tidak mengenal agama Islam secara mendalam. Saya membuat kesimpulan. Dalam sinar lampu minyak tanah yang samar-samar itu saya jelingkan ekor mata ke arah kepala manusia yang tertonggok di kiri kanan saya.


“Mahu kamu jadi orang kanan aku?” Tanyanya serius.


Saya gelengkan kepala.    


“Kenapa?”


“Kerana tak mahu subahat untuk buat kerja-kerja maksiat.”


“Cisss kamu…”


Perempuan itu genggam penumbuk. Menghentakkan kaki kanannya ke bumi beberapa kali. Biji Matanya dijegilkan ke arah saya, membayangkan kemarahan yang amat sangat. Saya senyum sambil merenung kearah barisan pelita minyak tanah yang bagaikan memagari seluruh kawasan. Cahayanya tetap memancar suram.


“Kalau kamu tak mahu ikut, aku gunakan kekerasan,” perempuan itu mula mengugut. Saya mengelabah dan amat cemas kembali. Renung kiri melihat kepala perempuan dan toleh ke kanan menatap kepala dua orang lelaki yang duduk bagaikan tunggul buruk.


Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Perlahan-lahan saya angkat kepala, merenung ke depan. Ada kelibat manusia masuk ke ruang terbuka.


“Ada orang datang,” kata saya.


Secepat kilta perempuan di depan saya berpusing, menghalakan wajahnya ke arah tetamu yang datang untuk beberapa saat. Perempuan itu memusingkan tubuhnya kembali ke arah saya. Kami bertentang wajah.


“Kerana kamu, aku lupa menantinya di muka pintu. Kamu memang sial,” saya diherdik.


Belum pun sempat saya menyatakan sesuatu, perempuan itu meninggalkan saya. Dia terus melangkah menuju ke arah tetamu yang menanti di muka pintu.


Lebih kurang dalam jarak sepuluh kaki mahu sampai kepada tetamu, si perempuan itu berhenti melangkah. Dia tundukkan kepala, kemudian melutut di depan tetamu. Salah seorang lelaki yang duduk macam batu di sebelah saya segera  bangun. Dia pergi ke satu sudut gelap dan muncul kembali dengan jamung di tangan.


Dia berlari ke setiap sudut kawasan. Dia terus membakar sumbu jamung yang tersedia di situ. Api jamung dan pelita minyak tanah berpadu menerangi seluruh kawasan. Bila tugasnya selesai, lelaki itu kembali duduk membatu di tempat asalnya.


Mata saya masih tertumpu ke arah tetamu yang berdiri di muka pintu. Tetamu lelaki mendekati perempuan yang sedang melutut di depannya. Ubun-ubun perempuan itu di jamahnya dengan telapak tangan kiri. Di gosok dua tiga kali dan sehelai anak rambut di pelipis kiri perempuan itu dicabut, lalu ditiup. Hilang entah kemana.


“Sudah selesaikah mahaguru,” perempuan yang berlutut bersuara.


“Sudah, anak muridku,” sahut teman lelaki.


Perempuan yang melutut segera bangun. Pada masa itu terdengar suara burung KWANG-KWEK, berselang seli dengan suara BURUNG HANTU bersahut-sahutan. Sayup-sayup terdengar lolongan anjing liar, mungkin juga suara SERIGALA di kaki bukit.


“Silakan masuk mahaguru.”


TETAMU


Sepasang tetamu segera melangkah menuju ke tempat yang letaknya tidak jauh dari batang balak yang sudah siap ditarah. Tetamu lelaki duduk di bangku (sebenarnya tunggul kayu yang ditarah mengikut bentuk kerusi) yang di alaskan dengan kain dua warna iaitu hijau dan kuning.


Tetamu wanita duduk atas simen di sebelah kiri tetamu lelaki. Perempuan yang menyambut kedatangan sepasang tetamu tetap berdiri penuh sopan di depan tetamu lelaki (mahaguru) yang memakai kemeja lengan panjang berwarna kuning..


Seluar dari kain sutera warna hijau dan kain samping warna merah hati. Kain warna putih melilit kepala. Bahagian tengah kepala yang tidak ditumbuhi rambut nampak berkilat.


Manakal tetamu wanita pula memakai serba kuning. Kain ikat kepalanya warna hitam yang disulam denganmanik, disusun dan diatur dengan rapi sekali.


“Ada murid baru?.”


“Tak ada mahaguru, Cuma yang ada tetamu mahaguru.”


“Tak apa, biarkan tetamu aku di situ, kita selesaikan perkara yang sudah kita atur,” mahaguru (tetamu) bersuara sambil membetulkan duduknya. Kaki kiri diangkat lalu diletakkan atas paha kanan. Jari jemari kanannya memicit-micit pangkal dagunya beberapa kali.


“Sekarang apa yang harus kita selesaikan dulu,” mahaguru mengajukan pertanyaan kepada perempuan suruhan dengan nada suara yang lembut. Teman wanita (isterinya) mahaguru nampak resah, macam sesuatu yang tidak kena.


“Kenapa bertanya lagi, bukankah ada murid yang mahu ditauliahkan,” sampuk teman wanita mahaguru dalam nada suara yang agak meninggi.


“Betul, cakap orang kanan mahaguru,” sahut orang suruhan.


“Hum, aku terlupa,” mahaguru garu pipi kiri, “mereka yang sudah lama belajar mesti ditauliahkan sebelum mereka balik ke kampung,” sambung mahaguru. Dia pun bangun untuk beberapa minit. Kemudian duduk semula sambil merenung ke arah perempuan yang berdiri di depannya.


“Apa mereka sudah bersedia?”


“Sudah mahaguru,” jawap perempuan suruhan sambil merenung ke arah dua orang lelaki dan seorang perempuan.


“Bagus, suruh mereka berdiri. Kamu isikan baldi hijau dengan darah dan bawa ke mari.”


“Baik mahaguru,” sahut perempuan sambil berpusing membelakangi mahaguru. Dia melangkah tiga tapak ke depan dan berhenti serta memusingkan badan ke arah mahaguru. Mereka bertentang wajah. Mahaguru menegakkan jari telunjuknya. Perempuan suruhan segera membelakangi mahaguru.


TEGAK


Orang yang tamat pengajian dan mahu di tauliahkan, diminta bangun untuk menerima perintah,” suara perempuan suruhan cukup lantang. Dan tiga manusia yang dimaksudkan oleh perempuan suruhan bangun dengan pantas sekali.


Berdiri tegak macam patung. Semuanya dalam keadaan berpeluk tubuh. Mahaguru tepuk tangan dua kali berturut-turut. Perempuan suruhan segera ambil baldi  hijau dan dia segera menyusup di celah-celah dinding buluh.


Sementara menanti perempuan suruhan membawa baldi berisi darah tiba, manusia yang dipanggil mahaguru terus bertafakur di tempatnya. Manakala orang kanannya terus memintal hujung rambut. Sepasang matanya yang tajam menyorot ke arah saya. Sudah tentu perbuatannya itu tidak saya senangi. Cara yang paling baik dilakukan ialah mengelakkan wajah saya jadi sasaran matanya. Saya tunduk merenung tanah.


Suasana sekitar terus di peluk sepi yang memanjang. Cuma yang terdengar bunyi deru angin dan bunyi cengkerik yang melata di bumi. Bila saya dongak ke langit, terlihat awan nipis bersama kerdipan bintang. Berdasarkan kepada gerakan awan dan bentuknya yang menipis, saya dapat mengagak waktu itu sudah dinihari benar. Sudah menjangkau kepukul tiga pagi.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box