SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 161 - BALDI BERDARAH

Suasana yang bungkam itu, membuat otak saya memikirkan perkara yang bukan-bukan. Saya juga membayangkan bagaimana datuk dan kawan-kawannya berusaha dengan susah payah mengesan jejak saya yang hilang. Tergambar, bagaimana cemasnya wajah Andy Kamarool mencerita pengalaman pahitnya melepaskan diri dari sarang manusia yang digelar mahaguru itu. 


Saya kira, sambil bercerita Andy menangis dan meratap di depan datuk kerana dia gagal menyelamatkan saya dari perangkap manusia yang berpenghulukan SYAITAN. Saya terus mengelamun dan mengelamun. 


“Huh…”


Saya segera menoleh ke arah suara yang muncul dari sebelah  kiri. Perempuan suruhan sedang membawa baldi hijau dalam keadaan termengah-mengah. Dia melintasi di depan saya dan akhirnya berhenti berdiri di depan mahaguru. Baldi hijau masih dibimbitnya.


“Letakkan baldi hijau tu di situ.”


Perempuan suruhan segera akur dengan perintah mahaguru. Tiga manusia yang mahu ditauliahkan masih berdiri kaku. Orang kanan mahaguru, tidak berkata apa-apa, Cuma biji matanya saja bergerak mengikut gerak-geri perempuan suruhan.


Dari gerak matanya terungkap rasa cemburu yang amat sangat terhadap perempuan suruhan. Barangkali hatinya jadi baran kerana mahaguru  terlalu banyak mengeluarkan perintah untuk  perempuan suruhan dan dalam masa yang sama cuba main genyit mata dengan perempuan suruhan yang bentuk tubuhnya lebih menarik dari bentuk tubuh orang kanan mahaguru sendiri.   


“Suruh dia orang minum darah, lumurkan muka dan tangan dengan darah.” Datang lagi arahan dari mahaguru.


“Baik.”


“Letakkan baldi itu dekat dengan aku.”


Perempuan suruhan melakukan apa yang diarahkan oleh mahaguru. Dengan langkah yang teratur, perempuan suruhan mendekati salah seorang lelaki yang bakal ditauliahkan itu.


Dua tiga kali bahu kiri dan kanan lelaki itu ditumbuk dengan sekuat hati. Tubuh lelaki itu tidak berganjak. Tempat sulit lelaki itu ditumbuk, lelaki itu tersenyum tidak merasai kesakitan. Perempuan suruhan itu terus menjerit dan  melompat tinggi, kemudian dengan kaki kiri dia melepaskan tendangan yang amat kencang ke dada lelaki itu.  


Saya terdengar bunyi suara lelaki itu mengerang menahan kesakitan. Tetapi lelaki itu tidak kelihatan membongkok atau rebah ke bumi.   Cuma suara sahaja yang keluar menahan rasa sakit. Sebaliknya perempuan suruhan duduk di bumi meraba-raba buah betis kiri beberapa kali. Mungkin otot-otot dikakinya kejang.


Perempuan suruhan segera bangun, dia melakukan senaman. Barangkali untuk mengendurkan otot-otot yang kejang. Perempuan suruhan menarik nafas dalam-dalam dan terus merapati lelaki yang ditendangnya sebentar tadi.


“Kamu pergi dulu.”


Dengan angkuh perempuan suruhan menjentik daun telinga kiri lelaki  itu dengan jari telunjuknya. Biadap, tidak ada budi bahasa langsung, apa dia fikir dia memang handal dan gagah. Hati kecil saya memberi komentar, bila melihat telatahnya yang keterlaluan itu.


“Buat apa yang diingini oleh mahaguru, faham,” lanjut perempuan sambil menjuihkan bibirnya bawahnya.


“Faham,” sahut lelaki itu.


“Lepas dia kamu pula, mengerti,” perempuan suruhan menujahkan jari telunjuknya ke batang hidung lelaki yang kedua. Darah saya jadi panas. Perempuan itu sudah keterlaluan. Dia menghina kaum sejenis saya. Dia memandang orang lelaki seperti sampah dan layak berada dibawah kakinya. Kamu memang perempuan jahananam. Batin saya terus bergelora. 


“Saya faham,” lelaki yang kedua bersuara.


DEKAT


Perempuan suruhan mendekati orang ketiga iaitu seorang perempuan. Tanpa berkata sepatah apa pun, perempuan suruhan melepaskan penumbuk kepada orang ketiga (perempuan) di bahagian perut. Ternyata orang ketiga tidak mengalami apa-apa. Dia tetap macam biasa.


Perempuan suruhan gelengkan kepala beberapa kali.  Dia kagum dengan kehebatan orang ketiga. Pipi orang ketiga segera dicubitnya penuh geram dan ghairah. Idak memadai dengan itu, dia sengaja melagakan hujung hidungnya dengan pipi orang ketiga penuh berahi. Dan perbuatannya itu tidak dilanjutkan bila orang kanan mahaguru berdehem tiga kali berturut-turut.


Perempuan suruhan segera berpaling ke arah orang kanan mahaguru.


“Kamu sudah keterlaluan. Jangan jadi pengikut kaum nabi Lud, faham.”


“Maafkan saya maharani,”


“Ingat jangan biadap sangat didepan aku, teruskan tugas kamu, “ mahaguru pula melahirkan rasa kurang senangnya.


“Maafkan saya mahaguru.”


“Humm.." mahaguru anggukan kepala.


Perempuan suruhan segera mendekati orang ketiga kembali. Buat beberapa saat, perempuan suruhan tidak berkata apa-apa. Dia hanya menarik dan melepaskan nafas. Berusaha menenangkan perasaan.


“Kamu juga ikut macam orang pertama dan kedua, pergi berbaris dekat dia orang. Dengar perintah mahaguru,” tutur perempuan suruhan kepada orang ketiga yang berdiri kaku. Orang ketiga anggukkan kepala, tanda faham dan bersedia menurut atau mematuhi apa saja perintah..


Bila yakin apa yang diperintahkan telah dilaksanakan dengan sebaik mengkin, maka perempuan suruhan kembali berdiri di depan mahaguru.


“Boleh  kita mulakan mahaguru?”


“Boleh tapi…..,” mahaguru tidak meneruskan kata-kata. Wajah perempuan suruhan dengan serta merta kelihatan cemas. Dia kedutkan dahi. 


“Adakah sesuatu yang silap atau salah saya lakukan mahaguru, kalau ada saya minta maaf,” 


“Tidak ada yang salah, semuanya betul. Malam ini aku mahu orang ketiga ditauliahkan dulu, orang lelaki kemudian.”


“Selalunya lelaki dulu, kenapa kali ini orang perempuan pula. Ini sudah bercanggah dengan kebiasaan dan peraturan yang kita tetapkan mahaguru,” perempuan suruhan luahkan protes.


“Ini perintah aku, kamu jangan bantah.”


“Baik mahaguru.”


“Mulakan, sebelum tu suruh dia sebut namanya. Nama kampung dan nama emaknya, nama ayah tak mustahak. Kalau ada anak perempuan , sebut namanya. Nama suaminya tak payah,” itu arahan baru dari mahaguru. Setiap patah perkataan terakhir, perempuan suruhan anggukkan kepala, macam burung terkukur jinak yang diagah oleh tuannya. Sungguh lucu sekali..


Perempuan suruhan segera menemui orang ketiga.


“Kamu dengar apa yang mahaguru katakan, “ tanya perempuan suruhan. Orang ketiga segera mengangguk.


“Maju dan mulakan sekarang.”


Orang ketiga pun maju ke depan. Berdiri di depan mahaguru seraya menundukkan kepala tanda hormat. Mahaguru angkat tangan melepasi kepala sebagai tanda yang dia merasmikan acara memberi tauliah kepada anak-anak muridnya.


“Sekarang,” jerit perempuan suruhan.


“Nama saya Maziah, asal dari Kampung Simnpang Empat, Mata Air Perlis. Emak saya namanya Jariah. Saya janda, bercerai hidup dengan suami.”


“Bekas suami kamu sudah kahwin,” celah orang kanan secara mengejut.


“Sudah, kawin dengan sepupu saya sendiri,” orang ketiga (Maziah) berhenti bercakap. Dia tunduk merenung bumi. Mungkin dia menahan rasa terharu. Suasana sekiatr terus didakap kesepian.


“Teruskan cakap kamu Maziah,” perintah perempuan suruhan.


“Maafkan, saya. Saya ada seorang anak perempuan, duduk sama neneknya di Kuala Perlis.”


“Kalau aku suruh kamu minum darah anak kamu, apa kamu sanggup?”


Orang ketiga terus diam. Lidahnya bagaikan kelu untuk memberikan jawapan atas pertanyaan mahaguru.


“Jawap pertanyaan aku, sanggup atau tidak?”


“Saya sanggup mahaguru.”


“Bagus, bunuh bekas suami, kamu sanggup?”


“Sanggup mahaguru.”


“Bagi mengekalkan kecantikan diri kamu, sanggupkah kamu bunuh orang lelaki, ambil jantung, hati dan hempedunya untuk dijadikan serbuk yang kemudiannya kau jadikan perencah makanan untuk diri kau sendiri.”


“Saya sanggup mahaguru.”


“Ambil kulit dan urat dalam kemaluan untuk dijadikan campuran macam bedak yang kemudiannya kamu sapu ke muka supaya kamu nampak muda,” dengan mengejut orang kanan mahaguru bertanya.


Perempuan yang mahu ditauliahkan itu (orang ketiga) nampak gugup dan tergamam. Dia tidak menduga orang kanan mahaguru mahu mengajukan pertanyaan seperti itu. Buat beberapa saat, orang ketiga tetap resah gelisah.


“Jawap pertanyaannya, sanggup atau tidak?” Jerkah mahaguru.


“Saya sanggup.”


“Bagus.”


Mahaguru terus bangun dan orang kanannya pun tepuk tangan tanda kegirangan yang amat sangat. Perempuan  suruhan tetap tenang dan bersahaja. Tetapi, sepasang anak matanya tetap mengikuti gerak-geri perempuan yang bakal ditauliahkan.


“Mulakan sekarang,” kata mahaguru dan terus duduk. Perempuan yang mahu ditauliahkan segera rapat ke baldi hijau. Dia ambil cawan, lalu mencedok darah dalam baldi hijau diteguk macam air sejuk. Lengan dan muka turut dilumur dengan darah. Bau darah yang hanyir menusuk lubang hidung saya.


Bagi membuktikan yang dia sudah melaksanakan perintah mengikut syarat-syarat yang ditentukan perempuan tersebut (Maziah) segera mendekati perempuan suruhan sambil menunjukkan kesan darah di bibir dan gigi serta mempamerkan kesan darah di muka dan lengan.


Perempuan suruhan memanglah seorang pekerja yang amanah dan bertanggong jawab. Tanpa membuang masa, dia terus membelek-belek gigi, kulit muka dan lengan perempuan tersebut dengan teliti.


“Bagaimana? Kamu puas hati yang dia sudah  buat apa angkita suruh?” Orang kanan mahaguru bertanya kepada perempuan suruhan.


“Saya puas hati. Dia sudah mnyempurnakan segala syarat yang ditetapkan dengan baik,” jawap perempuan suruhan sambil meyuruh perempuan yang baru selesai menjalani proses tauliah peringkat pertama, mendekati mahaguru.


“Kemari kamu,” mahaguru terus bangun dengan sebilah lembing di tangan. Perempuan yang menjalani tauliah peringkat pertama segera memusingkan tubuhnya untuk menghalakan wajahnya ke arah mahaguru.  Tanpa membuang masa walau sesaat pun, mahaguru terus merejam lembing ke bahagian dada Maziah tersebut.


Mata lembing yang terbenam di pangkal buah dada kiri tembuas kebelakang. Wajah perempuan (Maziah) itu tetap tenang dan bersahaja, bagaikan tiada sesuatu terjadi pada dirinya. Walaupun bajunya basah kuyup dengan darah, dia masih berdiri tegak di situ.


Orang kanan mahaguru anggukkan kepala beberapa kali. Tanda puas hati. Sepasang mata perempuan suruhan tidak berkedip melihat darah membasahi baju perempuan yang sedang menjalani ujian.


LEHER


Mahaguru pun segera menrpa ke arah perempuan tersebut lalu mencabut lembing yang terbenam di dada.  Sebaik saja mata lembing dicabut darah yang membuak keluar terus berhenti.  Lembing dipacakkan ke dada bumi.  Mahaguru terus menepuk bahu kanan perempuan dua kali berturut-turut dan sekaligus dengan rasa geram dan ghairah, buah dada perempuan terus dipicitnya. Ternyata perbuatan mahaguru yang keterlaluan itu tidak dapat dikesan oleh orang kanannya.


Hasil dari tepukan mahaguru di bahu kanan, kesan luka akibat tikaman lembing terus sembuh. Tidak meninggalkan sebarang tanda, baju pun tidak koyak dan darah terus kering dan hilang.


“Kamu lulus,” kata mahaguru sambil merenung ke arah perempuan suruhan, “bagi aku parang panjang,” sambung mahaguru dan perempuan suruhan segera menghilangkan diri. Dia menuju ke belakang dinding buluh. Muncul semula dengan parang di tangan.


Perempuan suruhan serahkan sebilah parang panjang ke tangan mahaguru. Dengan mata parang yang  tajam berkilat itu, mahaguru menetak batang leher Maziah di depannya. Saya segera pejamkan mata, rasanya memang saya tidak sanggup melihat kepala bercerai dengan tubuh. Aneh sungguh manusia ini, mempertarungkannyawa untuk menuntut ilmu. Apakah menuntut ilmu dengan cara ini digalakkan oleh agama Islam?. Dalam keadaan mata yang pejam itu timbul pertanyaan dalam hati kecil saya.


“Sudah,” saya terdengar suara mahaguru.


Saya kira kepala perempuan itu sudah pun terdampar dibumi, sementara tubuhnya pula bergelimpangan di tanah dengan sepasang kaki dan tangan mengelitik. 


Begitulah dalam seribu kecemasan dan persoalan, saya buka kelopak mata perlahan-lahan. Lagi sekali saya merasa pelik dan takjub, batang leher Maziah tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tetap seperti keadaan asal. Sebaliknya parang panjang yang bengkok.


Orang kanan mahaguru segera bangun. Tanpa tangguh-tangguh dia terus tepuk tangan. Perempuan suruhan menarik nafas dalam-dalam dan saya merasa pelik kenapa dia tidak turut sama bertepuk. Barangkali dia ada tugas lain yang harus diselesaikan.? Andaian saya tidak meleset. Perempuan suruhan bergerak ke bahagian sudut kanan dan hilang dalam cahaya pelita yang samar-samar.


Beberapa saat kemudian, perempuan suruhan muncul kembali membimbiyt baldi yang berisikan air panas. Berhenti di depan mahaguru tanpa meletakkan baldi di tanah.  Saya lihat mahaguru angkat tangan kiri melepasi kepalanya. Sebaik saja mahaguru menjatuhkan tangannya, perempuan suruhan pun segera angkat baldi dan terus mencurahkan air panas yang masih berasap ke tubuh Maziah yang sedang menjalani ujian. 


Saya kira, Maziah itu akan menjerit kepanasan dan kulitnya pasti terbakar. Apa yang saya harapkan tidak pula terjadi. Perempuan itu tidak menjerit, tidak mengeluh. Dia tetap macam biasa, masih boleh mengukir senyum untuk saya dan orang-orang yang berada di sekitarnya.


MAHAGURU


Akibat kena air panas itu, tubuhnya seperti mengeluarkan asap dan ini menambahkan kehebatan pada dirinya. Orang kanan mahaguru segera menerpa ke arah perempuan itu. Dia meletakkan lima jari-jemarinya ke dahi perempuan itu. Dengan serta merta perempuan itu merendahkan dirinya dengan membengkokkan sepasang kakinya. Sepasang kepala lututnya bertemu dengan bumi. Lebih tepat disebut duduk melutut. 


Telapak tangan orang kanan mahaguru berubah tempat. Dari dahi terus ke ubun-ubun perempuan tersebut. Dua tiga kali kulit kepala bahagian ubun-ubun digosoknya. Bibir orang kanan mahaguru bergerak-gerak. Agaknya dia membaca jampi serapah. Rambut di bahagian ubun-ubun Maziah itu dipegang dan dipintal lalu didandan. 


“Potong.” 


Orang kanan mahaguru menoleh ke arah perempuan suruhan.


“Potong apa?” tanya perempuan suruhan ragu-ragu.


“Bodoh, potong rambutnya.”


“Dengan apa?”


“Dengan apa saja,” suara orang kanan mahaguru kian meninggi. Saya lihat perempuan suruhan renung kiri, renung kanan, Kedutkan dahi. Dia seperti berada dalam keadaan serba salah. 


Di tengah-tengah keadaan yang serba tidak kena itu, saya lihat perempuan suruhan mengeluarkan sebilah lawi ayam dari rusuk kirinya. Sarungnya dicampakkan ke kanan dan mata lawi ayam itu ditayangkan di depan mata orang kanan mahaguru.


“Dengan ini, boleh atau tidak?” 


“Boleh” pendek saja jawapan dari orang kanan mahaguru. 


Tanpa mahu membuang masa, perempuan suruhan itu melompat dan menerpa ke arah Maziah yang sedang menjalani ujian. Dengan sekelip mata saja rambut yang didandan terpisah dari kulit kepala kerana dipotong terlalu rapat menyebabkan kulit kepala bahagian ubun-ubun kelihatan putih macam kesan orang yang baru lepas menjalani bekam.


Rambut sejemput dalam telapak tangan perempuan suruhan diserahkan kepada orang kanan mahaguru. Rambut itu dibelek-belek dan dibungkus dalam kain kuning lalu diperasap dengan kemenyan sebelum ditaruh kedalam sebuah gelas yang berisikan air limau. Tugas itu dilakukan oleh perempuan suruhan dengan cermat sekali. Orang kanan hanya melihat saja. 


“Lagi apa yang mesti saya buat?” Tanya perempuan suruhan.


“Lukakan kulit kepalanya, dibahagian yang kau potong tadi. Biarkan darahnya menitik ke dalam gelas.


“Baik, saya mulakan sekarang.” 


“Silakan, jangan tersilap, kalau silap buruk padahnya,” orang kanan mengingatkan perempuan suruhan. Dengan hujung lawi ayam perempuan suruhan melukakan kulit kepala Maziah. Darah memancut keluar dan terus masuk ke gelas yang ditadah. Air limau yang  bercampur darah melahirkan warnah merah kehitam-hitam yang pekat. 


“Pulihkan dan berhentikan darahnya dari keluar.” Pekik mahaguru bila melihat gelas yang ditadah hampir penuh dengan darah. Orang kanannya segera meletakkan ibu jari ke bahagian kuli kepala yang dituris dengan lawi ayam. Bila ibu jari diangkat, darah pun berhenti mengalir. Kulit kepala yang terkoyak kembali bercantum seperti asal. 


“Sekarang kamu bangun, berdiri tegak.” 


Demikian mahaguru mengeluarkan perintah kepada Maziah yang duduk melutut. Merelakan dirinya diperlakukan apa saja. Maziah bangun dan berdiri tegak.


Mahaguru menghampirinya dari arah kiri. Orang kanannya segera undur dan kembali ketempat asalnya. Perempuan suruhan segera menyerahkan gelas yang berisi rambut, air limau dan darah kepada mahaguru. Saya lihat mahaguru menyambutnya dengan kain kuning. Dengan kain kuning itu juga gelas dibalut. 


“Korek lubang di tempat kepala lutut kanannya menyentuh bumi. Korek kira-kira dua kaki dalam,” mahaguru keluarkan arahan kepada perempuan suruhan. 


“Dengan pencebak.?” 


“Tak payah, dengan tangan kamu sendiri.” 


Saya mengigit bibir, mustahil boleh mengorek tanah sedalam dua kaki lebih dengan tangan. Orang yang mengeluarkan perintah itu, orang gila. Semua tak masuk akal. Fikir saya. 


Alam saat fikiran berputar antara logik dengan tidak perintah mahaguru itu secara mengejut perempuan suruhan menjerit sambil menjulang kedua belah tangannya ke  langit. Rambutnya mengurai menutup wajah. Dia memukul badan dan menggaru mukanya hingga berdarah. Dia seperti kerasukan, menghempas diri ke bumi, berguling dan menjulur macam biawak. 


Jari jemarinya mencakar-cakar bumi macam ayam mencari makan. Mahaguru dan orang kanannya membiarkan sahaj perempuan suruhan berkeadaan seperti orang h ilang akal. Suara jeritanperempuan beransur perlahan dan akhirnya berhenti. 


Perempuan suruhan itu terus duduk bertinggung merenung tanah di mana terdapat kesan kepala lutut kanan. Mata saya tidak berkedip metenung  ke arah perempuan suruhan. Saya mahu mengikuti dengan terperinci apa yang  bakal dilakukannya. Pada hemat saya, dunia mahaguru dan orang-orangnya sungguh ganjil. Penuh misteri. 


Dua tiga kali saya gosok kelopak mata. Sungguh tidak masuk akal, wajah perempuan suruhan bertukar menjadi hitam dan hodoh sekali. Kuku di jari jemarinya menjadi panjang dengan serta merta. Saya kira,  panjangnya lebih dari enam inci.   


Kuku yang keras itu berwarna kuning emas tetapi warna kulit lengannya pual amerah menyala macam warna biji saga. Kiri kanan pipinya terjulur siung macam siung harimau dan kalau wajahnya diamat-amati memang ada mirip harimau kumbang.


Dengan kuku yang panjang dia terus mengorek lubang. Sesekali dia menderam macam harimau sambil mempamerkan taring yang tumbuh di kiri kanan mulutnya. Matanya, nampak merah bersinar garang merenung tajam kepada saya. Dalam beberapa saat saja dia sudah pun berjaya menggali lubang tersebut  seperti apa yang diinginkan oleh mahaguru. 


“Sudah.” 


Serentak dengan perintah itu, mahaguru terus menendang bahagian punggung perempuan suruhan. Dan perempuan suruhan berguling-guling di bumi menahan kesakitan. Tidak memadai dengan itu, mahaguru memukul pula badan perempuan suruhan dengan buluh pagar sekuat hati. Perempuan suruhan mengeletek macam ikan keli kena katuk. Saya terdengar suara perempuan suruhan merintih dan menagis untuk beberapa saat. 


Bila suara rintihan dan tangisan senyap, saya terdengar suara ketawa gembira dari perempuan suruhan. Wajahnya kembali dalam keadaan asal. Dia berdiri tegak dengan sepasang matanya merenung muka mahaguru. 


“Kamu sudah menjalankan tugas dengan baik,” kata mahaguru kepadanya sambil mengosok badan gelas dengan kain kuning. Perempuan menerima pujian itu dengan senyum lebar. Rasa bangga dan megah terpamer diwajahnya. 


“Kita dah sampai kepada upacara penamat. Aku minta kau bacakan sumpah di depan Maziah,” mahaguru meluruskan telunjuk ke wajah Maziah yang berada disisinya.


“Saya bersedia,” perempuan suruhan bersuara. 


“Begini, masa gelas ini berada di dalam permukaan lubang kau bacakan sumpah itu dengan lantang,” sambung mahaguru. 


“Baik,” lantang sekali suara perempuan suruhan  yang bersedia melakukan apa saja. 


 Orang kanan mahaguru segera memerintahkan perempuan yang mahu ditauliahkan itu berubah tempat. Berdiri di depan lubang. Perempuan suruhan disuruh berdiri di sisi Maziah. Mahaguru terus mengambil tempatnya berhadapan dengan perempuan yang mahu ditauliahkan. Setelah mengatur dan mengarah mengikut apa yang dikehendaki oleh mahaguru, orang kanan kembali duduk di tempat asalnya. 


“Sebenarnya, orang lain tidak seteruk kamu menjalani upacara tauliah atau tamat belajar,” cukup lembut nada mahaguru. Senyum terus terukir di kelopak bibir, “kerana kamu pada hemat kami ada kebolehan tersendiri, aku terpaksa menambahkan beberapa ujian lagi. Hanya orang-orang pilihan saja yang mendapat ujian macam ni, aku yakin kamu akan menjadi anak murid aku yang berjaya. Boleh mengembangkan ilmu yang kamu tuntut,” sambung mahaguru.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box