SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI

Osman Garing tunduk merenung lantai. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kotak fikirannya. Apa yang pasti, dia tetap menyesali diri sendiri kerana kurang bertanya dengan guru yang terdahulu. Kalau dia bertanya lebih terperinci, tentu dia tidak terjebak dalam ilmu yang tidak menguntungkan.


Mata mahaguru terus tertumpu ke wajah Osman Garing bersama senyum sinis. Tentu saja perbuatan itu kurang menyenangkan hati Osman Garing. Walau bagaimanapun  hati kecilnya tetap mengharap mahaguru memberi penjelasan tanpa menunggu pertanyaan darinya. Mata mahaguru masih lagi memandang tajam ke arahnya. Osman Garing keresahan.


“Sebab dikatakan ilmu itu panas,” mahaguru menyambung kembali percakapan yang terhenti. “Kerana orang yang mengamalkan ilmu itu, tidak akan dapat mengumpulkan harta sampai ke mati. Hidupnya sentiasa dalam kesempitan, bila berbini jodoh tak panjang. Walau macammanapun ilmu itu ada kelebihannya…” mahaguru berhenti bercakap dan senyum panjang segera terukir di kelopak bibirnya. Senyuman itu membuatkan Osman Garing resah dan gelisah, tidak menentu.


“Apa kelebihan ilmu yang saya tuntut itu?” Osman Garing tidak sabar.


“Haa. Kamu nak tahu kelebihannya?”


“Iya, sudah tentu. Selama ini saya tidak tahu kelebihannya, saya tengok orang belajar, saya ikut belajar,”


“Kelebihannya, orang perempuan mudah jatuh hati pada orang yang  mengamal ilmu tu, rela jadi isteri walaupun hidup susah,” sambil menggaru hujung dagu mahaguru bersuara.


Osman Garing ketawa kecil. Dia tidak menafikan kebenaran dari kata-kata itu kerana dia sendiri sudah mengalaminya.  


“Ada lagi rahsia? Desak Osman Garing.


“Ada Osman, kau jangan terkejut.” Mahaguru membetulkan kedudukannya.


“Apa dia mahaguru?”


“Orang yang mengamalkan  ilmu ini, bila dapat anak tidak kira lelaki atau perempuan, mesti kena penyakit sawan babi. Biasanya si anak mati muda. Keranan penyakit kurang darah,” mahaguru telan air liur.


Buat beberapa saat, mahaguru melagakan gigi atas  dengan gigi bawah beberapa kali. Kemudian mengosok-gosok pangkal hidungnya hingga merah.


“Kenapa kurang darah tok guru? “


“Darah si anak dihisap oleh makhluk halus yang dipuja oleh orang tuannya. Nafsu berahi si bapa cukup ganas, tak kira anak bini orang, semuanya nak disapu. Kadang kadang jadi haruan makan anak. Ilmu tu cukup panas, elok saja kamu buang, “ satu saranan yang baik dari mahaguru.


Osman Garing termenung panjang. Hati kecilnya mengakui nafsu seksnya cukup panas. Pantang tengok perempuan dia terus berahi. Meskipun pada saat itu dia sudah mempunyai empat isteri. Semasa menjadi buruh ladang getah di kawasan batu Gajah dulu, dia mengoda isteri mandor Maniam yang periang. Tidak memadai dengan itu, dia juga menggoda anak Ah Siung, peniaga kedai runcit yang terletak tidak jauh dari kawasan ladang getah tersebut.


Kebiadapannya itu dapat dikesan oleh Maniam dan Ah Siung dan Osman Garing dinasihati supaya beredar dari tempat itu sebelum sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya.



SENYAP


Secara senyap-senyap Osman Garing menghilangkan diri (berhenti kerja) dar ladang getah tersebut. Beberapa orang pekerja pernah terserempak dengan isteri mandor mendatangi rumah Osman Garing waktu malam. Biasanya, isteri mandor berbuat demikian disaat suaminya (mandor) mabuk di kantin pekerja atau di kelab pekerja. Walaupun Osman Garing ada membuat hubungan sulit dengan anak gadis Ah Siung tetapi, perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh para pekerja ladang kecuali Ah Siung sendiri. Apa yang pasti, kira-kira sebulan setelah Osman Garing menghilangkan diri, anak gadis Ah Siung didapati menggantung diri di pokok getah.

   

“Kamu mesti buang ilmu tu Osman, ilmu tu panas,” ulang mahaguru.


“Susah tok, ilmu tu dah sebati dengan saya. Maklumlah, sudah berbelas-belas tahun saya amalkan.”


Jawapan yang diluahkan oleh Osman Garing itu memaksa mahaguru mengkerutkan dahi. Ia termenung sebentar. Kemudian toleh kiri dan kanan. Dongakkan wajah ke dada langit, melihat awan dan bintang.


“Aku tahu Osman,” mahaguru bersuara lemah, “perkara itu memang susah, hanya mati saja yang boleh menceraikan kamu dengan ilmu panas tu. Tak mengapa, kamu lalui ujian ni dulu. Kalau kamu lulus ujian, dengan sendiri ilmu yang ada pada kamu tu jadi tawar,” mahaguru berhenti bercakap. 


“Bila ujian itu mahu diadakan tok,”


“Sekarang juga, kamu ikut dan dengar perintah dari orang suruhan aku. Jangan bantah cakapnya. Kamu bersedia?”


“Saya bersedia.”


“Aku harap kamu lulus ujian,” nada suara mahaguru agak gementar. Dia bagaikan dapat membaca sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas anak muridnya itu.


Mahaguru angkat tangan kanan melepasi kepalanya. Perempuan suruhan faham dengan isyarat yang dibuat oleh mahaguru. Dia pun anggukkan kepala sebagai tanda dirinya bersedia menjalankan tugas, yang dibebankan ke atas bahunya. Perempuan suruhan segera berdiri dekat Osman Garing. Senyum sinis dihamburkan untuk orang yang bakal menjalani ujian.  Senyum itu disambut oleh Osman Garing dengan rasa hambar.


“Kamu silap,” kata perempuan suruhan.


“Maksud kamu?”


“Kamu manusia bodoh sombong, kenapa tidak berterus terang dengan mahaguru yang kamu ada menuntut ilmu di tempat lain. Kalau kamu cakap awal-awal, ilmu tu boleh dibuang dulu sebelum kamu jadi anak muridnya,” perempuan suruhan mula berleter.


Saya fikir mahaguru dapat kesan, lagi pun saya memang tidak tahu bila mahu jadi anak muridnya mahaguru mesti buang ilmu yang lain.


“Bukan tak tahu, kamu yang tak jujur,”


“Sumpah saya tak tahu, lagi pun awak tak tanya saya,”


“Sudahlah aku tak mahu cakap apa-apa. Kamu dah tengok apa yang dibuat oleh Maziah dan Deraman. Sekarang kamu kena buat, macam dia orang buat. Apa kamu boleh buat?’


“Boleh, saya boleh buat.”


“Kalau begitu mulakan sekarang.”


Osman Garing pun melangkah menuju ke baldi berdarah. Gerak-geri dan tingkah lakunya terus jadi perhatian mahaguru. Ternyata biji mata perempuan suruhan dan orang kanan mahaguru juga tertumpu kepada Osman Garing. Keresahan dan kegelisahan terpamer di wajah mereka. Dan mereka mengharapkan, Osman Garing tidak akan membuat kesilapan semasa melakukan upacara ujian itu.


Osman Garing rapat ke baldi. Sapu darah ke muka dan kedua belah lengan. Akhirmya meneguk darah penuh selera.


“Ah…..”


Mahaguru mengeluh sambil menggelengkan kepala. Osman Garing telah melakukan kesilapan. Sepatutnya dia minum darah dulu sebelum menyapu muka dan kedua belah  lengan dengan darah. Kesilapan itu juga dapat dikesan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.


Semuanya sudah terlambat. Kesilapan yang dilakukan oleh Osman Garing tidak boleh diubah atau diperbetulkan. Padah dari kesilapan itu, risikonya cukup tinggi. Rasa hiba, sayu dan hampa terpamer di wajah mahaguru. Dan Osman Garing yang merasakan apa yang berlaku sudah sempurna, segera mendekati perempuan suruhan  untuk mempamerkan kesan darah di muka, di mulut dan kedua belah tangan.


Semasa Osman Garing berdiri kaku di depan perempuan suruhan  orang kanan menarik keluar sebilah keris berluk tujuh dari bawah paha kirinya. Cepat-cepat keris itu dicampak ke arah mahaguru yang bersedia menyambutnya dengan tangan kiri. Keris ditarik dari sarungnya, ditilik, ditantang dan ditimbang berkali-kali. Sepasang bibir mahaguru bergerak-gerak, macam ada sesuatu yang dikatakan kepada keris.


“Kewajipan,”


Terdengar suara mahaguru meninggi serentak dengan itu keris di balingkan ke arah rusuk kiri (bahagian perut) Osman Garing. Mata keris terbenam di situ. Darah bersemburan. Mulut Osman Garing separuh ternganga. Mukanya berkedut menahan kesakitan. Mungkin bisa keris sudah meresap ke dalam urat sarafnya.


“Jangan, biarkan dia.”


Maziah yang mahu membantu Osman Garing segera membatalkan niat, akibat ditegah oleh mahaguru. Osman Garing berjalan dalam keadaan hoyong hayang sambil mengangkat kedua belah tangannya seolah-olah minta tolong kepada rakannya Wan Deraman dan Maziah. Apakan daya, kawan sendiri tidak berani melanggar perintah mahaguru.


Dan akhirnya Osman Garing tersembam di bumi. Kaki dan tangannya menggelitik. Dia mengeruh macam lembu kena sembelih, bergolek-golek di bumi. Saya kira dia akan bangun kembali. Saya pun menghitung satu hingga sepuluh. Ternyata Osman Garing tidak juga bangun. Dia sudah menjadi mayat.


“Balut tubuhnya.”


Orang kanan segera mencampak segumpal guni ke arah perempuan suruhan. Dalam keadaan yang tergesa-gesa kain guni pun disambung dan mayat Osman Garing pun dibungkus dengan kain tersebut. Orang kanan segera melangkah mayat Osman Garing sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum berdiri di hujung kepala mayat.


“Kamu berdiri di situ.”



MAYAT


Orang kanan menyuruh perempuan suruhan berdiri di hujung kaki mayat. Perintah itu segera dipatuhi. Suara burung hantu bersahut-sahutan, bagaikan berdendang keriangan.


“Kita letakkan mayat ini, atas kayu mayat. Suruh Maziah lapah perutnya macam melapah perut lembu, kamu bagi tahu dia apa yang mesti diambil dari perut mayat itu. Beritahu betul-betul, jangan silap  bagitahu, silap ambil buruk padahnya,” orang kanan terus luahkan petunjuk. Dia terus membongkok.


“Aku angkat kepala, kamu angkat kaki,” kata orang kanan.


“Baik,” jawap perempuan suruhan.


Mereka pun mengangkat dan mengusung mayat Osman Garing, lalu diletakkan atas batang kayu yang dipanggil ‘Kayu Mayat’.


“Buka kainnya? ” tanya perempuan suruhan .


“Nanti dulu, tunggu perintah aku. Jangan pandai sendiri!”


“Maafkan saya,”


“Hum…”


Suara burung hantu terus bergema. Angi terus bertiup lembut. Sesekali terdengar ngauman harimau sayup-sayup. Darah dari mayat Osman Garing terus meleleh atas kayu mayat dan menitik ke atas bumi.


Orang kanan kembali duduk ke tempat asalnya, begitu juga dengan perempuan suruhan. Mahaguru kelihatan resah ditempatnya, renung kiri, renung kanan. Renung langit dan bumi. Mahaguru mengigit bibir sambil menarik nafas dalam-dalam.


“Semuanya mesti di selesaikan dengan segera.” Bibik batin mahaguru. Tanpa membuang masa dia terus tepuk tangan tiga kali berturut-turuit. Tergesa-gesa perempuan suruhan mendekati mahaguru.


“Apa yang patut saya buat?”


“Kamu ambil kapak, gergaji dan  parang dan serahkan barang-barang itu kepada mereka,” jari telunjuk mahaguru menghala kepada batang tubuh Maziah dan Deraman yang berdiri kaku macam patung.


“Baik.”


Perempuan suruhan pun bergerak ke kanan. Dalam cahaya lampu minyak tanah yang samar-samar itu, sekujur tubuh perempuan suruhan hilang dari pandangan saya. Mahaguru dan orang kanannya terus membisu, masing-masing termenung. Barangkali, sedang melayani perasaan yang berbunga di hati.


Perempuan suruhan muncul kembali di hadapan mahaguru dengan gergaji dan kapak di tangan.


“Kapak untuk lelaki.” Tutur mahaguru.


Kapak pun diserahkan kepada Deraman. Orang kanan mahaguru melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali.


“Gergaji berikan pada si perempuan. Parang kau pegang sendiri. Faham.”


“Saya faham,”


Perempuan suruhan pun menghulurkan gergaji kepada Maziah. Parang panjang ditangannya. Perempuan suruhan segera cacakkan parang kebumi. Maziah dan Deraman terpinga-pinga. Mereka tidak tahu untuk apa barang-barang itu diserahkan kepada mereka.


Orang kanan bangun dan terus melangkah meghampiri mayat Osman Garing yang berada diatas kayu mayat.


“Bawakan kepada aku perasap, cepat,” orang kanan tenung wajah peempuan suruhan.


“Tempat perasap yang baru atau yang lama?”


“Yang baru, taruh bara dan kemenyannya sekali. Pergi cepat, jangan banyak tanya lagi.” 


“Baik.”


Perempuan suruhan menyelinap ke sebelah kiri saya. Kalau saya tidak mengelak  pasti saya dilanggarnya.


Kira-kira lima minit kemudian, perempuan suruhan muncul di sisi orang kanan. Dupa  yang mengeluarkan asap kemenyan segera diserahkan kepada orang kanan. Bau kemenyan menguasai seluruh ruang. Dupa terus ditatang. Dibawa bergerak ke kiri dan kanan. Dari mulut orang kanan keluar jampi mantera dalam bahasa yang tidak saya fahami.


Sebaik saja berhenti membaca mantera, mayat Osman Garing segera diperasap oleh orang kanan, bermula dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Perbuatan sedemikian  dilakukan sebanyak tujuh kali berturut-turut.


Saya kira perbuatan orang kanan yang aneh itu, bukan sahaja menjadi perhatian saya malah mungkin mencolek perasaan Wan Deraman dan Maziah.


Tiba-tiba secara mengejut orang kanan merentap kain guni yang membalut mayat Osman Garing dengan kasar sekali. Kain guni itu dihumban ke sebelah kanan dinding buluh, pada saat itu, watak orang kanan sungguh berbeza sekali. Gerak-gerinya kasar, macam orang lelaki. Rambutnya mengerbang menutup wajah, nampak kasar dan mempunyai dua warna. Sebelah kiri berwarna kuning-kekuningan manakal sebelah kiri berwarna putih macam kapas.


Bila rambut menutup wajah itu ditolak ke kiri dan ke kanan, kelihatan sepasang mata yang bulat dan besar memancarkan cahaya  kemerah-merahan dengan gigi yang menyeringai. Macam gigi kucing hutan. Orang kanan itu melompat sambil mengeluarkasn suara seperti suara harimau menderam untuk menangkap sesuatu. Setiap muka yang berada di ruang itu ditatapnya.



MENGIGIL


Saya mengigil bila sepasang mata besarnya tertumpu ke wajah saya. Dia menjelirkan lidahnya dengan wajah yang menakutkan. Dia sudah kemasukan syaitan, cara kebetulan pula pada masa itu saya terdengar suara asing berlegar-legar di udara, iaitu suara perempuan mengilai dan ketawa, seiring dengan terdengar lolongan anjing sayu dan memanjang. Burung hantu yang tadinya berehat, kembali aktif, bersahut-sahutan dengan pelbagai gaya dan nada yang boleh meremangkan bulu tengkok.


“Ya Allah.” Kata saya, bila melihat orang kanan dengan lidah terjelir menjilat seluruh muka Osman Garing yang sudah menjadi mayat itu. Dengan tidak semena-mena dia terus menjerit dan rebah ke bumi terus tidak sedarkan diri. Pelik sungguh, perempuan suruhan yang berada dekatnya tidak bertindak. Malah melihat sahaja orang kanan yang terbujur kaku di situ.


Suara perempuan menjerit dan ketawa di udara terus hilang. Tetapi lolongan anjing masih berterusan. Suara burung hantu mula mengendur. Darah sudah pun berhenti keluar dari mayat Osman Garing.


Kerana menyedari orang kanannya terbaring agak lama, mahaguru segera bangun dan mendekatinya. Dengan belakang tangan kiri mahaguru menepuk belakang orang kanannya dengan sekuat hati. Orang kanan segera sedar dan seperti kilat pula di bangun lalu mengamit Maziah dan Deraman mendekatinya.



Sebaik sahaja Maziah dan Deraman berdiri di depannya, mereka terus ditampar oleh orang kanan dengan kuat. Berpandukan dari orang kanan itu menampar, ternyata bukan tampar sebarangan. Tetapi, tampar yang berbuah. Maksudnya, bahana dari kena penampar tersebut, boleh membuat sesaorang itu jadi bodoh atau terus lena (tidur sambil berdiri) paling kurang boleh buat orang itu gagap seumur hidup.


Andaian saya tepat sekali, tampar yang dilepaskan oleh orang kanan itu berbuahkan PUKAU. Buat beberapa  minit selepas ditampar, Maziah dan Deraman terhoyong hayang, macam orang khayalan. Setelah itu barulah mereka berdiri dengan betu. Tegak kaku macam tunggul kayu.


Bagi menguji PUKAU yang dilepaskan (tampar) tadi menjadi atau tidak, orang kanan segera menjalan kan ujian dengan menyuruh Maziah dan Deraman duduk bertenggung, kemudian disuruh makan tanah. Ternyata arahan itu dipatuhi.


“Menjadi,” beritahu orang kanan kepada mahaguru.


“Mulakanlah, keluarkan perintah.”


“Baik.”


Orang kanan mendekati perempuan suruhan. Berbisik sesuatu dan perempuan suruhan  anggukkan kepala. Orang kanan segera mendakati mahaguru. Bercakap sesuatu sambil berjalan menuju ke tempat duduk. Saya terbongkok macam patung tetap mengikuti setiap peristiwa dengan teliti di samping mencari kesempatan untuk melarikan diri. Apa yang pasti peluang sedemikian sukar untuk diperolehi. Dan saya harus terus bersabar.


“Hei, kamu berdua. Gunakan apa yang ada ditangan kamu, potong mayat tu,” jerit perempuan suruhan.


Maziah dan Deraman anggukkan kepala.


“Kerat lapan tau.”



SENYUM


Macam tadi juga, Maziah dan Deraman terus anggukkan kepala. Tidak berani bersuara. Sentiasa tunduk renung bumi. Tidak berani tetap wajah perempuan suruhan. Mahaguru dan orang kanannya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku dengan penuh sopan. Sesekali mereka berbalas senyum. Seolah-olah puas dengan apa yang terjadi.


“Mulakan sekarang.”


Tanpa bertangguh-tangguh, Maziah dan Deraman meluru kearah mayat Osman Garing diatas kayu mayat. Tugas mereka pun bermula dan saya tak sanggup melihat mereka mengerat-ngerat tubuh Osman Garing, macam memotong ayam. Tidak sampai dua jam, kerja-kerja itu selesai seperti yang dihajati.


Bahagian tubuh yang sudah dipotong-potong dimasukkan ke dalam guni beras oleh perempuan suruhan lalu diikat dengan tali rapia. Dibiarkan di atas kayu mayat, perempuan suruhan ambil sebatang kayu sepanjang lima kaki dan ukuran bulatnya sebesar lengan kanak-kanak berusia dua tahun. Di kedua belah bahagian hujung kayu ditajamkan, Dengan hujung kayu itu, perempuan suruhan membuat garisan empat segi di tanah.


“Sekarang kamu Deraman, korek lubang ikut tanda yang aku buat, faham?”


“Faham!”


“Mulakan.”


Perempuan suruhan menyerahkan cangkul dan pencebak (alat penggali lubang)  kepada Deraman. Lelaki yang sudah bodoh, akibat dipukau itu pun memulakan tugasnya


“Kamu Maziah, pergi bancuh simen. Semua barang-barang sudah disediakan, faham?”


“Saya faham.”


“Kalau dah faham mulakan, jangan berhenti selagi belum dapat perintah.”


Maziah anggukan kepala dan memulakan tugas yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Kerana perintah terpaksa juga dibuat.


Dalam waktu yang tidak sampai satu jam lubang sedalam enam kaki dan lebarnya lebih kurang empat kaki siap digali oleh Deraman. Perempuan suruhan segera membuat pemeriksaan, bagi memastikan samada lubang itu dikorek mengikut tanda yang ditetapkan atau sebaliknya. Semuanya beres dan perempuan suruhan angkat tangan kiri ke arah orang kanan, memberitahu acara selanjutnya boleh dimulakan.


Orang kanan pun angun berjalan menuju ke arah mayat dalam guni di atas kayu mayat. Dia pun mengheret mayat dalam guni ke bibir lubang. Mahaguru bangun dari tempat duduknya mengawasi setiap kerja yang dilakukan oleh orang kanannya. Mahaguru tidak ingin melihat sebarang kesilapan yang kecil atau besar. Semuanya mesti berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan.


Mahaguru menuju ke bibir lubang. Berdiri di sebelah orang kanannya yang masih memegang muncung guni beras.


“Tanam sekarang, ”  tanya orang kanan.


“Nanti dulu,” balas mahaguru sambil mengangkat tangan kiri serta mengembangkan lima jarinya. Matanya tertumbuk ke wajah perempuan suruhan yang berada disebelah lubang (sebelah kanan)


“Sudah kamu ambil darahnya untuk disimpan dalam baldi,” pertanyaan untuk perempuan suruhan.


“Sudah tok guru.”


“Sudah kamu asingkan kulit dan sebahagian anggota tubuhnya untuk kamu dan orang kanan aku? Mungkin juga untuk perempuan yang baru ditauliahkan”


Sudah.”


“Termasuk jantung, hati dan bahagian dalam anunya.”


“Sudah tok guru.”


“Bagus.”


Buat beberapa ketika mahaguru termenung panjang. Kemudian mundar-mandir ditepi lubang, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Bila dia berhenti melangkah, sepasang biji matanya menghala ke arah Maziah dan Deraman.


“Sudah kamu minum darah kawan kamu?”


Pertanyaan itu tidak dijawap oleh Maziah dan Deraman. Mahaguru renung muka orang kanannya dengan renungan yang tajam dan penuh tanda tanya.


Ketika itu terdengar bunyi gemersik angin menyetuh dedaun di luar kawasan pagar buluh. Juga terdengar bunyi suara kucing mengiau yang dituruti dengan bunyi tapak kaki orang berlari. Pagar buluh bergoyang sendiri dan ada imbasan seperti kain batik berlegar-legar diudara. Semuanya tidak berapa jelas. Sayup-sayup kedengaran lolongan anjing liar entah dari mana datangnya, tidak dapat dipastikan.


“Jangan bimbang, semuanya aku uruskan,” begitulah dalam keadaan suasana serba seram, orang kanan mahaguru memberikan jawapan.


“Bila?”  


Darah untuk diminum sudah ada, selesai semua kerja ini , aku suruhlah dia orang minum. Jangan bimbang, ini kerja aku, ini tugas aku,” lantang sekali suara orang kanan penuh keyakinan. Mahaguru anggukkan kepala sambil tersenyum lebar. Timbunan tanah di kiri kanan lubang di jelingnya.



TIMBUS


“Tanam mayat dalam guni ni cepat-cepat, timbus dan simen rata-rata. Biar orang tak dapat kesan dibawah simen ini ada kubur,” satu perintah dalam nada suara yang kasar dan keras dari mahaguru untuk orang kanan dan perempuan suruhan.


“Buat dengan cepat, sebelum awan yang bergerak tu menutup bulan, kerja ni mesti selesai,” mahaguru luruskan jari telunjuk ke arah gumpalan awan hitam yang berarak perlahan menuju ke bulan, “ kalau kamu gagal kita semua ditimpa celaka, jangan berlengah-lengah,” sambung mahaguru.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box